• Tidak ada hasil yang ditemukan

FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

• FASA 1: HBEF2503 (Kaedah Penyelidikan dalam

Pendidikan)

• FASA 2: HBEF3603 (Amalan Profesional)

• FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)

(2)

RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN

Education Portal for Internet Courses (EPiC)

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (atau Kementerian

Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan

Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.

Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua

pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus

seperti:

• Kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik,

LINUS, MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF;

• Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah

Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan,

Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU);

• Kursus major

• Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah

• AMALAN PROFESIONAL

• Sukan dan KOKURIKULUM sekolah

OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian

melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:

1. HBEF2703 Kokurikulum

2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif

3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)

4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)

BPG

juga

telah

menyediakan

Standard

Bina

Insan

Guru (HBEF2803)

yang mewajibkan semua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti

perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan,

khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para

pelajar.

BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar

PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard.

Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang

digabungkan dengan kursus HBEF2503 dan HBEF4303.

Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut

kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.

(3)

CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS

HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303

FASA 1 - HBEF2503 – Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyediaan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan:

• Cadangan strategi/teknik PdP baru untuk satu topik dalam major yang diikuti di OUM.

• Rujuk panduan kursus HBEF2503 untuk penyediaan cadangan (proposal) kajian tindakan.

FASA 2 - HBEF3603 – Amalan Profesional Terdapat 2 tugas :

Tugas 1:

(a) Melaksanakan PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503 (b) Melengkapkan kesemua aktiviti (A1-A4) dalam HBEF3603

Tugas 2:

(a) Kumpul data untuk penyediaan laporan kajian tindakan di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503

Contoh : guna soalselidik, temubual untuk mendapatkan pandangan responden yang telah diajar mengikut strategi PdP dalam HBEF3603 tentang strategi baru ini.

Nota:

Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam “e-portfolio: dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-BPG-KPM.

• Rujuk panduan kursus HBEF3603 untuk pelaksanaan PdP.

FASA 3 - HBEF4303 – Projek Kajian Tindakan Penulisan Laporan Kajian Tindakan:

• Analisis data yang dikumpul daripada praktikum Amalan Professional HBEF3603). • Penyediaan laporan berdasarkan format panduan penulisan yang diberikan. • Rujuk panduan kursus HBEF4303 untuk penyediaan laporan kajian tindakan.

(4)

FASA 1

PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH

PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan. (b) Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan

yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.

(c) Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang disediakan.

(d) WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.

(e) Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor penyelia dengan pelajar masing-masing.

(f) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A – HBEF2503_01) perlu diisi pada

setiap kali perjumpaan diadakan.

(g) Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A - HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor

dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

(h) Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian Tindakan (HBEF4303).

B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka yang dilantik.

(b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.

(c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.

(d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2 jam/pertemuan;

(e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.

(5)

C. KEPERLUAN KURSUS

Kursus ini memerlukan pelajar untuk: (i) Menghadiri tutorial bersemuka

(ii) Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan (iii) Berjumpa tutor penyelia

(iv) Menduduki peperiksaan akhir

1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

(a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.

(b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.

(c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi

selama belajar di OUM akan diaplikasikan.

(d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.

(e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).

(f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:

i. Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen

mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.

ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM.

iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan Fasa 3 (HBEF4303).

(6)

2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan

Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang

disediakan seperti berikut:

NO PERKARA MARKAH

o Lebih kurang 21 – 24 halaman (tidak termasuk muka surat

tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)

o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin o ‘comb’ binding dengan kulit nipis (soft cover) warna bebas. i Muka surat Tajuk (Title Page)

ii Abstrak (Abstract)

1. PENDAHULUAN 5

Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur

2. ISU / FOKUS KAJIAN 4

3. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3

4. KUMPULAN SASARAN 2

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan 3

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 3

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 3

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5

• Jadual Pelaksanaan • Kos Kajian

6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 2

• Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A - HBEF2503_05)

Nota:

MAJOR BAHASA PENGANTAR BI BM Bahasa Inggeris X Sains / Matematik Lain-lain Major X 3. Penilaian Kursus PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab Kerja Kursus:

• Cadangan Penyelidikan 30% Tutor Penyelia

• Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan) 10%

Tutor Penyelia

Peperiksaan Akhir 60% OUM

JUMLAH KESELURUHAN 100%

(7)

FASA 2

PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN

PROFESIONAL)

Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4) mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.

A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.

(b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.

(c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam

seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 – 8 minggu).

(d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru pembimbing.

(e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.

(f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah tanggungan pelajar.

(g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu

topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.

(h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk

penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503.

B. KATEGORI PELAJAR

Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan Profesional iaitu:

(a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.

(b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM;

tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.

(c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai

(8)

(d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu

mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

C. PEMILIHAN RESPONDEN

Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun

3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4 ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.

D. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING

(a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua bidang, atau

(b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat

ijazah, atau

(c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi

mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau

(d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah

tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.

E. PENILAIAN KURSUS

Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:

Aktiviti 1 (T1A1) Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Praktikum 20 Markah Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum 30 Markah Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal 20 Markah Forum Penglibatan atas talian 10 Markah

JUMLAH KESELURUHAN 100 Markah

Aktiviti 1 (T1A1) – Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503. Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format

(9)

*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada

bahagian Assignment (T1A1)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut

tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum

Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

fail tersebut sebagai T1A2.

Nota:

Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan ‘transcribe’ untuk rakaman video tersebut.

Aktiviti 3 (T1A3)Pelaporan Praktikum

Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti format dibawah:

BIL PERKARA

1. Refleksi PdP lalu

• Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP: o Guru

o Murid

o Isi kandungan pelajaran o Persekitaran

• Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan-bahan seperti markah ujian, buku latihan, bahan-bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan. 2. Isu / Fokus Kajian

• Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

• Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat. 3 Kumpulan sasaran

• Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji

• Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji 4. Perlaksanaan inovasi PdP

(10)

• Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat 5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:

• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

• Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.

• Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja. Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, ‘pre-test’ dan ‘post-test’

Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303. 6. Lampiran

• Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan • Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP Laporan ini:

• Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5 • Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

fail tersebut sebagai T1A3.

Aktiviti 4 (T1A4)Jurnal Reflektif

Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).

Peringatan:

Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan

(11)

FASA 3

PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN

TINDAKAN)

A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA

(a) Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).

(b) WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian,

penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.

(c) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C – HBEF4303_01) perlu diisi pada

setiap kali perjumpaan diadakan.

(d) Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C - HBEF4303_02) yang disediakan.

(e) Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry

System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR

(a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus HBEF2503 dan HBEF3603.

(b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4) KALI; 2 jam / pertemuan.

(c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).

(d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

(e) Pelajar dikehendaki mengisi ‘Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C – HBEF4303_04)’ untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia

dan pihak fakulti dalam bentuk:

i. Softcopy (CD) – (untuk simpanan fakulti) ii. Hardcopy – (untuk simpanan tutor penyelia)

(12)

C. PENILAIAN KURSUS

PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab

Laporan Kemajuan Penyeliaan

(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) 20 Tutor Penyelia Laporan Kajian Tindakan

(Jumlah markah akan ditukar kepada 80%) 80 Tutor Penyelia

JUMLAH KESELURUHAN 100%

D. KEPERLUAN KURSUS

Format Laporan Kajian Tindakan

Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:

NO PERKARA MARKAH

i Isi Kandungan ii Penghargaan iii Abstrak (Abstract) 1.

PENDAHULUAN 5

Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur

2. ISU / FOKUS KAJIAN 20 3. OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 10 4. KUMPULAN SASARAN 5

5.

PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 5.5 Refleksi Kajian 5 5 5 5 5

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 5

7. PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 20

8. BIBLIOGRAFI 5

9. LAMPIRAN 5

• Rujuk panduan penulisan kajian tindakan (HBEF4303) (Lampiran C – HBEF4303_05)

Referensi

Dokumen terkait