• Tidak ada hasil yang ditemukan

ESEMENT AKIDAH UTK PRINT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ESEMENT AKIDAH UTK PRINT"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

M/S

1.

PENGHARGAAN

2.

PENDAHULUAN

3.

DEFINISI HEDONISME

4.

LATAR BELAKANG HEDONISME

5.

FAKTOR-FAKTOR PENULARAN

HEDONISME

6.

KESAN BERLAKU HEDONISME

7.

LANGKAH MENGATASINYA

8.

ARTIKEL BERGAMBAR BERKAITAN

BUDAYA HEDONISME

9.

DALIL YANG BERTENTANGAN

DENGAN BUDAYA HEDONISME

10.

REFLEKSI DAN KESIMPULAN

11.

RUJUKAN

12.

LAMPIRAN

13.

BORANG KOLABORASI

14.

PELAN TINDAKAN

(2)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat jua saya menyiapkan kerja kursus pendek Akidah yang telah diamanahkan dalam masa yang ditetapkan.

Sekalung penghargaan diberikan kepada pensyarah kami, Ustaz Sabawi bin Awang kerana telah banyak memberikan informasi yang berguna kepada saya dan rakan-rakan dalam menyediakan fakta serta maklumat yang terbaik mengenai tajuk yang dipilih iaitu Gejala Hedonisme. Jesteru, ia memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna, InsyaAllah.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan dan dorongan dari pelbagai segi seperti menyumbangkan wang ringgit serta memberi sokongan moral agar kerja kursus pendek ini dapat disiapkan dengan sempurna. Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu dalam menyempurnakan tugasan ini serta sudi memberikan perkongsian dan perbincangan agar tugasan ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan tugasan ini. Terima Kasih.

(3)

Hiburan adalah fitrah dalam diri manusia. Naluri manusia yang cenderung terhadap hiburan adalah sesuatu yang biasa dan normal. Menghubungkaitkan Bangsa Melayu dengan hiburan sememangnya tidak membawa kepada apa – apa kesalahan. Namun begitu, yang menjadi permasalahan disini ialah apabila sikap orang Melayu itu sendiri yang gemar ‘berlebih – lebihan’ dalam mengejar hiburan.

Hiburan yang tidak terkawal serta bersifat duniawi semata – mata akhirnya bukan sahaja telah membawa mereka kepada kancah kemaksiatan malahan juga telah membawa kepada pelbagai masalah yang lain seperti masalah keruntuhan akhlak, gejala sosial yang semakin teruk serta banyak lagi permasalahan yang timbul kesan daripada budaya hendonisme ini.

Hedonisme boleh disifatkan sebagi suatu budaya yang mementingkan

keseronokkan (material) serta bersifat keterlaluan dalam mengejar hiburan yang bersifat duniawi semata – mata.

Sebagai contoh, terdapat artikel yang bertajuk “Mahasiswa Agungkan Budaya Barat”, “Budaya Hiburan Melampau Jejas Martabat Pusat Ilmu” adalah antara ratusan topik terkini yang hangat dibincangkan di akhbar Berita Harian. Fokusnya ialah budaya hiburan yang melampau yang memberi kesan kepada nilai murni budaya timur dan nilai Islam. Bermacam-macam lagi tajuk artikel yang membincangkan mengenai penularan pengaruh Barat yang dikaitkan dengan Hedonisme.. Isu yang membimbangkan ini kini semakin hari semakin membarah seolah-olah tiada ubat bagi merawatnya

Oleh itu, pengkajian mengenai isme-isme atau ideologi Barat amat diperlukan bagi membendung isme-isme ini dari terus menjahanamkan umat Islam. Ia perlu dikaji bagi mendapatkan satu resolusi yang jitu dan unggul agar dapat memantapkan keyakinan dan kekuatan umat Islam agar sentiasa terus berpegang dengan prinsip bahawa agama Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi dan mulia daripada agama Islam itu sendiri.

(4)

Perkataan hedonisme berasal dari dua perkataan iaitu hedone dan isme. Perkataan hedone berasal dari perkataan Yunani di mana asal istilah ini mula wujud yang membawa maksud kesenangan atau kenikmatan. Manakala perkataan isme akhiran pada kata nama yang merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan dan juga sikap serta perlakuan.

Mengikut istilah pula hedonisme beerti pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Menurut Lorens Bagus pula hedonisme ialah konsep moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan.

Manakala Mustafa Kamil Ayub menyatakan bahawa hedonisme ialah satu sistem nilai Barat yang menilai kebaikan hanyalah semata-mata keseronokan (pleasure) yang sama dengan nilai moral mereka iaitu kesenangan dan keberuntungan. Objektif

utamanya ialah keseronokan.

Jika mengikut Ensiklopedia Dunia membahagikan maksud hedonisme kepada dua iaitu mengikut falsafah klasik dan falsafah moden. Menurut falsafah klasik, hedonisme membawa pengertian satu kepercayaan bahawa nikmat ialah kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan.Dalam falsafah moden pula golongan utilitarian hedonistik yang dipelopori oleh Jeremy Bentham dan J.S. Mill mempercayai bahawa manusia tidak seharusnya mencari nikmat individu sahaja tetapi hendaklah mencari kebaikan yang teragung untuk sebilangan manusia.

(5)

Perkataan hedonisme telah mula dipakai semenjak zaman Yunani lagi iaitu zaman yang melahirkan ramai tokoh falsafah yang terkemuka yang banyak mempengaruhi ramai cendekiawan hingga ke hari ini. Boleh dikatakan bahawa istilah hedonisme melalui dua fasa iaitu fasa Yunani iaitu sebelum masihi dan fasa Barat (Renaisans).

Fasa Yunani

Tokoh istilah hedonisme di zaman ini ada ramai tetapi yang dinyatakan di sini hanya yang terkemuka sahaja iaitu:

1) Aristotle

Ada tiga pola hidup yang memuat kepuasan dalam dirinya sendiri iaitu hidup yang mencari nikmat, hidup praktis dan hidup sebagai seorang filsuf. Hidup yang mencari nikmat inilah yang disitilahkan sebagai Hedonisme. Hedonisme menurut beliau ialah pencapaian kebahagiaan bukan denga kenyataan tetapi dengan disertai dengan suatu tindakan. Dalam bahasa sekarang ialah manusia mencapai kebahagiaan dengan mengembangkan potensi diri melaui kekuatan-kekuatan yang dimilikinya dan bukan dengan bersikap menerima sahaja.

(6)

Istilah hedonisme ini muncul semula pada abad ke 17 setelah Barat mula bangkit dari zaman gelap mereka. Ketika ini ramai cendekiawan Barat yang telah lahir dan pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan dan sains mereka mula berkembang. Sebagaimana kebangkitan Barat hasil pemisahan pertentangan terhadap insitusi gereja, begitu juga dengan nilai moral yang mereka miliki. Oleh kerana tidak

mempercayai unsur dalaman(rohani), istilah mencapai kebahagiaan (hedonisme) mereka juga menolak ketuhanan atau unsur spiritual dan ia memiliki konsep yang sama dengan Aristippus namun skop pencapaian kebahagiaan Barat lebih besar iaitu untuk sebilangan besar manusia.

Setelah itu istilah hedonisme terus berkembang mengikut falsafah sekular Barat itu sendiri. Di dalam buku Pendidikan Islam yang telah diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd menyatakan bahawa hedonisme adalah merupakan salah satu konsep moral yang bersifat sekular yang telah muncul di Amerika pada tahun 1876 yang dipelopori oleh Dr. Felix Adler dari Columbia University.

Ia bermula apabila Amerika berhadapan dengan resolusi yang dibawa oleh American Ethical Union yang menyatakan ‘kepentingan yang amat penting” ialah faktor etika perlu diasingkan dalam semua hubungan kehidupan peribadi, masyarakat, bangsa, negara dan di peringkat antarabangsa.

Golongan moral sekular berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep falsafah moral yang melahirkan pelbagai aliran falsafah moral sekular di antaranya ialah aliran hedonisme yang membawa fahaman baik dan buruk merujuk kepada pertimbangan nafsu dan naluri.

Begitulah kronologi kelahiran hedonisme yang telah melalui pelbagai proses perkembangan mengikut tokoh yang mempeloporinya tetapi yang wujud kini adalah

(7)

hedonisme yang diadaptasi dari Barat. Lebih membahayakan lagi, Barat bukan sekadar menolak ketuhanan tetapi nilai moral dan etika yang baik juga ditolak bagi

mengasingkan terus nilai-nilai spiritual yang berkemungkinan hasil dari dendam mereka terhadap institusi gereja yang pernah mencengkam mereka sebelum ini.

Hedonisme juga mempunyai beberapa pembahagian sebagaimana yang dikatakan oleh A. Mangunhardjana iaitu :

1) Bagi golongan ilmuwan, kenikmatan mereka ialah pada perkara intelektual.

2) Bagi golongan sensual (bernafsu), kenikmatan mereka terbatas kepada kenikmatan pancaindera.

3) Bagi golongan yang meminati seni, kenimatan mereka tertumpu pada nilai estetik. 4) Bagi golongan yang mementingkan nilai etika, moral dan religi maka kenikmatan mereka tertumpu pada perkara etika, moral dan religi.

(8)

Secara tidak langsung dapat diketahui bahawa masyarakat kini sudah mula menunjukkan mereka kini sedang dipengaruhi oleh budaya barat. Antara faktor yang menyebabkan penularan budaya tersebut adalah seperti berikut :

1) Penjajahan

Alwi Haji Abdullah menjelaskan bahawa sewaktu penjajahan berlaku dasar budaya Barat dilaksanakan berselindung disebalik istilah ‘pemodenan’, kemajuan dan pembangunan. Disebalik istilah inilah Barat berselindung untuk menyebarkan nilai-nilai kehidupan, pemikiran, pendidikan, kemahiran teknologi dan sejarah Barat. Proses “pemodenan” atau “pengeropahan” inilah yang mengekalkan kesinambungan cengkaman pengaruh Barat.

Dalam merealisasikan penjajahan budaya ini, nilai-nilai tamadun Barat dijadikan ukuran sejagat ke atas tanah jajahan dan dalam masa yang sama turut berlaku

pemaksaan idea, ideologi, nilai, pegangan amalan dan gaya hidup Barat. Oleh itu,tidak hairanlah jika sebuah negara bekas jajahan Barat mengamalkan apa yang ditinggalkan oleh penjajah mereka.

2) Globalisasi

Globalisasi menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya menjadi saling bergantungan. Apa yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di rantau lain. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan, perkampungan dunia dan langit terbuka.

(9)

Faktor berlakunya globalisasi ialah ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang tinggi dan canggih. Globalisasi boleh meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya hidup. Globalisasi membolehkan pemindahan nilai dan cara berfikir serta cara bertindak dari satu daerah ke satu daerah dunia yang lain. Barat menggunakannya untuk memindahkan nilai mereka dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan hedonisme (pegangan hidup mementingkan keseronokan) secara serentak.

3) Media massa.

Banyak penulisan sebelum ini yang membicarakan mengenai peranan media massa dalam menyebarkan fahaman atau apa sahaja. Banyak kajian dan penulisan yang menunjukkan bahawa media massa sebagai wasilah hedonisme.

Kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya kawalan juga boleh membawa ke arah kerendahan budi dan adab. Akibatnya berlaku pembocoran budaya yang kurang sihat berlaku secara meluas dalam media massa di Malaysia. Atas alasan ingin tahu, mahu up to date dan darah muda para belia, para pelajar apatah lagi yang kurang didikan agama akan memudahkan bertambahnya kes-kes keruntuhan akhlak.

Oleh itu, media massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat terutamanya kepada generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari mengambil tempat ibu bapa sebagai satu tempelan kepada pembetukan peribadi.

(10)

Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Ledakan hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah apabila bermulanya program hiburan berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia.

Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di siaran Astro pantas menjadi tajuk perbualan orang ramai tidak kira tua atau muda.Jelasnya hiburan memang cukup sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan dan kegembiraan lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan yang serasi dengan jiwa kebiasaanya remaja yang sedang mencari identiti mereka. hiburan dan hedonisme memang berkait rapat.

Keempat-empat faktor tersebut merupakan pemangkin gejala hedonisme yang terbesar di dunia umat Islam kini namun ia sebenarnya bukanlah menjadi masalah bagi dunia Barat yang memang sudah sebati dengan nilai tersebut.

(11)

KESAN BUDAYA HEDONISME

Hedonisme merupakan satu ancaman yang bahaya yang menyerang umat Islam dari segi gaya hidup. Ia meninggalkan kesan ke atas umat Islam di dalam dua perkara yang dianggap teras agama Islam yang sepatutnya boleh bertindak sebagai pelindung umat Islam iaitu :

1. Akidah

Akidah merupakan perkara tunjang kepada seseorang muslim. Akidah yang mantap merupakan sumber kekuatan bagi seseorang muslim dalam melakukan kegiatan dan melahirkan semangat berjuang yang tinggi.

Ia boleh diibaratkan sebagai akar tunjang yang menjunam jaum ke dalam tanah bagi mengekalkan sebatang pokok sentiasa tegak berdiri. Tanpa akidah, akan rosaklah nilai iman seseorang. Istilah hedonisme berintikan sekularisme memang memencilkan soal akidah kerana jika wujud akidah ia tidak dapat berkembang dengan bebasnya. Dalam hal ini, apabila seseorang mengamalkan ideologi ini diBaratkan sebagai menolak ketauhidan dan sudah pastilah akidah sebagai galang gantinya.

2. Akhlak

Akhlak ibarat pakaian seseorang dan tanpa akhlak seseorang diibaratkan tanpa pakaian. Akhlak merujuk kepada sikap seseorang tentang perhubungannya dengan Tuhan, sesama manusia, alam sekitar dan haiwan.

(12)

Orang yang baik akhlaknya, baik hubungan denga Tuhan, manusia, haiwan dan alam sekitar dan sebaliknya. Akhlak dalam Islam meliputi keseluruhan aspek kehidupan seseorang muslim yang telah ditentukan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Hedonisme ialah salah satu sistem moral dalam masyarakat Barat yang meletakkan pengukuran

keseronokan sebagai ukuran bagi semua pekerjaan yang dilakukan dan sudah pastilah seronok itu dalam perkara-perkara yang berkait dengan nafsu. Apabila nafsu tanpa kawalan akal, maka hancurlah akhlak.

Dua tunjang utama dalam Islam ini sepatutnya bertindak menjadi senjata yang paling ampuh dalam melawan ideologi Barat ini. Jika ia rosak, sememangnya tidak patut dihairankan mengapa umat Islam boleh menjadi rosak juga.

(13)

Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati, cuma masa yang

diambil untuk menyembuhkan sesuatu penyakit mungkin mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Demikian juga dengan penyakit mementingkan nafsu yang memerlukan pencegahan dan rawatan yang begitu rapi dan teliti kerana jika tidak dibendung dan dikawal akan menghilangkan jati diri sebagai umat Islam. Islam itu sendiri adalah

sebagai ubat bagi menghadapi gejala-gejala hedonisme dan berikut adalah aspek dalam Islam yang boleh berfungsi sebagai pengawal dan pencegah hedonisme buatan Barat ini :

1) Dakwah

Dakwah bertujuan mendekatkan diri manusia kepada pencipta alam ini. Jika seseorang itu bukan Islam maka dakwah bertujuan memperkenalkannya kepada Islam sebagai jalan mengenal Allah dan jika sudah pun Islam maka dakwah bertujuan meperkuatkan lagi penghayatan keislamannya.

Dakwah kini perlu disebarkan melalui skop yang besar sejajar dengan skop globalisasi. Ruang-ruang yang yang tidak bersifat ketuhanan perlu segera diisi dengan roh Islamiah agar dapat mengatasi masalah akidah dan akhlak manusia sebagaimana menurut Muhammad Uthman perlaksanaan tugas dakwah islamiah dengan syarat-syarat dan aturan yang baik dan tepat sebagaimana yang ada dalam ajaran rohaniah Islam perlu dijalankan.

Hal yang demikian adalah kerana di dalam dakwah penuh dengan nasihat, pesanan keagamaan, dan bersifat sosial serta teladan yang mengajak masyarakat menghindari diri dari hal yang negatif kepada hal yang positif.

(14)

Ia semakin signifikan apabila dakwah dapat dilakukan secara profesional

merangkumi semua lapisan masyarakat sekaligus menyentuh aspek fikiran dan rohani mad’u. Keprofesionalan pendakwah perlu kerana masyarakat semakin bijak menilai tetapi dalam masa yang sama mereka menghadapi kemelut dalaman yang meruncing.

2) Konsep bersederhana

Sebenarnya Islam telah meletak garis panduan yang ideal kepada umatnya agar dapat menjaga kemaslahatan ummah. Lakukanlah apa jua pekerjaan dan perkara tetapi harus beringat supaya tidak melampaui batas kerana agama Islam adalah agama yang menyuruh umatnya bersederhana sebagaimana firman Allah S.W.T. (2 : 143)

Maksudnya :

“Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ummat yang adil dan pilihan , agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia”

3) Ilmu Pengetahuan

Menuntut ilmu memang diwajibkan oleh Islam ke atas umatnya. Umat Islam mestilah mengenal pasti secara total segala permainan pemikiran dan cara-cara

mengatasinya mengikut panduan ulamak. (Abdullah Nasih Ulwan 2003 : 99) Tanpa ilmu pengetahuan, satu bangsa pun tidak akan maju dan boleh membina tamadunnya sendiri. Ilmu pengatahuan akan mengelakkan umat Islam dari terpengaruh ke dalam unsur-unsur sekularisme tidak kira dari apa jua bentuknya.

4) Malu

Rasa malu adalah adalah unsur yang positif dalam tabiat manusia. Rasa malu mengungkapkan nilai nilai keimanan seseorang dan menunjukkan tingkat

(15)

Sebagaimana hadis yang menyarankan agar umat Islam bersifat malu. Malu di sini bermaksud malu mengerjakan kejahatan dan segala perbuatan yang hina atau malu kerana ketinggalan dalam melakukan kebaikan dan kemuliaan. Malu seperti ini akan menjaga manusia dari kejahatan dan membawa kepada keselamatan dan kemajuan.

ARTIKEL BERKENAAN BUDAYA HEDONISME

 Artikel ini menujukkan antara salah satu Budaya Hedonisme iaitu ‘Lesbian’ yang menjanjikan keseronokan semata-mata dalam kalangan muda mudi pada dewasa ini. Mereka kian parah dan hanyut dalam dunia mereka sendiri.

(16)

Gambar menunjukkan hiburan pada hari ini yang semakin dipuja-puja dan melalaikan ramai manusia.Ini adalah salah satu contoh Budaya

(17)

DALIL-DALIL YANG MENENTANG BUDAYA

HEDONISME

1) Dalil Al-Quran

Firman Allah s.w.t :

‘Dan yang dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa, oleh itu tidak kamu mahu berfikir’

(surah al-an’am:32)

Firman Allah swt :

‘Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.

(surah Ali-Imran:185)

 Kedua-dua Dalil daripada Al-Quran ini jelas menunjukkan betapa Islam menekankan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah satu permainan dan bersifat

(18)

2) Al-Hadis

هِيْلَعَ ل

ُ ا ىلّص

َ ل

ِ ا لَوْس

ُ رَ عَمَ س

ٌ وُلُجَل اّناِ : لُوْقُيَ ب

ٍ لِاطَ يبِاَ نِبْ ي

ِ لعَ نْعَ

مَلّس

َ وَ

امّلَفَ وٍرْفَبِ ةٌعَوْقُرْمَ هُلَ ةٌدَرْبُ لّإِ هِيْلِعَ امَ رٍيْمَعُ نُبْ ب

ُ عَص

ْ مُ عَلَطَ ذْاِ دِجِس

ْ مَلاْ يفِ

هُآرَ

لَوْس

ُ رَ لَاقَ مَّث هِيْفِ مَوْيَلْا وَهُ ى

ْ ذِلّاوَ ةِمَعْنّلا نْمِ هِيْفِ نَاكَ ى

ْ ذِلّلِ ىكَبَ ل

ِ ا لَوْس

ُ رَ

مْكُبِ ف

َ يْكَ : مَلّس

َ وَ هِيْلَعَ ل

ُ ا ىلّص

َ ل

ِ ا

اذَإِ

يفِ مْكُدُحَأَ ادَغَ

نَيْبَ ت

ْ عَض

ِ وُوَ ةٌلّحُ

لَوْس

ُ رَ اَي اوْلُاَق ,ةُبَعْكَلَاْ رُتَس

ْ تُ امَكَ مْكُتَوْيُبُ مُْترْتَس

َ وَ ىرَخْاُ ت

ْ عُفِرٌوَ ةٌفَحْص

َ هِيْدَيَ

نُحْنَ ل

ِ ا

ل

ُ ا ىلّص

َ ل

ِ ا لَوْس

ُ رَ لَاقَفَ ةَنَؤمُلاْ ىفَكْنُوَ ةِدَابَعِلْلِ عُرَفّتَنَ مَوْيَلْا انّمِ رٌيْخَ ذٍئِمَوْيَ

. ذٍئِمَوْيَ مْكُنْمِ رٌيْخَ مَوْيَلْا مْتُنْأَ لَ : مَلّس

َ وَ هِيْلَعَ

)

(يذمرتلا هاور

Maksud:

(19)

Daripada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'anhu: “Bahawasanya kami sedang duduk

bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair Radhiyallahu 'anhu dan tiada di atas badannya kecuali hanya selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melihat

kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana terharu mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana melihat nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kemewahan di Mekah. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka’abah?. Maka jawab sahabat, “ Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak perlu mencari rezeki”. Lalu Baginda bersabda : “Tidak, keadaan kamu pada hari ini lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu”. (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Berapa ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat bahawa kemewahan, budaya hendonisme yang keterlaluan untuk mencari hiburan dan keseronokan serta tipu daya dunia banyak menghalang seseorang daripada melaksanakan ibadah kepada Allah, sepertimana fenomena yang berlaku pada umat Islam pada hari ini.

Sedar atau tidak, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang tertipu dengan keseronokan hiburan yang melampau dan tipu daya dunia yang mempersonakan. Kekayaan, kemewahan dan budaya hendonisme yang ada telah menyibukkan kita dan menghalang daripada melaksanakan ibadah untuk mencari keredhaan Allah.

Umat Islam pada hari ini dikelabukan mata dengan mengejar kemewahan dan mencari keseronokan yang berpanjangan tanpa memikirkan apakah persiapannya dan amalan untuk dibentangkan di hadapan Allah pada hari Kiamat nanti.

Kisah yang berlaku di kalangan salah seorang sahabat, iaitu Mus’ab bin Umair Radhiyallahu 'anhu sudah cukup untuk membuatkan kita menitiskan air mata keinsafan

(20)

Memadailah apa yang digambarkan oleh Rasulullah saw tentang beliau untuk dijadikan sebagai iktibar kepada kita.

Hadis di atas menggambarkan kepada kita bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersedih dan menangis apabila mengenangkan nasib yang menimpa Mus’ab bin Umair. Beliau merupakan seorang anak bangsawan, yang selalu dimanjakan oleh ibunya, pakaiannya dahulu diperbuat daripada kain yang mahal, sehinggalah apabila kecintaannya kepada Allah dan RasulNya mengatasi segala-galannya, beliau sanggup tinggalkan segala kemewahan tersebut dengan memilih Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya.

Banyak kitab sirah yang merakamkan kisah yang menyentuh hati ini, sehinggakan diceritakan apabila jenazahnya hendak ditutupkan di kepalanya, bahagian kain yang menutupi badannya terbuka di kakinya. Apabila ditarik ke bahagian kaki, kain kafan yang menutupi jenazahnya di bahagian kepalanya pula terbuka kerana kain tidak cukup lebar, sedangkan semasa hayatnya beliau merupakan seorang anak bangsawan yang kaya dan terkenal di Mekah.

Dalam hadith ini juga, Nabi Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu hari nanti akan memperolehi kekayaan, kemewahan dan kelapangan dalan

kehidupan. Pakaian mereka yang cantik akan silih berganti setiap hari, hidangan makanan yang tidak pernah putus-putus, rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihasi dengan bermacam-macam perhiasan.

Begitulah gambaran terhadap sifat tamak dan haloba manusia dalam

menghimpun harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak puas melayan nafsu. Mereka sentiasa ingin mencari dan menambah kekayaan sehinggalah kematian datang menjemput mereka. Maka pada ketika barulah mereka sedarkan diri dengan seribu satu penyesalan, di saat sudah tidak berguna lagi penyesalan.

(21)

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek Aqidah yang bertajuk ‘Budaya Hedonisme’.Melalui tugasan yang diberikan ini, ia banyak membantu saya terutama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan Hedonisme ini.

Segala bimbingan serta tunjuk ajar diberikan sepenuhnya oleh Pensyarah Aqidah kami iaitu Ustaz Sabawi bin Awang dan tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dan dengan sebaiknya.

Perkara pertama yang saya lakukan untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk vandalisme ialah dengan melayari internet dan mencari maklumat yang bertepatan dengan tajuk saya iaitu berkaitan Budaya Hedonisme. Sebelum ini saya ada mendengar berkaitan dengan gejala sosial namun saya tidak pernah mendengar perkataan ‘Hedonisme’. Apabila saya diberi peluang untuk mencari maklumat berkaitan gejala ini saya lebih memahami tentang apa yang dikatakan tentang Budaya Hedonisme.

(22)

Selain itu,saya juga telah mencari beberapa gambar yang berkaitan dengan budaya hedonisme dan mengemukakan dalil yang bertentangan dengan Budaya Hedonisme itu sendiri. Melalui itu, ia akan menjadikan pencarian saya lebih difahami.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

KESIMPULAN

Islam adalah agama fitrah bagi semua manusia. Sesuai sebagai agama fitrah, Islam tidak pernah melarang penganutnya daripada berhibur. Islam sememangnya membenarkan penganutnya untuk berhibur. Namun begitu, hiburan yang dilakukan haruslah selari dengan syariat dan perintah Allah serta tidak menjerumuskan diri kita terhadap kemaksiatan serta kelalaian kepada Allah S.W.T.

Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur namun mestilah mengikut lunas-lunas Islam serta tidak ‘berlebih – lebihan’ serta bersikap ‘melampau – lampau’ dalam mencari hiburan sehingga menanggalkan imej Islam yang dibawa.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap

(memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebih – lebihan.” [Al – Araf: 31]

Firman Allah S.W.T:

“Wahai orang – orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Al – Maidah: 87]

(23)
(24)

1)

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/bahaya-budaya-hendonisme-dan-kemewahan.html

2)

http://cd-qudwahhasanah.blogspot.com/2008/01/hedonisme.html

3)

http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/29/gejala-hedonisme-menulari-remaja/

4)

http://nushaqrasah.blogspot.com/2010/06/dilemma-melayu-budaya-hendonisme.htm

PELAN TINDAKAN

(25)

1. 30 September 2010 Penerimaan tugasan daripada Ustaz Sabawi. 2. 01 Oktober 2010 Melayari internet untuk mendapatkan maklumat

dengan lebih lanjut mengenai tugasan yang diberi.

3. 02 Oktober 2010 Memulakan tugasan dengan menyenaraikan maklumat yang diperlukan.

4. 05 Oktober 2010 Kemudian, mulakan tugasan dengan membuat draf kerja.

5. 07 Oktober 2010 Merujuk kepada pensyarah berkaitan tugasan yang diberi semasa waktu kuliah berlangsung 6. 08 Oktober 2010 Berbincang dengan rakan-rakan mengenai

hujjah-hujjah penentangan vandalisme

7. 09 Oktober 2010 Menaip semua maklumat yang diperlukan 8. 12 Oktober 2010 Menyemak semula tugasan yang sudah ditaip 9. 13 Oktober 2010 Menyempurnakan tugasan yang diberi

(26)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil yang didapatkan dalam penelitian ini bahwa teknik mind mapping dalam bimbingan kelompok dapat meningkatkan manajemen waktu belajar siswa kelas XI

Oleh karenanya maka ukuran tingkat kenormalan tegakan hutan pada hutan alam produksi yang bersifat heterogen dan tidak seumur, selain harus dicirikan oleh bentuk

Hal ini disebabkan oleh melambatnya kinerja konsumsi rumah tangga, sedangkan kinerja LNPRT tumbuh lebih tinggi sejalan dengan peningkatan aktivitas kegiatan politik

Dengan adanya dana baru dari Yayasan Damandiri melalui Bank Sulut untuk kegiatan sistem Pembinaan Usaha Mandiri atau Pundi, maka mereka yang dianggap menonjol dan membayar

Dengan demikian untuk menentukan kadar air di Kabupaten Tuban, model pendugaan kelengasan lahan pada penelitian dapat digunakan dengan menggunakan transformasi citra

Untuk mengetahui apakah aktiva tetap, total utang dan modal dapat memberikan pengaruh terhadap perolehan laba bersih perusahaan serta variabel mana yang memberikan

simpulan sebgai berikut; Iinterksi antara pupuk agrodyke 3gr/polybag dengan pemberian pupuk dengan cara di tugal (A1C1) berpengaruh baik pada peubah tinggi tanaman

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui perbedaan yang signifikan hasil belajar IPS antara siswa yang dibelajarkan melalui penerapan model pembelajaran group