!
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
!
! Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun!
!
• Berlaku kekeliruan dalam memahami pengajian ketamadunan dan sejarah tamadun.
!
• Pengajian ketamadunan membicarakan teori, konsep- konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak.!
• Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya.!
• Amnya – pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi faktor masa.!
• Kedua-duanya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar dan kosong. Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta dikembangkan.!
!
TAKRIF DAN CIRI TAMADUN!
!
• Perkataan tamadun diguna bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari aspek ilmu pengetahuan dan fizikal.!
• Perkataan tamadun berasal dari bahasa Arab – maddana = perbuatan membuka bandar/kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.!
• Daripada perkataan tersebut diterbitkan perkataan madani = sifat sesuatu yang berkaitan dengan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji.!
• Perkataan maddana & madani sebenarnya berasal daripada din = agama iaitu menggambarkan kehidupan beragama!
• Tamadun ditakrifkan – pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan.!
• Istilah tamadun diperkenalkan oleh Jurji Zaidan (Tarikh al- Tamaddun al-Islami)
!
• Ibn Khaldun merupakan sarjana Islam lebih awal menulis mengenai ketamadunan. Beliau menggunakan istilah Umran bg menjelaskan makna tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.!
• Beliau membezakan masyarakat kepada dua : umran hadhari – yg telah capai kemajuan, umran
badawi – yg blm maju.!
• Beliau telah mengemukakan teori kitaran di mana sesuatu peradaban akan bertahan sekitar tiga generasi:!
• Generasi awal - memiliki semangat juang dan kekitaan dan solidariti sosial yang tinggi! • Generasi pertengahan - memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kemahiran !
• Generasi terakhir - mula lemah dan dilingkungi kemwahan, kehilangan adab, akhlak dan jati diri yang kemudiannya membawa kepada kemerostan peradaban!
• Ibn Khaldun telah mengemukakan teori ‘al-ta’awun’ iaitu konsep pergantungan antara satu anggota masyarakat dengan yang lain bagi merubah masyarakat dari badawi ke hadhari.! • Ianya menyamai makna ‘division of labour’ dlm sosiologi moden.
!
• Istilah ‘tamadun’ dan ‘peradaban’ digunapakai dlm bahasa Melayu selepas kedatangan Islam.
!
• Sebelum kedatangan Islam istilah berikut digunakan:!
• Budaya = keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.!
• Pembangunan dan kemajuan = menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat
!
• Perkataan sama makna dgn tamadun dlm bahasa Inggeris – ‘civilization’ – berasal drpd perkataan latin ‘civitas’ = kota / bandar.!
• Civilization menekankan penggabungan ketinggian budaya dgn kemajuan kebendaan.!
• Dalam tradisi Barat, civilization ditandai dengan pencapaian ilmu dan teknologi, aktiviti ekonomi, politik, kemasyarakatan dan penempatan di bandar.!
• Civilization juga menggambarkan budaya (culture). Oleh yg demikian pencapaian suatu tamadun sering diukur berasaskan tahap kompleksiti suatu organisasi sosial melalui aktiviti masyarakat.!
!
Ciri Tamadun!
!
• Wujud sistem kepercayaan dan agama
!
• Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus!
• Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
!
• Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur
!
• Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi!
• Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai
!
• Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan hidup
!
• Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika.!
!
!
!
! P - Penempatan
P - Peningkatan kualiti hidup A - Agama & kepercayaan B - Bahasa & Tulisan
S - Sistem institusi / organisasi sosial U - Undang - undang
R - Reka cipta D - Daya kreativiti
Kepercayaan, Agama dan Tamadun
!
• Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia.
!
• Pembinaan pekerti mulia dan bermoral berkait rapat dengan kepercayaan beragama dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun.!
• Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama.!
• Namun tamadun Barat kontemporari memperlihatkan memisahkan nilai keagamaan dlm kehidupan.!
• Umumnya, terdapat 2 pandangan:!
-
Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun !-
Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun!!
Hubungan Tamadun Dengan Budaya!
!
• Budaya – tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat.
!
• Tamadun berbeza daripada budaya apabila:
!
-
Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya.Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) berbeza dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya)!
-
Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkandengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara!
!
Hubungan Tamadun dan Bangsa!
• Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.! • Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan
kebangsaan.!
• Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika.!
• Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa.
!
• Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan.!
• Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam sebagai asas nilai.!
!
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun !
!
• Kedudukan yang strategik – faktor geografi. Spt:Tamadun Mesir di lembah Nil.
!
• Rangsangan keagamaan – ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia menghayati nilai kehidupan.!
• Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. Pemimpin dan masyarakat menghayati nilai moral dan mencintai ilmu. Cth: al-Farabi, Ibn Khaldun (tamadun Islam), Kung Fu-Zi (tamadun Cina)! • Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi. Berlaku bagi membebaskan diri daripada
kesengsaraan hidup.!
• Toleransi dengan tamadun lain. Wujud interaksi antara tamadun membuka ruang menerima tamadun lain. Cth. Tamadun Islam menerima sumber ilmu astronomi drpd tamadun Yunani.!
!
!
P - Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai
P - Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi
R - Ransangan keagamaan
T - Toleransi dengan tamadun lain
K - Kedudukan yang strategik
!!
Kemerosotan Tamadun!
!
• Ibn Khaldun – kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah.!
• Antara punca kemerosotan sesebuah tamadun:
!
! J - Jurang sosial - Iaitu antara kaya dgn miskin. K - Kezaliman.
K - Keruntuhan moral.
J - Jumud (sikap tertutup/tidak mahu menerima perubahan) B - Bencana alam.
!
!
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun!
• Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi / kepercayaan. Ianya sering menimbulkan percanggahan pendapat.!
• Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi.!
• Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada persoalan etika berikut:! ! M - Masyarakat A - Alam sekitar K - Keluarga P - Pendidikan E - Ekonomi K - Kerajaan
K - Kesihatan dan Kesejahteraan
!
Interaksi Antara Tamadun
!
• Telah wujud interaksi antara tamadun dlm sejarah hasil keterbukaan dan semangat toleransi. Ianya membawa implikasi sama ada positif @ negatif.!
• Jenis Interaksi :!
!
B - Budaya dan Tamadun yang Berbeza
I - Interaksi dalam SejarahL - Lingkungan Budaya yang Sama T - Tamadun yang Kuat dengan yang lemah
!
DIALOG ANTARA TAMADUN / PERADABAN! • Dialog : !
• satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang bertelingkah (Kamus Dewan)! • Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan, pandangan
untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat dgn tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan membolehkan utk saling memahami.!
• Perlunya dialog apabila manusia menyedari kepelbagaian masyarakat dari segi geografi, budaya dan agama.!
!
Pembudayaan Dialog di Malaysia! • Berlaku sejak 1980an
!
• Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan
!
• Dialog dalam kehidupan harian melalui proses bekerjasama dan komunikasi – pekerjaan, perniagaan, sekolah !
Prinsip Dialog
!
!
M - Memahami dan menyedari tujuan dialog
C - Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog
M - Mendatangkan manfaat
B - Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai)
A - Ada keikhasan
B - Berhemah Tidak prejudis!
!
Halangan Dialog