• Tidak ada hasil yang ditemukan

5) k3 2014 Pilihanraya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "5) k3 2014 Pilihanraya"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 1

T5B7 : PILIHAN RAYA

INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187

2. Tidak perlu buat rangka jawapan

3. Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut peruntukan markah.

Bil Tajuk ms

SOALAN 1 Maksud dan latar belakang pilihan raya ( bt ms 177 )

3 SOALAN 2 Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia ( Bt ms 178)

3

SOALAN 3

Fungsi / Peranan / Tujuan Suruhan jaya Pilihan Raya (SPR)

( Bt ms 177 ) 4

SOALAN 4

Fungsi / Peranan / Tujuan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya

Kecil ( Bt ms 178 ) 4

SOALAN 5 Kelayakan / Syarat- syarat menjadi pengundi ( Bt ms 178 ) 4

SOALAN 6 Kelayakan / Syarat- syarat menjadi calon pilihan raya ( Bt ms 178 ) 5

SOALAN 7 Sistem / Proses / Langkah-langkah pilihan raya ( Bt ms 178 ) 5

SOALAN 8

a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia ( 15 markah )

b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat. Buktikan ( 15 markah )

6 7

SOALAN 9

Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini. 7

SOALAN 10

Andaikan anda seorang calon pilihan raya, apakah peraturan-peraturan yang mesti anda patuhi bagi menentukan proses pilihan raya berjalan

lancar? . (10 markah) 8

SOALAN 11 Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan 8

SOALAN 12

Jawapan untuk 2 soalan di bawah adalah sama : a) Sebab-sebab pilihan raya dilaksanakan di Malaysia

b) Pilihan raya dapat memantapkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Buktikan

9

SOALAN 13

Melalui sistem pilihan raya, pemilihan pemimpin yang berwibawa dapat

diwujudkan. Buktikan. (10 markah) 9

SOALAN 14

Cabaran yang dihadapi dan langkah mengatasi perlaksanaan proses

pilihan raya. 10

(2)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 2

Bil Tajuk ms

SOALAN 15

Apakah cabaran dan langkah bagi mengekalkan kestabilan politik/

keamanan negara melalui sistem pilihan raya. 10

SOALAN 16 Kesan jika pilihan raya tidak dilaksanakan di Malaysia

11 SOALAN 17 Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

11

SOALAN 18

9. MERUMUS – kesimpulan a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang

12

(3)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 3 RUJUK BUKU

TEKS Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )

Soalan 1 : Maksud dan latar belakang PILIHANRAYA ( 5 markah) ( bt ms 177 ) Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

RUJUK BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan) 3. MENGANALISIS ( Calon buat ANALISIS terhadap solan, melibatkan proses pengumpulan maklumat )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 2 : Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia ( Rujuk buku teks 178)

Proses pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia, terdiri daripada pilihan raya umum dan kecil. Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara. Piilhan raya umum di Sabah dan Sarawak di adakan secara berasingan

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri disebabkan kematian , perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

Pembubaran parlimen diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian diumumkan oleh SPR. Seterusnya penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding. Parti-parti yang bertanding boleh menyediakan manifesto dan melancarkan kempen pilihan raya

SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pengundi akan diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian. Semasa pembuangan undi, pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut kedalam peti undi.

Proses pengiraan undi bagi calon yang bertanding akan dijalankan selepas tamat tempoh pengundian. Selepas selesai pengiraan, pengumuman keputusan pilihan raya

(4)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 4

dilakukan oleh pegawai pilihan raya. Calon yang menang akan diisytiharkan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli Dewan Rakyat.

Soalan 3 : Fungsi / Peranan / Tujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ( Bt ms 177 )

SPR ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yanga adil dan saksama iaitu bebas dan tanpa tekanan parti pemerintah dan pembangkang. Keanggotaannya dilantik oleh yang YDPA setelah berunding dengan majlis Raja.Raja Melayu. Fungsi utama adalah dengan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya. Menjalankan pendaftaran pemilih, mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.

=============================================================================

Soalan 4 : Fungsi / Peranan / Tujuan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil ( Bt ms 178 )

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di adakan secara berasingan.

Pilihan raya kecik dia adakan apabila berlaku kekosongan kerusi, di man-mana kawasan perlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan berlaku mungkin di sebabkan oleh kematian, perletakan jawatan dan perlucuitan jawatan. Selepas kekosongan berlaku, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia, 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen dalam tempoh 7 hingga 15 hari. SPR menubuhkan urusetia di ketuai oleh seorang urusetia yang berfungsi sebagai Ketua Pentadbir dan Ketua Eksekutif Urusetia, dibantu oleh sekumpulam kakitangan awam.

Urusetia diwajibkan mengikut garis panduan dan dasar suruhanjaya pilihan raya untuk memastikan pilihan raya dujalankan dengan efektif dan adil.

==============================================================================

Soalan 5 : Kelayakan / Syarat- syarat menjadi pengundi ( Bt ms 178 )

Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi, jika namanya didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.

Menurut perkara 119 perlembagaan Malaysia, seseorang warga negara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut

.

Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

(5)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 5 Soalan 6 : Kelayakan / Syarat- syarat menjadi calon pilihan raya ( Bt ms 178 )

Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mesti warga negara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Warganegara akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri. Jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada Rm 2000 dan tanpa pengampunan.

Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon, pada hari penamaan calon.

==============================================================================

Soalan 7 : Sistem / Proses / Langkah-langkah pilihan raya ( Bt ms 178 )

Proses pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia, terdiri daripada pilihan raya umum dan kecil. Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara. Piilhan raya umum di Sabah dan Sarawak di adakan secara berasingan

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri disebabkan kematian , perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

Pembubaran parlimen diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian diumumkan oleh SPR. Seterusnya penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding. Parti-parti yang bertanding boleh menyediakan manifesto dan melancarkan kempen pilihan raya

SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pengundi akan diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian. Semasa pembuangan undi, pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut kedalam peti undi.

Proses pengiraan undi bagi calon yang bertanding akan dijalankan selepas tamat tempoh pengundian. Selepas selesai pengiraan, pengumuman keputusan pilihan raya dilakukan oleh pegawai pilihan raya. Calon yang menang akan diisytiharkan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli Dewan Rakyat

(6)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 6 Soalan 8 : a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia ( 15 markah )

b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat. Buktikan ( 15 markah )

a) Kepentingan/Manfaat/Faedah/Kelebihan pilihan raya di Malaysia ( 15 markah )

Pilihan raya penting kepada semua warga negara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Rakyat bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa dan melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Kepentingan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem

demokrasi berparlimen sehingga kini. Rakyat bebas memilih dan menentukan sendiri pemimpin mereka melalui pilihan raya.

Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi. Menerusi pilihan raya, rakyat dapat memahami proses memilih pemimpin dan

seterusnya proses membentuk kerajaan. Secara tidak langsung, rakyat dapat

menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.

Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka. Pilihanraya membantu kepada kelicinan

pentadbiran samada diperingkat pusat atau peringkat kerajaan negeri. Sistem pilihan raya

yang dilaksanakan di Malaysia telah memberi keadilan kepada semua pihak sama ada pihak rakyat atau pun pemimpin

Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan

dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat.

Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

Rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin kerana mempunyai kerajaan yang stabil.

Manfaat pilihan raya di Malaysia ialah menjadikan sistem pentadbiran yang cekap dan mantap.

Sistem pilihan raya juga menjamin kelicinan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri

Melalui sistem ini memberi kelebihan kepada rakyat bebas bersuara mengikut saluran yang betul. Seterusnya menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih wakil di peringkat Parlimen dan Negeri. Rakyat berhak menjadi calon Parlimen dan DUN. Sistem pilihan raya dapat menentukan hala tuju pentadbiran negara.

Selain itu pemimpin dapat bermuafakat dalam menentukan dasar negara dan secara tidak langsung pilihan raya membantu membangunkan ekonomi negara secara berterusan serta menentukan agihan ekonomi yang adil. Manfaat seterusnya pilihan raya ini menyemai semangat kerjasama rakyat dalam membangunkan negara yang tercinta. Secara tidak langsung dapat menjamin kelangsungan hak asasi manusia.

(7)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 7

kalangan rakyat berbilang kaum. Akhir sekali persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan seterusnya membawa kepada perpaduan kaum yang erat.

b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat. Buktikan. ( 15 markah )

Keberkesanan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan keharmonian negara. Pemimpin-pemimpin yang dipilih telah berjaya membawa kestabilan politik semenjak zaman pemerintahan Tungku Abd Rahman hingga kini.

Kestabilan politik Malaysia membolehkan pemimpin-pemimpin negara menjalinkan hubungan di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa, yang paling membanggakan Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Malaysia pernah dipilih menjadi tuan rumah dalam persidangan diperingkat antarabangsa seperti CHOGM, OIC dan NAM.

Ini membuktikan rakyat telah membuat keputusan yang tepat memilih pemimpin yang layak melalui sistem pilihan raya. Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan hingga ke hari ini.

Keamanan negara berjaya menarik ramai pelabur asing seperti negara Jepun, Kore Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya dengan membuka kilang di negara ini, contoh kilang Hitachi, Sharp, Samsung dan lain-lain. Ini menyumbang kepada pendapatan perkapita negara. Rakyat juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui pendedahan teknologi baru yang dibawa dari Jepun dan Korea. Peluang pekerjaan terbuka luas kepada warga negara Malaysia.

Rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni di mana wujud konsep bangsa Malaysia yang memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada pemimpin-pemimpin negara yang mereka pilih melalui pilihan raya.

Melalui bidang pendidikan telah menyedarkan warganegara Malaysia betapa pentingnya pilihan raya demi menjamin kesejahteraan negara.

============================================================================== RUJUK

BUKU TEKS

Andaian Soalan ARAS

4. APLIKASI ( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang dipelajari serta kefahaman tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI BARU )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 9 : Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

Sebagai seorang pegawai SPR saya akan menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Saya juga akan memastikan pilihan raya umum atau kecil berjalan lancar. Selain itu, saya akan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.

Saya akan menjalankan pendaftaran pemilih dan menentukan pegawai-pegawai SPR bagi memudahkan warga negara Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi, contoh di pejabat Pos. Senarai semak nama-nama pengundi boleh diakses dengan mudah oleh pihak yang berkepentingan. Saya juga akan mengendalikan pengundian melalui pos bagi anggota pasukan keselamatan, pelajar dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara dengan syarat mereka mendaftar sebagai pengundi.

Saya akan memastikan calon-calon bebas berkempen mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum pilihan raya. Saya akan memastikan proses pengiraan undi dilakukan secara terbuka dan telus dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik khas. Bagi menjamin ketelusan saya membenarkan calon-calon pilihan raya daripada parti kerajaan, pembangkang atau bebas boleh membuat petisyen di mahkamah dalam tempoh 21 hari

(8)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 8

dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Saya akan membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemerhati negara ASEAN , untuk memantau proses pilihan raya umum bagi menjamin ketelusan

Saya tidak akan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keselamatan negara. Saya akan hadir pada hari penamaan calon dengan mengisi dan menghantar borang pencalonan. Saya akan melantik saksi bagi pihak saya.

Saya juga akan membayar wang pertaruhan iaitu RM10,000.00 bagi ahli Dewan Rakyat dan RM5,000.00 bagi ahli Dewan Undangan Negeri.

Seterusnya saya akan mematuhi peraturan berkempen selama tujuh hari dan tempoh masa berkempen dengan menamatkan masa berkempen tepat pukul dua belas tengah malam.

Di samping itu, saya akan menghantar wakil calon sebagai pemerhati di pusat pembuangan undi dan semasa proses pengiraan undi. Saya tidak akan merayu undi pada hari pengundian berlangsung dan tidak akan memakai lambang parti yang saya tandingi semasa membuang undi. Saya tidak akan meraih undi dengan sebarang pemberian atau hadiah kepada bakal pengundi.

==============================================================================

Andaian Soalan ARAS :

5 & 6 MENILAI ( Calon perlu menjelaskan kejayaaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )

Isi jawapan ikut peruntukan

markah =============================================================================

Soalan 11 : Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan

SPR merupakan badan bebas yang bertanggungjawab ke atas perjalanan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh YDPA dan tidak menyebelahi mana-mana pihak atau

pun bebas.

SPR turut mengundang pemerhati luar, penggunaan kotak lut sinar yang boleh dilihat oleh wakil-wakil yang bertanding. Penggunaan anggota keselamatan untuk menjaga dan mengiringi peti undi.

Penggunaan dakwat kekal kepada pengundi untuk mengelakkan pengundian 2 kali. Mendaftar pengundi menggunakan daftar pemilih yang terkini. Bagi memastikan pengundi yang bersih SPR bekerja sama dengan jabatan Pendaftaran Negara.

Wakil calon yang bertanding menjadi pemerhati semasa proses pengiraan undi. Sekiranya parti yang kalah tidak berpuas hati mereka boleh menghantar petisyen.

Individu yang tidak berkaitan ,tidak dibenarkan berada di bilik pengiraan undi. Borang penjumlahan undi setiap calon ditandatangani oleh setiap wakil calon

Soalan 10 : Andaikan anda seorang calon pilihan raya, apakah peraturan-peraturan yang mesti anda patuhi bagi menentukan proses pilihan raya berjalan lancar? . (10 markah)

(9)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 9 daripada badan dunia sebagai yang terbaik.

Jawapan untuk 2 soalan di bawah adalah sama :

Soalan 12 : Sebab pilihan raya dilaksanakan di Malaysia

Soalan 12 : Pilihan raya dapat memantapkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Buktikan

1. Melibatkan rakyat unutk memilih pemimpin negara

2. Menentukan bentuk kerajaan yang akan memerintah negara

3. Menjamikan kerajaan yang cekap seperti isu demonstrasi jalanan yang berjaya

ditangani

4.Melaksanakan sistem demokrasi yang telus dan adil

5.Mengiktiraf hak kebebasan asasi seorang individu

6.Memilih wakil rakyat berdasarkan pilihan majoriti rakyat

7.Rakyat berhak menyokong,mengekalkan dan menukar kerajaan sedia ada

8.Memastikan kelancaran dalam sistem pentadbiran negara

9.Memilih pemimpin yang adil untuk menjamin keadilan pemerintahan negara

10.Rakyat mengetahui perkembangan politik semasa

11.Mengisi kekosongan kerusi dimana-mana kawasan Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri

12.Memilih pemimpin yang diterima majoriti

( Sila olah jawapan anda dalam bentuk esei )

==============================================================================

Soalan 13 : Melalui sistem pilihan raya, pemilihan pemimpin yang berwibawa dapat diwujudkan. Buktikan.

Melalui sistem pilihan raya, pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan ketokohan dan akhlak calon. Taraf pendidikan pemimpin diambil kira untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Di samping itu, rekod perkhidmatan pemimpin menjadi panduan pemilihan.

Pemimpin yang berwibawa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu dan mereka juga bersedia melaksanakan manifesto parti.

Pemimpin tersebut juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, sedia dikritik dan berusaha membuat penambahbaikan terhadap tugas yang diamanahkan.

(10)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 10 Andaian Soalan ARAS :

7 MENJANA IDEA ( Calon perlu menjelaskan CABARAN- CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH untuk mengatasi cabaran tersebut )

Isi jawapan ikut peruntukan markah Cadangan = 5m Langkah = 5m

Soalan 14 : Cabaran yang dihadapi dan langkah mengatasi perlaksanaan proses pilihan raya.

Cabaran SPR ialah sukar mendaftarkan pengundi-pengundi muda untuk mendaftar sebagai pemilih. Cabaran seterusnya ialah peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai sasaran. Banyak isu sensitif yang ditimbulkan menjelang pilihan raya yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Cabaran seterusnya ialah bagi menjamin keselamatan peti undi pada hari pembuangan undi supaya tidak berlaku penyelewengan.

Terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengundi di beberapa tempat.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah SPR akan menggunakan saluran media seperti surat khabar, televisyen , radio untuk menghebahkan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi apabila berumur 21 tahun.

Seterusnya mengadakan kempen kesedaran secara bergerak untuk mendekati generasi muda terutama penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi supaya mereka tahu tanggunjawab mereka. Pihak SPR mengenakan syarat yang ketat serta tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat supaya tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menggugat keamanan negara.

Bagi menjamin keselamatan peti undi dan kertas undi tidak diselewengkan, pihak polis harus mengawal dengan ketat. Akhir sekali, bagi mengelakkan pertindihan pembuangan undi, pengundi disyaratkan mencelup jari ke dalam dakwat khas yang disediakan oleh SPR

==================================================================== Soalan 15 : Apakah cabaran dan langkah bagi mengekalkan kestabilan politik/ keamanan negara melalui sistem pilihan raya.

Antara cabarannya ialah berlaku pertembungan pendapat antara pihak kerajaan dan pembangkang semasa kempen pilihan raya. Tuduhan dilemparkan oleh pihak lawan demi meraih undi. Cabaran seterusnya, perjalanan pilihanraya dipantau oleh pemerhati antarabangsa dan badan bukan kerajaan di mana mereka bebas memberikan pendapat. Seterusnya pihak-pihak tertentu tidak mematuhi peraturan berkempen yang ditetapkan. Selain itu, pendaftaran pemilih baru tidak mencapai sasaran seperti dalam data Jabatan Pendaftaran Negara dan masyarakat kurang kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi walaupun telah terdaftar sebagai pemilih.

Langkah bagi mengatasi cabaran ialah mewujudkan persefahaman dalam kalangan ahli politik melalui dialog dan perjumpaan. Penggunaan Akta Hasutan dpat menghalang isu-isu peribadi atau sensitif disentuh dalam kempen pilihan raya. SPR memastikan pilihan

(11)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 11 atau pasukan keselamatan sentiasa memantau perjalanan kempen dan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan berkempen. Pihak SPR hendaklah menjalankan kempen yang lebih agresif melalui aplikasi media yang lebih canggih seperti internet.

Soalan 16 : Kesan jika pilihan raya tiada dialksanakan di Malaysia

1. Sistem pemerintahan negara boleh bertukar kepada sistem autokratik

2.Hak rakyat akan ditindas

3.Hak-hak asasi rakyat seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara disekat

4.Rakyat tidak berpeluang untuk memilih wakil pemimpin

5.Kerajaan tidak dapat dibentuk

6.Keadilan dalam pemerintahan negara tidak terjamin

7.Pentadbiran negara tidak berjalan dengan lancar dan sistematik

8.Mempunyai pemimpin yang tidak bersikap adil kepada rakyat

9.Kebebasan rakyat untuk bersuara tidak terjamin

10.Berlaku perselisihan antara kaum dalam masyarakat majmuk akibat perbalahan

idealogi

( Sila olah jawapan anda dalam bentuk esei )

============================================================================== Andaian Soalan ARAS :

8. NILAI MURNI / IKTIBAR / PATRIOTISME ( Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita ) IKTIBAR – mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll

Isi jawapan ikut peruntukan

markah

Soalan 17 : Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

Warganegara Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Pegawai-pegawai yang terlibat dengan pilihan raya perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Calon pilihan raya haruslah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang bijaksana dan berwibawa. Pihak SPR yang menjalankan tugas mestilah patuh pada garis panduan pilihan raya. Akhir sekali, masyarakat Malaysia haruslah bersatu hati dan bekerjasama untuk memastikan negara kita sentiasa aman.

TAMBAHAN IKTIBAR

1. Tidak melemparkan sebarang tuduhan liar yang tidak berasaskan tanpa bukti kukuh

2. Tidak menyebarkan fitnah yang boleh menjejaskan imej tokoh atau pemimpin di mata rakyat

3. Tidak melibatkan diri atau mengadakan sebarang perhimpunan haram atau demontrasi jalanan yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi

(12)

Panitia Sejarah Daerah Raub Page 12 5. Menolak sentimen perkauman demi mengukuhkan perpaduan

6. Menghormati keputusan pilihan raya yang telah dibuat oleh rakyat bagi mengelakkan perbalahan

( Sila olah jawapan anda dalam bentuk esei )

PENUTUP / KESIMPULAN / RUMUSAN

9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan a) Pengetahuan yang diperolehi

b) Iktibar kepada diri , bangsa dan Negara

c) Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia cemerlang dan terbilang

a) Pengetahuan yang diperoleh ( 2M )

Saya dapat mengetahui bahawa sistem pilihan raya di negara kita telah dilaksanakan dengan adil dan penuh ketelusan bagi menjamin kestabilan politik. Saya juga mengetahui bahawa setiap warganegara yang layak mengundi perlu bertanggungjawab mengambil tahu tentang politik semasa.

b) I) Iktibar kepada diri ( 1M )

Iktibar kepada diri saya ialah pilihan raya penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

ii) Iktibar kepada bangsa, masyarakat ( 1 M )

Sebagai bangsa Malaysia , saya menyedari bahawa pentingnya kita bijak memilih pemimpin yang berwibawa dan berpengetahuan.

ii) Iktibar kepada Negara ( 1 M )

Iktibar kepada negara pula, pihak kerajaan dan rakyat harus berganding bahu dan bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Pemimpin negara mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia

c) Harapan menjadi masa depan politik Malaysia yang lebih cemerlang

Saya berharap, pemimpin-pemimpin yang telah dipilih melalui pilihan raya dapat menunaikan tanggungjawab menjaga keharmonian negara bagi menjadikan negara ini terus gemilang dan terbilang. Harapan saya semoga negara kita akan terus kekal berdaulat dan mengamalkan demokrasi berparlimen

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Laporan pelaksanaan proyek yang telah selesai dan ditampilkan di triwulan ini yaitu proyek Domestic Gas Development Project dari sumber pinjaman Bank Dunia, Vocational

a. Sudinkes memiliki keterbatasan sumber daya manusia untuk merekapitulasi dan mengolah datapelaporan penggunaan narkotika dan psikotropika. Tingkat kepatuhan UPK

Jumlah saham yang ditawarkan 2.300.178.500 Saham Biasa Atas Nama dengan nilai nominal Rp 100,- (seratus rupiah) setiap saham.. Penjamin Pelaksana

(1) Pekerja/buruh yang mengundurkan diri atas kemauan sendiri, memperoleh uang penggantian hak sesuai ketentuan Pasal 156 ayat (4). (2) Bagi pekerja/buruh yang mengundurkan diri

Adapun yang menjadi tujuan dalam penelitian ini adalah untuk menjelaskan penerapan metode CMSA (Cara Mengaji Santri Aktif) dalam meningkatkan baca tulis Al-Q ur’an, kendala dan

12.3 Silberschatz, Galvin and Gagne ©2005 Operating System Concepts – 7 th.. Edition, Jan

1) Mencari nilai minimum dan maksimum dari jawaban responden pada tiap-tiap unsur pela- yanan. 2) Menghitung nilai mean (rata-rata) dari jawaban responden