53
JANGKAAN DAN HARAPAN PELAJAR KEMURUNGAN TERHADAP
KEPERLUAN KAUNSELING ISLAM
[CONSIDERATION AND ASSESSMENT OF LESSON STUDENTS ABOUT
ISLAMIC COUSELLING ISSUE]
MAHNESSA A.KADIR
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
ABSTRACT
Depression is a mental health problem that can happen to anyone including students. These depressive symptoms can cause students to lose their focus on learning, disciplined violations, skip classes, copy exams, poor learning outcomes and drop out of school. Therefore, this study aims to study demographic profiles and depression levels as well as analyze the expectations and expectations of the needs of the Islamic counseling approach. The design of the study was a survey study using structured questionnaires and interviews. This study involved 160 students as respondents using objective sampling. Data collection was done through questionnaires. The quantitative data obtained from the questionnaire were analyzed using descriptive statistical techniques where the frequency, percent, mean and standard deviation were analyzed using descriptive analysis approach. The results of this study show that more female students suffer from depression between the ages of 18-20. Their levels of depression were found to be low. The results of this study also show that the counseling services practiced by the Psychology Management Unit in the Polytechnic are good and at a high level. Overall, students at the Polytechnic Values place high hopes on the Islamic counseling approach to address depression.
Key Words: Depression, Psychology Management, counseling approach
ABSTRAK
Kemurungan merupakan masalah kesihatan mental yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar. Fenomena kemurungan ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, berlaku pelanggaran disiplin, ponteng kelas, meniru dalam peperiksaan, keputusan pembelajaran kurang cemerlang dan berhenti pengajian. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji profil demografi dan tahap kemurungan serta menganalisis jangkaan dan harapan terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini melibatkan 160 pelajar sebagai responden dengan menggunakan pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik. Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai mengalami kemurungan dalam lingkungan usia antara18-20 tahun. Tahap kemurungan mereka didapati berada pada tahap rendah. Hasil kajian ini juga menunjukkan perkhidmatan kaunseling yang diamalkan oleh
54
Unit Pengurusan Psikologi di Politeknik adalah baik dan berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan, pelajar di Politeknik Nilai meletak harapan yang tinggi terhadap pendekatan kaunseling Islam bagi menangani kemurungan.
Kata kunci: Kemurungan, Pengurusan Psikologi, pendekatan kaunseling
PENGENALAN
Tanggapan terhadap masalah kemurungan masih dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini kerapkali dikaitkan dengan permasalahan emosi seperti kesedihan yang dianggap tidak bijak menguruskan kestabilan emosi, lemah jiwa dan mudah berputus-asa. Ini bertentangan sama sekali dengan hakikat sebenarnya kemurungan. Justeru, penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang mendapat perhatian ialah sindrom kemurungan. Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) meletakkan kemurungan (Major Depressive Disorder) di tangga keempat dalam senarai penyakit yang menyebabkan bebanan kepada dunia. Dalam tempoh 50 tahun lagi, ia dijangka mengambil tempat lebih utama berbanding penyakit-penyakit fizikal yang lain.
Namun begitu, gangguan tingkah laku bunuh diri atau psikiatrik seperti kemurungan, skizofrenia, gangguan personaliti dan kecelaruan minda juga boleh mendorong kepada perlakuan bunuh diri. Cara yang paling sering digunakan untuk membunuh diri adalah dengan menggantung diri dan terjun daripada bangunan tinggi. Menurut kajian Hermin Mallo, Daniel Ronda (2010) dalam kajiannya terhadap pelajar remaja yang berusia 15 hingga 17 tahun; segalanya berpunca daripada masalah tekanan seperti kemurungan, masalah perceraian ibu bapa dan masalah kekeliruan konsep diri atau jati diri.
Remaja dalam usia ini kerapkali dikaitkan dengan masalah emosi seperti perasaan bersalah, tidak dapat mengawal kemarahan, merasakan diri tidak dihargai dan dipinggirkan sama dalam kelompok rakan sebaya mahu pun dalam keluarga. Segelintir remaja lebih rela mengambil jalan pintas membunuh diri daripada terpaksa mengharungi permasalahan global seperti peperangan, keganasan, ancaman penyakit, jenayah, sengketa politik dan fahaman agama serta bahana kebuluran. Secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada pemikiran remaja dan dengan tidak dapat mengawal perasaan, kesedihan dan kebencian (Dr Khaidzir Ismail,Utusan Malaysia, 2011).
Justeru fenomena ini haruslah ditangani dengan pendekatan kaunseling yang relevan. Sehubungan itu pendekatan kaunseling lslam diterima pakai bagi menangani kes kemurungan ini. Pendekatan kaunseling lslam. Ini melibatkan kaunselor terlatih, klien bermasalah, kaedah /pendekatan yang digunakan, etika sebagai kaunselor dan persekitaran klien. Oleh sebab itu ciri-ciri seorang kaunselor yang berkelayakan perlu ada seperti dari segi kelayakan akademik dan ikhtisas, kemahiran komunikasi interpersonal, berpengetahuan dan berpengalaman serta memiliki sifat-sifat peribadi tertentu. Ini bagi memastikan proses kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik, bersistematik dan beretika serta secara profesional.
Dalam kajian ini penyelidik lebih memberikan penekanan bagaimana usaha menghadapi masalah pelajar kemurungan menggunakan pendekatan kaunseling Islam. Di samping menganalisis jangkaan dan harapan pelajar kemurungan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling Islam.
55
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ialah:
i. Mengkaji profil demografi dan tahap kemurungan pelajar.
ii. Menganalisis perkhidmatan kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
iii. Menganalisis jangkaan dan harapan pendekatan kaunseling Islam bagi menangani masalah pelajar yang mengalami kemurungan.
METODE KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah analisis data dan teknik deskriptif yang digunakan ialah min, median, mod dan taburan kekerapan dengan dibantu jadual. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini melibatkan 160 responden berdasarkan pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik. Data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini melibatkan pensampelan seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan dianggap mengalami kemurungan berdasarkan perlanggaran disiplin yang dilakukan. Data jumlah pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan diambil daripada Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) dengan kebenaran Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Responden yang dipilih adalah pelajar Muslim sahaja. Kerana kajian ini bersangkutan perkara yang berkaitan agama Islam. Merujuk kepada dokumen pelajar yang dirujuk atau datang sendiri ke Unit Pengurusan Psikologi terdiri daripada pelajar yang menghadapi masalah peribadi, kewangan, disiplin dan paling ketara ialah masalah pembelajaran. Kajian ini hanya menganalisis latar belakang responden iaitu jantina, umur, pekerjaan bapa, pekerjaan ibu, tahap pendidikan bapa, jabatan, semester semasa dan tempat tinggal semasa.
I. Demografi responden a. Jantina
Hasil kajian ini mendapati responden perempuan seramai 89 orang (55.6%) mengalami kemurungan dan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Berbanding pelajar lelaki adalah seramai 71 (44.4 %) orang. Perbezaan ini kerana pelajar perempuan dapat dihubungkan dengan masalah pembelajaran iaitu menghadapi perubahan persekitaran, menghadapi masalah peribadi, dan pencapaian peperiksaan yang kurang memuaskan.
56
b. Umur
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan pelajar berusia 18-21 tahun yang mengalami kemurungan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Mana kala responden usia 22-26 tahun kurang mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana mereka lebih suka menyelesaikan masalah dengan cara sendiri atau mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan berbanding perkhidmatan kaunseling.
c. Pekerjaan Bapa dan Ibu
Jenis pekerjaan ibu bapa merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kelangsungan hidup berkeluarga kerana ia menggambarkan pola kegiatan ekonomi suatu masyarakat. Menurut Zainab (2001) pekerjaan menunjukkan status sosial ekonomi anggota masyarakat; contohnya seseorang individu yang mempunyai status sosial ekonomi yang rendah menggambarkan kebiasaannya mempunyai pekerjaan yang rendah juga. Analisis ke atas pekerjaan bapa responden, didapati sebahagian besar daripada bapa responden mempunyai pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Seramai 57 orang (35.6 %) bapa responden bekerja dalam sektor swasta manakala seramai 39 orang (24.4%) bekerja awam dan 37 orang (23.1%) memilih bekerja sendiri sebagai punca pendapatan keluarga. Hanya 27 orang (16.9%) yang tidak bekerja atau telah bersara. Pada keseluruhannya menunjukkan pekerjaan bapa dalam sektor swasta atau kerajaan digambarkan boleh menjamin pendapatan keluarga responden.
Kajian ini mendapati terdapat 76 orang (47.5%) ibu responden tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun demikian, lebih daripada jumlah tersebut, seramai 26 orang (16.2%) yang bekerja dengan kerajaan dan 27 orang (16.9%) bekerja di sektor swasta. Oleh itu, bekerja dengan sektor awam atau swasta tidak menarik minat seramai 31 orang (19.4%) ibu responden yang memilih bekerja sendiri untuk menambah pendapatan keluarga. Pada masa ini segelintir kaum ibu lebih suka bekerja sendiri atau bekerja sambilan seperti berniaga online, menjadi tukang jahit sambilan dan membuka perniagaan kecil-kecilan. Pekerjaan seperti ini dapat memberi ruang masa yang lebih banyak untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Dapatan kajian menunjukkan jumlah ibu yang tidak bekerja lebih besar daripada ibu bekerja.
Sebilangan besar daripada ibu bapa responden tidak bekerja (hilang pekerjaan atau bersara) iaitu 103 orang (64.4%) berbanding 68 orang (42.5%) memilih bekerja sendiri. Berbanding 84 orang (52.5%) bekerja dengan sektor kerajaan. Analisis ini juga menunjukkan sebilangan besar daripada responden kemurungan terdiri daripada golongan keluarga yang kurang pendapatan dan berkemungkinan berhadapan dengan masalah kewangan. Faktor masalah kewangan boleh mendorong kepada berlakunya kemurungan dalam ahli keluarga.
57
Kajian ini menganalisis tahap pendidikan bapa terhadap responden yang mengalami kemurungan. Tahap pendidikan yang tinggi dapat memberikan kematangan pemikiran dan memberi pengetahuan kepada ahli keluarga. Kajian ini mendapati daripada jumlah 160 orang bapa responden, seramai 70 orang (43.8 %) yang mendapat pendidikan di peringkat universiti/maktab/kolej. Oleh itu dapatan ini menunjukkan tahap pendidikan bapa sangat mempengaruhi kemurungan responden. Namun demikian pendidikan bapa di peringat sekolah menengah ke bawah iaitu 90 orang (56.3%) yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Status pendidikan bapa sangat mempengaruhi perkembangan emosi dan kemurungan responden.
e. Tempat Tinggal
Dapatan kajian menunjukkan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan pelajar kemurungan tinggal bersama keluarga itu 13 orang (8.1%), manakala 79 orang (49.4%) memilih tinggal di rumah sewa. Bagi pelajar yang memiliki kriteria yang ditetapkan pihak asrama seperti keputusan akademik yang baik dan giat dalam aktiviti yang disediakan Politeknik Nilai, Negeri Sembilan seramai 68 orang (42.5%) terpilih tinggal di asrama. Kesimpulannya pelajar yang tinggal di rumah sewa cenderung mengalami kemurungan kerana berhadapan dengan masalah pengangkutan ke Politeknik di samping masalah kewangan untuk membayar sewa rumah.
II. Perkhidmatan kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
Hasil dapatan menunjukkan keseluruhan responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi. Seramai 34 responden (21.1%) sangat bersetuju perkhidmatan kaunseling disediakan untuk pelajar dan kakitangan serta bukan untuk pelajar bermasalah sahaja.
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) menyediakan perkhidmatan kaunseling individu serta kelompok berdasarkan kepada kes yang dilaporkan oleh klien. Oleh itu kajian mendapati nilai yang hampir sama. Seramai 67 responden (14.4%) sangat bersetuju dengan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok serta keselesaan bilik kaunseling. Kedua-dua item ini menunjukkan nilaian yang rendah. Kebanyakan responden memaklumi perkara ini dan tahu peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi). Pada keseluruhannya, responden yang mengalami kemurungan berpuas hati dengan perhidmatan kaunseling yang di Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi).
Jadual 1: Taburan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling
Perkhidmatan Kauseling STP TS TP S SS No K P K P K P K P K P 1. UPPsi sediakan perkhidmatan membantu pelajar 5 3.1 12 7.5 34 21.2 80 50.0 29 18.1 2. UPPSI sediakan 3 1.9 11 6.9 47 29.4 76 47.5 23 14.3
58
kaunseling individu dan kelompok
3. Bilik UPPsi selesa 3 1.9 8 5.0 52 32.5 74 46.2 23 14.1 4. UPPsi sediakan
pelbagai inventori soal selidik
1 0.6 12 7.5 47 29.4 75 46.9 25 15.6
5. UPPsi bukan untuk pelajar bermasalah sahaja
6 3.8 11 6.9 42 26.2 67 41.9 34 21.1
6. UPPsi disediakan untuk pelajar dan kakitangan
4 1.9 18 11.2 46 28.8 66 41.2 34 21.1
7. UPPsi banyak beri pendedahan kerjaya dan maklumat berkaitan disiplin 3 1.9 11 6.9 46 28.8 73 45.6 27 16.9 8. UPPsi sediakan maklumat pembangunan sahsiah diri 3 1.9 11 6.9 48 30.0 71 44.4 27 16.9 9. UPPsi mudah dikunjungi 3 1.9 13 8.1 43 26.9 75 46.9 26 16.2 10 UPPsi sering adakan
program
4 2.5 13 8.1 51 31.9 64 40.0 28 17.5
STS=Sangat Tidak Setuju, TS=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Setuju, SS= Sangat Setuju K=Kekerapan P=Peratus
Hasil dapatan kajian mendapati 80 responden iaitu 50.0 peratus bersetuju Unit Pengurusan Psikologi yang disediakan berfungsi membantu klien. Di samping itu 76 responden iaitu 47.0 peratus bersetuju Unit Pengurusan Psikologi menyediakan kaunseling kelompok dan kaunseling individu. Dan hanya 3 responden (1.9 %) tidak bersetuju dalam perkara ini. Ini adalah kerana bukan keseluruhan responden yang mendapatkan perkhidmatan secara rela tetapi dirujuk oleh pihak jabatan.
Kunjungan ke Unit Pengurusan Psikologi mendapati didapati lokasinya sangat strategik dan sesuai dijalankan sesi kaunseling. Oleh itu kajian mendapati 75 responden iaitu 46.9 peratus bersetuju unit kaunseling mudah dikunjungi seperti lokasi dan jadualnya. Temu janji sesi kaunseling diatur dengan sempurna bagi memudahkan responden mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
a) Persediaan
Pada dasarnya, daripada maklumat yang diberikan Pegawai Psikologi Politeknik Nilai, Negeri Sembilan terdapat enam tahap yang dilalui dalam sesuatu proses kaunseling yang dijalankan. Kemahiran pegawai psikologi dalam kajian ini diukur menerusi tujuh komponen yang terdiri daripada 36 item iaitu kemahiran membina hubungan, kemahiran mendengar, kemahiran meneroka, kemahiran memberi maklumat, kemahiran menyoal, kemahiran membalas (responding), meneroka dan kemahiran merumus. Manakala soal selidik bagi perkhidmatan
59
kaunseling yang dikaji daripada dua aspek berkaitan perkhidmatan fizikal dan kemudahan kaunseling yang disediakan oleh Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Hasil kajian mendapati Pegawai Psikologi bertanya khabar dan meminta responden memperkenalkan diri sebanyak 74 (46.6 %) bersetuju dan 15 (9.4 %) sangat setuju. Manakala hubungan yang mudah difahami dan komunikasi yang baik boleh mencapai maksud dan memudahkan kes diselesaikan. Oleh itu Pegawai Psikologi perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami, jelas dan terang supaya klien lebih berasa selesa untuk meneruskan sesi kaunseling. Oleh yang demikian dalam kajian ini mendapati 86 responden (53.8 %) bersetuju dan 26 (16.2 %) sangat setuju bahawa bahasa yang digunakan Pegawai Psikologi mudah difahami.
Kajian mendapati 81 responden (70 %) bersetuju pegawai psikologi memaklumkan Kod Etika Kaunseling di awal sesi kaunseling. Walaupun terdapat 14 responden (8.8 %) responden tidak setuju. ini disebabkan responden kurang menumpukan perhatian terhadap sesi khasnya bagi kes dirujuk dari jabatan dan unit disiplin. Namun demikian, jumlah dapatan ini adalah lemah dan tidak menggambarkan tanggungjawab Pegawai Psikologi untuk memberitahu Kod Etika Kaunseling telah diabaikan.
b) Kemahiran Mendengar dan Mengenal Pasti Masalah
Hasil daripada kajian ini mendapati 74 atau (45.6 %) responden bersetuju Pegawai Psikologi mendengar dengan tekun sepanjang sesi. Jelas di sini membuktikan Pegawai Psikologi telah menumpukan perhatian sepenuhnya dengan tekun sepanjang proses kaunseling tersebut. Hanya terdapat 8 (5.0 %) sahaja yang sangat tidak bersetuju dengan kemahiran mendengar Pegawai Psikologi semasa sesi berlangsung. Keputusan ini tidak membuktikan amalan kemahiran mendengar tidak dilakukan dengan baik kerana hanya sebilangan kecil sahaja daripada keseluruhan responden.
Tumpuan Pegawai Psikologi dalam sesi kaunseling dapati dibuktikan dengan memberi prarasa seperti menanggapi jawapan responden dengan ungkapan “ok’’, ‘betul kah”, “ya”, dan sebagainya. Dapatan kajian menunjukkan 65 (40.6 %) responden bersetuju Pegawai Psikologi ada menggunakan perkataan tersebut sebagai rangsangan mendapatkan maklum balas daripada responden iaitu dalam “Pegawai Psikologi guna kata rangsangan seperti bagus, oh, ok dan lain untuk teroka masalah saya”.
Menzahirkan nilai empati untuk memahami seseorang melalui dalaman orang itu yang dijadikan asas untuk memahami klien dan sebagai cara berkomunikasi dengannya (Kurpius dalam Mohamed Sharif & Sulaiman 2003). Di samping itu juga Pegawai Psikologi melahirkan rasa simpati terhadap responden iattu seramai 77 responden (48.1 %) bersetuju Pegawai Psikologi menggunakan “Pegawai Psikologi melahirkan rasa empati”. Namun demikian, hanya 5 responden (3.2 %) yang sangat tidak bersetuju Pegawai Psikologi melahirkan simpatinya kepada responden.
c. Merumuskan Kesimpulan
Kajian ini membuktikan bahawa 69 (43.1 %) responden mendapati Pegawai Psikologi merumus isu yang dibincangkan pada setiap sesi akhir kaunseling yang dijalankan. Namun
60
demikian, 51 (31.9 %) responden menyatakan tidak pasti sama ada Pegawai Psikologi merumuskan atau tidak isu yang dibincangkan. Perkara ini berlaku disebabkan responden tersebut tidak mengetahui bahawa Pegawai Psikologi telah membuat rumusan sementara semasa sesi berjalan atau di akhir sesi.
Penyelidik lebih memfokuskan kepada kemahiran pegawai psikologi memimpin responden supaya tidak terkeluar daripada isu yang dibincangkan. Oleh itu kajian ini mendapati teknik memimpin yang dapat membantu. Namun demikian bukan bermakna responden tidak boleh membincangkan perkara lain tetapi kemahiran pegawai psikologi dengan pendekatan ini boleh membawa semua responden kepada isu yang sebenar. Seramai 77 responden (48.1 %) bersetuju pegawai psikologi berjaya memimpin dengan memberikan pilihan dalam menghadapi masalah.
Keseluruhannya responden bersetuju dengan kemahiran memimpin Pegawai Psikologi dalam sesi yang dijalankan. Terdapat skor yang sama nilainya iaitu 76 responden (47.5%) bersetuju dengan kemahiran pegawai psikologi dalam membantu responden untuk menyelesaikan masalah sendiri iaitu pada item “Pegawai Psikologi buka minda kenal pasti masalah saya”, “Pegawai Psikologi minta penjelasan lanjut isu yang dibincangkan”, “Pegawai Psikologi bimbing pilih jalan penyelesaian masalah dihadapi”. Walaupun demikian, hanya terdapat responden tidak setuju Pegawai Psikologi memimpin mereka untuk mendapatkan resolusi terhadap isu dibincangkan. Namun demikian hanya sebilangan kecil sahaja yang beranggapan demikian itu item “Pegawai Psikologi buka minda kenal pasti masalah saya” hanya 5 responden (3.1 %), “Pegawai Psikologi minta penjelasan lanjut isu yang dibincangkan iaitu 9 responden (5.6 %), dan “Pegawai Psikologi bimbing pilih jalan penyelesaian masalah dihadapi terdapat 9 responden (5.6 %) yang sangat tidak setuju dengan item tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa walaupun terdapat sejumlah kecil sahaja yang tidak setuju dengan sifat memimpin Pegawai Psikologi ianya tidak menjejaskan keseluruhan proses sesi tersebut.
d) Amalan pendekatan Islam dalam sesi kaunseling
Hasil kajian mendapati 95 responden (59.4 %) bersetuju Pegawai Psikologi memulakan sesi dengan bacaan Basmallah dan doa berbanding hanya 10 responden (6.2 %) menyatakan dan sangat tidak setuju dan 15 responden (9.4 %) tidak setuju. Bagi penyelidik perkara ini kemungkinan responden tidak dapat memberikan perhatian terhadap sesi. Item “Pegawai Psikologi beri celik minda kepada saya untuk menambah ibadah selain solat, kajian mendapati 72 responden (45.0 %) sangat bersetuju dan 23 responden (14.4 %), manakala hanya 6 responden yang sangat tidak bersetuju dan 14 (8.8 %) tidak setuju dengan pendekatan Pegawai Psikologi memberi celik minda untuk menambah ibadah selain solat.
Bagi pendekatan Islam sesekali “Pegawai Psikologi meminta saya istighfar”, kajian mendapati 22 responden (13.8 %) sangat setuju dan 67 responden (41.9 %), manakala 11 responden (6.9 %) sangat tidak setuju dan 10 responden (6.2 %) tidak setuju. Ini berkemungkinan isu yang dibincangkan semasa sesi tidak melibatkan emosi yang parah. Selesai perbincangan “Pegawai Psikologi menamatkan sesi dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-‘Asr, dapatan kajian menunjukkan 23 responden (14.4 %) sangat bersetuju dan 63 responden (39.4 %) setuju. Manakala terdapat 10 responden (6.2 %) sangat tidak bersetuju
61
di samping hanya 7 responden (4.4 %) yang tidak bersetuju. Seramai 77 responden iaitu ( 48.1 %) bersetuju dan 18 bersetuju iaitu (11.2%) dengan peringatan pegawai psikologi bahawa segala keputusan yang diambil hendaklah menyerahkannya kepada Allah SWT.
Pegawai Psikologi mengukuhkan lagi konsep menyerahkan diri kepada Allah SWT. Dengan mengaitkan segala musibah, cubaan, ujian dalam hidup adalah ketentuan daripada-Nya. Hal ini boleh mewujudkan suasana lebih mesra dan selesa responden dengan sesi kaunseling dan mula memikirkan segala kegembiraan atau kesedihan adalah ketentuan dari Allah SWT. Oleh yang demikian Pegawai Psikologi dapat meneroka lebih lanjut perkara yang melatari peribadi dan permasalahan yang dihadapi responden. Setelah wujud rasa percaya diri dengan sesi yang sedang dijalankan, Pegawai Psikologi akan meneroka diri responden dan masalah yang dihadapinya berdasarkan beberapa soalan bagi tujuan mengetahui tahap kejiwaan dan kualiti responden. Oleh yang demikian Pegawai Psikologi dapat mengetahui tahap kejiwaan responden sama ada dalam kategori ammarah, lawwamah atau mutmainnah yang bertujuan membantu responden mengikut situasi kejiwaan dirinya agar mudah diberi rawatan atau bantuan.
Suatu sesi kaunseling tidaklah lengkap jika penerokaan tanpa dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi responden. Oleh itu Pegawai Psikologi mengenal pasti masalah responden yang menggambarkan ciri kejiwaan yang sedang dihadapi seperti ketakutan, kecewa, dendam, iri hati dan sebagainya; yang mana menyebabkan responden melakukan pelanggaran disiplin. Apatah lagi sifar-sifat tersebut merupakan faktor yang melatari masalah kemurungan responden. Menurut pandangan Barat masalah kejiwaan berpunca daripada persekitaran dan dari sudut Islam pula masalah kejiwaan berpunca daripada masalah hati seseorang individu itu. Justeru Pegawai Psikologi telah memberikan kefahaman kepada responden tentang tujuan hidupnya sebagai hamba Allah SWT.
Di samping Pegawai Psikologi berusaha untuk mengenal pasti, meneroka masalah yang dihadapi responden berdasarkan pendekatan kaunseling Islam menurut al-Ghazali, Pegawai Psikologi juga memberikan motivasi. Dalam usaha ini Pegawai Psikologi minta responden melihat apa yang sedang dialaminya tidaklah seteruk orang lain. Ini sebagai motivasi kepada responden untuk melihat diri mereka bukanlah orang yang malang malahan terdapat insan lain lebih malang daripadanya. Oleh itu Pegawai Psikologi mengingatkan responden haruslah mengamalkan sikap bersabar dan tenang dalam menghadapi segala masalah dan bersyukur apa yang Allah SWT telah kurniakan kepadanya.
Seterusnya, Pegawai Psikologi meminta responden menjawab soal selidik bagi mengenal pasti kefahaman tentang kesilapan yang dilakukannya sebagai seorang Muslim. Misalnya bertanyakan tentang kepuasan sesi kaunseling dan Pegawai Psikologi menilai pula berdasarkan kontak mata, gerak bibir dan pergerakan tubuh badan. Dalam membuat pilihan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi Pegawai Psikologi meminta responden memilihnya berdasarkan ketetapan Allah SWT dan berlandaskan syariat Islam. Islam mengajarkan hamba-Nya terus memberikan pergantungan hidupnya kepada Allah SWT semata-mata dan bukan sebagaimana yang diamalkan oleh Barat yang memberikan kebebasan memilih jalan penyelesaian.
Kesimpulannya Pegawai Psikologi Politeknik Nilai, Negeri Sembilan juga menggunakan pendekatan kaunseling Islam secara tidak langsung. Penyelidik berpendapat Pegawai Psikologi Politeknik Nilai Negeri Sembilan masih belum mendalami kaedah kaunseling Islam
62
walaupun dalam sesi kendaliannya terdapat unsur pendekatan Islam. Hasil dapatan kajian keseluruhannya menunjukkan Pegawai Psikologi telah mengamalkan kaunseling dengan pendekatan Islam. Pendekatan kaunseling STS TS TP S SS K P K P K P K P K P 1. Pegawai Psikologi memperkenalkan diri 13 8.1 11 6.9 35 21.9 81 50.6 20 12.5 2. Pegawai Psikologi tanya
khabar dan minta saya memperkenalkan Diri
12 7.5 16 10.0 43 26.9 74 46.2 15 9.4
3. Pegawai Psikologi memulakan sesi dengan bacaan Bismallah dan doa.
10 6.2 15 9.4 40 25.0 75 46.9 20 12.5
4. Pegawai Psikologi menggunakan bahasa yang mudah difahami
11 6.9 8 5.0 29 18.1 86 53.8 26 16.2 5. Pegawai Psikologi beritahu Akta kerahsiaan Kaunseling 14 8.8 19 11.9 46 28.8 59 36.9 22 13.8 6. Selesa dengan pertentangan
mata (eye contact)
Pegawai Psikologi
17 10.6 18 11.3 44 27.5 65 40.6 15 9.4
7. Pegawai Psikologi menjelaskan
tujuan sesi kaunseling diadakan
6 3.8 19 11.9 38 23.8 75 46.9 22 13.8
8. Pegawai Psikologi bertanya masalah saya
8 5.0 12 7.5 41 25.6 74 46.2 25 15.6 9. Pegawai Psikologi
dapat mengenal pasti masalah saya
8 5.0 12 7.5 41 25.6 76 47.5 22 13.8
10. Pegawai Psikologi tekun mendengar
8 5.0 13 8.1 42 26.2 73 45.6 24 15.0 11. Pegawai Psikologi beri
celik minda kepada saya untuk menambah ibadah selain solat
6 3.8 14 8.8 45 28.1 72 45.0 23 14.4
12. Pegawai Psikologi buka minda kenal pasti masalah saya
63
13. Sesekali Pegawai Psikologi bertanya tentang perasaan saya
10 6.2 11 6.9 48 30.0 71 44.4 20 12.5
14. Pegawai Psikologi minta penjelasan lanjut isu yang dibincangkan
9 5.6 13 8.1 48 30.0 76 47.5 14 8.8
15. Pegawai Psikologi melahirkan rasa empati
5 3.2 12 7.5 48 30.0 77 48.1 18 11.2 16. Pegawai Psikologi guna
kata rangsangan
seperti bagus, oh, ok untuk teroka masalah saya
8 5.0 19 11.9 51 31.9 65 40.6 17 10.6
17. Pegawai Psikologi minta saya kenal pasti masalah
6 3.8 10 6. 2 56 35.0 71 44.4 17 10.6
18. Pegawai Psikologi minta saya terangkan lebih lanjut. Tentang isu yang sedang dibincangkan
5 3.1 12 7.5 53 33.1 76 47.5 14 8.8
19. Sesekali Pegawai Psikologi meminta saya
istighfar
11 6.9 10 6.2 50 31.2 67 41.9 22 13.8
20. Pegawai Psikologi bersimpati dengan saya
8 5.0 9 5.6 56 35.0 68 42.5 19 11.9 21. Pegawai Psikologi minta memikirkan punca masalah 9 5.6 7 5.6 52 32.5 74 46.2 18 11.2 22. Pegawai Psikologi bantu fikirkan jalan penyelesian
9 5.6 9 5.6 48 30.0 69 43.1 25 15.6
23.
Pegawai Psikologi minta fikir jalan alternatif masalah saya
7 4.4. 9 5.6 53 33.1 74 46.2 17 10.6
24. Pegawai Psikologi bimbing pilih jalan penyelesaian masalah yang dihadapi
5 5.6 10 6.2 47 29.4 76 47.5 18 11.2
25. Pegawai Psikologi minta fikir pilihan yang saya ambil
5 3.1 9 5.6 53 33.1 71 44.4 22 13.8
26. Pegawai Psikologi minta saya solat hajat atau istykharah
64
sebelum buat keputusan 27. Akhir sesi Pegawai Psikologi merumus isu yang dibincangkan
7 4.4 12 7.5 51 31.9 69 43.1 21 13.1
28. Saya diminta datang ke sesi seterusnya
10 6.2 7 4.4 61 38.1 68 42.5 14 8.8 29. Pegawai Psikologi
menamatkan sesi dengan membaca tasbih kifarah dan surah
al-‘Asr
10 6.2 7 4.4 61 38.1 68 42.5 14 (8.8
30. Pegawai Psikologi beri pilihan bagaimana menghadapi masalah dan menyerahkannya kepada Allah SWT.
7 4.4 12 7.5 46 28.8 77 48.1 18 11.2
31. Pegawai Psikologi beri pujian dan penghargaan jika saya berubah
8 5.0 10 6.2 52 32.5 66 41.2 24 15.0
32. Pegawai Psikologi puji dan hargai jika saya berubah
8 5.0 10 6.2 49 32.5 66 41.2 24 15.0
33. Pegawai Psikologi menjelaskan bidang pengajian, kerjaya dan lain-lain berkaitan masa depan
9 5.6 7 4.4 49 30.6 72 45.0 23 14.4
34. Pegawai Psikologi minta cerita perasaan ketika menghadapi masalah
7 4.4 10 6.2 49 30.6 73 45.6 21 13.1
35. Pegawai Psikologi beri pendedahan masa depan
7 4.4 5 3.1 59 26.9 69 4.1 20 12.5 36. Pegawai Psikologi tanya
tentang harapan masa hadapan
5 3.1 7 4.4 46 28.8 69 50.0 22 13.8
SST= Sangat Tidak Setuju, TS=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Sangat Setuju, SS=Sangat Setuju K=Kekerapan, P=Purata
III. Jangkaan dan Harapan terhadap Keperluan Pelaksanaan Kaunseling Islam
Berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan responden mengalami perubahan emosi dan tingkah laku yang positif dan memberangsangkan. Oleh yang demikian hasil dapatkan juga membuktikan bahawa responden sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Pengurusan Psikologi. Namun demikian pendekatan kaunseling yang kerap digunakan oleh para kaunselor di Malaysia khususnya adalah berdasarkan teori Barat.
65
Sesungguhnya tidak dinafikan pendekatan ini juga digunakan oleh kaunselor Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Namun demikian kesahihan setiap kaunselor mengamalkan sesuatu teori kaunseling sepenuhnya belum dapat dipastikan. Ini memerlukan kajian lanjut.
Melalui hasil kajian menunjukkan responden meletakkan harapan yang tinggi untuk merubah emosi dan tingkah laku daripada negatif kepada positif. Responden didapati menunjukkan sikap lebih mengharapkan kaunselor itu seorang Muslim. Responden lebih selesa dan percaya kaunselor Muslim yang mempunyai pengetahuan agama dapat membantu mereka menghadapi masalah dan sekali gus dapat membawa mereka kepada perubahan perilaku positif.
Seramai 67 responden (41.9 %) bersetuju dan 36 responden (22.5 %) sangat bersetuju kaunselor terdiri dari orang yang seagama dengannya. Hasil temu bual dengan kaunselor Politeknik Nilai, Negeri Sembilan Puan Norhamizah binti Jusoh @ Md. Nor (2015) menjelaskan kebanyakan pelajar yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah pelajar Muslim Ini bersesuaian dengan jumlah pelajar majoritinya Muslim. Namun demikian keselesaan responden perlu dititik- beratkan bagi membolehkan isu yang dihadapi dapat disampaikan dengan telus.
Masalah kerohanian seseorang hanya dapat diselesaikan dengan menyerapkan unsur-unsur agama dalam jiwa mereka seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, qiamullail dan lain-lain. Dengan latar belakang faktor kemurungan responden mempunyai perkaitan dengan emosi yang tidak tenang dan stabil ini membantu ke arah kejayaan. Oleh sebab itu responden berasa jauh daripada Allah SWT daripada hidupnya. Menurut Mahnessa (2016) dalam kajiannya tentang perkaitan amalan solat dan kemurungan pelajar menjelaskan bahawa sememangnya wujud perkaitan yang erat yang mana kajian mendapati seseorang yang tidak mengamalkan solat dengan baik dan sempurna menyebabkan jiwa mereka tidak tenang dan sentiasa bersalah dan berdosa serta jiwa menjadi jauh daripada Allah SWT.
Kaunselor Muslim perlu menguasai asas pengetahuan agama penting untuk membantu klien menyelesaikan masalah berkaitan kerohanian seperti kebimbangan, keresahan, kegelisahan dan kemurungan. Adapun sebab yang mendorong kepada masalah kejiwaan adalah ketandusan agama dalam diri mereka. Seseorang yang jauh dari Allah SWT akan mengakibatkan mereka sentiasa berasa berdosa, bersalah, tidak puas hati, mudah kecewa, mudah menyerah kalah dan sebagainya. Di samping itu juga kaunselor yang menjaga agamanya akan menjaga kerahsiaan kliennya. Hasil kajian mendapati seramai 75 responden (46.9 %) bersetuju kaunselor menjadi contoh kepada mereka.
Bagi soal selidik melihat harapan responden terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan mereka adalah tinggi. Pada keseluruhannya, peratusan tertinggi responden yang mengharapkan kaunseling Islam dapat menyedarkan mereka dan menyedari bahawa mereka hanya hamba Allah SWT yang kerdil dan serba kekurangan. Kajian ini mendapati seramai 62 responden (38.8 %) sangat bersetuju dengan kaunseling Islam dapat menginsafkan mereka hanyalah hamba Allah SWT semata-mata. Oleh itu responden dapat menerima apa yang berlaku dalam diri dan kehidupan adalah ketentuan daripada-Nya. Perubahan tingkah laku positif membuktikan bahawa sememangnya kaunseling Islam itu amat penting kepada responden.
Selain daripada itu responden juga mengharapkan kaunseling Islam dapat menyedarkan mereka sebagai seorang mukmin sejati dan sentiasa patuh kepada suruhan Allah
66
SWT. Sesungguhnya Allah SWT adalah tempat mengadu dan memohon keampunan. Oleh itu seramai 57 responden (35.6 %) sangat bersetuju kembali kepada Allah SWT melalui kaunseling Islam. Begitu juga responden mengharapkan amalan kaunseling Islam oleh kaunselor dapat membantu menguatkan keimanan mereka iaitu seramai 53 responden (33.1 %) sangat bersetuju dan 68 daripadanya (42.5 %) bersetuju kaunseling seharusnya dapat membantu menguatkan dan mengukuhkan keimanan.
Pada keseluruhannya jangkaan dan harapan kepada perlaksanaan kaunseling Islam di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan adalah tinggi. Ini disebabkan responden mengharapkan berlakunya perubahan emosi dan tingkah laku serta mendapatkan ketenangan dalam kehidupan mereka. Oleh itu pihak kaunseling di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan perlulah menitikberatkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dengan lebih serius dan bersistematik bertujuan agar permasalahan jiwa klien dapat dikenal pasti dan dapat diberikan bantuan kerohanian dengan segera. Justeru semua pihak berharap agar tidak akan berlaku perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar yang mengalami simptom kemurungan.
Jadual 1.7 Taburan jangkaan dan harapan perlaksanaan kaunseling Islam Jangkaan dan harapan
perlaksanaan kaunseling Islam
STS TS TP S SS
K P K P K P K P K P 1. Kaunselor sepatutnya
seagama dengan saya
9 5.6 15 9.4 33 20.6 67 41.9 36 22.5 2. Kaunselor sebagai
contoh kepada saya
1 0.6 11 6.9 43 21.2 75 46.9 39 24.4 3. Kaunselor dapat
menjaga kerahsiaan
5 3.1 11 6.9 44 27.5 55 34.4 45 28.1 4. Saya lebih suka jika
kaunselor sama jantina dengan saya
4 2.5 10 6.2 37 23.1 68 42.5 41 25.6
5. Kaunselor sepatutnya boleh bantu hal berkaitan agama
2 1.2 11 6.9 32 20.0 69 40.1 46 28.8
6. Kaunseling Islam jiwa saya boleh tenteram
1 1.2 8 6.9 32 20.0 62 40.1 46 28.8 7. Kaunseling bantu mendekatkan diri kepada Allah. 1 0.6 8 5.0 32 20.2 66 41.2 53 33.1 8. Kaunselor sepatutunya tahu hukum hakam agama
1 0.6 8 5.0 32 20.0 62 38.8 56 35.0
9. Kaunseling Islam yang boleh menyedarkan diri saya sebagai seorang Islam sejati
2 1.2 9 5.6 29 18.1 63 39.4 57 35.6
67
hukum hakam agama boleh menyedarkan saya terhadap kesalahan yang pernah saya lakukan.
11. Melalui kaunseling Islam sepatutnya boleh memberi keinsafan kepada diri saya.
2 1.2 6 3.8 32 20.0 69 43.1 51 31.9
12. Melalui kaunseling Islam sepatutnya menyedarkan saya terhadap takdir yang menimpa saya
2 1.2 3 1.9 32 20.0 73 45.6 50 31.2
13. Melalui kaunseling Islam sepatutnya boleh membantu
menguatkan iman saya
2 1.2 4 2.4 33 20.6 68 42.5 53 33.1
14. Kaunseling lslam dapat menyedarkan bahawa saya hanyalah hamba Allah SWT
1 0.6 5 3.1 31 19.4 61 38.1 62 38.8
STS=Sangat Tidak Setuju, TP=Tidak Setuju, TP=Tidak Pasti, S=Setuju, SS=Sangat Setuju K=Kekerapan, P=Purata
Secara keseluruhannya, pendekatan kaunseling Islam dapat membuka minda dan memberi jalan untuk mendapatkan ketenangan dan kembali ke pada Allah SWT. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati amalan pendekatan kaunseling Islam telah digunakan oleh kaunselor walaupun tidak sepenuhnya dapat membimbing serta menyelesaikan masalah kemurungan yang dialami oleh responden.
CADANGAN KAJIAN
Menurut dapatan hasil kajian dan daripada implikasi yang diperoleh daripadanya maka cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi tahap keperluan pendekatan kaunseling Islam bagi menjayakan sesi kaunseling di Politeknik Nilai Negeri Sembilan adalah seperti berikut:
a. Masalah kekurangan pegawai psikologi/kaunselor mengendalikan sesi kaunseling atau mengadakan pelbagai program, aktiviti atau bengkel perlu diatasi segera. Oleh yang demikian sewajarnya pihak pengurusan memandang serius tentang perkara ini. Kaunselor perlulah diberikan peluang menghadiri kursus-kursus, program atau seminar yang dianjurkan oleh pihak PERKAMA khususnya berkaitan pendekatan kaunseling Islam.
b. Bagi mengatasi masalah pelajar kemurungan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan adalah dicadangkan menghidupkan aktiviti agama dengan konsisten dan melibatkan semua pensyarah dan pihak pengurusan. Dengan memberikan pelatihan menguruskan masalah
68
kesihatan metal dan kemurungan kepada para pensyarah supaya perkara ini dapat ditangani dengan segera.
c. Dalam kajian ini seharusnya pelajar yang mengalami kemurungan dapat mengatur kehidupan mereka dengan mengikut syariat supaya masalah yang lain dapat diselesaikan. Jika tuntutan kerohanian dipenuhi maka aspek yang lain akan menjadi mudah. Oleh yang demikian Jabatan Pendidikan Politeknik, KPM perlu meninjau semula kepentingan kurikulum Pendidikan Islam perlu dimasukkan semula sebagai mata pelajaran wajib politeknik Malaysia. Ini bertujuan supaya kerohanian pelajar dapat dipantau dan diberikan bimbingan sewajarnya.
d. Jangkaan dan harapan terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam membantu pelajar kemurungan menunjukkan keputusan yang positif. Oleh itu pendekatan kaunseling Islam perlulah diguna pakai oleh kaunselor bagi menangani masalah kemurungan atau isu-isu yang lain. Oleh yang demikian kaunseling Islam dapat membantu pelajar kemurungan berubah menjadi seorang yang lebih tenang dan dapat menerima hakikat takdir serta dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perubahan-perubahan lain ke arah kebaikan.
KESIMPULAN
Kajian ini secara keseluruhannya meninjau jangkaan dan harapan terhadap keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani pelajar kemurungan. Hasil kajian menunjukkan tahap kemurungan pelajar yang dikaji berada pada tahap ringan dengan pencapaian pelajar semester dua lebih ramai mengalami kemurungan Faktor-faktor yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah pada perkara yang berkaitan masalah melibatkan fizikal dan emosi yang tidak kritikal. Oleh itu partisipasi dan kerjasama serta meningkatkan jaringan kolaborasi dengan semua pihak antara pengurusan Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Politeknik, pihak polis (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia perlu dipergiatkan dan diteruskan. Selain itu, keperluan pendekatan kaunseling Islam perlu disebar luaskan dalam semua kes yang melibatkan pelajar Muslim dan kakitangan Muslim.
Cadangan-cadangan ini bukan sahaja menumpukan penekanan dari aspek sesi kaunseling malah kepada aspek perkhidmatan kerjaya seperti perbengkelan, program lawatan sambil belajar, gotong-royong, seminar, khemah ibadah dan sebagainya yang mana ada pertaliannya dengan nilai-nilai Islam.
RUJUKAN
Adawiyah Ismail. (2007). Kaunseling Islam: Kearah Pembentukan Keluarga Dinamik. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Amaludin bin Ab. Rahman. (2005). Keperluan Perlaksanaan Kaunseling Islam Dalam Menangani Maslah Sosial Di Kalangan Remaja : Satu kajian kes Di Pusat Pemulihan Akhlak Di Malaysia. Tesis PhD. Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Aziz Salleh. (1993). Kauseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Beck Depression Inventory II. http://www.real-depression-help.com/beck-depression-inventory. html [12 Ogos 2015]
Girgenti, A. A., Mills, M. J., & Brooks, P. R. (2009). Sleep patterns and symptoms of depression in college students. College Student Journal. 43(9): S464.
69
Ivey, Allen E. & Ivey, Mary Bradford. (2003). Intentional Interviewing and Counselling. Edisi ke-5 United States: Thomson-Brooks/Cole
Kamal Abdul Manaf. (1995). Kaunseling Islam “Perbandingan Antara Amalan dan Teori Kaunseling Barat”. Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Lembaga Kaunselor Malaysia. (1998). Akta Kaunselor 1998 (Akta 580). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Mahnessa A. Kadir. (2016). Peranan Solat dalam Menangani Kemurungan Pelajar. Jurnal Pendidikan Islam 19 (Jun-Dis 2016): 52-58
Othman Noor. (1998). Kemurungan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Kertas projek. Universiti Utara Malaysia.
Rajiee Hadi. (1981). Kepentingan moral dalam pendidikan. Berita Minggu 15 Julai.
Salasiah Hanin Hamjah. (2011). Kaedah Mengatasi Kebimbang dalam Kaunseling: Analisis dari Perspektif al-Ghazal. Jurnal Hadhari, Vol 3. No. 1. H:41-55.
Salhah Abdullah. (2012). Harga diri kecelaruan kognitif, kemurungan, nilai mangsa rogol dan strategi daya tindak remaja mangsa rogol. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yatimah Sarmani. (2005). Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model
Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Zainab Ismail. (2001). Proses kaunseling Islam di kalangan pasangan yang bermasalah: satu kajian kes di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia