BERITA
KIMIA
Jabatan Kimia, Fakulti Sains Keluaran Mac 2020e-ISSN: 2637-014X
http://science.utm.my/chemistry/
Warga Kerja Berita Kimia Ketua Editor:
PM Dr Shajarahtunnur Jamil Editor Bersama:
• Dr Siti Aminah Setu • Dr Khairil Juhanni Abd
Karim
• Dr Mohd Fuad Mohamad • Dr Nurrulhidayah
Salamun
• Pn Nurul Hajar Sapiren • Pn Nur Niqmah Musa • En. Muhammad
Hafizuddin Mokhtar Terima kasih atas sokongan dan sumbangan info yang diberikan oleh semua yang terlibat.
Program Survival Alchemy telah dijalankan pada 5 – 7 Mac 2020 bertempat di Teluk Gorek, Mersing. Program ini merupakan kesinambungan modul pembangunan pelajar tahun pertama di bawah payung pembangunan pelajar Fakulti Sains iaitu MyRoadmap. Seramai 99 orang pelajar Tahun Satu Sarjana Muda Sains (Kimia) (SSCA) dan Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) (SSCC) telah menyertai program ini. Program ini telah dirancang dan dikendalikan oleh 14 orang staf akademik dan dibantu oleh enam orang pelajar senior Jabatan Kimia serta seorang pelajar Jabatan Sains Matematik. Pengarah Survival Alchemy 2020 ialah Encik Hashim Baharin sementara Komanden ialah Dr. Mohd. Akmali Mokhter. Pensyarah lain yang terlibat ialah PM Dr Razali Ismail, Dr Nursyafreena Attan, Dr Norazah Basar, Dr Sheela Chandren, PM Dr Roswanira Abdul Wahab, Dr Mohd Bakri Bakar, Dr Mohamad Afiq Mohamed Huri, Dr Faizuan Abdullah, Dr Nurrulhidayah Salamun, Dr Naji Arafat Mahat, Dr Siti Ernieyanti Hashim dan PM Dr Shajarahtunnur Jamil. Ada di kalangan staf yang terlibat ini juga merupakan Penasihat Akademik kepada pelajar Tahun Satu.
Program tahunan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Survival Bandar dan Survival Hutan. Survival Bandar merupakan aktiviti yang dilakukan sebelum aktiviti Survival Hutan di Mersing berjalan. Pelajar diberi tugasan untuk mendapatkan dana secara berkumpulan mengikut kreativiti mereka. Antara yang dilakukan pelajar ialah mengadakan jualan makanan, hasil lukisan dan menyediakan khidmat pembersihan. Dana yang diperolehi oleh setiap kumpulan digunakan untuk aktiviti Survival Hutan.
Aspirasi Survival Alchemy ialah membina dan meningkatkan karakter diri pelajar serta sebagai medan latihan dalam mengamalkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran diri yang telah dipelajari dalam bengkel 7 Habits yang mereka sertai pada Semester I. Pelajar turut dapat menguji keyakinan, keupayan diri, ketahanan menerima tekanan dan semangat juang dalam mencapai sasaran secara berkumpulan menerusi pelbagai aktiviti yang telah disusun. Diharapkan setelah melalui program ini, pelajar dapat menerapkan semua karakter positif tersebut dalam melalui kehidupan di kampus UTM terutama dalam meneruskan pengajian yang penuh cabaran dan dugaan demi segulung ijazah.
This recognition also indicated UTM continous commitment towards strengthening chemistry professional especially in the southern region. During the AGM, IKM(S) members agreed to elect Assoc. Prof. ChM. Dr. Jafariah Jaafar as the Vice Chair. Meanwhile, ChM. Dr. Sheela Chandren and ChM. Dr. Mohd Bakri Bakar were elected as the Assistant Secretary and Assistant Treasurer, respectively. Assoc. Prof. ChM. Dr. See Hong Heng was also elected as the Exco member.
UTM Experts were elected as the IKM Southern Branch Committee
UTM contributions to the science advancement and professionalism is further strengthened as UTM experts from Department of Chemistry, Faculty of Science UTM were elected as the committee members for Malaysian Institute of Chemistry (Southern Branch) IKM(S). It was announced during the 2020/2021 IKM(S) Annual General Meeting on 7th March 2020.
Pensyarah Fakulti Sains Edar Home Made Sanitizer Sempena COVID-19
Pasukan pensyarah dari Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif murni mengedarkan sanitizer buatan sendiri di sekitar kampus Johor Bahru.
Pasukan yang terdiri daripada empat pensyarah Fakulti Sains, diketuai oleh Dr. Norazah Basar bersama Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Prof. Madya Dr. Zaiton Abdul Majid dan Dr. Sheela Chandren serta seorang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan iaitu Prof. Madya Dr. Khalida Muda.
Sanitizer tersebut disediakan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains pada hari Rabu, 18 Mac 2020 iaitu tarikh bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia oleh Kerajaan Malaysia.
Sanitizer tersebut diperbuat daripada isopropyl alcohol
99% AR grade, aloe vera, essential oil dan air suling yang
mana kandungan alkohol sebanyak 70% dalam sanitizer yang dihasilkan mampu membunuh Corona virus.
Menyedari runcingnya keadaan COVID-19 dan situasi terkini di mana sanitizer sukar untuk didapati di pasaran, mereka mengambil langkah untuk menyediakan sanitizer ini menggunakan kepakaran dan kemudahan yang ada di makmal.
Tahniah diucapkan atas usaha ini!
Dr. Mohd Bakri Bakar was elected as a member of Akademi Sains Malaysia Taskforce on Science Education. This taskforce is established to provide advices, inputs and recommendations to the government on current issues pertaining STEM education in Malaysia. Congrats!
Dr Bakri elected as a member of
ASM Taskforce
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Bakri Bakar di atas perkongsian ilmu dan pandangan mengenai kesan Covid-19. Semoga bermanfaat. Baca lanjut di • https://www.bharian.com.my/kolumni s/2020/03/666061/memperkasa-sains-untuk-kemakmuran dan • https://www.bharian.com.my/rencana /komentar/2020/03/671518/covid-19-uji-tadbir-urus-kepakaran-universiti
Majlis meraikan persaraan Prof. Dr Abd. Rahim Yacob telah diadakan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains pada 10 Mac 2020. Semoga segala bakti yang dicurahkan dengan ikhlas demi pembangunan agama, nusa dan bangsa akan dibalas sebaik- baiknya oleh Allah SWT. Kami juga mendoakan agar kehidupan selepas bersara sentiasa di bawah Rahmat Allah SWT.
Perkongsian di Media Massa
Program gotong-royong ini telah dikendalikan oleh 3 orang pensyarah dari Jabatan Kimia, iaitu Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Dr. Sheela Chandren dan Dr. Norazah Basar, serta 77 orang pelajar SQ tahun 1 dan 2 kursus SSCC, SSCA, SSCZ dan SSCE. Pelajar bergilir-gilir untuk datang membersihkan kawasan kebun pada setiap petang hari bekerja, bermula 03/03/2020 hingga ke 17/03/2020 (sebelum PKP). Kawsan kebun ini akan dijadikan tapak untuk ‘Living Laboratory’, di mana, pelbagai aktiviti seperti hydrodystillation of essential oils, composting, planting, Mollascure dan ferrocement,
akan dijalankan.
MyRoadMap:
Program Gotong-Royong
Aktiviti & Pergerak Staf
Dr. Mohamad Afiq Mohamed Huri dan En. Fuaad Omar telah dilantik sebagai petugas semasa lawatan penanda aras makmal program asasi oleh SPACE dan MJIIT, UTM pada 16 Mac 2020.
Lawatan Penanda Aras Makmal Program Asasi
Majls Persaraan
Chemistry Industrial Talk 2020 telah diadakan pada 2 dan 8 Mac
2020 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia yang dianjurkan oleh Dr. Nursyafreena Attan. Program ini melibatkan 2 orang penceramah luar iaitu En. Mohd Hazwan Bin Ali (Bahagian Perkhidmatan Farmasi) dan En. Wan Mohammad Kamal Bin Wan Jaafar (Siegwerk Malaysia Sdn. Bhd.) Seramai 87 mahasiswa 3 SSCC dan 4 SSCC telah hadir bagi membincangkan topik kepenggunaan yang bersesuaian dengan kursus SSCC 4353 iaitu Kimia Pengguna.
Chemistry Industry Talk 2020
Dr Aemi Syazwani Abdul Keyon had been invited by Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) UTM as a speaker to share her knowledge on Sample Preparation for Chemical and Microscopy Analyses on 11thMac
2020.
Sample Preparation for Chemical and
Microscopy Analyses Seminar
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohamad Afiq Mohamed Huri dan pasangan di atas kelahiran puteri sulung pada 21 Mac 2020 yang diberi nama Aaira Qaisara Mohamad Afiq.
Turut menerima kelahiran baru (juga bayi perempuan) adalah En Mohd Faizz Mohamad Fuad dan pasangan. Anak kedua pasangan tersebut telah lahir pada 25 Mac 2020.
Lain-Lain
🎉
Tahniah
🎊
Satu viva disertasi pelajar Master Mix-Mode telah berlangsung pada 10 Mac 2020. Pelajar tersebut, Annisa Ulhusna, adalah dibawah penyeliaan Dr Susilawati Toemen. Dr Sheela Chandren dan Dr Nurrulhidayah Salamun telah dilantik sebagai penilai dan Dr Khairil Juhanni Abd. Karim sebagai pengerusi viva. Tahniah diucapkan kepada Annisa.
Viva Dissertasi
Aaira Qaisara
Walaupon dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga orang staf makmal Jabatan Kimia telah hadir ke fakulti pada 30 Mac 2020. Tugas mereka adalah menyemak makmal dan peralatan makmal yang perlu disemak secara berkala. Staf terlibat adalah En Rasyidi Abd Mubin, Pn Nur Niqmah bt Musa dan Pn Maryam Hassan.
Staf Bekerja Ketika PKP
Kami dari warga Jabatan Kimia mendoakan agar semua urusan dimudahkan dan mereka membesar dengan sihat dan menjadi insan solehah serta berakhlak mulia.
Sanah Helwah:
• Pn Nur Niqmah
Musa (11/3)
• En. Dinda Ahmad
Hairol (18/3)
• Pn Ramlah Hussin
(21/3)
Gambar staf Jabatan Kimia #WorkFromHome #WFH ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Semoga rantaian Covid-19 dapat diputuskan. #KitaJagaKita
Dr Aemi Syazwani
Dr Sheela Chandren Dr Faizuan Abdullah
Dr Mohd Bakri Bakar
Dr Nursyafreena Attan Dr Susilawati Toemen
Prof. Dr Abdull Rahim
Dr Mohd Akmali Mokhter Prof. Dr Wan Aini
PM Dr Shajarahtunnur Jamil
Dr Siti Aminah Setu
Dr Norazah Basar
Dr Mohd Fuad Dr Nurrulhidayah