• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA BAKUL KASIH RAMADHAN 1439H/2018M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA BAKUL KASIH RAMADHAN 1439H/2018M"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

BAKUL KASIH RAMADHAN

1439H/2018M

(2)

Tajuk

BAKUL KASIH RAMADHAN 1439H/2018M

Tarikh

15 MEI 2018 HINGGA 15 JUN 2018

Tempat

SELURUH MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

Disediakan oleh

MOHAMAD FATHIL AQIL ABDULLAH,

(3)

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 Tujuan 1 2 Pengenalan 1 3 Objektif 2 4 Sasaran 2 5 Strategi Pelaksanaan 3 6 Pelan Tindakan 4

7 Cadangan Aturcara Program 4

8 Urusetia Projek 4

9 Anggaran Belanjawan Dan Pakej Tajaan 4 10 Koleksi Gambar Projek Bakul Kasih Ramadhan

Pada 1437h/2016m Dan 1438h/2017m 4 11 Penutup 5 12 i. Lampiran 1 ii. Lampiran 2 iii. Lampiran 3 iv. Lampiran 4 v. Lampiran 5 6 8 9 11 16

(4)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon tajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi menjalankan projek kebajikan Bakul Kasih Ramadhan

1439H/2018M. 2.0 PENGENALAN

Projek yang dijenamakan dengan nama Bakul Kasih Ramadhan (BKR) ini merupakan salah satu daripada program kebajikan tahunan yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meringankan sedikit bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan fakir miskin dan asnaf. BKR yang kini menjangkau tahun kelima penganjurannya ini bukan sahaja berjaya mencapai cakupan sasaran penerima sumbangan yang semakin luas setiap tahun bahkan telah melibatkan kerjasama syarikat-syarikat korporat dan badan bukan kerajaan serta persatuan mahasiswa di institusi pengajian tinggi juga. Pada penganjuran BKR tahun 2016, Yayasan Ikhlas telah menjalankan 19 misi dan berjaya menyampaikan bantuan kepada seramai 1554 orang asnaf di seluruh Malaysia; 1180 buah keluarga miskin, 274 orang anak-anak yatim dan miskin, 80 orang mualaf serta 20 buah keluarga bukan Islam telah mendapat manfaat sumbangan. Manakalah pada tahun lalu, Yayasan Ikhlas berjaya melaksanakan 42 misi dimana cakupan penerima bertambah kepada seramai 1887 buah keluarga dan individu yang memerlukan terdiri daripada ibu tunggal, mualaf, anak yatim, dan pesakit hospital.

Berbekalkan prestasi penganjuran BKR tahun lalu serta pengalaman yang ada, Yayasan Ikhlas akan meluaskan cakupan sasaran penerima sumbangan pada Ramadhan kali ini kepada beberapa lokasi komuniti muslim luar negara yang memerlukan seperti di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan perkampungan Melayu Cham di Tboung Khmom, Kemboja disamping lokasi-lokasi tempatan tetap menjadi keutamaan Yayasan Ikhlas.

Dengan sasaran seramai 3000 orang penerima sumbangan untuk BKR tahun 2018, Yayasan Ikhlas bersedia untuk menggerakkan para sukarelawan di lokasi-lokasi terpilih ini dalam usaha bukan sahaja untuk mencari individu atau keluarga yang layak menerima sumbangan tetapi membantu melaksanakan juga majlis penyerahan sumbangan atau aktiviti seperti menyampaikan sumbangan ke kediaman penerima sumbangan jika ada penerima yang uzur, dan lain-lain. Program kemuncak BKR 2018 pula bakal dilaksanakan di peringkat pusat pada 9 dan 10 Jun 2018 dimana akan melibatkan penyertaan para sukarelawan dari Team Ikhlas yang akan menyantuni anak-anak yatim dan miskin sepanjang dua hari satu malam. Justeru ini, Yayasan Ikhlas dengan rendah hati mengajak mana-mana badan, syarikat, dan individu untuk bersama kami menjayakan projek Bakul Kasih Ramadhan 1439H/2018M. Moga dengan pelaksanaan projek ini menjadi bukti

(5)

keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menempuhi ibadah dalam bulan Ramadhan disamping membawa keberkatan kepada para penyumbang, insyaAllah.

3.0 OBJEKTIF

 Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.

 Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

 Memobilisasikan para sukarelawan Team Ikhlas yang terdiri dari pelbagai lapisan umur untuk bersama prihatin terhadap kesusahan golongan miskin serta asnaf terutamanya di lokasi terdekat dengan mereka.

4.0 SASARAN

Seramai 3000 orang penerima sumbangan (bernilai RM 150 yang mengandungi wang tunai dan barangan makanan) disasarkan pada BKR 2018 yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal serta para muallaf di setiap negeri. Selain di Malaysia, bantuan tajaan iftar dan sahur serta persediaan sambutan Aidilfitri juga akan dihulurkan di kem pelarian Rohingya, Bangladesh serta di Kampung Senjumren, Tboung Khmom, Kemboja.

Bil. Lokasi Bilangan Penerima

1 Perlis 200 2 Kedah 200 3 Pulau Pinang 100 4 Perak 100 5 Selangor 200 6 Kuala Lumpur 200 7 Negeri Sembilan 150 8 Melaka 100 9 Johor 150 10 Pahang 150 11 Kelantan 300 12 Terengganu 150 13 Sabah 200 14 Sarawak 300 15 Bangladesh 300 16 Kemboja 200 JUMLAH 3000 orang

(6)

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan swasta bagi menaja keperluan projek Bakul Kasih Ramadhan 1439H/2018M.

 Memobilisasikan pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas di setiap negeri untuk membantu melancarkan perjalanan kempen dan program.

 Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama dengan badan-badan atau institusi-institusi yang mempunyai kepakaran berkaitan yang boleh disumbangkan kepada penerima bantuan projek seperti;

 Kerjasama dengan pengeluar produk makanan dan minuman

 Kerjasama dengan Majlis-Majlis Agama Negeri, pusat-pusat Islam di institusi pengajian tinggi (IPT), dan masjid-masjid/surau-surau

 Kerjasama dengan pihak media

6.0 PELAN TINDAKAN

Rujuk LAMPIRAN 1.

7.0 CADANGAN ATURCARA PROGRAM

Rujuk LAMPIRAN 2.

8.0 URUSETIA PROJEK

Rujuk LAMPIRAN 3.

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN PAKEJ TAJAAN

Rujuk LAMPIRAN 4.

10.0 KOLEKSI GAMBAR PROJEK BAKUL KASIH RAMADHAN PADA 1437H/2016M DAN 1438H/2017M

Rujuk LAMPIRAN 5

11.0 PENUTUP

Semoga projek Bakul Kasih Ramadhan 1439H/2018M ini menjadi salah satu bukti momentum keprihatinan umat Islam di Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti asnaf dan fakir miskin. Disamping itu, diharapkan usaha sebegini akan mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta penghayatan sebenar bulan Ramadhan Al-Mubarak.

(7)

LAMPIRAN 1

TARIKH PELAN TINDAKAN

Sebelum 7 Februari  Penyediaan kertas kerja 7 hingga 28

Februari

 Penyediaan bahan media dan promosi

 poster, gegantung, sepanduk, risalah promosi  pelekat tabung

 video promosi

1 hingga 31 Mac

 Bina hubungan dengan badan-badan kerajaan, korporat dan swasta untuk kerjasama dan tajaan

 Bentuk kumpulan sukarelawan dan merancang pelaksanaan projek bersama

 Berhubung dengan media massa tempatan untuk tempahan slot promosi sama ada di radio atau televisyen

1 hingga 30 April

 Sebaran promosi BKR 2018 melalui:

 media sosial (laman web YI, Facebook, Instagram, Youtube)

 poster, gegantung, sepanduk, risalah promosi, video  Segala sumbangan dalam bentuk wang tunai akan

diselaraskan masuk ke dalam satu akaun sahaja iaitu akaun Yayasan Ikhlas.

 Surat permohonan keizinan meletakkan tabung di lokasi-lokasi strategik mula dihantar

 Mula kumpulkan senarai lokasi terpilih dan senarai nama penerima sumbangan BKR 2018

1 hingga 16 Mei

 Promosi melalui media massa tempatan (radio dan televisyen) bermula

 Edarkan tabung BKR 2018 ke lokasi-lokasi strategik

 Senarai lokasi terpilih dan senarai nama penerima sumbangan BKR 2018 dimuktamadkan

 Standard Of Procedure (SOP) perjalanan kempen dan program diedarkan kepada setiap kumpulan sukarelawan di setiap lokasi

17 Mei hingga 10 Jun

 Program BKR 2018 bermula dan program kemuncak akan diadakan pada 9 dan 10 Jun 2018

(8)

LAMPIRAN 2

Jika program mengumpulkan kesemua penerima sumbangan dalam satu majlis:

MASA PERKARA

11.00 pagi Ketibaan tetamu kehormat dan para penerima sumbangan 11.25 pagi Bacaan Al-Quran

11.30 pagi Ucapan wakil Yayasan Ikhlas

11.40 pagi Ucapan wakil pihak penaja sumbangan

11.50 pagi Penyerahan sumbangan kepada para penerima 12.50 tengah hari Sesi bergambar

1.00 petang Bersurai

Jika program tidak mengumpulkan kesemua penerima sumbangan dalam satu majlis:

MASA PERKARA

11.00 pagi Sukarelawan berkumpul 11.05 pagi Taklimat ringkas

11.15 pagi Ucapan wakil Yayasan Ikhlas

11.20 pagi Ucapan wakil pihak penaja sumbangan 11.25 pagi Sesi bergambar

11.35 pagi Berpecah mengikut kumpulan untuk edaran sumbangan 12.30 tengah hari Selesai sesi edaran sumbangan dan bersurai

(9)

LAMPIRAN 3 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Dato’ Mohd Rosli bin Ramli

Pengerusi Pemegang Amanah, Yayasan Ikhlas Pengarah : Ir. Hj. Kamaruddin Kassim

Pengurus Besar, Yayasan Ikhlas

AJK :

1. Mohamad Fathil Aqil Abdullah (019-6159496) 2. Ustazah Nabilah Huda Zaim (013-2712856) 3. Siti Aisyah Mat Rani (011- 19415426) 4. Syafiq Syahmi Sazali (012-9790211) 5. Ustaz Luqman Afifi Sabri (019-3421384) Kawasan :

BIL NEGERI PERWAKILAN

1 Perlis Cikgu Norzamri bin Ibrahim

019-5963387

2 Kedah Dr Zulkifli Yusof

012-4332532 3 Pulau Pinang Dr Zaki Ibrahim 017-3630032

4 Perak Ustaz Agus Lokman Bin Sulam 019-5722105 5 Selangor En Ahmad Farhan 019-4092542

6 Kuala Lumpur Dr Osman Rasip 019-3829753 7 Negeri Sembilan En NorHelmi Jamil 019-2445736 8 Melaka En Ir Hj Khoushaini 013-3882505

9 Johor En Khairul bin Ahmad

013-7157407

10 Pahang Dr Mohamad Nor Sundari

012-3833678

11 Kelantan Ustaz Abdul Rahman Iskandar

011-32219377

12 Terengganu Ustaz Zulkifli Ibrahim 019-99865420

(10)

016-4243883

14 Sarawak En Hafeez Morni

019-4511346

Person In Charge (PIC) lokasi luar negara

1. Kem Pelarian Rohingya, Bangladesh: En Syafiq Syahmi Sazali (012-9790211)

2. Kampung Senjumren, Tboung Khmom, Kemboja: En Mohamad Fathil Aqil Abdullah (019-6159496)

(11)

LAMPIRAN 4 9.1 ANGGARAN BELANJAWAN (projek dalam negara)

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Beras 13.00

2500 375,000.00

2 Makanan Kering (Bihun, Tepung, Gula,

Kurma) 14.00 5 Minyak masak 13.00 6 Telekung 60.00 7 Wang Tunai 50.00 8 Operasi Majlis* 2,000.00 14 28,000.00 Jumlah 403,000.00

*Kos sumbangan dan perbelanjaan di seluruh negeri *PERINCIAN KOS OPERASI MAJLIS

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Sewa Dewan/Tapak Majlis 700.00 14 9,800.00 2 Pengangkutan 300.00 14 4,200.00 3 Sepanduk 200.00 14 2,800.00 4 Urusetia (10) 300.00 14 4,200.00 5 Kotigensi 500.00 14 7,000.00 JUMLAH 2,000.00 14 28,000.00

9.1.1 KAEDAH SUMBANGAN / PAKEJ PENAJAAN SUMBANGAN

(a) SUMBANGAN / TAJAAN BARANGAN

BIL BARANGAN KUANTITI

1 Minyak Masak 2500 botol

2 Beras 2500 kampit 3 Bihun 5000 bungkus 4 Gula 5000 kampit 5 Tepung 5000 kampit 6 Kurma 2500 kotak 7 Telekung 2500 pasang

(12)

(b) SUMBANGAN / TAJAAN WANG TUNAI MENGIKUT NEGERI

NEGERI KUANTITI PERKARA JUMLAH JUMLAH

Perlis 200 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 10,000.00

RM 32,000.00 Pek Ramadhan RM 20,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Kedah 200 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 10,000.00

RM 32,000.00 Pek Ramadhan RM 20,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Pulau

Pinang 100 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 5,000.00

RM 17,000.00 Pek Ramadhan RM 10,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Perak 100 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 5,000.00

RM 17,000.00 Pek Ramadhan RM 10,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Selangor 200 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 10,000.00

RM 32,000.00 Pek Ramadhan RM 20,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Kuala

Lumpur 200 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 10,000.00

RM 32,000.00 Pek Ramadhan RM 20,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Negeri

Sembilan 150 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 7,500.00

RM 24,500.00 Pek Ramadhan RM 15,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Melaka 100 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 5,000.00

RM 17,000.00 Pek Ramadhan RM 10,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Johor 150 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 7,500.00

RM 24,500.00 Pek Ramadhan RM 15,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Pahang 150 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 7,500.00

RM 24,500.00 Pek Ramadhan RM 15,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Kelantan 300 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 15,000.00

RM 47,000.00 Pek Ramadhan RM 30,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Terengganu 150 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 7,500.00

RM 24,500.00 Pek Ramadhan RM 15,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00 Sabah 200 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 10,000.00

RM 32,000.00 Pek Ramadhan RM 20,000.00

(13)

Sarawak 300 orang

Sumbangan Wang Tunai RM 15,000.00

RM 47,000.00 Pek Ramadhan RM 30,000.00

Operasi Majlis RM 2,000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 403,000.00

9.2 ANGGARAN BELANJAWAN (projek luar negara) 9.2.1 KEM PELARIAN ROHINGYA, BANGLADESH

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Iftar dan sahur 20.00

300

6,000.00

2 Baju raya 50.00 15,000.00

3 Jamuan hari raya 10.00 3,000.00

*Jumlah 24,000.00

9.2.2 KAMPUNG SENJUMREN, TBOUNG KHMOM, KEMBOJA

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Iftar dan sahur 90.00

200

18,000.00

2 Baju raya 67.50 13,500.00

3 Jamuan hari raya 45.00 9,000.00

*Jumlah 40,500.00

*berubah mengikut nilai pertukaran wang antarabangsa 9.3 PAKEJ TAJAAN

Pakej Emas : RM 15,000.00 dan ke atas

 Syarikat / Badan sebagai penyumbang utama sumbangan di kawasan yang dipilih

 Hanya logo syarikat dan Yayasan Ikhlas akan diletakkan di  backdrop

 bunting  banner

 Hanya nama Syarikat / Badan dan Yayasan Ikhlas sahaja disebut ketika majlis

 Liputan media (surat khabar) secara eksklusif kepada syarikat sebagai penyumbang utama

 Menerima plak penghargaan dari Yayasan Ikhlas ketika majlis sumbangan  Syarikat diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

(14)

Pakej Perak : RM 10,000.00

 Syarikat / Badan sebagai penyumbang Sumbangan Ramadhan di kawasan yang dipilih

 Logo syarikat akan diletakkan di  backdrop

 banner

 Menerima plak penghargaan dari Yayasan Ikhlas ketika majlis sumbangan  Syarikat diberi slot bagi menyampaikan ucapan dalam majlis sumbangan

Pakej Gangsa : RM 5,000.00

 Syarikat / Badan sebagai penyumbang Sumbangan Ramadhan di kawasan yang dipilih

 Logo syarikat akan diletakkan di  backdrop

 banner

 Menerima sijil penghargaan dari Yayasan Ikhlas ketika majlis sumbangan

Lain-lain : RM 3,000.00 dan ke bawah

(15)

LAMPIRAN 5

Projek Bakul Kasih Ramadhan 1437H/2016M yang disampaikan pada 1,554 penerima di seluruh Malaysia.

BIL PELAKSANA PROGRAM SUMBANGAN PENERIMA

1 PUSAT IFTAR BERSAMA 48 ANAK YATIM DI

HOTEL GRAND BLUEWAVE 48 ANAK YATIM

2 SABAH BAKUL KASIH RAMADHAN SIRI 1 30 KELUARGA

MISKIN

3 PERLIS BAKUL KASIH RAMADHAN

THAILAND

40 PELAJAR

MADRASAH NURUDDIN

4 SABAH BAKUL KASIH RAMADHAN SIRI 2 70 KELUARGA

MISKIN

5 PUSAT BAKUL KASIH RAMADHAN SACC

MALL

100 ANAK YATIM, MISKIN DAN ASNAF

6 SARAWAK BAKUL KASIH RAMADHAN 40 PELAJAR MISKIN

7 ALOR SETAR BAKUL KASIH RAMADHAN 30 KELUARGA

MISKIN

8 ALOR SETAR BAKUL KASIH RAMADHAN 40 KELUARGA

MISKIN

9 PUSAT BAKUL KASIH RAMADHAN

100 KELUARGA

MISKIN, ANAK

ASNAF DAN

MUALAF

10 SARAWAK BAKUL KASIH RAMADHAN 61 KELUARGA

MISKIN

11 PUSAT SINGGAH SAHUR GELANDANGAN 300 GELANDANGAN

12 SABAH BAKUL KASIH RAMADHAN 219 MANGSA

KEBAKARAN KUDAT

13 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN 30 PESAKIT DI HRPZII

14 KELANTAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF 10 ASNAF MUKIM SRI

(16)

15 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN 200 PENERIMA (120 KELUARGA FAKIR MISKIN, 20 MUALLAF, 50 ANAK YATIM, 10 BUKAN ISLAM'

16 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN 50 FAKIR MISKIN

17 KELANTAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF 10 ORANG ASNAF

ISMA DAN YI

18 PERLIS SUMBANGAN RAMADHAN 125 KELUARGA

MISKIN

19 PUSAT BAKUL KASIH RAMADHAN 50 KELUARGA

MISKIN DI JERAM

20 PUSAT SUMBANGAN RAMADHAN 21 ORANG

(17)
(18)
(19)

Projek Bakul Kasih Ramadhan 1438H/2017M yang disampaikan pada 1,887 penerima di seluruh Malaysia.

BIL PELAKSANA PROGRAM SUMBANGAN PENERIMA

1 PUSAT IFTAR DI HOTEL GRAND

BLUEWAVE 15 ANAK YATIM

2 PULAU PINANG

MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN

BAKUL KASIH RAMADHAN DI

PENANG GOLF RESORT 50 PELAJAR TAHFIZ

3 PULAU PINANG

MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN

BAKUL KASIH RAMADHAN DI

PENANG GOLF RESORT

50 IBU TUNGGAL

4 PUSAT

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL SHAH ALAM, SELANGOR

60 PESAKIT

5 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI PASIR PUTEH, KELANTAN

10 KELUARGA

MISKIN 6 JOHOR

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI SEKITAR PONTIAN, JOHOR

110 KELUARGA

MISKIN

7 PUSAT SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HULU LANGAT

30 KELUARGA

MISKIN

8 MELAKA SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL MELAKA 50 PESAKIT

9 SARAWAK

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI SMK PENDING, SARAWAK 50 KELUARGA MISKIN 10 PULAU PINANG

MAJLIS IFTAR SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI PENANG GOLF RESORT 30 ANAK BAKTI, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 11 SABAH

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG MONSUK,

TAMBUNAN, SABAH

27 KELUARGA

MUALLAF DAN

(20)

12 KUALA LUMPUR

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI MASJID

AL-KHADIJIAH, PANTAI DALAM

170 KELUARGA

MISKIN 13 PUSAT

PROGRAM SEHARI BERSAMA

ASNAF DAN IFTAR PERDANA DI MASJID AL-IKHLAS, SHAH ALAM

60 ANAK YATIM DAN MISKIN

14 SABAH SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI PUNCAK BORNEO

50 KELUARGA

ASNAF 15 SARAWAK

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL UMUM SARAWAK

50 PESAKIT

16 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KOTA BHARU,

KELANTAN

45 KELUARGA

MISKIN 17 SABAH

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG PELAKAT,

SIPITANG

50 KELUARGA

MISKIN

18 SABAH

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG SG BILIS DAN KG LOK BUANI, LAHAD DATU, SABAH

50 KELUARGA

MISKIN

19 KUALA LUMPUR

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI MASJID JAMEK KG BARU, KL

21 KELUARGA

ASNAF 20 PERLIS

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI PUSAT BAKTI

KANGAR, PERLIS

15 KELUARGA

ASNAF

21 SARAWAK SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI LAWAS, SARAWAK

50 KELUARGA

MISKIN DAN

MUALLAF 22 SARAWAK

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG TAEE, SERIAN, SARAWAK

40 KELUARGA

MUALLAF 23 SABAH

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG BAHAGIA,

SANDAKAN

50 KELUARGA

MISKIN 24 SABAH

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI MASJID NURUL IMAN, TAMBUNAN SABAH

28 KELUARGA

MISKIN DAN

MUALLAF 25 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II

(21)

26 SARAWAK

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI DALAT, SARAWAK 50 KELUARGA

MISKIN 27 NEGERI

SEMBILAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI SEREMBAN 45 KELUARGA

MISKIN 28 PULAU

PINANG

MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN

BAKUL KASIH RAMADHAN DI

PENANG GOLF RESORT

63 ASNAF

29 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI SK PANCHOR DAN

SMK PENDITA ZAABA 40 PELAJAR MISKIN

30 PUSAT MAJLIS BERBUKA PUASA DI SACC

MALL, SHAH ALAM 24 ANAK YATIM

31 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

10 KELUARGA

PESAKIT

32 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG TALAK TUMPAT,

KELANTAN 4 KELUARGA ASNAF

33 PUSAT

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI TERAS JERNANG DAN SG RAMAL, KAJANG

20 KELUARGA

MISKIN 34 KELANTAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI PUSAT ASUHAN ROHANI KELANTAN

65 FAKIR MISKIN, ANAK YATIM, DAN GELANDANGAN

35 NEGERI SEMBILAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN

130 PESAKIT

36 NEGERI SEMBILAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG SELIAU,

RANTAU, N.SEMBILAN

30 KELUARGA

MISKIN 37 PUSAT

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KUALA SELANGOR 80 KELUARGA

MISKIN

38 PERLIS

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG PAYA TENGAH, REPOH PERLIS

15 KELUARGA

(22)

39 NEGERI SEMBILAN

SUMBANGAN BAKUL KASIH

RAMADHAN DI KG TULANG RIMAU, KG SOMPO DAN KG GEDUH, DANGI N.SEMBILAN

40 KELUARGA

MISKIN

40 KELANTAN

SUMBANGAN KEPADA MANGSA

KEBAKARAN RUMAH TUMPANG DI

KOTA BHARU -

41 PERLIS SUMBANGAN KE MASJID DAN

MADRASAH DI SATUN, THAILAND

60 KELUARGA

MISKIN

42 JOHOR SUMBANGAN WAQAF QURAN DI

MADRASAH JOHOR 50 PELAJAR TAHFIZ

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI KUALA LUMPUR

(23)

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI PERLIS

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI KELANTAN

(24)

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI PULAU PINANG

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI SABAH

(25)

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI SARAWAK

(26)

SUMBANGAN BAKUL KASIH RAMADHAN DI SEREMBAN

(27)
(28)

SUMBANGAN IFTAR DAN BAJU RAYA DI KEM PELARIAN ROHINGYA, BANGLADESH

Referensi

Dokumen terkait