• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kaunseling Kelompok_smk Tmn u1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kaunseling Kelompok_smk Tmn u1"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN KAUNSELING KELOMPOK YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI 1, SKUDAI, JOHOR.

Oleh :

Hasdhatul Norasyikin Binti Md Said, Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling),

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310, Skudai, Johor.

1.0 PENDAHULUAN

Pada 22 November 2010 (Jumaat), saya bersama 29 orang rakan mahasiswa Program Sarjana Pendidikan, Bimbingan & Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang lain telah menjalankan kaunseling kelompok ke atas pelajar-pelajar Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1, Skudai, Johor. Objektif utama program ini ialah untuk memenuhi keperluan markah 20 peratus pengendalian sesi kaunseling kelompok bagi subjek MPF 1713, Kaunseling Kelompok. Selain daripada itu, objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai betapa pentingnya penetapan matlamat dan merangka langkah tindakan yang sesuai untuk memastikan kejayaan mereka dalam bidang akademik khususnya dalam peperiksaan PMR Tahun 2011 yang akan mereka tempuhi kelak.

Program yang kami jalankan telah dimulai dengan semua rakan mahasiswa diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi Program iaitu Encik Punithan pada jam 2.00 petang. 15 minit kemudian, program dimulai dengan pembahagian kumpulan oleh Pengerusi Program iaitu Encik Punithan yang juga merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling sekolah tersebut, dengan dibantu oleh saya dan beberapa rakan mahasiswa UTM yang lain. Kami dibahagikan dengan setiap seorang ketua kelompok (mahasiswa) kepada 8 hingga 10 orang pelajar. Memandangkan terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi semasa pembahagian kelompok, saya hanya dapat memulakan sesi kelompok saya pada jam 3.10 petang. Walaubagaimanapun, hasil dari kerjasama semua ahli kelompok, saya telah dapat menjalankan kesemua modul yang dirangka untuk dijalankan dalam kelompok dengan tambahan satu lagi modul saya sendiri sebelum melakukan penamatan kelompok pada jam 4.30 petang.

(2)

2.0 LAPORAN PERJALANAN KELOMPOK 2.1 Sesi Membina Hubungan - ‘Rappo’

Sebaik sahaja diberikan kumpulan, saya dapati terdapat 8 orang ahli kumpulan saya yang terdiri dari pelbagai kaum dan berlainan jantina. Penerangan lanjut mengenai latar kelompok saya adalah sepertimana jadual 1 dibawah :

Bil : Nama Ahli Kelompok : Tingkatan : Jantina : Bangsa : 1. Mohd. Reezal Bin Othman 2 Lelaki Melayu 2. Ahmad Zukhri Bin Jami’an 2 Lelaki Melayu

3. Lee Ji Min 2 Lelaki Cina

4. Prabu a/l Manoharan 2 Lelaki India

5. Nur Amirah Binti Rosli 2 Perempuan Melayu 6. Nazifah Binti Ali 2 Perempuan Melayu 7. Krishna Priya a/p Kannan 2 Perempuan India 8. Preetha Nandhini a/p Rajoo 2 Perempuan India Jadual 1 : Maklumat Asas Ahli Kelompok Beserta Bilangan Jantina Dan Bangsa. 2.2 Peringkat Pembentukan : Membina Hubungan & ‘Rappo’

Pada peringkat awal pertemuan, saya telah memperkenalkan diri saya kepada semua pelajar. Kemudian saya telah meminta setiap ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing dan latarbelakang mereka secara ringkas, sebelum saya menjalankan modul pertama iaitu ‘Barang Kesayanganku’. Dalam modul ini saya telah meminta setiap ahli kumpulan melukis di atas kertas kosong apakah barang kepunyaan mereka yang paling mereka gemari. Setiap orang melukis berbagai benda di atas kertas. Antara hasil lukisan yang saya dapat lihat ialah baju, komputer riba, ‘pendrive’, novel, rantai dan televisyen. Setiap ahli kelompok mempunyai pelbagai sebab mengapa mereka melukis gambar-gambar tersebut. Ayat yang paling menarik perhatian saya yang diucap oleh salah seorang ahli kelompok ialah, “ Saya sangat suka menonton televisyen, terutamanya menonton rancangan dari TV9. Televisyen selalu jadi teman saya di rumah. Kat rumah saya tak de Astro”. Setelah berbual lebih lanjut, saya dapati bahawa pelajar ini tiada ada adik-beradik yang lain kerana anak tunggal. Ibu dan ayah bekerja dan sering pulang lewat malam. Jadi, televisyen adalah pengubat sunyi dirinya.

(3)

Antara maklumat lain yang saya dapati sepanjang menjalankan modul ini ialah terdapatnya sifat berdikari, suka membaca dan suka melayari internet pada ahli kelompok. Selain daripada itu, dapat dilihat juga hubungan sosial antara ahli kelompok dengan individu sekeliling seperti orang yang paling disayangi, paling dekat dengan mereka serta pencapaian terbaik hidup mereka hingga mereka dikurniakan barang yang menjadi barang kesukaan mereka.

Kesimpulannya, pada peringkat ini saya dapati bahawa terdapat berbagai maklumat awal yang saya perolehi dari aktiviti modul pertama ini.

2.3 Peringkat Transisi (Storming & Norming)

2.3.1 Peringkat Transisi Storming – Penerokaan Masalah & Mengenal Pasti Masalah

Pada peringkat ini, saya telah meminta ahli kelompok membina matlamat mereka masing-masing yang ingin dicapai oleh mereka dalam PMR tahun 2011. Ahli kelompok diedarkan dengan borang aktiviti dan diminta mereka mengisi matlamat yang ingin mereka capai. Hasil dari borang matlamat tersebut saya telah dapati kesemua ahli kelompok menulis matlamat mereka yang ingin dicapai puratanya ialah pencapaian 5A dan ke atas dalam PMR 2011. Kesimpulannya, setiap ahli kelompok mempunyai matlamat yang jelas yang ingin dicapai oleh mereka kelak.

Pada peringkat ini juga saya telah menjalankan modul kekuatan dan kelemahanku. Modul ini memandu ahli kelompok membuat pemeriksaan diri terhadap kekuatan yang dimiliki serta kelemahan yang ada yang perlu diperbaiki. Untuk pusingan pertama, saya meminta ahli kelompok menulis kekuatan dan kelemahan diri mereka masing-masing di atas borang yang tersedia. Kemudian, saya meminta mereka secara sukarela berkongsi kekuatan dan kelemahan diri mereka masing-masing. Perbincangan dalam ahli kelompok berjalan lancar apabila semua ahli kelompok memberikan kerjasama berbincang kekuatan dan kelemahan diri mereka.

Slot kedua saya jalankan dengan meminta setiap ahli memberikan borang yang telah mereka tulis kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kemudian, saya mengedarkan borang tersebut secara rawak dan meminta ahli-ahli kelompok menulis kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat di dalam diri rakan yang mereka tanpa

(4)

memberitahu rakan ahli lain borang siapa yang mereka dapat. Selepas itu, saya telah mengutip semula borang tersebut dan mengembalikan borang kepada ahli kelompok. Setiap ahli kelompok diminta untuk membacakan apa yang rakan mereka tulis tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka. Kemudian saya membuat refleksi terhadapa setiap ahli kelompok adakah benar mereka sepertimana yang rakan mereka tuliskan. Pelbagai refleksi positif tidak kurang reaksi negatif yang diterima oleh ahli kelompok sepanjang perbincangan. Di dalam perbincangan slot ini juga diadakan perbincangan terhadap halangan dan kekangan yang wujud yang menyebabkan diri mereka gagal memenuhi matlamat mereka kelak.

Pada akhir slot ini, saya telah membuat rumusan akhir bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Terpulang kepada setiap ahli kelompok menggunakan sebaiknya kekuatan yang ada serta memperbaiki kelemahan yang wujud dalam diri mereka dalam usaha mereka merealisasikan matlamat mereka dalam PMR 2011.

2.3.2 Peringkat Transisi Norming – Menentukan Matlamat Dan Perbincangan Alternatif

Slot seterusnya saya jalankan dengan meminta setiap ahli kelompok menyenaraikan tindakan susulan yang perlu mereka ambil untuk membantu diri mereka mencapai matlamat yang diingini. Pelbagai langkah dan tindaka yang ditulis oleh ahli kelompok mengikut kekuatan dan kelemahan diri mereka. Pada akhir slot ini saya telah meminta setiap ahli kelompok membacakan setiap rancangan tindakan yang mereka ingin jalankan serta membuat senarai semak dengan rakan-rakan adakah rancangan yang ditulis dapat dilaksanakan atau tidak. Setiap rancangan tindakan yang ditulis untuk mengatasi kelemahan yang ada telah dibincangkan. Pada akhir slot ini saya telah meminta setiap ahli kelompok menjadi rakan pantau setiap ahli agar dapat melihat setiap ahli menjalankan rancanga tindakan selepas tamat sesi kelak bagi memastikan kesinambungan sesi kaunseling kelompok ini.

(5)

Setelah membuat perbincangan lanjut dengan semua ahli kelompok saya menjalankan modul akhir tarikh lahir dan akhirnya membuat kesimpulan keseluruhan dan menerang semula semua langkah yang telah kelompok jalani sepanjang sesi hari ini. Saya juga menyediakan kelompok untuk proses penamatan sesi kaunseling dan mengingatkan semua kelompok agar melaksanakan tindakan yang mereka telah bincangkan bersama. Saya tamatkan sesi kaunseling pada jam 4.30 petang.

3.0 APLIKASI TEORI

Saya memilih menggunakan teori REBT. Pada peringkat awal sesi, saya telah mengajar kelompok membentuk matlamat awal. Saya selaku ketua kelompok telah membina skema konsep yang mengkategorikan masalah kelompok dalam bentuk ABC ( A – activiting events, B – irrational belief dan C – behavioral consequences ) agar kelompok lebih faham. Apabila konsep telah terbentuk, saya dapati kelompok lebih bersifat terbuka untuk berkongsi perasaan mereka secara lebih mendalam antara satu sama lain.

Setiap kelompok mempunyai pelbagai masalah tetapi perkara yang lebih kurang sama, jadi ini agak memudahkan saya menterjemah masalah mereka dalam konsep ABC. Setelah mereka jelas masalah yang mereka hadapi melalui konsep ini saya bincang bersama penyelesaian dan meminta mereka membuat kerja rumah (homework) untuk mereka buat selepas sesi ini berlangsung.

4.0 PENILAIAN PROSES KAUNSELING 4.1 Kekuatan & Kelebihan

a) Ahli kelompok terdiri daripada tahap umur, pemikiran dan pencapaian akademik yang lebih kurang sama. Mereka terdiri daripada satu tingkatan dan satu kelas, jadi mereka telah kenal dan biasa berkomunikasi antara satu sama lain.

b) Kekuatan modul dan aktiviti adalah berorientasikan aktiviti, maka pelajar dapat buat walaupun keadaan di dalam sangat bising.

c) Pelajar sangat memberi komitmen dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang program

(6)

a) Masa terlalu singkat dan kekangan masa telah membuat perbincangan agak terhad dan tidak sangat mendalam terutamanya sesi penerokaan.

b) Keadaan tempat yang kurang selesa telah menyebabkan pelajar kurang selesa. Keadaan agak bising kerana banyak kumpulan dalam dewan, maka ahli kumpulan susah nak beri tumpuan sepanjang sesi berlangsung

4.3 Cadangan Penambahbaikan

Masa yang lebih panjang, tempat yang lebih selesa serta sasaran yang lebih pelbagai untuk menambahkan teknik dan kemahiran kami semua sebagai kaunselor dan pemimpin kelompok.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kelompok yang saya jalankan berjalan dengan lancar walaupun dijalankan dalam masa yang sangat singkat. Ahli kelompok dilihat sangat bersemangat menjalankan semua aktiviti disamaping sangat memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Apa yang lebih penting ialah, setiap ahli kelompok saya jelas akan matlamat yang ingin dicapai dan semakin jelas dengan tindakan yang mereka akan jalankan selepas ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2011 kelak. Bagi diri saya pula, pengalaman ini sangat berharga dalam melatih diri saya semakin mahir dalam pengendalian sesi kaunseling kelompok pada masa akan datang.

Referensi

Dokumen terkait