• Tidak ada hasil yang ditemukan

PPPM : Keberhasilan Guru Berkualiti Berfokuskan Norma Perjawatan, Kompetensi, Tugas Dan Tanggungjawab Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PPPM : Keberhasilan Guru Berkualiti Berfokuskan Norma Perjawatan, Kompetensi, Tugas Dan Tanggungjawab Guru"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1704

PPPM 2013-2025: Keberhasilan Guru Berkualiti Berfokuskan Norma Perjawatan, Kompetensi, Tugas Dan Tanggungjawab Guru

Mohd Ariffuddin Abdul Aziz¹, Zarifah Yasrani Zulkefle, Siti Rohayu Mohamad, Erina Jamaludin, Noriza Yaacob & Hong Yih Hui

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

________________________________________________________________________ Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan tentang sejauh manakah kualiti guru-guru di Malaysia. Ia turut membincangkan beberapa aspek utama yang telah disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dalam usaha memartabatkan kualiti guru-guru. Antaranya ialah norma perjawatan, kompetensi, serta tugas dan tanggungjawab guru. Mulai tahun 2014 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) akan dilaksanakan secara berperingkat jika disoroti bakal memberi implikasi dengan wujudnya ketidaksamarataan dan bias dalam penilaian serta penambahan beban kerja guru. Kesemua ini memberi impak kepada keberhasilan hasrat kerajaan dalam melahirkan guru berkualiti. Analisis mendapati bahawa PPPM 2013-2025 sangat ideal dalam usaha memartabatkan profesion perguruan tetapi dalam masa yang sama terdapat jurang antara perancang dan pelaksana yang perlu diberi perhatian sewajarnya bagi menghasilkan guru berkualiti yang berupaya melahirkan modal insan mengikut acuan semasa.

Kata kunci: Keberhasilan, Berkualiti, Bias, Norma Perjawatan, Kompetensi, Tugas dan Tanggungjawab

______________________________________________________________________________

Pengenalan

Pendidikan merupakan penyumbang utama dalam pembangunan modal insan dan ekonomi negara. Ia dapat memupuk kreativiti, daya imaginasi dan bakat dalam diri individu (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KPM). Melalui perkembangan kemahiran-kemahiran ini, ia dapat membolehkan generasi muda bersaing dalam pasaran kerja dunia global. Justeru itu, kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan.

__________________________________________________

* Corresponding author. Tel.: +6012-4124891, +6019-2623197 Emel address: ayip_darren@yahoo.co.uk, erina.jamaludin@gmail.com

(2)

1705

Oleh yang demikian, satu pelan tindakan negara dalam bidang pendidikan telah dibina oleh kerajaan dalam memartabatkan taraf pendidikan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Antara agenda utamanya ialah memperkasakan kualiti guru-guru Malaysia. PPPM 2013-2025 adalah satu bentuk dokumen komprehensif yang dibentuk melalui hasil rundingan awam. Ia menetapkan sasaran negara yang perlu dicapai oleh produk dan pendidik dari segi kualiti , ekuiti dan akses dalam tempoh 13 tahun. Bertitik tolak daripada itu, kerajaan secara berperingkat menggembleng sumber tenaga untuk membawa perubahan dengan pendekatan yang berbeza ke atas kemenjadian guru dan murid. Antara dimensi utama yang diberi perhatian adalah kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam memacu misi negara ini, kualiti guru adalah antara yang perlu diberi perhatian khusus kerana ia mampu mentransformasikan dan meningkatkan keberhasilan murid serta guru. Hanya guru yang berkualiti mampu menghasilkan generasi yang berkualiti melalui pencapaian yang cemerlang (Rusnah et al. 2013). Namun persoalannya, sejauh manakah kualiti guru-guru yang dihasilkan di Malaysia? Antara faktor yang menyumbang adalah kepelbagaian produk guru yang terhasil daripada institut perguruan yang pelbagai di Malaysia. Ia disebabkan ketidakseragaman pelaksanaan dan standard kurikulum antara Institut Perguruan Awam dan Institut Perguruan Swasta. Setiap IPG mempunyai pendekatan yang berbeza dalam melahirkan bakal guru yang terlatih. Oleh yang demikian, penulisan ini bertujuan mengupas dengan lebih lanjut tentang penghasilan guru yang berkualiti yang berfokus kepada empat elemen utama, iaitu norma perjawatan, kompetensi serta tugas dan tanggungjawab guru.

NORMA PERJAWATAN

Mengikut PPPM 2013-2025, KPM akan berusaha memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion yang akan menjadi pilihan ramai. Ekoran daripada ini, KPM telah memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baharu yang pada dasarnya mengubah kaedah pemilihan calon bagi guru baharu, pembangunan profesionalisme keguruan dan kaedah pemberian ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Bagi memastikan usaha ini berjaya, ianya mestilah bermula dengan pengurusan norma perjawatan guru itu sendiri.

(3)

1706

Norma Perjawatan bermaksud garis panduan, standard atau indikator yang diguna pakai untuk menentukan keperluan jawatan. Norma perjawatan bagi guru di Malaysia mempunyai dua jenis iaitu Jawatan Luar Norma dan Jawatan Dalam Norma. Jawatan Luar Norma ialah jawatan yang diperuntukkan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik di sesebuah sekolah. Jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan jawatan luar norma. Manakala yang lain termasuk Guru Penolong Kanan (GPK) berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan seperti j-QAF, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya. Jawatan Dalam Norma pula ialah guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kuota Guru Akademik seperti jawatan Guru Data dan Guru Pendidikan Islam.

Norma Perjawatan Guru di Malaysia

KPM telah menggariskan beberapa panduan dan cabaran dalam profesion perguruan iaitu merangkumi proses pemilihan dan perjawatan guru sehinggalah kompetensi dan prestasi perguruan. Mengikut laporan PPPM 2013-2025, program latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia telah menunjukkan kejayaan dengan berlakunya peningkatan di dalam bilangan pemohon iaitu nisbah pemohon dengan tempat yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah sangat tinggi (38:1). Keadaan ini menolak kajian Shuib dan Johari (2001) yang mendapati profesion keguruan kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat. Malah mereka kurang berminat dalam bidang keguruan ini kerana menganggap ia sebagai satu profesion yang statik. Walau bagaimanapun, laporan terkini mendapati minat yang ditunjukkan dalam bidang perguruan semakin meningkat kerana jumlah pemohon semakin ramai (PPPM 2013-2025).

KPM juga telah menggariskan syarat akademik yang minimum bagi mereka yang berminat memasuki Institut Perguruan. Menurut PPPM 2013-2025, kelayakan minimum bagi pemohon ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) sebelum ini adalah 3 gred cemerlang dan 3 gred kepujian dalam peperiksaan SPM. Namun begitu, satu anjakan telah diambil sebagai salah satu perubahan dalam sistem pemilihan guru pelatih PISMP bermula tahun 2012 memerlukan sekurang-kurangnya 7 gred kepujian dan 3 gred cemerlang.

(4)

1707

Bagi purata saiz kelas dan nisbah guru-murid pula dapat dinyatakan sebanyak 92% sekolah rendah dan 88% sekolah menengah mempunyai saiz kelas kurang daripada 35 orang murid selaras dengan garis panduan sedia ada bagi saiz kelas maksimum. Kebanyakan daripada guru di Malaysia bertugas dalam saiz kelas sasaran dan mempunyai nisbah guru-guru yang sama atau rendah daripada purata guru-murid negara-negara OECD pada 16:1. Sekolah dengan saiz kelas yang lebih besar daripada 35 orang murid biasanya merupakan sekolah-sekolah yang digemari dan terletak di kawasan bandar.

KOMPETENSI

Pelbagai rombakan dan transformasi telah dijalankan oleh KPM dalam mewujudkan kualiti guru yang mantap melalui anjakan gelombang yang terdapat dalam PPPM 2013-2025. KPM juga berusaha meningkatkan standard profesionalisme guru melalui gelombang yang pertama PPPM 2013-2025 dan telah mewujudkan satu standard kompetensi guru sebagai garis panduan dalam menghasilkan guru yang berkualiti.

Tahap kompetensi individu pendidik mempengaruhi standard pendidik yang dihasilkan. Menurut Saedah Siraj (2012), antara komponen penting yang dibincangkan dalam mempengaruhi kompetensi individu pendidik ialah dengan perkembangan pengetahuan dan kepakaran dalam mata pelajaran, kepelbagaian strategi pengajaran, kemahiran memotivasikan dan mengurus kelas, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang pengajaran dan pentaksiran pembelajaran pelajar, komitmen, tanggungjawab professional dan perkongsian bersama. Hala tuju sistem pendidikan negara yang telah digubal oleh KPM menetapkan untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia dan ini tidak mustahil untuk dicapai dengan pendidik yang dedikasi, kompeten dan komited terhadap tanggungjawab, tugas dan tanggungjawab profession mereka. Secara umum, kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personaliti traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999). Selain itu, kompetensi juga adalah gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki dan perlu diamalkan bagi melaksanakan

(5)

1708

sesuatu pekerjaan atau jawatan (Daud Ibrahim 2003). Menurut Nijveldt et al. (2005), kompetensi guru adalah kebolehan seorang guru untuk memenuhi kriteria-kriteria profesion dengan penggabungan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ditunjukkan dalam prestasi dan refleksi guru. Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten iaitu kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion.

Standard Kompetensi Guru Malaysia

Untuk memastikan taraf pendidikan di Malaysia ini setaraf dengan negara-negara maju yang lain, Malaysia telah mewujudkan satu garis panduan yang bertindak sebagai penanda aras bagi menjamin mutu standard kompetensi bakal guru dan guru di Malaysia. Ia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam perutusannya sempena sambutan Hari Guru Tahun 2009 yang dikenali sebagai Model Standard Guru Malaysia (SGM).

Model SGM ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada guru, pendidik guru di institusi-institusi latihan perguruan, pengurus dan pentadbir institusi latihan perguruan, guru besar / pengetua sekolah dan juga agensi latihan perguruan yang lain (KPM, 2009). Di dalam SGM, ia menekankan standard dan keperluan. SGM dapat memuatkan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institut latihan perguruan serta menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru bagi membantu guru dan bakal guru mencapai tahap kompetensi yang telah ditetapkan. SGM adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Ia juga adalah untuk mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai dan juga untuk mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

(6)

1709

Sementara transformasi pendidikan masih terus berlaku, tahap dan standard kompetensi guru-guru juga turut berubah. Berdasarkan PPPM 2013-2025, Kementerian bakal menyediakan satu instrumen penilaian bersepadu iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang berkonsepkan tugas dan tempat bertugas, yang mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Penilaian ini bersifat menyeluruh dengan menilai prestasi melalui gabung jalin antara kompetensi dan keberhasilan. Ia merentasi empat dimensi yang berbeza iaitu kemahiran, nilai-nilai profesional, aktiviti di luar bilik darjah dan sumbangan profesional. Instrumen ini dirintis pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014 bagi menggantikan semua instrumen yang ada pada masa ini, termasuk Penilaian Prestasi (LNPT), Penilaian Potensi dan Kompetensi (PKP), Program Bersepadu Kompetensi dan Potensi (PROSPEK), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, SKPM (Standard 4), Penilaian Kriteria Kecemerlangan dan Penilaian Guru Cemerlang. Ia dibina Selaras dengan program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan PPPM 2013–2025. Ia berada dalam anjakan 4 PPPM, iaitu melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi mulai 2016.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi adalah membangunkan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Oleh yang demikian, guru perlu melaksanakan tanggungjawab dengan telus dan amanah. Menurut Salleh (2003) dan Hattie (2003), faktor guru memberi keputusan signifikan dalam mempengaruhi minat dan komitmen terhadap pelajaran serta berpotensi untuk merubah sikap dan status pelajar terhadap bidang kurikulum. Dalam konteks perguruan di Malaysia guru memikul 3 tanggungjawab utama iaitu dari aspek agama, nilai dan etika.

Guru bertanggungjawab membina negara berdasarkan etika. Etika (estimologi) berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos” yang bermaksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Hasan Langgulung (2002) menyatakan etika dari sudut kerjaya pula merupakan aturan–aturan yang diambil keputusan sepakat antara ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, perguruan dan bidang kedoktoran. Dalam konteks perguruan ini guru bertanggungjawab

(7)

1710

mematuhi etika perguruan dan mempraktikkan semua garis panduan bagi meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban, nilai yang berkait rapat dengan masyarakat.

Selain dari mematuhi etika profesional, guru juga perlu mematuhi etika perguruan yang menjadi nadi dalam profesion perguruan. Etika perguruan merupakan satu set tingkah laku dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Secara jelasnya kod etika perguruan dianggap penting dalam profesion perguruan. Di dalamnya terkandung garis panduan perlakuan dan tingkah laku guru dalam profesion ini. Terdapat lima bidang utama yang menjadi teras tanggungjawab yang perlu direalisasikan oleh para guru. Skop meliputi tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Tugas dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu. Dalam memenuhi keperluan pelajar guru perlu adil terhadap pelajar tanpa mengambil kira faktor kaum, bangsa, agama, faktor kulit dan sebagainya. Antara lain guru bertanggungjawab meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui penyelidikan, pengajian, kursus, seminar dan lawatan dalam menghasilkan mutu pengajaran pada tahap maksimum. Manakala jika dilihat dalam konteks tanggungjawab terhadap ibu bapa, guru perlu menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya, sentiasa mengambil berat hubungan antara komuniti sekolah dan komuniti ibu bapa.

Menerusi pendidikan, penyatuan kaum dapat dipupuk. Bertitik tolak dari slogan “Satu Malaysia” telah membawa guru kepada tanggungjawab baru yang perlu digalas dalam menyatukan kaum. Justeru itu menjadi tanggungjawab para guru memikul amanah membawa aspirasi kerajaan untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin hubungan erat melalui sistem pendidikan. Menurut Atan Long (1984), kepentingan guru memang tidak dinafikan lagi kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman moden melalui pendidikan yang diberi oleh guru. Sebagai guru yang bertanggungjawab, kepentingan menjaga nama baik rakan sejawatan dan profesion amat perlu. Pada masa yang sama mereka perlu berusaha menunaikan tanggungjawab dengan amanah dan rajin seiring dengan kemajuan ikhtisas. Menjadi tanggungjawab guru untuk menjaga nama baik profesion

(8)

1711

perguruan dan melibatkan diri dengan menjadi ahli dalam badan pertubuhan guru antaranya Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Bersatu ( KGGMB).

Bidang tugas guru merangkumi di dalam dan luar bilik darjah. Selain dari mengajar guru turut berhadapan dengan pelbagai sistem yang perlu ditadbir urus dengan baik. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa pelbagai sistem telah dibangunkan oleh kementerian dalam usaha penambahbaikan sistem pendidikan Negara. Melalui PPPM 2013-2025, kerajaan akan melaksanakan transformasi besar-besaran terhadap sistem pendidikan negara. Selaras dengan itu, kerajaan menggalakkan warga pendidik membuat penyelidikan terhadap sesuatu isu atau permasalahan dalam sistem pendidikan dalam usaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara dan dalam masa yang sama melaksanakan pembaharuan sejajar dengan era globalisasi. Menurut Boyer (1994) dalam abad ke 21, cabaran guru dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Malah ia akan berkembang dari pelbagai perspektif dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Menerusi PPPM 2013-2025, perkembangan professional guru dapat dikembangkan menerusi program dan aktiviti pementoran, kursus, seminar dan bengkel, latihan profesional berterusan serta mengamalkan penyelidikan.

ISU-ISU SEMASA

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh KPM untuk memartabatkan profesion keguruan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara dalam perjawatan guru di Malaysia yang harus diambil perhatian. Antaranya berkaitan aduan guru data mengenai masa mengajar yang terlalu banyak sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk melaksanakan tugas pengurusan data di sekolah. Kajian yang telah dijalankan terhadap 123 orang guru data di seluruh negeri Terengganu mendapati jadual mereka tidak menepati Perkara 8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 14/2007 (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2010). Keadaan ini menyebabkan berlakunya bebanan tugas seterusnya tugas pengurusan data tidak dapat dilaksanakan sebaiknya.

(9)

1712

PPPM 2013-2025 juga berjaya menarik minat masyarakat terhadap profesion perguruan. Namun di sebalik kejayaan ini timbul pula isu nisbah pemohon dan tempat adalah sangat tinggi. Contohnya 38:1 di Institut Perguruan. Hal ini menyebabkan berlakunya lebihan guru dan terdapat guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen. Melalui PPPM 2013-2025 juga, kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan 8:8:6:3 telah diperkenalkan. Namun, isu kemungkinan guru kurang berusaha untuk memperbaiki profesionalisme mereka demi kerjaya yang lebih cemerlang akan timbul. Malah terdapat juga guru yang meletak jawatan atau yang memohon untuk bersara lebih awal (Khalim & Jamil, 2011).

Di dalam profesion keguruan, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) digunakan sebagai instrumen utama untuk menilai guru. Ia bersifat motif generik dan dikatakan tidak boleh menjadi pengukur prestasi yang sebenar. Salma dan Jainabi (2011) menyatakan jika berlaku kekurangan motivasi maka tahap motivasi guru akan menurun. Bagi mengatasi semua isu ini, Pakej Kerjaya Guru baharu dalam beberapa fasa telah diperkenalkan. Ia merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan guru, meningkatkan peluang pembangunan professional yang berterusan mengikut keperluan individu, menggalakkan guru untuk terus maju berdasarkan prestasi dan kompetensi. Melalui PPPM 2013-2025 juga, kementerian turut meneliti pelaksanaan tiga laluan kerjaya yang berbeza iaitu i) Laluan I bagi pengajaran guru yang ingin kekal mengajar di bilik darjah; ii) Laluan II kepimpinan dan pengurusan bagi guru yang ingin menjawat jawatan kepimpinan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau pusat; dan iii) Laluan III bagi pakar bidang khusus kepada guru yang ingin menjadi pembimbing guru dan jurulatih, pensyarah di IPG dan IAB, atau pembangun kurikulum dan pentaksiran.

Sebagaimana yang dimaklumi, kompetensi adalah berkait dengan tahap kemahiran atau kemampuan seseorang dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab. Isu terbaharu ialah berkaitan isu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) / Key Performance Indicator (KPI). PTK telah dimansuhkan selaras dengan ucapan Perdana Menteri pada tahun 2010 dan surat pekeliling perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2010.

(10)

1713

PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. PBPPP ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Pra-DTF (Delivery Task Force) pada 18 September 2013 dengan memansuhkan PTK yang menggunakan kaedah peperiksaan untuk kenaikan pangkat seseorang penjawat awam. Ianya dimulakan pada tahun 2014 dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015. Sekalipun sistem penilaian ini merupakan satu langkah yang baik. Namun, persoalan yang timbul ialah adakah tidak berlaku bias dan bersikap pilih kasih semasa proses penilaian dilakukan. Ini kerana kemungkinan wujud ketidaksamarataan dan bias yang menyebabkan penilaian tidak seiring dengan kompetensi guru (Abdullah Sani, Yahya et al. 2007) bahkan memberi kesan yang buruk kepada tahap motivasi seseorang guru.

Kajian mini telah dilakukan terhadap tiga orang guru lelaki dan enam orang guru perempuan orang di sekolah menengah dan rendah untuk mendapatkan data kualitatif bagi (i) mengesahkan bahawa penilaian yang tidak adil adalah merupakan satu isu di sekolah dan (ii) penilaian yang dijalankan berkait dengan bias. Mini kajian ini adalah menggunakan kaedah temu bual semi-struktur dan dapatan kajian adalah dengan menggunakan transkrip teks dan dihuraikan secara naratif deskriptif.

Hasil kajian (i) mendapati enam daripada responden bersetuju bahawa penilaian yang dijalankan di sekolah mereka adalah dilakukan secara tidak adil manakala dua responden lagi bernasib baik kerana penilaian di sekolah mereka dijalankan secara adil dan seorang responden lagi tidak tahu tentang penilaian yang dijalankan di sekolahnya secara adil atau tidak. Berdasarkan keputusan ini, jelas menunjukkan bahawa penilaian merupakan satu isu berbangkit yang wujud di sekolah-sekolah adalah satu realiti.

Manakala hasil kajian (ii) pula mendapati seramai tujuh daripada responden menyatakan bahawa bias memang berlaku sewaktu penilaian dijalankan, selebihnya tidak bersetuju dengan isu bias ini. Berdasarkan kepada penyataan yang diberikan, terdapat beberapa faktor yang

(11)

1714

menyumbang kepada bias seperti pilih kasih, emosi, penilaian adalah sangat subjektif serta ia adalah satu budaya serta lumrah yang semakin menular dalam ruang lingkup pekerjaan. Jelaslah di sini bahawa bias memang merupakan satu isu yang berlaku dan realiti yang tidak sepatutnya dipandang remeh.

Selain itu, PBPPM juga akan menambah beban tugas guru yang dilantik sebagai pegawai penilai oleh pihak sekolah. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK/NUTP) menyatakan beban kerja guru bertambah dengan pelaksanaan PBPPP (Utusan Malaysia, 30 Oktober 2013) serta telah membuat permohonan agar dimansuhkan dan dikaji semula tentang keberkesanannya kerana sistem yang digunakan terlalu sulit dan sukar difahami.

Malah NUTP juga membincangkan tiga perkara utama mengenai e-Prestasi iaitu i) Key in data prestasi boleh dibuat secara manual; ii) Pemprosesan data e-Prestasi dilewatkan sehingga akhir Disember 2013; iii) Penangguhan pelaksanaan e-Prestasi. Justeru, NUTP akan menghantar surat bantahan mengenai e-Prestasi kepada pihak berkuasa (Berita Terkini NUTP, 31 Oktober 2013). Antara bidang tugas pegawai penilai adalah merangkumi i) semakan bahan; ii) temu bual dengan PYD secara formal atau tidak formal; iii) Pencerapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dalam jangka waktu yang ditetapkan dan; iv) pemerhatian secara berterusan terhadap PYD. Bidang tugas ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga daripada guru-guru yang dilantik sebagai pegawai penilai.

PBPPM juga akan mempunyai masalah di peringkat penyebaran maklumat strategi pelaksanaan. Ini kerana Mod penyebaran secara cascade mempunyai banyak kelemahannya. kecairan maklumat, salah faham dan kekeliruan berlaku semasa penyampaian kursus-kursus kepada guru pelaksana. Namun mod ini merupakan yang selalu digunakan untuk menyebarkan kurikulum ke peringkat grass root (Sharifah Nor Puteh dan T. Subahan Mohd Meerah, t.th.).

Seseorang guru akan mempunyai watak profesional apabila berupaya berfikir dan bertindak berasaskan kebenaran secara bijaksana, rasional dan lapang dada serta melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Namun isu ponteng kelas atau lambat masuk ke kelas adalah bukan satu sindrom baharu yang melanda guru. Datuk Dr. Muhyiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah, menyatakan walaupun kes ini isu terpencil, ia tidak boleh dibiarkan berterusan kerana boleh melumpuhkan sistem pendidikan negara. Kejadian ini biasanya berpunca daripada

(12)

1715

guru stres akibat bebanan tugas yang terlalu banyak. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja dan akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap pihak sekolah (Kama Othman, 2013). Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) menyatakan ponteng kerja adalah perkara yang serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Kenyataan ini disokong oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang.

Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah memberi amaran kepada para guru yang ponteng mengajar akan dikenakan tindakan disiplin (Berita Harian, 2010) kerana ia dianggap melanggar peraturan dan etika kerja seorang guru serta kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, rakan sekerja, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik pelajar. Oleh itu, golongan guru muda berijazah berharap kerajaan akan menyemak semula rancangannya untuk melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Astro Awani, 20 Februari 2013). Ini kerana mereka berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid (Berita Semasa, 5 April, 2013).

Hasil kajian daripada soal selidik terhadap PBS (Berita semasa, Disember 20, 2012), pula mendapati masalah terhadap i) capaian internet sangat lemah (pedalaman); ii) penyediaan evidens / instrumen Pentaksiran; iii) terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan tugas lain terabai; iv) pengurusan fail eviden terlalu banyak dan masalah penyimpanan fail dan v) masalah bagi mencetak instrumen yang banyak (terutama sekolah pedalaman yang tiada kemudahan mesin cetak).

Merujuk kepada permasalahan dan rungutan bebanan tugas yang dilalui oleh guru, maka satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan (Utusan Malaysia, 2010). Manakala Berita Harian, (2012) melaporkan jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru. Malah memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah sebagai satu sistem tunggal kemasukan data untuk mengurangkan tugas guru yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini. Walaupun jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani

(13)

1716

isu beban tugas guru semenjak tahun 2010, malangnya masalah beban tugas guru dikatakan masih lagi belum berjaya diselesaikan.

CADANGAN

Sehubungan itu, untuk mengurangkan permasalahan yang dihadapi, satu pendekatan perlu dirangka untuk mengurangkan beban dan mempertingkatkan kualiti guru. Antara pendekatan yang perlu diambil oleh pihak berwajib ialah i) Memperkenalkan jawatan pembantu guru di sekolah; ii) Memperluaskan penempatan kakitangan Pembantu Tadbir N17 dan juruteknik FT17 di sekolah-sekolah di bawah kementerian; iii) Mempertingkatkan kelajuan internet di sekolah; iv) Instrumen pentaksiran disediakan oleh pihak Kementerian atau Jabatan sendiri supaya tahap pentaksiran seragam dan mempunyai standard yang sama di semua sekolah; v) Mewujudkan satu jawatan khas (bukan guru) bagi pengurusan fail dan sistem PBS di semua sekolah untuk membantu guru dan vi) Menambah baik kapasiti server sistem yang diwujudkan oleh kementerian bagi melancarkan urusan kemasukan data murid mahupun guru.

IMPLIKASI

PPPM 2013-2025 telah menggariskan lima hasil ingin yang dicapai iaitu akses, kualiti, perpaduan dan kecekapan. Ekoran daripada itu, PPPM telah menekankan beberapa objektif yang perlu dicapai dan salah satu daripadanya ialah meningkatkan kualiti guru. Menerusi inisiatifkementerian menilai prestasi guru melalui PBPPP jelas dapat merubah stigma negatif guru-guru terhadap berlakunya bias. Pelaksanaan ini mampu menghasilkan guru yang kompeten terhadap semua aspek penilaian yang dibuktikan berdasarkan eviden yang diberikan. Keberhasilan tersebut sekurang-kurangnya dapat melahirkan guru berkualiti bersesuaian dengan kompetensi masing-masing.

Namun daripada kajian yang dijalankan hasil yang didapati adalah sebaliknya yang mana PBPPP telah mewujudkan ketidaksamarataan dan bias dalam penilaian serta penambahan dalam tugasan guru. Jika dibuat perbandingan guru zaman kolonial dengan guru kini amat jauh berbeza dari segi kualitinya. Guru dahulu hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap

(14)

1717

core business mereka iaitu mengajar namun guru kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. Guru kelas pula dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian seperti sistem kemasukan data yang menyebabkan masa guru untuk tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan pelajar. Kesemua tugasan tambahan yang diberikan kepada guru ini telah mengganggu tahap fokus guru terhadap core business seorang guru. Tugasan yang ditanggung oleh guru ini mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif kepada guru dan juga bidang pendidikan. Keadaan ini tidak seiring dengan PPPM 2013-2025 yang ingin memartabatkan taraf pendidikan dan memperkasakan kualiti guru-guru di Malaysia.

RUMUSAN

Menerusi PPPM 2013-2025 yang dibentuk jelas menunjukkan bahawa pelan ini sangat ideal dalam usaha meningkatkan mutu profesion perguruan. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan meningkatkan sistem pendidikan bertaraf dunia bagi melahirkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan memenuhi tuntutan semasa “knowledge worker” di dalam era globalisasi teknologi. Usaha memartabatkan profesion perguruan menerusi pelaksanaan Standard Guru Malaysia jelas menunjukkan harapan tinggi kementerian terhadap profesion guru. Sungguhpun demikian, masih terdapat jurang ketara di antara KPM sebagai perancang dan guru sebagai pelaksana.

Jelasnya peranan guru sebagai penggerak kepada matlamat ini masih berada di paras rendah. Kredibiliti guru semakin merosot, core business sebagai pendidik terabai dalam mengejar pembangunan sistem pengurusan dan tugas perkeranian yang semakin mendesak. Dalam erti kata sebenar, guru tidak berkemampuan melaksana pelbagai perubahan yang dirancang oleh kerajaan dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Bebanan yang digalas telah menjejaskan kualiti guru. Hasrat menghasilkan pelajar berkualiti dari guru berkualiti agak sukar dicapai. Kementerian perlu merealisasikan sepenuhnya dengan mengalihkan tugas perkeranian ini kepada guru pembantu dengan mewujudkan norma perjawatan baru sebagai pembantu guru. Adalah diharapkan agar pelaksanaan ini dapat

(15)

1718

dilaksanakan dengan sepenuhnya bagi membolehkan guru memfokuskan matlamat utama melahirkan modal insan bertaraf dunia dan berketerampilan dari segi akhlak dan sahsiah dan dalam masa yang sama memartabatkan profesion perguruan dari pandangan masyarakat.

Rujukan

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. 2007. Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Kedua. Perak: Quantum Books.

Awang Had Salleh. 1998. Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan. Prosiding Seminar Kebangsaan JPPG, Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM. 2012. Ringkasan Perjawatan KPM. http://www.moe.gov.my/bpsm/perjawatan/2012 [23 Oktober 2013]

Bridges, W. 2003. Managing transitions: Making the most of change (2nd ed.). Cambridge, MA: DaCapo Press.

Cameron, M. & Baker, R. 2004. Research on Initial Teacher Education in New Zealand. Wellington: New Zealand Council for Educational Research.

Crawford, L. M. 2004. Principal leadership: Practices and beliefs within the learning organization. Disertasi Dr. Fal. Walden University, Minneapolis, MN. Dicapai pada 23 November 2012 di ProQuest. (UMI or AAT No. 334452).

DuFour, R. 2004. Schools as learning communities. Educational Leadership, 61(8), 6–11. DuFour, R., & Eaker, R. 1998. Professional learning communities at work: Best practices for

enhancing student achievement. Alexandria, VA: National Education Service. Esah Sulaiman. 2002. Profesionalisme Pendidikan. Johor: Jabatan Asas Pendidikan UTM. Esah Sulaiman. 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Haberman, M. 2004. Can teachers create learning communities? Educational Leadership, 61(8), 52–56.

(16)

1719

Henderson, J. 2008. Professional learning communities: School leaders‘ perspectives. Education Update.

Hord, S. M. 1997. Professional learning communities: What are they and why are they important?.

Ibrahim Ahmad. 2003. Profesion Keguruan Pilihan Terakhir? Suatu Tinjauan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dwibahasa Dewan. 1999. Edisi Kesepuluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. 2007. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kang, N.H. & Hong, M. 2008. Achieving Excellence in Teacher Workforce and Equity in Learning Opportunities in South Korea. Educational Researcher 37 (4): 200-207.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Haluan Kerja Pendidikan: Merealisasikan Agenda Transformasi Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Khalim Zainal & Jamil Ahmad. 2011. Etika dan Profesionalisme dalam Kepimpinan Guru di

Sekolah. Seminar Pendidikan Serantau Ke‐5 Tahun 2011.

Kivinen, O., Nurmi, J., & Salminiitty, J. 2002. Higher Education and Graduate Employment in Finland. European Journal of Education 32 (2): 165-177.

Marzano, R., Waters, T., & McNulty, B. 2005. School leadership that works. Alexandria, VA: Association of Supervision and Curriculum Development.

McLaughlin, M., & Talbert, J. E. 2006. Building school-based teacher learning communities: Professional strategies to improve student achievement. New York, NY: Teachers College Press.

National Professional Standards for Teachers. 2011. Australian Institute for Teaching and

School Leadership limited. Australia.

Newmann, F. M., & Wehlage, G. G. 1993, April. Five standards of authentic instruction. Educational Leadership, 50, 8-12.

Nur Hafizah Idris & Rohana Hamzah. 2012. Nilai profesionalisme Bakal Guru Berdasarkan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi 60 (2013): 31-37.

(17)

1720

Nur Nashuha Shafain. 2009. Kepentingan Penguasaan Kemahiran Generik di Kalangan Pelajar Tahun Akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM Sebagai Persediaan Bakal Guru di Sekolah. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Rosenholtz, S. J. 1989. Teacher’s workplace: The social organization of schools. New York: Longman.

Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. 2012. Standard kompetensi guru Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, hlm. 1-44

Salma Hj Abd Rahman & Jainabee Md Kassim. 2011. Gaya kepimpinan transformasi dan motivasi guru: satu tinjauan literature. International Seminar on Educational Comparative in Curriculum for Active Learning Between Indonesia and Malaysia 1143-1154

Santhapparaj, A. S. & Syed Syah Alam .2005. Job satisfaction among academic staff in private universities in Malaysia. Journal of Social Sciences 1 (2)

Schmoker, M. 2007. A chance for change: Key levers for improving teaching and learning. American School Board Journal, 194(4), 45-46.

Sharifah Nor Puteh & T Subahan Mohd Meerah. T.th. Cabaran dan Isu dalam Perancangan dan Pembangunan Kurikulum Persekolahan di Malaysia: Satu Analisis Refleksi

Shuib Dirwan & Johari Seman. 2001. Profesyen Keguruan Di Malaysia, Sejauh Manakah Martabatnya Kini? Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor: 40- 48.

Steiner, L. 2010. Using competency-based evaluation to drive teacher excellence: Lessons from Singapore. Chapel Hill, North Carolina: Public Impact. Utusan Malaysia. 2009. 14 Mei. Utusan Malaysia. 2009. Cara Finland Memartabatkan Guru http://www.utusan.com.my [23 Okt

2013]

Yazid Abdul Manap. 2001. Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama,. Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor :15–33

Wood, D. 2007. Professional learning communities: Teachers, knowledge, and knowing. Theory into Practice, 46, 282–290.

Referensi

Dokumen terkait