• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN A"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN KONSEP KENDIRI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

DI KALANGAN GURU PELATIH

Najeemah Mohd Yusof

Jabatan Pendidikan

Abstrak

Kajian ini meninjau hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Subjek kajian terdiri daripada 111 orang guru pelatih perempuan dan 99 orang guru pelatih lelaki. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik ‘Tennessee Self-concept Scale’ yang telah diubah suai. Soal selidik ini mengandungi 60 item. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pelatih Institut Perguruan Darulaman mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Namun, peratusan guru pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi melebihi guru pelatih lelaki. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih (r = 0.58, p<.01). Selain daripada itu, secara perbandingan , konsep kendiri aspek sosial didapati mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan ( r = 0.66, p <.01). Bagi guru pelatih lelaki pula, konsep kendiri aspek psikologikal didapati menunjukkan sifat hubungan yang sama (r = 0.60, p <.01). Beberapa saranan dikemukakan untuk dipertimbangkan semasa merancang bagi pemupukan dan peningkatan konsep kendiri positif di kalangan guru pelatih.

 Pengenalan

(2)

mendapati tiada perhubungan yang jelas antara konsep kendiri dengan pencapaian

akademik.

Maklumat mengenai aspek hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik

di kalangan guru pelatih penting untuk pendidik guru dan pihak yang

berkepentingan dalam merancang langkah-langkah untuk meningkatkan

pencapaian akademik guru pelatih dan seterusnya melahirkan insan guru yang

berkualiti.

Masalah kajian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa berinteraksi dengan guru pelatih,

didapati sesetengah daripada mereka mempunyai konsep kendiri yang positif.

Mereka yakin terhadap diri dan aktif melibatkan diri dalam interaksi kuliah dan

kokurikulum. Manakala ada sekumpulan guru pelatih yang agak pasif dan bersikap

negatif. Di samping itu, ada juga diperhatikan guru pelatih perempuan

menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam kerja kursus, peperiksaan dan

aktiviti kokurikulum jika dibandingkan dengan guru pelatih lelaki. Apakah tahap

konsep kendiri guru pelatih IPDA mengikut jantina ? Adakah wujudnya hubungan

signifikan konsep kendiri dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih

IPDA ?

Soalan kajian

o

Apakah tahap konsep kendiri guru pelatih Kursus Perguruan Diploma

Malaysia ambilan Julai 1997 IPDA mengikut jantina ?

o

Bagaimanakah hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian

akademik di kalangan guru pelatih tersebut ?

o

Bagaimanakah hubungan antara konsep kendiri daripada aspek i)

fizikal, ii) psikologikal, dan iii) sosial dengan pencapaian akademik

mengikut jantina guru pelatih tersebut ?

Batasan Kajian

(3)

Sampel diambil dari IPDA sahaja. Oleh itu dapatan kajian ini tidak sesuai

digeneralisasikan.

Definisi operasional

Pencapaian akademik

Dalam kajian ini pencapaian akademik yang dimaksudkan ialah

keputusan peperiksaan akhir semester guru pelatih semester 1 yang

terdiri daripada peperiksaan bertulis akhir semester, kerja kursus

berportfolio, kerja kursus berbentuk taksiran dan gerak kerja

kokurikulum.

Konsep Kendiri

Konsep kendiri merupakan gambaran seseorang tentang dirinya. Ia

merupakan satu imej, idea dan perasaan mengenai seseorang yang

sentiasa bergerak dan berubah-ubah. Roger (1981) menyatakan

bahawa ia merupakan satu cara pembentukan personaliti individu

yang merangkumi aspek pengamatan akan sifat diri dan

kebolehannya, hubungan dengan orang lain dan persekitaran serta

objek yang diamati yang mempunyai nilai-nilai positif dan nilai

negatif.

Coopersmith (1980) menyatakan bahawa konsep kendiri individu

yang positif ialah individu yang mempunyai harga diri, menerima diri

dan mempunyai pandangan hidup yang lebih baik serta pandai

membuat keputusan. Sementara individu yang mempunyai konsep

kendiri yang negatif kelihatan tidak gembira, berasa diri tidak

berguna, mudah putus asa dan sukar baginya untuk membuat

keputusan.

Ringkasnya, bolehlah ditakrifkan bahawa konsep kendiri bertindak

sebagai pusat kepada pembentukan personaliti seseorang itu.

Penilaian sikap, kepercayaan dan persepsi terhadap diri sendiri

dirangkumi sekali.

(4)

Konsep Kendiri Aspek Fizikal

Gambaran tentang fizikal diri daripada aspek keadaan kesihatan,

bentuk badan dan rupa paras. Contohnya, sama ada seseorang

menganggap dirinya sihat atau berpenyakit, menarik dan lain-lain.

Konsep Kendiri Aspek Psikologikal

Gambaran tentang tingkah laku diri serta harapannya, cara ia berfikir

dan bertindak. Contohnya sama ada seseorang menganggap dirinya

berfikir dan bertindak secara positif atau negatif; mengharapkan

sesuatu yang baik atau buruk, melakukan sesuatu yang berfaedah atau

sebaliknya.

Konsep Kendiri Aspek Sosial

Gambaran tentang kehiudpan sosial diri termasuk sifat hubungannya

dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan lain-lain. Ianya merangkumi

tanggapan diri terhadap kebolehan dan kemahirannya bergaul dengan

orang lain. Contohnya, sama ada seseorang menganggap dirinya

disayangi, diminati ataupun mudah bergaul, berinteraksi dengan

orang lain.

KAJIAN KONSEP KENDIRI BERKAITAN

Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dengan menggunakan pelbagai

alat kajian. Ramai juga pengkaji yang berusaha mengenal pasti faktor-faktor yang

memepengaruhi konsep kendiri seseorang . mengikut Samuel (1982) dan Schwartz

(1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang tinggi konsep kendirinya

adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu

bapa yang rendah konsep kendirinya.

(5)

Scale ke atas penagih-penagih alkohol. Mereka mendapati bahawa penagih alkohol

mempunyai ‘self-regard’ yang lebih rendah jika dibandingkan dengan orang-orang

biasa.

Medinnus (1985) telah membuat kajian ke atas pelajar-pelajar maktab. Hasil

kajiannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang tinggi penerimaan kendirinya

(self acceptance) adalah lebih penyayang dan kurang menolak keluarganya, jika

dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang rendah penerimaan kendirinya.

William dan Cole (1968) yang membuat kajian ke atas enam orang pelajar,

mendapati adanya hubungan antara ‘self-regard’ dengan pencapaian dalam

membaca dan matematik.

Kajian yang dijalankan oleh Corington dan Beery (1987), menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar di sekolah adalah bergantung kepada bagaimana perasaannya

terhadap dirinya.

Anggapan terhadap kebolehannya yang sebenar. Jika ia rasa ia berkebolehan, ia

akan berusaha ke arah itu. Ini bermakna bahawa, seseorang yang tinggi konsep

kendirinya adalah lebih berkemampuan untuk berjaya kerana ia lebih beranggapan

bahawa ia mempunyai kebolehan dan seterusnya berusaha ke arah itu.

Ringkasnya konsep kendiri seseorang dipengaruhi oleh orang-orang ‘significant’

seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya. Sikap, pemikiran, imej dan

perlakuan mereka boleh mempengaruhi sikap, pemikiran, perlakuan dan seterusnya

konsep kendiri mereka.

Selain itu, konsep kendiri juga mempengaruhi banyak perkara. Anggapan yang

positif terhadap dirinya juga menyebabkan seseorang itu berasa dirinya dihargai,

dihormati, diterima dan difahami sama ada daripada orang lain atau dirinya.

Perasaan seperti ini bukan sahaja membuatkan seseorang itu yakin terhadap

dirinya, tetapi ia juga merupakan sebagai penggalak untuknya terus berusaha

mencapai matlamatnya. Bagi pelajar yang tinggi konsep kendirinya, mereka sudah

semestinya mempunyai arah yang hendak dituju dan seterusnya berusaha ke arah

itu termasuk pencapaian kecemerlangan dalam bidang akademik.

METOD

(6)

Kajian ini melibatkan guru pelatih semester 1 Kursus Perguruan Diploma Malaysia ambilan Julai 1977 dari Institut Perguruan Darulaman. Jumlah guru pelatih tersebut ialah 230 orang tetapi yang menjawab soal selidik ialah 210 orang (111 adalah perempuan dan 99 lelaki). Kumpulan pengkhususan subjek kajian ditunjukkan dalam jadual 1.

Kebanyakan subjek kajian memiliki SPM dan sebahagian kecilnya STPM. Umur mereka dalam lingkungan 18 hingga 28 tahun

Jadual 1 :Taburan Subjek Kajian Mengikut Kumpulan Pengkhususan

Pengkhususan Bilangan

MT/PJK

MT/KH

PRA/PM

PA/KT

SN/KT

SN/KH

PM/PS

MT/SN 1

MT/SN 2

21 orang

16 orang

30 orang

30 orang

30 orang

27 orang

35 orang

22 orang

19 orang

Instrumen

(7)

Cara Pembahagian Skor Konsep Kendiri

Tiap-tiap skor yang diberi oleh subjek kajian diberi skor 1 hingga 5. Bagi pernyataan yang menunjukkan konsep kendiri yang tinggi, angka 1 yang diberi membawa 1 skor, angka 2 membawa 2 skor, angka 3 membawa 3 skor, angka 4 membawa 4 skor dan angka 5 membawa 5 skor.

Bagi pernyataan yang menunjukkan konsep kendiri yang rendah, angka 1 membawa 5 skor dan angka 2 membawa 4 skor, angka 3 membawa 3 skor, angka 4 membawa 2 skor dan angka 5 membawa 1 skor. Jumlah skor minima yang akan diperolehi oleh seorang subjek ialah 60 dan jumlah skor maksima ialah 300. Pemeringkatan konsep kendiri ditunjukkan dalam jadual 2. Skor 60 hingga 179 digolongkan sebagai tahap konsep kendiri rendah. Manakala, skor 180 hingga 300 dikategorikan sebagai tahap konsep kendiri tinggi. Umumnya konsep kendiri rendah disifatkan sebagai konsep kendiri negatif, manakala konsep kendiri tinggi dikenali sebagai konsep kendiri positif.

Jadual 2 : Pemeringkatan konsep kendiri mengikut skor.

Skor yang di

perolehi Tahap konsepkendiri

60 hingga 179

180 hingga 300

Rendah

tinggi

Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik dinilai dari purata mata gred (PMG) dalam peperiksaan akhir Semester Satu. Pencapaian akademik mereka dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut

:-Jadual 3 : Tahap pencapaian akademik mengikut PMG

PMG yang di perolehi

(8)

3.50 – 4.00

3.00 – 3.49

2.00 – 2.99

Prestasi Cemerlang

Prestasi Tertinggi

Prestasi Memuaskan

Analisis data

Skor konsep kendiri dikategorikan berpandukan kriteria yang ditunjukkan dalam jadual (2) untuk memperoleh tahap konsep kendiri. Ia dirumuskan dalam bentuk kekerapan dan peratusan mengikut jantina seperti yang ditunjukkan dalam jadual (5). Sementara sifat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik diukur dengan menggunakan ujian Korelasi Hasil Momen Pearson (r). Pengiraan pekali Korelasi (r) dijalankan dengan mekorelasikan skor konsep kendiri dengan purata mata gred (PMG) guru pelatih.

KEPUTUSAN KAJIAN

Tahap pencapaian akademik guru pelatih

Jadual 4 : Taburan Pencapaian Akademik Mengikut Jantina

PMG Bil. Perempuan Bil. Lelaki

3.50 – 4.0

(Prestasi Cemerlang) 3 3

(9)

(Prestasi Tinggi)

2.00 – 2.91

(Prestasi Memuaskan)

31 51

Berdasarkan jadual (4), bilangan guru pelatih yang prestasi cemerlang hanya 6 orang (3 lelaki dan 3 perempuan). Manakala bagi kategori prestasi tinggi, guru pelatih perempuan melebihi guru pelatih lelaki. Seramai 77 orang guru pelatih perempuan berprestasi tinggi sementara hanya 45 orang guru pelatih lelaki berprestasi demikian. Pola yang berbeza pula diperhatikan untuk kategori prestasi memuaskan. Bagi kategori tersebut, lebih ramai guru pelatih lelaki berprestasi demikian daripada guru pelatih perempuan (lelaki 51 orang; perempuan 31 orang).

Tahap konsep kendiri guru pelatih mengikut jantina.

Jadual 5 : Tahap konsep kendiri guru pelatih mengikut jantina

Jantina Konsep Kendiri

Bilangan

Subjek Peratus

Perempuan Rendah 22 19.82%

Tinggi 89 80.18%

Lelaki Rendah 30 30.30%

Tinggi 69 69.7%

Jadual (5) menunjukkan pada keseluruhannya, kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap konsep kendiri yang tinggi. Seramai 80.18% guru pelatih perempuan dan 69.7% guru pelatih lelaki mempunyai konsep kendiri tinggi. Satu perkara yang menarik ialah peratusan guru pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri tinggi melebihi peratusan guru pelatih lelaki. Sementara, bagi konsep kendiri rendah pula, keadaan yang sebaliknya dapat

(10)

Hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih

Analisis korelasi membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih. (r=0.58, p<.01). Ini bererti 34% variabiliti dalam pencapaian akademik boleh dijelaskan menerusi sifat hubungan konsep kendiri guru pelatih tersebut.

Hubungan di antara konsep kendiri (fizikal, psikologi dan sosial) dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih perempuan dan lelaki.

Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan signifikan antara konsep kendiri daripada aspek fizikal, psikologikal dan sosial dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Pekali korelasi (r) yang diperolehi berjulat di antara 0.49 – 0.66 (rujuk jadual (6)). Dengan nilai pekali korelasi tersebut, maka boleh ditafsirkan hubungan di antara pemboleh ubah yang diuji hanya bersifat sederhana sahaja. Untuk meneliti hubungan di antara aspek-aspek konsep kendiri dengan pencapaian akademik, perbandingan antara nilai pekali-pekali yang diperoleh dilakukan.

Jadual 6: Pekali korelasi (r) antara konsep kendiri (aspek fizikal, psikologikal dan sosial)

dengan pencapaian akademik mengikut jantina dan pekali penentu (r²)

Aspek Konsep

kendiri Jantina

Pekali Korelasi

(r)

Pekali Penentu

(r²)

Fizikal P 0.63** 0.40

L 0.49** 0.24

Psikologikal P 0.59** 0.35

L 0.60** 0.36

Sosial P 0.66** 0.43

L 0.52** 0.27

** p<.01

(11)

Maka bolehlah dianggap sebanyak 43% daripada variabiliti dalam pencapaian akademik guru pelatih perempuan dapat dijelaskan menerusi konsep kendiri aspek sosial.

Manakala bagi guru pelatih lelaki pula, hubungan di antara konsep kendiri aspek psikologikal dengan pencapaian akademik pula yang memperoleh nilai pekali korelasi yang paling tinggi (r = 0.60, p<.0.1). Ini bererti 36% variabiliti dalam pencapaian akademik guru pelatih lelaki boleh dikaitkan dengan konsep kendiri aspek psikologikal.

Aspek konsep kendiri yang mempunyai hubungan yang paling rendah dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan ialah aspek psikologikal (r = 0.59, p<.0.1). Bagi guru pelatih lelaki pula aspek fizikal (r = 0.49, p<.0.1).

Hasil analisis korelasi memperoleh satu penemuan menarik iaitu konsep kendiri aspek fizikal juga mempunyai hubungan yang agak tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.63, p <. 0.1). Aspek tersebut didapati mempunyai hubungan yang paling rendah dengan pencapaian akademik lelaki.

PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru pelatih mempunyai tahap konsep kendiri yang tinggi. Ini bererti majoriti guru pelatih dapat menerima diri, orang lain serta persekitaran dengan positif. Mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri baik daripada aspek fizikal, psikologikal mahupun sosial. Bagaimanapun, didapati lebih ramai guru pelatih perempuan mempunyai konsep kendiri positif daripada guru pelatih lelaki (perempuan 80.18%, lelaki 69.7%). Dengan kata lain, bilangan guru pelatih lelaki yang tidak dapat menerima diri orang lain atau persekitaran serta rendah tahap keyakinan diri adalah lebih ramai daripada guru pelatih perempuan. Dapatan ini menyarankan guru pelatih lelaki perlu diberi perhatian yang lebih oleh pensyarah dari segi pemupukkan dan peningkatan konsep kendiri positif.

Hasil kajian membuktikan wujudnya hubungan signifikan di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih (r = 0.58, p<.01) walaupun pada tahap yang sederhana. Dapatan ini menolak Azmah Tambi (1992) yang mendapati hubungan diantara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih adalah tidak jelas. Bagaimanapun, ia menyokong dapatan kajian William & Cole (1968) dan Bailey et al. (1964). Walaupun subjek kajian mereka terdiri daripada pelajar mereka.

Hasil kajian ini menyarankan 34% variabiliti pencapaian akademik guru pelatih boleh dijelaskan menerusi sifat konsep kendiri yang dimiliki. Maka sebarang usaha untuk mempertingkatkan pencapaian akademik guru pelatih harus mempertimbangkan langkah yang berkesan bagi mempertingkatkan konsep kendiri mereka.

Apabila konsep kendiri dibahagikan kepada konsep kendiri fizikal, psikologikal dan sosial dan dikorelasikan dengan pencapaian akademik dan perbandingan pekali-pekali yang

diperolehi dilakukan, adalah didapati konsep kendiri aspek sosial mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.66, p<.01).

(12)

perempuan yang menganggap dirinya cekap berkomunikasi, peramah dan suka berkawan akan memperoleh pencapaian akademik yang baik dan sebaliknya. Selain dari itu, dapatan tersebut mungkin menyarankan konsep kendiri aspek sosial lebih mempengaruhi pencapaian akademik guru pelatih perempuan daripada guru pelatih lelaki. Sementara guru pelatih lelaki yang menganggap diri memiliki tahap keyakinan yang tinggi, berfikir dan bertindak positif akan memperoleh pencapaian akademik yang baik dan sebaliknya. Ringkasnya, wujudnya perbezaan daripada aspek konsep kendiri yang mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih perempuan dan lelaki. Sebab sebenarnya wujud perbezaan tersebut sukar diperjelaskan dengan kajian yang ringkas ini.

Selain daripada itu, kajian juga mendapati konsep kendiri aspek fizikal juga memperlihatkan hubungan yang agak tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan (r = 0.63, p<.0.1). Memang benar tanggapan seseorang terhadap keadaan kesihatan diri mempengaruhi pencapaian akademiknya. Tetapi sejauh manakah tanggapan terhadap paras rupa dan bentuk badan diri boleh mempengaruhi pencapaian akademik masih menjadi persoalan. Adakah guru pelatih perempuan yang menganggap dirinya cantik dan menarik akan menunjukkan

pencapaian akademik yang baik?.

Perbezaan kekuatan hubungan di antara pelbagai aspek konsep kendiri dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelath perempuan dan lelaki menyarankan tumpuan yang berbeza dari segi bimbingan untuk mempertingkatkan konsep kendiri guru pelatih tersebut.

KESIMPULAN

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap hubungan konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih. Di samping itu, ia juga melihat hubungan aspek-aspek konsep kendiri dengan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih lelaki dan perempuan. Hasil kajian membuktikan hubungan signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji walaupun bersifat sederhana. Namun dapatan tersebut tidak mampu menyokong hubungan sebab-musabab di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih.

RUJUKAN

Atchinson, R. (1978). Behaviour And Development. London : Longman.

Azmah Tambi, (1992) Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik dikalangan guru pelatih. Jurnal Pendidikan. Maktab Perguruan Seri Kota, Laporan Kajian ms. 12 – 18. Bailey et. al. (1964). Social Psychology. London : Croom Helm.

(13)

Goh, B. (1977). Attitude And Education. Kuala Lumpur : Sage Publication. Gross, M. (1980). Society. Illinois : Kogan Page.

Medinnus, (1985) Child Psychology. London : University of London Press.

Patri, S. (1980). Adolescent In School And Society. New York : Indiana University. Roger, S. (1981). Social Psychology. London : Bothum & C Ltd.

Samuel, J. (1982). The Achievement Syndrome. American Sociological Review, Vol 21. Schwartz, T. (1982). Social Factors In Academic Achievement. New York : The Free Press. Venderpoll, W. (1989). Social Behaviour. London : Grant Mclntyre.

Referensi

Dokumen terkait

pengumpulan data di lapangan sampai peneliti mendapatkan seluruh data. 13 Dengan penelitian kualitatif deskriptif ini, peneliti berusaha mengungkap manajemen

panjang tunas, diameter tunas, bobot basah akar, dan bobot kering akar sedangkan perlakuan K 1 terbaik pada sisa parameter lainnya.Interaksi ukuran berbagai

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa: Kurva pertumbuhan yang diperoleh dari isolat fungi terpilih dengan kode IKD-FF-UMI 02 kulit

Universitas Terbuka dengan segaJa kemarnpuannya, yang juga angal terbata akan tetap mendedikasikan dirinya pada peningkatan kemampuan dan kualJftkasi guru p ndidikan

Merujuk dari latar belakang tersebut maka pada penelitian ini diharapkan mampu membuat alternatif pemesanan bis pariwisata yang efektif dan efisien yaitu dengan merancang

Perubahan sosial adalah keniscayaan yang tak bisa ditawar. Perubahan dimaksud merupakan variasi atas cara hidup yang telah diterima bersama, baik karena perubahan-perubahan

Banyaknya fitur-fitur baru yang tidak dimiliki oleh para pesaingnya, misalnya seperti push e-mail yaitu email yang diterima tepat waktu, akses internet tanpa batas

Kualitas clustering yang dihasilkan dari proses pengujian menggunakan cophenetic correlation coefficient didapatkan bahwa hasil nilai cophenetic tertinggi yaitu