• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aplikasi Laman Web Dalam Institusi Zakat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Aplikasi Laman Web Dalam Institusi Zakat"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Paper 49 | 1

APLIKASI LAMAN WEB DALAM INSTITUSI ZAKAT

DI MALAYSIA KE ARAH PENAMBAHBAIKAN

KEBERKESANANNYA

Muhsin Nor Paizin

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) muhsin.paizin@zakat.com.my

Abstrak: Pengurusan zakat di abad ke-21 bukan sahaja dilihat dari perspektif tuntutan agama, malah juga dari sudut pembangunan ekonomi dan sosial. Kecemerlangan institusi zakat dalam menjalankan tugas memungut zakat sedikit sebanyak dipengaruhi oleh strategi mereka dalam penggunaan laman web. Kertas ini membincangkan status semasa pengunaan laman web oleh beberapa institusi zakat negeri yang terpilih. Beberapa cadangan bagi menambah baik sistem laman web turut diketengahkan. Secara umumnya, sesebuah laman web yang berkualiti dan diminati ramai pengunjung dinilai dari segi reka bentuk, maklumat yang disampaikan, kepantasan menjawab soalan dan nilai tambah yang menyumbang kepada keberkesanan pemasaran yang mana tidak lari dari apa yang perlu ada didalam laman web institusi zakat di Malaysia. Pelbagai elemen penting yang dibincangkan diharap dapat memberi input yang bermanfaat kepada pengurus-pengurus laman web atau orang berkepentingan bagi menjadikannya lebih kerap dikunjungi dan berkesan selari dengan tuntutan agama.

Kata Kunci: Teknologi maklumat (IT), laman web, institusi zakat, kutipan zakat, pengurusan laman web.

PENDAHULUAN

Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Ia merupakan rukun yang seiring dengan perintah menunaikan sembahyang. Perintah ini telah diulangi sebanyak 82 kali dalam surah yang berbeza oleh Allah SWT menerusi kitab Al-Quran antaranya terdapat dalam Surah Al-Baqarahayat 110:

Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa sahaja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.

(Al-Quran, 2 : 110)

(2)

Paper 49 | 2 TANGGUNGJAWAB AMIL

Amil ialah individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal zakat, sama ada aspek kutipan, penyimpanan dan pengagihan. Firman Allah SWT:

Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Al-Quran, 9: 103)

Menurut perintah Allah SWT daripada firman-Nya, ternyata tanggungjawab amil sebagai golongan yang ditugaskan untuk mengutip zakat haruslah melalui kaedah yang terbaik dan diagihkan kepada golongan yang berhak dengan cara yang terbaik.

Ahli professional dalam bidang IT harus sentiasa sedar akan situasi dan keadaan umat Islam pada masa kini yang sangat mencabar. Seperti mana teknologi yang sentiasa berkembang pada kadar yang pantas dan dinamik, krisis yang dihadapi oleh umat Islam juga telah meningkat. Amil-amil profesional sama ada individu atau organisasi Islam mesti bersedia untuk melaksanakan peranan mereka yang penting untuk menyelesaikan bukan sahaja masalah ummah tetapi juga dunia melalui pelaksanaan terbaik dalam sistem IT.

ISLAM DAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)

Islam dan IT adalah satu disiplin yang penting dalam proses islamisasi ilmu pengetahuan [1]. Falsafah pelaksanaan bidang ilmu IT dan Islam mestilah berlandaskan Al-Quran dan tuntutan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, kedua-dua sumber utama ini wajib dijadikan sebagai rujukan dan sandaran pertama bagi membimbing para pelaksana dan sumber yang lain yang mana tidak boleh melangkaui dasar ini. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya".

(HR Malik)

(3)

Paper 49 | 3 SENARIO PENGGUNAAN LAMAN WEB DI INSTITUSI ZAKAT MALAYSIA

Matlamat dan tujuan penubuhan laman web adalah memberi penjelasan kepada masyarakat dan juga memasarkan dakwah zakat dalam mencapai sasaran semua umat Islam yang layak mengeluarkan zakat.

Sehingga kini, pelbagai perubahan dan pembangunan telah dilakukan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Antaranya, membenarkan sistem bayaran zakat oleh para muzakki terus melalui atas talian seperti yang telah dilaksanakan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Hal ini merupakan satu perkembangan yang baik sejajar dengan kepentingan internet sebagai platform dalam kehidupan di dunia tanpa sempadan.

Jadual 1: Laman Web Institusi Zakat di Malaysia

Bil.

3. Pusat Kutipan Zakat Pahang

(PKZP) http://www.zakatpahang.my

4. Pusat Zakat N. Sembilan

(PZNS) http://www.zakatns.com.my

5. Pusat Zakat Melaka (PZM) http://www.izakat.com

6. Pusat Zakat Sabah (PZS) http://www.zakat.sabah.gov.

my

7. Majlis Agama Islam Johor

(MAIJ) http://www.maij.gov.my

8. Pusat Urusan Zakat

Terengganu (MAIDAM)

http://maidam.terengganu.go v.my

9. Jabatan Zakat Negeri Kedah

(JZNK) http://www.zakatkedah.com

10. Zakat Pulau Pinang (ZPP) http://www.zakatpenang.com

(4)

Paper 49 | 4 Agama Islam & Adat Istiadat

Melayu Kelantan (MAIK)

12. Majlis Agama Islam & Adat

Melayu Perak (MAIAMP) http://www.maiamp.gov.my

13. Tabung Baitulmal Sarawak

(TBS) http://www.tbs.org.my

14. Majlis Agama Islam & Adat

Istiadat Melayu Perlis (MAIP) http://maip.perlis.gov.my

Sumber: Laporan Tahunan PPZ-MAIWP 2011

Namun, jika diperhalusi dari sudut jumlah kutipan dan bilangan pembayaran berbanding suasana penggunaan laman web dalam negara, kutipan melalui sistem laman web di Malaysia masih kecil. Ini dibuktikan melalui data di bawah:

Jadual 2: Kutipan Zakat menerusi Portal www.zakat.com.my (PPZ-MAIWP) 2012

Portal: Kutipan & Bilangan Pembayar 2012

Pungutan Zakat RM 4 juta

Bil. Pembayar 3,500 orang

Sumber: Unit Penyelidikan & Pembangunan Korporat, PPZ-MAIWP

Walau bagaimanapun, laman web bagi setiap institusi zakat di Malaysia adalah berbeza mengikut pentadbiran negeri-negeri. Umumnya, terdapat negeri yang mentadbir hal ehwal zakat terus melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) (Contoh: Majlis Agama Islam Negeri Johor yang mentadbir urus hal ehwal zakat di negeri Johor) dan terdapat juga sesetengah negeri yang mengkorporatkan urusan kutipan dan/atau agihan zakat (Contoh: PPZ dibawah kelolaan MAIWP).

PERBANDINGAN LAMAN WEB INSTITUSI ZAKAT

Pada era global ini, proses pencarian bahan maklumat umumnya adalah dilakukan melalui laman web yang biasanya menggunakan enjin pencarian atau search engine

seperti google.com, yahoo.com dan pelbagai lagi [2]. Pengguna internet hanya perlu menaipkan kata kunci pada ruangan yang telah disediakan. Seterusnya enjin pencarian tersebut akan mendapatkan maklumat yang diingini berdasarkan kata kunci yang telah ditaip.

(5)

Paper 49 | 5 kunci. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, jadual di bawah merumuskan perbandingan laman web dari beberapa institusi zakat yang terpilih mengikut tahap populariti dalam enjin carian dan keseluruhan laman web dalam negara:

Jadual 3: Perbandingan Posisi Enjin Carian & Populariti Laman Web Institusi Zakat Terpilih

Bil. KRITERIA PPZ-MAIWP LZS-MAIS PKZP-MUIP

1. Laman Web zakat.com.my e-zakat.com.my www.zakatpahang.my

2. Google.com * 2 3 2 (Muka ke-2)

3. Yahoo.com.my * 2 5 (Muka ke-3) -

4. Alexa ** 8,308 3,942 30,176

* Kata kunci “zakat”. Data dinilai sehingga Ogos 2013.

** Kedudukan Populariti Laman Web Malaysia [3]. Data dinilai sehingga Ogos 2013.

Data yang ditunjuk dapat menggambarkan laman web institusi zakat di Malaysia berkait rapat dengan kata kunci “zakat”. Ini bermakna laman web zakat tempatan sering menjadi tempat rujukan bagi masyarakat dalam negara mahupun luar negara untuk mendapatkan maklumat khusus tentang zakat. Walaupun data di atas sentiasa berubah-ubah dan boleh dipersoalkan, namun posisi laman web badan zakat di enjin carian haruslah dipandang berat oleh setiap pengurus laman web ini kerana kesannya boleh diterjemahkan dalam bentuk keberkesanan dakwah, penyampaian maklumat mahupun kutipan zakat di institusi zakat itu sendiri.

TINJAUAN LAMAN WEB INSTITUSI ZAKAT TERPILIH

• Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

Rajah 1: Portal PPZ-MAIWP

(6)

Paper 49 | 6 Laman web PPZ-MAIWP merupakan salah satu laman web yang mengutamakan pendekatan mesra pembayar dengan mengutarakan slogan “TAKSIR, BAYAR, SEMAK” sebagai fokus utama kepada para pengunjung. Keutamaan yang diberikan adalah membantu pembayar mencari maklumat khususnya berkaitan pengiraan dan kaedah pembayaran. Pada masa yang sama, laman ini menyediakan kemudahan tambahan seperti maklumat nisab, langganan newsletter, waktu solat dan bantuan khidmat pelanggan. Jelas laman ini lebih memfokuskan tentang aspek pembayaran (kutipan) zakat berbanding program agihan ini kerana atas tugas yang diamanahkan kepada PPZ-MAIWP itu sendiri sebagai agensi kutipan.

• Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS)

Rajah 2: Portal LZS-MAIS

Sumber: www.e-zakat.com.my

Laman web LZS juga menggambarkan laman yang mengamalkan pendekatan mesra pelanggan. Pelbagai maklumat dan keterangan terperinci berkaitan zakat ada disediakan hanya melalui beberapa klik. Maklumat yang disediakan merangkumi berita terkini mengenai aktiviti LZS, maklumat korporat, info pembayaran zakat, info agihan zakat, muat turun maklumat dan bantuan khidmat pelanggan.

(7)

Paper 49 | 7 • Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP-MUIP)

Rajah 3: Portal PKZP-MUIP

Sumber: www.e-zakat.com.my

Laman web Pusat Kutipan Zakat Pahang dilihat telah mengalami pelbagai proses perubahan terutamanya dalam aspek reka bentuknya supaya menjadi lebih mesra pengunjung. Lantas penambahbaikan yang dilakukan mampu menarik minat pengunjung awam untuk mengetahui lebih lanjut tentang zakat dan seterusnya cara pembayaran zakat di Pahang.

Perkhidmatan tambahan yang disediakan meliputi info korporat, info zakat, khidmat pelanggan dan berita aktiviti. Walaubagaimanapun, laman ini tidak menyediakan kemudahan pembayaran terus menerusi laman webnya iaitu melalui sistem Financial Process Exchange (FPX) seperti yang disediakan dalam laman web PPZ-MAIWP dan LZS. Kemudahan FPX ini sebenarnya mampu menerima bayaran terus melalui online banking (auto pop-up) atau kad kredit dalam laman web yang ternyata menambah baik lagi kemudahan kepada para pembayar zakat.

RUMUSAN DARI PERBANDINGAN

(8)

Paper 49 | 8 Penilaian Laman Web

Kualiti sesebuah laman web sangat mempengaruhi sejauh mana tahap keberkesanannya. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pengurus laman web memahami elemen-elemen laman web yang berkualiti. Menurut buku keterangan 2013 yang dihasilkan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) MSC [4] yang ada menggariskan beberapa kriteria penting yang perlu ada bagi mengklasifikasikan sesebuah laman web itu terpilih dalam senarai terbaik dalam Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Portal & Websites Assessment) yang sering diadakan dari tahun ke tahun. Antara kriteria yang digariskan adalah:

• Isi Kandungan

Setiap laman web atau portal harus menyediakan maklumat organisasi, piagam pelanggan dan maklumat asas yang boleh dihubungi seperti alamat, emel atau nombor telefon. Kandungan yang disalurkan haruslah tepat dan lengkap serta perlu sentiasa dikemas kini. Sebagai tambahan, laman tersebut dibolehkan diakses menerusi versi peranti mudah alih.

• Kebolehgunaan

Laman web seharusnya tidak terlalu panjang dan hasil dari ruang pencarian semestinya sekitar maklumat dalam laman web tersebut. Antara lain, laman web tersebut tidak mempunyai pautan rosak (broken link) dan tidak juga memakan masa pengunjung untuk menunggu memuat (loading) iaitu capaian perlulah pantas. Disarankan piawaian lima saat bagi setiap capaian [5] dan paparan adalah memenuhi citarasa semua jenis pelayar (IE, Firefox, Chrome).

• Keselamatan

Sebagai langkah keselamatan bagi meningkat keyakinan masyarakat mengunjungi laman web, perlulah disertakan Dasar Privasi dan Keselamatan, Terma Syarat dan Penafian (Disclaimer) dan Hak Cipta. Malang sekali pelbagai institusi zakat mengabaikan maklumat sebegini dalam laman web mereka. Ini jelas membuka ruang kepada penggodam memecah masuk dan mencuri maklumat pembayar dengan sewenang-wenangnya. Kesemua storan dan data peribadi perlu dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang canggih dan sesuai.

• Penyertaan

(9)

Paper 49 | 9 • Perkhidmatan

Penyediaan Frequently Asked Questions (FAQs) merupakan satu nilai tambah bagi laman web tersebut. Ini memudahkan pelawat terutamanya umat Islam mencari bahan tentang zakat dengan cepat tanpa perlu menghantar soalan menerusi emel. Antara lain, yang boleh disertakan ialah capaian laman sosial seperti Facebook dan

Twitter sebagai medium masyarakat untuk saling bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

ELEMEN-ELEMEN KRITIKAL LAIN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Penambahbaikan amat penting bagi memantapkan kutipan zakat dikalangan masyarakat Islam di Malaysia. Setiap daripada pelaksana perlu istiqamah dalam melakukan penambahbaikan dan semua pihak berkepentingan haruslah bekerjasama bagi memastikan rukun Islam yang ketiga ini terus berkembang maju diamalkan pada masa yang sama memberi manfaat kepada golongan asnaf seperti yang telah termaktub dalam Al-Quran. Walaupun kriteria yang digariskan oleh MDEC sebelumnya cukup dan mampu menjadikan sesebuah laman web itu berkualiti, namun bagi penulis setiap pengurus laman web tidak harus melupakan elemen-elemen lain yang tidak kurang pentingnya seperti:

• ••

• Reka Bentuk

Design dan reka bentuk laman web institusi zakat perlulah yang mudah diakses dan fleksibel juga mengandungi unsur-unsur kreatif dari segi grafik, susun atur, audio dan video supaya mudah difahami dan lebih mesra pelanggan bagi menarik minat pembayar mengunjunginya lebih dari sekali. memberi tarikan kepada pembayar zakat lain.

• ••

• Dwibahasa

Bahasa pengantar yang terdapat di sesebuah laman web perlulah dipelbagaikan dan tidak terhad kepada Bahasa Melayu sahaja. Dengan kepelbagaian bahasa yang digunakan, maka lebih ramai pengunjung dapat memperoleh maklumat berkenaan zakat khususnya menarik minat pengunjung dari luar negara.

• ••

• Kemudahan Versi Capaian kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)

(10)

Paper 49 | 10 golongan OKU sepeti penggunaan warna kontra (bagi pengunjung buta warna) dan kebolehan mengubah saiz huruf agar mudah dibaca oleh warga tua (rabun).

• ••

• Sistem Financial Process Exchange (FPX)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, FPX mampu memudahkan pembayar zakat membayar terus melalui laman web institusi zakat tersebut. Kemudahan sebegini mengelakkan pembayar dari perlu mengunjung laman web lain (laman web bank) atau membuat kerja tambahan dalam urusan mereka. Walaubagaimanapun, mengaplikasikan sistem ini mestilah diiringi dengan sistem keselamatan yang kukuh dan sesuai.

• ••

• Kertas Kajian (Maklumat Penyelidikan)

Seperti sedia maklum, kajian dan penyelidikan bertajuk Zakat semakin berkembang dari hari ke hari. Ini bermakna maklumat zakat akan semakin banyak dimohon oleh para penyelidik dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Oleh itu, jika laman web institusi zakat dapat mewujudkan ruang capaian yang lebih mesra penyelidik seperti menyediakan kertas kerja atau kajian sebagai rujukan mereka, maka sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan penyelidikan. Kesan daripada usaha sebegini dapat meningkatkan kesedaran tentang zakat melalui dakwah pelbagai cara kepada para cendekiawan di dalam mahupun luar negara.

KESAN PENAMBAHBAIKAN PROSES APLIKASI IT

• Menjimatkan Masa dan Memudahkan Urusan Pembayaran Zakat

Kesibukan, kesesakan lalu lintas dan lokasi yang jauh bukan lagi penghalang untuk umat Islam tidak menunaikan tanggungjawab mengeluarkan zakat. Malah bukan sahaja memudahkan individu dan masyarakat, begitu juga kepada syarikat-syarikat, bank, usahawan dan ahli akademik. Semua urusan pembayaran, pendaftaran, pertanyaan serta segala urusan berkaitan lain dapat dilakukan atas talian dengan mudah dan cepat.

• Penyebaran Maklumat Terkini Yang Lebih Pantas.

(11)

Paper 49 | 11 • Menarik Minat Golongan Muda

Penambahbaikan laman web lama kepada versi yang lebih kreatif dan mesra pengguna dapat menarik minat golongan muda yang baru bekerja untuk mengetahui tentang zakat. Seperti yang diketahui ramai, masih terdapat pekerja-pekerja baru yang tidak mendapat maklumat betapa pentingnya menyucikan harta yang mereka terima dari hasil penggajian mereka. Jika ibadat zakat dapat dipraktikkan seikhlas dan sebaik mungkin maka dengan izin Allah SWT, mampu menjaga hidupan mereka di dunia dan juga di akhirat.

KESIMPULAN

Perkembangan dan persaingan positif antara sistem IT umumnya atau sistem laman web khususnya antara pusat-pusat zakat negeri pada masa kini dapat dilihat dari hasil kutipan zakat dan program agihan zakat yang dikhabarkan dari tahun ke tahun. Sistem IT telah dilihat sebagai satu medium komunikasi dan informasi yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan mempromosikan zakat. Laman web misalnya, lambat laun akan menjadi penggerak utama dalam proses sebaran info, oleh itu pusat-pusat zakat negeri mahupun luar negara tidak seharusnya menganggap teknologi ini hanya sebagai aktiviti sampingan sahaja.

Sungguhpun proses semasa lebih menitikberatkan kaedah lama iaitu melalui ceramah, penulisan buku, khidmat kaunter dan sebagainya, namun penulis menganggap potensi besar di masa hadapan akan banyak bergantung kepada sejauh mana sesebuah organisasi mengaplikasikan teknologi terkini di dalam pengoperasian mereka. Ini tidak lari dari mengetengahkan rekaan laman web yang segar dan menarik minat golongan muda-mudi yang sudah tentu menjadi tunggak utama negara di masa hadapan.

(12)

Paper 49 | 12 RUJUKAN

[1] Noordin, M.F., 2009. ICT and Islam. IIUM: IIUM Press.

[2] Ibrahim, M.F., dan Musani, S., 2010. Zakat dan Pelaksanaanya di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah: Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

[3] http://www.alexa.com/search?q=zakat&r=home_home&p=bigtop

[4] http://www.mscmalaysia.my.

Referensi

Dokumen terkait

Laporan Akuntabilitas Kinerja Instansi Pemerintah (LAKIP) Bawaslu Provinsi Jawa Timur disusun sebagai bentuk pertanggungjawaban Bawalsu Provinsi Jawa Timur berkaitan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui karakteristik mutu ikan Bilih (Mystacoleucus padangensis) asap di beberapa pasar kota Padang ditinjau dari kandungan

Pembelajaran senam lantai dalam pelaksanaanya tidak dapat dilakukan secara individu atau perorangan, karena akan mengundang resiko kecelakaan yang cukup tinggi

Dengan ini menyatakan bahwa dalam Karya Tulis Ilmiah ini tidak terdapat karya yang pernah diajukan untuk memperoleh gelar Ahli Madya di suatu perguruan tinggi,

Perubahan nilai tercatat aset dan liabilitas pajak tangguhan yang disebabkan oleh perubahan tarif pajak dibebankan atau dikreditkan pada tahun berjalan, kecuali untuk

Jadual 14 : Ujian crosstab terhadap soalan E26 (Pemimpin Rukun Tetangga di kawasan saya mempunyai sikap kesukarelaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti dalam masyarakat)

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah diuraikan sebelumnya mengenai hubungan dukungan keluarga dengan tingkat self esteem (harga diri) pada