Isi Kandunga Muka Surat
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Perkembangan Ekonomi Zaman Penjajahan 4
2.1 Dasar Pecah Dan Perintah 5
2.2 Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum 5
2.3 Ketidakseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar 5-6
3.0 Konsep Modenisasi 6
3.1 Konsep modenisasi di Malaysia 6
4.0 Usaha Pemulihan Selepas Kemerdekaan 7
4.1 Rancangan Malaya Pertama 1956-1960 8
4.2 Rancangan Malaya Kedua 1960-1965 9
4.3 Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970 9-10
4.4 Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 10-11
4.5 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 11
4.6 Rancangan Malaysai Keempat 1981-1985 dan
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 12
4.7 Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995 dan
Rancangan Malasyia Ketujuh 1996-2000 13
4.8 Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005 14
4.9 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 15
4.10 Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 16
6.0 Rujukan 18
1.0 Pendahuluan
2.0 Perkembangan Ekonomi Zaman Penjajahan
Pada akhir abad ke 19 bermulanya perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial terhadap negeri-negeri Tanah Melayu apabila Sistem Residden diperkenalkan. Walau pun langkah itu berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa antara kalangan pembesar melayu dan pergaduhan antara kongsi gelap cina namun ia memberi impak besar dalam perubahan ekonomi Tanah Melayu. Perubahan tersebut telah mewujudkan suasana yang membolehkan Tanah Melayu berkembang pesat dan membolehkan British mengubah sistem ekonomi terdahulu iaitu kegiatan sara diri kepada kegiatan ekonomi komersial secara beransur-ansur. Faktor perkembangan kegiatan perlombongan telah menyebabkan British membawa pelabur-pelabur dan membawa masuk tenaga buruh cina untuk memenuhi pekerjaan di lombong-lombong.
Walau bagaimanapun, perkembangan yang berlaku diperingkat antara bangsa seperti penggunaan kapal wap telah menjadikan impak besar dalam perlumbaan mengejar kekayaan British sekaligus merubah struktur ekonomi di Tanah Melayu. Selain itu, kedudukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah seperti emas dan biji timah menjadi faktor menarik minat British disamping mempengaruhi para pembesar dalam menerima pengaruhnya dan teknologi dari luar.
kawasan Bandar sahaja. Ini memberikan kaum cina kelebihan dan peluang manakala kaum melayu kekal dengan kegiatan sara dirinya.
2.1 Dasar Pecah dan Perintah
Dasar ini telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum utama sekaligus menyebabkan berlakunya jurang yang sangat jauh. Sebahagian besar orang melayu kekal menjalankan kegiatan ekonomi di luar Bandar seperti petani dan menjadi nelayan disamping orang cina yang bertumpu dikawasan Bandar menjadi peniaga dan pelombong manakala orang india yang menetap di lading getah bekerja sebagai penoreh getah. Jurang yang berlaku ini telah menyebabkan beberapa kesan yang besar dapat kita lihat dalam perpaduan juga perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
2.2 Ketidakseimbangan Ekonomi antara Kaum
Dasar pecah dan perintah ini langsung sama sekali tidak membantu orang melayu untuk menghadapi perubahan perkembangan ekonomi. Keadaan mereka kekal dan tidak berubah dengan kegiatan secara tradisional. Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan dan perladangan lebih tertumpu di kawasan pantai barat Tanah Melayu disebabkan terdapatnya sistem perhubungan yang baik. Secara tidak langsung telah membiarkan ekonomi tradisional kekal dijalankan di kawasan lain. Akibatnya berlaku jurang perkembangan ekonomi yang tidak seimbang selepas merdeka antara kaum melayu dengan kaum bukan melayu. Selain itu, berlaku kelembapan kemajuan terhadap kaum melayu sekaligus menyebabkan kemajuan ekonomi dalam pertanian moden sukar digapai selain kekurangan peluang pekerjaan terhadap kaum melayu.
2.3 Ketidakseimbangan Ekonomi antara Bandar dan Luar Bandar
seperti biji timah dan getah di samping wujudnya sistem perhubungan yang baik. Kesan mendalamnya ialah wujud struktur ekonomi yang disebut Dwiekonomi. Dwiekonomi ditafsirkan keadaan ekonomi yang bersifat moden dan pesat membangun di kawasan Bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan di sepanjang pantai barat Tanah Melayu di samping kegiatan ekonomi tradisional kekal di kawasan luar Bandar. Pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar lebih tertumpu di sepanjang pantai barat seperti negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan johor khasnya sekitar kawasan perlombongan biji timah dan perladangan getah.
3.0 Konsep Modenisasi
Modenisasi ialah suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Perubahan ini berlaku sama ada secara berencana atau tidak berencana. Perubahan secara berencana bermaksud suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaina ditentukan terlebih dahulu sebelum menentukan suatu perubahan dilaksana dengan jayanya. Terdapat dua aspek terpenting salam mencapai modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
3.1 Modenisasi di Malaysia
menyatupadukan kaum sekaligus mencapai perpaduan Negara dalam mencapai matlamat modenisasi.
4.0 Usaha Pemulihan Ekonomi Selepas Merdeka
Selepas merdeka, kerajaan telah memberikan perhatian yang berat terhadap usaha membangunkan Negara, terutamanya kawasan luar Bandar. Ekoran kemerosotan harga getah telah memperlihatkan kelemahan struktur asas ekonomi Negara yang terlalu bergantung pada satu atau dua komoditi sahaja iaitu biji timah dan getah. Lantas itu, kerajaan telah merangka beberapa langkah bagi mengatasi permasalahan ini.
Antara usaha yang dijalankan ialah mempelbagaikan asas ekonomi bagi mengatasi keadaan ini. Antara usaha yang diperkenalkan ialah memperkenalkan beberapa komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, lada hitam dan perusahan kayu balak di samping memberi tumpuan kepada eksport barangan pembuatan, seperti tekstil, makanan yang diproses dan juga keluaran hasil getah Negara. Kesannya dapat dilihat dimana Negara telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi secara pesat dan tinggi pada kadar 6% setahun pada tahun 1960-an, ini telah mencapai matlamat Negara yang dirancangkan dalam mengatasi permasalahn ekonomi ketika itu.
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai ini hakikatnya tidak cukup untuk mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi sejak zaman pemerintahan penjajah. Tidak banyak yang berlaku dalam menyelesaikan masalah swiekonomi yang diwarisi untuk mengatasi jurang pendapatan isi rumah antara golongan berpendapatan rendah dengan golongan berpendapatan tinggi sekaligus menyelesaikan masalah jurang ekonomi yang berlaku antara kaum utama Negara.
yang bersatu padu di samping mencapai perkembangan ekonomi secara pesat. Antara langkah yang dilaksanakan ialah Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Rancangan pembangunan lima tahun ini menerangkan pencapaian langkah-langkah pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnya, matlamat pembangunan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang dengan mengikut matlamat yang dirancangkan. Tujuan rancangan pembangunan ini dilaksanankan ialah untuk mengubah struktur sosioekonomi.
4.1 Rancangan Malaya Pertama 1956 hingga 1960
Rancangan Malaya Pertama ini lebih memberikan tumpuan kepada dua matlamat iaitu membangunkan sektor ekonomi luar Bandar bagi merapatkan jurang perbezaan antara penduduk luar Bandar dengan Bandar di samping mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar.
Antara Stategi yang dilaksanakan ialah memulihkan perusahan getah agar dapat bersaing dengan getah tiruan yang semakin pesat pada ketika itu. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga getah di pasaran dunia. Selain itu, penubuhan Lembaga Pembangunan Perusahan Luar Bandar ( RIDA ) bertujuan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi luar Bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar nama kepada Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) yang berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam pelabagi bidang pertanian juga ekonomi pelaburan.
4.2 Rancangan Malaya Kedua tahun 1961 hingga 1965
Rancangan Malaya Kedua ini adalah legasi Rancangan Malaya Pertama. Matlamat utama Rancangan Malaya Kedua ini lebih kepada mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk luar Bandar dengan menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pendidikan serta pembangunan perumahan luar Bandar. Rancangan ini lebih memberi tumpuan kepada menwujudkan lebih banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar Bandar.
Beberapa strategi telah dilaksanakan iaitu menggalakkan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan serta perlaksanaan rancangan. Ekoran itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat kampung dan daerah iaitu penubuhan Sistem Bilik Gerakan.
4.3 Rancangan Malaysia Pertama tahun 1966 hingga 1970
Rancangan Malaysia Pertama ini memberikan tumpuan kepada pembangunan Negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan Negara ketika ini diselaraskan berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Beberapa matlamat menjadi landasan iaitu mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindutrian, mengadakan peluang pekerjaan yang banyak agar dapat menampung masalah pengangguran, meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah dan akhir sekali mempercepat integrasi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Selain itu, memberikan bantuan kredit luar Bandar dan menubuhkan Lembaga Pertubuhan ladang, Koperasi Luar Bandar, dan Bank Pertanian Malaysia. Bagi menyokong usaha ini dua buah agensi telah ditubuhkan iaitu Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan ( FELCRA ) bertujuan untuk membantu menbangunkan ekonomi luar bandar dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ) pula bertujuan menjalan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Pada tahun 1968, ditubuhkan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia ( MIDA ) dengan tujuan memberikan taraf perintis kepada insutri- industri baharu yang diberikan pengecualian cukai selama lima tahun.
Pada tahun 1969 telah berlaku suatu peristiwa hitam iaitu berlaku rusuhan kaum antara kaum melayu dengan kaum cina yang digelar Peristiwa 13 Mei. Peristiwa ini telah menjadi sejarah hitam buat Negara sekaligus telah membawa kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1971.
4.4 Rancangan Malaysia Kedua tahun 1971 hingga 1975
Rentetan Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) pada tahun 1971. Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk membasmi kemiskinan di samping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Peristiwa ini adalah peristiwa terbesar Negara melibatkan dua kaum utama iaitu kaum melayu dengan kaum cina.
Dalam usaha memodenkan masyarakat luar Bandar, kerajaan mweujudkan rancangan pembukaan tanah yang bersepadu seiring dengan penubuhan agensi pembangunan wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA )
Beberapa agensi juga telah ditubuhkan dalam mencapai dan mempercepat pencapaian dalam DEB iaitu Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS ), Perbadanan Pembangunan Bandar ( UDA ) , Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun- Pekebun Kecil Perusahan Getah ( RISDA ) dan Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP )
4.5 Rancangan Malaysia Ketiga tahun 1975 hingga 1980
Isu perpaduan masih diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Ketiga ini sebagai salah satu matlamat utama melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara kaum. Pertama kalinya ditubuhkan rancangan pembangunan wilayah bertujuan memberi tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit dalam menjadikan komoditi Negara.
Beberapa usaha dilakukan kerajaan dalam memajukan sektor pertanian antaranya ialah penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR ) rentetan dari rancangan pembangunan wilayah dan pembukaan tanah baharu pada Rancangan Malaysia Kedua.
Dalam memberi usaha pembangunan sektor pertanian dan perindustrian ini diteruskan untuk meningkatkan pendapatan dan peningkatan daya pengeluaran hasil serta memberi peluang pekerjaan bagi memberi peluang agar kadar kemiskinan dan pengangguran Negara dapat dikurangkan.
4.6 Rancangan Malaysia Keempat tahun 1981 hingga 1985 dan Rancangan Malaysia Kelima tahun 1986 hingga 1990
Pada ketika ini, ekonomi dunia telah mengalami pertumbuhan yang lembab sekaligus menyebabkan beberapa masalah kepada ekonomi Negara. Beberapa masalah itu ialah kejatuhan harga komoditi, kemorosotan imbangan pembayaran, penurunan pendapatan eksport komoditi, berlaku kenaikan kadar pengangguran dan kelembapan sektor swasta yang telah menjejaskan perkembangan ekonomi Negara.
Pembangunan masih diteruskan dengan memberi penekanan kepada sektor perusahan dan pertanian. Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HIKOM ) telah diperkenalkan dalam membantu mempercepatkan dan menyalurkan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir.
Selain itu, beberapa kawasan perusahan baharu telah dibuka seperti Senawang ( Negeri Sembilan ), Skudai ( Johor ), Bintulu ( Sarawak ), serta Menggatal dan Likas ( Sabah ) sebagai usaha dalam memajukan sektor perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing.
4.7 Rancangan Malaysia Keenam tahun 1991 hingga 1995 dan Rancangan Malaysia Malaysia Ketujuh 1995 hingga tahun 2000
Rancangan Malaysia Keenam dan ketujuh ini adalah lanjutan rancangan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan meneruskan matlamat agar ekonomi dapat dicapai dengan keseimbangan antara kaum.
Berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan antaranya ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan sektor swasta. Mewujudkan syarikat-syarikat swasta dan penukaran kepada pengurusan swasta dalam beberapa jabatan kerajaan.
Pada tahun 1991 telah ditubuhkan Dasar Pembangunan Nasional iaitu lanjutan Dasar Ekonomi Baru. Antara tujuannya ialah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, mencapai keseimbangan dalam semua sektor, dan menekankan pembangunan sumber manusia.
Salah satu matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional ialah mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku antara kaum agar berlaku perkembangan dan pemilikan ekonomi yang adil serta saksama antara kaum di Malaysia.
4.8 Rancangan Malaysia Kelapan tahun 2001 hingga 2005
Rancangan Malaysia kelapan adalah penggabungan antara strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai Dasar Wawasan Negara iaitu menjamin pertumbuhan ekonomi dan daya tahan ekonomi Negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu serta saksama.
Dasar Wawasan Negara adalah mengambil kira strategi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu, adil dan saksama. Seterusnya menjadi asas kepada strategi Rancangan Jangka Panjang 3 dengan tema meningkatkan daya saing Negara.
Antara teras utama dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi rujukan matlamat utama Rancangan Malaysia Kelapan adalah membina bangsa yang berdaya tahan disamping mewujudkan masyarakat yang saksama.
4.9 Rancangan Malaysia Kesembilan tahun 2006 hingga 2010
Rancangan Malaysia kesembilan ini merupakan kesinambungan peringkat kedua dalam rancangan jangka masa panjang ketiga dan fasa kedua Dasar Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamad.
Beberapa cabaran dalam mencapai matlamat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang. Memberikan kemudahan dalam pendidikan serta penambahan infrastruktur luar Bandar seperti jalan raya berturap dan kemudahan lain.
4.10 Rancangan Malaysia Kesepuluh tahun 2010 hingga 2015
Rancangan ini adalah lanjutan dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu mencapai sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri dan berpendapatan tinggi.
Sepuluh strategi utama yang terdapat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh antaranya ialah memacu ekonomi dengan faktor dalam negeri mengambil kira persekitaran luar Negara di samping memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengikuti acuan kemajuan dunia yang telah digariskan dalam capaian antarabangsa sebagai matlamat dalam mencapai kemajuan Negara dalam menyaingi Negara lain.
Selain itu, kerajaan telah merangka dan melaksanakan tranformasi kearah berpendapatan tinggi Negara menerusi pengkhususan serta menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Walau bagaimanapun, kerajaan juga berusaha memupuk dan menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang kerana ianya adalah aset terpenting Negara dalam mencapai sebuah Negara maju kelak.
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan
Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee
Rajah Rasiah (1996), Perindustrian dan pembangunan ekonomi di Malaysia,Kuala Lumpur;Dewan Bahasa Dan Pustaka.
INTAN(1992),Dasar dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur; Institut Tadbiran Awam Negara.Jabatan penerangan Malaysia(2009), Booklet 1 Malaysia
Khadijah Muhamed & halimah Awang (pnyt.)(1991),Dasar Ekonomi Baru Dan Masa Depannya,Kuala Lumpur; Persatuan Sains Sosial Malaysia.
https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CEEQFjAH&url=http%3A%2F %2Fwww.pmo.gov.my%2Fdokumenattached%2FDasar
%2F03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf&ei=r6T8U8SUM4ayuAT5vIDIBw&usg=AFQjCNF W-5_gzKULydUZ1NlolDZlT3sYXw&sig2=PxK-0noXcyTXwULV5w2DGQ
http:// www.slideshare.net/munnianwar/dasar-pembangunan-nasional