• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerapan Nilai Kepimpinan Guru Melalui

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penerapan Nilai Kepimpinan Guru Melalui"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PENERAPAN NILAI KEPIMPINAN GURU MELALUI PERANAN FASILITATOR BAGI MELESTARIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN Nurkaliza Binti Khalid

nurkaliza@kuis.edu.my

Abstrak

Perkembangan era penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan menyaksikan perubahan corak pengajaran secara formal. Kejayaan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bukan hanya terletak pada kecekapan dari segi teknikal sahaja tetapi turut memerlukan perubahan dalam amalan dan sikap sumber manusia yang terlibat secara langsung dalam pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu guru. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara peranan guru sebagai fasilitator ke atas kepuasan pelajar dan persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui penggunaan soalselidik. Seramai 119 orang pelajar diploma dan sarjana muda terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara peranan guru sebagai fasilitator ke atas kepuasan pelajar dan persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengenalan

Sistem pendidikan tinggi kini semakin dipengaruhi oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Pertumbuhan teknologi maklumat dan komunikasi yang bermula sebagai peranan tambahan telah berkembang pesat. Sehingga kini, teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi teras penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, Liu, Liao, & Pratt (2009) menekankan yang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu cara alternatif untuk pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan suasana ekonomi pada masa kini. Langkah ini telah menyebabkan sejumlah penyelidikan untuk memberikan tumpuan kepada pengaruh peranan guru sebagai fasilitator(Ozkan & Koseler, 2009). Dalam konteks ini, guru sebagai penggerak utama penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi harus dilihat sebagai pemimpin terkehadapan yang berupaya mentransformasi peranan fasilitator di samping membantu melestarikan potensi para pelajarnya. Dalam perkataan lain, guru dilihat sebagai pemimpin yang mempunyai kemahiran keilmuan dan intelektual untuk mendidik dan menghadapi cabaran, serta berupaya menjana perubahan dan memperkasakannya dalam bentuk kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran berteraskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kepimpinan Guru Melalui Peranan Fasilitator

(2)

pengetahuan serta penegasan terhadap tindakan-tindakan yang diambil oleh guru. Mereka turut membuat kesimpulan bahawa berdasarkan kajian lampau dengan menyatakan bahawa

tingkah laku fasilitator guru dapat digolongkan ke dalam tiga gaya utama iaitu; “initiator,

“manager”dan “responder”.

Guru dengan gaya fasilitator “initiator” secara terbuka akan memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mencapai visi pengajaran. Guru sebegini bukan sahaja mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap para pelajar, tetapi mereka akan menjelaskan kepada pelajar tentang jangkaan mereka melalui pelbagai saluran. Guru dengan gaya fasilitator “initiator” juga akan selalu mendapatkan maklum balas daripada para pelajar serta menetapkan keputusan

berdasarkan secara bersama. Guru dengan gaya fasilitator “manager” memberikan fokus kepada aspek pengurusan kelas serta memastikan pengurusan proses pengajaran dilakukan

secara teratur dan berkesan. Sebagaimana guru dengan gaya fasilitator “initiator”, mereka juga mengambil berat terhadap keperluan pelajar. Perbezaan utama guru dengan gaya

fasilitator “manager” dan guru dengan gaya fasilitator “initiator” adalah mereka dalam gaya ini tidak akan berusaha menjangkaui perkara yang perlu dilaksanakan. Gaya terakhir adalah

gaya fasilitator “responder”. Guru ini akan melebihkan tumpuan pada isu-isu semasa berkaitan pelajar tanpa mengambil kira aspek keseluruhan. Mereka kurang campur tangan

dalam aspek inovasi yang perlu dilaksanakan. Guru dengan gaya fasilitator “responder” lebih memusatkan ke arah memuaskan hati kesemua pelajar dengan visi yang amat terhad lebih-lebih lagi tentang cara melaksanakan perubahan sejajar dengan visi tersebut.

Tujuan Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk:

i. mengenalpasti hubungan antara peranan guru sebagai fasilitator dan persepsi pelajar pelajar terhadap pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

ii. mengenalpasti hubungan antara peranan guru sebagai fasilitator dan kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Landasan Teori

(3)

Rajah 1. Model 3-TUM

Metodologi dan Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Demografi responden ditunjukkan dalam Jadual 1 diperoleh daripada analisis deskriptif. Responden terdiri dari 119 pelajar (46 lelaki dan 73 perempuan) yang secara sukarela mengambil bahagian dalam kajian ini. Responden kajian dipilih daripada pelajar yang mengikuti program diploma dan sarjana muda secara sepenuh masa di KUIS serta telah menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pembelajaran selama sekurang-kurangnya satu semester (empat belas minggu).

Jadual 1. Demografi Responden

Jantina Kekarapan Peratusan

Lelaki 46 38.7

Wanita 73 61.3

Taraf Pendidikan

Sarjana Muda 57 47.9

Diploma 62 52.1

Semua responden perlu menjawab soal selidik yang merangkumi empat komponen yang berbeza (maklumat demografi, sikap guru sebagai fasilitator, kepuasan pelajar terhadap pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi, dan persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi).

Data untuk kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Kesemua item telah diukur menggunkan skala 7 item yang bermula dari (1) bermakna “sangat tidak setuju” dan (7) bermakna “sangat setuju”. Jadual 2 menunjukkan literatur yang merupakan sumber instrumen yang telah digunakan.

Jadual 2. Sumber Instrumen Kajian

Pembolehubah Kajian Bil. Item Sumber

Peranan guru 6 Ozkan & Koseler (2009)

Persepsi pelajar terhadap penggunaan TMK 3 Davis (1989)

Kepuasan pelajar 4 Roca, Chiu, & Martínez (2006)

Perubahan tingkah laku 3 Roca, Chiu, & Martínez (2006) Peringkat

Pertama: Ciri-ciri individu

dan/atau kualiti sistem

Peringkat Kedua: Kesediaan afektif dan/atau kesediaan

kognitif

(4)

Ujian Kesahan dan Kebolehpercayaan Skala Pengukuran

Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian kesahan dan kebolehpercayaan pembolehubah kajian. Tiada garis panduan yang tegar untuk menentukan tahap kesahan item (Cooper & Schindler, 2003). Prosedur Cronbach Alpha digunakan untuk menetukan sejauh mana skala pengukuran adalah bebas daripada kesilapan rawak. Nilai Cronbach Alpha lebih daripada 0.63 untuk setiap kumpulan item, menandakan bahawa tahap kebolehpercayaan secara relatifnya adalah tinggi (Nunally & Bernstein, 1994). Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan nilai Cronbach Alpha (Jadual 3) bagi peranan guru ialah 0.90, persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi 0.92, kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi 0.86, dan perubahan tingkah laku 0.91. Analisis yang diperolehi menunjukkan keputusan-keputusan analisis adalah tinggi.

Jadual 3. Keputusan Ujian Kesahan dan Kebolehpercayaan Pembolehubah Kajian

Pembolehubah Nilai Cronbach

Alpha

Peranan guru 0.90

Persepsi pelajar terhadap penggunaan TMK 0.92

Kepuasan pelajar 0.86

Perubahan tingkah laku 0.91

Analisis Korelasi antara Pembolehubah

Jadual 4 menunjukkan nilai min, sisihan piawai dan korelasi antara pembolehubah berada di antara 3.98 dan 4.16, menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi, dan perubahan tingkah laku adalah berada dalam lingkungan “Neutral” serta “Bersetuju”. Bagaimanapun sikap guru cuma mencatatkan nilai min sebanyak 3.98, menunjukkan peranan guru berada dalam lingkungan “Tidak Begitu Bersetuju”. Korelasi antara pembolehubah tak bersandar dan pembolehubah bersandar mempunyai nilai yang kurang daripada 0.90, bererti data kajian ini adalah bebas daripada masalah kolineariti (Hair et al., 1998).

Jadual 4. Matrik Korelasi Menunjukkan Min, Sisihan Piawai dan Korelasi Antara Pembolehubah

Pembolehubah Min Sisihan

Piawai

Korelasi Pearson(r)

1 2 3 4

1.Peranan guru 3.98 1.01 1

2.Persepsi pelajar terhadap penggunaan TMK

4.04 1.07 0.54* 1

3.Kepuasan pelajar 4.09 0.93 0.64* 0.67* 1

4.Perubahan tingkah laku

4.16 1.07 0.48* 0.49* 0.68* 1

(5)

Rumusan Dapatan dan Perbincangan

Hipotesis-hipotesis kajian telah diuji menggunakan analisis regresi mudah. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menganggarkan pengaruh sikap guru pada persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Hasilnya menunjukkan bahawa sikap guru mempengaruhi persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (F = 116,31, p = 0.00, R2 = 0.50). Ini menunjukkan bahawa sikap guru menyumbang 50% daripada varians dalam persepsi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Tujuan kedua kajian ini adalah untuk menganggarkan pengaruh sikap guru kepada kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Hasilnya menunjukkan bahawa sikap guru mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (F = 79,91, p = 0.00, R2 = 0.41). Ini menunjukkan bahawa sikap guru menyumbang 41% daripada varians dalam kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kajian ini adalah satu daripada percubaan penyelidik untuk menyiasat penerimaan pelajar pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3-TUM telah digunakan untuk menjelaskan penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Bacaan signifikan dalam matriks korelasi menunjukkan bahawa model ini terbukti sesuai untuk digunakan dalam memahami perubahan tingkah laku pelajar untuk terus menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam peringkat pertama, peranan guru mempunyai kesan sigifikan ke atas peringkat kedua iaitu peringkat kesediaan kognitif dan kesediaan afektif yang diwakili oleh persepsi pelajar serta kepuasan pelajar. Oleh itu, kesan peranan guru sebagai fasilitator perlu diberi penekanan dan diberi pertimbangan oleh institusi. Guru perlu memainkan peranan aktif semasa proses penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Begitu juga dalam peringkat yang kedua, di mana persepsi pelajar serta kepuasan pelajar telah mempengaruhi perubahan tingkah laku pelajar untuk terus menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (diwakili oleh nilai signifikan dalam matriks korelasi). Dapatan paling tinggi iaitu 0.68 diperolehi daripada korelasi antara kepuasan pelajar dengan perubahan tingkah laku pelajar. Ini seterusnya membuktikan bahawa, jika pelajar berpuashati dengan peranan guru sebagai fasilitator maka pelajar akan berterusan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran mereka.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua persepsi pelajar dan kepuasan pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sangat dipengaruhi oleh peranan guru sebagai fasilitator. Pelajar akan lebih berkeyakinan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi jika guru mempunyai jangkaan dan keyakinan tinggi terhadap mereka serta guru membekalkan mereka dengan sumber yang dikehendaki. Guru perlu bijak menentukan jenis–jenis perkakasan dan perisian yang akan digunakan dalam proses pengajaran. Di samping itu, guru juga perlu berkeupayaan dalam memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam aktiviti pengajaran. Kepercayaan tinggi yang ditunjukkan oleh guru sebagai fasilitator kepada para pelajar akan mendorong pelajar mencontohi nilai kepimpinan guru yang memberikan peluang kepada para pelajar dan dalam masa yang sama turut menerapkan sistem pemantauan, pemberian maklumbalas, penyepaduan matlamat serta penilaian yang berkualiti.

(6)

Terdapat dua jenis kumpulan yang diamalkan dalam proses pembelajaran iaitu kumpulan besar dan kumpulan kecil. Kumpulan besar terdiri dari ramai pelajar yang terlibat sewaktu kuliah dijalankan atau perbincangan pelajar dalam forum e-pembelajaran. Manakala kumpulan kecil tergolong dalam kumpulan-kumpulan kecil terutamanya sewaktu makmal komputer digunapakai atau sewaktu perbincangan menyiapkan tugasan berkumpulan semasa proses pembelajaran. Kaedah pembelajaran secara kolaborasi ini akan meningkatkan prestasi pelajar serta membolehkan interaksi dijalankan dalam kumpulan antara pelajar pelbagai program dan latarbelakang.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pelajar menyatakan bahawa peranan guru sebagai fasilitator adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat memberikan kesan yang positif dan signifikan terhadap usaha mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran. Selain itu, peningkatan nilai kepimpinan guru melalui peranan sebagai fasilitator turut memberi faedah yang besar kepada keseluruhan proses pendidikan dan keberkesanan sesebuah institusi.

Rujukan

Cooper, D. R. and Schindler, P.S. (2003). Business Research Methods. New York, US:Mc-Graw-Hill/Irwin.

Davis, F. D. (1989). Perceived Usefulness, Perceived Ease of Use, and User Acceptance of Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.

Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L. and Black, W. C. (1998). Multivariate Data Analysis (5th ed). New Jersey: Prentice Hall International Inc.

Hall, G. E. and Hord, S. M. (2001). Implementing Change: Patterns, principles, and Potholes. Boston:Allyn & Bacon.

Katzenmeyer, M. and Moller, G.(2001). Awakening the Sleeping Giant: Helping Teachers Develop as Leaders. Thousands oaks, California:Cowin Press.

Liaw, S.-S. (2008). Investigating students’ perceived satisfaction, behavioral intention, and effectiveness of e-learning: A case study of the Blackboard system. Computers & Education, 51(2), 864–873.

Liu, S.-H., Liao, H.-L., & Pratt, J. a. (2009). Impact of media richness and flow on e-learning technology acceptance. Computers & Education, 52(3), 599–607.

Nunally, J.C. and Bernstein, I.H. (1994). Psychometric Theory. New York:McGraw-Hill.

Ozkan, S., & Koseler, R. (2009). Multi-dimensional students’ evaluation of e-learning systems in the higher education context: An empirical investigation. Computers & Education, 53(4), 1285–1296.

Referensi

Dokumen terkait