• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesihatan merupakan aset yang penting da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesihatan merupakan aset yang penting da"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Penjagaan Kesihatan Fizikal Menurut Kacamata Islam

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :

“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta

dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.

Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia.

Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.

Halalan Toyyiba

(2)

Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

Elak Obesiti

Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minum tetapi jangan berlebihan. Konsep berlebihan dalam pengambilan makanan ini telah diperakui oleh doktor bahawa makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti atau gemuk.

40 Kali Kunyah

Rasulullah s.a.w juga mengajar umatnya dalam sunnah Baginda supaya mengunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali kunyahan. Hal ini demikian supaya makanan yang kita kunyah akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. Di samping itu juga, amalan kunyahan makanan ini dapat mengehadkan kita daripada makan secara berlebihan.

Air Putih

(3)

Oleh itu, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Pada awalnya, memang sukar untuk kita amalkan secara mendadak, akan tetapi apabila kita ‘istiqamah’ ataupun melakukan amalan ini secara berturut-turut, amalan ini akan menjadi kebiasaan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.

Senaman

Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam sehari, badan kita perlu dilatih dengan senaman supaya kita menjadi lebih sihat dan aktif bekerja. Pergerakan badan yang kerap amat penting bagi membantu sistem dalaman dalam badan kita dan juga menjana minda yang cerdas.

Rehat

Walau bagaimanapun, kita juga diberi hak untuk rehat misalnya tidur. Dalam Islam, tidur itu merupakan satu ibadah. Badan kita perlu berehat melalui tidur pada malam hari selama lapan jam sehari bagi membantu proses perkumuhan.

(4)

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah dan masyarakat sekeliling.

Nikmat Sihat Wajib Disyukuri

(5)

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Islam merupakan suatu cara hidup dan agama yang mengawal serta menjaga seluruh aspek kehidupan umatnya. Isam mengambil berat tentang kepentingan setiap penganutnya sama ada dalam aspek fizikal, mental mahupun spiritual. Keseimbangan dan kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang itu muslim yang ideal dan disukai oleh Allah swt.

Antara perkara penting yang kadang-kala dilupai oleh seseorang muslim adalah dalam aspek penjagaan fizikalnya. Perlulah diigati bahawa penampilan fizikal adalah dituntut dalam Islam sepertimana perlunya memelihara kesempurnaan akal dan hati. Antara perkara yang perlu diambil perhatian berkaitan kesihatan fizikal ini ialah tentang aspek kebersihan dan penampilan diri.

(6)

Apabila membincangkan aspek kebersihan fizikal maka kita dapat melihat bahawa Islam amat mengambil berat tentang hal ini. Contohnya Islam mensyariatkan ibadah wudhuk sebelum daripada menunaikan solat sama ada solat wajib mahupun sunat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu semua menunaikan solat maka basuhlah muka kamu, kedua tanganmu hingga ke siku, sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga ke buku lali.” (Surah al-Maidah: 6). Di samping itu Islam juga mensyariatkan beberapa ibadah lain dalam memastikan umatnya berada dalam keadaan bersih seperti bersiwak (berus gigi), mandi hadas, memotong kuku dan bulu, menyucikan kemaluan setelah membuang air, memastikan pakaian dalam keadaan bersih daripada najis, berkhatan dan sebagainya lagi. Kesemua ini diterangkan oleh Islam secara jelas melalui nas-nas al-Quran mahupun hadith-hadith Nabi saw. Malah segala penerangan ini tidak sama sekali diterangkan oleh agama-agama lain. Perkara ini menunjukkan bahawa Islam adalah suatu agama fitrah yang memelihara fitrah asal manusia yang menyukai kesucian dan kebersihan.

Di samping memastikan fizikal seseorang muslim itu berada dalam keadaan yang bersih, Islam juga menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan fizikal. Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara (antaranya) gunakanlah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit.” (Hadith direkodkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani). Dalam hadith ini menunjukkan bahawa Islam meletakkan kesihatan umatnya sebagai antara perkara penting yang perlu dijaga dan dipelihara. Sesungguhnya muslim yang sihat itu mampu melakukan amalan-amalan soleh yang sama sekali tidak mampu dilakukan oleh muslim yang berada dalam keadaan sakit. Malah apabila seseorang muslim itu sakit maka beliau tidak mampu melaksanakan ibadah-ibadah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya secara sempurna. Lantaran itu setiap umat Islam perlu memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat dan jika diserang penyakit maka berubatlah scepat mungkin supaya ianya tidak menjadi semakin parah.

Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada setiap seorangnya terdapat kebaikan.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya). Hadith ini membawa maksud seseorang muslim yang kuat imannya lebih baik dan dicintai oleh Allah swt berbanding muslim yang lemah imannya. Namun hadith ini juga boleh difahami secara zahirnya bahawa setiap mukmin yang kuat dalam segala perkara sama ada dalam aspek fizikal, akal dan rohani itu lebih disukai Allah swt berbanding seseorang mukmin yang lemah fizikal, akal dan juga rohaninya. Oleh demikian seseorang muslim itu perlulah memastikan bahawa tubuh badannya itu kuat dan sihat dan pada masa yang sama tidak menafikan keperluan kekuatan akal dan rohani dalam kehidupan.

(7)

nikmat makanan yang cukup lazat dan melimpah ruah. Namun pada masa yang sama apabila tabiat pemakanan ini tidak dijaga maka ianya boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Di samping itu bagi memastikan kesihatan badan terjaga maka seseorang muslim itu perlulah memastikan stamina dan tubuh badannya berada dalam keadaan yang baik. Stamina yang tinggi akan melahirkan kekuatan pada tubuh badan manusia. Firman Allah swt: “Dan bersedialah kamu semua dengan apa yang kamu mampu dari segi kekuatan” (Surah al-Anfal: 60). Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat Islam supaya mengumpul kekuatan dan antara kekuatan utama ialah kekuatan fizikal yang boleh dimanfaatkan untuk agama.

Di samping menjaga pemakanan dan bersukan umat Islam juga diwajibkan untuk meninggalkan segala bentuk amalan buruk yang boleh memberi kemudharat kepada tubuh badan. Sesungguhnya setiap perkara yang membawa kepada kemudharatan hukumnya adalah haram di dalam Islam. Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu semua mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah menyukai mereka yang membuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah melarang hamba-hamba-Nya daripada menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan. Hal ini termasuklah melakukan sesuatu perkara yang boleh menghasilkan kemudharatan kepada tubuh badan seperti berzina, minum arak, makan daging khinzir, menagih dadah dan sebagainya lagi.

Antara perkara yang boleh memudharatkan tubuh badan manusia ialah merokok. Sepertimana yang kita ketahui bahawa merokok telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan dan juga majlis fatwa di setiap negeri. Pengharaman rokok ini disebabkan ia memberi kemudharatan kepada penghisapnya di samping membawa kepada pembaziran yang sia-sia. Malah kajian perubatan telah menunjukkan bahawa asap rokok yang disedut dan dilepaskan boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Justeru sewajarnya setiap umat Islam sedar akan bahayanya merokok malah seseorang yang merokok itu telah dianggap berdosa di hadapan Allah swt kerana mencampakkan dirinya dan masyarakat sekitarnya kepada kemudharatan.

Referensi

Dokumen terkait