• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Jurnal Perubahan Guna Tanah dan K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ulasan Jurnal Perubahan Guna Tanah dan K"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

KOD DAN NAMA PROGRAM HA52 KERJA SOSIAL

NAMA PENSYARAH

CIK SITI NOOR FAZARIAH BINTI SUIS@ MOHD RUSDY

KOD DAN NAMA KURSUS

PS31603 PENGURUSAN KRISIS DAN PEMULIHAN BENCANA

TUGASAN INDIVIDU: ULASAN JURNAL

NAMA NOMBOR MATRIK

(2)

2

PENGENALAN

Jurnal yang saya pilih untuk membuat ulasan bertajuk Perubahan Gunatanah dan Kejadian Banjir di Lembangan Saliran Kelantan. Jurnal ini ditulis oleh Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Hamidi Ismail. Jurnal yang mengandungi 11 muka surat ini dikeluarkan pada tahun 2016 dalam Geografia: Malaysian Journal of Society and Space.

Penulisan jurnal ini adalah sebuah kajian yang berteraskan kepada dua objektif yang ingin dicapai. Objektif tersebut adalah untuk meneliti tahap perubahan gunatanah yang berlaku dan meneliti hubungkaitan antara perubahan gunatanah dan nada kaitannya dengan peningkatan kekerapan dan intensity bencana banjir yang berlaku di Lembangan Kelantan semenjak kebelakangan ini. Kaedah kajian yang digunakan untuk menjalankan kajian oleh penulis jurnal ini adalah menggunakan Geographic Information System (GIS). GIS merupakan sebuah perisian computer yang menganalisis, memanipulasi dan menvisualkan maklumat geografi pada peta dimana ia mampu menghubungkan maklumat geografi dengan maklumat deskriptif (Huisman & By, 2001). Berbeza dengan peta yang ditulis di atas kertas yang boleh kita lihat apa yang tertulis di atasnya, GIS boleh memberikan maklumat yang kita tidak dapat dan berbeza.

Jurnal ini menyentuh kejadian bencana banjir yang berlaku di Lembangan Saliran Kelantan dan perubahan gunatanah yang memberi impak kepada persekitaran alam sekitar. Hasil perbincangan dalam jurnal ini lebih menyentuh tiga komponen iaitu perbincangan berkenaan perubahan gunatanah di Lembangan Saliran Kelantan, kejadian bencana banjir di Lembangan Saliran Kelantan dan analisa kerosakan harta benda akibat bencana banjir. Secara keseluruhannya, artikel ini meneliti hubungan antara perubahan gunatanah dengan tahap keterdedahan penduduk terhadap bencana banjir di Lembangan Saliran Kelantan.

(3)

3 BENCANA BANJIR

Bencana yang dibincangkan dalam jurnal ini adalah bencana banjir. Banjir boleh ditafsirkan sebagai kuantiti air yang sangat banyak atau berlebihan yang boleh menenggelamkan sesuatu kawasan yang luas atau harta benda dan disebabkan itu peristiwa banjir diikitrafkan sebagai bencana alam semula jadi (Ang Kean Hua, 2016). Bencana ialah suatu kejadian yang berlaku boleh mengakibatkan gangguan aktiviti masyarakat dan urusan negara, meyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif (Majlis Keselamatan Negara, 2012).

Dalam satu jurnal lain yang ditulis berkaitan bencana banjir di Lembangan Saliran Kelantan menyatakan bahawa Sungai Kelantan merupakan salah sebuah lembangan yang kerap mengalami banjir dengan magnitud air yang tinggi (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain et. al, 2011). Pelbagai jenis banjir yang dikenalpasti namun banjir yang terjadi di Lembangan Saliran Kelantan ini dapat diklasifikasikan sebagai banjir pembentungan. Banjir pembentungan berlaku apabila terdapat kegagalan dalam mengawal sistem pembentungan akibat daripada tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menakung disertakan dengan hasil dari hujan lebat atau kesan banjir yang menimpa (Web Portal Environment Law Organization).

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA BENCANA BANJIR

(4)

4

Salah satu kesan pembangunan yang ketara dan menjurus kepada bencana banjir adalah berkurangnya kawasan telap air. Kawasan hutan yang asalnya berlantaikan tanah yang berfungsi untuk menyerap air dapat melambatkan perjalanan air ke sistem saliran dan apabila kawasan hutan tersebut dibangunkan dengan pembinaan dan berlantaikan simen dan konkrit, air akan terus mengalir ke sistem saliran dan tidak dapat diserap oleh tanah sehingga menyebabkan sistem saliran cepat penuh dan jika sampai ke tahap tidak mampu untuk menampung isipadu air yang banyak maka berlakunya bencana banjir.

Perubahan gunatanah yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sememangnya memberikan implikasi yang besar kepada keseimbangan ekosistem alam sekitar kerana telah mengganggu kitaran semulajadinya (Amal Yahya Alshaikh, Tuan Pah Rokiah & Hamidi Ismail, 2013). Rancangan pembangunan yang rakus dijalankan di Lembangan Saliran Kelantan telah membuat perubahan gunatanah sehingga membawa kepada ketidakseimbangan penggunaan reruang dalam ekosistem alam semulajadi. Menurut Hilhorst dan Bankoff (2004) dalam Mohd Zulhafiz Said et. al (2013) menyatakan bahawa faktor kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar demi keuntungan ekonomi menjadi penyumbang kepada kekerapan berlakunya bencana alam terutamanya banjir.

Dalam hasil perbincangan jurnal utama, perubahan gunatanah di Lembangan Saliran Kelantan dilihat bermula pada tahun 1984, 1997 dan 2010. Pada tahun 1984, pembangunan gunatanah di kawasan tersebut kurang kepelbagaian disebabkan oleh keperluan pembangunan tidak begitu menjadi tuntutan masyarakat pada ketika itu. Berbeza dengan tahun 1997 dimana pada tahun ini masyarakat di kawasan tersebut sudah mula berjinak-jinak untuk menjalankan pembangunan dan didapati kepelbagaian corak gunatanah yang agak kompleks berlaku di kawasan Lembangan Saliran Kelantan. Pengecilan hutan berlaku berpunca daripada aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampong bagi memenuhi kelangsungan hidup. Perbezaan ketara berlaku di kawasan ini pada tahun 2010 apabila didapati aktiviti gunatanah lebih kompleks dan rumit ekoran daripada kerakusan menjalankan pembangunan oleh masyarakat sehingga tidak memikirkan risiko yang akan menimpa seperti hakisan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

STRATEGI PENGURUSAN BENCANA BANJIR

(5)

5

semestinya didahului dengan kepekaan masyarakat sekeliling terhadap isyarat-isyarat yang diberikan oleh Stesen Amaran Banjir. Seterusnya persiapan ke arah penyediaan bantuan logistik dan kebajikan dibuat lebih awal.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab dalam mengenal pasti pusat pemindahan bajir dengan lebih awal bagi memudahkan urusan evakuasi dan menjadi tanggungjawab JKM untuk menyediakan keperluan sajian, tempat tinggal dan keperluan lain termasuk aktiviti di pusat pemindahan. Seterusnya, pangkalan hadapan merupakan sebuah tempat penyimpanan makanan bertujuan supaya bantuan makanan dapat diperolehi dengan kadar segera dan sebanyak 422 buah pangkalan hadapan telah diwujudkan sehingga ke hari ini di Malaysia.

Pengurusan bencana banjir akan dapat direalisasikan jika kerjasama dari semua pihak yang terlibat dapat dieratkan. Melalui kesepaduan semua pihak, ia mampu memberikan kesan yang positif kepada semua pihak tersebut termasuk mangsa bencana banjir. Pelaburan terhadap pengurusan bencana banjir sedikit sebanyak mampu mengurangkan impak yang akan dialami oleh pelbagai sektor sama ada sektor sosial atau ekonomi.

PANDANGAN BERKENAAN PENGURUSAN BENCANA YANG TERDAPAT DALAM MALAYSIA

Pengurusan bencana banjir yang terdapat di Malaysia merupakan satu pengurusan yang sistematik dan dirangka dengan baik. Kita dapat lihat melalui Peraturan Tetap Operasi yang digubal bagi memperjelaskan dengan lebih tepat berkenaan pengurusan banjir dari awal iaitu sebelum terjadinya bencana banjir, semasa dan selepas. Sebelum bencana banjir berlaku, pihak berwajib telah terlebih dahulu mengenal pasti kawasan-kawasan yang terdedah kepada bencana ini dan menyediakan sistem amaran bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersedia terlebih dahulu.

(6)

6

berfokus kepada membantu mangsa banjir membina kembali infrastruktur mereka sepserti rumah dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pengurusan bencana banjir atau bencana apa sekalipun kurang mendapat perhatian masyarakat Malaysia. Pengetahuan berkenaan pengurusan apatah lagi kejadian atau faktor pendorong berlakunya bencana tersebut tidak menjadi satu kewajipab untuk masyarakat kita. Contohnya di Jepun, seawal usia kanak-kanak lagi, mereka sudah diajar secara pratikal langkah menghadapi bencana apabila berlaku seperti gempa bumi dan pengetahuan mereka berkenaan gempa bumi sangat mendalam.

(7)

7

KESIMPULAN

Bencana banjir merupakan sebuah bencana alam yang sinonim di Malaysia. Kejadian bencana banjir khususnya di Kelantan memberikan impak yang besar terhadap masyarakat di sana. Kesan bencana banjir bukan sahaja merosakkan keindahan alam semulajadi dan merosakkan infrastruktur malah meragut nyawa manusia yang terkena tempias bencana ini. Kesedaran masyarakat dalam isu ini amatlah dituntut kerana ia menjadi satu kepentingan buat semua memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang seringkali dilandan bencana banjir tidak kira di Kelantan malah turut terjadi di negeri-negeri lain dalam Malaysia.

(8)

8 RUJUKAN

Ang Kean Hua. (2016). Persepsi masyarakat terhadap bencana banjir monsun di Malaysia: Kajian kes Kota Bharu, Kelantan. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 12(9): 24-31.

Huisman, O. & By, R. A. (2001). Principles of Geographic Information Systems. The Netherlands: The International Institute for Geo-Information Science and Earth Observation (ITC) Educational Textbook Series 1.

Majlis Keselamatan Negara. (n.d.). Kesiapsiagaan bencana semasa monsun timur laut. Dimuatnaik daripada www.met.gov.my/web/metmalaysia.

Majlis Keselamatan Negara. (2012). No. 20: Dasar dan mekanisme pengurusan bencana. Mohd Zulhafiz Said, Salfarina Abd Gapor, Mohd Nazri Samian, & Abd Malik Abd Aziz.

(2013). Konflik di pusat pemindahan banjir: Kajian kes di Daerah Padang Terap, Kedah. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 9(1): 61-69.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail & Raman Mariyappan. (2011). Implikasi bencana banjir terhadap sosioekonomi penduduk Lembangan Kelantan. Universiti Utara Malaysia.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Hamidi Ismail. (2013). Flood frequency analysis of Kelantan River Basin, Malaysia. World Applied Science Journal, 28(12): 1989-1995.

Referensi

Dokumen terkait