• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL Teknologi Vokasional TMK2 Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MODUL Teknologi Vokasional TMK2 Murid"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN

TINGKATAN 2

TEKNOLOGI VOKASIONAL

-

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

(2)
(3)

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

(PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

TINGKATAN 2

(4)

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,

(5)

KANDUNGAN

4. MODUL PEMBELAJARAN

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

1.1 Mengenal pasti etika penggunaan Internet.

1.2 Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat. 1.3 Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat

pengiraan .

(6)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal ter- hadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(7)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(8)

PENDAHULUAN

SUB

MODUL

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

Modul ini memberi pendedahan kepada murid pengetahuan, kemahiran asas dan nilai dalam penggunaan teknologi

OBJEKTIF MODUL

Modul ini membolehkan murid:

1. Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan Internet.

2. Mengkategorikan perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa menggunakan Internet berdasarkan senarai yang diberikan.

3. Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian lanjutan pada enjin carian. 4. Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian

5. Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang sesuai.

6. Memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan menggunakan hamparan el- ektronik

7. Menggunakan gabungan operan tambah, tolak, darab atau bahagi untuk melaksanakan pengiraan mudah berdasarkan data yang telah dimasukkan. 8. Menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang sesuai.

KANDUNGAN MODUL

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

1.1 Mengenal pasti etika penggunaan Internet.

1.2 Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat

(9)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:

1.1 Mengenalpasti etika penggunaan Internet.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

1.1.1 Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan Internet.

(10)

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Etika penggunaan Internet adalah tatacara penggunaan Internet dengan baik dan betul. Kenapa perlu beretika semasa menggunakan Internet?

 Menjamin keselamatan data

 Mendapatkan maklumat dari sumber betul dan boleh dipercayai

 Mengelakkan perbuatan salah laku seperti fitnah, ugutan dan hasutan

KANDUNGAN / FAKTA

Etika penggunaan Internet : (a) Melayari Internet

 Berwaspada terhadap laman web yang merekodkan pelawat yang melawat laman web tersebut.

 Pencarian maklumat yang bijak dan berkaitan sahaja.

 Dilarang melawat laman web lucah dan berunsur subversif yang berten- tangan dengan undang-undang Negara.

 Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang baik.

 Dilarang menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan me- nyebarkan bahan, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengan- dungi unsur-unsur lucah, ganas dan berbaur perkauman.

(b) Penggunaan mel elektronik dan chatting

 Gunakan akaun atau alamat mel elektronik persendirian anda sahaja.

 Rahsiakan nama pengenalan dan kata laluan.

 Dilarang menyamar menggunakan identiti orang lain untuk menghantar mel elektronik atau semasa chatting.

 Amalkan penggunaan bahasa yang betul dan sopan

 Pastikan penggunaan huruf kecil dan huruf besar di tempat yang sesuai.

 Elakkan menggunakan huruf besar pada setiap patah perkataan semasa

chatting kerana ini menunjukkkan anda seolah-olah menjerit kepada pengguna lain.

 Bertindak secara bijak dan berhati-hati apabila menyuarakan pendapat menerusi mel elektronik atau chatting.

 Elakkan tujuan menghasut, memfitnah, menghantar berita palsu, menerbit semula hak cipta atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang- undang siber.

 Dilarang menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan

trapdoor yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat

pengguna lain.

(11)

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Komputer murid.

2. Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.

TUGASAN

1. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.

2. Membuat latihan yang disediakan bagi mengukuhkan pemahaman.

LANGKAH KERJA

1. Lancarkan Bahan Bantu Mengajar Etika Penggunaan Internet.pps.

2. Perhatikan gambar Gambar rajah yang dipaparkan dalam Bahan Bantu Mengajar

Etika Penggunaan Internet.pps dan cuba jawab soalan berkaitan dengan gambar

rajah berkenaan.

(12)

LATIHAN

Latihan 1.1(a)

Tandakan (√) bagi jawapan yang betul.

Kenapa perlu beretika semasa menggunakan Internet? Menjamin keselamatan data

(13)

Latihan 1.1(b)

Kategorikan Gambar rajah berikut dengan menulis A, B, C, D, E dan F dalam jadual yang disediakan.

A B

VIRUS

D

(14)

SHUT UP !!!

F

E

(15)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

TAJUK MENGENAL PASTI ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

BIL PERKARA YANG DINILAI

TERAMPIL

CATATAN YA TIDAK

1 Menyatakan keperluan beretika semasa menggunakan Internet.

2

Mengkategorikan perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa menggunakan Internet berdasarkan

NAMA GURU Tandatangan & tarikh

(16)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:

1.2 Menggunakan Internet sebagai sumber maklumat.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

1.2.1 Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian lanjutan pada enjin carian. 1.2.2 Mengumpul maklumat yang sesuai daripada carian.

(17)

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Enjin carian (search engine) ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat melalui komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World

Wide Web (www), rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Biasanya

enjin carian ini dikaitkan dengan Internet untuk mencari maklumat.

Enjin carian juga merupakan sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi ialah apabila anda menaip kata kunci seperti perniagaan, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua pautan laman web yang menggunakan kata kunci perniagaan akan dipaparkan.

Maklumat boleh dicari dan dilihat pada World Wide Web (www) dengan menggunakan pelayar web. World Wide Web (www) ialah satu koleksi dokumen berasingan dipanggil laman web yang dihubungkan bersama-sama. Pelayar web membolehkan dokumen ini dilihat dan saling menghubungkan pautan untuk diteroka. Alamat laman web yang hen- dak dilawati boleh ditaip di bar alamat atau alamat boleh dipilih dari senarai Favorite.

KANDUNGAN / FAKTA

Contoh enjin carian :

 Google

 Yahoo

 MSN

Contoh Pelayar Web :

 Internet Explorer

 Mozilla Firefox

 Google Chrome

http://www.emelaka.gov.my/bm/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20cari an%20internet.pdf

(18)

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Komputer murid. 2. Capaian Internet.

3. Modul Pembelajaran Mengeksplorasi Teknologi. 4. LCD projector.

TUGASAN

1. Mencari maklumat menggunakan enjin carian.

2. Membuat latihan yang disediakan bagi mengukuhkan pemahaman.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1 : Melancarkan pelayar web Internet Explorer dan mencari maklumat

1. Klik butang start

(19)

2. Bawa kursor pada All Programs dan klik Internet Explorer

Gambar rajah 2

3. Anda akan dapati paparan seperti berikut. Taipkan www.google.com.my pada ruangan (a) dan klik Enter.

(a)

(20)

4. Taipkan ”peranti input output”pada ruangan (b) dan klik Enter.

(b)

Gambar rajah 4

5. Anda akan dapati Gambar rajah 5 akan terpapar seperti di bawah.

(21)

Nota :

 Jika anda menaip peranti input output tanpa tanda ” ”, anda akan dapati, semua pautan laman web yang menggunakan kata kunci peranti input output / peranti input / peranti output /

peranti / input / output akan dipaparkan.

 Jika anda menaip “peranti input output”, anda akan dapati, semua pautan laman web yang menggunakan kata kunci peranti

input output sahaja akan dipaparkan. Jadi pencarian anda lebih

spesifik.

Contoh carian tanpa tanda ””: peranti input output

(22)

Contoh carian dengan tanda ” ” : “peranti input output”

(23)

2. Pilih dan klik Open in New Tab. Aktiviti 2 : Mengumpul maklumat

1. Untuk melihat atau membaca maklumat yang dicari dengan lebih lanjut, klik kanan pada salah satu pautan/URL yang dipaparkan. Anda akan dapati Dialog box seperti Gambar rajah 8 di bawah dipaparkan.

Gambar rajah 8

Nota : URL singkatan dari Uniform Resource Locators yang bererti suatu “pathname

untuk mengidentifikasi sebuah dokumen di web.

(24)

Gambar rajah 9

3. Anda akan dapati satu tab baru muncul di sebelah tab pertama tadi seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 10 di bawah. Klik pada tab baru untuk melihat paparan.

Tab baru

(25)

4. Maklumat yang diperolehi dari hasil pencarian terpapar seperti Gambar rajah 11 di bawah.

Gambar rajah 11

5. Klik pada tab ”peranti input output” untuk memilih pautan lain dan ulangi langkah 1 hingga 4 untuk mengumpul maklumat seterusnya.

(26)

Aktiviti 3 : Menyimpan hasil carian

1. Klik File pada menu bar dan pilih Save As

Gambar rajah 13

2. Anda akan dapati Dialog box seperti Gambar rajah 14 di bawah dipaparkan.

(27)

3. Klik ikon Create New Folder untuk buat folder baru

Create New Folder

Gambar rajah 15

4. Namakan folder baru sebagai Peranti dan klik Open.

(28)

5. Klik Save untuk simpan.

Gambar rajah 17

(29)

LATIHAN

Cari maklumat berkenaan istilah berikut. Simpan maklumat yang anda perolehi dalam folder yang sesuai.

1. “peranti storan” 2. “perisian komputer”

(30)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

TAJUK MENGGUNAKAN INTERNET SEBAGAI SUMBER

MAKLUMAT

BIL PERKARA YANG DINILAI

TERAMPIL

CATATAN

YA TIDAK

1 Mencari maklumat dengan menggunakan fitur carian lanjutan pada enjin carian.

2 Mengumpul maklumat yang sesuai daripada car- ian.

3 Menyimpan hasil carian ke dalam folder yang sesuai

KEPUTUSAN

TERAMPIL TIDAK

TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan &

tarikh

DISAHKAN OLEH Tandatangan &

(31)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:

1.3 Menggunakan hamparan elektronik untuk membuat pengiraan.

OBJEKTIF KHUSUS

Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

1.3.1 Memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan menggunakan hamparan elektronik.

(32)

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Hamparan elektronik merupakan satu perisian komputer yang memaparkan banyak sel berbentuk grid yang terdiri dari baris dan lajur. Hamparan elektronik sering kali

digunakan bagi tujuan pengiraan kerana keupayaannya mengira keseluruhan ham- paran elektronik secara automatik.

http://alpai.wikispaces.com/10.Teknologi+Maklumat+Komunikasi (25 Julai 2013)

KANDUNGAN / FAKTA

a. Fungsi hamparan elektronik:

Perisian hamparan adalah perisian untuk membuat pengiraan matematik, analisa dan perancangan dalam komputer. Perisian ini dapat menggantikan kertas ham- paran kerja dan kalkulator.

b. Contoh-contoh perisian hamparan elektronik:

 Microsoft Excel

 OpenOffice.org.Calc

 Lotus 1-2-3

 Corel Quattro Pro

c. Ciri-ciri penting dalam hamparan elektronik adalah seperti berikut:

Baris dan Lajur membentuk sel dalam helaian kerja.

Formula ialah arahan untuk melaksanakan pengiraan.

Name Box memaparkan nama sel yang dipilih.

Worksheet boleh ditambah dan setiap worksheet diaktifkan (dipaparkan) dengan

cara menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri

(33)

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

1. Komputer murid.

2. Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.

3. Perisian Microsoft Excel 2007.

TUGASAN

1. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.

2. Membuat latihan menggunakan Microsoft Excel 2007 bagi meningkatkan kefahaman.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1: Menggunakan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps.

1. Lancarkan Bahan Bantu Mengajar Hamparan Elektronik.pps untuk melihat

penerangan umum mengenai Microsoft Excel 2007.

Aktiviti 2: Menggunakan perisian Microsoft Excel 2007. 1. Lancarkan perisian Microsoft Excel 2007.

(34)

Gambar rajah 2 i) Taipkan 2 pada sel C2.

j) Taipkan 3 pada sel C3.

k) Taipkan 6 pada sel D2.

l) Taipkan 3 pada sel D3.

3. Hasilnya akan dipaparkan seperti Gambar rajah 1.

Gambar rajah 1

Melaksanakan operasi tambah (+) ;

1. Klik pada sel A4 kemudian taipkan formula =A2+A3 dan tekan Enter.

2. Hasil tambah kedua-dua nombor di sel A2 dan A3 akan terpapar di sel A4.

3. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 2.

3

(35)

Gambar rajah 4

Melaksanakan operasi tolak (-) ;

4. Klik pada sel B4 kemudian taipkan formula =B2-B3 dan tekan Enter.

5. Hasil tolak kedua-dua nombor di sel B2 dan B3 akan terpapar di sel B4.

6. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 3.

6

5

Gambar rajah 3

Melaksanakan operasi Darab (*) ;

7. Klik pada sel C4 kemudian taipkan formula =C2*C3 dan tekan Enter.

8. Hasil darab kedua-dua nombor di sel C2 dan C3 akan terpapar di sel C4.

9. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 4.

9

(36)

Melaksanakan operasi Bahagi ( / ) ;

10. Klik pada sel D4 kemudian taipkan formula =D2/D3 dan tekan Enter.

11. Hasil bahagi kedua-dua nombor di sel D2 dan D3 akan terpapar di sel D4.

12. Formula akan dipaparkan pada Formula Bar seperti pada Gambar rajah 5.

12

11

Gambar rajah 5 Aktiviti 3: Menyimpan hasil kerja

1. Klik pada Office Button kemudian klik ikon Save.

1

(37)

Gambar rajah 8 2. Klik My Documents.

3. Klik ikon Create New Folder untuk membina folder baru.

3

2 4

Gambar rajah 7

4. Namakan folder kepada nama dan kelas anda seperti Gambar rajah 7 dan tekan butang OK.

5. Namakan fail Excel anda kepada Latihan Excel dan tekan Save.

5

(38)

LATIHAN

Latihan 1.3 (a)

Untuk latihan berikut anda dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Excel

2007.

1. Anda dikehendaki membuat latihan berikut dengan memasukkan operasi ma- tematik yang sesuai untuk mendapatkan jawapan.

a) b)

Isikan Jumlah Murid di sel B9 Isikan Berapakah bilangan buah epal yang di-

(39)

c)

Isi-kan Bilangan meja yang baik di sel B4

2. Irdina mahu membeli alat tulis di sebuah kedai. Berikut merupakan senarai alat tulis yang ingin dibeli beserta harga seunit dan kuantiti.

Dengan menggunakan operasi matematik yang sesuai, anda dikehendaki men- cari :

(40)

Isikan formula bagi sel D4 =

Isikan formula bagi sel D5 =

Isikan formula bagi sel D6 =

Isikan formula bagi sel D7 =

= Isikan formula bagi sel D8

= Isikan formula bagi sel D9

Berapakah Harga Keseluruhan barangan yang di beli oleh Irdina?

(41)

UNIT 1: MENGEKSPLORASI TEKNOLOGI

TAJUK MENGGUNAKAN HAMPARAN ELEKTRONIK UNTUK

MEMBUAT PENGIRAAN

BIL PERKARA YANG DINILAI

TERAMPIL

CATATAN

YA TIDAK

1 Dapat memasukkan data ke dalam baris dan lajur dengan menggunakan hamparan elektronik.

2

Dapat menggunakan gabungan operan tambah, tolak, darab atau bahagi untuk melaksanakan pengiraan mudah berdasarkan data yang telah dimasukkan.

3 Dapat menyimpan hasil kerja ke dalam folder yang sesuai.

KEPUTUSAN

TERAMPIL TIDAK

TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU Tandatangan & tarikh

Gambar

Gambar rajah 1
Gambar rajah 2
Gambar rajah 4
Gambar rajah 6
+7

Referensi

Dokumen terkait

Seiring dengan perkembangan teknologi informasi yang semakin pesat, orang - orang mulai meninggalkan laptop dan mulai menggunakan aplikasi berbasis android dikarenakan lebih mudah

Kajian teori perlindungan hukum sehubungan dengan asas keseimbangan bagi debitor dan kreditor dalam kepailitan berdasarkan Undang-Undang Nomor 37 Tahun 2004 tentang

Apakah barang-barang tersebut sesuai dengan standar yang ditetapkan Kementerian Kesehatan?8. Apakah barang-barang yang disediakan Penyedia tersebut

Kayu olahan rakyat adalah kayu dalam bentuk olahan yang berasal dari pohon yang tumbuh di atas hutan hak dan/ atau lahan masyarakat, antara lain berupa kayu gergajian,

Hasil penelitian menunjukkan bahwa Penyandang Masalah Kesejahteraan Sosial (PMKS) mendapatkan dana anggaran dari APBD Kota Parepare, Adanya peningkatan dalam setiap

Berdasarkan tabel 6, dari hasil uji statistik terhadap intensitas nyeri diperoleh nilai p (0,007) < (α 0,05) dan kualitas nyeri (0,005) < (α 0,05) sehingga

pengendalian produksi dengan baik, maka pada umumnya manajemen perusahaan akan mempergunakan anggaran sebagai alat perencanaan untuk pengendalian biaya

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui karakteristik mutu ikan Bilih (Mystacoleucus padangensis) asap di beberapa pasar kota Padang ditinjau dari kandungan