• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Konflik Dan Hubungannya Dengan Personaliti Guru-Guru Di Negeri Perak. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Malaysia.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengurusan Konflik Dan Hubungannya Dengan Personaliti Guru-Guru Di Negeri Perak. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Malaysia."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengurusan Konflik Dan Hubungannya Dengan Personaliti Guru-Guru Di Negeri Perak

Salomawati Ishak1, Norhayati Hj Mohamed Nor & Noraini Hashim3 1,2,3Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Malaysia

________________________________________________________________________ Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya-gaya pengurusan konflik dan jenis-jenis personaliti dalam kalangan guru-guru di Negeri Perak. Kajian ini juga mengkaji hubungan di antara gaya pengurusan konflik dengan jenis personaliti guru yang dipilih. Beberapa buah sekolah di Negeri Perak telah terlibat dalam kajian ini dan sebanyak 80 borang soal selidik telah diedarkan dan hanya 60 borang soal selidik yang dapat digunakan iaitu sebanyak 75%. Soal selidik yang dibina mengandungi 66 item, 5 item faktor demografik, 25 item gaya pengurusan konflik diadaptasi sendiri oleh pengkaji dan 21 item jenis-jenis personaliti diadaptasi dari kajian lepas. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu berbentuk frekuensi, peratus, min, dan sisihan piawai bagi memperoleh dapatan kajian ini. Hasil dari kajian ini menunjukkan kawalan kendiri dan lokus kawalan mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pengurusan konflik. Dapat dilihat perhubungan yang positif antara kawalan kendiri dengan gaya konflik yang diuji dengan nilai 0.296*, ini bermakna kawalan kendiri memberi kesan yang signifikan terhadap gaya pengurusan konflik guru. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara harga diri dengan gaya pengurusan konflik yang diuji (-.039), guru-guru di Perak didapati tidak mementingkan harga diri dalam menguruskan konflik yang dialami. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan yang positif diantara lokus kawalan diri dan perhubungannya dengan konflik guru (.0264*). Manakala terdapat hubungan yang negatif antara efikasi kendiri guru dengan pengurusan konflik dengan nilai korelasi -.039.

Kata kunci: personaliti, gaya pengurusan konflik, guru sekolah, lokus kawalan, efikasi.

______________________________________________________________________________ Pengenalan

Sekolah merupakan institusi tempat berlakunya pertembungan latar belakang sama ada dari segi pencapaian akademik, bangsa, budaya, agama, nilai, norma, personaliti, ideologi politik dan lain-lain. Oleh yang demikian, konflik dalam organisasi boleh tercetus daripada sikap keengganan memahami dan bertoleransi yang berpunca daripada _______________________________________

(2)

kematangan emosi yang rendah. Ini menyebabkan kurangnya keupayaan individu bersikap terbuka serta mengamalkan amalan tolak ansur. Menurut Jaafar Muhamad (2007), di Malaysia adalah dianggarkan lebih kurang 1 ½ jam dari 8 jam bekerja sehari ditumpukan bagi menghadapi konflik. Kebanyakan pihak pengurusan akan cuba mengurangkan konflik disebabkan oleh keburukan-keburukan yang timbul dari konflik. Antaranya ialah peningkatan dalam pusing ganti, pengurangan kepuasan pekerja, ketidakcekapan, sabotaj, mogok dan agresif.

Konflik sebenarnya berlaku dalam kehidupan manusia sama ada dalam institusi formal atau tidak formal. Apabila berlaku pertentangan yang tidak ada kata kesepakatan, hingga menimbulkan konflik kontroversi antara pihak yang terlibat dalam organisasi, maka bermula kisah baru iaitu timbulnya krisis yang tidak dipertimbangkan dengan wajar malahan lebih bersifat emosional. Dalam makna yang mudah, tanpa konflik maka tidak ada penyelesaian yang membolehkan organisasi bergerak dalam arah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sering kali juga diperkatakan bahawa ramai ahli organisasi yang cuba mengelak daripada berlaku konflik demi menjaga keharmonian dan kerukunan dalam organisasi walaupun ahli-ahli di dalam organisasi tersebut tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara. Jika ini berlaku, sudah pasti organisasi tersebut tidak boleh berkembang secara lebih dinamik. Secara mudahnya, konflik terjadi apabila ada pertentangan daripada segi kepentingan, nilai dan objektif atau apa sahaja yang berbeza dengan pendapat kita.

Oleh yang demikian, kebanyakan pihak pengurusan berpendapat konflik yang berlaku membawa tafsiran serta gambaran yang tidak baik dan mengancam perjalanan sesebuah sekolah. Walaupun begitu, terdapat juga golongan yang melihat konflik sebagai suatu kesempatan bagi pengetua untuk memperbetulkan keadaan. Namun menurut Baron (1988) berpendapat, biasanya individu yang mempunyai kuasa cenderung mengkritik para pekerja apabila marah, kecewa dan tidak berupaya mengawal kemarahan. Apabila pengurus pendidikan tidak mampu mengawal kemarahan, akibatnya adalah negatif kerana maklum balas yang ditunjukkan tidak spesifik ataupun tidak dipertimbangkan

(3)

kritikan negatif tidak boleh diterima oleh individu atau pihak yang terlibat, maka akan bermula konfrantasi secara langsung yang lebih tinggi dan sukar diselesaikan. Sebagai contoh pengurusan dasar atasan yang memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, mewujudkan konflik yang baru dalam senario pendidikan negara kerana menyentuh soal nilai dan budaya hingga menyebabkan isu ini dicadangkan agar dikaji semula akibat konflik yang menjadi krisis terhadap pemerintahan negara antara pihak yang terlibat.

Penyataan Masalah

Pengurusan konflik yang berkesan adalah sangat penting bagi seseorang guru. jika seseorang guru yang berjaya mengawal konfliknya dengan berkesan akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta hubungan antara guru dengan pihak lain. Sebaliknya, jika guru tidak dapat mengenalpasti dan tidak dapat mengatasi konflik yang dialami dengan berkesan akan menjejaskan perhubungan antara guru dengan guru, pihak sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran juga akan terbantut.

Berdasarkan kepada kepentingan bahawa jenis-jenis personaliti merupakan antara faktor terpenting dalam mempengaruhi gaya pengurusan konflik seseorang guru, adalah wajar untuk mengkaji apakah jenis-jenis personaliti yang mempengaruhi gaya pengurusan konflik guru-guru sekolah di Negeri Perak. Seterusnya adalah wajar bagi mengkaji sama ada terdapat hubungan antara jenis-jenis personaliti ini dengan gaya pengurusan konflik yang digunakan oleh guru. Tanpa dapatan empirikal,adalah tidak pragmatik sama skali para guru di sekolah untuk melakukan suatu yang berkesan bagi meningkatkan gaya pengurusan konflik.

Sorotan Literatur

Konflik, dalam maksud yang mudah dapat dihurai sebagai perbezaan pendapat antara dua pihak yang membawa kepada percanggahan. Menurut Laue (1987) konflik tidak pernah diselesaikan apabila keputusan yang terhasil tidak mewakili kepentingan pihak-pihak yang terlibat. Maka konflik memerlukan kedua belah pihak bagi tujuan penyelesaian ataupun pihak ketiga sebagai perantara bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam

(4)

suasana yang terbaik. Chanin dan Schneer (1984) mendapati, kesesuaian menggunakan cara mengurus konflik antara individu bergantung pada situasi di mana konflik itu berlaku.

Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan. Berdasarkan penyelidikan Dr Kenneth, W. Thomas and Warren H. Schmidt, pengurus di Amerika memperuntukkan 20% masa kerja mereka semata-mata untuk mengurus konflik dan krisis dalam organisasi.

Hipotesis

Di dalam kajian ini, terdapat 5 hipotesis yang pengkaji ramalkan antaranya ialah terdapat hubungan signifikan yang positif diantara lokus kawalan dalaman dan luaran dengan gaya menguruskan konflik,terdapat hubungan signifikan yang positif diantara kawalan kendiri dengan gaya menguruskan konflik,terdapat hubungan signifikan yang positif diantara efikasi kendiri dengan gaya menguruskan konflik,tiada perbezaan yang signifikan antara harga diri dengan gaya menguruskan konflik dan sejauh manakah sumbangan personaliti mempengaruhi gaya pengurusan konflik.

Sampel kajian

Kajian yang dilakukan telah dibuat ke atas responden adalah seramai 60 orang guru di Perak yang terdiri dari pelbagai personaliti yang diwakilinya. Sampel disusun mengikut umur daripada 20 tahun hingga 41 tahun ke atas.Merujuk kepada responden didapati 18.3% adalah perempuan dan 81.7% adalah terdiri daripada lelaki. Sampel bagi yang berumur 20-30 tahun adalah sebanyak 76.6%, 31-40 tahun adalah sebanyak 16.7% dan bagi yang berumur 41 tahun ke atas adalah sebanyak 6.7%.

(5)

Prosedur

Versi bahasa melayu soal selidik pengurusan konflik dan perhubungannya dengan personaliti guru di Negeri Perak telah ditadbirkan kepada sampel guru-guru yang mempunyai personaliti yang berbeza di kalangan guru-guru di beberapa buah sekolah di Negeri Perak. Borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru di beberapa buah sekolah di Negeri Perak melalui empat orang yang sama dengan kumpulan pengkaji. Cara-cara pentadbiran soal selidik diterangkan kepada mereka yang terlibat sebelum pentadbiran soal selidik dijalankan di sekolah-sekolah mereka. Setiap guru yang ingin di ambil soal selidik diberikan satu set soal selidik. Mereka diberitahu tiada jawapan betul dan salah dan setiap soalan diberikan jawapan dalam bentuk 5 skala iatu dari sangat tidak setuju hingga sangat setuju. Mereka dikehendaki menulis nombor skala pada jawapan mengikut pilihan mereka berdasarkan pernyataan yang diberi dalam soal selidik tersebut. Sebanyak empat buah sekolah telah terlibat dalam soal selidik ini dan setiap seorang dari kumpulan pengkaji mentadbir setiap 1 sekolah yang telah dibahagikan. Persediaan telah dibuat dengan pihak sekolah sebelum pengumpulan data dijalankan.

Instrumen

Instrumen kajian yang menggunakan soalselidik yang mengandungi 21 item soalan bagi menguji jenis personaliti dan 25 item bagi menguji gaya pengurusan konflik guru. Pengukuran komprehensif tentang 5 jenis personaliti guru yang mengandungi 4 jenis personaliti : kawalan kendiri (B1-B5), harga diri (B6-B10), lokus kawalan (B11-B16) dan efikasi kendiri (B17-B21). Soalan bagi item lokus kawalan dan kawalan diri telah diadaptasi daripada kajian Nek Kamal Yeop Yunus, manakala item soalan efikasi kendiri dan harga diri telah dibina sendiri oleh penyelidik. Contoh soalan bagi menguji personaliti seperti : ”Saya kerapkali dapat membaca perasaan sebenar seseorang dengan betul melalui matanya”, dan ” Saya rasa simpati terhadap perasaan orang lain”. Guru-guru telah diberi arahan di dalam borang soalselidik untuk memilih skala 1 hingga 5 mengikut skala Likert bagi menggambarkan penyataan pilihan jawapan mereka, dimana 1 = sangat tidak setuju dan 5 = sangat setuju.

(6)

Semua data daripada soal selidik diproses dengan menggunakan program SPSS for Windows Version 17. Kebolehpercayaan ketekalan dalaman skala dan subskala alat ukur ini ditentukan dengan menggunakan Pekali Cronbach Alfa. Pekali kebolehpercayaan Cronbach bagi skala alat ukur personaliti didapati ialah 0.707 untuk 21 item.

Gaya pengurusan konflik yang diukur menggunakan skala pilihan 1 hingga 5 telah digunakan dalam kajian tentang pengurusan konflik (Antonioni, 1998). Pengukuran item pilihan 1 hingga 5 mengikut skala likert ini dimana 1 = sangat tidak setuju dan 5 = sangat setuju. Soalselidik yang mengandungi 25 item tentang gaya pengurusan konflik adalah berdasarkan Model Pengurusan Konflik Thomas (1976). Subjek telah dinyatakan di dalam borang soalselidik tentang 5 item skala untuk menyatakan gaya subjek dalam menguruskan konflik. Setelah dinilai alat kajian ini, gaya pengurusan konflik mempunyai kebolehpercayaan alpha yang tinggi iaitu 0.730. Hasil kebolehpercayaan bagi skala dan subskala gaya pengurusan konflik ditunjukkan di dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 1: Kebolehpercayaan Jenis-Jenis Personaliti Guru dan Gaya Pengurusan Konflik

Instrument No of item Cronbach Alpha

Personality factors 21 .707

Conflict Management 25 .730

Analisis regrasi yang menggunakan SPSS telah digunakan untuk melihat perhubungan antara personaliti dan gaya pengurusan konflik guru dimana pembolehubah bersandar telah dimasukkan ke dalam kawalan pembolehubah, gaya pengurusan konflik dimasukkan sebagai blok pertama, kemudian pembolehubah tidak bersandar iaitu jenis-jenis personaliti seperti kawalan kendiri, harga diri, lokus kawalan dan efikasi kendiri sebagai blok yang seterusnya.

(7)

Dapatan kajian

Jadual 2 melaporkan tentang Korelasi Pearson hubungan diantara jenis-jenis personaliti dan gaya pengurusan konflik guru.

Jadual 2: Korelasi Pearson N = 60

Pembolehubah Kawalan

Kendiri Harga Diri Lokus Kawalan Efikasi Kendiri

Konflik .296(*) -.039 .264(*) -.039

Sig. (2-tailed) .022 .766 .042 .765

* Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Daripada jadual tersebut, sebanyak 60 orang responden daripada pelbagai latar belakang demografi telah yang diuji tentang hubungan gaya pengurusan konflik dan hubungannya dengan responden yang merupakan guru-guru di Perak. Dapat dilihat perhubungan yang positif antara kawalan kendiri dengan gaya konflik yang diuji dengan nilai 0.296*, ini bermakna kawalan kendiri memberi kesan yang signifikan terhadap gaya pengurusan konflik guru. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara harga diri dengan gaya pengurusan konflik yang diuji (-.039), pengkaji mengandaikan bahawa guru-guru di Perak tidak mementingkan harga diri dalam menguruskan konflik yang dialami. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan yang positif diantara lokus kawalan diri dan perhubungannya dengan konflik guru (.0264*). Manakala terdapat hubungan yang negatif antara efikasi kendiri guru dengan pengurusan konflik dengan nilai korelasi -.039.

Jadual 3 : Analisis regresi berganda

a Predictors: (Constant), Efficacy, Monitoring, Locus, Esteem Mo

del R SquareR SquareAdj. R

Std. Error of the Estimate Change Statistics R Square Chang F Chang e df1 df2 ChangeSig. F 1 .421a .177 .117 .34431 .177 2.964 4 55 .027

(8)

Daripada jadual 3 di atas, melalui analisis regrasi yang dijalankan, pengkaji mendapati R square adalah 0.177, ini bermakna 17.7% sahaja yang menyumbang jenis-jenis personaliti kearah penyelesaian konflik guru. Dalam melihat perhubungan antara pengurusan konflik dan jenis personaliti guru pula, korelasi Pearson telah digunakan dan pengkaji mendapati nilai P = 0.027, iaitu nilai P adalah lebih rendah dari 0.05, maka ia adalah signifikan.

Dalam merumuskan penyelidikan yang dikaji, pengkaji telah menggunakan rumus :

Y = a + (b1. x1) + ( b2. x2) + ( b3. x3) + ( b4. x4) + e

Y = 2.191 + (.257 (monitoring) -.036 (esteem) + .263 (locus) -.139 (efficacy).

Daripada rumusan di atas dapat di buat kesimpulan bahawa pelbagai personaliti mempengaruhi gaya pengurusan konflik di kalangan guru. Empat ciri personaliti yang terlibat ialah kawalan kendiri (monitoring),nilai kendiri (self-esteem),lokus kawalan (locus) dan efikasi kendiri (efficacy).Y menunjukkan gaya pengurusan konflik yang di capai berdasarkan jenis-jenis personaliti yang terlibat.Pemalar bagi rumus ini ialah a iaitu 2.191 yang tetap dan tidak akan berubah apabila pekali personaliti lain berubah.Manakala pekali bagi kawalan kendiri pula ialah .257 iaitu positif ini kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan gaya pengurusan konflik.Bagi pekali nilai kendiri pula (esteem) pula di tunjukkan pekali negatif yang menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara nilai kendiri dengan gaya pengurusan konflik.Lokus kawalan (locus) pula menunjukkan pekali yang positif yang bermaksud terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dengan gaya pengurusan konflik.Personaliti yang terakhir ialah efikasi kendiri (efficacy) yang menunjukkan pekali yang negatif membawa maksud tiada hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan gaya pengurusan konflik. Merujuk pada e pula iaitu sebanyak 0.561 merupakan standard error pemalar

(9)

dengan gaya pengurusan konflik manakala personaliti efikasi kendiri dan nilai kendiri pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pengurusan konflik.

Perbincangan

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru di Perak mempunyai tahap pengurusan konflik yang tinggi. Ini beerti majoriti guru di Perak dapat menguruskan konflik dengan baik menggunakan jenis personaliti lokus kawalan dan kawalan diri dengan positif. Mereka mempunyai kawalan diri yang baik daripada aspek fizikal, psikologi mahupun social. Bagaimanapun, didapati terdapat juga guru-guru di Perak yang tidak mementingkan harga diri dalam menguruskan konflik yang dialami. Guru-guru di Perak juga mempunyai efikasi diri yang rendah dalam menguruskan konflik. Dapatan ini menyarankan guru-guru yang mempunyai konflik ini perlu diberi perhatian, bantuan serta dorongan yang lebih oleh guru-guru lain dan pihak pengurusan sekolah dari segi pemupukan dan peningkatan tahap gaya pengurusan konflik yang positif.

Hasil kajian ini membuktikan wujudnya hubungan yang signifikan diantara jenis-jenis personaliti dengan gaya pengurusan konflik guru-guru di Perak (P = 0.027, P < 0.05) walaupun pada tahap yang sederhana. Dapatan ini menolak hasil kajian Azwan Ahmad (2003) yang mendapati hubungan efikasi kendiri dengan gaya pengurusan konflik guru adalah signifikan pada tahap sederhana. Ini disebabkan responden yang digunakan adalah terdiri daripada guru-guru di Perak sahaja dalam jumlah yang kecil iaitu 60 orang responden sahaja, dimana jumlah ini tidak dapat menggambarkan keseluruhan guru-guru di Perak. Di samping itu, terdapat juga beberapa limitasi lain seperti kekangan masa yang singkat dan kewangan. Bagaimanapun, ia menyokong dapatan kajian Saemah & John Arul (2006) yang menyatakan efikasi kendiri tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang hampir sama oleh Turin Ahmad (1995) yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan personaliti guru.

Hasil kajian ini menyarankan 17.7% variabiliti gaya pengurusan konflik guru boleh dijelaskan menerusi jenis-jenis personaliti yang dimiliki oleh guru-guru di Perak. Maka, sebarang usaha untuk mempertingkatkan gaya pengurusan konflik guru-guru di

(10)

Perak harus mempertimbangkan langkah-langkah yang berkesan bagi meningkatkan tahap personaliti guru.

Apabila jenis-jenis personaliti dibahagikan kepada lokus kawalan kendiri, kawalan diri, efikasi kendiri, dan harga diri dan dikorelasikan dengan gaya pengurusan konflik dan perbandingan pekali-pekali yang diperolehi dilakukan, adalah didapati kawalan diri mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan gaya pengurusan konflik (P=.296*). Manakala lokus kawalan diri pula adalah yang kedua tertinggi dengan gaya pengurusan konflik (.264*). Ini beerti para guru di Perak menggangap mereka boleh menguruskan konflik dengan berkesan melalui kawalan diri dan lokus kawalan diri yang efektif. Sementara itu, hasil dari dapatan kajian mendapati efikasi kendiri mempunyai hubungan yang negatif dengan gaya pengurusan konflik (-.039) dan harga diri juga mempunyai hubungan yang negatif dengan gaya pengurusan konflik (-.039). Hasil ini disokong oleh Zaleha Yusoff (1996) yang menyatakan efikasi kendiri mempunyai hubungan yang negatif dengan kegemaran gaya pengurusan konflik guru. Ringkasnya, wujudnya perbezaan daripada aspek jenis-jenis personaliti lokus kawalan dan kawalan diri dengan efikasi kendiri dan harga diri guru dalam menyelesaikan atau menguruskan konflik yang dialami. Sebab sebenar wujud perbezaan tersebut sukar diperjelaskan dengan kajian yang ringkas ini.

Kesimpulan

Kepentingan pengurusan konflik dalam dunia pendidikan masa kini tidak boleh disangkal lagi.Pengurusan konflik telah menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tanpa adanya konflik sama ada antara guru dengan guru,guru dengan pelajar,guru dengan ibu bapa pelajar serta hubungan guru dengan pentadbiran sekolah.Guru yang datang dari pelbagai personaliti ini mempunyai gaya pengurusan yang berlainan antara satu sama lain dan mereka menyelasaikan konflik dengan gaya-gaya tertentu.

(11)

signifikan antara harga diri dan efikasi kendiri terhadap gaya pengurusan konflik guru-guru di Negeri Perak. Ini bermakna hanya jenis personaliti kawalan diri dan lokus kawalan kendiri sahaja yang menyumbang kepada gaya pengurusan konflik guru-guru di Perak. Manakala harga diri dan efikasi kendiri tidak menyumbang kepada gaya penyelesaian konflik yang dialami oleh guru-guru sekolah di Perak. Pada umumnya dapat disimpulkan bahawa hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan keputusan yang positif dan dapat mewakili keseluhuran guru-guru di Negeri Perak

Rujukan

Abdel-Halim, & Ahmed A. (1978)., Employee Affective Responses to Organizational Stress: Moderating Effects of Job Characteristics. Personnel Psychology, 31, 561-79.

Azizi Hj. Yahaya, (2005), Hubungan Antara Lokus Kawalan Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Teknik, Jabatan Pengurusan Pemasaran, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Segamat.

Azwan Ahmad et al.,(2005), Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Komputer, Jurnal Penyelidikan Ekonomi, 7, 15-24 Burns, S. & Burns, K. (1989)., Recognizing Stress. New York: Pergamon Press.

Cheong Sau Kuan et. al, (2005)., The Effects of Owning a Pet on Esteem and Self-Efficacy of Malaysian Pet Owners. Sunway Academic Journal 2, 85–91 Chua, Bee Seok, (2003)., Model Hubungan Antara Stress Pekerjaan Dengan Masalah

Kesihatan Mental Yang Mengambil Kira Tingkah Laku Jenis A, Lokus Kawalan, Kepuasan Kerja Dan Strategi Daya Tindak, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

Dalam Negeri. ( 2005). Hasil kajian beban tugas guru dilaksana 2006. Berita Harian. 30 Ogos.

Dunham, J. (1976). Stress Situations and responeses in National Association of

Schoolmasters (Ed.). Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association of Schoolsmasters.

Dunham, Jack. (1977). The Effects of Disruptive Behavior on Teachers. Educational Review, 19(3), 181-187.

(12)

Fisher, S. (1994). Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for Research into Higher Education & Open University Press.

Gillett, R. (1997). Mengatasi Tekanan. Kuala Lumpur: Golden Books Centre.

http://one.indoskripsi.com/judul-skripsi-tugas-makalah/psikologi-industri/konflik-dalam-organisasi.

Jacobson, Stephen L.( 1989). The Effects of Pay Incentives on Teacher Absenteeism. The Journal of Human Resources, 24(2), (Spring), 280-286.

Johnston, M., & Kirschner, B. (Eds.).( 1996). The challenges of school / university collaboration: Theory Into Practice (Vol. 35). Columbus, OH: The College of Education, The Ohio State University.

Jaafar Muhammad ( 2007). Pengantar Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti, Selangor

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (1999) Edisi Ketiga

Krejie, RV& Morgan,(1970)., Educational and Psycological Measurement. John Wiley and Sons, New York

Laman Dewan Bahasa Dan Pustaka http://www.dbp.gov.my

Najeemah Mohd Yusof, (2006)., Hubungan Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Di Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan.

Pauzi Mohd Isa.( 2005). Bebanan tugas guru mesti ditangani segera. Berita Harian. 12 Julai.

Rencana. (2005). Kembalikan semula tugas hakiki pendidik. Berita Harian. 8 Julai. Saemah Rahman et. al , (2006)., Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan

Pencapaian Akademik Pelajar Universiti, Jurnal Pendidikan, 31, 21-39

Sahin Kesici,(2007)., Democratic Teacher Beliefs According To The Teacher’s Gender and Locus of Control. Journal of Psychology. 35, 62-69.

(13)

Thomas A. Cornille et. al, (1999), Teacher’s Conflict Management Styles With Peers And Students’ Parents. The International Journal Of Conflict Management.10, 69-79. Turin Ahmad, (1995), Gaya Pengurusan Konflik Di Kalangan Guru-Guru Sekolah

Menengah Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman, Universiti Utara Malaysia Zaleha Yusoff (1996), Hubungan Gaya Pengurusan Konflik Dengan Jenis Personaliti

Guru-Guru Asrama di Terengganu, Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait