• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses Jahitan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Proses Jahitan"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK

TAJUK 3

3 PROSES

PROSES JAHITAN

JAHITAN

3.1 SINOPSIS 3.1 SINOPSIS

Kursus ini memfokuskan tujuh jenis proses jahitan yang perlu dijalankan dalam membuat pakaian iaitu kelim, belah, lengan, penghilangan gelembong, garis leher, kancing dan pe nyudah tepi. Setiap pros es meliputi aspek fungsi, faktor pe milihan, jenis dan langkah-langkah menyedia dan menjahit setiap proses.

3.2

3.2 HASIL HASIL PEMBELAJARANPEMBELAJARAN

1.. Mengenal pasti tujuh proses jahitan yang penting dalam membuat pakaian

2. Menerangkan maksud dan jenis kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher

3. Menjelaskan cara menyedia dan membuat kelim, belah, kancing, penghilangan gelembong, penyudah tepi,lengan dan garis leher

4. Menghuraikan ciri perbezaan jenis kelim, belah, penghilangan gelembung, penyudah tepi, lengan dan garis leher

(2)

3.3

3.3 KERANGKA KERANGKA TAJUK-TAJUKTAJUK-TAJUK

3.4

3.4 ISI ISI KANDUNGANKANDUNGAN

1. Proses menjahit merupakan langkah berturutan dalam menyediakan sesuatu proses untuk membuat pakaian atau artikel.

2. Penghilangan gelembong ialah proses menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.

3. Kelim ialah proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Kelim juga digunakan untyuk member bentuk dan stail pada pakaian.

4. Belah ialah suatu proses jahitan yang dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan serta mengekalkan ciri tradisional pada pakaian.

5. Garis leher merupakan sebahagian daripada pakaian yang boleh dikemaskan dengan kolar, lapik, kun, ropol atau renda.

6. Penyudah tepi ialah suatau proses yang digunakan untuk mengukur, mengemas, dan menghias hujung pakaian atau artikel.

7. Lengan merupakan sebahagian daripada pakaian yang berfungsi untuk menambah stail, melindungi dan menutup kecaccatan lengan disamping dapat mengekalkan cirri traadisional sesuatu pakaian.

8. Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk mengekalkan bentuk asal. 3.4.1 KELIM 3.4.1 KELIM PROSES JAHITAN Penghilangan gelembong Penyudah

tepi Garis leher Kelim Belah

(3)

1. Definisi KelimDefinisi Kelim

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin.

2. Kegunaan Kelim

2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik 2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik. 2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian.

2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan. 3. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim

3.1 Jenis fabrik

Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi.

3.2 Jenis pakaian

Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak.

3.3 Gaya dan kedudukan kelim.

Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar , skirt atau sarung

4. Jenis kelim

4.1 Kelim Belah Kangkung 4.2 Kelim Betawi

(4)

4.3 Kelim Lipat Tindih 4.4 Kelim Papan Mesin 4.5 Kelim Papan Tangan 4.1 Kelim Belah Kangkung

Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis

Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian, kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat

Lebar kelim yang siap antara 1.25 cm hingga 2.5 cm Ciri Kelim Belah Kangkung

 Lebar kedua-dua basi kelim sama  Kelim rata dan terbuka

Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar

 Tidak beralur di sebelah luar  Tepi basi kelim perlu dikemaskan

(5)

1a. Temukan sebelah luar fabrik.

b. Sematkan peniti, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan.

2. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka

3. Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung dengan kaedah yang berikut: 3.1 Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari

3.2 Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin 3.3 Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi 3.4 Mengemas basi kelim dengan jahitan lilit kemas

3.4.2

3.4.2 PENYUDAH PENYUDAH TEPITEPI Fungsi

(6)

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Faktor pemilihan

Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

PENYUDAH TEPI PENYUDAH TEPI (Kelepet dan Kun) (Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

Jenis penyudah tepi 1. Kelepet 2. Kun

Jenis-jenis Penyudah Tepi

Langkah-langkah menjahit Penyudah tepi kelepet dan kun 1. Kelepet 1. Kelepet 2. penjuru 3. Lapik 4. Kun 4. Kun 5. Renda 6. Ikatan Pinggang 7. Kasing 8. jahitan Sulaman

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit Penyudah Tepi

(7)

Proses menyedia :

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi. 1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. 2. Kukuh , tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata.

3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin.

4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.

5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan Cantik dijadikan perhiasan.

KELEPET KELEPET

Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah

1. Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi.

2. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian.

3. Jenis mata jahitan yang digunakan untuk menjahit pakaian yang meretas ialah: a. Jahitan Sembat

(8)

b. Jahitan Silang Pangkah

Proses menjahit kelepet lurus Proses menjahit kelepet lurus

Langkah

Langkah 1 1 Langkah Langkah 22

Tandakan kedudukan kelepet Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam selebar 6mm

6mm 66mm

6mm 6

Rajah 3.1 dan 3.2 Proses menjahit Kelepet Lurus

Langkah

Langkah 3 3 Langkah Langkah 44

- Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti

selebar 2 ½ cm –6 1/2 cm - Jahit sembat susup di sepanjang

- semat dan jelujur kelepet.

(9)

2 ½ cm -6 ½ cm

Rajah 3.3 dan 3.4 Proses menjahit Kelepet Lurus

Langkah 5

Langkah 5 Langkah 6Langkah 6

Menetapkan kelepet pada pakaian Menetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat

Rajah 3.5 dan 3.6 Proes menjahit Kelepet Lurus

2.

2. JALUR JALUR SERONG SERONG TEPAT TEPAT / / KUNKUN

Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit.

Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat ( rujuk Rajah 3.7)

 Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan.  Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian

(10)

guntingkan jalur serong.

 Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya kedua-dua tepinya mengikut ira lurus .

 Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm.  Jelujur dan jahit mesin jalur serong.

 Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar

Lipatan serong tepat

peniti

(11)

Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting

jahit mesin

(c)

hujung terkeluar 9mm Kelim menyambung

Rajah 3.7 J alur serong tepat

Langkah-langkah Kun di tepi lurus(sebagai lapik)

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan

2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm 3. Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam Sebelah dalam

(12)

Mengemaskan lapik dengan Mengemaskan lapik dengan

sembat susup sembat susup

Sebelah luar Sebelah luar

Rajah 3.8 J alur serong tepat

Aktiviti 4 Aktiviti 4

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet?

A. Satu B. Dua

C. Tiga D. Empat

2. Jalur serung tepat dipotong ... ganda daripada lebar kun yang siap A . 1 kali B. 2 kali

C. 3 kali D 4 kali

3. Gambarajah di bawah menunjukkan ...

Rajah 1

A. Kelim B. Kelepet

(13)

4. Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung? i. Dengan menjahit sembat susup

ii. Dengan membuat lisu-lisu kecil

iii. Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari.

iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin. A. i dan ii B. ii dan iii

C. i dan iii D. ii dan iv

5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah... A. rata dan kemas

B sekata lebarnya C. kukuh dan kemas

D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas.

1. Apakah perbezaanKelepetKelepetdenganKun?Kun?

2. Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung. 3. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian. 4. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting dan

menyambung jalur serung tepat.

3.4.3 BELAH 3.4.3 BELAH

Aktiviti 5 Aktiviti 5

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1. Apakah yang dimaksudkan Belah dalam proses jahitan pakaian ? 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan belah ? 3. Dengan menggunakan gambarajah , terangkan proses jahitan bagi

(14)

3.1 Belah kelepet sama lebar 3.2 Belah berzip 3.3 Belah berkun 3.4.4 KANCING 3.4.4 KANCING Aktiviti 6 Aktiviti 6

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian

2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan dua contoh kancing setiap satu.

3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang berlubang dua.

4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

3.4.5

3.4.5 PENGHILANGAN PENGHILANGAN GELEMBUNGGELEMBUNG

Aktiviti 7 Aktiviti 7

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1. Terangkan fungsi penghilangan gelembung pada pakaian

(15)

3. Dengan bantuan gambarajah , bezakan proses jahitan bagi cara menghilang gelembung : Kedut lepas , Lisu : lisu beriring , lisu terbalik , lisu bertentang , lisu hias dan lisu pemadan

3.4.6 LENGAN 3.4.6 LENGAN

Aktiviti 8 Aktiviti 8

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta 2. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik

3. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

3.4.7

3.4.7 GARIS GARIS LEHERLEHER

Aktiviti 9 Aktiviti 9

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Pelajar dikehendaki melayari internet dan/atau merujuk buku dalam mencari maklumat bagi aktiviti ini .

1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus 2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus

3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher mengikut urutan yang betul

(16)

Referensi

Dokumen terkait