•
colloquium
Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind In Art Design &Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
proceeding book 27&28 December 2016 Universiti Teknologi MARA, Melaka, Malaysia.Empowering Local Mind In Art Design&Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
EDITORS AND COMPILERS: Dr. Azahar Harun
Dr. Rosli Zakaria Dr. Abd Rasid
Pn. Haslinda Abd Razak
Pn. Liza Marziana Mohammad Noh En Nadzri Mohd Sharif
En. Shaleh Mohd Mujir Pn Fatrisha Mohamed Yussof Pn Anith Liyana Amin Nudin Pn lIinadia Jamil
Cik Fazlina Mohd Radzi Cik Aidah Alias Cik Nurkhazilah Idris
COVER DESIGN: Norsharina Samsuri
PUBLISHED BY: Faculty of Art & Design, UiTM Melaka
KM26 Jalan lendu. 78000 Alor Gajah, Melaka
Tel: +606 - 55820941 +60655821901 +6065582113 Email: [email protected]
Web: http://isme2016.weebly.com ISBN: 978-967-0637-26-6
•
Empowering Loesl Mind In Art DfJSlgn
& CuffulBl H.rlttJg8
2016
Allrights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored inaretrievalsystem ortransmitted In any formorby any means, electronic, mechanical, photocopying, recordingorotherwise, without permission of the copyright holder.
•
Empowering Local Mind InArtDesign & Cultural Heritage
2016
Empowering Local Mind
In Art Design & Cultural Heritage
3rd ISME
International
Colloquium
2016
Copyright © 2016
Faculty of Art& Design,
UiTM Melaka KM26 Jalan Lendu,
78000 Alor Gajah Melaka
1 Personification in Marketing Communication: Case Study of Malaysian Brands
Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak, Russlan Abd Rahim, Lili Eliana Mohd Radzuan, Amina Syarfina Abu Bakar
9
2 The Image of Man after September 11
Mohd. Shaharudin Sabu, Mohd. Saharuddin Supar, Hisammudin Ahmad, Shaharin Sulaiman, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Mohd. Ali Azraei Bebit, Shahrul Munir Mohd Kaulan
21
3 The Image Construction of Loro Blonyo Craft in Global Market through
Packaging Design that Reflect Local Image
Nanang Yuliantoa, Edy Tri Sulistyoa, Slamet Subiyantoroa, and Nadia Sigi Prameswaria
27
4 Game-Based Learning using Visual Spatial Approach for Children with
Autism to Improve Social Development: A Pilot Study
Ilinadia Jamil, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan, Azzureen Nor Ain Azizuddin and Zainal Kadir
32
5 Visual Iklan Berunsurkan Seksual Di Media Internet: Persepsi Golongan
Bawah Umur
Fatrisha Mohamed Yussof, Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Norsharina Samsuri,Nurkhazilah Idris, Nor Sabrena Norizan
42
6 An Iconographical Interpretation Of Street Art In Malaysia
Syafril Amir Muhammad, Nurul Huda Mohd Din, Profesor Dr. Muliyadi Mahamood, Dr. Mumtaz Mokhtar
51
7 The Relationship between Place and Hallmark Event; Malaysian Cultural
Context
Musaddiq Khalil, Amer Shakir Zainol, Shaliza Dasuka, Liza Marziana, Khazilah Idris, and Fazlina Radzi
64
8 Aplikasi Teknik Tempa dan Peleburan dalam Seni Arca Besi Raja
Shah-riman Raja Aziddin
Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris,Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil Imran
74
9 Sulaman Keringkam : Motif Kemasan Sisi Beridentiti Melayu Tempatan
Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron, dan Abdul Latif Samian
85
10 Malay Aesthetic Concept through Malay Woodcarving Motifs in Visual
Artworks
N. A. Hassan, P. Amin, and S. Tohid
97
11 Illustrasi Poster Kempen Alam Sekitar dalam Simbol Kebudayaan
Muliyati Binti Mat Alim, and Profesor Madya Dr. Abdul Halim bin Husain
106
12 Penghayatan Nilai- Nilai Patriotisme Dalam Arca Awam Pelajar Uitm
Melaka Sempena Pertandingan Hiasan Patriotisme Daerah Alor Gajah W. M. Z. Wan Yaacob, N.H. Abdulah, A. Osman, M. F. Samsudin,M. A. A. Bebit, S. M. Mohd Kaulan dan M. S. Sabu
118
13 Keunikan Ukiran Patung Kayu dalam Kehidupan Kaum Jah Hut dalam Keperluan dan Kepercayaan
Nor Edzrine Binti Abdullah Sani
124
14 Properties of Mandi Bunga (flowering bath) as Malaysian tradition
Practice
S. Roslan, R. Legino
135
15 Malaysian Batik Painting From 1950 to 2010: A Study on Style
A.E. Mohd Fauzi, N. H. Ghazali and N. H. Ahmad
145
16 Interpreting Motif and Pattern in Mohd Nor Mahmud Painting Batik:
Pakai Semutar Kain Lepas.
H. Abd Razak, R.Legino, B. Samuri
151
17 The Aesthetic of Traditional Lurik in Socio-Cultural Context
E. S.Handayani
157
18 Brand Identity on Local Malay Herbal Toiletries Packaging Design as a Potential Tourism Product
Siti Sarah Adam Wan, Noraziah Mohd Razali, Wan Nur Khalisah Shamsudin & Ariff Ali
162
19 Budaya Melayu Sebagai Simbol dan Makna Dalam Seni Catan Moden
Malaysia
Liza Marziana Mohammad Noh, Hamdzun Haron, Abdul Latif Samian & Tengku Intan Suzila Tengku Sharif
172
20 Budaya Visual ‘Seni Kolam’ Dalam Sistem Sosial Masyarakat India
Santhi A/P Letchumanan, Lee Hoi Yeh, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Hussain
180
21 Cetusan Idea Seni Tekat Perak
Azni Hanim Hamzah, Salina Abdul Manan, Noor Hafiza Ismail & Nur Hikma Mat Yusuf
198
22 Chlorophyll Print: An Alternative Approach to Describe Photographic
Printing Process Using Nature Based For Photography Students Dona DLowii Madon, Aidah Alias, Raziq Abdul Samat, Farihan Zahari, Shafira Shaari & Shaharin Sulaiman
207
23 Designing Jawi Typefaceto Enhance The Quality of Modern Design
Mohamed Razeef Abdul Razak, Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain, Dr. Azahar Harun, Dr. Saiful Akram Che Cob & Lili Eliana Mohd. Radzuan
218
24 Diversification of Batik Jarum Handicraft Art Product to Solidify Community Based Creative Economic Developmentin Klaten Regency
Margana
25 Empowering “Girli” Batik Craftswomen to Enhance Family Economy and Develop Tourism Village in Sragen District
Dr. Slamet Supriyadi & Prof. Dr. Sariatun
236
26 Identiti Visual Seni Catan Moden Malaysia Melalui Media Campuran Dalam Konteks Kebudayaan
Fairus Ahmad Yusof 1, Prof. Madya. Dr. Abdul Halim Husain
244
27 Inovasi Media TMK Dalam Pendekatan Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual
Siti Hayati binti Haji Mohd Yusoff
274
28 Interpretasi Kandungan Imej Fotografi Digital Sosio-Masyarakat
Me-layu Berdasarkan Konsep Literasi Visual
Nadzri Mohd Sharif, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin
291
29 Kartun Akhbar Sebagai Wadah Penyampaian Suara Masyarakat: Suatu Kritikan Terhadap Isu-Isu Semasa
Shaliza Dasuki, Liza Marziana Mohammad Noh, Nurkhazilah Idris, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Mohd Khalil & Nur Hasliza Abdulah
304
30 Kartun Bertemakan Keagamaan Atas Talian: Interpretasi Dakwah dan
Sindiran
Fazlina Mohd Radzi, Shaliza Dasuki, Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh & Musaddiq Muhamad Khalil
317
31 Keindahan Tengkolok Getam Pekasam Warisan Kesultanan Perak
Darul Ridzuan
Liza Marziana Mohamad Noh, Salina Abdul Manan, Azni Hanim Hamzah, Noor Hafiza Ismail & Mohd Hafiz Sabran
326
32 Menggembur ‘Memori Kolektif’: Potensi ‘Seni Partisipatori’ Sebagai
Media Konservasi Budaya
Diana Ibrahim, M. Hendra Himawandan Mohd Saharuddin Supar
333
33 Model Landskap Bandaraya Islam Di Kawasan Tropika Berdasarkan
Empat Faktor Nilai Rekabentuk N. H Ramle & R. Abdullah
343
34 Pelaksanaan PBS Guru-Guru PSV Hilir Perak Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Estetik Lee Hoi Yeh, Dr. Mohd Zahuri Khairani
352
35 Permata Yang Hilang: Pembelajaran Penulisan Seni Khat Dan Jawi
Ainun Jariah Yaacob, Ahmad Rajaei Awang, Mohd Fadil Sulaiman, Mohd.Yazid Misdi
36 Persona Komunikasi Tipografi di dalam Artifak Kartografi
Wan Juria Emeih Wahed & RidzuanHussin
380
37 The ‘Me-Too’ Phenomenon in Packaging Design: A Case Study of
Malaysian Retail Products
Anith Liyana Amin Nudin, Mohd Amin Mohd Noh, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Izwan Abdul Ghafar, Norsharina Samsuri, Nik Narimah Nik Abdullah and Fatrisha Mohamed Yussof
392
38 Interaction Design in Collaborative Augmented Reality (AR) Story-book for Children
Lili Eliana Mohd Radzuan, Wan Nur Khalisah Shamsudin, Siti NurIzaura Razis ,
Azahar Harunand Mohamed Razeef Abd Razak
403
39 Analisis Proses Penghasilan Lakaran Awal Dari Segi Penggunaan
Material, Idea dan Pengisian (Contents) Mengikut Bidang-Bidang yang Terdapat di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka: Kajian Kes Pameran Think Things Pada Tahun 2016
Salmah Ali, Hisammudin Ahmad, Haslinda Razak, Wan Nor Ayuni Wan Mohd Zain, Norsharina Samsuri , Nurkhazilah Idris dan Muhammad Fitri Samsuddin
410
40 Corporate Rebranding Design of Oil and Gas Company in Malaysia:
Case Study of SMART Petrol
Amina Syarfina Abu Bakar, Azahar Harun, Mohamed Razeef Abd Razak
423
41 Apresiasi Karya Seni Catan ‘Siri Dungun’ Dalam Pendekatan
Etnomatematik
Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana Bte Sulaiman @ Abd Rahim
434
42 Aturan Pertiga (Rule Of Thirds) Sebagai Elemen Baru Dalam
Pembelajaran Komposisi Bagi Menghasilkan Karya Seni Catan Shahariah Mohamed Roshdi, Hisammudin Ahmad, Mohd Haniff b. Mohd Khalid, Dr. Abd. Rasid Ismail, Fazlina Mohd Radzi, Nur Hasliza Abdulah, Nurul Izza Ab. Aziz
449
43 Kempen Budi Bahasa Melalui Senireka Bentuk Pembungkusan
Produk SME
Farhanah Abu Sujak, Siti Raba’ah Abdul Razak, Nurul Akma Abdul Wahab, Nurin Elani Makrai
461
44 Participatory Art Project To Develop The Creative Potential Of Students Of Senior High School In Surakarta
Adam Wahida
470
45 Pemikiran Visual Terhadap Permainan Ceper Berasaskan Sistem
Sosial Budaya
Zulpaimin bin Hamid, Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Hussain
46 Pengaruh Elemen Vegetal Dalam Seni Mushaf Nusantara
Nurul Huda Mohd Din, Syafril Amir Muhammad, Prof. Dr. D’zul Haimi Md Zain, Dr. Mumtaz Mokhtar
493
47 Puppet Staging through Media Creation Workshop as the
Development of Character Building Model for the Marginal in Bengawan Solo Riverbanks
Endang Widiyastuti
509
48 Rattan Furniture Design: A Comparison Study between Malaysia and
Indonesia Design Trend
Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Dr. Ruwaidy Bin Mat Rasul, Abu Bakar Bin Abdul Aziz, Nurhikma Binti Mat Yusof, Dr Deny Willy Junaidi
520
49 Seni sebagai Praktis Sosial: Garis Teori dan Amalan Dalam Seni Rupa
Kontemporari Malaysia
Diana Ibrahim, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Yusmilayati Yunus
529
50 Struktur Reka Bentuk Mimbar Masjid Baru Terengganu
Noor Hafiza Ismail, Hamdzun Haron, Zuliskandar Ramli, Salina Abdul Manan & Azni Hanim Hamzah
541
51 Tapak Warisan Arkeologi Lembah Bujang: Keunikan
Arkeopelancongan Di Negeri Kedah
Farhana Abdullah, Adnan Jusoh, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli
549
52 Study On Symbolism Of Malay Islamic Cultural Heritage In Malaysian
Visual Arts : Found In Syed Ahmad Jamal Artworks
Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh, Shaliza Dasuki, Fatrisha Mohd Yussof, Fazlina Mohd Radzi, Musaddiq Muhamad Khalil
558
53 Temporary Evacuation and Relief Centre Design Management in
Malaysia: an Overview
Dr Ruwaidy Bin Mat Rasul, Muhammad Muizzuddin Bin Darus, Abu Bakar Bin Abdul Aziz
569
54 The Cotton Cloth Qur’an binding of the East Coast of the Malay
Peninsula
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
577
55 The Roles of Interactive Multimedia Learning Android-based
Application for Primary Schools Teachers
Tjahjo Prabowo, Mohamad Suhartob, Mulyanto, Nadia Sigi Prameswari
585
56 The Status Quo of Malaysian Printmaking
Siti Safura Zahari, Nur Fatiyah Roslan, Nurin Elani Makrai, Nor Arseha Karimon, Mohd Fawazie Arshad and Romli Mahmud
74 3rd ISME International Colloquium 2016
Aplikasi Teknik Tempa dan Peleburan dalam Seni Arca Besi Raja Shahriman Raja Aziddin
Liza Marziana Mohammad Noh1, Shaliza Dasuki2, Nurkhazilah Idris3
Fazlina Mohd Radzi4, Musaddiq Mohd Khalil Imran5
1-5Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia. *corresponding author: [email protected]
Abstrak - Seni arca di alam Melayu lahir sebagai sebahagian kebudayaan
manusia. Manusia menciptanya sebagai memenuhi keperluan spiritual dan estetika. Justeru pelbagai perkembangan bentuk dan makna dipersembahkan menerusi teknik dan bahan. Makalah ini menerangkan aplikasi teknik tempa dan peleburan yang pernah diwarisi oleh orang Melayu keatas kerja-kerja pertukangan besi di Alam Melayu. Teknik ini kemudiannya dikembangkan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin seorang pengarca moden. Minat beliau ke atas teknik pembuatan senjata lama telah mempengaruhi pembentukan seni arcanya. Bagi menjelaskan situasi berikut, penulis menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif melalui sumber-sumber bertulis dan kajian lapangan. Bagi mengumpul data tertulis mahupun visual, kaedah wawancara, pemerhatian dan perpustakaan digunakan. Signifikan kepada makalah ini untuk mendedahkan pembuatan seni arca kepada umum khususnya pengarca generasi baru supaya merujuk semula warisan pembuatan logam yang pernah di kuasai oleh pandai besi pada masa dahulu. Harapan dari makalah ini agar aplikasi pembuatan warisan bangsa tidak dilupakan malah terus subur dan di hargai generasi baru masa hadapan.
Kata Kunci: Alam Melayu; Seni Arca; Logam Besi; Teknik Tempa; Teknik
Peleburan
1. PENGENALAN
Seni arca dalam bahasa Yunani lama dikenali sebagai “sculpere” bermaksud mengukir, menebuk, memotong, memodel menggunakan tanah liat atau lilin. Definisinya kemudian berubah mengikut peredaran zaman dengan melibatkan kimpalan, cantuman, jahitan, ketukan, lekatan dan sebagainya [6]. Perkembangan itu dipacukan kepada karya seni arca di zaman Michelangelo, arca-arca konstruktif, kinetik, minimalis, installation, site specific, public art, environmental art, video art, dan electronic art [10]. Hal ini menunjukkan hubungan seni arca
3rd ISME International Colloquium 2016
75
dan teknik adalah rapat dan menjadi ciri penting dalam pembentukan seni arca. Mengikut sejarah, seni arca batu berukir adalah antara arca awal bersimbolkan keagamaan dan kesuburan serta ahli sukan ditemui. Muliyadi menjelaskan,
Prehistoric sculptures, such as the Venus of Willendorf that was produced during the Paleolithic era about 30000 to 20000 years BC, reflect the community’s belief in gods and in the spirit of fertility. The organic form in the shape of a human figure is stylized and certain body parts are exaggerated to represent the concept of fertility. In Ancient Greece, sculptures represented god and goddess, as well as famous athelete [3].
Di alam Melayu, seni arca dikesan pada zaman Neolitik dan semasa pemerintahan Srivijaya pada abad ke 7 hingga ke 13 masihi [7]. Ia lahir sebagai sebahagian kebudayaan manusia yang melihatnya sebagai satu keperluan spiritual dan estetika. Bukti penemuannya merujuk kepada beberapa buah patung gangsa dan tembaga yang di temui di Semenanjung Malaysia, yang berfungsi sebagai patung keagamaan Hindu-Buddha [7]. Selain itu, penemuan batu megalith berukir di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan menunjukkan kegiatan seni ukiran atas batu berlaku. Batu megalith berukir itu, terdiri dari batu pedang, batu sudu dan batu kemudi. Terdapatnya kalimah Allah diukir diatas permukaan batu pedang berukir dan ia menunjukkan wujudnya pengaruh agama Islam keatasnya [7]. Penemuan batu-batu itu menunjukkan ukiran atas batu merupakan teknik awal pembuatan seni arca.
Seni arca besi, sehingga ke saat ini tiada sebarang bukti yang ditemui oleh para arkeologi atau disebut oleh sejarawan seni Malaysia bagi menunjukkan wujudnya kegiatan tersebut pada masa lampau. Mokhtar [11] menerangkan melalui kajian arkeologi terdapatnya bukti peleburan besi telah ditemui di Sungai Batu Kedah Tua yang berfungsi sebagai tempat atau bengkel peleburan besi. Sebarang penemuan arca patung yang diperbuat daripada besi tidak di sebut kecuali peralatan keperluan ditemui seperti bahan mentah besi, pecahan relau, paip saluran angin ke dalam relau ‘tuyere’, arang dan abu pembakaran. Penemuan itu membuktikan teknik peleburan telah berlangsung dan kesemua artifak yang ditemui mendedahkan bahawa masyarakat di Sungai Batu telah kenal bahan mentah besi, sudah tahu untuk melombongnya dan tahu suhu peleburannya melebihi 1000 darjah celcius dan untuk mencapai suhu itu, mereka perlu tahu membina relau dan tuyere daripada tanah liat dan banyak lagi.
Secara umumnya, bahan mentah besi bercampur bahan pembakaran dilebur dalam relau yang dikawal suhu apinya oleh angin yang dipam melalui tuyere. Besi yang terlebur akan mengalir keluar dari mulut relau seterusnya dibawa keluar menggunakan peralatan lain. Besi yang terlebur barulah ditempa menjadi alat yang dikehendaki. Kesemua artifak itu, menggambarkan keistimewaan ilmu yang mereka ada sejak abad pertama Masihi lagi [11]. Ini bermakna teknologi pembuatan logam gangsa, tembaga mahupun besi telahpun berlaku sejak sekian lama, dalam penghasilan barangan yang bermutu tinggi. Sejak itu, pertukangan logam seperti pertukangan gangsa dan tembaga serta logam perak
76 3rd ISME International Colloquium 2016
termasuklah produk-produk besi diwarisi oleh orang Melayu. Sebagaimana Wan Ramli Wan Daud [9] menjelaskan, masyarakat Melayu berkemahiran melakukan teknik peleburan dan penghasilan material logam melalui kaedah peleburan dan penuangan. Antara hasil peleburan yang sering dilakukan ialah peleburan dan penuangan logam tembaga yang terdiri daripada aloi kuprum dan timah
yang berdasarkan kaedah penuangan lilin lesap. Hal ini juga membuktikan
orang Melayu mahir dalam pembuatan logam besi dan ini boleh dirujuk kepada pertukangan alat pensejataan seperti keris yang terkenal dirantau Melayu seperti Malaysia, Brunei, Filipina Selatan, Singapura dan Selatan Thailand [8].
2. SENI ARCA BESI TEMPATAN: DARI WARISAN KE INOVASI BARU
Warisan pembuatan logam besi di alam Melayu telah membuka lembaran dan peluang kepada golongan seniman untuk mencipta seni logam besi yang lebih kreatif. Sejak orang Melayu mula mengenali logam dan perlombongan, bangsa ini mulai menyedari aplikasi produk bermutu dan mewah hasil dari pelbagai teknik metalurgi primitif. Kemahiran yang mereka capai hasil dari peralihan teknologi logam dari tamadun luar seperti Timur Tengah dan China, diterima suai oleh orang Melayu mengikut acuan mereka [2]. Justeru itu, orang Melayu terkenal dengan teknik tempa dan peleburan menerusi pertukangan alat pensejataan. Proses tempa atau penempaan ataupun forging adalah proses pembentukan logam untuk menghasilkan produk akhir dengan memberikan gaya tekan laju pembebanan tertentu. Pada pembentukan ini, benda kerja dipukul atau ditekan denga perkakas melalui beberapa tahapan. Bagi teknik peleburan, ianya adalah proses mecairkan logam pada temperatur tertentu dengan menggunakan energi panas yang di hasilkan oleh tungku.
Pembuatan logam besi seterusnya berkembang dengan kehadiran teknologi logam yang sofistikated iaitu kimpalan. Kimpalan muncul apabila manusia mulai ingin menguatkan logam dengan mencantum dua logam secara fizikal dengan menggunakan suatu bahan khas contohnya logam atau polimer. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam untuk menjadikannya pengikat diantara sesuatu struktur dan struktur yang lain [2]. Para saintis barat sekitar tahun 1881 sehinggalah 1890-an telah berperanan dalam memperkenalkan dan mengembangkan teknik pembuatan ini. Bagi pengarca besi tempatan yang menerima pendidikan seni secara formal teknik ini di pelajari oleh mereka di pusat pengajian tinggi sebagai satu silibus dalam mempelajari seni arca kimpalan. Hal ini menyebabkan teknik tempaan yang dahulunya popular di kalangan pandai besi kurang di beri perhatian oleh pengarca logam moden. Sungguhpun begitu, dalam konteks industri, teknik tempa di minati ramai memandangkan besi tempa menghasilkan tekstur yang unik sesuai untuk kegunaan keperluan rumah seperti membuat pagar atau barangan antik.
3rd ISME International Colloquium 2016
77
Bagi logam gangsa, tembaga atau pewter, penggiat seni arca besi tempatan kurang memberi perhatian keatasnya memandangkan bahannya tidak mudah di perolehi. Tidak seperti logam besi bahan dan peralatannya mudah di dapati manakala tekniknya mudah di aplikasikan. Logam seperti kepingan besi dan besi-besi terbuang serta rod besi, mesin atau jentera menjadi pilihan para penggiat arca besi. Kimpalan arka besi yang popular dalam bidang industri menjadi kegemaran pengarca besi kerana ia merupakan kaedah termudah untuk mencantumkan logam. Malah, mampu menghasilkan pengaloian untuk menghasilkan pedang, lembing dan keris tanpa melalui proses peleburan relau. Justeru sebagai pengarca, mereka perlu memahami bahan, peralatan dan teknik agar dapat memenuhi citarasa seni mereka sebagaimana dinyatakan oleh Tengku Sabri (2012),
In the age of knowledge, communication and sophisticated technology, I deemed that Malaysian “sculptors” must always create confidence, always have the best of intentions and aim to increase general understanding according to their own styles and choice of form, without fear of further experimentation [4].
Pengarca besi ataupun metal sculptor boleh digolongkan sebagai ahli teknologi seni. Istilah ini merujuk kepada kepandaian mereka dalam mengolah besi kepada suatu rupa bentuk yang menarik dan unik sepertimana tukang-tukang keris di kenali pandai besi. Kefahaman yang tinggi terhadap bahan digunakan termasuklah kesesuaian tekniknya menggambarkan keahlian seseorang pengarca besi itu. Terdapat ramai pengarca diseluruh dunia menggunakan kimpalan besi arka dan gas serta teknik peleburan yang sofistikated dalam membentuk seni arca besi mereka berbanding teknik menempa yang amat jarang diaplikasikan. Keadaan ini berlaku berkemungkinan disebabkan prosesnya yang menyukarkan yang memerlukan kekuatan tenaga untuk mengetuk membataskan rupa bentuk penghasilan seni arca itu. Jika adapun mesin tempaan yang berteknologi dijual di pasaran, harganya adalah mahal.
Kegiatan seni arca logam besi di Malaysia berjalan dengan perlahan dan bertindak sebagai aktiviti sampingan. Anthony Lau dan Syed Ahmad Jamal adalah antara pengarca terawal yang meneroka besi sebagai bahan estetikanya. Menurut Muliyadi [3], Syed Ahmad Jamal menjadikan kegiatan seni arca sebagai karya sampingannya. Tidak seperti Anthony Lau, merupakan pengarca sepenuh masa. Karya-karya mereka seperti The Link (1963) oleh Syed Ahmad Jamal manakala The Forest (1968), Sea Harvest (1968) dan Sea Echo (1969) antara karya Anthony Lau yang terawal. Karya-karya mereka menampilkan penggunaan besi yang solid dan sarat dengan elemen-elemen seni. Logam besi di lentur, di cantum dan di lebur, di potong serta di tempa meninggalkan kesan tertentu yang menjadi identiti kepada seni arca mereka. Lihat gambar di bawah,
78 3rd ISME International Colloquium 2016
Rajah 1. The Forest (1968) oleh Anthony Lau Rajah 2. The Link (1963) oleh Syed Ahmad Jamal
Pada akhir tahun 1970-an dan 1990-an, seni arca besi mulai berkembang dengan pesat. Peranan institut pendidikan seperti Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, ITM bertanggungjawab melahirkan pengarca seni arca logam besi. Dikalangan mereka telah menjadikan pengarca besi sebagai kerjaya sepenuh masa dan hasilnya mereka telah melahirkan karya yang profilik. Nama seperti Mad Anuar dan Raja Shahriman Raja Aziddin adalah antara pengarca logam besi yang masih meneruskan kegiatan seni arca mereka. Lebih menarik mereka mengketengahkan persoalan identiti Melayu melalui eksperimentasi bahan dan teknik yang diwarisi secara turun temurun. Hal ini menunjukkan pembuatan logam tidak terbatas penghasilannya malah dengan gabungan pemikiran yang kreatif dan teknik yang fleksibiliti telah membantu ke arah penciptaan yang mencerminkan kemajuan sesuatu tamadun bangsa.
3. Seni Arca Logam Besi oleh Raja Shahriman Raja Aziddin
Di Malaysia seni arca besi moden telah berkembang sebagai salah satu genre seni arca yang popular di Malaysia. Perkembangan itu, telah membawa kepada kemunculan seorang pengarca besi moden Melayu yang dikenali Raja Shahriman Raja Aziddin. Setelah beliau menamatkan pelajaran di ITM, beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pengarca sepenuh masa dan membuka bengkel di sebelah rumahnya. Atas minat yang begitu tinggi terhadap teknik tempaan dan peleburan besi, beliau telah mempelajari pembuatan keris dari tukang-tukang keris di Kuala Kangsar, Perak. Bagi Raja Shariman kegiatan menempa itu memberi tarikan yang kuat kepada beliau dalam percubaannya mengolah logam besi. Lihat gambar dibawah;
3rd ISME International Colloquium 2016
79
Rajah 3: contoh keris selepas dileburkan Rajah 4: contoh keris selepas ditempaGambar di atas menunjukkan pembuatan keris dari teknik menempa dan melebur besi. Keindahan teknik tempa adalah tekstur tempaan yang terhasil dari ketukan besi yang kuat. Teknik ini mencetuskan kelainan, membezakannya dengan seni arca besi yang pernah dihasilkan oleh pengarca lain di negara ini. Kesan ini boleh ditemui melalui karya seni arca Raja Shahriman seperti Killing Tools, Gerak Tempur, Api, Bayangan, Kemenyan serta Semangat Besi dan Nafas yang menjadi identiti kepada setiap karya arca besinya. Berikut di bawah adalah contoh-contoh arca besi yang diaplikasikan dengan teknik tempa yang digabungkan dengan teknologi kimpalan.
Rajah 5: Siri Nafas M9 Rajah 6: Siri Gerak Tempur
80 3rd ISME International Colloquium 2016
Rajah 7: Siri Semangat Besi Rajah 8: Siri Killing Tools
Selain teknik tempa, Raja Shahriman menggabungkan teknik peleburan sebagai menghayati kepandaian pandai besi pada masa lalu. Penyediaan bengkelnya yang lengkap dengan perkakasan serta kemudahan teknologi logam benar-benar menunjukkan beliau cukup komited dan faham akan tugasnya sebagai pengarca besi sepenuh masa. Peralatan yang lengkap amat penting bagi seseorang pengarca memandangkan idea datang tidak tentu masa dan ada ketikanya datang mencurah-curah. Kekurangan kemudahan dan peralatan boleh menyebabkan terbatasnya pengolahan idea. Untuk menempa, besi perlu dipanaskan terlebih dahulu agar ia mudah di bentuk. Relau perlu disediakan bagi tujuan pemanasan atau peleburan. Pembuatan logam yang sofistikated turut tidak ketinggalan diaplikasikan. Teknologi kimpalan besi arka dan pemotongan besi oksiasatilena digunakan untuk kemudahan beliau dalam mengkonstruksikan arcanya. Karya-karya beliau yang bersaiz besar atau kecil berbentuk tiga dimensi tidak dapat lari menggunakan kimpalan arka besi kerana teknologi itu membolehkan sesebuah arca itu di cantum dengan mudah dan lancar. Dalam keadaan ini, teknik tempa tidak digunakan kerana mempunyai kelemahannya. Penggunaan elektrod merupakan satu alat kimpalan yang penting dalam proses penghasilan seni arcanya bagi memastikan seni arca dapat dicantumkan dengan kukuh. Sebelum memulakan proses menempa, lakaran awal di lakukan bagi memperolehi gambaran kepada rupa bentuk arca yang akan dihasilkan.
3rd ISME International Colloquium 2016
81
Rajah 9: Proses melakar atas kepingan besi Rajah 10: Teknik pemotongan besioksiasatilena
Karya Raja Shahriman tidak memperagakan sisa-sisa besi yang dikutip daripada industri dan konsurisme. Beliau menggunakan kepingan besi dan batang besi yang dibakar, dilentur, ditempa, diketuk, dibentuk dan dikimpalkan. Jenis logam besi ini digemari oleh Raja Shahriman kerana beliau dapat meneroka bahan itu dengan bebas berbanding jenis besi yang telah siap berkarektor. Seni arca dibentuk tanpa ada peraturan yang dikuti, hanya berlandaskan kepada kreativiti. Beliau mengkonstruksikan seni arcanya mengikut gerak rasa serta keupayaan teknologi yang menjadi nadi kepada pembentukan seni arcanya yang unik.
Rajah 11: Kepingan besi yang telah di potong Rajah 12: Besi dipanaskan dan di lebur di
82 3rd ISME International Colloquium 2016
Rajah 13: Proses menempa kepingan besi Rajah 14: Batang besi yang telah dipanaskan
ditempa ketika ia masih panas
Rajah-rajah di atas menunjukkan teknik tempa dan peleburan berlaku ke atas kepingan-kepingan besi dan batang besi.
Rajah 15: Teknologi tempa dari mesin moden Rajah 16: Teknik tempa menggunakan kaedah
3rd ISME International Colloquium 2016
83
Rajah 17: Proses mencantum logam menggunakan teknologi arka besiRajah di atas menunjukkan teknik tradisi dan moden yang diaplikasikan oleh Raja Shahriman. Walaupun meninggalkan kesan tekstur yang sama namun penggunaan teknologi itu menerangkan berlakunya aplikasi teknik tempa ke atas seni arca beliau. Raja Shariman mengunakan kimpalan seni arka bagi mencantumkan kesemua logam besi yang telah ditempa menjadi suatu bentuk arca. Aktiviti ini dilakukan berhati-hati dan penuh sensiviti agar logam yang di tempa dapat dikonstrukkan mengikut citarasa seninya.
4. Kesimpulan
Di bidang pembuatan, teknik mempengaruhi penciptaan agar kelihatan bermutu dan memenuhi citarasa penggunanya. Setiap inovasi teknik yang berkembang merupakan warisan masa lalu atau merupakan pembaharuan daripada teknologi tradisi yang diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi. Pemindahan teknik ini berlaku dalam sesuatu keadaan apabila manusia mulai berfikir untuk meningkatkan mutu kehidupan melalui pembuatan produk-produk sama ada kesenian atau kegunaan. Bagi pembuatan logam besi hal ini sudah berlaku sejak dari zaman neolitik. Kehadiran teknik tersebut membantu ahli teknologi Melayu menghasilkan produk-produk besi yang bermutu tinggi seperti alat pensejataan Melayu yang terkenal iaitu keris. Dari kejayaan itu, memberikan suatu pendedahan kepada khususnya pengarca besi pada hari ini melakukan percubaan dalam mengaplikasikan pembuatan logam besi tradisi kepada ciptaan seni arca yang lebih artistik dan tinggi estetikanya.
84 3rd ISME International Colloquium 2016
Rujukan
[1] Mokhtar Saidin. (2011). Penempatan Awal Semenanjung Malaysia Sebelum 1400M. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi.
[2] Muhammad Nuruddin Bashah. (2010). Kepintaran Logam Tamadun Melayu. Majalah Dewan Kosmik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[3] Muliyadi Mahamood. (2001). Modern Malaysian Art. From the Pioneering Era to the Pluaralist Era (1930s-1990s). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
[4] Nurhanim Khairuddin, Beverly Yong & T.K Sabaphaty. (pnyt). (2012). Imagining Identities. Narratives in Malaysian Art. Kuala Lumpur: Roger Art.
[5] Ocvirk O.G., Stinson R.E., Wigg P.R., Bone R.O. & Cayton D.L. (19940. Art Fundamentals: Theory & Practice, 7th Ed. Madison,Wisconsin: WCB Brown & Benchmark.
[6] Shaharir Mohamad Zain. (2003). Sains dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajah Eropah. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 2003, 1(2):157- 204. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[7] Syed Ahmad Jamal. (2010). Rupa dan Jiwa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[8] Wooley, G. C. (1998). The Malay Keris: Its Origin and Development. Dlm Hill etc. The Keris and Other Malay Weapons. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
[9] Wan Ramli Wan Daud. (1995). “Sejarah Perkembangan Teknologi
Melayu Satu Kajian Awal”, dalam Mohd. Yusof Hj. Othman (eds.). Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains. Jilid 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[10] http://roslizakariapengarca.blogspot.com/2012/05/perkembangan-arca- awam-di-malaysia.html