HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 1 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15
* * *BAHAGIAN 1 – PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL* * *
Entegris, Inc. 129 Concord Road Building 2 Billerica, MA 01821 USA Telephone Number: +1-952-556-4181
Telephone Number: +1-800-394-4083 (toll free within North America)
Local Contact Information/maklumat tempatan untuk dihubungi
Entegris Malaysia SDN. BHD. (Penang Office)
Unit 14 and 15, Lower Level 5 (Executive Wing), Hotel Equatorial
No. 1 Jalan Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Penang Malaysia
Telephone/Telefon: +60-4-427-4200 Fax/Faks: +60-4-641-3294
Emergency Phone Numbers/Nombor Telefon Kecemasan 1-800-815-308(CHEMTREC)
1-703-527-3887 (International/Antarabangsa)
Pengecam Produk : Media Penulen Gas EX
Kegunaan Produk
Siri EX Penulen Gas menyingkirkan air, oksigen, karbon monoksida, karbon dioksida, asid volatil, bes volatil, sebatian refraktori, bahan organik termeluwap atau tidak termeluwap dari Hidrogen, Nitrogen, Argon, Helium, Xenon, dan Neon.
Kekangan Kegunaan
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 2 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Huraian Produk
Media yang terkandung di dalam produk ini, apabila digunakan mengikut rekaannya, di bawah keadaan operasi biasa dan dipasang serta disenggara menurut risalah produk, tidak dijangka akan berbahaya. Pengelasan dan bahaya yang dinyatakan dalam Helaian Data Keselamatan ini hanya terpakai jika ada kemungkinan media penulen tertanggal daripada perumah penulen tersebut. Penulen tersebut mempunyai tapis di dalam perumah bagi mengelakkan media daripada tertanggal sewaktu digunakan. Awas: Sesetengah unit disediakan dengan lubang pengisian, yang dimateri di kilang dengan lekapan dan palam VCR® serta ditutup dengan pembalut kecut merah. Pengguna akhir tidak boleh sama sekali membuka lubang ini, kerana ia berkemungkinan menyebabkan media tertanggal.
E-mel Orang Kompeten
[email protected] Nombor Alat SDS
8009808
* * *BAHAGIAN 2 - PENGENALAN BAHAYA* * *
Pengelasan GHS
Kakisan / Kerengsaan Kulit, Kategori 2 Kerosakan / Kerengsaan Mata, Kategori 2 Pemeka pernafasan, Kategori 1
Pemeka kulit, Kategori 1 Kekarsinogenan, Kategori 1A
Ketoksikan Organ Sasaran Khusus – Pendedahan Tunggal, Kategori 1 (ginjal dan sistem respirasi) Ketoksikan Organ Sasaran Khusus – Pendedahan Berulang, Kategori 1 (sistem respirasi)
Berbahaya kepada Persekitaran Akuatik - Bahaya kronik, Kategori 2 (70 % tidak diketahui) Piktogram Bahaya
Kata Isyarat BAHAYA Pernyataan Bahaya
Menyebabkan kerengsaan kulit
Menyebabkan kerengsaan mata yang serius
Mungkin mencetuskan alergi atau gejala asma atau kesukaran bernafas jika tersedut Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit
Mungkin menyebabkan barah
Mengakibatkan kerosakan pada ginjal dan sistem respirasi.
Menyebabkan kerosakan organ sistem respirasi melalui pendedahan berpanjangan atau berulang. Toksik kepada kehidupan akuatik dengan kesan yang lama
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 3 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Pernyataan Berjaga-jaga
Pencegahan
Jangan sedut habuk. Basuh sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan. Pakai sarung tangan pelindung dan pelindung mata/muka. Sekiranya pengalihudaraan tidak mencukupi pakai pelindung pernafasan. Pakaian kerja tercemar tidak patut dibenarkan dibawa keluar dari tempat kerja. Jangan makan, minum, atau merokok semasa menggunakan produk ini. Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk. Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami. Gunakan peralatan pelindung peribadi sebagaimana dikehendaki. Elakkan daripada dilepaskan ke persekitaran.
Tindak balas
JIKA terdedah atau terkena bahan: Dapatkan nasihat atau rawatan perubatan. JIKA TERHIDU: Jika mangsa sukar bernafas, pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa. Jika mengalami simptom pernafasan: Hubungi PUSAT
KAWALAN RACUN atau doktor/pakar perubatan. JIKA PADA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak. Jika berlaku kerengsaan kulit atau ruam: Dapatkan bantuan/rawatan perubatan. Tanggalkan pakaian yang tercemar dan basuh sebelum menggunakannya semula. JIKA TERKENA MATA: Bilas berhati-hati dengan air selama beberapa minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan dapat dilakukan dengan mudah. Teruskan membilas. Jika kerengsaan mata berterusan: Dapatkan nasihat/perhatian perubatan. Kumpulkan tumpahan. Penyimpanan
Simpan di tempat berkunci. Pelupusan
Lupuskan mengikut semua peraturan yang berkaitan. Bahaya Lain yang Tidak Termasuk Dalam Pengelasan
Mungkin membentuk kepekatan habuk mudah bakar di udara (semasa pengendalian atau pemprosesan). Sewaktu penggunaan biasa, dipasang dan disenggara menurut risalah produk, bahan ini dalam bentuk akhirnya tidak dijangka berbahaya.
* * *BAHAGIAN 3 - KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA
BERBAHAYA* * *
CAS komponen peratus
7732-18-5 AIR <95
7440-44-0 KARBON, DIAKTIFKAN 30-40
Proprietari Oksida tak organik 30-40
7440-02-0 NIKEL 5-15
Proprietari Oksida tak organik 10-15
Proprietari Oksida tak organik 5-10
141-43-5 ETANOLAMINA <10
75-59-2 TETRAMETILAMMONIUM HIDROKSIDA <7
58-61-7 ADENOSINA <5
Proprietari Oksida tak organik 1-5
Maklumat Pengawalseliaan Berkaitan Komponen
Produk ini mungkin dikawal selia, mempunyai had pendedahan atau maklumat lain yang dikenal pasti sebagai berikut: SEBATIAN NIKEL, sebatian bukan organik magnesium.
Tiada bahan-bahan tambahan yang sekarang diketahui oleh pembekal dan dalam kepekatan terpakai yang terhadir, untuk dikelaskan sebagai berbahaya kepada kesihatan atau alam sekitar dan dengan itu memerlukan laporan dalam seksyen ini.
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 4 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Had pendedahan pekerjaan, jika ada, disenaraikan di Bahagian 8.
* * *BAHAGIAN 4 - LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS* * *
penyedutan
Pertolongan cemas tidak dijangka diperlukan jika bahan digunakan di bawah keadaan biasa dan seperti yang disyorkan. Jika kesan buruk berlaku, bawa ke kawasan yang tidak tercemar. Beri pernafasan bantuan jika tidak bernafas. Dapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.
SENTUHAN KULIT
Pertolongan cemas tidak dijangka diperlukan jika bahan digunakan di bawah keadaan biasa dan seperti yang disyorkan. Basuh kulit dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 15 minit sambil menanggalkan pakaian dan kasut yang tercemar. Dapatkan rawatan perubatan, jika perlu. Bersihkan dan keringkan sepenuhnya pakaian dan kasut yang tercemar sebelum menggunakannya semula.
SENTUHAN MATA
Pertolongan cemas tidak dijangka diperlukan jika bahan digunakan di bawah keadaan biasa dan seperti yang disyorkan. Basuh mata dengan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Tanggalkan kanta lekap, jika ada dan mudah dilakukan. Teruskan membilas. Kemudian dapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta. PENGINGESAN
Pertolongan cemas tidak dijangka diperlukan jika bahan digunakan di bawah keadaan biasa dan seperti yang disyorkan. Jika tertelan, dapatkan rawatan perubatan.
Gejala/Kesan: Akut
kerengsaan saluran respirasi , kerengsaan kulit, kerengsaan mata, reaksi alahan , kerosakan ginjal, kerosakan sistem respirasi
Gejala/Kesan: Tertangguh
reaksi alahan , barah, kerosakan sistem respirasi
* * *BAHAGIAN 5 - LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN* * *
Lihat Bahagian 9 untuk Sifat Kemudahbakaran Sifat Mudah Terbakar
Sedikit bahaya kebakaran. Elakkan daripada membangkitkan habuk; habuk seni yang tersebar di udara dalam kepekatan yang mencukupi, dan apabila hadir punca nyalaan, mungkin menimbulkan bahaya letupan habuk. Pemadam Api
kimia kering biasa , karbon dioksida , AIR, buih biasa Media Pemadam yang Tidak Sesuai
Tiada yang diketahui.
Peralatan Perlindungan dan Langkah Pencegahan untuk Bomba
Pakai peralatan pemadam kebakaran perlindungan penuh termasuk peralatan pernafasan serba lengkap (SCBA) untuk perlindungan daripada kemungkinan pendedahan.
Langkah Mencegah Kebakaran
Media di dalam perumah akan kekal stabil apabila terdedah kepada suhu sekitar bawah 79 C (175 F). Pengoksidaan akan berlaku pada suhu melebih 79 C (175 F). Apabila terdedah kepada udara dan lembapan berlebihan, proses pengoksidaan boleh menjana suhu yang cukup tinggi yang boleh menyebabkan pembakaran. Pendedahan kepada atmosfera mengandungi hidrogen dan suhu melebihi 150 C (300 F) akan menyebabkan media menjadi piroforik. Pendedahan hasil piroforik tersebut kepada udara pada suhu bilik akan menyebabkan pencucuhan.
Produk Pembakaran Berbahaya
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 5 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15
* * *BAHAGIAN 6 - LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA* * *
TATACARA PERLINDUNGAN DIRI, KELENGKAPAN PELINDUNG, DAN KECEMASAN
Pakai pakaian dan peralatan pelindungan diri. Sewaktu penggunaan biasa, dipasang dan disenggara menurut risalah produk, bahan ini dalam bentuk akhirnya tidak dijangka berbahaya. Pengelasan dan bahaya yang dinyatakan dalam Helaian Data Keselamatan ini hanya terpakai jika ada kemungkinan media penulen tertanggal daripada perumah penulen tersebut. Penulen tersebut mempunyai tapis di dalam perumah bagi mengelakkan media daripada tertanggal sewaktu digunakan.
LANGKAH MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Elakkan daripada dilepaskan ke persekitaran. Kumpulkan tumpahan. Pembendungan
Jauhkan dari orang yang tidak berkenaan, asingkan kawasan berbahaya dan halang kemasukan. Pembersihan
Pungut tumpahan dengan vakum yang dilengkapi turas HEPA, atau jika tumpahan kering, basahkan dan kaut. Elakkan penimbunan habuk bawaan udara. Elakkan daripada menyapu bahan kering yang tumpah. Jika perlu menyapu kawasan tercemar, gunakan agen penindas habuk. Hapuskan punca nyalaan termasuk punca bunga api elektrik, statik atau geseran.
* * *BAHAGIAN 7 - PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN* * *
PENGENDALIAN
Jangan sedut habuk. Elakkan terkena kulit dan mata. Basuh sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan. Pakai sarung tangan pelindung dan pelindung mata/muka. Sekiranya pengalihudaraan tidak mencukupi pakai pelindung pernafasan. Pakaian kerja tercemar tidak patut dibenarkan dibawa keluar dari tempat kerja. Jangan makan, minum, atau merokok semasa menggunakan produk ini. Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk. Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami. Gunakan peralatan pelindung peribadi sebagaimana dikehendaki. Elakkan endapan besar bahan, terutama pada permukaan mendatar, yang mungkin terbawa udara lalu membentuk kepulan habuk mudah bakar dan mungkin menyebabkan letupan sekunder.
PENYIMPANAN
Simpan dan kendalikan menurut semua peraturan dan piawaian semasa. Simpan di tempat berkunci. Pastikan bekas bertutup rapat. Simpan di tempat yang mempunyai pengalihudaraan yang baik. Simpan di tempat yang dingin dan kering. Asingkan dari bahan yang tidak serasi.
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 6 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15
* * *BAHAGIAN 8 - KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI* * *
Had Pendedahan Komponen NIKEL (7440-02-0)
ACGIH: 1.5 mg/m3 TWA (pecahan boleh sedut) NIOSH: 0.015 mg/m3 TWA
OSHA: 1 mg/m3 TWA OSHA (kosong): 1 mg/m3 TWA
1.5 mg/m3 TWA (pecahan boleh sedut) Oksida tak organik (Proprietari)
NIOSH: 0.015 mg/m3 TWA (kecuali Nikel karbonil, as Ni, berkaitan dengan SEBATIAN NIKEL)
Oksida tak organik (Proprietari) NIOSH: 6 mg/m3 TWA
OSHA: 20 mppcf TWA ; (80)/(% SiO2) mg/m3 TWA OSHA (kosong): 6 mg/m3 TWA (<1% silika berhablur) Oksida tak organik (Proprietari)
ACGIH: 10 mg/m3 TWA (pecahan boleh sedut) OSHA: 15 mg/m3 TWA (wasap, jumlah zarah) OSHA (kosong): 10 mg/m3 TWA (wasap dan jumlah zarah)
10 mg/m3 TWA (wasap) Nilai Had Biologi Komponen
Tiada nilai had biologi bagi sebarang komponen produk ini. Kawalan Kejuruteraan
Sediakan ekzos setempat atau sistem pengudaraan kepungan proses. Pastikan sistem pengendalian habuk (misalnya saluran ekzos, pemungut habuk, bejana, dan peralatan pemprosesan) direka untuk mencegah terlepasnya habuk ke dalam kawasan kerja (ertinya, peralatan itu tidak bocor). Pastikan pematuhan had pendedahan yang berkaitan.
PERALATAN PERLINDUNGAN INDIVIDU Mata/Muka
Pakai kaca mata keselamatan. Sediakan air pancut kecemasan untuk mencuci mata dan pancuran mandi deras kuyup di kawasan kerja terdekat.
Pakaian Pelindung
Pakai pakaian tahan kimia yang sesuai. Cadangan Sarung Tangan
Pakai sarung tangan tahan kimia yang sesuai. Perlindungan Pernafasan
SCBA (kelengkapan pernafasan serba lengkap) hendaklah disediakan sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 7 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Keadaan Fizikal : pepejal Rupa : hitam pepejal
Warna : hitam Bentuk Fizikal: pepejal
Bau : tiada bau Ambang Bau : Tidak disediakan pH : Tidak disediakan Takat Lebur/Beku: Tidak disediakan Takat Didih : Tidak berkenaan Takat Kilat: tak mudah bakar Suhu Penguraian: Tidak disediakan Kadar Penyejatan: Tidak disediakan LEL : Tidak disediakan UEL : Tidak disediakan Tekanan Wap : Tidak berkenaan Ketumpatan Wap (udara =
1) :
Tidak berkenaan Ketumpatan Bandingan: Tidak disediakan Keterlarutan dalam Air : Tidak disediakan log Kow: Tidak disediakan Suhu Pengautocucuhan: Tidak disediakan Kelikatan: Tidak disediakan Kemeruapan: Tidak disediakan Koefisien Penyebaran Air/
Minyak:
Tidak disediakan Kemudahbakaran (pepejal, gas):
tak mudah bakar
* * *BAHAGIAN 10 - KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN* * *
Kereaktifan
Tiada tindak balas bahaya yang diketahui di dalam keadaan penggunaan biasa. Media adalah dianggap stabil apabila ditempatkan dalam badan penulen atau apabila dipasang dengan baik dalam Sistem Gas Entegris. Kestabilan Kimia
Stabil pada suhu dan tekanan biasa. Keadaan yang Perlu Dielakkan
Elakkan penimbunan habuk bawaan udara. Elakkan tersentuh bahan tak serasi. Kemungkinan Tindak Balas Berbahaya
Tidak akan mempolimer. Bahan Tidak Serasi
asid , bahan boleh bakar, halogen, logam , bahan pengoksida, peroksida, agen penurun Produk Penguraian Berbahaya
Penguraian terma atau produk pembakaran: hasil penguraian pelbagai , oksida karbon
* * *BAHAGIAN 11 - MAKLUMAT TOKSIKOLOGI* * *
Ketoksikan Akut dan Kronik
Sewaktu penggunaan biasa, dipasang dan disenggara menurut risalah produk, bahan ini dalam bentuk akhirnya tidak dijangka berbahaya.
Analisis Komponen - LD50/LC50
Komponen bahan ini telah dikaji semula dalam pelbagai sumber dan titik penghujung terpilih berikut telah diterbitkan:
KARBON, DIAKTIFKAN (7440-44-0) Mulut LD50 Tikus >10000 mg/kg NIKEL (7440-02-0)
Mulut LD50 Tikus >9000 mg/kg Oksida tak organik (Proprietari) Mulut LD50 Tikus >5000 mg/kg Oksida tak organik (Proprietari)
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 8 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Ketoksikan Akut RTECS (terpilih)
Komponen bahan ini telah dikaji semula dan RTECS belum menerbitkan sebarang data mengenai dokumen ini sehingga tarikh ini.
Kesan Serta-merta
kerengsaan saluran respirasi , kerengsaan kulit, kerengsaan mata, reaksi alahan , kerosakan ginjal, kerosakan sistem respirasi
Kesan Tertangguh
reaksi alahan , barah, kerosakan sistem respirasi Data Kerengsaan/Pengakisan
kerengsaan saluran respirasi , kerengsaan kulit, kerengsaan mata Perengsa RTECS
Komponen bahan ini telah dikaji semula, dan RTECS menerbitkan titik penghujung berikut: Oksida tak organik (Proprietari)
25 mg/24 hour Eyes Rabbit mild Kesan Setempat
NIKEL (7440-02-0)
Perengsa: penyedutan, SENTUHAN KULIT Oksida tak organik (Proprietari)
Perengsa: penyedutan, SENTUHAN KULIT, mata Organ Sasaran
NIKEL (7440-02-0) sistem imun (pemeka)
Oksida tak organik (Proprietari) sistem imun (pemeka)
Pemeka Respirasi
Data komponen menunjukkan bahan itu adalah pemekaan. Pemeka Dermis
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 9 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Kekarsinogenan
Kekarsinogenan Komponen
Senarai karsinogen ACGIH, IARC, OSHA, NIOSH, dan NTP telah disemak untuk bahan serupa yang terpilih atau komponen dengan nombor daftar CAS. Hanya komponen yang ditemui dalam mana-mana senarai ini akan ditunjukkan di bawah. Komponen yang tidak dipaparkan tidak ditemui dalam mana-mana senarai ini, dan tidak dianggap sebagai karsinogen oleh sumber-sumber ini.
NIKEL (7440-02-0)
ACGIH: A5 - Tidak Disyaki sebagai Karsinogen Manusia
IARC: Monograf 49 [1990]; Tambahan 7 [1987] (Kumpulan 2B (berkemungkinan karsinogenik kepada manusia))
NIOSH: potensi karsinogen pekerjaan
NTP: Dijangka Dengan Wajar Adalah Karsinogen Manusia Oksida tak organik (Proprietari)
IARC: Monograf 49 [1990] (Kumpulan 1 (karsinogen bagi manusia)) NIOSH: potensi karsinogen pekerjaan (berkaitan dengan SEBATIAN NIKEL)
NTP: diketahui karsinogen manusia (berkaitan dengan SEBATIAN NIKEL) Oksida tak organik (Proprietari)
IARC: Monograf 68 [1997]; Tambahan 7 [1987] (Kumpulan 3 (tidak dapat diklasifikasikan)) Oksida tak organik (Proprietari)
ACGIH: A4 - Tidak Diklasifikasikan sebagai Karsinogen Manusia Data Mutagen
Tidak terdapat data untuk campuran. Data Kesan Pembiakan
Tidak terdapat data untuk campuran. Kesan Pembiakan RTECS
Komponen bahan ini telah dikaji semula, dan RTECS menerbitkan titik penghujung berikut: KARBON, DIAKTIFKAN (7440-44-0)
167 mg/kg Subcutaneous Rat TDLo (pregnant 8 day(s)) NIKEL (7440-02-0)
158 mg/kg Oral Rat TDLo (Multigeneration) Data Tumorigenik
Tidak terdapat data untuk campuran.
Ketoksikan Organ Sasaran Khusus - Pendedahan Tunggal sistem respirasi, ginjal
Ketoksikan Organ Sasaran Khusus - Pendedahan Berulang sistem respirasi
bahaya aspirasi
Tiada data tersedia.
Keadaan Perubatan yang Semakin Teruk Akibat Pendedahan
gangguan ginjal, gangguan pernafasan, gangguan kulit dan alahan
* * *BAHAGIAN 12 - MAKLUMAT EKOLOGI* * *
Ekoketoksikan
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 10 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Analisis Komponen - Ketoksikan Akuatik
NIKEL (7440-02-0)
Ikan: 96 Hr LC50 Brachydanio rerio: >100 mg/L; 96 Hr LC50 Cyprinus carpio: 1.3 mg/L [separa statik ]; 96 Hr LC50 Cyprinus carpio: 10.4 mg/L [Statik ] Alga: 72 Hr EC50 Pseudokirchneriella subcapitata: 0.18 mg/L; 96 Hr EC50
Pseudokirchneriella subcapitata: 0.174 - 0.311 mg/L [Statik ]
Invertebrat: 48 Hr EC50 Daphnia magna: >100 mg/L; 48 Hr EC50 Daphnia magna: 1 mg/L [Statik ]
Oksida tak organik (Proprietari)
Ikan: 96 Hr LC50 Brachydanio rerio: >100 mg/L [Statik ]
Alga: 72 Hr EC50 Pseudokirchneriella subcapitata: >127.3 mg/L Invertebrat: 48 Hr EC50 Daphnia magna: >100 mg/L
Oksida tak organik (Proprietari)
Ikan: 96 Hr LC50 Brachydanio rerio: 5000 mg/L [Statik ] Alga: 72 Hr EC50 Pseudokirchneriella subcapitata: 440 mg/L Invertebrat: 48 Hr EC50 Ceriodaphnia dubia: 7600 mg/L
Keselanjaran dan Keterdegradan
Tiada maklumat boleh didapati untuk campuran tersebut. Potensi Bioterkumpul
Tiada maklumat boleh didapati untuk campuran tersebut. Kebolehgerakan di dalam Tanah
Tiada maklumat boleh didapati untuk campuran tersebut.
* * *BAHAGIAN 13 - MAKLUMAT PELUPUSAN* * *
Kaedah Pembuangan
Lupuskan mengikut semua peraturan yang berkaitan.
* * *BAHAGIAN 14 - MAKLUMAT PENGANGKUTAN* * *
Maklumat IATA
Nama Pengangkutan: Self-heating solid, inorganic, n.o.s. (MENGANDUNGI: Campuran nikel) # UN: UN3190 Kelas Bahaya: 4.2 Kumpulan Pembungkusan: II
Label Dikehendaki: 4.2
Maklumat ICAO
Nama Pengangkutan: Self-heating solid, inorganic, n.o.s. (MENGANDUNGI: Campuran nikel) # UN: UN3190 Kelas Bahaya: 4.2 Kumpulan Pembungkusan: II
Label Dikehendaki: 4.2
Maklumat IMDG
Nama Pengangkutan: Self-heating solid, inorganic, n.o.s. (MENGANDUNGI: Campuran nikel) # UN: UN3190 Kelas Bahaya: 4.2 Kumpulan Pembungkusan: II
Label Dikehendaki: 4.2
Komponen Pencemar Marin (IMDG)
Bahan ini tidak mengandungi bahan kimia yang disenaraikan dalam Bab 3.2 - Senarai Barangan Berbahaya - yang di bawah IMDG wajib dikenal pasti sebagai zat pencemar laut.
Pencemar Marin (s) berdasarkan 2.9.3 Peraturan-Peraturan Model PBB nikel, Oksida tak organik
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 11 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15
* * *BAHAGIAN 15 - MAKLUMAT PENGAWALSELIAAN* * *
Peraturan Lain
EU - REACH (1907/2006) – Artikel 59(1) Senarai Calon Bahan untuk Kemasukan Kemudian dalam Lampiran XIV Tiada komponen bahan ini disenaraikan.
EU - REACH (1907/2006) – Lampiran XIV Senarai Bahan Tertakluk kepada Kebenaran Tiada komponen bahan ini disenaraikan.
EU - REACH (1907/2006) - Annex XVII Sekatan Bahan Berbahaya, Campuran dan Artikel Tertentu NIKEL (7440-02-0)
Kegunaan dihadkan. Lihat Perkara 27. Oksida tak organik (Proprietari) Kegunaan dihadkan. Lihat Perkara 28.
* * *BAHAGIAN 16 - MAKLUMAT LAIN* * *
Kadar NFPA : Kesihatan: 2 Kebakaran: 1 Kereaktifan : 0
Skala Bahaya: 0 = Minimum 1 = Sedikit 2 = Sederhana 3 = Serius 4 = Teruk MSDS Baharu: 4/8/2015
Kunci / Petunjuk
ACGIH - Pertubuhan Pakar Kebersihan Industri Kerajaan Amerika Syarikat; ADR - Pengangkutan Jalan Eropah ; BOD - Keperluan Oksigen Biokimia; C - Celsius; CAS - Perkhidmatan Ikhtisar Bahan Kimia; CERCLA - Akta Respons, Pampasan dan Liabiliti Alam Sekitar Menyeluruh; DFG - Deutsche Forschungsgemeinschaft; DOT - Jabatan Pengangkutan; EEC - Komuniti Ekonomi Eropah; EINECS - Inventori Bahan Kimia Komersial Sedia Ada Eropah; EPA - Agensi Perlindungan Alam Sekitar; EU - Kesatuan Eropah; IARC - Lembaga Antarabangsa untuk Kajian Barah; IATA - Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Udara; ICAO - Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ; IMDG - Barangan Berbahaya Maritim Antarabangsa ; Kow - Pekali pembahagian oktanol/air; LEL - Had Rendah Letupan ; LOLI - List Of Lists™; - Pangkalan Data Pengawalseliaan ChemADVISOR; MAK - Nilai Penumpuan Maksimum di Tempat Kerja; MEL - Had Maksimum Pendedahan ; NFPA - Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan; NIOSH - Institut Nasional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; NJTSR - Daftar Rahsia Perdagangan New Jersey; NTP - Program Toksikologi Nasional; OSHA - Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; RCRA - Akta Pemuliharaan dan Pemulihan Sumber; RID - Pengangkutan Kereta Api Eropah ; RTECS - Pendaftaran Kesan Toksik Bahan Kimia® ; SARA - Akta Pindaan dan Pemberikuasaan Semula Superdana; STEL - Had Pendedahan Jangka Pendek ; TSCA - Akta Kawalan Bahan Beracun; TWA - Purata Wajaran Masa ; UEL - Had Atas Letupan ; US - Amerika Syarikat
"RTECS®" ialah tanda dagangan Amerika Syarikat yang dimiliki dan dilesenkan di bawah kuasa Kerajaan A.S., oleh dan melalui Accelrys, Inc. Sebahagian milik ©Hak Cipta 2014, Kerajaan A.S.. Hak cipta terpelihara. Maklumat Lain
HELAIAN DATA KESELAMATAN
Nama Bahan : Media Penulen Gas EX SDS ID: 0051 (MALAYSIA)
____________________________________________________________
Halaman 12 daripada 12 Tarikh Dikeluarkan : 09/01/15 Semakan 1.0200 Tarikh Cetak: 09/01/15 Penafian
Maklumat dalam Helaian Data Keselamatan (Bahan) ("(M)SDS") dipercayai semasa dan tepat pada masa penghantaran produk oleh Entegris. Entegris tidak membuat sebarang jaminan, nyata atau tersirat, berkenaan dengan maklumat itu, termasuk, tanpa had, waranti tersirat mengenai kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu. Entegris tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau kecederaan yang mungkin timbul dari penggunaan maklumat dalam (M)SDS. Sifat-sifat kimia, fizik dan toksikologi produk Entegris yang
diterangkan dalam (M)SDS telah disiasat dengan teliti. Pengguna harus bertanggungjawab untuk menjalankan penelitian semasa penggunaan produk Entegris, dan menjalankan siasatan sendiri untuk menentukan sama ada produk itu adalah sesuai untuk tujuan tertentu dan sesuai untuk kaedah penggunaan atau aplikasinya. Ini adalah tanggungjawab pengguna untuk memastikan bahawa aktiviti pengunaannya mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Entegris adalah tanda dagangan terdaftar dalam Entegris Inc. atau satu syarikat gabungan. © 2015 Entegris Inc. atau syarikat gabungan. Hak cipta terpelihara.