PENYALAHGUNAAN
BAHAN
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (PINDAAN
1998)
MOHAMAD AZIM BIN MOHD. BASRI
11161
511
2012
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2
AKTA DAN UNDANG-UNDANG DADAH DI MALAYSIA
Diperkenalkan pada tahun 1952.
Pihak berkuasa berhak mengenakan tuduhan terhadap penagih dadah dan pengedar
bahan terlarang mengikut seksyen-seksyen yang telah ditetapkan di bawah akta
tersebut.
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 (PINDAAN 1998)
SEKSYEN 6 - MEMILKI GANJA
o Memiliki ganja bawah 60 gram.
o Denda RM 20,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
SEKSYEN 6B – MENANAM POKOK GANJA
o Nenanam atau mengusahakan penanaman sebarang pokok yang boleh
menghasilkan candu mentah.
o Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali.
SEKSYEN 9 – MEMILIKI CANDU
o Memiliki candu kurang daripada 100 gram.
o Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM 20,000.00.
SEKSYEN 9 (1) – MEMILIKI,MENJUAL,MENYIMPAN DAN MENGEDAR UBAT BATUK
o Memiliki, menjual, menyimpan dan mengedar ubat batuk tanpa kebenaran
pihak berkuasa.
o Denda tidak kurang RM 3,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau
kedua-duanya.
SEKSYEN 12 (2) - MEMILIKI SYABU
o Memiliki kurang daripada 5 gram syabu.
o Denda tidak kurang RM 20,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya.
SEKSYEN 12 (2) – MEMILIKI HEROIN/MORFIN/MONOACETYL MORPHINE
o Memiliki kurang daripada 2 gram heroin/morfin/monoacetyl morphine.
o Denda tidak kurang RM 20,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3
SEKSYEN 30 (3) – MEMILIKI,MENJUAL,MENYIMPAN DAN MENGEDAR PIL KHAYAL
o Memiliki, menjual, menyimpan dan mengedar pil-pil khayal.
o Denda RM 10,000.00 atau hukuman penjara tidak kurang 4 tahun atau
kedua-duanya.
SEKSYEN 39A (1) - MEMILIKI GANJA
o Memiliki ganja melebihi 20 gram ke atas tetapi kurang daripada 50 gram
ganja.
o Penjara berat tidak kurang 2 tahun serta tidak kurang 3 kali dan tidak
melebihi 10 kali sebatan rotan.
SEKSYEN 39A (1) – MEMILIKI CANDU
o Memiliki 100 gram ke atas tetapi kurang daripada 250 gram candu.
o Tidak kurang 2 tahun penjara berat serta tidak kurang 3 kali dan tidak
melebihi 9 kali sebatan rotan.
SEKSYEN 39A (1) - MEMILIKI HEROIN/MORFIN/MONOACETYL MORPHINE
o Memiliki 2 gram ke atas tetapi kurang daripada 5 gram heroin/morfin/
monoacetyl morphine.
o Tidak kurang 2 tahun penjara berat serta tidak kurang daripada 3 kali dan
tidak melebihi 9 kali sebatan rotan.
SEKSYEN 39A (1) – MEMILIKI SYABU
o Memiliki 5 gram ke atas tetapi kurang daripada 30 gram syabu.
o 2 tahun hukuman penjara berat serta tidak kurang daripada 3 kali dan tidak
melebihi 9 kali sebatan rotan.
SEKSYEN 39A (2) - MEMILIKI GANJA
o Memiliki 50 gram ke atas tetapi kurang daripa 200 gram dadah jenis ganja.
o Penjara tidak kurang daripada 6 tahun atau seumur hidup dan sebatan rotan
tidak kurang daripada 10 kali sebatan.
SEKSYEN 39A (2) – MEMILII CANDU
o Memiliki 250 gram ke atas tetapi kurang daripada 1000 gram dadah jenis
candu.
o Penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau seumur hidup dan sebatan rotan
tidak kurang daripada 10 kali sebatan.
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 4
SEKSYEN 39A (2) - MEMILIKI HEROIN/MORFIN/MONOACETYL MORPHINE
o Memiliki 5 gram ke atas tetapi kurang daripada 15 gram dadah jenis ini.
o Penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau seumur hidup dan sebatan rotan
tidak kurang daripada 10 kali sebatan.
SEKSYEN 39A (2) – MEMILIKI SYABU
o Memiliki 30 gram ke atas tetapi kurang daripada 50 gram dadah jenis syabu.
o Penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau seumur hidup dan sebatan tidak
kurang daripada 10 kali sebatan.
SEKSYEN 39B – MENGEDAR GANJA, CANDU, HEROIN/MORFIN/MONOACETYL
MORPHINE DAN SYABU
o Mengedar bahan-bahan terlarang seperti berikut
a) 200 gram ganja atau lebih
b) 15 gram ke atas heroin, morfin dan monoacetyl morphine
c) 50 gram ke atas syabu
o Hukuman mandatori gantung sampai mati.
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 5
JENIS-JENIS DADAH YANG BERBAHAYA
Heroin
Definasi
o Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
o Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
o Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
o Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
o Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
Morfin
Definasi
o Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ’999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
o Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
o M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 6
Ciri-ciri penagih
o Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
Candu
Definasi
o Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
o Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
o Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
o Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih o
o Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 7
Ganja
Definasi
o Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja
menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
o Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
o Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan o menghisap
Ciri-ciri penagih
o Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
Syabu
Definasi
o Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
o Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain o Ice
Cara penggunaan
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 8
Ciri-ciri penagih
o Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Ecstacy/MDMA
Definasi
o Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
o Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
o Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
o Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
o Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
-AZIM BASRI- |PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 9
Ketamin
Definasi
o Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
o Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
o “K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
o Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
o Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah