• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejauh Manakah Kedudukan Malaysia Dalam Standard Prestasi Pendidikan Antarabangsa Memberi Implikasi Terhadap Kurikulum Pendidikan Di Negara Ini

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejauh Manakah Kedudukan Malaysia Dalam Standard Prestasi Pendidikan Antarabangsa Memberi Implikasi Terhadap Kurikulum Pendidikan Di Negara Ini"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Sejauh manakah kedudukan Malaysia dalam standard prestasi pendidikan antarabangsa memberi implikasi terhadap kurikulum pendidikan di negara ini? Cadangkan penambahbaikkan yang boleh dilakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia agar kedudukannya menjadi lebih baik.

Setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri termasuklah negara kita Malaysia. Gahnya dan unggulnya sistem pendidikan sesebuah negara biasanya menjadikan Ujian PISA (Programme International Student Assessment) dan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) sebagai kayu ukur dan penanda aras bagi sistem pendidikan yang digubal.

Kedudukan sistem pendidikan Malaysia yang berada pada tahap bagai telur di hujung tanduk bagi kedua-dua ujian ini mendatangkan pelbagai implikasi ke atas sistem kurikulum pendidikan di Malaysia. Implikasi-implikasi ini mendatangkan beberapa perubahan drastik yang diabadikan ke dalam kurikulum pendidikan negara dengan harapan baru agar kedudukan Malaysia dalam standard prestasi antarabangsa dapat ditingkatkan daripada kedudukan sekarang yang boleh dikatakan sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’. Implikasi yang pertama adalah perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kepada sukatan yang lebih bersepadu (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2012). Buktinya, pengenalan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditafsirkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru dan KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Hasil dapatan TIMSS dan PISA mendapati bahawa kedudukan Malaysia terus merundum sejak tahun 2009 hingga kini. Antara 74 buah Negara yang terlibat Malaysia berada pada kedudukan 57 dalam PISA dan purata skornya iaitu 404 adalah dibawah nilai min yang dicatatkan oleh Negara-negara OECD. Apabila dikaji mengapakah keadaan ini berlaku, didapati bahawa sebab mutlaknya adalah murid-murid yang dilibatkan dalam pentaksiran ini kurang didedahkan dengan KBAT yang melibatkan soalan-soalan aras tinggi. Contoh-contoh soalan TIMSS dan PISA ada dilampirkan di belakang penulisan ini. Implikasi daripada keadaan ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia menerapkan penggunaan KBAT dalam sistem kurikulum Malaysia. Memandangkan kesemua anjakan yang berlaku dalam dunia pendidikan kini berkait secara langsung dengan KBAT, kerajaan berpandangan adalah penting bagi semua pihak yang terlibat secara terus dalam bidang pendidikan baik pelajar, guru, sektor awam mahupun

(2)

swasta memahami kepentingan KBAT dan mengaplikasikannya dengan efektif dan konsisten.

Selain itu, prestasi Malaysia dalam standard prestasi antarabangsa ini juga memberi impak lain terhadap kurikulum pendidikan negara. Perubahan demi perubahan berlaku dek kerana keputusan kedua-kedua ujian itu tidak menggalakkan. Salah satunya adalah struktur kurikulum baharu diperkenalkan iaitu KSSR yang merupakan singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sebenarnya, ianya merupakan satu perubahan besar terhadap sukatan pelajaran yang diolah daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Implikasi daripada ujian PISA dan TIMSS ini sebenarnya membawa kepada perubahan daripada satu sistem pendidikan yang lebih berorientasikan seseorang individu kepada pemetaan yang lebih holistik atau pun menyeluruh. KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan dalam sistem kurikulum ini juga amat berbeza daripada yang sebelum. Antara kaedah yang terdapat dalam strategi ini ialah penggunaan modul dalam pembelajaran, pembelajaran secara konstruktivisme iaitu pembelajaran lebih kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar, dan pembelajaran dalam bilik darjah.Menariknya, satu lagi strategi yang diterapkan ialah pembelajaran belajar cara belajar yang bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru ( Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Implikasi-implikasi daripada ujian standard pendidikan antarabangsa ini membuatkan kerajaan melihat bahawa pendekatan KSSR lebih mampu menaikkan sistem pendidikan negara kita.

Biasa kita dengar penceramah motivasi berkata, ‘sekalipun kita jatuh ke tangga ke seratus, bangkitlah menuju anak tangga pertama’. Begitu jualah sistem pendidikan negara kita, sekalipun ujian standard prestasi antabangsa menunjukkan negara Malaysia berada di tangga yang tercorot, maka kita hendaklah bangkit dengan membuat beberapa penambahbaikkan terhadap sistem pendidikan negara kita supaya kedudukan Malaysia dalam ujian tersebut dapat diubah ke tahap yang lebih baik.

Antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan mengkaji semula peranan guru di sekolah. Hal ini demikian kerana, memetik kepada laporan kajian ujian PISA dan TIMSS Kementerian Pelajaran Malaysia mencatatkan bahawa salah satu punca merosotnya keputusan ujian tersebut adalah guru tidak mengajar dengan betul. Pada

(3)

pendapat saya, yang diertikan dengan guru tidak mengajar dengan betul itu bukanlah merujuk kepada guru tiada profesionaliti akan tetapi tugas guru itu sendiri telah terbelah bahagi pada masa kini. Inilah yang harus dikaji balik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kebanyakan tugas ‘kerani’ guru terpaksa lakukan sehingga mengganggu masa guru mengajar dalam kelas. Seharusnya, guru memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar dan memikirkan kaedah yang lebih baik untuk membuatkan pengajaran lebih berkesan. Seelokkan, segala kerja yang berkaitan pengkeranian di lepaskan kepada bahagian pentadbiran dan guru hanya memasukkan data yang berkaitan dengan pemarkahan semata-mata.

Kedua, isu MBMMBI, sekalipun kita melihat bahawa isu memartabatkan bahasa melayu, memperkukuhkan bahasa inggeris ini sebagai satu wadah yang bagus. Namun, tidak mustahil ianya akan memakan diri sendiri. Kita sedia maklum, bahawa bahasa inggeris adalah bahasa universal, akan tetapi adakah kerana ini semata-mata, kita tinggalkan bahasa melayu kita yang mana sering diuar-uarkan bahawa bahasa melambangkan bangsa. Di manakah bangsa kita jika kita sering menggunakan bahasa inggeris di mana sahaja kita berada? Jika kita inginkan bahasa melayu menjadi bahasa yang terulung dan bahasa utama di Malaysia, maka kerajaan dan rakyat hendaklah berusaha mulai sekarang mencapai ke arah itu. Kita boleh lihat negara-negara luar seperti Jepun dan China yang hebat dan sangat gah dengan sistem pendidikan yang mereka cipta sehingga terkenal di pelosok dunia juga menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa utama. Mereka mampu kenapa tidak kita?

Bukan itu sahaja, perubahan penggunaan bahasa pengantar dalam subjek kritikal seperti sains dan matematik turut memberikan kesan negatif kepada pencapaian sistem negara, seharusnya, penggunaan bahasa pengantar hendaklah dikekalkan agar dan diselaraskan dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dalam subjek sains, jika subjek tersebut diajar oleh guru yang sama daripada bahasa melayu ditukar kepada bahasa inggeris, sememangnya akan mendatangkan sedikit sebanyak kesulitan kepada guru tersebut bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana sudah pasti dari aspek istilah adalah amat berbeza. Bukan itu sahaja, perubahan bahasa pengantar ini juga akan menyusahkan pelajar mendapatkan bahan rujukan. Mana tidaknya, tahun ini bahasa pengantar subjek kritikal adalah bahasa inggeris dan tahun depan diubah kepada bahasa melayu sekaligus akan mendatangkan kesulitan kepada pelajar dan memberi impak yang negatif terhadap keputusan peperiksaan pelajar.

(4)

Konklusinya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam membantu negara kita Malaysia untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam standard prestasi pendidikan antarabangsa. Pengkolaborasian antara semua pihak tidak boleh sama sekali dipandang enteng bagi mewujudkan sistem pendidikan yang lebih sistematik dalam menghasilkan masyarakat yang hebat dengan ilmu.

(5)

RUJUKAN

Abdul, R. H. (2001). Falsafah dan kaedah pemikiran. Kuala Lumpur: Utusan Pub & Dist.

Baharudin Yaacob. (2003). Pemikiran pendidik guru terhadap hasrat dan pelaksanaan inovasi

kurikulum di maktab perguruan: satu kajian kes

Berita harian: penambahbaikan drastik pendidikan. (2014, March 20). Retrieved August 13,

2015, from

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Penambahbaikandrastikpendidikan/m/

mArticle

Bernama. (2013, December 11). Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik dalam PISA |

Astro Awani. Retrieved August 12, 2015, from

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-mampu-capai-kedudukan-lebih-baik-dalam-pisa-26808

Institut Pendidikan Guru. (2013). JURNAL KBAT KENT.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Soalan lazim KSSR. Retrieved August 12, 2015,

from

http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?

id=146&cat=30&keyword=&page=1&

Mok, S. S. (2009). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Said, & Hamdan, T. (2000). Cabaran era globalisasi ke atas warga pendidikan di Malaysia.

(Said, Hamdan and Talib, Nasrudin (2000) Cabaran era globalisasi ke atas warga

(6)

pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 6 (1). pp.

35-46. ISSN 1394-1801.) Faculty of Education, UTM.

Referensi

Dokumen terkait