• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINERGI PENGAPLIKASIAN ICT & SENI VISUAL : SATU INOVATIF PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SINERGI PENGAPLIKASIAN ICT & SENI VISUAL : SATU INOVATIF PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SINERGI PENGAPLIKASIAN ICT & SENI VISUAL : SATU INOVATIF PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

MOHAMED FUAT BIN MD.NOOR PUSAT KEGIATAN GURU KANGAR PERLIS

Abstrak

Kertas ini bertujuan untuk memberi satu alternatif kepada guru khususnya guru-guru di sekolah rendah tahap 2 untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seni visual dengan sentuhan ICT. Dalam dunia realiti seni visual khususnya seni grafik, pendekatan digital art digunapakai untuk mempercepatkan proses kerja dan memperkayakan kreativiti serta mempelbagaikan sumber dan motif. Justeru itu pendekatan yang sama harus digunapakai dalam P&P di peringkat awal lagi. ‘Picture Collage Maker’ merupakan perisian yang sesuai untuk diaplikasikan diperingkatkan rendah sebagai satu kaedah untuk membuka minda pelajar sesuai dengan ledakan teknologi maklumat. Perisian ini dilihat mesra pengguna dan mudah untuk diterapkan dalam kerja-kerja asas seni grafik sebelum pelajar didedahkan dengan aplikasi yang lebih canggih seperti photoshop.

Pendahuluan

Guru seharusnya berusaha untuk mengembangkan kreativiti pelajar dengan mempelbagaikan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan, kemahiran dan

(2)

Justeru itu Pusat Kegiatan Guru Jejawi cuba untuk meneroka dan mencari satu pendekatan yang mudah ringkas dan bertepatan dengan kehendak semasa dalam arus ledakan perkembangan teknologi ICT atau lebih tepat lagi ‘digital art’. Kertas ini hanya membincangkan kaedah pengaplikasian ‘picture collage maker’ dan bagaimana guru dapat menolong pelajar untuk mengenengahkan karya mereka dalam persekitaran kreatif maya dengan menggunakan ‘art blog’ sebagai base atau tapak untuk merealisasikannya disamping untuk mendapatkan pengiktirafan dan dorongan di peringkat global. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengaplikasian ICT dan seni visual boleh diubahsuai dan dilaksana mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pelajar serta prasarana sekolah khususnya untuk pelajar-pelajar diluar bandar yang agak jauh ketinggalan. Model ini berteraskan konsep ‘art is the edge of idea’ di mana seni dianggap sebagai suatu penyataan idea setelah menerima input konsep dan prinsip seni dengan di bantu oleh kemajuan Teknologi ICT.

Kreativiti merupakan strategi pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang melibatkan pelajar menghasilkan karya-karya yang terancang dan berupaya untuk mempelbagaikannya. Dengan bantuan ICT pelajar akan meneroka lebih jauh menjangkau keperingkat global melalui blog-blog seni secara percuma dan berupaya untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai sudut dan secara langsung menuntut pelajar cuba memahami bahasa Inggeris untuk mencapai

(3)

Apabila pelajar mampu untuk menghasilkan karya dalam masa yang singkat dan mudah maka sedikit demi sedikit akan menimbulkan minat dan usaha secara kendiri untuk mencuba apikasi-aplikasi yang jauh lebih canggih dan memerlukan kemahiran yang lebih tinggi.

Pengenalan

Definisi kreativiti atau kreatif adalah pelbagai. Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang asli, unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat imaginasi (Hassan,1991). Rowe (2004) pula melihat kreativiti sebagai sebagai kecerdasan kreatif yang mengandungi empat gaya iaitu intuitif, inovatif, imaginatif dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza. Kelas komputer perlu dilaksanakan secara bersepadu demi pembangunan mental yang seimbang dan sejahtera.(Hairuddin,1999). Tambah Hairuddin lagi, hal ini penting supaya pelajar tidak melihat komputer sebagai alat yang hanya menggunakan kemahiran semata-mata dan pelajar perlu diransang untuk mencipta idea-idea baru yang lebih kreatif.

Untuk melahirkan satu generasi pelajar yang lebih kreatif dan berketerampilan serta bersedia untuk menghadapi masa depan yang kian mencabar, pelajar seharusnya dibekalkan dengan kekuatan mental yang berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan pendedahan yang diterimanya.

(4)

Kepelbagaian idea dalam mengahasilkan karya kreatif khususnya dalam seni visual seharusnya berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. Penggunaan aplikasi ‘paint’ dalam komputer grafik diaplikasikan sebagai medium dalam pengajaran dan pembelajaran diperingkat asas dan aplikasi ‘photoshop’ di peringkat seterusnya. Dengan keterbatasan yang ada maka aplikasi ‘photoshop’ memerlukan kemahiran yang agak tinggi dan dikhuatiri akan membantut minat pelajar dan guru-guru untuk mendekati seni digital.

Aplikasi ‘picture collage maker’ dilihat mampu untuk diaplikasi dalam menyemai minat dan kreativiti pelajar serta guru-guru dalam ‘digital art’. Perisian ini amat kecil (4.00 KB (4,096 bytes) dan ringan serta mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri aplikasi mirip kepada aplikasi ‘photoshop’ secara ‘template’. Kekuatan aplikasi ini tidaklah sehebat ‘photoshop’ namun sebagai asas ia amat mudah untuk membina kekuatan minat pelajar dan guru-guru sebelum menerima pendedahan aplikasi ‘photoshop’ di peringkat yang lebih mencabar.

Perisian ‘Picture Collage Maker’

Terdapat pelbagai perisian yang boleh didapati dipasaran samada melalui capaian internet atau dikedai-kedai yang menjual CD perisian komputer malahan ada perisian yang boleh dimuat turun secar percuma. Anda hanya perlu menaip ‘picture collage maker ‘ pada browser internet

(5)

Aplikasi ini pada asasnya merupakan satu perkakasan grafik yang berkeupayaan untuk mereka cipta kolaj foto yang menarik dan juga untuk membina buku skrap digital.

Selain berkeupayaan untuk merekacipta kolaj foto yang menarik ia juga berupaya untuk membina ‘dekstop wallpaper’, kulit CD dan DVD serta pelbagai bahan grafik untuk web. Tidak seperti bahan ‘grafik editor’ yang memerlukan kemahiran yang tinggi, aplikasinya membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai pengatahuan asas komputer untuk menghasilkan karya dalam jangka masa yang singkat.

Hasil karya yang memggunakan aplikasi ini begitu menarik dan menampakkan pelbagai kesan grafik seolah- olah mengggunakan aplikasi ‘photoshop’. Segala hasil karya boleh disimpan dalam format JPG,BMP,TIFF,GIFF,WMF,TGA atau PNG dan segala kolaj yang dihasilkan boleh dilapiskan, disusun atur dan diubahsuai mengikut citarasa pengguna.

‘Picture collage maker’ merupakan aplikasi yang terbina didalamnya berbagai template antaranya ’mask’, effect’,’frame, ’clipart’ dan pelbagai pilihan imej foto yang terlalu besar boleh diubahsuai untuk memenuhi ruang kanvas yang diseediakan. Setelah satu-satu kerja kolaj itu siap dibina maka ia boleh terus disimpan dalam komputer sebagai fail JPG. Hasil kerja itu juga boleh dijadikan ‘wallpaper’ kepada dekstop atau diemailkan terus kepada destinasi yang diperlukan .

(6)

Sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi ini dengan mudah kerana sebaik sahaja aplikasi ini dipaparkan anda akan diminta untuk membuat sesuatu pilihan bagaimana hendak memulakan sesutau projek. Antara projek yang boleh dihasilkan dengan aplikasi ‘picture collage maker’ ialah poster, menu, kad jemputan, kad hari lahir, kulit buku, iklan, ‘wallpaper ‘, kulit CD dan karya kreatif . Semua karya yang dihasilkan bergantung kepada sejauhmana input konsep dan prinsip seni dan kemahiran pelajar untuk meneroka segala aplikasi yang ada khususnya pilihan aplikasi ‘effect dan ‘mask’.

Sumber Imejan atau Foto

Sesuatu karya yang hendak dihasilkan memerlukan bahan imej atau foto. Sekiranya pelajar tidak berkemahiran dalam fotografi, imej masih boleh diperolehi melalui komputer dengan menggunakan aplikasi internet melalui yahoo atau google search yang sedia terbina tanpa memerlukan bayaran atau kepakaran. Dengan hanya memilih imej kemudian dimuat turun dan disimpan sebagai JPG, pelajar kemudianya boleh menggunakannya untuk menghasilkan karya yang menarik dengan dipelbagaikan effect atau kesan terhadap imej yang dipilih secara berulang kali.

(7)

Artblog

Karya-karya murid tidak akan memeberi sebarang makna sekiranya tidak dipamerkan dengan matlamat untuk mendapatkan maklumbalas dan pengiktirafan. Semua ini boleh direalisasikan dengan menggunakan saluran blog-blog seni yang banyak terdapat di internet.

Laman-laman seni ini boleh didapati dan diakses secara percuma. Guru-guru hanya perlu menaip ‘free art blog’ pada browser yahoo atau google search dan mendaftar sebagai ahli serta menjadi ‘admin’ kepada ruang yang disediakan. Antara artblog yang terdapat di internet ialah redbubble.com, flickr.com, Artisthabitat.com, myartspace.com, artistsites.org, myarthost.com dan deviant.com. Tugas guru hanya memilih karya-karya murid yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan dan dimuatnaik ke dalam blog. Dengan cara ini karya murid akan terdedah kepada kritikan dan komen-komen yang membina dari artis-artis yang berpengalaman.

Pendekatan ini juga menjadi dorongan kepada murid-murid untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam menghasilkan karya-karya yang menarik kerana hanya karya yang menarik sahaja yang akan dipilih oleh guru untuk dimuatnaik ke dalam blog.

(8)

Murid-murid juga akan lebih teransang untuk mempelajari Bahasa Inggeris kerana bahasa ini menjadi medium dalam komunikasi global khususnya dalam blog-blog seni. Kelaziman murid mengakses blog-blog seni akan memahirkan murid dengan aplikasi ICT dan Bahasa Inggeris dan dapat merapatkan lagi jurang ICT khususnya untuk murid-murid di luar bandar.

Rumusan

Melihat kepada kemajuan ICT yang berkembang dengan begitu pesat sekali maka aplikasi ‘picture collage maker’ seharusnya menjadi pilihan sebagai pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran seni visual yang berasaskan ICT. Kekuatan pelajar tidak hanya terletak pada penggunaan media asli iaitu warna , berus dan cat sahaja tetapi mungkin murid akan lebih teransang untuk meneroka jauh dengan menggunakan ICT sebagai media yang mencabar minda dan kreativitinya sekiranya diberikan peluang untuk menggunakannya. Untuk merealisasikannya maka para guru seharusnya mendapat pendedahan sebaik mungkin tentang beberapa kemungkinan pilihan aplikasi perisian seni komputer grafik yang ada di pasaran. Pilihan aplikasi perisian yang di bekalkan seharusnya mesra pengguna , ringan dan mudah untuk diikuti dalam jangka masa yang relatif singkat. Untuk itu perisian ‘picture collage maker ‘ dilihat sebagai satu alternatif yang tepat dalam membantu guru-guru untuk mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT.

(9)

Rujukan:

1. Siti Fatimah Mohd Yassin, Baharuddin Aris & Abdul Hafidz Omar (2005). Pembelajaran Berasaskan Projek Pembangunan Produk Multimedia Kreatif untuk Pengembangan Kreativiti Pelajar Luar Bandar Di Kelas Literasi Komputer. Jurnal BTP Siri 7 Disember.

2. Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Sistem Komputer & Aplikasinya. Kuala Lumpur : Venton Publising.

3. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Robiah Sidin, Juhana Salim dan Nor Sakinah Mohamad (2003). Pembudayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Kalangan Pelajar. UKM : Laporan Projek Arus Perdana AP 2000.

5. Wheeler,S., Waite, S J. And Bromfield, C.(2002). Promoting Creative Thinking Through The Usse Of ICT. Journal of Computer Assisted Learning. 18: 367-378.

Referensi

Dokumen terkait

Masyarakat (manusia) membentuk sebuah perkampungan besar dan menyatu yang selanjutnya disebut sebagai global village , Baca Abuddin Nata dalam buku, Mereka

aktor-faktor yang mempengaruhi p$ tanah adalah unsur-unsur yang terkandung dalam tanah, konsentrasi ion $ (  dan ion &$ - , mineral tanah, air hujan dan bahan induk,

Untuk membantu masyarakat dalam mendonasikan buku dan kertas bekas , di penelitian ini akan dibangun sebuah sistem informasi donasi buku berbasis web dengan proses crowdfunding

Dengan memiliki website (toko online), akan dapat menekan biaya promosi yang biasanya menggunakan media promosi cetak, seperti: brosur, katalog, iklan majalah dan

Pada penelitian yang dilakukan oleh Rifin (2014) dengan menggunakan VAR, pengaruh negatif atas pajak ekspor terhadap harga terlihat saat penerapan pajak ekspor nonprogresif ,

Berdasarkan hasil penelitian perbandingan jumlah koloni bakteri saliva setelah mengkonsumsi minuman berkarbonasi pada anak-anak yang karies dan non karies (usia 6-12

follow (ikuti) terdiri dari berbagai kelangan terkenal dan terdapat 101 tuturan yang sesuai dengan prinsip kesantunan dengan persentase 100%. Prinsip kesantunan

Pra siklus adalah pemaparan kondisi proses pembelajaran dan aktivitas belajar siswa sebelum dilaksanakan tindakan sebagai permasalahan awal penelitian yang