• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesediaan Pensyarah Dalam Perlaksanaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesediaan Pensyarah Dalam Perlaksanaan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDIAAN PENSYARAH DALAM

KESEDIAAN PENSYARAH DALAM PERLAKSANAA

PERLAKSANAAN

N

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PnP)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PnP) MENGGUNAKAN

MENGGUNAKAN

PENDEKATAN

PENDEKATAN

OUTCOME BASOUTCOME BASED EDUED EDUCATIONCATION

(OBE)

(OBE)

DI POLITEKNIK PORT DICKSON

DI POLITEKNIK PORT DICKSON

Amiza bt Yaman

Amiza bt Yaman11, Noremy Bt Che Azemi, Noremy Bt Che Azemi22,, Fadzlida Bt ShamsudinFadzlida Bt Shamsudin33 Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson Politeknik Port Dickson

1 1amiza@polipd.edu.myamiza@polipd.edu.my 2 2 noremy@polipd.edu.my noremy@polipd.edu.my 3 3 fadzlida@polipd.edu.my fadzlida@polipd.edu.my Abstrak Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau kesediaan pensyarah Politeknik Port Dickson dalam melaksanakan Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau kesediaan pensyarah Politeknik Port Dickson dalam melaksanakan  proses

 proses Pengajaran Pengajaran dan dan Pembelajaran Pembelajaran (PnP) (PnP) menggunakan menggunakan pendekatan pendekatan Outcome Outcome Based Based Education Education (OBE). (OBE). PerlaksanaanPerlaksanaan  pendekatan

 pendekatan OBE OBE telah telah mula mula diperkenalkan diperkenalkan di di Politeknik Politeknik Kementerian Kementerian Pengajian Pengajian Tinggi Tinggi Malaysia Malaysia sejak sejak tahun tahun 2010. 2010. Sampel Sampel  kajian dipilih secara rawak melibatkan 189 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, kajian dipilih secara rawak melibatkan 189 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik,Sains dan Komputer, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik,Sains dan Komputer, Politeknik Port Dickson.

Politeknik Port Dickson. Data-data dikumpul Data-data dikumpul menggunakan instrumen menggunakan instrumen soal selidik soal selidik dan dianalisis mdan dianalisis menggunakan perisianenggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil dari analisis data kajian yang Hasil dari analisis data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahapdiperolehi menunjukkan bahawa tahap  pemahaman

 pemahaman pensyarah pensyarah Politeknik Politeknik Port Port Dickson Dickson mengenai mengenai konsep konsep OBE OBE berada berada pada pada tahap tahap sederhana sederhana dengan dengan skor skor min min 3.60 3.60  manakala tahap persediaan pensyarah-pensyarah ini adalah sederhana dengan skor min sebanyak 3.49. Diharap hasil daripada manakala tahap persediaan pensyarah-pensyarah ini adalah sederhana dengan skor min sebanyak 3.49. Diharap hasil daripada dapatan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson untuk menilai sejauh mana dapatan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson untuk menilai sejauh mana kesediaan pensyarah di setiap jabatan dalam perlaksanaan pendekatan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran.

kesediaan pensyarah di setiap jabatan dalam perlaksanaan pendekatan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci

Kata Kunci –  – tahap pemahaman, tahap tahap pemahaman, tahap persediaan, persediaan, pendekatan OBE, Pengajaran dan Pependekatan OBE, Pengajaran dan Pembelajaranmbelajaran

1.0 PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sangat komited dalam agenda Pelan Transformasi Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sangat komited dalam agenda Pelan Transformasi Politeknik. Salah satu

Politeknik. Salah satu teras objektif Agenda Transformasi Politeknik yteras objektif Agenda Transformasi Politeknik yang dirangka sepanjang ang dirangka sepanjang tahun 2009 sehinggatahun 2009 sehingga 2020 adalah pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi (Jabatan Pengajian 2020 adalah pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi (Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia, Halatuju Transformasi Politeknik, 2010) ini adalah supaya graduan yang dikeluarkan oleh Politeknik Malaysia, Halatuju Transformasi Politeknik, 2010) ini adalah supaya graduan yang dikeluarkan oleh politeknik adalah setanding dengan IPTA dan IPTS yang lain. Sebelum ini menunjukkan graduan yang dikeluarkan politeknik adalah setanding dengan IPTA dan IPTS yang lain. Sebelum ini menunjukkan graduan yang dikeluarkan oleh politeknik kurang kualiti berbanding dari graduan instititusi lain. Hasil dari kajian Mazudi (2007) menyatakan oleh politeknik kurang kualiti berbanding dari graduan instititusi lain. Hasil dari kajian Mazudi (2007) menyatakan graduan politeknik yang

graduan politeknik yang memperolehi memperolehi nilai mata CGPA nilai mata CGPA 3.0 dan ke 3.0 dan ke atas jauh ketinggalan atas jauh ketinggalan berbanding denganberbanding dengan graduan lepasan dari institusi lain. Kenyataan ini di sokong oleh Hafizah

graduan lepasan dari institusi lain. Kenyataan ini di sokong oleh Hafizah et al et al (2008) di (2008) di mana menyatakan mana menyatakan bahawabahawa kebanyakan graduan politeknik yang menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah adalah sukar untuk berjaya kebanyakan graduan politeknik yang menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah adalah sukar untuk berjaya dalam akademik. Oleh yang demikian, pelan Transformasi ini diwujudkan supaya Politeknik Kementerian Pengajian dalam akademik. Oleh yang demikian, pelan Transformasi ini diwujudkan supaya Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengalami era transformasi dari semua sudut supaya semua tanggapan negatif yang dilemparkan Tinggi Malaysia mengalami era transformasi dari semua sudut supaya semua tanggapan negatif yang dilemparkan sebelum ini terhadap politeknik dapat ditangkis.

sebelum ini terhadap politeknik dapat ditangkis.

Oleh itu, antara perubahan besar yang dilaksanakan oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian tinggi Oleh itu, antara perubahan besar yang dilaksanakan oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian tinggi Malaysia adalah dengan melaksanakan kurikulum baru yang menggunakan pendekatan

Malaysia adalah dengan melaksanakan kurikulum baru yang menggunakan pendekatan outcome based educationoutcome based education (OBE). Pendekatan OBE ini mula diperkenalkan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun (OBE). Pendekatan OBE ini mula diperkenalkan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun

(2)

2010 untuk memenuhi keperluan Kelayakan Kerangka Malaysia (MQA). Perubahan kurikulum ini di harap supaya graduan yang dihasilkan oleh politeknik adalah setanding dengan graduan dari lepasan institusi-intitusi lain tidak kira institusi swasta mahupun institusi awam. Menurut Muhyiddin (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran zaman. Menurutnya lagi keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asal untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat. Dengan penerapan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) di seluruh institusi pengajian tinggi (terutama dalam bidang kejuruteraan) di Malaysia hari ini, ianya dapat memberi peluang kepada pihak berwajib untuk memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara (Mohd Jailani, Azami Zaharim, 2007).

Jika dilihat sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah menggunakan kaedah tradisional. Melalui pola pengajaran ini, graduan yang dihasilkan adalah pasif dan terlalu menunggu suapan dari tenaga pengajar mereka (spoon-feed). Menurut kajian dari Noriah et al (2002), menyatakan bahawa kaedah tradisional yang diamalkan oleh pensyarah akan menghadkan pembelajaran dan kemampuan pelajar untuk mendapat ilmu yang banyak. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran digunakan itu perlu diubah, natijahnya akan memberi implikasi yang bukan sedikit kepada pembangunan negara.

Pendidikan berasaskan hasil (Outcome based Education, OBE) adalah pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Dalam pendekatan OBE ini setiap pengajian yang ditawarkan harus menyediakan apakah hasil pembelajaran yang bakal dicapai oleh pelajar selepas mengikuti sesuatu program atau kursus pengajian. Oleh itu sebelum pergi jauh dengan OBE, haruslah difahami dahulu maksud OBE dengan lebih lanjut. Kementerian Australia Barat menerangkan OBE adalah satu proses pendidikan yang berasaskan pencapaian „outcome‟ tertentu dalam proses pembelajaran seseorang pelajar. Lantas, dengan menetapkan tahap kefahaman dan kemampuan pelajar untuk melakukan atau untuk membangunkan sesuatu, maka kedua-dua struktur pendidikan dan sistem kurikulum dan pengimplementasian haruslah saling bergantung dan berkesan bagi membolehkan tahap kemampuan atau kualiti yang diharapkan tersebut tercapai (Basri. H, 2004).

Kurikulum berasaskan hasil menekankan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan kepada pelajar. Dalam jangka masa yang panjang persekitaran pembelajaran perpusatkan pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari, kreatif dan inovatif. Ini dapat dicapai kerana melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan OBE pelajar akan di nilai dari segi kognitif (pengetahuan), psikomotor (praktikal) dan juga afektif (insaniah). Dalam era OBE, pihak jabatan harus sentiasa peka dan memantau kualiti graduan secara sistematik. Proses ini bermula dari peringkat pengenalpastian hasil (outcome) atau tahap kebolehan pelajar, inovasi dalam pengendalian kursus sehinggalah penyusunaturan silibus kurikulum dan proses penilaian yang bersesuaian untuk mencapai „outcome‟ tersebut (Spady, 1994).

Perlaksanaan pendekatan OBE di sesebuah Politeknik bukanlah suatu langkah yang mudah untuk dilaksanakan. Pelbagai cabaran dan halangan harus di tempuhi untuk memastikan perancangan berjalan seperti yang diharapkan. Program-program kesedaran perlu dijalankan di setiap peringkat iaitu bermula dari peringkat  jabatan sehinggalah ke peringkat pengurusan untuk memberi pendedahan awal kepada setiap warga politeknik akan kepentingan OBE. Selain itu, bengkel-bengkel, mesyuarat, sesi perbincangan dan seminar juga perlu dilakukan untuk mempertajamkan lagi pemahaman warga politeknik akan kepentingan OBE tersebut

.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Dalam usaha menjadikan Politeknik Institusi Pengajian Tinggi yang unggul di mata masyarakat dan terus menjadi rebutan pelajar, penambahbaikan sistem pengajian telah dilaksanakan. Bagi merealisasikan usaha menjadikan politeknik sebagai ‟pemain utama‟ dalam penyediaan modal insan sekali gus menjadi wadah bagi

(3)

memastikan golongan belia memperoleh sumber ilmu yang berkualiti tinggi, tenaga pengajar diseru oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Mohlis Jaafar agar  meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Berita Harian, 09 Jun 2011).

Dengan harapan besar ini, warga politeknik menggalas tugas yang sangat mencabar untuk meningkatkan kualiti pendidikan politeknik. Sehubungan itu, pensyarah politeknik perlu sentiasa peka dan sentiasa responsif  dengan tuntutan semasa. Bagi melahirkan graduan politeknik yang berkualiti dan sentiasa relevan dengan kehendak industri, para pensyarah perlu berupaya menawarkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasil kajian Noorhidayah (2005) mendapati bahawa strategi pengajaran berpusatkan guru lebih kerap diamalkan dan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah di Politeknik. Pengajaran sebegini tidak menggalakkan pelajar-pelajar  belajar secara aktif (Rashidi dan Abdul Razak, 1995) dan kadang kala tidak menolong objektif pemikiran kritikal mahupun kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif (Mok Soon Sang, 2004)

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan, pelaksanaan OBE di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah dimulakan pada tahun 2010. Pendekatan OBE ini memerlukan anjakan daripada pembelajaran berpusatkan pensyarah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran berasaskan hasil (OBE) menekankan hasil pembelajaran di mana apakah pengetahuan dan kemahiran teknikal dan juga kemahiran generik lain berjaya diperolehi oleh pelajar sepanjang pengajian dalam sesuatu bidang (Murugan dan Simmathiri, 2010). Menurut Kraak (1999) kurikulum OBE sebagai kurikulum berasaskan competence dapat merangsang semangat berlumba-lumba di kalangan pelajar untuk mencapai matlamat-matlamat yang digariskan.

Konsep OBE bermula dengan pembangunan kurikulum, kaedah penyampaian seterusnya peringkat penilaian terhadap hasil pembelajaran (H.Z Abidin, N.Omar,H.Hashim, M.F Abdul Latip, M.M Othman, S.Mohamed, N.F Naim dan Z. Mat Yasin). Dalam lain perkataan, kurikulum OBE menekankan apa yang pelajar berupaya lakukan dan pencapaian diukur secara sistematik. Malcom ( 1997, halaman 3) mengatakan bahawa OBE „ Is a learner-centered, where learning results in students changing the way they understand and act in the world around them.’  Penjelasan ini jelas membuktikan bahawa pelajar menjadi fokus dalam keberkesanan kurikulum.

Dengan penerapan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) di seluruh politeknik Malaysia hari ini, ianya akan memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Melaksanakan sesuatu perubahan terutamanya dari prinsip pengajaran yang telah lama diimplementasikan pastinya terlalu sukar untuk dilakukan pada skala yang besar. Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh pihak jabatan dan pengurusan untuk menjayakan transformasi ini. Salah satu cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan setiap pensyarah yang terlibat dalam perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan OBE. Tidak semua warga politeknik dapat menerima kehadiran OBE dengan hati terbuka. Bermula dengan pemahaman dan kesedaran yang minimum terhadap OBE, mereka lebih cenderung menggunakan kaedah pengajaran yang lama.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di Politeknik masih menggunakan kaedah tradisional di mana pensyarah masih menekankan kaedah chalk and talk . Melalui kaedah ini telah menyekat kemampuan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Oleh itu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar  (student centered learning ) atau kaedah pembelajaran berasaskan hasil (OBE) telah diperkenalkan. Melalui pendekatan OBE pelajar dapat dinilai dari segi kognitif (pengetahuan), psikomotor (praktikal) dan juga afektif 

(4)

(insaniah). Cabaran yang perlu diatasi oleh pihak Politeknik untuk menggunakan pendekatan OBE dalam kurikulum bukan sahaja menerima perubahan dari segi kurikulum tetapi juga perubahan yang menyeluruh dalam sistem kerja. Dalam usaha menjadikan politeknik sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, warga pensyarah adalah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan graduan politeknik yang berkualiti dan sentiasa relevan dengan kehendak industri melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selaras dengan itu, kefahaman yang mendalam di kalangan seluruh warga pensyarah politeknik mengenai OBE perlu dihayati sepenuhnya agar pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu dengan menggunakan pendekatan berasaskan hasil (OBE), kualiti pengetahuan dan kemahiran mestilah dimiliki oleh warga pensyarah. Keperluan kemahiran mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting bagi memastikan pengajaran yang berkesan. Persoalannya, sejauh manakah penghayatan mengenai pendekatan OBE ini oleh pensyarah di Politeknik Port Dickson memahami konsep pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta bersedia melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan ini .

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti :

i. Tahap pemahaman pensyarah di Politeknik Port Dickson mengenai konsep pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran

ii. Tahap persediaan pensyarah di Politeknik Port Dickson menggunakan pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Sejauh mana kesediaan pensyarah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan Outcome Based Education (OBE) di Politeknik Port Dickson

.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidik berharap daripada kajian yang dilakukan akan dapat memberi input dan membantu pihak pengurusan Politeknik Port Dickson dalam merancang pelan tindakan bagi memastikan penghasilan graduat politeknik melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sejajar dengan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia

.

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson tentang pemahaman dan kesediaan pensyarah menggunakan pendekatan OBE dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Pensyarah di Jabatan Perdagangan, pensyarah di Jabatan Pengajian Am dan Pensyarah di Jabatan Matematik Sains Komputer yang menjadi responden dalam kajian ini.

Penyelidik membuat andaian bahawa pensyarah-pensyarah ini dapat memberi respon dengan baik mengenai tahap pemahaman dan kesediaan pensyarah menggunakan pendekatan OBE dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

.

(5)

2.0 KAJIAN LITERATUR

Dalam proses pembelajaran yang menggunakan kaedah kuliah atau „ chalk and talk ‟, yang lebih berpusatkan guru ini, ilmu yang disampaikan tidak sepenuhnya diterima oleh pelajar. Menurut Gokhale (1996), daripada kajian yang telah dijalankan hanya 30% sahaja ilmu yang diperolehi oleh pelajar daripada kuliah yang disampaikan oleh guru. Selain itu, guru juga kurang menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti P&P. Hal ini menyebabkan pelajar belajar dalam suasana yang tertekan dan mereka juga tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan dunia luar sekolah serta kehidupan seharian mereka.

Menurut Rasyidah (2002), guru-guru yang mengamalkan pengajaran secara tradisi lebih gemar  menjalankan pengajaran secara sehala di dalam kelas. Pengamalan ini dikenali sebagai pembelajaran berpusatkan pensyarah. Di sini pensyarah sahaja yang mencurahkan isi pelajaran sedangkan pelajar menadah dengan pasif. Pelajar-pelajar tidak diberi peluang untuk bertindak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan masalah ini timbul pelbagai kesan kepada pelajar seperti kesukaran menguasai proses pembelajaran, bersikap pasif dan kehilangan kehilangan minat terhadap mata pelajaran yang diajar oleh pensyarah (Atan Long, 1991).

Kelemahan ini boleh diatasi dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan iaitu memperkenalkan kaedah P&P yang berpusatkan pelajar. Dalam kaedah ini, pelajar sentiasa didorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan (Ee, 2003). Pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan pelajar lebih berdikari, bermotivasi tinggi dan bertanggungjawab terhadap semua aspek yang dipelajarinya. Pensyarah dan institusi hanya sebagai pemimpin dan pembimbing kepada pelajar (Mc Combs & Whisler, 1997).

Prof Felder (dalam Cardellini, 2002) menekankan strategi-strategi yang beliau gunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diantaranya adalah penglibatan pelajar secara aktif semasa kuliah dan keperluan pelajar bekerja secara berkumpulan di dalam suasana yang selesa semasa kuliah (Cardellini 2002). Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelajar adalah “ sensing learners” iaitu mereka suka kepada perkara-perkara yang benar-benar berlaku di sekeliling mereka dan tidak menunjukkan minat sekiranya pengajar tidak

mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan sebenar.

Sehubungan dengan itu, Dato Dr. Mahmood Zuhdi (1997) menyatakan bahawa corak pembelajaran yang diperlukan pada zaman moden ini adalah dengan menggabungkan teori dan amali bagi melahirkan pelajar yang mampu memahami dan mengaplikasi apa yang telah dipelajari. Manusia mempunyai dua bahagian otak iaitu hemisfera kanan dan hemisfera kiri (Ruggiero,1991). Hemisfera kiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk analitik iaitu berfikir secara logik dan berurutan seperti matematik manakala hemisfera kanan pula berfungsi untuk melihat sesuatu yang unik, imaginasi, mengawal perasaan, persepsi dan visual selain berguna untuk usaha berfikir secara kreatif. Penggabungan teori dan amali dengan kelebihan yang ada pada otak kanan manusia boleh dimanfaat dengan menghasilkan proses pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah.

Robiah (2002) mengatakan proses belajar merujuk kepada proses memahami sesuatu, membaca, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman, menggunakan kecerdasan untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling, mencari ilmu pengetahuan, mencuba yang baru dan lainlain. Manakala pengajaran pula katanya merupakan proses yang dirancang dan dilaksanakan oleh pengajar untuk pelajar secara berdepan atau bersemuka yang bertujuan untuk merubah diri pelajar. Pembelajaran pula merujuk kepada proses merubah tingkahlaku individu yang aktif akibat ia mengalami peristiwa tertentu atau hasil tunjukajar oleh seseorang pengajar mahupun apabila menerima maklumat dan pengalaman baru. Individu itu akan mengintepretasi atau membentuk makna tertentu berdasarkan persepsi, idea dan perasaannya sendiri. Jadi pengajaran dan pembelajaran berkesan akan berlaku apabila hasil yang positif yang diperolehi oleh pelajar.

(6)

Dalam kajian sama di dalam dan di luar negara menunjukkan pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar  dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan yang berkualiti Kajian yang dijalankan oleh Zarina(2007) menunjukkan perbandingan pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar juga menunjukkan kepelbagaian kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan positif kepada keputusan gred pelajar daripada kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang lazim digunakan

Pendekatan WBL (Work Based Learning ) adalah satu inovasi dalam kaedah pembelajaran. Kajian yang di buat telah menunjukkan bahawa kaedah WBL ini mampu menyediakan platform mengembelingkan ilmu, kepakaran dan perkongsian pengalaman di antara institusi pengajian dan industri supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan P & P. Selain itu, kaedah ini juga mampu meningkatkan kemahiran generik graduan seperti kebolehan menyesuaikan diri, kemampuan belajar dengan cepat, bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi, menepati masa, bertanggungjawab, berintegriti, berkeyakinan dan memiliki kemahiran memimpin. (Roziah et.al., 2010).

Menurut Mazreta( 2010), dengan menggunakan pendekatan PBL(Problem based Learning) ini juga pelajar  telah didedahkan dengan kaedah P&P berpusatkan pelajar. Melalui kajian yang dijalankan pensyarah amat berpuas hati terhadap usahanya sebagai pembimbing serta membentuk jati diri para pelajar menjadi seorang yang boleh berusaha dalam menyelesaikan masalah yang sebenar. Selain itu, pembentukan sahsiah pelajar terhadap kepimpinan dapat diserlahkan dan pencapaian kecemerlangan akademik dapat dipertingkatkan bagi membantu institusi (politeknik) mencapai objektif kualitinya.

Kesimpulannya, pertukaran ke arah pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar di institusi pengajian membolehkan pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran dengan bekerja secara berpasukan, menggunakan pelbagai sumber dan belajar cara menyelesaikan masalah. Yang lebih penting ialah pelajar mampu berdikari dalam membuat analisis, sintesis dan penilaian. pembelajaran berpusatkan pelajar juga  jika dilaksanakan dengan betul boleh m enukarkan corak pendidikan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana pelajar berkemampuan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah.(Abdullah Ibrahim, 2004)

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian membimbing pengkaji ke arah mendapatkan maklumat dan data yang berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Salah satu tujuan menyediakan rekabentuk kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian (Kerlinger, 1973).

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pensyarah Politeknik Port Dickson dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan Outcome Based Education (OBE) dari segi pemahaman dan persediaan. Data yang diperolehi dikategorikan sebagai jenis kuantitatif kerana penganalisaan data adalah menggunakan kekerapan dan peratusan serta analisis skor min.

Kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan Deskriptif Tinjauan Sampel. Menurut Mohd Majid Konting (2000), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji dan sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi yang dikaji.

(7)

3.1 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson dari 6 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am serta Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Menurut Krejeie dan Morgan (1970), penetapan jumlah sampel kajian adalah berdasarkan kepada jumlah populasi. Bagi kajian ini, sampel yang perlu diambil adalah sebanyak 189. Pemilihan sampel dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah kerana ia membolehkan semua pensyarah mempunyai peluang yang sama untuk menjawab soalan kajian. Kenyataan ini turut disokong oleh Mohd Najib Abdul Ghafar (1999) yang menyatakan bahawa di dalam kaedah sampel rawak mudah, setiap orang mempunyai peluang untuk dipilih.

3.2 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang ini diedarkan kepada setiap responden yang telah dipilih secara rawak. Mohd Majid Konting (2000) menyatakan bahawa penggunaan borang soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk kajian yang mempunyai jumlah populasi yang besar. Disamping itu, ketidakhadiran pengkaji juga tidak akan mempengaruhi jawapan responden. Kandungan soal selidik ini adalah berasaskan kepada objektif kajian. Setiap data dianalisis berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada borang soal selidik tersebut.

Borang soal selidik kajian ini mengandungi 26 item soalan yang mengemukakan soalan-soalan berdasarkan kepada dua bahagian seperti berikut :

Bahagian I : Demografi Responden (5 item soalan)

Maklumat diri responden (Jabatan, Jantina, Umur, Tempoh Berkhidmat dan Gred Jawatan)

Bahagian II : Objektif Kajian (21 item soalan)

i. Tahap pemahaman pensyarah Politeknik Port Dickson mengenai konsep pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran (11 soalan)

ii. Tahap persediaan pensyarah Politeknik Port Dickson menggunakan pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran (10 soalan)

3.3 Kajian Rintis

Kajian rintis merupakan satu bentuk kajian awal yang dilakukan sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis ini dilaksanakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen iaitu borang soal selidik yang dihasilkan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang pensyarah dan juga menggunakan pengujian Alpha Cronbach yang bernilai 0.6. Menurut Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001), jika nilai alpha (α) lebih besar dari 0.6, maka instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Hasil dari kajian rintis yang dijalankan, nilai Alpha Cronbach (α) yang diperolehi bagi keseluruhan item soal selidik adalah 0.89.

3.4 Kaedah Analisis Data

Kaedah analisis data yang digunakan untuk kajian ini adalah berasaskan kepada sumber utama iaitu data primer. Data primer yang dikumpul melalui borang soal selidik adalah data mentah yang perlu dimanipulasi bagi mendapatkan maklumat yang boleh digunakan di dalam kajian ini.

(8)

Dalam bahagian I borang soal selidik, kajian ini menggunakan skala nominal dan skala sela untuk mengukur tahap tindakbalas responden kerana soalannya lebih berbentuk umum. Data-data yang didapati di dalam bahagian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik mudah iaitu menggunakan bentuk kekerapan dan peratusan.

Bahagian II pula digunakan untuk menjawab 2 objektif kajian ini dan akan dianalisis menggunakan skor min. Ujian ini akan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Perisian ini dipilih kerana ia dapat memenuhi hampir semua teknik pemprosesan dan penganalisisan data sesuai dengan objektif sesuatu penyelidikan yang dijalankan (Mohd Majid Konting, 2000). Perisian ini juga boleh menyimpan data, mendapatkan kembali data yang disimpan, mengolah dan mengubah data, mengira statistik dan seterusnya membina laporan dengan mudah (Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir, 2000).

3.5 Andaian Dan Batasan Kajian

Kajian ini mengandaikan semua responden benar-benar faham dengan tujuan kajian ini dilakukan dan menjawab soal selidik secara jujur dan rasional. Sampel responden yang dipilih juga diandaikan dapat mewakili populasi secara keseluruhannya. Ketetapan kajian ini juga bergantung kepada keterbukaan responden di dalam memberi jawapan mereka secara ikhlas dan jujur tanpa sebarang prejudis.

4.0 ANALISIS KAJISELIDIK

Bahagian ini akan membincangkan tentang hasil analisis kajian diperolehi daripada borang soal selidik responden. Proses analisis data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang dirancang.  Analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian II. Bahagian I merupakan bahagian

demografi manakala bahagian II menjawab kepada objektif kajian.

4.1 Analisis Bahagian I (Demografi)

Sebanyak 189 sampel borang soal selidik telah diedarkan kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson. Maklumat demografi responden yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Analisis Statistik Deskriptif  iaitu menggunakan taburan kekerapan dan peratusan. Jadual 4.1 merujuk kepada agihan responden mengikut  jabatan.

Jadual 4.1 : Agihan Responden Mengikut Jabatan

JABATAN BILANGAN JKA 39 JKE 35 JKM 47 JP 30 JPA 21 JMSK 17 JUMLAH 189

Hasil dari soal selidik tersebut juga didapati 69 orang pensyarah lelaki (36.5%) dan 120 orang pensyarah perempuan (63.5%) telah menjadi responden kajian ini. Majoriti responden terdiri daripada lingkungan umur 25  – 30 tahun (34.4%) dan telah berkhidmat di antara 1  – 5 tahun dan 6  – 10 tahun (31.7%). Responden kajian ini juga majoritinya terdiri daripada pensyarah-pensyarah gred DH 41/42 (67.7%).

(9)

4.2 Analisis Bahagian II –Objektif Kajian

Dapatan hasil kajian bagi Bahagian II telah dianalisis untuk menentukan min yang digolongkan dalam tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Landell (1997), tahap kecenderungan keputusan responden adalah seperti jadual di bawah :

Jadual 4.2 : Jadual Tahap Kecenderungan

Kod Kumpulan Julat Tahap

1 2 3 1.00-2.39 2.40-3.79 3.80-5.00 Rendah Sederhana Tinggi

Oleh itu , skor min yang didapati hasil daripada analisis kajian ini adalah berpandukan pada jadual tersebut.

4.2.1 Analisis Tahap Pemahaman

Bahagian ini akan menganalisis item soal selidik bagi objektif pertama kajian ini iaitu tahap pemahaman pensyarah Politeknik Port Dickson mengenai konsep pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari analisis yang dijalankan, didapati tahap pemahaman pensyarah Politeknik Port Dickson mengenai konsep pendekatan OBE berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.60. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan tahap pemahaman pensyarah yang dianalisa mengikut jabatan. Dari skor min yang diperolehi, JKA dan JKE mempunyai tahap pemahaman yang tinggi berbanding jabatan lain yang mempunyai tahap kecenderungan sederhana.

Jadual 4.3 : Analisa Tahap Pemahaman Mengikut Jabatan

Rajah 4.1 : Skor min tahap pemahaman yang diperolehi mengikut jabatan

JABATAN MIN TAHAP

JKA 3.82 Tinggi JKE 3.85 Tinggi JKM 3.71 Sederhana JP 3.39 Sederhana JPA 3.14 Sederhana JMSK 3.17 Sederhana

(10)

Dengan merujuk dapatan, min yang tertinggi diperolehi daripada item 2 iaitu sebanyak 3.93 terhadap penyataan saya sedar bahawa saya perlu melaksanakan PnP menggunakan pendekatan OBE. Min bagi penyataan tersebut berada pada tahap kecenderungan yang tinggi. Disamping itu juga, skor min terendah diperolehi daripada item ke 9 iaitu sebanyak 3.16 yang mempunyai tahap kecenderungan sederhana terhadap penyataan taklimat yang diberikan mencukupi dalam membantu saya memahami OBE dengan jelas. Ini disokong dengan dapatan dari item 1 yang juga mempunyai tahap kecenderungan sederhana terhadap penyataan saya memahami konsep pelaksanaan PnP berasaskan OBE.

Item-item ke 2, 3, 4, 6 dan 7 mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi. Ini menunjukkan pensyarah-pensyarah PPD memahami tujuan perubahan kaedah PnP tradisional kepada pendekatan OBE yang selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQA). Disamping itu juga, mereka juga sentiasa berfikiran positif  terhadap pelaksanaan OBE dan memahami pendekatan OBE dapat menggalakkan inovasi di dalam PnP mereka. Selain dari itu, mereka juga memahami bahawa pendekatan OBE dalam PnP menekankan peranan pelajar yang aktif dalam pembelajaran.

Hasil dari analisis data yang dijalankan menunjukkan item-item 1, 5, 8, 9, 10 dan 11 mempunyai tahap kecenderungan yang sederhana. Ini merujuk kepada penyataan saya sangat bermotivasi untuk melaksanakan PnP menggunakan OBE dan pendekatan OBE dapat meningkatkan kualiti PnP saya. Disamping itu, penyataan pendekatan OBE berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran generik serta penyataan saya sedar bahawa pendekatan OBE diaplikasikan dalam PnP di PPD juga berada pada tahap kecenderungan yang sama.

4.2.2 Analisis Tahap Persediaan

Hasil dari analisis data yang dijalankan menunjukkan tahap persediaan pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson menggunakan pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana dengan skor min sebanyak 3.49.  Analisa tahap persediaan mengikut jabatan adalah seperti di jadual 5. Jadual tersebut menunjukkan tahap persediaan pensyarah-pensyarah di semua jabatan berada di tahap sederhana.

Jadual 4.4 : Analisa Tahap Persediaan Mengikut Jabatan

Rajah 4.2 : Skor min tahap persediaan yang diperolehi mengikut jabatan

JABATAN MIN TAHAP

JKA 3.67 Sederhana JKE 3.69 Sederhana JKM 3.51 Sederhana JP 3.36 Sederhana JPA 3.08 Sederhana JMSK 3.31 Sederhana

(11)

Berdasarkan dapatan, skor min tertinggi diperolehi daripada item ke 17 iaitu sebanyak 3.96 terhadap penyataan saya bersedia menyertai kursus/ seminar/ kolokium atau yang berkaitan dengan pelaksanaan PnP menggunakan pendekatan OBE. Min bagi penyataan tersebut berada pada tahap kecenderungan yang tinggi. Ini menyokong penyataan item ke 14 yang berada pada tahap sederhana di mana penyataan tersebut adalah saya mempunyai input yang cukup ke arah melaksanakan PnP menggunakan OBE. Di samping itu juga, penyataan pihak jabatan di Politeknik menggalakkan saya menggunakan pendekatan OBE dalam PnP juga berada di tahap kecenderungan yang tinggi. Skor min terendah diperolehi dari item soalan ke 20 iaitu sebanyak 2.69 terhadap penyataan infrastruktur bilik kuliah, bengkel dan keperluan peralatan asas PnP mencukupi dalam membantu pensyarah mengaplikasikan pendekatan OBE. Min bagi penyataan tersebut berada pada tahap kecenderungan yang sederhana.

Hasil dari analisis data yang dijalankan menunjukkan item-item 12, 13, 14, 15, 16, 19, 20 dan 21 mempunyai tahap kecenderungan yang sederhana. Ini merujuk kepada penyataan saya bersedia menghadapi cabaran dan menggunakan OBE dalam PnP. Disamping itu, penyataan saya sangat selesa dengan kaedah PnP menggunakan OBE, OBE adalah kaedah pilihan saya serta saya telah melaksanakan OBE dalam PnP juga berada pada tahap yang sama.

4.2.3 Analisis Keseluruhan

Bahagian ini merumuskan keseluruhan analisa yang dibincangkan di bahagian 4.2.1 dan 4.2.2. Hasil dari dapatan dua objektif kajian ini dirumuskan dan menjawab matlamat kajian ini dijalankan. Jadual 6 menunjukkan analisa yang diperolehi bagi tahap kesediaan pensyarah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan Outcome Based Education (OBE) di Politeknik Port Dickson.

Jadual 4.5 : Analisa Tahap Kesediaan Mengikut Jabatan

Rajah 4.3 : Skor min tahap Kersediaan yang diperolehi mengikut jabatan

JABATAN MIN TAHAP

JKA 3.77 Sederhana JKE 3.83 Tinggi JKM 3.65 Sederhana JP 3.47 Sederhana JPA 3.18 Sederhana JMSK 3.32 Sederhana

(12)

Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pensyarah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan Outcome Based Education (OBE) di Politeknik Port Dickson dari segi pemahaman dan persediaan berada pada tahap kecenderungan yang sederhana dengan skor min sebanyak 3.60. Dapatan yang diperolehi juga menunjukkan JKE mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi berbanding jabatan akademik yang lain. Hasil kajian ini juga menunjukkan majoriti dari responden kajian ini masih belum bersedia sepenuhnya dengan pendekatan OBE.

5.0 KESIMPULAN

Kertas kerja ini melaporkan dapatan dari segi pemahaman dan persediaan pensyarah Politeknik Port Dickson tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan O utcome Based Education (OBE). Jika dilihat dari segi pemahaman pensyarah di Politeknik Port Dickson, rata-rata pensyarah dari semua  jabatan di Politeknik Port Dickson mengetahui akan kepentingan Outcome Based Education (OBE) dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tetapi pensyarah di Politeknik Port Dickson kurang bermotivasi untuk melaksanakan PnP menggunakan pendekatan OBE kerana memerlukan perubahan yang besar kepada teknik pengajaran yang telah lama dipraktikkan.

Dalam kegharaihan pihak jabatan di Politeknik Port Dickson menggalakkan penggunaan pendekatan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan graduan politeknik setaraf IPTA dan IPTS, kesediaan pensyarah-pensyarah masih lagi di tahap sedehana. Berikutan kurangnya pengetahuan tentang konsep OBE serta kemahiran mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, pensyarah-pensyarah bersedia menyertai kursus/seminar/kolokium atau yang berkaitan dengan pelaksanaan PnP menggunakan pendekatan OBE. Pensyarah-pensyarah juga merasa kekangan dalam mengimplementasikan pendekatan OBE disebabkan infrastruktur bilik kuliah, bengkel dan keperluan peralatan asas PnP kurang mencukupi dengan nisbah bilangan pelajar yang ramai. Kesukaran pensyarah mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai juga menjadi halangan kepada pensyarah-pens yarah melaksanakan pendekatan OBE.

Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PnP) menggunakan pendekatan O utcome Based Education (OBE) dari segi pemahaman dan persediaan adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana dengan skor min sebanyak 3.60. Ini menunjukkan pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson masih belum bersedia sepenuhnya menggalas tugas yang sangat mencabar untuk meningkatkan kualiti pendidikan politeknik bagi melahirkan graduan politeknik yang berkualiti dan sentiasa relevan dengan kehendak industri. Di harap hasil kajian ini dapat memberi input kepada pihak pentadbiran untuk mengambil tindakkan sewajarnya bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan Outcome Based Education (OBE) bagi memperkasakan pensyarah politeknik dengan pengetahuan & kemahiran tinggi selaras dengan Pelan Transformasi Politeknik.

6.0 CADANGAN

Data dan maklumat kajian ini amat penting dalam memberi input kepada pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson sebagai maklum balas bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Daripada data kajian yang dilaksanakan , Pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson dapat menilai sejauh mana kesediaan pensyarah dalam menggunakan pendekatan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi memastikan graduan yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara melalui sistem pendidikan di politeknik. Berikut adalah cadangan penyelidik kepada pihak pentadbiran politeknik :

a) Diharap pentadbiran Politeknik Port Dickson perlu terus memberi galakkan sepenuhnya kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson menggunakan pendekatan OBE dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan diimplementasikan.

(13)

b) Di harap pentadbiran Politeknik Port Dickson juga perlu meningkatkan usaha dalam memastikan setiap pensyarah diberi latihan dan pendedahan yang secukupnya dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan OBE melalui kursus, bengkel, seminar atau kolokium. c) Di samping menjemput tenaga pakar dari luar untuk memberi ceramah dalam bidang ini,

pentadbiran Politeknik Port Dickson juga perlu menghantar pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson ke seminar dan bengkel yang berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran berkonsepkan OBE .

d) Dalam usaha mempergiatkan memberi pendedahan yang secukupnya dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran berkonsepkan OBE kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Port Dickson, pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson juga perlu untuk mempertingkatkan infrastruktur bilik kuliah, bengkel dan keperluan peralatan asas yang menjadi salah satu kekangan supaya kedua-dua pihak iaitu pensyarah dan pelajar dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan OBE.

e) Pihak pentadbiran Politeknik Port Dickson dicadangkan mewujudkan satu badan khas yang mana bertanggungjawab memantau perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang diimplementasikan oleh pensyarah bagi penambahbaik secara berterusan.

7.0 RUJUKAN

Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia (2010). “Halatuju Transformasi Politeknik”.

Mazudi Ramthan (2007) Lepasan Politeknik di Universiti . November.

Hafizah Husain, Norbahinan Misran, salina Abdul samad, Aini Hussain & Siti Salasiah Mokri, (2008), Sistem Pemantauan Prestasi Pelajar JKEES, UKM,4

Mohd Jailani Mohd Nor, Azami Zaharim (2007), Perbandingan Pendekatan Pendidikan Bersepadu dalam Pembelajaran Berasaskan Hasil(OBE) Dengan Model Pendidikan Islam .

Basri, H, Man, A.S.C., Badarulzzaman, W.H.W., dan Nor, J.M (2004). “Malaysia And The Washington Accord. What  It Takes For Full Membership”, International Engineering Convention, 2004.

Spady, W.G (1994). “Outcome-based education: Critical issues and answers” . Arlington, VA: American Association of School Administrators

Muhyidin Yasin (2009) “Majlis Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012”.

Noriah Ishak, Siti Rahayah Ariffin, Rosseni Din & Aidah Abdul Karim (2002). “Expanding Traditional Classroom Through Computer Technology: A Collaborative Learning Process ”.

Murugan Krishnan dan Simmathiri Aplanaidu (2010). “ Perlaksanaan Kursus Projek Berasaskan Pendekatan OBE Di  Politeknik” 

H.Z Abidin, N.omar, H. Hashim, M.F Abdul Latip, M.M Othman, S. Mohamed, N.F NAim dan Z. Mat Yasin, “Outcome Based Education Performance Evaluation On Electrical Engineering Laboratory Module ” International Conference on Engineering Education 2009.

Noorhidayah Abdul Kassim (2005). “ Amalan Penggunaan Pendekatan Pengajaran Oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam Di Politeknik”. KUiTTHO: Tesis sarjana Pendidikan

Mok Soon Sang (2004). “Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)” 3rd. ed Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam Bilik Darjah: Kaedah & Strategi.” Kajang: Masa Enterprise.

(14)

Kraak, A (1999) Competing education & Training Policy discourses: A “ systematic” versus “unit standards” framework. Changing Curriculum: Studies on Outcomes-Based Education in South Africa .Jansen , D.J & Christie, P (eds). Kenwyn:Juta & Company, Ltd, 21-58

Malcom, C (1999) Outcome Based Education has different forms. Changing Curriculum: Studies on Outcome-based Education in South Africa.Jansen , J & Christie, P (eds). Cape Town: Maskew Miller Longman, 77-113.

Barr, R.E Krueger, T.J and Aanstoos, T.A (2006) „ Continuous Outcomes Assesment in an Introduction to Mechanical Engieering Cource’ , 36th ASEE/IEEE Frontiers In Educatation Conference, S1E-9-S1E-14.

Mansor, W., Hashim, H et al (2008) „ Preliminary Result on The Implementation of Outcome-Based Education on The Non-examinable Computer Engineering Modules’ , 38th ASEE/IEEE Frontiers In Educatation Conference, S4B-21-S4B-25.

Kamus Dewan.2002.Edisi Ketiga.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof, K. Syed Hassan, S.A.H. 2005. Cooperative Learning and Problem-Based Learning: An Introduction,  Active Learning Task Force, Universiti Teknologi Malaysia.

Olsen, P. B & Pedersen, K 2005. Problem Oreinted Project Based Learning: A Workbook. Roskilde University Press.

Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M. 1980. Problem Based Learning: An ApproachTo Medical  Education. New York: Springer.

Barrows, H.S. 1996. Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief Overview Dlm. Wilkerson, L.A. & Gijselaers, W.H. Bringing Problem Based Learning to Higher Education: Theory and Practice , hlm. 3 - 12. San Francisco: Jossey Bass Publishers.

Cardellini, L. 2002. An interview with Richard M. Felder, Journal of ScienceEducation, 3(2): 62-65.

Mahmood Zuhdi. 1997. Pengajian Syariah: Satu Pentakrifan Dlm.Mahmood Zuhdi (pnyt.) Dinamisme Pengajian Syariah, hlm. 6. Kuala Lumpur: Berita Published Sdn. Bhd.

Robiah Sidin. 2002. Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang di Institusi Pengajian Tinggi. Dlm. Siti Rahayah Ariffin & Noriah Mohd Ishak (pnyt.). Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan di Institusi Pengajian Tinggi , hlm. 1-12. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ruggiero,V.1991. Thinking A Guide To Critical And Creative Thought. New York: Harper Collins Publisher.

R.Abdul Latif, N.S Hasan Amin dan Z.Che Amin,2010.” Persepsi Institusi Pengajian Dan Industri Terhadap Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Secara Work Based Learning (WBL)”, Prosiding Seminar  Transformasi Pendidikan teknikal 

Rasyidah Bte Sulong. 2002. “Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Mata Pelajaran Senireka Fesyen Bagi Kursus Seni  Reka Fesyen Di Politeknik Johor Bahru” . KUiTTHO: Tesis sarjana Pendidikan

Zarina Binti Muhammad. 2007. ” Perlaksanaan Kaedah Scl Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Kenegaraan Malaysia Di Universiti Putra Malaysia Dan Kesannya Ke Atas Pelajar Dan Gred Pencapaian Relajar ” Monograf Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di P eringkat Pengajian Tinggi .

 Abdullah, Ibrahim (2004) “Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya dengan Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan”. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan

N.Hamzah,A.K. Abdul Rashid, Z.Chik, R.Hamid, 2005.” Kesan Pendekatan Obe Dalam Pengajaran Kursus Pengurusan Kejuruteraan Awam”.Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

(15)

Kerlinger, F. N. (1973). “Foundations of Behavioural Research.” New York: Hol, Rinehart and Winstons Inc.

Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). “Determining Sample Size For Research.”  Educational and Psychological Measurement.

Landell, K. (1997). “Management by Menu”. London: Wilay and Sms Inc.

Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Edisi Pertama. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Abu dan Zaidatun Tasir (2001). “Pengenalan kepada analisis data berkomputer SPSS 10.0 for  Windows”. Kuala Lumpur:Venton Publishing

Referensi

Dokumen terkait

Peraturan Pemerintah Nomor 8 Tahun 2016 tentang Perubahan Kedua atas Peraturan Pemerintah Nomor 60 Tahun 2014 tentang Dana Desa Yang Bersumber Dari Anggaran Pendapatan

mampu mengajukan soal baru berupa soal non-rutin. Berdasarkan tabel tersebut terlihat, pada umumnya subjek mampu mengajukan soal non-rutin, namun belum mampu

Hal ini terlihat dari maraknya iklan rokok yang muncul sekarang dengan mengedepankan unsur kreatif secara verbal maupun non verbal dan mengoptimalkan aspek visual tetapi

136 Hermawan Kartajaya dan M.. adalah bisnis yang harus sesuai dengan kriteria ekonomi dalam Islam hal ini sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi Muhammad saw

Kajian yang dilakukan pada kapal penumpang ini adalah melakukan modifikasi bentuk buritan kapal ( stern ) dengan 2 variasi yaitu variasi ketinggian stern tunnels

Penelitian ini bertujuan untuk mencari kombinasi urutan pengerjaan produk yang memiliki nilai makespan minimum dengan menggunakan metode Pour, Pemrograman Dinamis

Hal tersebut dapat diketahui berdasarkan hasil analisis data yang menunjukkan bahwa kualitas layanan berpengaruh signifikan positif terhadap kepuasan pelanggan dan kepuasan