• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN: PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) MURNI A/P AMBUT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN: PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) MURNI A/P AMBUT"

Copied!
115
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN:

PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

MURNI A/P AMBUT

Laporan Projek Sarjana Muda Ini

Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor

APRIL 2010

(4)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ___________________

Nama Penulis : MURNI A/P AMBUT Tarikh : ___________________

(5)

Khas buat:

Ayah dan ibu yang amat disayangi AMBUT A/L DATAN & SIAH A/P LONGLI

Insan teristimewa NORDIN A/L JAN

Adik beradik yang dikasihi

WAK SIANG, GAUK DA, GAUK TINI, WAK LANUN, GAUK MAWA, WAK BINCANG, DAYU, ENCU, TUKIK,

SAMUNG

Insan disayangi INAK SAMUNG

(6)

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana atas kehendaknya, saya akhirnya telah menyempurnakan laporan projek sarjana muda ini. Syukur di atas kurniaan kekuatan yang diberikanNya sehingga saya mampu menyempurnakan laporan ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas serta ucapan terima kasih kepada penyelia projek iaitu Encik Jamaluddin Bin Yaakob dan juga panel-panel Projek Sarjana Muda. Terima kasih di atas segala bimbingan, teguran, nasihat, dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan projek ini.

Terima kasih buat ayah, inak dan semua ahli keluarga yang memberi dorongan dan semangat bagi menjayakan projek ini. Penghargaan tidak terhingga ditujukan buat abang (Nordin Jan) yang telah banyak berkorban masa dan tenaga, memberi semangat, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin akan dilupakan buat selamanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan projek ini iaitu Mahalatchumy, Jenny, Mayura, Melati, Yusri serta rakan-rakan lain yang terlibat secara tidak langsung.

Akhir kata, semoga laporan ini dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang serta menjadi panduan yang berguna.

(7)

ABSTRAK

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu kaedah yang terdapat dalam hierarki kawalan risiko. PPE merupakan apa-apa kelengkapan yang wajib dipakai untuk melindungi seseorang yang sedang bekerja daripada hazard dan risiko.

Undang-undang juga menekankan penggunaan PPE adalah wajib dan diharuskan bagi mereka yang sedang melaksanakan kerja. Walaupun pemakaian PPE adalah wajib, namun masih terdapat kes kemalangan yang berlaku diakibatkan oleh tindakan tidak memakai PPE semasa bekerja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa bertugas.

Walaupun kontraktor Kelas A adalah kontraktor kelas atasan tetapi mereka juga tidak lari dari masalah penggunaan PPE. Kaedah persampelan pemerhatian sistematik dan borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan dari pekerja. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis kekerapan dan min skor berbantukan penggunaan perisian komputer iaitu SSPS 16.0 dan Microsoft Office Excel. Faktor utama pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa bekerja adalah kerana PPE membatas pergerakan kerja mereka. Faktor pihak pengurusan/ majikan tidak tegas terhadap penggunaan PPE juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pemakaian PPE. Kesimpulannya, pihak pengurusan/ majikan perlu peka terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi penggunaan PPE pada masa melaksanakan tugas. Pekerja juga perlu diberi motivasi berkenaan penggunaan PPE. Cadangan masa depan menekankan bagaimana cara untuk meningkatkan kadar penggunaan PPE di kalangan pekerja pembinaan.

(8)

ABSTRACT

Personal protective equipment (PPE) is one of the methods listed in risk management control. PPE is any equipment that workers must and should wear when carrying out their works to prevent them from hazard and risk. The law requires that construction workers must wear PPE when they are doing their works. Although the use of PPE during working is compulsory, but there are still injury cases caused of by using PPE. This research is conducted to identify the factors that cause construction workers avoid using PPE when doing their work. Although Class A construction firms are high class construction firms, they also face this problem. The methodologies used in this research were by way of systematic observation sampling and questionnaire. The data collected were analyzed using frequency analysis and min score. SSPS 16.0 and Microsoft Office Excel were the tools used to calculate the data. The analysis showed that the main factor that caused workers not using PPE was because the equipment limited their movement when they are carrying out their works. Another factor was that the management/ employer were not strict in ensuring their workers to wear PPE. In summary, employers must be aware of the factors that are causing the workers not to used PPE when doing their works. The workers also need to be given motivation to used PPE. Lastly, it is suggested that there should be a research to identify the ways to increase the use of PPE among construction workers.

(9)

ISI KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan masalah 4

1.3 Soalan kajian 6

1.4 Objektif kajian 6 1.5 Skop kajian 7 1.6 Metodologi kajian 8 1.6.1 Peringkat pertama – Kajian awalan 8

(10)

1.6.2 Peringkat kedua – Reka bentuk kajian 8 1.6.3 Peringkat ketiga – Pengumpulan dan penyusunan data 10

1.6.3.1 Pemerhatian di tapak bina 10

1.6.3.2 Soal selidik 11

1.6.4 Peringkat keempat – Analisis dan ulasan data 12 1.6.5 Peringkat kelima – Penulisan hasil kajian 12

1.7 Kepentingan kajian 12

1.8 Jangkaan hasil kajian 13

BAB 2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Definisi istilah-istilah 16

2.2.1 Keselamatan dan kesihatan 16

2.2.2 Hazard 16

2.2.3 Bahaya 17

2.2.4 Risiko 17

2.2.5 Kemalangan 18

2.2.6 Pekerja pembinaan 18

2.3 Penyebab dan punca kemalangan 19

2.3.1 Teori Domino 19

2.3.2 Teori Pelbagai Sebab 20

2.3.3 Gabungan Teori 21

2.3.3.1 Majikan dan iltizam 21

2.3.3.2 Majikan dan pekerja 21

2.3.3.3 Bahan dan kelengkapan 22

2.3.3.4 Sekitaran 22

2.3.4 Pemasangan dan penyenggaraan 23

2.3.5 Prosedur kerja 23

2.3.6 Latihan 23

2.3.7 Teori pelepasan tenaga 24

2.3.8 Teori psikologi/sikap 24

(11)

2.3.8.1 “Goals Freedom Alertness Theory” 25

2.3.8.2 Teori faktor manusia 25

2.3.8.3 Model kepuasan ganjaran motivasi 26

2.4 Hirerki kawalan risiko 26

2.4.1 Menghapuskan hazard 27

2.4.2 Menggantikan hazard 27

2.4.3 Kawalan reka bentuk 27

2.4.4 Pengasingan dedahan kepada hazard 28

2.4.5 Latihan 29

2.4.6 Amalan kerja 29

2.4.7 Pemantauan dan pengauditan 29

2.4.8 Kelengkapan perlindungan diri (PPE) 30

2.5 Rumusan Bab 31

BAB 3 PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

3.1 Pengenalan 32

3.2 Definisi kelengkapan perlindungan diri (PPE) 33

3.3 Kehendak perundangan berkaitan PPE 34

3.4 Jenis-jenis PPE 35

3.4.1 Perlindungan kepala 36

3.4.2 Perlindungan muka 36

3.4.3 Perlindungan mata 37

3.4.4 Perlindungan pendengaran 38

3.4.5 Perlindungan pernafasan 39

3.4.6 Perlindungan tubuh 40

3.4.7 Perlindungan tangan 41

3.4.8 Perlindungan kaki 42

3.4.9 Perlindungan jatuh 43

3.5 Faktor pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE 44

3.5.1 Faktor pengurusan/majikan 44

3.5.2 Faktor individu pekerja/psikologi dan sikap 46

(12)

3.5.3 Faktor peralatan 48

3.5.4 Faktor sekitaran 49

3.5.5 Lain-lain faktor 50

3.6 Rumusan Bab 51

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan 52

4.2 Kajian awalan 53

4.3 Jenis data 55

4.3.1 Pengumpulan data sekunder 55

4.3.2 Pengumpulan data primer 56

4.3.2.1 Kajian lapangan/ Pemerhatian 56

4.3.2.2 Borang soal selidik 57

4.3.2.2.1 Merekabentuk borang soal selidik 58 4.3.2.2.2 Bahagian pengenalan 58

4.3.2.2.3 Soalan kajian 59

4.3.2.2.4 Susun atur soalan 60 4.3.2.2.5 Pengedaran borang soal selidik 61

4.4 Analisis data 61

4.4.1 Kaedah analisis 62

4.4.1.1 Analisis kekerapan (frequency analysis) 62

4.4.1.2 Skala likert 63

4.5 Rumusan Bab 64

BAB 5 ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Hasil kajian lapangan/ pemerhatian 66

5.2.1 Hasil persampelan pemerhatian sistematik

di tapak bina 66

5.2.2 Bukti bergambar hasil kajian lapangan/ pemerhatian 68

5.3 Hasil pengumpulan borang soal selidik 69

(13)

5.3.1 Hasil analisis Bahagian A borang soal selidik 70

5.3.1.1 Jantina responden 70

5.3.1.2 Jawatan responden 71

5.3.2 Hasil analisis Bahagian B borang soal selidik 72 5.3.2.1 Kekerapan penggunaan PPE 72 5.3.2.2 Pengetahuan pekerja berkenaan

tanggungjawab 74

5.3.2.3 Cuaca persekitaran dan ruang kerja sempit 75 5.3.2.4 Kondisi kesihatan pekerja 76 5.3.3 Hasil analisis Bahagian C borang soal selidik 77

5.4 Rumusan Bab 80

BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 81

6.2 Penilaian objektif kajian 82

6.2.1 Senarai faktor-faktor yang dikenal pasti menjawab

objektif kajian 83

6.4 Cadangan 84

6.5 Kajian lanjutan 85

RUJUKAN 86

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN 92

(14)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.1 Kekerapan pemakaian PPE 68

5.2 Jantina responden 71

5.3 Jawatan responden 71

5.4 Penggunaan PPE oleh pekerja pembinaan

pada masa melaksanakan tugas 73

5.5 Sebab mengapa PPE tidak digunakan

sewaktu bertugas 74

5.6 Pengetahuan pekerja berkenaan tanggungjawab

memakai PPE pada masa bertugas 75

5.7 Pengaruh cuaca persekitaran dan ruang sempit 76 5.8 Pengaruh kondisi kesihatan pekerja terhadap

pemakaian PPE 76

5.9 Nilai kekerapan dan min keseluruhan analisis

Bahagian C borang soal selidik 78

(15)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kemalangan pekerjaan mengikut sektor

dan kategori sehingga Jun 2009 (disiasat) 2

1.2 Carta alir metodologi kajian 9

3.1 Topi keselamatan industri 36

3.2 Topi lengkuk (Bump caps) 36

3.3 Penghadang muka (Face shields) 37

3.4 Cermin mata keselamatan 38

3.5 Gogel 38

3.6 Peralatan perlindungan pendengaran 39

3.7 Alat perlindungan pernafasan 40

3.8 Pakaian perlindungan tubuh 41

3.9 Alat perlindungan tangan 42

3.10 Kasut keselamatan 43

3.11 Kasut antistatik 43

3.12 Abah-abah 44

4.1 Carta alir metodologi kajian (Sorenson, 2002) 54 5.1 Pemandu jentolak yang tidak memakai

topi keselamatan 68

5.2 Buruh biasa yang tidak memakai kasut

keselamatan 69

5.3 Min skor mengikut faktor 79

(16)

SENARAI SINGKATAN

PPE - Kelengkapan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment)

JKKP - Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan DOSH - Department Of Occupational Safety And Health

(17)

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Borang pemerhatian penggunaan PPE oleh

pekerja pembinaan 92

Lampiran B Borang soal selidik 96

(18)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sektor pembinaan adalah pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pernyataan ini dibuktikan melalui Perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-8 yang memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-91, tumpuan diberikan kepada peningkatan liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi menyokong aktiviti ekonomi negara. Projek-projek pembangunan ini memberi ruang kepada sektor pembinaan untuk terus maju dan terus menjadi teras kepada pembangunan negara di samping membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Menurut Tan Sri Lee Lam Thye, walaupun industri pembinaan berkembang maju didapati pemaju dan pengurusan tapak pembinaan tidak prihatin terhadap aspek

1 BNM. (2005). Rancangan Malaysia 9. www.bnm.gov.my/files/publication/sme/bm/2005/bab_8.pdf. (dicapai pada 29 Ogos 2009, 10.15pm )

(19)

keselamatan pekerjanya. Ulasnya lagi, kemalangan maut di tapak pembinaan di negara ini bukan perkara baru dan akan berlaku selagi mereka yang terbabit dalam sektor ini memandang mudah sistem keselamatan membabitkan pekerja binaan. Selain itu, industri pembinaan juga merupakan sektor yang mempunyai kadar kemalangan maut yang paling tinggi (METRO, 10 Mac 2009).

Statistik kemalangan maut yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)2 seperti dalam Rajah 1.1 membuktikan pernyataan tersebut Berdasarkan Rajah 1.1, jelas menunjukkan sektor pembinaan mempunyai kadar kemalangan maut yang paling tinggi iaitu sebanyak 39%. Pengilangan merupakan sektor kedua mempunyai peratus kemalangan maut yang tinggi iaitu sebanyak 28% diikuti sektor pertanian, perhutanan dan perikanan sebanyak 24%. Sektor-sektor lain pula menunjukkan peratus kadar kemalangan maut tidak melebihi sepuluh peratus.

Rajah 1.1: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor dan Kategori Sehingga Jun 2009 (disiasat)

(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP))

2 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.

http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am ) 28%

1%

33%

24%

6%

0% 7%

0% 1% 0%

Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Bagi Kategori Maut Sehingga Jun 2009 (Disiasat)

Pengilangan

Perlombongan dan kuari Pembinaan

Pertanian, perhutanan dan perikanan Kemudahan

Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi

Perdagangan borong dan runcit Hotel dan restoran

Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

(20)

Manurut Datuk N. Marimuthu, Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia, beberapa faktor yang boleh mengundang kecelakaan kepada pekerja di kawasan pembinaan termasuklah kecuaian, tiada pagar keselamatan, tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan ciri-ciri lain yang boleh menyebabkan kemalangan (BERNAMA, 15 April 2008).

Menurut YB Tan Sri Dato‟ Lee Lam Thye, penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu kaedah untuk melindungi pekerja daripada kemalangan di tapak bina. Menurutnya lagi, majikan perlu tegas dalam memastikan kepatuhan pekerja dalam menggunakan PPE (Lee Lam Thye, 2008).

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) adalah salah satu jenis kaedah kawalan bahaya dan berada pada peringkat terakhir dalam hirarki kawalan bahaya dan risiko.3 Walaupun kawalan telah dilaksanakan tetapi masih ada saki baki risiko yang tidak dapat dikurangkan ke tahap yang boleh diterima. Dalam hal ini, pilihan terakhir hendaklah melibatkan kawalan ke atas individu pekerja yang terdedah kepada risiko dengan penyediaan PPE.4

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada keselamatan dan kesihatannya dan apa-apa eksesori tambahan yang direka bentuk untuk memenuhi matlamat itu.5 PPE merujuk kepada kelengkapan untuk melindungi mata, muka, kepala dan tangan serta kaki, pakaian perlindungan, peralatan bantuan pernafasan dan perisai perlindungan.6

3 DOSH, Ministry of Human Resources Malaysia. (2008). Guideliness for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC).

4 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Education.

5 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.

http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am )

6 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.373.

(21)

1.2 Pernyataan Masalah

Mengikut statistik kemalangan yang melibatkan pekerja tidak menggunakan PPE dari PERKESO pada tahun 2005, lebih 2798 pekerja dilaporkan mendapat kecederaan mata berbanding 3000 orang pada tahun 2003. Sebanyak 1342 orang cedera di kepala berbanding 1338 orang pada tahun 2003 dan 7872 orang mendapat kecederaan di tangan berbanding 8670 orang pekerja sebelumnya (Lee Lam Thye, 2008).

Penekanan penggunaan PPE terhadap pekerja sewaktu menjalankan tugas telah diperuntukkan dalam undang-undang. Peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan kebajikan, Kilang Dan Jentera 1970, di bawah peraturan 32, mewajibkan penggunaan pakaian keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan dan alat perlindungan mata. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 juga menekankan penggunaan PPE untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya, pendedahan bunyi bising dan perlindungan daripada hazard seperti hazard fizikal, elektrik, biologikal, sinaran dan lain-lain (Lee Lam Thye, 2008).

Menurut OSHA 1994, seksyen 24, tanggungjawab pekerja termasuklah memakai atau menggunakan apa-apa PPE yang disediakan oleh majikan untuk tujuan mengelakkan risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.7 OSHA 1994, seksyen 17, menegaskan bahawa setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya di tempat kerja selain menyediakan PPE.8

Kemalangan di tapak bina terjadi antaranya disebabkan tindakan tidak selamat pekerja yang bekerja tanpa menggunakan PPE.9 Secara umumnya, dua keadaan yang

7 Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 9 – 10.

8 Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 25.

9 Maimunah Aminuddin. (2006). Safety and Health at Work. Lexis Nexis – Malayan Law Journal. Malaysia. Muka surat 27 – 28.

(22)

menyebabkan berlakunya kemalangan di tapak bina iaitu (1) keadaan tempat kerja yang tidak selamat, dan (2) tindakan tidak selamat pekerja.10

Sikap para pekerja itu sendiri juga antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mementingkan pemakaian PPE semasa menjalankan tugas.11 Sikap termasuk perasaan, pemikiran, keadaan mudah terpengaruh merupakan sesuatu yang sukar untuk diubah.

Menurut Williard (2007), kesedaran boleh didapati dalam budaya organisasi dan ciri-ciri psikologi yang positif. Kekurangan tahap kesedaran individu, kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi. Ciri psikologi yang negatif menyumbang kepada berlakunya kemalangan.12

Ketidakselesaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) merupakan salah satu sebab mengapa pekerja tidak menggunakannya pada masa menjalankan tugas selain terpaksa menyediakan PPE sendiri bagi syarikat-syarikat pembinaan yang kecil.13 Ekoran penyediaan sendiri PPE oleh pekerja menyebabkan mereka tidak menggunakan kelengkapan tersebut kerana harganya yang mahal terutama peralatan yang diimport14. Menurut seksyen 26, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan tidak boleh mengenakan levi atau caj terhadap PPE yang diberikan kepada pekerjanya.15

Walaupun telah diperuntukkan dalam peraturan dan undang-undang tentang penggunaan PPE serta keperluannya, tetapi mengapa masih ada pekerja pembinaan yang tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas? Oleh yang demikian, kajian

10 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.

11 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.256.

12 Mark, A.F dan James, P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.89.

13Gibb, A., Hide, S., Haslam, R., Gyi, D. dan Duff, R. (2005). Construction Tools and Equipment: Their Influence on Accident Causality.http://www.emeraldinsight.com/Insight/ViewContentServlet?contentType=Article&Filename=/published/emer aldfulltextarticle/pdf/3430030102.pdf. (dicapai pada 4 September 2009, 3.58pm)

14 Cooper, D. (2006). Farmer Usage Survey of Using PPE. http://intljpubhealth.oxfordjournals.org/cgi/reprint/28/1/43. (dicapai pada 4 September 2009, 3.58pm)

15 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2008). Statistik Kemalangan Pekerjaan.

http://www.dosh.gov.my/wps/portal/statistik. (Dicapai pada 3 September 2009, 8.50am )

(23)

yang bakal dijalankan ini akan mengenal pasti faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.

1.3 Soalan Kajian

Berikut adalah persoalan utama kajian yang ingin diselidik:

i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas?

Ia juga merangkumi soalan-soalan berikut:

a. Adakah pekerja tahu tentang kepentingan menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas?

b. Adakah pekerja tahu tentang kewujudan peraturan dan undang-undang berkaitan penekanan penggunaan PPE semasa menjalankan tugas?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa melaksanakan tugas. Oleh yang demikian, objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini ialah:

(24)

i. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) semasa melaksanakan tugas.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian yang ingin dijalankan merangkumi pekara-pekara berikut antaranya ialah:

i. Kajian akan dijalankan di sekitar UTM Skudai, Johor kerana terdapat banyak projek pembinaan yang sedang beroperasi di kawasan ini.

ii. Kontraktor yang terlibat adalah kontraktor dari Kelas A. Hal ini kerana, daripada pemantauan awal yang dilakukan, didapati masih terdapat pekerja yang tidak menggunakan PPE sewaktu bertugas walaupun bekerja dengan kontraktor kelas atasan.

iii. Melibatkan dua jenis peralatan asas iaitu topi keselamatan dan kasut keselamatan.

iv. Kajian seterusnya adalah mengenai faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.

v. Oleh itu, pihak yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada individu yang bekerja di tapak pembinaan atau lebih dikenali sebagai pekerja pembinaan antaranya buruh biasa, tukang-tukang, pengendali loji berat, jurutera mekanikal dan elektrikal (M&E) dan sebagainya. Pihak-pihak ini dipilih kerana mereka adalah individu yang terlibat secara langsung dengan penggunaan PPE.

vi. Skop kajian juga melibatkan aktiviti pembinaan bangunan.

(25)

1.6 Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan bahagian terpenting dalam kajian bagi memperolehi data dan maklumat dengan lebih terperinci agar objektif kajian dapat dicapai. Terdapat lima peringkat penting bagi memperolehi data bermula dengan kajian awalan, reka bentuk, pengumpulan dan penyusunan data, menganalisis data dan peringkat terakhir ialah penulisan hasil kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

1.6.1 Peringkat Pertama – Kajian Awalan

Pada peringkat ini, pembacaan awal sangat penting dalam mencetuskan idea berdasarkan isu semasa yang diketengahkan. Perbincangan dengan penyelia dan rakan- rakan dapat membantu memperjelaskan lagi isu yang dikenal pasti dan tajuk serta prosedur kajian yang ingin dipilih. Menentukan objektif dan skop kajian merupakan langkah seterusnya setelah pemilihan tajuk selesai dibuat.

1.6.2 Peringkat Kedua – Reka Bentuk Kajian

Dalam peringkat ini, data sekunder adalah dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatu kajian dijalankan. Data-data tersebut akan menjadi panduan dan memberi gambaran secara teori tentang tajuk kajian. Sumber sekunder ini digunakan dengan menjalankan kajian literatur yang lebih perperinci mengenai faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa menjalankan kerja.

(26)

METODOLOGI KAJIAN

Rajah 1.2: Carta Alir Metodologi Kajian

Peringkat pertama:

Kajian Awalan

Peringkat Ketiga:

Pengumpulan dan Penyusunan Data

Membuat Kesimpulan dan Cadangan

Peringkat Kelima:

Penulisan Hasil Kajian

Peringkat Keempat:

Analisis dan Ulasan Data

1. Teknik Analisis Kekerapan 2. Skala likert Menganalisis Data

1. Pemerhatian 2. Soal selidik Data Primer

Pengumpulan Data

Peringkat Kedua:

Reka bentuk Kajian Penentuan Metodologi Kajian

Data Sekunder Kajian Literatur

Menentukan Objektif Dan Skop Kajian

Mengenal Pasti Masalah dan Isu

(27)

Kajian literatur melibatkan pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan hasil kajian terdahulu. Maklumat-maklumat tersebut dapat diperolehi melalui laporan, artikel, kertas seminar, journal, tesis-tesis lepas, keratan akhbar dan media elektronik (internet) selain buku-buku rujukan. Bahan-bahan ini diperlukan bagi mengukuhkan asas kaedah yang dijalankan dalam kajian ini. Antara tumpuan kajian literatur ialah faktor yang menyebabkan pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE semasa menjalankan tugas.

Perbincangan bersama penyelia merangkumi penentuan dalam menyediakan methodologi penyelidikan secara lebih terperinci disamping merangka dan menyediakan borang soal selidik. Kontraktor yang terlibat dalam kajian ini ialah kontraktor dari Kelas A dan responden pula terdiri daripada pekerja pembinaan.

1.6.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan Dan Penyusunan Data

Dalam peringkat ini, pengumpulan data primer dijalankan. Ia diperolehi melalui pemerhatian di tapak bina dan soal selidik dengan pihak yang berkaitan dengan projek- projek berkenaan. Data primer sangat penting kerana ia merupakan data asal kajian yang dijalankan.

1.6.3.1 Pemerhatian Di Tapak Bina

Pemerhatian akan dibuat terlebih dahulu di sesebuah tapak bina untuk mendapatkan gambaran awal tentang pemakaian PPE oleh pekerja semasa menjalankan

(28)

kerja. Kaedah ini penting bagi pengumpulan data yang berkait dengan prosedur “non- verbal”.

Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah persampelan kedah pemerhatian sistematik. Dalam kaedah pemerhatian sistematik, pengkaji adalah pemerhati penuh yang tidak menjadi sebahagian daripada peristiwa yang diperhatikan. Hal ini bermakna, peserta-peserta di bawah pemerhatian mungkin tidak sedar tentang kewujudan pemerhati atau tidak mengetahui bahawa mereka sedang diperhati.16

1.6.3.2 Soal Selidik

Selepas pemerhatian dibuat, untuk mengukuhkan lagi kesahihan pemantauan maka borang soal selidik diedarkan. Kaedah ini melibatkan pengumpulan data sebenar dan juga maklum balas secara bertulis daripada individu yang terlibat. Borang soal selidik diedarkan kepada pekerja pembinaan. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan, soalan telah di rekabentuk khas untuk tujuan tersebut. Soalan dirangka berdasarkan tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, B dan C. Segala maklumat yang diperoleh dari soal selidik ini adalah pandangan peribadi setiap individu.

Data yang diperoleh akan dikumpul dan disusun untuk dijadikan rujukan dalam membuat analisis, kesimpulan dan cadangan. Ia merupakan bahan-bahan bagi membuat analisis kajian, cadangan serta kesimpulan akhir.

16 Chua, Yan Piaw (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Malaysia. Mc Graw Hill Education. Muka surat 145.

(29)

1.6.4 Peringkat Keempat – Analisis Dan Ulasan Data

Data yang diterima daripada responden hasil soal selidik akan dianalisa dengan menggunakan kaedah tertentu bagi mendapatkan keputusan kaji selidik. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kekerapan (Frequency Analysis) dan skala likert. Ulasan data-data juga dilakukan pada peringkat ini selain membuat kesimpulan dan cadangan.

Data yang dianalisis akan dihasilkan dalam bentuk grafik dan ulasan bertulis. Hasil analisis ini juga akan digunakan dalam penyediaan penulisan peringkat akhir.

1.6.5 Peringkat Kelima – Penulisan Hasil Kajian

Perbincangan bersama penyelia masih dilakukan pada peringkat ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan berkenaan penulisan hasil kajian. Segala maklumat dan data yang dikumpul akan dijadikan bahan untuk melaksanakan penulisan peringkat akhir. Semakan dan pembetulan akan dilakukan setelah penulisan siap dilakukan. Akhir sekali setelah semua selesai, penjilidan kertas projek dilakukan dan kemudiannya penghantaran hasil projek kajian.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi semua pihak sama ada majikan mahupun pekerja pembinaan. Antara kepentingan kajian ini ialah:

(30)

i. Memberi kesedaran tentang pentingnya penggunaan PPE kepada setiap pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan supaya mereka sedar akan risiko jika tidak menggunakan PPE.

ii. Memberi peluang kepada pekerja-pekerja pembinaan untuk menyuarakan faktor mengapa mereka tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas.

iii. Memudahkan majikan untuk mengambil tindakan-tindakan susulan bagi mengatasi masalah pekerja tidak menggunakan PPE semasa menjalankan kerja.

1.8 Jangkaan Hasil Kajian

Melalui kajian yang dilakukan ini, secara langsung pembaca akan didedahkan tentang faktor-faktor mengapa terdapat segelintir pekerja pembinaan tidak menggunakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) pada masa melaksanakan tugas. Data yang diperlukan ini dapat diperolehi melalui kajian literatur (hasil daripada pembacaan) dan kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan apabila data yang diperlukan tidak diperolehi dalam kajian literatur. Ia amat penting bagi mencapai objektif kajian.

Faktor-faktor yang diketengahkan dalam kajian ini akan membuka mata pihak- pihak terbabit untuk lebih peka terhadap pekerjanya. Setiap faktor mempunyai penyelesaiannya tersendiri. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mengetahui faktor mengapa pekerja binaan tidak menggunakan PPE terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan menyelesai atau mencegah.

(31)

Apabila sesuatu pekara itu dikaji dengan teliti dan tindakan sewajarnya diambil, maka banyak kemungkinan lain dapat dielakkan. Penelitian faktor mengapa pekerja pembinaan tidak menggunakan PPE pada masa melaksanakan tugas memberi peluang pihak pengurusan meningkatkan mutu keselamatan dari aspek penggunaannya. Jika pekara sebegini tidak diberi perhatian, kemungkinan risiko kemalangan yang lebih teruk terjadi adalah tinggi. Kemalangan perlu dipandang serius dari akar umbinya. Jika asas itu dipraktik, maka kemungkinan untuk kemalangan berlaku adalah tipis.

(32)

BAB 2

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA PEMBINAAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pendedahan kepada istilah-istilah keselamatan dan kesihatan lebih dititikberatkan. Istilah-istilah ini adalah penting untuk difahami sebelum membincangkan keselamatan dan kesihatan dengan lebih lanjut. Punca dan penyebab berlakunya kemalangan serta kaedah-kaedah kawalan risiko dibincangkan dalam bab ini.

Ia penting untuk difahami sebelum mengulas lebih lanjut topik seterusnya. Selain itu, bab ini juga memberi penerangan awal sebelum objektif serta tajuk kajian dibincangkan lebih lanjut.

(33)

2.2 Definisi Istilah-Istilah

Terdapat banyak istilah-istilah yang perlu difahami berkenaan keselamatan dan kesihatan. Pemahaman yang tepat mengenai istilah ini adalah sangat penting agar ia tidak disalahgunakan. Namun begitu, beberapa istilah-istilah utama yang penting dan perlu difahami iaitu:

2.2.1 Keselamatan Dan Kesihatan

Menurut kamus Webster, keselamatan bermaksud kualiti atau keadaan yang tidak membawa risiko.17 Keselamatan juga bererti bebas daripada bahaya yang wujud di persekitaran kerja. Manakala OHSAS 18002 pula mentakrifkan kesihatan sebagai keadaan tubuh badan atau minda yang berada dalam keadaan baik atau tidak baik.

2.2.2 Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara bersendirian atau saling bertindak antara satu dengan yang lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya dari yang mengakibatkan kematian hinggalah kepada kecederaan kecil.

OHSAS 18002, MS 1722:2003 dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrif hazard sebagai

17 Hawkins, J.M. (2001). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi ketiga. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

(34)

punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kapada manusia.18

2.2.3 Bahaya

Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat untuk menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Panduan ISO/IEC 51:1990 (E) mencadangkan perkataan „BAHAYA‟ digunakan untuk menarik perhatian kepada keadaan yang berisiko tinggi. Perkataan bahaya lebih menunjukkan amaran bagi sesuatu hazard atau risiko.19

2.2.4 Risiko

OSHA 18002 mentakrifkan risiko sebagai gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Secara ringkas, risiko adalah gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya sesuatu peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud kebarangkalian kemalangan itu berlaku.20

18 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

19 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

20 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(35)

2.2.5 Kemalangan

Dalam konteks pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kemalangan ditakrifkan sebagai “ urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan atau kemudaratan (kecederaan dan penyakit) kepada indisidu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris, kehilangan atau gabungan kesan di atas.” Kamus Webster mentakrifkan kemalangan sebagai peristiwa atau keadaan yang tidak dijangka dan dirancang yang berpunca daripada kecuaian serta kejahilan atau peristiwa yang berlaku secara tidak sengaja juga sebab yang tidak diketahui.21

2.2.6 Pekerja Pembinaan

Pekerja pembinaan merupakan individu yang bekerja dalam sektor pembinaan dan lebih tertumpu kepada kerja-kerja di tapak bina. Buruh binaan merupakan individu yang membuat serta menyempurnakan kehendak klien kepada realiti mengikut syarat- syarat yang ditentukan. Pekerja pembinaan atau buruh binaan termasuklah buruh binaan umum, tukang-tukang, juru-juru elektrik dan sebagainya sama ada mahir atau tidak mahir (Khairani, 2005).22

21 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

22 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(36)

2.3 Penyebab Dan Punca Kemalangan

Kemalangan boleh disiasat untuk mencari penyebabnya, tetapi pemahaman terhadap teori berkaitan dengan punca dan penyebab berlakunya kemalangan perlu difahami terlebih dahulu. Berikut adalah antara teori-teori yang boleh digunakan untuk menerangkan penyebab dan punca berlakunya kemalangan.

2.3.1 Teori Domino

Heinrich (1931), menyarankan bahawa manusia juga menjadi sebab dan punca berlakunya sesuatu kemalangan. Menurut Heinrich, kecederaan berlaku akibat satu urutan tetap dan logikal faktor-faktor yang lengkap. Faktor-faktor ini seolah mewakili lima domino:23

i. Warisan, pengaruh dan persekitaran sosial, yang membawa kepada

ii. Kesilapan seseorang, yang menjadi alasan

iii. Tindakan atau/dan keadaan tidak selamat, yang mengakibatkan

iv. Kemalangan, yang boleh membawa kepada

v. Kecederaan

23 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(37)

Kecederaan dapat dicegah jika satu daripada domino ini dapat dipisahkan.

Kelemahan teori ini ialah, ia memberi gambaran yang mudah terhadap penyebab kemalangan. Contohnya, sebab mengapa seseorang itu mengambil tindakan tidak selamat tidak diterangkan. Ia hanya menyatakannya secara umum iaitu kemalangan adalah akibat kesilapan manusia.

Bird dan Loftus (1976) dan Vincolli (1994), juga berpendapat kemalangan adalah akibat kesan domino atau pertalian sebab-sebab. Kesan domino yang dicadangkan oleh Bird dan Loftus, dan Vincolli adalah lebih menjurus kepada kelemahan pihak majikan dan pengurusan.24

2.3.2 Teori Pelbagai Sebab

Kemalangan boleh diterangkan dengan teori pelbagai sebab yang bergabung secara rawak untuk mengakibatkan kemalangan. Teori ini mengenal pasti sebanyak mungkin penyebab berlakunya sesuatu kemalangan walaupun ia adalah sebab yang sangat kecil.25

24 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

25 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(38)

2.3.3 Gabungan Teori

Untuk kesempurnaan menjelaskan kemalangan, gabungan teori-teori penyebab perlu digunakan. Gabungan kedua-dua teori ini akan menunjukkan bahawa kemalangan disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlaku secara urutan dan ianya saling bertindak balas antara satu sama lain. Menurut gabungan teori ini, kemalangan bukan hanya diakibatkan oleh urutan peristiwa yang mempunyai pertalian sebab-kesan tetapi juga saling tindak balas antara pelbagai elemen berikut:26

2.3.3.1 Majikan Dan Iltizam

Kemalangan di tempat kerja berlaku apabila majikan tidak menunjukkan iltizam melalui perbuatan untuk mewujudkan suasana dan budaya kerja yang selamat dan sihat.

Apa yang menarik mengenai majikan dan peranannya ialah mereka bukanlah punca yang mengakibatkan kemalangan secara langsung. Sebaliknya, majikan adalah punca kesilapan pendam iaitu kesilapan yang tidak jelas tetapi sangat mempengaruhi keadaan tempat kerja dan cara pekerja bekerja.27

2.3.3.2 Majikan Dan Pekerja

Majikan dan pekerja adalah ahli dalam sesebuah organisasi. Sikap, tingkah laku dan cara mereka bekerja menentukan sekitaran selamat pekerjaan. Kemalangan yang disebabkan oleh elemen manusia ini dipanggil kesilapan manusia. Menurut Vicolli (1994), kesilapan manusia merupakan hasil akhir pelbagai faktor yang bertindak secara berasingan atau bersama untuk mempengaruhi elemen manusia semasa melakukan

26 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

27 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(39)

proses tertentu. Ia tidak boleh diambil sebagai punca tunggal untuk menerangkan sesuatu kemalangan. Kesilapan manusia juga tidak dianggap punca tetapi simptom kepada masalah yang lebih mendalam.28

2.3.3.3 Bahan Dan Kelengkapan

Saling tindak balas kedua-dua elemen ini memberi pertalian sebab-kesan dalam kemalangan. Bahan yang tidak mengikut spesifikasi penggunaan, beracun atau mudah terbakar boleh membahayakan pengguna. Kelengkapan yang rosak, disalah guna (sengaja atau tidak) dan rekabentuk yang merbahaya boleh mengakibatkan kemalangan.29

2.3.3.4 Sekitaran

Persekitaran boleh mempengaruhi saling tindak bahan dan kelengkapan serta cara pekerja melakukan kerja mereka. Sekitaran yang terlalu terang atau gelap, sejuk atau panas, bising atau senyap boleh mempengaruhi pekerja dan kelengkapan. Tempat kerja yang tidak selesa boleh mengganggu kesihatan pekerja, perubahan tingkah laku serta mood pekerja kepada bersifat negatif.30

28 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

29 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

30 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(40)

2.3.4 Pemasangan Dan Penyenggaraan

Keutuhan struktur besi dipengaruhi oleh keadaan cuaca, tapak dimana ia didirikan, penyenggaraan yang dilakukan dan sebagainya. Operasi dan tempoh hayat sesuatu pepasangan sangat bergantung kepada cara pemasangan dan penyenggaraannya.

Ia mungkin ada kaitannya dengan elemen majikan-pekerja.31

2.3.5 Prosedur Kerja

Prosedur kerja disediakan untuk membantu melakukan kerja dan menjalankan mesin dengan selamat dan berkesan. Kelemahan prosedur kerja boleh berpunca daripada prosedur yang salah, tidak difahami, kurang lengkap atau lebih teruk jika kerja tersebut tidak mempunyai prosedur kerja. Oleh kerana prosedur kerja disediakan oleh pihak pengurusan, maka kemalangan berpunca dari tahap-tahap tersebut perlu dilihat.32

2.3.6 Latihan

Semua pekerja perlu diberi latihan bagi memastikan dia mahir dan melakukan kerja seperti yang diharapkan. Latihan boleh bersifat formal atau tidak formal bergantung kepada sifat tugas yang dilakukan serta risiko yang terlibat. Latihan tidak

31 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

32 Ismail Bahari.(2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(41)

formal dihadkan kepada kemampuan pengajar yang mengajar manakala latihan formal dimestikan jika persijilan dan kompetensi diperlukan.33

2.3.7 Teori Pelepasan Tenaga

Kemalangan berlaku apabila tenaga (di luar kawalan), memberi lebih tekanan kepada seseorang atau harta benda tanpa menyebabkan kerosakan. Kawalan terhadap pelepasan atau penerimaan tenaga dan pembinaan struktur tahan tenaga dapat mengelakkan kemalangan. Haddon dan Johnson (2007), memfokuskan tenaga sebagai sumber kepada hazard. Mengenal pasti sumber tenaga, mengelak serta mengurangkan pendedahan terhadap tenaga dapat mengurangkan kemalangan.

2.3.8 Teori Psikologi/Sikap

Psikologi atau sikap seseorang menyumbang kepada sebab dan punca berlakunya kemalangan. Ia melibatkan unsur dalaman manusia yang tidak mudah untuk dibendung.

33 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(42)

2.3.8.1 “Goals Freedom Alertness Theory”

Teori penyebab kemalangan Williard (2007), menyatakan bahawa kemalangan adalah disebabkan tabiat kerja yang berkualiti rendah. Peningkatan tahap kualiti dan keselamatan juga melibatkan peningkatan tahap kesedaran pekerja. Menurut Kerr, kesedaran boleh didapati dalam budaya organisasi dan ciri-ciri psikologi yang positif.

Kekurangan tahap kesedaran individu, kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi.34

2.3.8.2 Teori Faktor Manusia

Teori faktor manusia berasaskan kepada konsep bahawa kemalangan adalah hasil kesilapan manusia. Faktor yang menyumbang kepada kesilapan manusia adalah:35

i. Melebihi kemampuan

Ia terjadi apabila seseorang itu dibebani dengan tanggungjawab atau tugas yang berlebihan. Contohnya, pekerja bukan sahaja perlu melakukan tugasnya tetapi juga harus menguruskan bunyi bising, tekanan, masalah peribadi dan arahan yang tidak jelas.

ii. Aktiviti yang tidak bersesuaian

Apabila seseorang individu mengambil alih sesuatu tugas tanpa mendapat latihan yang betul, mereka adalah melakukan tindakan tidak bersesuaian.

iii. Tindak balas tidak bersesuaian

34 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.

35 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.

(43)

Apabila sesuatu hazard sudah dikenal pasti, pihak-pihak yang terlibat mengambil tindakan yang tidak bersesuaian ia adalah dikatogerikan sebagai tindak balas yang tidak betul.

2.3.8.3 Model Kepuasan Ganjaran Motivasi

Menurut Petersen (1980), ganjaran sangat mempengaruhi tindakan seseorang dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ganjaran berbentuk wang bukanlah pekara paling utama dalam faktor motivasi. Jika pekerja melihat ganjaran sama rata dengan kerja yang dilakukan, mereka akan berasa lebih bermotivasi sekaligus meningkatkan nilai keselamatan kepada yang lebih positif.36

2.4 Hierarki Kawalan Risiko

Pemilihan kaedah-kaedah kawalan risiko hendaklah dibuat mengikut keutamaan kawalan. Walaupun terdapat hirarki dalam pemilihan kaedah kawalan, ia tidak bermakna hanya satu cara sahaja yang digunakan. Kaedah kawalan risiko yang paling berkesan dan cekap, kecuali kaedah penghapusan hazard, melibatkan gabungan beberapa kaedah kawalan. Tidak kira apa kaedah atau gabungan yang digunakan, pemantauan secara berkala bagi setiap kaedah adalah penting untuk memastikan keberkesanannya selepas perlaksanaan.37

36 Mark A.F dan James P.K. (2007). Fundamentals of Occupational Safety and Health. Fourth Edition. UK. Government Institutes.

37 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(44)

2.4.1 Menghapuskan Hazard

Penghapusan hazard merupakan prinsip pertama dalam mengawal risiko. Apabila hazard sudah dihapuskan maka tiada risiko kemalangan kepada manusia. Malangnya tidak banyak keadaan atau aktiviti kerja yang membolehkan hazard dihapuskan. Kos yang terlalu tinggi atau tiada teknologi alternatif menjadi penyebab mengapa sesuatu hazard tidak boleh dihapuskankan.38

2.4.2 Menggantikan Hazard

Hazard yang berisiko tinggi boleh digantikan dengan sesuatu hazard yang mempunyai risiko had terima atau boleh diterima. Dengan erti kata lain, menggantikan sesuatu kerja yang berisiko besar kepada kerja yang berisiko kecil. Dalam kebanyakkan keadaan, pilihan ini lebih praktikal berbanding dengan penghapusan.39

2.4.3 Kawalan Reka Bentuk

Kawalan reka bentuk adalah kaedah mengawal risiko hazard dengan menggunakan reka bentuk yang selamat. Kawalan ini biasanya dilakukan pada peringkat pelan dan lukisan. Produk yang dihasilkan mengintegrasikan ciri-ciri keselamatan.

38 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

39 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(45)

Kaedah kawalan ini cuba mengurangkan sumbangan ralat manusia kepada kemalangan kerana ia hazard adalah dikawal dari peringkat sumber lagi.

2.4.4 Pengasingan Dedahan Kepada Hazard

Menjauhkan/ mengasingkan hazard dari manusia atau sebaliknya merupakan salah satu pendekatan kawalan yang boleh digunakan. Hal ini bermaksud, akses atau dedahan kepada hazard dihadkan pada satu aras yang boleh diterima selamat dan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Proses menghadkan dedahan kepada hazard boleh dilakukan melalui kawalan kejuruteraan dan penradbiran.40

Kawalan kejuruteraan melibatkan pertukaran proses atau penyesuaian kejuruteraan. Proses yang lebih berbahaya ditukar kepada proses yang kurang berbahaya. Hazard boleh dihadang supaya pekerja tidak terdedah kepadanya secara terus. Teknik ini menekankan pentingnya faktor jarak dan perisai untuk mengurangkan atau menghalang dedahan kepada hazard.

Pengawalan dedahan hazard secara pentadbiran memerlukan jumlah dos dedahan kepada hazard berkadaran dengan masa dedahan. Semakin lama masa dedahan maka semakin tinggi dos yang terkumpul. Pengurusan masa yang baik boleh memastikan pekerja tidak terdedah kepada dos yang melampaui had dos dibenarkan. Hazard ergonomik dan tekanan juga boleh dikawal dengan pengurusan masa kerja yang sesuai.

40 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(46)

2.4.5 Latihan

Cara lain mengawal risiko adalah dengan melatih pekerja cara-cara mengenal pasti risiko dan menangani hazard di tempat kerja. Latihan yang berkesan hendaklah bersifat memberi pengukuhan. Ini bermakna ia diberikan secara berterusan dan berulang kali. Selain latihan mengenai prosedur kerja, latihan memantau keselamatan dan hazard perlu ditekankan juga.41

2.4.6 Amalan Kerja

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan entiti berasingan daripada proses kerja biasa dan ia mesti disepadukan serta dijadikan amalan kerja harian. Amalan kerja hendaklah berlandaskan keyakinan pekerja dan majikan bahawa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan diri dan orang lain di sekitarnya.

2.4.7 Pemantauan Dan Pengauditan

Pemantau diperlukan untuk memastikan sama ada keadaan spesifik wujud atau sistem beroperasi seperti yang diharapkan. Pemantauan berkesan dapat mengenal pasti hazard baru. Tindakan pembetulan dapat dilakukan melalui maklumat mengenai hazard baru yang diperoleh hasil pemantauan ini. Pengauditan tempat kerja boleh mengesan

41 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(47)

sisihan atau hazard sebelum ia berlaku. Cadangan dan tindakan pembaikan berikutan laporan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh mengawal risiko yang dikenal pasti. Perbezaan pengauditan dengan pemantauan ialah pengauditan dilakukan pada sela masa tertentu manakala pemantauan dibuat secara berterusan dalam satu jarak masa yang ditetapkan.42

2.4.8 Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)

Pilihan kawalan yang telah dilaksanakan biasanya masih tidak mencukupi atau tidak berkesan dalam mengurangkan risiko ke tahap yang boleh diterima. Dalam hal ini, pilihan terakhir mengelakkan pekerja daripada risiko adalah dengan pemberian kelengkapan kelengkapan perlindungan diri (PPE). Penggunaan PPE memberikan perasaan selamat yang palsu kepada pengguna. Perlu diingat, PPE tidak menghilangkan hazard tetapi ia hanya mengurangkan risikonya sahaja. Pengurangan risiko juga bergantung kepada jenis PPE yang digunakan.43

Kecekapan dan keberkesanan PPE memberikan perlindungan kepada pemakainya adalah terhad dan bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ialah ketepatan, keberkesanan dan keselesaan alat yang digunakan itu. Kecekapan sesebuah alat PPE dalam memberikan perlindungan terhadap hazard juga bergantung kepada cara penggunaan serta penyenggaraannya. Semua faktor ini menjadikan PPE sebagai kaedah kawalan risiko yang tidak semudah dijangkakan malahan mengancam pemakainya jika disalahgunakan.44

42 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

43 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

44 Ismail Bahari. (2006). Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Edisi kedua. Malaysia. Mc Graw Hill Eduction.

(48)

Majikan adalah bertanggungjawab menyediakan PPE dan ianya perlu ditambah dengan mengadakan program latihan kelengkapan perlindungan diri (PPE). Penyediaan sahaja tidak mencukupi jika pengguna tidak tahu prosedur penggunaan, penyelenggaraan serta pemantauan peralatan-peralatan ini.

2.5 Rumusan Bab

Secara umumnya, bab ini memberikan gambaran serba sedikit tentang keselamatan dan kesihatan. Punca dan penyebab sesuatu kemalangan perlu dikenal pasti sebelum melakukan kawalan terhadapnya. Punca dan penyebab kemalangan dapat dikenal pasti dengan penggunaan teori-teori penyebab seperti teori domino,teori pelbagai sebab, teori gabungan, teori psikologi/sikap dan teori pelepasan tenaga. Hazard ini boleh dikawal dengan menggunakan kaedah seperti mengeliminasi/menghapus, menggantikan, kawalan rekabentuk, menghadkan risiko menggunakan pendekatan kejuruteraan dan pengurusan, latihan, amalan kerja, pemantauan serta pengauditan dan juga penggunaan PPE.

(49)

BAB 3

PENGGUNAAN KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

3.1 Pengenalan

Kelengkapan perlindungan diri (PPE), direka bentuk untuk melindungi pekerja daripada kecederaan teruk atau penyakit pekerjaan lain akibat pendedahan terhadap bahan-bahan berbahaya di tempat kerja.45 Selain direka bentuk bertujuan melindungi pemakai, pengunaan PPE yang sesuai dan betul juga adalah mustahak. Di samping penggunaannya yang betul, kita juga perlu tahu bagaimana untuk menyelenggara dan memastikan PPE di dalam keadaan yang baik dan bersih. Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan pekerjaan juga adalah penting. Majikan dan pekerja haruslah memahami tujuan, kegunaan dan had perlindungan PPE.46

45 U.S Department of Labor Occupational Safety and Health Administration. (2002). OSHA Fact Sheet: Personal Protective Equipment.

46 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2008). Rendang Safety and Fire Training Centre.

(50)

Pemakaian PPE dapat membantu pekerja untuk mengelakkan sebarang kecederaan semasa melaksanakan tugas tetapi pekerja kerap mengelak untuk menggunakannya. Ia adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menetapkan polisi dan peraturan dalam pemakaian PPE di samping menggalakkan mereka menggunakannya.47

3.2 Definisi Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)

Merujuk kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), PPE bermaksud, “Apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada keselamatan atau kesihatannya dan apa-apa eksesori tambahan yang direkabentuk untuk memenuhi matlamat itu”.48 (JKKP, 2009)

Menurut sumber lain, Rendang Safety and Fire Training Centre (2008), PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan/aksesori yang direkacipta untuk memberi perlindungan daripada hazard atau bahaya di tempat kerja.

Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindungi pekerja dari bahaya atau bahaya- bahaya pekerjaan yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.49

47 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

48 JKKP, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan. (2008). Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).

http://www.osha.gov/Publications/osha3151.html. (dicapai pada 3 September 2009, 2.45pm)

49 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2008). Rendang Safety and Fire Training Centre.

(51)

Jabatan Sumber Manusia pula mentakrifkan PPE sebagai, apa-apa peralatan yang diingatkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang di tempat kerja dan yang mana melindungi dirinya daripada satu atau lebih risiko kepada kesihatan dan keselamatan.50

3.3 Kehendak Perundangan Berkaitan PPE

Di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan 1994, Seksyen 24(1) menyatakan adalah menjadi tanggungjawad pekerja untuk memakai dan menggunakan PPE yang disediakan oleh majikan sepanjang masa bekerja berpandukan arahan-arahan keselamatan. Di bawah Seksyen 26 pula, majikan dilarang untuk mengenakan apa-apa caj atau levi terhadap pekerjanya ekoran penyediaan PPE. Seksyen 17, menegaskan bahawa setiap majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya di tempat kerja selain menyediakan PPE.51

Di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 (USECHH), Peraturan 15(1) menyatakan bahawa penyediaan PPE yang disahkan adalah tersenarai dalam hirarki kawalan risiko.52

Di bawah Akta Kilang & Jentera 1967, kehendak-kehendak berhubung PPE termaktub di bawah Seksyen 24 dan juga disyaratkan di bawah peraturan-peraturan berikut:53

50 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

51Leu, Fong Yuen (2006). Occupational Safety and Health 1994. Malaysia. Pearson – Prentice Hall. Muka surat 25.

52 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

53 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

(52)

i. Peraturan Kilang & Jentera 1970 (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan) - Peraturan 32(a), (c), (e) hingga (i)

ii. Peraturan Kilang & Jentera 1984 (Panduan) - Peraturan 20 hingga 24, 46(2)

iii. Peraturan Kilang & Jentera 1986 (Operasi Bangunan & Kerja-kerja Pembinaan) (Keselamatan)

- Peraturan 11 hingga 15

iv. Peraturan Kilang & Jentera 1986 (Proses Asbestos) - Peraturan 9 dan 10

v. Peraturan Kilang & Jentera 1989 (Debu) - Peraturan 4(2), 17 hingga 20

3.4 Jenis-jenis PPE

Terdapat pelbagai jenis PPE bergantung kepada keperluan penggunaannya. PPE boleh dikatogerikan mengikut risiko dan juga bahagian badan yang ingin dilindung.

Terdapat sembilan jenis PPE iaitu:

(53)

3.4.1. Perlindungan Kepala

Terdapat beberapa jenis peralatan perlindungan kepala iaitu topi keledar, topi keselamatan industri dan topi lengkuk (HSE, 1992). Pemilihan perlindungan kepala haruslah bersesuaian dengan jenis risiko yang terlibat dan mestilah muat dipakai oleh pemakai. Gunakan topi keselamatan berpandukan garis panduan pengilangnya kerana tidak semuanya direkabentuk untuk menyediakan impak perlindungan jika disalah gunakan. Jangan sesekali menebuk lubang pada cengkerang topi kerana ia akan mengurangkan atau menghapuskan fungsi penebatannya.54

Rajah 3.1: Topi Keselamatan Industri Rajah 3.2: Topi Lengkuk (Bump Caps)

3.4.2. Perlindungan Muka

Penghadang muka, yang mana melindungi muka dari dahi hingga ke kawasan leher daripada percikan bunga api atau bahan kimia. Jangan sesekali menggunakannya

54 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

(54)

untuk melindungi diri daripada debu, kabus atau gas kerana ia tidak tertutup sepenuhnya. Ia cuma menutupi di bahagian depan muka sahaja dengan keadaan belakangnya adalah terbuka atau terdedah. Perisai perlu dijaga dari mengalami calar serta kekotoran pada cermin penghadang kerana ia akan menyebabkan mata menjadi letih akibat had penglihatan yang terganggu.55

Rajah 3.3: Penghadang Muka (Face-shields)

3.4.3. Perlindungan Mata

Perlindungan mata terdiri daripada cermin mata keselamatan dan juga gogel.

Cermin mata keselamatan bermaksud untuk melindungi mata dari debu dan bahan terampai di udara tetapi ia kurang berkesan untuk bahan-bahan kimia kerana masih ada ruang yang terbuka. Gogel pula mempunyai rangka di bahagian tepi dibuat daripada

55 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

(55)

plastik boleh lentur serta tali kenyal untuk dipakaikan di kepala. Perlindungannya adalah lebih baik berbanding cermin mata keselamatan kerana mampu melindungi mata daripada radiasi bahan kimia.56

Rajah 3.4: Cermin Mata Keselamatan Rajah 3.5: Gogel

3.4.4. Perlindungan Pendengaran

Bising atau bunyi yang tak dikehendaki merupakan salah satu masalah kepada kesihatan pekerjaan. Bunyi termasuk perubahan tekanan dalam medium udara yang disebabkan oleh getaran atau pergolakkan. Perubahan tekanan ini menghasilkan kemunculan gelombang yang merebak jauh dari punca bunyi. Pendedahan kepada bunyi bising yang terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan pendengaran. Oleh yang demikian, kebisingan yang melebihi 85dB memerlukan penggunaan peralatan perlindungan pendengaran.57

56 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

57 OSHA.(2002). Hearing Conservation. http://www.osha.gov/Publications/osha3074.pdf. (dicapai pada 5 Okt 2009, 9.50pm)

(56)

Rajah 3.6: Peralatan Perlindungan Pendengaran

3.4.5. Perlindungan Pernafasan

Alat pernafasan ialah peralatan perlindungan yang menutupi hidung dan mulut atau keseluruhan muka dan kepala untuk melindungi pemakai daripada keadaan atmosfera yang berbahaya. Perlindungan pernafasan berfungsi menghalang kemasukan debu, wasap, kabut, wap dan gas yang berbahaya ke dalam sistem pernafasan. Ia terdiri daripada respirator penapis udara dan repirator pembekal udara/oksigen. Pemilihan respirator yang bersesuaian dengan risiko dan aktiviti kerja adalah penting sebelum menggunakan kelengkapan ini.58

58 OSHA. (2002). Respiratory Protection. http://www.osha.gov/Publications/osha3079.pdf. (dicapai pada 5 Okt 2009, 9.30pm)

(57)

Rajah 3.7: Alat Perlindungan Pernafasan

3.4.6. Perlindungan Tubuh

Peralatan perlindungan tubuh merupakan satu set perlindungan yang melindungi keseluruhan tubuh badan daripada pelbagai risiko seperti haba, sejuk, percikan bahan kimia dan lebur, penyemburan gas dan sebagainya. Jenis-jenis perlindungan badan termasuklah sut perlindung, jaket keselamatan, sut kimia, sut untuk kerja panas dan sebagainya mengikut situasi kerja yang bersesuaian. Pemilihan perlindungan tubuh harus merangkumi antistatik, tidak mudah terbakar, ketahanan bahan yang tinggi, tidak resap kimia dan keselesaan.59

59 DOSH, Ministry Of Human Resources Malaysia. (2005). Guidelines on the Use of PPE Against Chemical Hazards.

Referensi

Dokumen terkait