• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kuasa Sastera Wawasan Tentang Hubungan K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kuasa Sastera Wawasan Tentang Hubungan K"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

Papers16

Kuasa Sastera Wawasan

Tentang Hubungan Kaum Dalam

Sastera Melayu

Ding Choo Ming

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, banyak sekali karya sastera Melayu telah menceritakan interaksi antara orang Melayu dan bukan Melayu. Ini adalah antara sekian banyaknya tanda optimisma yang membuat rakyat Malaysia gembira tentang masa depan negaranya, berbeza dengan pesimisma yang lahir daripada karya sastera yang didapati berbau anti-penjajah British, orang Cina, orang India dan orang Arab dalam tahun 1930-an dan 1940-an.

Sekiranya optimisma itu telah memberi kuasa pemikiran yang positif, maka pesimisma sebelum itu telah membuat rakyat masa itu kecewa, putus asa, sakit, tertekan, kesepian dan kebuntuan. Oleh sebab kita percaya kita adalah apa yang kita fikirkan, maka kita percaya jika kita boleh mengubah minda kita daripada fikiran yang pesimis kepada yang optimis, kita boleh mengubah kehidupan dan masa depan kita. Dalam logik itulah, maka dipercayailah sekiranya penulis boleh membuat pembacanya dapat berfikir secara positif, mereka boleh menyuntik nilai-nilai yang positif kepada mereka.

(2)

menjadi lebih baik lagi di masa depan.

Tetapi mereka sendiri tidak boleh membuat perubahan itu jika bersendirian; tetapi mereka tidaklah sedemikian. Mereka telah berkaya dan menyebarkan karya yang berkenaan untuk memberi harapan yang baru dan nilai yang positif itu di akhbar dan majalah ke seluruh negara dalam bahasa Melayu yang boleh difahami semua orang Melayu dan semakin lama semakin ramainya pembaca bukan Melayu. Dengan kata lain, mereka telah menggunakan kuasa yang ada pada pena, akhbar dan karya sastera. Hasilnya sudah lahirlah sejumpah besar karya sastera wawasan yang dijangka akan mengeluarkan buahnya.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaya sudah mengarahkan Dewan Bahasa dan Pustaka, antara yang lain-lain, untuk menganjurkan satu siri peraduan menulis cerita untuk meningkatkan pemahaman yang lebih baik di kalangan rakyat negara ini mengenai sejarah pembangunan negara untuk memupuk keharmonian antara kaum di negara ini. Semua karya yang menang dalam peraduan-peraduan itu telah dicetak untuk diedarkan ke sekolah sebagai teks selaras dengan kehendak kerajaan yang mahu menggunakan karya sastera Melayu dan sejarah negara dalam menolong membentuk pemikiran, tingkah laku, semangat dan sikap positif di kalangan pelajar khususnya dan orang awam pada amnya. Mungkin ada sesetengah orang telah menganggap inisiatif itu adalah tidak lain daripada satu lagi bentuk campur tangan di pihak kerajaan untuk mengubah sikap rakyatnya mengenai isu-isu sosial perdana, memikirkan karya sastera boleh menjadi alat politik yang baik dan strategik dalam pembangunan negara.

(3)

bukan sahaja menentukan hidup matinya mereka masa sekarang, tetapi juga akan menentukan masa depan kumpulan etnik mereka. Jadi, orang ramai masa itu sudah nampak bahayanya negara ini dibahagikan mengikut kepentingan kumpulan etnik yang berlainan itu.

Sehubungan itu, ada banyak soalan boleh dibangkitkan di sini. Antaranya adakah Ishak Haji Muhammad dan Harun Aminurrasshid, misalnya, rasis atau nasionalis Melayu, kerana memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu di satu pihak dan bersikap anti-orang Cina dan India, misalnya, dalam karya-karya sastera mereka? Tidakkah mereka juga adalah mangsa masa dan keadaan di zaman penjajahan? Tidakkah sikap dan pendirian mereka itu adalah juga hasil pembentukan latar belakang sosial mereka sebagai kaum yang miskin dan yang sudah ketinggalan akibat hak mereka sudah dilucutkan berbanding dengan tuan penjajah British dan orang Cina yang lebih kaya? Tidakkah tindakan dan sikap mereka itu wajar memandangkan orang Melayu, sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu, sudah dipinggirkan dan dikenakan diskriminasi ras? Tidakkah delima dan nasib buruk mereka itu sama dengan maksud seperti yang terbayang dalam peribahasa Melayu “Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan” atau “Itik berenang dalam air mati kehausan”? Tidakkah logikal untuk kaum yang sudah lama merana dan menderita itu bangkit untuk menentang jika bukan 'memberontak' terhadap penjajahan British, misalnya?

Perasaan marah dan sikap orang Melayu anti penjajah British, orang Cina dan India telah juga diceritakan dalam Syair Berjual Beli daripada Tuan Simi lebih kurang 100 tahun yang lalu (Muhammad Haji Salleh 1994). Begitulah juga dengan sikap memandang rendah terhadap orang dan kebudayaan Melayu yang ditunjukkan watak-watak Perumal dan Cing Huat dalam

(4)

India dan lain-lain hidup berasingan dalam kepompong kebudayaan kumpulan etnik mereka masing-masing, maka benih pembahagian sudah tertanam dalam dasar pemerintahan penjajah sudah menjadi lebih kuat dan subur.

Dalam kontek dan latar belakang ‘pengasingan’ rakyat mengikut perbezaan kaum seperti itulah penulis Melayu generasi yang baru selepas kemerdekaan negara pada 1957, lebih-lebih lagi selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, telah menulis cerita untuk memupuk keharmonian antara kaum. Hasilnya, kita dapati banyak karya sastera Melayu untuk menggalakkan interaksi antara kaum, sekaligus memupuk keharmonian antara kaum, diterbitkan selepas 1957, lebih-lebih lagi Mei 13 1969. Sehubungan itu, maka adalah sukar untuk kita menyangkal bahawa karya-karya itu, terutamanya yang dikemukakan kepada peraduan menulis yang dianjurkan DBP, telah ditulis untuk memberi sokongan penulis yang berkenaan kepada usaha kerajaan Malaya (Malaysia) dalam memupuk hubungan yang lebih baik antara kaum. Dalam menulis cerita yang melibatkan interaksi dengan watak orang bukan Melayu, dapatlah diketahui pendirian penulis yang berkenaan itu kepada isu pembangunan hubungan kaum yang rumit yang dihadapi negara ini.

Seterusnya adalah penting untuk kita membandingkan tema dalam karya sastera sebelum dan selepas rusuhan kaum pada tahun 1969. Sehubungan itu, adalah baik untuk kita membandingkan novel Putera Gunung Tahan (1973) oleh Ishak Haji Muhammad dengan novel Interlok (1971) daripada Abdullah Hussain. Perbandingan ini akan mengetengahkan perspektif yang berbeza-beza daripada penulis Melayu yang berkenaan darioada dua titik masa yang berlainan itu.

Sekiranya novel Ishak mendasari ceritanya di sekitar orang Melayu menentang kuasa penjajahan British sebelum Perang Dunia II, sebelum kemerdekaan negara ini, novel Abdullah pula ingin memupuk keharmonian kaum di kalangan rakyat di negara yang sudah merdeka dan selepas rusuhan kaum pada tahun 1969. Sekiranya novel Putera Gunung Tahan

mengutamakan konsep keunggulan orang Melayu, Interlok pula menekankan pentingnya kerjasama dan kesaksamaan antara kaum.

(5)

menegaskan perbezaan antara masa dahulu dan sekarang. Perbezaan itu juga menunjukkan sudah berlakunya perubahan sikap orang Melayu generasi tua dan muda, yang memegang anak kunci untuk menentukan tindakan mereka mengenai hubungan antara kaum seterusnya.

Satu lagi titik perbandingan yang penting antara dua wacana tadi ialah sekiranya yang terdahulu itu didapati anti-orang bukan Melayu di zaman penjajahan Inggeris, maka yang terkemudian itu pula itu prihatin terhadap interaksi antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Ini bermakna perpaduan sosial didapati penulis Melayu generasi baru sebagai yang boleh memainkan peranan penting untuk orang Melayu, Cina, India dan lain-lain di Malaya/ Malaysia hidup bersama-sama dengan aman dan damai, realiti masyarakat yang berbilang kaum negara ini yang lahir daripada perubahan masyarakat majmuk di masa lalu penjajah dahulu.

Angin perubahan yang paling besar, atau ‘watershed difference’ tidak lain daripada perspektif sosio-ekonomi dan politik yang sudah lain selepas 1957 apabila ‘Tanah Melayu’ diberi kemerdekaannya. Pihak yang berkuasa masa itu bukan lagi penjajah British kerana Malaya bukan lagi tanah jajahan British, tetapi pemimpin yang baru dari Malaya yang sudah merdeka. Mereka terdiri daripada pemimpin parti Perikatan (yang terdiri daripada parti UMNO, mewakili kepentingan orang Melayu; parti MCA yang mewakili orang Cina dan parti MIC yang mewakili orang India).

Mereka telah mendapat ilham untuk melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Malaya yang sudah dianak tirikan, dipinggirkan dan dipecah dan diperintah sepanjang masa di zaman penjajahan dahulu. Lama-kelamaan, perubahan yang membawa peningkatan taraf hidup rakyat itu telah dirasakan. Dan, yang menarik perhatian penulis Melayu generasi baru itu ialah yang berkaitan dengan pembangunan diri untuk membina keyakinan diri untuk mengorak langkah sendiri sebagai tuannya sendiri dan bukan lagi hamba yang tunduk kepada arahan daripada penjajah British.

(6)

daripada dua peringkat masa yang berlainan kerana sudah berlaku perubahan suasana sosia-ekonomi dan politik dalam dua peringkat masa itu (sebelum dan selepas 1957 dan 13 Mei 1969). Ini juga bermakna penulis yang bersikap anti-orang Cina dalam tahun 1930an dan 1940an itu adalah juga kerana mereka sendiri adalah mangsa keadaan dan masanya, manakala penulis Melayu generasi yang baru selepas kemerdekaan itu adalah yang sudah merasakan buah daripada pokok kemerdekaan. Oleh sebab mereka yang berbuat demikian adalah juga untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraduan mengarang! Kalau demikian, tidak boleh dinafikan masih lagi karya sastera yang marah orang bukan Melayu selepas 1957 dan 13 Mei 1969!

Kalau demikian, tidakkah penulis di masa penjajahan dahulu mendapati diri mereka perlu ‘lawan’ untuk mendapatkan kembali apa yang telah diambil daripada mereka, sedangkan penulis generasi kemerdekaan itu menyedari peranan mereka sebagai tuan yang boleh menentukan masa depan mereka sendiri, maka mendapati perlu bekerjasama dengan orang bukan Melayu yang juga sudah menjadi rakyat negara ini? Jika jawapan adalah “ya”, maka kita boleh mengharapkan karya daripada penulis selepas kemerdekaan itu untuk membawa rakyat di negara ini satu langkah lagi ke depan untuk melihat fajar baru keharmonian antara kaum yang sangat-sangat diperlukan untuk kesejahteraan bersama.

Dari segi sastera, itulah wawasan dan harapan yang ingin dicapai oleh penulis generasi baru. Itulah juga sebabnya lahirnya lebih banyak karya sastera Melayu yang menggalakkan interaksi dan keharmonian antara kaum selepas 1957 dan 13 Mei 1969 daripada yang sebaliknya. Dalam novel

(7)

yang baru dengan makna kiasannya sebagai pembebasan politik bagi Singapura dan Malaya.

Selain itu, pembaharuan politik yang dijanjikan berikutan kemerdekaan politik negara seperti dinyatakan tadi itu boleh dikaitkan dengan rancangan pembangunan yang semua rakyat percaya dan harap akan bawa kebahagiaan kepada mereka. Kepercayaan dan harapan baru itu bergema tidak sahaja dalam kata-kata dalam surat daripada Siti Salina kepada Hilmy yang ingin hidup bahagia, tetapi juga reaksi daripada Basir dan Lucy dalam Subuh (1964) karya Atan Long, kerana merasa gembira sekali untuk memulakan hidup baru setelah perkahwinan campur antara kaum mereka itu sudah diterima dan diberkati ayah Basir.

Karya-karya sastera yang disoroti ini didapati sudah menceritakan kejayaan rakyat selepas kemerdekaan negara pada 1957 dan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Seperti yang sedia maklum, dasar dan rancangan pembangunan kerajaan telah memberi nafas dan peluang baru kepada semua rakyat di negara ini untuk memperbaiki kehidupan dengan menaikkan taraf hidup mereka. Antara yang maksudkan itu tidak lain daripada rancanan pembangunan luar bandar, penanaman semula pokok getah dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sehubungan itu, ramai orang sebulat suara mengatakan DEB telah memecahkan masaalah kemiskinan orang Melayu dengan mengatasi banyak daripada halangan kepada pengagihan kekayaan di kalangan rakyatnya.

Sudahlah tentu, bukan semua projek pembangunan yang dilancarkan kerajaan itu telah berjaya. Sementara kerajaan Malaysia terus bereksperimen dengan rancangannya yang dijangka akan membawa hasil yang positif, penulis Melayu sebagai intelek awam telah juga sedar bahawa mereka tidak boleh berdiam diri, atau bersikap menunggu sehingga semua program kerajaan itu disempurnakan dan menulis karya pujian-pujian.

(8)

novel Embun Dan Tanah (1965) daripada Ibrahim Omar, belas kasihan dan semangat muhibbah antara kaum dalam cerpen

Isteri Leong Beranak (1966) gubahan A. Wahab Ali, konflik diatasi kerjasama dalam novel Bangsal (1991) daripada Wan Ahmad Ismail, rakan sekerja daripada kaum yang berlainan telah berkerjasama sejiwa dalam cerpen Notis 24 Jam (1971) oleh Dharmala N.S, perasaan muhibah antara kaum dalam novel Sisa Laut (1964) daripada Wijaya Mala, pentingnya peri kemanusiaan antara kaum dalam cerpen Ah Khaw Masuk Syurga (1960) oleh A. Samad Ismail, kegagalan ibu bapa menegah perkhawinan campur dalam cerpen Pertahanan Terakhir (1971) daripada Agus SaIim, kebangkitan generasi baru Melayu dan Cina dalam cerpen Pengabdian (1963) daripada Awang Had Salleh, penghijrahan orang kampung ke bandar untuk mengadu nasibnya di tempat yang baru dalam novel Desa Pinggitan (1964) oleh Ibrahim Omar, dan semangat bertoleransi dan pengawalan diri antara kaum dalam cerpen Api di Balik Bukit (1973) daripada Darussalam, penerimaan perkahwinan campur antara orang muda Melayu dan Cina dalam novel Suboh (1964) daripada Atan Long, dan perkongsian nilai kerjasama antara kaum dalam pembangunan negara dalam novel Lingkaran (1965) karya Arena Wati, antara banyak yang lain.

(9)

masa depan. Kalau demikian, maka tidak dapat tidak adanya unsur propanda yang mengandungi implikasi politik di sana sini dalam karya-karya sastera itu.

Hujah ini juga ditegakkan pada hakikat bahawa sebahagian daripada penulis itu percaya pada slogan Seni untuk Masyarakat, walaupun tidak semestinya daripada kumpulan penulis ASAS 50, seperti Keris Mas. Oleh sebab itu, kita perlu mengkaji semula karya-karya mereka dengan mengaitkannya kepada keadaan sosial semasa yang telah memberi motivasi kepada penulisan itu. Ini mungkin juga disebabkan sikap mereka turut dipengaruhi persekitaran sosial, budaya, ekonomi dan politik semasa dalam masyarakat mereka, lebih-lebih lagi tentang isu keharmonian antara kaum, isu negara yang besar yang akan membawa kepada perpaduan negara. Mereka melakukannya dengan memujuk khalayak pembaca mereka tentang pentingnya untuk semua orang dapat hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan damai, harmoni, bertolak ansur antara satu dengan yang lain, menerima dan menghormati satu dengan yang lain dan mengawal diri daripada mencederakan dan merosakkan orang lain. Inilah sebahagian daripada nilai-nilai positif yang penting kepada orang Melayu, Cina, India dan lain-lain untuk terus hidup bersama di negara yang berbilang kaum yang membangun.

Karya sastera wawasan itu telah dihasilkan penulis Melayu yang mempunyai impian yang indah untuk membawa pembaca ke masa depan. Kepada semua orang, impian, khayalan dan imaginasi itu juga sangat-sangat diperlukan untuk membentuk dunia yang lebih baik pada masa depan. Dalam sejarah tamadun manusia, impian dan khayalan yang baik terhadap masa depan sudah lama diterima sebagai tapak pertama dalam langkah manusia mencipta ruang dan harapan yang baru untuk mara ke depan. Tanpa kekuatan dan kuasa itu, kita mungkin tidak dapat mengatasi rasa kecewa dan putus asa yang bakal dialami dari masa ke masa dalam hidup ini. Dengan kata lain, kita amatlah bimbang dengan orang yang tidak mempunyai impian terhadap apa yang ingin dan boleh mereka lakukan.

(10)

antara alam realiti dengan alam impian. Dalam kontek ini, penulis Melayu yang memahami erti dan pentingnya keharmonian dan interaksi antara kaum itu sudah mempunyai visi yang jelas mengenainya. Dengan kata lain, mereka tidak boleh mencapai apa yang diingini itu tanpa terlebih dahulu mempunyai imej yang jelas tentang apa yang diingini. Ini adalah sama dengan kita tidak dapat membebaskan diri jika kita tidak dapat membayangkan apa itu adalah pembebasan atau tidak boleh berjuang untuk mendapatkan keadilan jika sudah terperangkap dalam imej ketidakadilan.

Pendekkan cerita yang panjang, impian yang muluk terhadap keharmonian antara kaum di Malayia pada masa depan sudah memberi ilham dan keupayaan kepada penulis Melayu yang berwawasan itu untuk mendekati hidup dan realiti alternatif. Antara contoh yang baik sehubungan itu ialah karya sastera Intelok yang menceritakan perpaduan dan kerjasama antara kaum Melayu, Cina dan India, terutamanya, di negara ini sejak masa dahulu lagi, sejak zaman penjajahan British dahulu. Penulisnya, Abdullah Husain yang lahir pada 1920 di Yan, Kedah, ingin berkongsikan pemerhatian dan pengalaman peribadinya, selain impiannya terhadap masa depan Malayasia. Dia, seperti penulis Melayu yang lain, ternyata sudah mempunyai impian tentang keharmonian antara kaum dan telah bekerjasama untuk menjadikannya realiti. Dia mimpikan negara ini dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum itu bersatu padu pada masa akan datang kerana impian itu telah terlintas dalam kepalanya sebagai sinar harapannya. Kilauan daripada harapan itu telah mendorongnya menceritakan kisah pahit dan manis di tiga buah keluarga Melayu, Cina dan India.

(11)

Isteri Leong Beranak (1966) oleh A Wahab Ali, yang sudah disebut tadi.

Sebagai pemimpin pendapat, penulis-penulis ini telah membawa khalayak pembaca mereka untuk kekal sebagai pengikut yang setia kepada harapan mereka untuk memecahkan benteng perkauman, prasangka perkauman, kebencian antara kaum dan permusuhan antara kaum. Impian mereka untuk hubungan yang lebih baik antara kaum di Malaysia pada masa yang akan datang itu adalah perhatian mereka mengarang karya tersebut.

Kita dapati selepas kemerdekaan, sudah begitu banyaknya karya sastera Melayu memberi perhatian kepada pentingnya keharmonian antara semua kaum yang sudah menjadi rakyat Malaya (Malaysia) dan bukan lagi orang Melayu, Cina, India dan lain-lain seperti di zaman penjajahan Inggeris dahulu. Dalam karya-karya sastera itu, penulis Melayu membayangkan pembacanya sudah dapat menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri dalam membuat pentafsiran dan kesimpulan mereka sendiri. Perubahan sikap dan minda daripada yang tradisional kepada yang moden itulah yang kita harap akan berlaku. Dengan berbuat demikian, mereka didapati sudah memainkan peranan mereka untuk terus mengembangkan peranan sastera sebagai alat untuk memimpin masyarakat maju ke masa depan yang lebih baik dalam masyarakat yang berbilang kaum.

(12)

Daripada sudut sejarah, penulis Melayu telah memainkan peranan mereka untuk menggesa pembaca untuk membaca karya yang baik bagi mencari ilmu memperbaiki diri mereka sendiri dan masyarakat. Sehubungan itu sejak tahun 1920-an dan 1930-an lagi, intelek Melayu, termasuk penulis, wartawan, guru dan ulama sudah menggesa orang Melayu untuk mencari ilmu bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam dunia moden.

Seterusnya dengqn lahirnya penulis generasi yang baru, penulis Melayu selepas ASAS 50 mendapati selain pengetahuan umum, pemahaman tentang perpaduan negara juga sangat penting untuk dapat terus hidup dan maju selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1967 dan rusuhan kaum pada tahun 1969. Hasilnya, novel Interlok sudah menceritakan sejarah sosial Tanah Melayu dari awal abad ke-20 sehingga kemerdekaannya daripada penjajahan British. Tema utama novel itu adalah integrasi orang Melayu, Cina dan India, yang diwakili keluarga Seman, Cing Huat dan Maniam, tiga kumpulan kaum utama negara ini yang telah memberi banyak sumbangan untuk kejayaan pembangunan negara ini.

Dalam kontek sosial-politik sebagai latar belakang itu, ramai penulis Melayu, terutamanya wartawan dan pemberita menyedari wujudnya ‘dunia’ lain di luar masyarakat dan lingkungan orang Melayu. Dunia itu sudah mereka ketahui daripada kerja harian mereka sebagai wartawan dan pemberita yang perlu mengendali berita daripada seluruh dunia. Lantaran mereka mahu mengambil bahagian yang aktif dalam pemodenan dan pembangunan untuk terus dapat menikmati hasil kemajuan material seperti bangsa yang lain dan tidak lagi sebagai pemerhati sahaja.

(13)

menentukan masa depan mereka sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat pada perubahan dalam perspektif sosio-ekonomi dan politik yang berlaku selepas 1957 berikutan Tanah Melayu diberikan kemerdekaannya. Selepas itu, pihak yang berkuasa di negara yang baru merdeka itu bukan lagi penjajah British, tetapi mereka sendiri yang menerajui kepimpinan negara ini yang baru merdeka.

Dalam senario baru ini, membentuk kerajaan baru bermakna memikul tanggungjawab untuk melindungi semua rakyat tanpa mengira keturunan kaumnya. Dengan itu, orang Cina tidak lagi digambarkan penindas, dan orang Melayu juga tidak lagi digambarkan sebagai kumpulan kaum yang dianiayai dan dianak tirikan oleh tuan penjajah Inggeris. Perubahan itu ditunjukkan dalam watak Pak Sudin dalam novel Suboh. Dia menyahut baik seruan kerajaan baru negara untuk menanam semula pokok getah dalam rancangan pembangunan.

Dilihat dalam kontek pembangunan selepas kemerdekaan, lebih-lebih lagi selepas tahun 1960-an sebagai latar belakangnya, kita dapati sastera Melayu seolah-olah sudah mengalami satu lagi titik peralihan dalam sejarahnya dengan lahirnya sebegitu banyak karya sastera darIpada penulis Melayu generasi baru yang berdiri di belakang kerajaan Malaysia untuk memperbaiki hubungan antara kaum. Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, mereka didapati sudah berkongsikan impian dan wawasan mereka dalam isu itu dengan menggunakan kuasa media penerbitan yang ada dan kuasa sastera yang ada di dalam tangan mereka. Mereka menfokus perhatian kepada hubungan etnik antara orang Melayu dengan bukan Melayu untuk mengharapkan penyelesaian kepada masalah yang rumit itu. Kerumitannya tidak sahaja kerana ianya melibatkan jurang perbezaan jurang perbezaan kaum antara orang Melayu dengan bukan Melayu, malahan jurang tadi itu telah diperburukkan lagi jurang perbezaan antara generasi antara orang tua dan muda kaum-kaum yang berkenaan. Kesemua itu telah membuat masalah sudah besar itu diperbesarkan banyak kali ganda, maka dengan sendirinya telah merumitkan lagi hubungan antara kaum yang sudah rumit. Tetapi penulis baru yang mahu melihat perubahan baharu berlaku seperti yang mereka harapkan, bayangkan dan mimpikan telah memberi cadangan dalam karya mereka.

(14)

ditunjukkan. Misalnya, dalam Interlok, kita dapati jurang perbezaan generasi antara Cing Huat dengan anaknya, Yew Seng dijangka akan mengganggu hubungan antara Yew Seng dengan Lazim, jika tidak dikawal Yew Seng. Selain itu, dalam novel Suboh, kita dapati Pak Sudin telah mengubah sikapnya daripada yang menentang kepada yang menerima perkahwinan campur antara anaknya, Basir, dengan Lucy.

Yang tidak dijangkakan ialah kita telah nampak Cing Huat dalam Interlok dengan tiba-tiba telah menyedari kebijaksanaan di sebalik kata-kata Yew Seng bahawa orang Melayu bukanlah

hua na dan malas, lantas telah mengubah sikapnya kepada orang Melayu. Selain itu, dalam cerpen Pertahanan Terakhir, kita lihat ibu bapa tidak boleh mencegah anak-anak mereka daripada jatuh cinta dan berkahwin dengan orang daripada kumpulan etnik yang lain. Seterusnya dalam cerpen Hati Ah Fook Selebam Malam, Ah Fook terkejut bila mendapati anak perempuannya telah jatuh cinta dengan orang Melayu di kampung Melayu yang mereka tinggal. Selain itu dalam cerpen

Mawar Merah di Jambangan, ibu Siew Ping tidak dapat menghalangnya untuk berbaik-baik dengan Ali, walaupun orang Melayu yang lain telah membunuh datuknya dalam peperangan pada masa lalu.

Seterusnya elok disenaraikan beberapa orang penulis Melayu yang menghasilkan karya untuk menggalakkan keharmonian antara kaum. Antaranya ialah A Samad Ismail, A. Samad Said, A Wahab Ali, A R Kamarulzaman, Abdullah Hussain, Abdullah Tahir, Adam A. Kadir, Ahmad Mahmud, Ali Majod, Arena Wati, Atan Long, Awang Had Salleh, Azdi, Aziz Jahpin, Azizi Haji Abdullah, Ghazali MA, Ibrahim Omar, Ismas Saring, Khadijah Hashim, M. Farda, Masbena, Mokhtar Yaakub, Mokjamos, Noorjaya, Norzah, Osman Ayob, Othman Puteh, Othman Rasul, Rahman Haji Yusof, S. Hamisal, S. Othman Kelantan, Setapa Awang, Sidek Baba, Siti Aisah Murad, T. Alias Taib, Wahba dan Usman Awang.

(15)

manusia sendiri dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Bagi mereka, manusialah yang paling penting kerana mereka boleh menentukan nasib negara dengan membuat perubahan yang diperlukan.

Mereka yakin sastera boleh membimbing pembacanya dalam erti kata karya sastera boleh memberi kesedaran kepada mereka tentang nasib mereka sendiri, lebih-lebih lagi bagaimana mereka sendiri boleh membaiki untung nasib mereka sendiri. Gerakan itu adalah tindak balas mereka kepada pergolakan politik, sosial dan ekonomi yang sudah menjadi semacam trauma dan gangguan sosial-ekonomi sepanjang tempoh negara ini dijajah kuasa Barat kira-kira 500 tahun lamanya. Sejarah penjajahan yang panjang itu telah merangsang mereka untuk menilai semula hubungan kaum yang sedia ada, lebih-lebih lagi untuk menyambut seruan kerajaan Malaysia untuk memupuk hubungan yang baik antara kaum dalam masyarakat berbilang kaum selepas kemerdekaan. Rasa komitmen itu juga disebabkan mereka sedar tentang kuasa sastera, dan kuasa penulis yang mahu berkhidmat kepada masyarakatnya dengan menghasilkan karya ke arah itu. Mereka cuba memperkasakan diri dan orang Melayu yang lain dengan memanfaatkan sastera wawasan. Gerakan seumpama itu sama dengan konsep masyarakat bayangan yang dipopularkan oleh Benedict Anderson (2006).

(16)

rahmat bagi Basir dan Lucy setelah perkahwinan mereka itu diterima ayahnya pada akhirnya.

Tidakkah kesemua itu adalah semacam utopia? Tidaklah novel Suboh adalah karya sastera yang besar seperti novel

Interlok, Lingkaran, Bangsal dan banyak lagi? Karya-karya itu sudah diterima pembacanya kerana nilai, kreativiti dan daya pengarangan tinggi dan wawasan yang besar terhadap masa depan rakyat di negara ini. Karya-karya itu lahir daripada penulis yang mempunyai daya pemikiran yang hebat.

Seterusnya, penerbitan karya-karya itu sudah memberi publisiti yang besar tentang mesej, ide, gagasan dan pandangan penulis-penulis yang berkenaan. Di Barat, karya George Orwell Nineteen Eighty-Four (1949) telah ditafsirkan sebagai fiksyen utopia, fiksyen yang membawa propaganda politik, kerana karya sastera yang besar itu bersifat polisemi, dalam erti kata ia mempunyai banyak makna dan mesej yang berlainan, terpulang kepada tafsiran yang diberi oleh pembaca dan pengkritiknya. Demikian juga dengan karya satera Melayu tadi.

Menyedari pentingnya interaksi antara kaum, ramai penulis Melayu generasi yang baru sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an telah melihatnya sebagai fakta yang tidak dapat dielakkan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Pandangan itu berbeza daripada Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurrsahid dan lain-lain pada tahun 1920an sehingga tahun 1940-an setelah mereka dapati orang Melayu masa itu telah dipinggirkan dan dieksploitasi.

Seperti yang terbayang tadi, bukan semua karya sastera Melayu selepas tahun 1960 menceritakan keharmonian dan interaksi antara kaum. Misalnya, Shahnon Ahmad yang menulis novel Menteri, Noorjaya yang menulis cerpen Tewas Dalam Dunianya (1972), Azizi Hj Abdulah yang menulis cerpen Baru Sekarang Dia Mengerti (1969 dan Hassan Ibrahim yang menulis novel Tikus Rahmat (1963) adalah contoh penulis Melayu yang menulis karya anti-orang Cina seperti yang ditunjukkan Ishak Haji Muhammad dan lain-lain pada 1930-an dan 1940-an.

Namun demikian, perkemkangan yang menarik ialah setelah melihat nilai komersial yang besar dalam karya sastera yang menggalakkan keharmonian antara kaum, banyak syarikat penerbitan telah menggunakan saluran penerbitan mereka, seperti akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Zaman

(17)

dan Berita Harian, Berita Minggu dan lain-lain yang dikendalikan oleh the New Straits Times untuk menerbitkan cerita seumpama itu. Dalam kontek inilah kita lihat peningkatan dengan mendadak karya sastera Melayu mengenai interaksi antara kaum dari 1970-an hingga 1980-an. Kemunculan karya sastera tersebut bersama-sama dengan langkah lain dari pihak kerajaan sepanjang masa itu mempunyai kesan seperti yang diingini: keamanan secara relatif selepas ribut pada 13 Mei 1969. Jadi, dalam tempoh sepuluh tahun atau lebih ini kita telah lihat sebegitu banyaknya karya sastera Melayu untuk menggalakkan interaksi kaum dalam satu bentuk atau yang lain, termasuk hubungan baik antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, sambutan perayaan dan hal-hal domestik dalam drama Tamu di Bukit Kenny (1968) oleh Usman Awang, Kabut Merah (1980) oleh Nor Rihan Yahya, Melewati Dimensi Masa (1991) oleh Ghazali Ngah Aziz, Pelarian yang Kedua (1980) oleh Azizi Hj. Abdullah,

Warisan (1997) oleh Raja Sabaruddin Raja Abdullah.

Yang disebut itu cuma sebahagian kecil daripada sebegitu banyaknya cerita mengenai cara-cara untuk meningkatkan hubungan kaum antara orang Melayu dan Cina. Kejayaan itu penting dan tepat pada masanya (right timing) yang juga didapati adalah satu lagi titik masa penting dalam keharmonian antara kaum di Malaysia. Antara yang dimaksudkan itu banyak karya itu adalah yang telah memenangi peraduan mengarang. Misalnya, novel Salina (1961) oleh A. Samad Said, yang memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Novel DBP 1958; novel Saga (1976) daripada Abdul Talib Mohd. Hassan telah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Novel GAPENA, 1976; novel Pulanglah Perantau (1971) karya Aziz Jahpin, telah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka pada tahun 1967; novel Musafir

(1959) gubahan Hasan Muhammad Ali, telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan Novel DBP pada tahun 1958; novel Interlok (1971) karya Abdullah Hussain, telah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka pada tahun 1967; novel Desa Pinggitan (1964) oleh Ibrahim Omar, telah memenangi hadiah kedua dalam Peraduan Novel DBP pada tahun 1963; novel Pelarian (1978) oleh Abdul Talib Mohd. Hassan, telah memenangi hadiah kedua dalam Sayembara Novel Hari Guru pada tahun 1976; novel Hidayah

(18)

utama dalam Peraduan Mengarang Novel Islam, yang ditaja Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sempena Abad ke 15 Hijrah (1400) pada tahun 1979; novel Bahimiyah (1988) daripada Nora, telah memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Mengarang Novel Islam tajaan Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sempena Abad ke 15 Hijrah (1400) pada tahun 1979, dan novel Arbain (1985) karya Sabda S, telah memenangi hadiah penghargaan dalam Sayembara Anugerah Novel Darul Iman I, tajaan kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama PELITA dan GAPENA pada tahun 1983.

Selain itu, oleh sebab ‘timing’ yang baik, banyak daripada karya yang disenaraikan itu telah dijadikan buku teks sekolah, lantas sudah diedarkan dengan meluas ke sekolah-sekolah di sekolah, lebih-lebih lagi yang dijadikan teks bacaan wajib untuk peperiksaan. Yang lebih menarik lagi ialah Musafir, Interlok dan

Pulanglah Perantau. Dan, karya-karya ini telah ulang dicetak banyak kali.

Dalam karya Interlok, Lingkaran, Suboh, Musafir dan lain-lain, penulis yang berkenaan telah mengadun pemerhatian, perasaan, pengalaman, imaginasi dan wawasan mereka secara kreatif ke dalam cerita mereka. Gabungan antara fakta dengan fiksyen yang dilakukan mereka bukan sahaja sudah telah memberi ruang baru kepada mereka untuk membangunkan kisah itu dalam kontek yang mereka ingini, tetapi juga yang lebih penting lagi ialah telah memberi peluang baru kepada pembaca untuk menerokai sesuatu yang baru. Sampai di sini, mungkin boleh ditanya: adakah cerita-cerita ini model yang boleh diikuti dalam hidup yang sebenarnya? Jawapannya bergantung kepada penafsiran dan penerimaan pembaca masing-masing.

Walaupun tidaklah sempurna dan yang boleh dianggap sebagai yang terbaik, penulis yang berkenaan telah menceritakan yang mereka tahu dan mahu dengan sebaik yang mungkin tentang pelbagai aspek interaksi antara kaum. Misalnya, dalam cerpen Isteri Leong Beranak dan novel

(19)

Dalam novel Subuh, kita boleh mengikuti perdebatan antara generasi tua dengan generai muda tentang perkahwinan campur antara kaum dalam dialog antara Basir dengan ibu bapanya. Seterusnya dalam novel Lingkaran, kita boleh mengikuti suara Arena Wati yang didapati telah memainkan peranan sebagai pengkritik sosial. Antara yang dimaksudkan ialah Arena Wati bukan sahaja menceritakan latar belakang watak daripada kaum yang berlainan, tetapi juga memberi komennya tentang rasuah yang boleh menjatuhkan, malah memusnahkan watak-watak dalam karya itu. Yang menariknya ialah karya sastera daripada pengarang yang berwawasan dari tahun 1970-an hingga 1980-an sudah mengkritik kejahilan, keangkuhan, keegoan dan sifat membesarkan diri watak-watak Melayu dan bukan Melayu. Berjaya tidaknya cerita dan watak dalam karya sastera itu membayangkan potensi dan gunanya sastera sebagai wahana untuk membawa perubahan seperti yang dihajati penulis yang berkenaan juga bergantung pada pembaca sendiri sama ada boleh memahami mesej yang tersirat di sebalik kisah dan watak dalam karya sastera itu. Mereka ada banyak pilihan, maka bebas untuk membuat keputusan dan tindakan masing-masing dalam konteknya. Yang penting di sini ialah pembaca telah diberi peluang untuk memikirkan dan memahami sama ada perlu bagi mereka untuk mengubah sikap, pilihan, keputusan dan tindakan mereka dalam kontek negara yang berbilang kaum.

(20)

antara kaum, gangguannya yang boleh menjejaskan kehidupan biasa serta akibat pemecahan rakyat mengikut kumpulan etnik yang berlainan terhadap masa depan negara. Untuk menceritakan apa yang diingininya, keempat-empat bab dalam Interlok tidak boleh dipisah-pisahkan dalam menyampaikan pentingnya kaum-kaum yang sedia ada itu mesti hidup bersama dengan aman dan damai.

Membaca keseluruhan karya itu, pembaca dijangka boleh memahami sejarah perkembangan kaum bersama-sama dengan pembangunan ekonomi negara ini dari awal abad ke-19 sehingga lahirnya Malaysia. Dengan berbuat demikian, Abdullah Hussain boleh dikatakan telah berjaya membawa pembacanya merentasi persempadanan fantasi dan realisma kerana dia telah menjalinkan hubungannya dengan pembacanya dengan ceritanya tentang orang Melayu dan bukan Melayu yang telah bekerjasama, selain menyesuaikan diri antara satu sama lain dalam tempoh masa lebih kurang seabab yang lalu.

Memandangkan tidaklah mudah, lebih-lebih lagi yang ia akan mengambil masa yang panjang untuk membuat perubahan, maka penulis yang berkenaan mendapati permulaan perlu dibuat pada masa sekarang oleh watak-watak yang didapati perlu mengubah sikap mereka. Inilah gambaran sepintas lalu yang kita dapati selepas membaca dan memahami mesej penulis yang berkenaan di sebalik cerita dalam karya sastera itu dalam konteknya. Antara perubahan yang maksudkan itu telah ditunjukkan pada watak Pak Sudin dalam novel Subuh dan watak Cing Huat dalam novel Interlok. Yang dimaksudkan itu ialah Pak Sudin telah menerima perkahwinan campur anaknya yang pernah ditolaknya. Demikian juga Cing Huat dalam Interlok telah insaf yang dia perlu mengubah sikapnya untuk menjadi lebih dekat kepada orang Melayu. Inilah juga sebahagian daripada perubahan sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat yang turut membawa serangan yang berterusan kepada uraf saraf orang generasi tua yang telah membuat mereka membuat penyesuaian diri mereka dapati perlu mereka lakukan untuk memenuhi perubahan itu.

(21)

dan sentimen negatif dengan sentimen positif sesama mereka, sama ada sebagai kawan, jiran,, rakan sekerja, pekerja, majikan, pegawai rendah dengan pegawai atasan.

Contoh lain yang baik sehubungan itu telah diberi dalam novel Bangsal (1991), karya Wan Ahmad Ismail, dengan Ling Seng Thong mengupah Ali Ketupi yang sebelum itu telah membakar bangsal operanya. Pendek kata, penulis Melayu generasi baru itu telah menceritakan manfaat keharmonian kaum bagi kepentingan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia demi masa depan mereka dan negara. Sebagai satu kumpulan, penulis-penulis yang berkenaan mendapati itulah juga tanggung jawab mereka kepada negara. Sampai di sini, ingin ditanya: Tidakkah karya-karya tersebut mempunyai unsur propaganda, termasuk dengan tujuan untuk mempengaruhi pendapat umum, terutamanya yang memenangi hadiah? Apakah salahnya kalau sedemikian dan didapati boleh memainkan peranan besar dalam pembangunan negara? Oleh sebab itu, tidaklah hairan sekiranya ada unsur-unsur propaganda dalam karya-karya sastera yang dimaksudkan sebagai alat dan kuasa untuk pembangunan, lagipun karya sastera yang menceritakan hubungan kaum yang rumit.

Kita dapati tidaklah salah karya sastera yang menceritakan hubungan antara kaum itu disuntikkan unsur didaktif dan propaganda seperti yang dilakukan Abdullah Hussain, Arena Wati, Wan Ahmad Ismail, A Samad Ismail dan lain-lain yang memenangi hadiah peraduan mengarang. Kita perhatikan karya-karya itu adalah untuk memupuk semula hubungan kaum selepas rusuhan kaum pada 1969. Merebut peluang keemasan itu, penulis Melayu itu telah menceritakan apa yang mereka impikan sebagai yang mereka tahu sebagai yang terbaik untuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.

Adalah perkara lain jika impian itu tidak boleh menjadi kenyataan. Sebagai orang Melayu sendiri, mereka sudah tentu amat prihatin dengan masalah politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi orang Melayu berhubung dengan orang bukan Melayu dalam pembangunan negara.

(22)

yang dijadikan sasaran perhatian penulis yang berkenaan itu ke arah agenda politik perdana, misalnya, dalam usaha untuk membentuk satu set corak kepercayaan dan perspektif yang baru untuk menggantikan yang lama. Untuk berbuat demikian, karya sastera wawasan telah dimasukkan unsur propaganda untuk mempengaruhi pembacanya selari dengan rentak perdana pihak kerajaan. Mereka melakukannya dengan mengemukakan fakta-fakta, peristiwa-peristiwa, watak-watak dan isu-isu yang mereka prihatin dan dipilih khas untuk menggalakkan interaksi antara kain dalam kepelbagaian bentuk yang sebahagiannya sudah dinyatakan dalam siri makalah ini.

Kata kunci di sini adalah untuk membuat perubahan. Sehubungan itu, Aziz Jahprin dalam novelnya Pulang Perantau (1998) turut berkongsikan mesej yang didapatiya daripada buku Revoulosi Mental bahawa tidaklah mudah untuk orang Melayu mengubah cara berfikir mereka daripada yang lama kepada yang baru untuk membuat mereka menjadi lebih berinisiatif, berimaginasi, tahu berjimat cermat, berdikari dan nilai positif yang lain yang akan memberi kuasa kepada mereka untuk berani membuat keputusan dan mengambil risiko demi kemajuan mereka, misalnya. Ini menerangkan sebab dia yang mengatakan hanya selepas beberapa tahun pelaksanaan DEB, barulah orang Melayu mula berubah daripada sikap mereka yang berlemah lembut, pemalu, pasif, tidak berani meminta, suka berfoya-foya, dan acuh tak acuh dalam menghadapi cabaran baru dalam hidup.1

Namun, entah berapa ramai orang di sepanjang sejarah telah meninjau masa depan mereka. Di sinilah seruan kerajaan Malaysia telah menarik ramai penulis Melayu wawas untuk berdiri di belakang kerajaan untuk memupuk keharmonian antara kaum. Mereka telah berkongsikan impian dan visi mereka. Sudah disebut tadi, sejauh mana karya mereka menggambarkan realiti sosio-ekonomi dan politik yang ada itu

(23)

adalah perkara yang lain. Isu pokok di sini ialah mereka percaya perbuatan mereka akan membawa perubahan selari dengan kepercayaan mereka bahawa sastera boleh menjadi alat perjuangan untuk membawa perubahan berpandukan cogan kata seni bukanlah untuk seni sahaja, tetapi juga untuk masyarakat seperti yang sudah dibahaskan dua kumpulan penulis Melayu daripada ASAS 50 dahulu.

Selain itu, kita juga dapati hubungan antara politik dan sastera Melayu bolehlah dikatakan hanya bermula secara rasminya pada tahun 1958 dengan adanya peraduan mengarang yang pertama yang telah ditaja DBP. Peraduan mengarang itu dan yang lain-lain selepasnya telah memberi ruang kepada kenyataan rasmi mengenai objetik dan matlamat sastera Melayu moden.

Semasa berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pada tahun 1959, Syed Nasir bin Ismail (1921-1982), Ketua Pengarah DBP masa itu, telah menerangkan matlamat peraduan menulis cerita dan peranan novel dalam masyarakat Melayu. Baginya, novel perlu mempunyai standard yang tinggi untuk memenuhi keperluan rakyat dengan semangat yang baru, selain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjajah British dan bukanlah semata-mata untuk mengisi masa lapang pembaca. Dalam menekankan matlamat peraduan itu, beliau telah sekali lagi menggalakkan penulis yang muda untuk tampil ke depan untuk memberi sumbangan bakat, fikiran, ide dan visi mereka kepada masyarakat di satu pihak, sekaligus telah memanjangkan harapannya sendiri agar DBP boleh mengasuh minat membaca novel sebagai cara untuk mewujudkan semangat yang baru di kalangan pembacanya (Virginia 2000: 349-35). Dengan kata lain, dalam ucapan itu, pengarah DBP itu telah menegaskan peranan sastera sebagai alat perpaduan negara, sekaligus untuk memajukan pemikiran pembaca berhubung dengan citrarasa mereka kepada keadilan sosial, kemakmuran, keselamatan dan kehidupan yang harmoni. Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa keupayaan sastera untuk memainkan peranan sosio-politik hanya diketahui secara rasmi pada 1959, walaupun sastera Melayu sudah memainkan peranannya sebagai yang pro-rakyat sejak Munsyi Abdullah (1796-1854) lagi.

(24)

menulis kembali ucapan yang diberi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tun Razak kepada peserta majlis perasmian Bahasa dan Seminar Sastera anjuran DBP dan Bahasa Persatuan Melayu, di Universiti Malaya. Dalam majlis itu, Tun Razak telah menggesa kira-kira 500 pesertanya untuk menggunakan pena dengan semua kekuatan yang ada padanya untuk membentuk semula masyarakat yang baru menurut acuan baru yang dikehendaki, kerana penulis adalah obor harapan yang boleh percayaai untuk membawa bangsa ke era yang baru. Dengan kata lain, karya sastera yang diperkatakan ini adalah reaksi secara langsung daripada penulis kepada seruan TPM yang mahu penulis membuat sumbangan besar mereka kepada pembentukan semula masyarakat yang baru selepas merdeka bila keyakinan, pembangunan dan kerjasama sudah menjadi buah mulut semua orang. Dalam kerangka semangat dan keyakinan inilah juga maka karya seperti Musafir, Lingkaran, Interlok dan lain-lain telah muncul satu lepas satu untuk terus-menerus membawa kehidupan baru yang dikehendaki dari masa ke masa (Virginia 2000: 260-1).

Dilihat dalam kerangka latar belakang sosio-ekonomi dan politik inilah, maka Malaysia amat-amatlah memerlukan lebih banyak lagi penulis untuk turut sama dalam usaha menolong memupuk keharmonian antara kaum sekaligus untuk mewujudkan identity yang baru. Secara tidak langsung, kedinamikan penerbitan massa media setakat ini telah membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang kemiskinan, kemunduran dan nasib Melayu yang malang sepanjang tahun 1920an hingga 1930-an, 1940-an malah 1950-an, lantaran telah mentakrifkan semula cara mereka berkomunikasi, dengan harapan baru dapat mengubah cara hidup masyarakat dalam persekitaran sosio-ekonomi dan politik yang baru. Sehubungan itu, Abdullah Hussain, Atan Long, Wan Ahmad Ismail dan lain-lain telah memberi definisi mereka tentang makna untuk hidup bersama-sama sebagai impian semua rakyat Malaysia. Oleh sebab-sebab itu, maka untuk memahami Interlok, Suboh, Bangsal dan lain-lain dalam konteknya, kita perlu memahami dunia baru Malaysia dengan isu interaksi antara kaum yang mereka perkatakan dengan berani dan yakin

(25)

berpengetahuan dan memahami kaum yang lain selepas membaca karya-karya sastera itu?

Rujukan

A Samad Ismail. Ah Khaw Masuk Syurga. Berita Harian, 19 Mei 1960.

A Samad Said. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961.

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Abdul Talib Mohd. Hassan. Pelarian. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1978.

Abdul Talib Mohd. Hassan. Saga. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd, 1976.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003.

Agus SaIim. Pertahanan Terakhir. Dewan Bahasa, Mac 1971.

Anderson, Benedict. Imagined Community: Reflections on the Origin and Spread of Nationalism. London: Verso, 2006. Arena. Wati. Lingkaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1965;

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1977.

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Awang Had Salleh. Pengabdian. Berita Harian, 6.6.1963.

Aziz Jahpin. Pulanglah Perantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.

Azizi Haji Abdullah. Baru Sekarang Dia Mengerti. Mingguan Malaysia, 26.6.1969.

Azizi Hj. Abdullah. Pelarian yang Kedua (1980),

Darussalam. Api di Balik Bukit. Utusan Zaman, 5.8.1973.

Darussalam. Harapan dan Pengorbanan. Utusan Zaman,

7.9.1969.

Dharmala N.S. Notis 24 Jam. Mingguan Malaysia, 23.5.1971. Dharmala. Notis 24 Jam (1971)

Ghazali Ngah Aziz. Melewati Dimensi Waktu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, , 1991.

Harun Haji Salleh. Hidayah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Hasan Muhammad Ali. Musafir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959 & 1989.

(26)

Ibrahim Omar. Desa Pinggitan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1964.

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1965.

Keris Mas. Kedai Sederet di Kampung Kami. Mastika, Jan 1956. M Farda. Gantung. Mingguan Malaysia, 2.12.1973.

Noorjaya. Tewas Dalam Dunianya. Berita Minggu, 26.11.1972. Nor Rihan Yahya. Kabut Merah (1980),

Nora. Bahimiyah. Kuala Lumpur: Marwilis Publisher and Distributors Sdn. Bhd, 1988.

Sabda S. Arbain. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1985.

Shahnon Ahmad. Menteri. Alor Star: Dinas Pdenerbitan Pustaka Sekolah Kedah, 1967.

Usman Awang. Tamu di Bukit Kenny. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968.

Wan Ahmad Ismail. Bangsal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Referensi

Dokumen terkait

kepuasan wisatawan terhadap atraksi wisata di Floating Market Lembang. Data sekunder adalah data yang diperoleh dari beberapa sumber data. dan literature yang dapat mendukung

Namun sadarilah bahwa Anda sebagai orang tua adalah profesi yang paling diperhatikan oleh anak- anak, mereka sangat mengidolakan anda sebagai pahlawan mereka, jadi sebaiknya

Kondisi sosial ekonomi keluarga transmigrasi di Desa Bumi Makmur tersebut antara lain meliputi : luas lahan yang dimiliki, jenis pekerjaan kepala keluarga,

strategi apa saja yang dapat digunakan untuk mengembangkan karakter pada anak usia dini, dan.. untuk menambah pengetahuan dan berbagai sarana untuk menerapkan pengetahuan

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) adalah semua kegiatan kurikuler yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh

Diharapkan dapat memberikan informasi mengenai faktor- faktor yang dapat mempengaruhi kesuksesan untuk melakukan corporate turnaround ketika perusahaan mengalami financial

Kelayakan konseptual dan operasional “perang- kat instrumen pengembangan kompetensi kon- selor berdasarkan Standar Kompetensi Konselor Indonesia” yang dihasilkan dalam

Penelitian yang bertujuan untuk mengetahui pengaruh invigorasi benih nangka dengan pemberian ZPT pada berbagai lama simpan serta konsentrasi ZPT terbaik pada