UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PASIR GUDANG EC 110
ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM TAJUK
TENAGA NUKLEAR DARI PERSPEKTIF ISLAM NAMA PENSYARAH : USTAZAH SITI FAIRUZ NAMA PELAJAR : MOHAMAD KHALED BIN NORDIN
NO KAD PENGENALAN : NO KAD MATRIK :
-1. PENGENALAN /1.5
2. ISI DAN HURAIAN /8
3. KESIMPULAN /2
4. RUJUKAN /2
5. ETIKA / MORAL /1.5
JUMLAH /15
Kandungan Muka Surat
Pengenalan 3
Maksud Sejarah Kebaikan Keburukan
Peristiwa Chernobyl
Teknologi Nuklear di Malaysia Keselamatan
4 5 – 7 8 – 12 13 - 14 15 – 16 17 – 20 21 – 22
Kesimpulan 23 – 24
Rujukan 25 - 26
Bismillahirahmanirahim, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah CTU saya kerana memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan folio. Folio ini akan memberitahu kita mengenai tenaga nuklear dan perspektif daripada pandangan Islam adakah Islam melarang atau membenarkan. Folio ini juga dibuat adalah untuk memberitahu serta menjawab persoalan – persoalan masyarakat di sekeliling tentang nuklear. Sesungguhnya setiap ciptaan mempunyai kebaikan dan keburukan masing – masing. Namun begitu, keburukan itu dapat dicegah sekiranya langkah – langkah berjaga – jaga itu diurus dengan baik. Begitulah juga nuklear, sekiranya tujuan pembinaanya adalah untuk keburukan maka buruklah jadinya dan jika tujuan pembinaannya baik maka baiklah jadinya. Jadi, folio ini disediakan oleh saya untuk menerangkan tentang apa itu nuklear. Apakah maksudnya, sejarahnya, kebaikannya, keburukannya, peristiwa Chernobyl, dan pembangunan teknologi nuklear ini di Malaysia.
Kamus Dewan ke – 4 memberikan maksud nuklear itu sebagai, berkaitan dengan nukleus atom; peperangan ~ peperangan yang memakai senjata dengan tenaga atom; senjata ~ senjata yang menggunakan tenaga atom.
Dari segi bahasa nuklear bermaksud inti atau nukleus atom. Manakala dari segi istilah pula memberikan maksud tenaga yang dijana daripada tindakbalas dalam nukleus atom.
Kamus Dewan ke – 4
http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt6ax+iG
QeIXCTsVR/8Lc
Kewujudan nuklear sebenarnya diketahui pada lewat 90an setelah pelbagai ujikaji dan penyelidikan oleh tokoh – tokoh saintis dunia. Namun begitu, informasi mengenai kewujudan nukleur telah pun tertulis dalam kitab Al-Quran dalam surah Al – Hadid. Istilah Al – Hadid itu sendiri bermaksud logam besi dan sememangnya mempunyai kaitan antara nuklear.
Antara bahan – bahan yang ada kaitan dengan nuklear ialah Uranium,Plutonium,radium dan banyak lagi. Firman Allah SWT dalam Surah Al – Hadid ayat yang ke – 25 bermaksud “Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia.”
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah membuktikan bahawa tenaga nuklear ini cukup berbahaya dan juga membuktikan bahawa firman Allah dalam Surah Al – Hadid itu adalah benar. Bayangkan sahaja setengah kilogram Uranium mampu menghasilkan tenaga haba satu megawatt. Pastinya tenaga nuklear ini mampu menjadi sumber penjanaan kuasa elektrik dalam sesebuah negara. Bayangkan pula jika sesbuah negara itu mempunyai berjuta tan Uranium yang disimpan untuk tujuan apa – apa sahaja. Itulah kebenaran yang telah ditunjukkan dalam Surah Al – Hadid dalam Al – Quran. Manusia pula perlulah teruskan melakukan
penyelidikan dan beriman kepada Allah SWT.
Pertama kali kewujudan nuklear diketahui apabila penyelidikan mengenai keradioaktifan dilakukan pada akhir kurun ke – 19 yang membabitkan dua perkara besar yang berlaku ketika
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6837-asas-tenaga-nuklear-disebut-dalam-al-quran
tenaga nuklear. Pertama, sinar – X yang dijumpai pada tahun 1985 oleh seorang tokoh saintis bernama Wilhem Konrad Rontgen dan beliau mendapati bahawa sinar – X ini mampu
menghasilkan pendarflour pada kaca tiub sinar – X. Seterusnya , kajian kedua dibuat oleh Henri Becquerel yang mendapati bahawa apabila kalium uranil sulfat diuji oleh sinaran ultra ungu, ia akan menghasilkan pendarflour.
Namun begitu, kewujudan tenaga nuklear tidak berhenti setakat ini tetapi diteruskan dan penyelidikannya masih dijalankan sehingga sekarang. Penyelidikan 2 tokoh terawal tadi diteruskan oleh Pierre dan Marie Sklodowskan Curi pada tahun 1989. Marie Curie mendapati bahawa sinaran yang dikeluarkan oleh Uranium yang dilaporkan oleh Becquerel juga boleh didapati daripada garam torium. Dalam kajiannya, suatu unsur baru yang berkeupayaan menghasilkan keradioaktifan yang tinggi dijumpai daripada proses pemisahan bijih uranium hingga mewujudkan satu sinaran yang sama sifat dengan sinar – X
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh tokoh sains terkemuka iaitu Earnest Rutherford memberitahu mengenai keupayaan daya penembusan dalam sinar radioaktif menunjukkan tiga jenis sinaran, iaitu yang dapat diserap oleh kepingan aluminuim nipis dinamakan Alfa (a). Kedua, iaitu Beta (B) yang hanya boleh diserap oleh beberapa aluminium atau ketebalan
sesebuah aluminium. Ketiga, iaitu Gamma(Y), gamma adalah sinaran radioaktif yang paling kuat yang tidak mampu diserap oleh aluminium.
Sejak dari itu, pelbagai jenis penyelidikan dilakukan oleh saintis dalam memahami sinaran radioaktif. Sifat sinaran seperti cas dan jisim diukur. Sekarang ini, sifat bahan dan sinaran
radioaktif boleh diketahui dan difahami melalui beberapa kaedah dan teori tindak balas nukleus, tindak balas antara sinaran dan jisim, dan pereputa radioaktif hingga dapat menerangkan hamper segala fenomena yang ditemui.
Stesen kuasa nuklear pertama dibuka pada tahun 1950-an. Teknologi nuklear ini sememangnya telah memberikan banyak manfaat kepada kehidupan manusia pada hari ini. Kuasa nuklear banyak menyumbang dalam bidang perubatan yang mampu menyelamatkan manusia. Teknologi nuklear ini sebenarnya tidak boleh dianggapkan satu kesilapan tetapi teknologi ini mestilah dilakukan secara berhati – hati agar tidak ada kemalangan yang akan berlaku oleh kerana kecuaian daripada manusia itu sendiri.
Kebaikan
Setiap makhluk yang dicipta oleh Allah SWT itu pastinya terdapat kelebihan dan kekurangan. Pada bab ini, kebaikan tentang teknologi nuklear akan diterangkan untuk pengetahuan umum mengenai teknologi ini.
Kebaikan pertama teknologi nuklear adalah dalam menjana kuasa elektrik dalam sesebuah negara. Penjanaan kuasa elektrik merupakan teras kepada pembangunan sesebuah negara itu. Sekiranya penjanaan kuasa elektrik itu kurang, maka pembangunan sesebuah negara itu akan terencat kerana tidak dapat meneruskan kehidupan harian dengan sempurna.
Seperti yang sudah diterangkan, setengah tan uranium mampu menghasilkan satu megawatt tenaga elektrik. Jadi, teknologi nuklear ini digunakan adalah untuk menggantikan tenaga
konvensional iaitu tenaga elektrik yang dihasilkan oleh petroleum dan bahan api fossil. Tenaga nuklear dilihat berjaya menggantikan sumber tenaga konvensional kerana tenaga konvensional semakin hari semakin berkurang. Alternatif baru diperlukan telah pun dijumpai iaitu
menggantikannya dengan tenaga nuklear.
Teknologi nuklear menghasilkan kuasa elektrik yang sangat banyak dan semakin luas digunakan oleh negara – negara maju. Contohnya, Perancis yang menggunakan 65% tenaga elektrik yang dijanakan daripada teknologi nuklear. Manakala , dianggarkan hamper 17% daripada penggunaan elektrik di seluruh dunia dihasilkan menerusi teknologi nuklear.
Jadi, pembangunan negara amat bergantung kepada kuasa nuklear ini kerana keupayaan teknologinya yang mampu menjanakan kuasa elektrik dengan lebih banyak.
Selain itu, teknologi nuklear ini juga digunakan pakai dalam bidang pertanian. Bidang pertanian juga sudah menjadi platform yang penting dalam menyediakan da menghasilkan produk – produk makanan dalam meneruskan kehidupan.
Antara bahan – bahan radioisotop yang digunakan dalam bidang pertanian ialah isotop Karbon – 14 yang digunakan untuk menyelidik lintasan karbon dioksida yang disedut oleh tumbuhan dari udara ketika proses fotosintesis iaitu proses tumbuhan menukar gas Karbon Dioksida kepada gas Oksigen.
Teknologi nuklear ini juga digunakan untuk mensterilkan binatang perosak yang dipancarkan melalui reputan radioisotop. Dengan kaedah ini, binatang perosak dapat dimandulkan dan pembiakan binatang ini akan dikurangkan.
Sinaran Gamma pula akan digunakan untuk memyebabkan mutasi dalam tumbuhan dan binatang untuk mendapatkan baka lebih baik. Akhirnya , tumbuhan dan binatang tadi dapat berkembang dengan pantas dan menghasilkan hasil yang banyak.
Akhir sekali bahan isotop Forforus – 32 akan ditambah ke dalam baja Forforus untuk menyelidik kadar penyerapan baja oleh sesuatu tumbuhan
Dalam bidang perindustrian pula tidak kurang banyaknya sumbangan daripada teknologi nuklear antaranya ialah radioisotope (uranium – 235) digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi satelit. Tenaga elektrik akan dibawa oleh satelit dengan jumlah yang besar dan merekodkan maklumat pada jarak yang jauh.
Selain itu, sinaran Beta(B) akan digunakan dalam proses perkilangan. Dalam proses tersebut sinaran Beta akan digunakan untuk mengawal dan memeriksa ketebalan bahan – bahan seperti kertas, kepingan aluminium dan plastik.
Natrium – 24 pula akan digunkan untuk mengesan kebocoran paip sebagai penyurih. Dengan kaedah ini, jurutera mampu mengenalpasti kebocoran dan membaiki sesuatu paip itu. Antara paip yang sangat penting untuk dikenalpasti sama ada terdapat kebocoran atau tidak adalah paip yang digunakan untuk menyalurkan petroleum dan sumber – sumber fossil yang lain dari pelantar minyak di laut hingga ke darat. Jika paip ini mempunyai kebocoran, implikasinya amatlah teruk kepada hidupan akuatik dan pencemaran air di laut kan berlaku.
Sumbangan teknologi nuklear juga menyumbang kepada bidang pengawetan makanan. Contoh makanan yang sensitif kepada haba ialah buah – buahan dan sayur – sayuran. Sinaran radioaktif digunakan untuk mengawet makanan yang sensitif kepada haba supaya boleh disimpan dalam satu jangka masa yang lama. Selain itu, sinaran gamma digunakan untuk membunuh kulat dan bakteria dalam makanan supaya ia tahan lama.
Sumbangan terbesar daripada teknologi nuklear adalah dalam sektor perubatan. Teknologi nuklear jelas dapat membantu manusia dalam sektor perubatan dalam menyelamatkan nyawa manusia.
Radioisotop digunakan dalam radioterapi dan X – ray. Contohnya, kobalt – 60 akan memancarkan sinaran gamma yang boleh digunakan untuk membunuh sel – sel kanser dalam badan pesakit. Dengan adanya teknologi seperti ini, nyawa orang ramai dapat diselamatkan daripada penyakit – penyakit kanser yang boleh membunuh seseorang.
Selain itu, radioisotop Iodin – 131 disuntik ke dalam badan pesakit. Iodin – 131 berfungsi sebagai penyurih untuk memeriksa fungsi kelenjar tiroid dan dapat mengesan pertumbuha tumor.Sinara gamma pula akan digunakan untuk mensteril peralatan perubatan yang tidak tahan kepada haba seperti picagari.
Natrium – 24 pula digunakan untuk mengesan pembekuan darah dengan menyuntiknya ke dalam aliran darah dalam badan pesakit.
Dengan adanya teknologi nuklear ini, nescaya banyak nyawa akan dapat diselamatkan dengan izin Allah SWT. Teknologi nuklear berguna dalam bidang perubatan kerana kemampuan teknologi ini untuk menyembuh penyakit – penyakit yang berbahaya seperti kanser, tiroid, tumor yang mampu membunuh manusia. Sumbangan teknologi nuklear telah memberi impak yang besar kepada bidang perubatan dalam menyelamatkan nyawa manusia.
Dalam bidang arkeologi juga menerima sumbangan daripada teknologi nuklear. Contohnya radioisotop digunakan untuk menentu usia bahan purba serta fosil tumbuhan dan binatang. Kaedah ini dikenali sebagai pentarikhan karbon – 14 kerana usia bahan purba ini boleh ditentukan dengan mengukur karbon 14 yang tertingal dalam fosil.
Teknologi nuklear juga banyak menyumbang dalam bidang pertahanan. Sejak awal lagi negara – negara maju seperti Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi nuklear untuk memperluaskan aset – aset pertahanan mereka. Amerika Syarikat telah memperkenalkan senjata nuklear dengan membina sesebuah kapal selam berkuasa nuklear pada tahun 1950an yang diberi nama USS Nautilus 571 SSN. Kewujudan kapal selam berkuasa nuklear ini mampu
melaksanakan pelbagai misi pertahanan dan misi menyelamat.
Selain bom atom, bom nuklear dan peluru berpandu juga antara ciptaan manusia untuk mempertahankan sesebuah negara daripada menerima ancaman musuh negara.
Teknologi nuklear ini juga boleh diklasifikasikan sebagai mesra alam kerana penjanaan elektrik yang dihasilkan oleh teknologi nuklear tidak membebaskan apa – apa gas Karbon seperti Karbon Dioksida, Karbon Monoksida, Methane dan CFC yang mampu memberi kesan buruk kepada udara dan manusia. Penjanaan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh teknologi nuklear dapat mengurangkan pencemaran alam seterusnya kesan rumah hijau itu dapat dikurang.
Kesimpulan yang dapat kita buat daripada kebaikan yang telah dibincangkan adalah setiap ciptaan yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai kebaikan. Teknologi nuklear ini merupakan ciptaan Allah SWT kepada manusia untuk membantu manusia meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Tugas manusia pula adalah menggunakan ciptaan Allah ini penuh cermat dan berhati – hati kerana sekiranya sebarang kecuaian berlaku akan mengundang malapetaka kepada seluruh kehidupan di bumi ini.
Keburukan
Selain kebaikan dalam ciptaan Allah SWT terdapat juga kekurangan atau keburukan kerana ciptaan Allah SWT semuanya mempunyai kelemahan masing – masing. Hanya Allah SWT sahaja yang sempurna. Keburukan teknologi nuklear ini akan berlaku sekiranya kecuaian dan niat buruk daripada manusia itu sendiri. Keburukan atau malapetaka akan berlaku sekiranya manusia gagal mengendalikan teknologi nuklear dengan cermat dan berhati – hati.
Antara keburukan yang akan berlaku sekiranya teknologi nuklear ini disalahguna adalah peperangan. Letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada perang dunia ke -2 jelas menunjukkan kita apabila teknologi ini digunakan untuk tujuan peperangan. Peperangan yang berlaku jelas akan memberi kesan kepada manusia dan hidupan di sekitarnya. Negara Jepun yang menerima padah akhirnya lumpuh daripada pelbagai segi ketika itu dan akhirnya tidak memberi keuntungan kepada mana – mana pihak kerana perbelanjaan dalam peperangan bukan suatu perkara yang murah.
http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt6ax+iG
QeIXCTsVR/8Lc
Banyak perkara pelik yang akan muncul contoh seperti manusia mempunyai kepala yang besar daripada normal. Haiwan mempunyai banyak kaki, ular mempunyai dua kepala, 3 katak berkongsi satu badan akibat mutasi yang dibebaskan. Selain itu, radiasi yang dibebaskan boleh mengakibatkan kemandulan kepada hidupan. Bayi yang dilahirkan tidak normal kerana radiasi yang diterima oleh ibu yang mengandung. Akhir sekali kesan radiasi boleh mengakibatkan kematian kepada hidupan dan ini merupakan satu kerugian bagi sesebuah negara.
Pencemaran air yang berlaku akan mengakibatkan air sungai atau laut menjadi tidak sihat untuk hidupan akuatik. Hidupan akuatik juga tidak ketinggalan menerima kesan radiasi yang dibebaskan.Kesan radiasi ini tersebar dengan cepat dan luas tidak kira air atau darat serta udara sekalipun.
kematian. Jadi, sekiranya teknologi nuklear mestilah dikendalikan oleh pakar – pakar yang
Peristiwa atau lebih senang diketahui sebagai malapetaka Chernobyl jelas menunjukkan mengenai keburukan teknologi nuklear sekiranya tidak dikawal dengan berhati – hati. Peristiwa Chernobyl adalah sejarah terburuk dalam pembinaan stesen janakuasa nuklear.
Peristiwa ini berlaku pada tarikh April 1986 dan kesan radiasinya masih tersebar sehingga sekarang.Chernobyl terletak di negara Ukraine yang ketika itu Ukraine dibawah penguasaan Soviet Union.
Peristiwa ini telah membunuh 30 operator dan bomba dalam masa 3 bulan. Ini kerana operator reaktor dan pegawai bomba antara orang yang terawal pergi ke stesen janakuasa nuklear. 237 orang telah dikenalpasti menerima radiasi daripada letupan reaktor pada tapak stesen janakuasa nuklear tersebut. 28 daripadanya mati dalam masa beberapa minggu. Lebih 90 kematian dicatatkan diantara tahun 1987 hingga 2004 akibat radiasi kerana radiasi yang
dibebaskan menyebabka kanser tyroid.
Ukraine dan Belarus. Stesen janakuasa nuklear terletak kira – kira 130 kilometer dari Kiev dan kira – kira 20 km dari sempadan Belarus.
Kejadian letupan reaktor Chernobyl bermula apabila pegawai operasi memulakan rutin
http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt6ax+iG
QeIXCTsVR/8Lc
penutupan. Reaktor ke – 4 Chernobyl memulakan rutin ini untuk mengenalpasti berapa lama turbin reaktor akan berpusing dan membekalkan kuasa kepada pam utama berikutan kuasa daripada turbin jatuh dengan mendadak. Maka, regulator yang baru dicipta telah diuji. Keganjilan dalam reka bentuk rod kontrol telah menyebabkan kuasa tergerak dengan kuat selepas rod control itu dipasang.
Interaksi antara bahan api yang sangat panas dan air sejuk telah menyebabkan pecahan dan telah menghasil tekanan yang amat tinggi. Disebabkan tekanan yang terlebih, maka reaktor Chernobyl ke – 4 telah meletup dan dari situ bermulalah penyebaran radiasi ke seluruh Pripyat sehingga ke sempadan Belarus dan Russia.
Akhirnya, para saintis dan jurutera dan menjadikan peristiwa Chernobyl ini sebagai satu pengajaran dalam pembangunan teknologi nuklear. Mereka telah menjalankan pelbagai penyelidikan untuk mengenalpasti masalah dan cara mengelak daripada sesuatu buruk berlaku.
www.greenfacts.org/en/chernobyl
The International Chernobyl Project Technical Report, Assessment of Radiological
Consequences and Evaluation of Protective Measures, Report by an International Advisory Committee, IAEA, 1991 (ISBN: 9201291914)
Teknologi Nuklear Di Malaysia
Pelan induk untuk mendirikan sebuah loji nuklear untuk menjana bekalan elektri di negara ini sudah lama tersedia dan hanya menunggu kelulusan kerajaan saja untuk digerakkan, kata seorang saintis nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof Emeritus Dato’ Dr Noramly Muslim, telah mendedahkan rancangan itu di satu persidangan. Malaysia memerlukan loji kuasa nuklear ini untuk menambahkan bekalan elektrik yang sedia ada. Bekalan elektrik yang sedia ada dijangka akan berkurangan kerana sumber yang digunakan semakin hari semakin berkurangan. Ini kerana sumber yang digunakan adalah arang batu, bahan api fossil yang dijangka berkurangan dan akan habis pada pertengahan abad ini.
Jadi, pembinaan sebuah loji kuasa nuklear diperlukan untuk menambah bekalan elektrik dalam menambahkan tenaga elektrik yang semakin berkurang.
Sebenarnya teknologi nuklear ini telah dibangunkan sejak 20 tahun dahulu lagi. Namun pembangunan teknologi nuklear masih lagi tidak melibatkan dalam bidang penjanaan kuasa elektrik dan bidang pertahanan.
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
Teknologi Nuklear di Malaysia telahpun digunakan dalam beberapa bidang seperti perubatan, perindustrian,pengawetan makanan dan pertanian.
Setakat ini, Malaysia telah melahirkan banyak saintis dan jurutera nuklear untuk
mengendalikan teknologi nuklear di Malaysia. Saintis dan jurutera nuklear ini telah mendapatkan latihan di dalam dan di luar negara untuk membangun teknologi nuklear ini.
Dalam perubatan Nuklear Malaysia terus memberikan khidmat ujian kawalan mutu
mikrobiologi ke atas produk perubatan dan ujian biodosimetri. Kontrak ini telah diperolehi untuk menjalankan ujian mikrobiologi berkala ke atas kemudahan siklotron di Hospital Putrajaya dan Wijaya International Medical Centre, Petaling Jaya. Satu bengkel telah diadakan dengan bantuan pakar dari IAEA (International Atom Energy Agency) untuk mempertingkatkan kemampuan dalam bidang biodosimetri.
Nuklear Malaysia telah menganjurkan Bengkel Kajian Separuh Penggal Projek Siklotron dan Radiofarmaseutikal PET di kalangan negara – negara FNCA. Kerjasama telah dijalankan dengan Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghasilkan radiofarmaseutikal menggunakan kemudahan siklotron bagi memantau keberkesanan rawatan ke atas pesakit kanser. Kerjasama juga terus dikekalkan dengan Syarikat Innobiologics dalam penghasilan antibody monoklonal untuk pengesanan kanser usus.
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Perubatan antara salah satu bidang yang diberi fokus kerana teknologi telah menyumbang banyak sumbangan dalam bidang perubatan.
Apapun apabila sesebuah negara ingin membina sebuah loji kuasa nuklear, negara tersebut hendaklah memberitahu keinginannya kepada IAEA. IAEA adalah agensi antarabangsa yang bertanggungjawab dalam memantau dan mengawal teknologi nuklear ini. Malaysia pula
sekarang ini tengah menunggu giliran untuk memberitahu keinginannya kepada IAEA. Negara – negara jiran seperti Thailand, Indonesia, dan Vietnam telah pun memberitahu hasrat mereka untuk membina sebuah loji kuasa nuklear kepada IAEA.
Banyak universiti tempatan telah menjalankan pelbagai penyelidikan dalam teknologi nuklear ini antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UTM menyediakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear kepada orang ramai. Graduan – graduan yang dilahirkan daripada ijazah ini akan terlibat dalam proses pembangunan teknologi nuklear. Selain UTM yang
ketinggalan dalam menjalankan penyelidikan mengenai teknologi nuklear dan sumbangan penyelidikan ini akan disumbangkan kepada pembangunan teknologi nuklear di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga turut tidak ketinggalan dalam mengendalikan penyelidikan teknologi nuklear dengan mewujudkan Fakulti Sains Nuklear
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
Penyelidikan teknologi nuklear ini akan memberi manfaat kepada pembangunan negara. Teknologi nuklear ini amat berguna dalam menempuhi masa hadapan yang makin mencabar.
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
Keselamatan
Untuk mengelakkan daripada sesuatu keburukan terjadi, langkah – langkah keselamatan hendaklah sentiasa diamalkan. Sekiranya, terdapat sebarang kecuaian, pasti akan mengundang masalah besar walaupun hanyalah kecuaian yang kecil sahaja kerana teknologi nuklear ini bukanlah perkara yang boleh dibuat sembrerono atau dalam terma mudahnya ‘try an error’.
Dalam setiap rektor, kawalan rod amat penting bagi memastikan sesebuah reaktor. Ini kerana, kawalan bagi sesebuah reaktor akan mengendalikan pelbagai operasi seperti penyejukan untuk mengawal operasi dalam nuklear itu sendiri.
Di Malaysia, IAEA akan bertangungjawab memantau dan mengenalpasti setiap tindakan yang dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecuaian yang akan berlaku. Sistem Pengurusan
Energy Systems and Sustainability Power for a Sustainable Future Second Edition m/s 443
Nuclear Energy and Energy Policies One of a Three-volume Set of Lecture Notes m/s 482
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE – MS) telah direka untuk mengenalpasti bahaya dan mengauditkan peralatan keselamatan. Nuklear Malaysia juga telah memasang kamera litar tertutup untuk mengenalpasti aktiviti – aktiviti yang berlaku selama 24 jam. Akhir sekali adalah memperkenalkan teknologi Rad Eye. Rad Eye ini dipasang di hadapan semua pinta masuk nuklear Malaysia untuk mengesan radiasi yang keluar masuk dari Nuklear Malaysia supaya radiasi ini dapat dielakkan.
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Kesimpulan
Kesimpulannya, teknologi nuklear ini amat berguna kepada alam semesta. Setiap apa yang berlaku sekarang ini dapat dikenalpasti dengan adanya teknologi nuklear ini. Setiap apa yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan termasuk teknologi nuklear ini. Namun yang demikian, teknologi ini hendaklah dikendalikan dengan berhati – hati kerana kesan yang akan diterima adalah teramat buruk. Justeru, teknologi mestilah dikendalikan oleh ahli – ahli pakar yang berilmu kerana tanpa ilmu teknologi ini tidak akan dapat dibangunkan dan akhirnya keburukan pula akan diterima.
Pandangan saya mengenai teknologi nuklear ini amat berguna kepada pembangunan negara Malaysia. Sekiranya teknologi nuklear ini diabaikan oleh negara pastinya Malaysia akan
Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa “ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat – syaratnya”. Bagi menjelaskan lagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau bertajuk
“Kewajipan Menguasai Sains: Fardhu Ayn-kah atau Fardhu Kifayah?” menyebut bahawa “satu contoh yang pernah dikemukan oleh Al – Khawirizmi dalam Mubid Al – Humum Wa Mufid Al-‘Ulum, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat – syarat mu’amalat bagi seseorang peniaga”
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara
Saidina Umar pula telah melaksanakan hal yang sama apabila dilarang menjalankan
perniagaan selagi tidak memahami perniagaan berlandaskan Islam supaya amalan riba’ itu dapat
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara
Rujukan
Internet
1. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik-negara
2. http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
3. www.greenfacts.org/en/chernobyl
5. http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt
6ax+iGQeIXCTsVR/8Lc
Rujukan ilmiah
1. Kamus Dewan ke – 4
2. Laporan Nuklear Malaysia 2007
3. The International Chernobyl Project Technical Report, Assessment of Radiological Consequences and Evaluation of Protective Measures, Report by an International Advisory Committee, IAEA, 1991 (ISBN: 9201291914)
4. Mudah Faham Melalui Peta Visual dan Diagram Kimia Panel Penulis : Hafiz Ahmad dan Yap Chee Mun.
5. Energy Systems and Sustainability Power for a Sustainable Future Second Edition. Diedit oleh Bob Everet, Godfrey Boyle, Stephen Peake and Janet Ramage.