• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tema Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tema Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Tema

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

Tema bagi novel ini adalah penghasilan teknologi canggih berdasarkan pengetahuan sains.

Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan

dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara

Silir Daksina karya Nizar Parman Tema bagi novel ini adalah kekeluargaan.

- Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian kedua-dua orang ibu bapanya menyebabkan uminya memisahkannya daripada ayah kandungnys, iaitu Abdullah Bin Kayan.

- Umi menceritakan kisah perkahwinannya selama 3 tahun yang tidak bermakna kepada Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal menjadi penulis seperti ayahnya kerana merasakan kehidupan penulis seperti hidup dengan bayang-bayang.

- Haiqal sanggup ke Batu Pahat, Johor seorang diri untuk menjejaki sejarah hidup arwah ayahnya. Walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapa pun di Kampung Seri Purnama.

- Cikgu Nizam sering menetap potret wajah anaknya, iaitu Aiman pada setiap malam kerana rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadangkala menangis akibat terlalu merindui anaknya.

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Persoalan

1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan.

- Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.

- Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.

- Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains

sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.

- Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga

- Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.

- Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.

4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

(2)

- Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

Perwatakan Watak Utama

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Farisha

Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl. Farisha juga seorang yang cantik. Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha agak cantik dan bersopan santun.

Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya, Farisha diminta oleh Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang dimilikinya pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain, Aqram mengakui kelemahan Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan

Selain itu, Farisha adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.

Buktinya, Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai contohnya, pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

Silir Daksina karya Nizar Parman Haiqal Hakimi

Haiqal merupakan seorang yang amat berbakat dalam bidang seni sastera.Buktinya,Haiqal sering memenangi pertandingan mendeklamasikan puisi dan menulis puisi serta sajak.

Haiqal juga seorang anak yang penyayang. Hal ini berlaku apabila Haiqal menyayangi Umi, Abdul Fatah,iaitu bapa tirinya,Abdullah bin Kayan,bapa kandungnya dan juga adik tirinya,Nurul Aisyah.

Bukan itu sahaja,Haiqal juga memaparkan perwatakan yang baik hati di dalam novel ini. Dapat ditunjukkan apabila Haiqal telah memujuk sahabatnya,Ratna yang sedang menangis kerana telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang cemerlang.

Haiqal juga seorang yang amat bijak dalam pelajaran. Sebagai contoh,dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi di bumi kenyalang setelah tamatnya tingkatan 6.

(3)

Latar Masyarakat

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai. 2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.

4. Masyarakat yang celik ICT

Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan

mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha. 5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji

Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan Dinara.

6. Masyarakat yang bijak

Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan

kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara.

Silir Daksina karya Nizar Parman a) Masyarakat peniaga.

Contoh: Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung dan menjualnya di pekan.

b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa.

Contoh: Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan.

c) Masyarakat yang berpendidikan.

Contoh: See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam. d) Masyarakat yang berbilang kaum.

(4)

f) Masyarakat penyayang.

Contohnya: Tauke Lim menunukkan sikap penyayangnya dengan selalu manja jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawannya di warung.

Nilai

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor 1. Kesyukuran

Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl

2. Kasih sayang

Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. Kebijaksanaan

Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam

badaannya oleh bapanya, Karl.

4. Kegigihan

Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

5. Kepatuhan kepada ketua

Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Bekerjasama

Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.

Silir Daksina karya Nizar Parman

1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya .

2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti dahulu

(5)

tiba di Kampung SerI Purnama .

4)baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan

5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama .

Pengajaran

Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat

kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.

2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.

Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.

Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk

menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.

3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.

Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu Azraai.

4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita

Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.

5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.

Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.

Silir Daksina karya Nizar Parman

1. Kita hendaklah cinta akan seni sastera dan budaya bangsa.

Abdullah bin Kayan sanggup berpisah dengan isterinya semata-mata untuk memulihara tarian zapin yang telah lama terkubur di Kampung Seri Purnama.

2. Kita mestilah menghargai persahabatan.

Haiqal dan Ratna saling menghargai persahabatan antara mereka. Mereka berdua saling menasihati apabila salah seorang daripada mereka menghadapi konflik.

3. Kita hendaklah tabah melakukan sesuatu kerja supaya matlamat dapat dicapai. Abdullah bin Kayan telah melaksanakan usahanya untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Akhirnya, anak-anak muda di kampong itu bergiat dalam tarian zapin dan Berjaya membuat persembahan tarian zapin yang mengharumkan nama kampung mereka.

(6)

Referensi

Dokumen terkait

Setelah dilakukan tindakan keperawatan selama …. Ketidak seimbangan nutrisi lebih teratasi dengan kriteria hasil:  Mengerti factor yang meningkatkan berat badan 

Hasil penelitian pertama adalah bantuan Bank Dunia pada sektor pendidikan di beberapa negara termasuk Indonesia, bahwa pemenuhan hak pendidikan di negara-negara berkembang perlu

Tata busana tari Wayang karya Raden Ono Lesmana Kartadikusumah memilki ciri khas sendiri, ciri khas tersebut dapat kita analisis dari hasil penelitian dari segi

(3) Peninjauan kembali peraturan kepala daerah kabupaten/kota tentang RDTR akibat adanya perubahan kebijakan nasional yang bersifat strategis sebagaimana dimaksud pada ayat (2) huruf

Melalui grafik 3.2 terlihat bahwa laju pertumbuhan tertinggi pada tahun 2012 terjadi pada sektor bangunan, yaitu sebesar 11,82%. Hal utama yang turut mempengaruhi tingginya

Berdasarkan hasil pemantauan yang dilaksanakan diidentifikasi berbagai kelemahan yang ada baik dalam implementasi SPIP, pencapaian tujuan organisasi, pengelolaan

Program Pengembangan Teknologi Industri (PPTI) ini merupakan sebuah instrumen Kebijakan Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi dengan tujuan meningkatkan

Dari latar belakang yang telah dijelaskan permasalahan yang ada dirumuskan menjadi, Bagaimana meningkatkan kompetensi pengetahuan Guru dalam menggunakan perangkat