• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMUNCULAN BEKALAN ELEKTRIK SEBAGAI SUMB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEMUNCULAN BEKALAN ELEKTRIK SEBAGAI SUMB"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Tenaga elektrik merupakan sumber tenaga baharu yang muncul pada lewat

abad ke-19 kesan daripada perkembangan ilmu sains dan fizik yang berlaku di

Eropah. Sebelum munculnya tenaga elektrik masyarakat Eropah menggunakan lampu

gas sebagai sumber cahaya dalam kehidupan harian mereka. Tenaga elektrik muncul

hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Thomas Alva Edison membolehkan masyarakat di Eropah menggunakan tenaga elektrik dalam menjalankan kegiatan

seharian. Kemudiannya, penggunaan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga alternatif

yang bermula di Eropah telah merebak ke beberapa kawasan lain termasuklah di

Tanah Melayu setelah ianya diperkenalkan oleh penjajah British. Hal ini, kerana

kemasukan dan perlaksanaan pentadbiran British di Tanah Melayu secara tidak

langsung telah membuka pintu kepada kemasukan teknologi dan idea moden seperti

kejuruteraan elektrik yang sedang rancak berkembang di Eropah untuk di asimilasikan

dengan struktur pemerintahan tempatan.

Pada abad ke-20 tenaga elektrik mula diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu.

Pengenalan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga baharu telah memberi perubahan

yang ketara dalam aspek kehidupan di Tanah Melayu berbanding dengan zaman

sebelumnya yang bergantung kepada tenaga buruh sepenuhnya dalam kegiatan

ekonomi. Tenaga elektrik mula-mula digunakan di Tanah Melayu pada tahun 1894

oleh Loke Yew dan Thamboosamy Pillai untuk kegunaan peralatan mengepam air di

lombong bijih timah milik mereka di Rawang, Selangor.1 Terdapat dua pihak yang

memainkan peranan penting dalam menyediakan bekalan tenaga elektrik kepada

penduduk di Tanah Melayu iaitu disediakan oleh pihak kerajaan dan disediakan oleh

1 Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,

(2)

pihak swasta. Hasil dari pengenalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu telah

memberi impak kepada kehidupan di Tanah Melayu dalam aspek pengangkutan,

pendidikan, pekerjaan, komersial, gaya hidup dan sebagainya. Hal ini, kerana tenaga

elektrik sememangnya asing kepada kehidupan penduduk di Tanah Melayu sebelum

(3)

PENGENALAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DI TANAH MELAYU

Teknologi bekalan tenaga elektrik di Tanah Melayu telah diperkenalkan oleh

golongan jurutera professional dan usahawan. Golongan jurutera professional

merupakan mereka yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan, mereka datang

berkerja di Tanah Melayu disebabkan permintaan yang tinggi bagi jawatan jurutera

disebabkan semasa zaman ini belum ada penduduk tempatan yang menjadi jurutera di

Tanah Melayu. Selain itu, peningkatan jurutera professional di Eropah secara tidak

langsung menyebabkan berlakunya persaingan yang tinggi dalam bidang pekerjaan

yang menyebabkan ramai yang berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan

pekerjaan. Misalnya, Mr Arthur Salisbury Baxendale, Mr Charles Edwin Spooner dan

Mr Orlo Venning Thomas merupakan antara orang Eropah terawal yang berkerja sebagai jurutera professional di Tanah Melayu.

Manakala, golongan usahawan pula terdiri daripada pemodal-pemodal Eropah

yang mempunyai syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan

menjual barang-barangan elektrik. Sebagai contoh, Richard Riley, William Hargreaves dan Mr August Huttenbach merupakan antara pemodal Eropah yang mempunyai syarikat yang beroperasi di Tanah Melayu.2 Jelaslah terdapat dua

golongan yang membawa kepada pengenalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu

di Tanah Melayu. Bagi menguruskan bekalan tenaga elektrik pihak kerajaan telah

menubuhkan Elecrical Deparment pada 1927 di negeri Johor, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan di Negeri-negeri Melayu bersekutu.3 Berbeza di Kedah

dan Melaka apabila kedua-dua negeri ini perkhidmatan bekalan elektriknya di uruskan

2 Muzaffar Tate, Power Builds The Nation: The National Electricity Board Of The State Of Malaya And Its Predecessors, (vol 1), Kuala Lumpur: The National Electricity Board Of The State Of Malaya, 1989, hlm. 13.

(4)

oleh pihak swasta seperti Syarikat Huttenbach, Malacca Electric Lighting Company (MELC) dan Perak River Hydro Electric Power Company (PRHEP).4

Hal ini, bermaksud setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika ini mempunyai

sistem pengurusan bekalan tenaga elektrik yang berbeza kerana bekalan elektrik

setiap negeri diuruskan oleh badan yang berbeza. Buktinya, takrif harga elektrik di

negeri Melaka takrif harga yang paling yang paling mahal berbanding di negeri-negeri

Melayu yang lain.5 Keadaan ini, disebabkan sistem bekalan elektrik di Melaka

diuruskan oleh syarikat swasta sepenuhnya yang mengutamakan keuntungan

berbanding dengan perkhidmatan bekalan elektrik yang diuruskan oleh pihak kerajaan

4 Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,

Manifestasi Suatu Tenaga Baru: Peranan Kerajaan Dalam Membangunkan Kemudahan Bekalan Elektrik, hlm. 11-12.

(5)

IMPAK KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT DI TANAH MELAYU

PENGANGKUTAN

Kemunculan elektrik sebagai sumber tenaga di Tanah Melayu telah memberi

impak terhadap kehidupan masyarakat dalam aspek sistem pengangkutan yang

digunakan. Sebelum adanya bekalan elektrik sungai merupakan jalan pengangkutan

utama di Tanah Melayu, yang mana sistem pengangkutan sangat bergantung pada

jaringan aliran sungai dan paras air sungai dengan menggunakan sampan atau bot.6

Manakala, sistem pengangkutan darat yang wujud pada masa tersebut ialah sistem

pengangkutan bercorak tradisional iaitu dengan menggunakan kereta lembu dan beca

yang hanya digunakan untuk jarak perjalanan yang dekat dan tanpa membawa barang

yang banyak. Pengangkutan darat yang seterusnya ialah dengan menggunakan

eksport.7 Namun, keretapi hanya boleh berhenti di tempat-tempat tertentu iaitu di

stesen keretapi sahaja. Hal ini, menyebabkan ramai masyarakat Melayu yang pada

ketika itu memanggil keretapi sebagai kereta sombong kerana tidak berhenti ketika di

tahan. Kereta api yang digunakan sebelum munculnya tenaga elektrik ialah keretapi

yang menggunakan arang batu sebagai sumber bahan api. Setelah tenaga elektrit

diperkenalkan, kemajuan sistem pengangkutan telah dipertingkatkan oleh British

6 Amarjit Kaur, Bridge And Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985, hlm. 1.

(6)

dengan memperkenalkan elektrik trum dan troli bas yang menjadi kenderaan awam

untuk jarak perjalanan yang dekat sahaja.8 Bayaran tiket yang diperkenalkan pula

adalah sebanyak 10 sen seorang.9 Namun, elektrik trum dan troli yang diperkenalkan

di Pulau Pinang sahaja dan tidak dikeseluruhan negeri-negeri Melayu. melalui

penggunaan elektrik trum dan troli ini jelas menunjukkan aspek baharu dalam

perubahan sistem pengangkutan kerana kedua-dua jenis kenderaan ini menjadi tenaga

elektik sebagai sumber tenaga untuk bergerak.

Tujuan British memperkenalkan electrik trum dan troly car adalah bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku.10 Dengan adanya electrik trum dan troly

car membolehkan sistem pengangkutan awam menjadi lebih cekap disebabkan kedua-dua kenderaan ini mampu membawa penumpang yang ramai dengan jarak perjalan

yang lebih juah dan cepat berbanding menggunakan beca. Selain itu, setelah tenaga

elektrik diperkenalkan sistem lampu isyarat juga telah diperkenalkan buat kali

pertama di Tanah Melayu bagi mengawal lalu lintas akibat peningkatan jumlah

kenderaan. Perubahan yang berlaku dalam sistem pengangkutan ini sememangnya

berbeza dengan sistem pengankutan yang digunakan sebelum ini yang mana

menjadikan atau menggunakan tenaga alam, haiwan dan tenaga manusia bagi

membolehkan sesuatu kenderaan yang digunakan itu bergerak dan ianya sangat terhad

penggunaannya berdasarkan faktor persekitaran. Namun, setelah elektrik

diperkenalkan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga

boleh digunakan tanpa dibatasi oleh faktor alam semula jadi.

8 Khoo Salma Nasution (editor), Penang Trams: Trolly Buses & Railway, Penang: Areca Books, 2006. hlm. 10.

(7)

PEKERJAAN

Pada peringkat awal pekerjaan utama orang Melayu sebagai petani, nelayan,

memunggut hasil hutan dan sebagainya disebabkan kedudukan geografi tempat

tinggal orang Melayu dan juga disebabkan pekerjaan tersebut merupakan ekonomi

warisan keluarga. Setelah tenaga elektrik diperkenalkan di Tanah Melayu, ramai orang

Melayu telah berubah mobiliti sosial mereka dengan berkerja sebagai buruh iaitu

dengan menjadi buruh separa mahir. Hal ini, kerana sejak bekalan elektrik

diperkenalkan keperluan untuk mendapatkan tenaga buruh separa mahir semakin

meningkat dalam sektor kerajaan mahupun swasta seperti berkerja sebagai juru teknik

separa mahir. Sebagai contoh, pada tahun 1931 di Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu sudah mempunyai seramai 90 orang Melayu yang melibatkan diri bekerja

dalam industri bekalan elektrik.

Kemunculan bekalan bekalan elektrik di Tanah Melayu telah memberi

beberapa impak yang positif dalam aspek pekerjaan. Hal ini, kerana bekalan elektrik

secara tidak langsung telah meningkatkan taraf hidup atau sumber pendapatan orang

Melayu pada ketika itu. Peluang pekerjaan sebagai juruteknik yang semakin

meningkat telah memberi banyak peluang kepada masyarakat di Tanah Melayu untuk

meningkatkan taraf hidup. Malah, pekerjaan sebagai juruteknik juga menawarkan

pendapatan yang lebih lumayan berbanding pekerjaan sebagai petani dan nelayan

kerana pendapatan yang diterima tidak tetap dan sangat bergantung pada faktor alam

dalam memperoleh pendapatan.11 Malah, pekerja-pekerja dalam bidang elektrik,

mereka diberi kemudahan rawatan percuma dibawah Ordinan Lektrik sama seperti

kemudahan yang dinikmati oleh penjawat awam.12

11 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, Kuala Lumpur: Malindo Printer Sdn. Bhd., 1988, hlm. 5, 36-37.

(8)

Di samping itu, kemunculan tenaga elektrik turut mendatangkan kesan yang

negatif terhadap aspek pekerjaan di Tanah Melayu. Misalnya, sejak tenaga elektrik

diperkenalkan ramai Punkah Puller yang telah diberhentikan perkhidmatannya kerana tenaga elektrik yang diperkenalkan mampu menggantikan tempat mereka melalui

penciptaan kipas angin. Sebelum kemunculan tenaga elektrik Punkah Puller

berperanaan seperti kipas angin di mana mereka akan menarik kain di atas syiling

dengan menggunakan tali bagi memberi keselesaan kepada majikan. Lebih tepat lagi

peranan mereka adalah seperti penarik kipas angin. Setelah elektrik diperkenalkan

kipas angin digunakan dengan meluas di dalam Istana dan rumah orang-orang kaya

(9)

PENDIDIKAN

Pendidikan awal yang terdapat di Tanah Melayu merupakan sistem pendidikan

mengikut kaum atau lebih dikenali sebagai sistem pendidikan venakular iaitu

berdasarkan sistem pendidikan yang berkiblatkan negara asal mereka. Hal ini,

bermaksud buku-buku teks, guru-guru dan sistem pendidikan yang digunakan adalah

berdasarkan sistem pendidikan di negara asal mereka sama ada dari India atau Cina.

Bagi orang Melayu pula pendidikan yang digunakan merupakan sistem pendidikan

tradisional yang diajar di sekolah-sekolah pondok dan di masjid. Keadaan ini,

menyebabkan tiadanya interaksi antara kaum sejak berusia kanak-kanak yang secara

tidak langsung menyebabkan tiadanya hubungan yang rapat antara kaum.

Buktinya, British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

dan Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK) bagi melahir bakal pekerja dalam

perkhidmatan awam dan bukannya untuk melahirkan jurutera-jurutera professional.

Setelah sekolah bekalan elektrik diterima, sekolah teknik Kuala Lumpur telah

ditubuhkan oleh Public Work Department pada tahun 1904, ianya telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang Melayu untuk memasuki sekolah

tersebut bagi menggejar cita-cita menjadi seorang jurutera.13 Namun, lepasan sekolah

teknik ini hanya melahirkan buruh separa mahir sahaja iaitu sebagai pembantu

jurutera sahaja dan bukannya malahirkan jurutera professional kerana British

beranggapan orang Melayu tidak mempunyai kelayakkan untuk jawatan tersebut.

Raja Zainal merupakan orang Melayu pertama yang mendapat biasiswa

kerajaan dalam bidang kejuruteraan untuk melanjukkan pelajaran ke Universiti

Brimingham pada 1930-an iaitu setelah menamatkan pelajaran di Sekolah Teknik

(10)

Kuala Lumpur.14 Beliau pada mulanya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan

Sultan Idris (MPSI) sebelum bertukar ke Sekolah Teknik Kuala Lumpur. Hal ini,

disebabkan minat beliau yang mendalam dalam bidang kejuruteraan menyebabkan

Raja Zainal menggambil keputusan untuk belajar dalam bidang kejuruteraan. Pada

peringkat awal hasrat beliau telah ditegah oleh pengetua sekolah beliau kerana

kebiasaannya anak-anak dari golongan pembesar akan melanjutkan pelajaran dalam

bidang undang-undang kerana di yakini mendatangkan masa depan yang lebih cerah.

Namun, Raja Zainal tetap mahu menggejar impian untuk menjadi seorang

jurutera. Sebelum, beliau di benarkan berpindah ke sekolah teknik pengetua sekolah

beliau telah menguji beliau untuk menguruskan pertunjukkan wayang di MPSI untuk

ditonton oleh pelajar lain. Di sebabkan kesilapan yang beliau lakukan semasa

gulungan kedua tontonan wayang dilakukan menyebabkan filem yang dimainkannya

mengeluarkan gambar kapal perang Jerman terbalik dan hampir tenggelam yang

menyebabkan pelajar yang lain mengingatkan filem tersebut sudah pun tamat.15

Sedangkan ianya terjadi disebabkan kesilapan Raja Zainal kerana hendak membuat

pertunjukkan wanyang pada masa tersebut tidak semudah zaman kini.

Setelah menamatkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di luar negara Raja

Zainal telah berkerja sebagai jurutera professional di Tanah Melayu. Malah, selepas

Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan beliau telah terlibat

secara langsung dalam penubuhan Lembaga Lektrik Negara (LLN).16 Jelaslah,

kemunculan elektrik sebagai sumber tenaga baharu di Tanah Melayu turut memberi

impak terhadap perkembangan pendidikan di Tanah Melayu apabila semakin ramai

orang Melayu yang terlibat dalam kerja-kerja pendawaian atau kerja-kerja

14 Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, hlm. 57. 15 Ismail, Azman Omar, Raja Zainal Raja Sulaiman: Peneraju Lembaga Lektrik Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 3.

(11)

pemasangan elektik, yang sebelum ini orang-orang Melayu yang berpendidikan hanya

akan berkerja dalam perkhidmatan awam seperti kerani, guru, dan pejawat awam

yang berpangkat rendah sahaja bagi memenuhi keperluan pentadbiran pihak British.

GAYA HIDUP

Kemunculan tenaga elektrik sebagai sumber tenaga yang beharu juga turut

memberi impak terhadap gaya kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. sebelum

adanya bekalan tenaga elektrik masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam cara

tradisional di mana yang mana semua pekerjaan dilakukan dengan menggunakan

sumber tenaga manusia. Selain itu, mereka juga tidak boleh menyimpan bahan-bahan

makanan basah dalam tempoh masa yang lama kerana akan menyebabkan makanan

rosak. Hal ini, kerana pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 teknologi

penyimpanan makanan di Tanah Melayu masih primitif.17 Selain itu, sebelum

munculnya tenaga elektrik tiada sistem lalu lintas yang teratur di kawasan jalan-jalan

raya dan diwaktu malam pula kawasan-kawasan jalan menjadi gelap yang

menyebabkan banyak berlaku kes kecurian di kawasan pasar sehingga menyebabkan

ada peniaga yang terpaksa tidur dipasar bagi mengelakkan barang perniagaan mereka

dicuri.

Setelah adanya tenaga elektrik kehidupan masyarakat di Tanah Melayu

menjadi jauh lebih selesa dan mudah dengan adanya penciptaan peti sejuk yang dapat

menyimpan makanan dengan lama dan menggurangkan kes-kes keracunan makanan.

Buktinya, pada 1906 terdapat sebuah Cold Storage telah dibuka di Kuala Lumpur oleh

(12)

seorang perniaga Jerman berdekatan dengan Medan Pasar Lama.18 Kipas angin pula

membolehkan badan disejukkan dalam keadaan cuaca yang panas tanpa

menggunkana tenaga manusia Puncah Puller ataupun tenaga sendiri dengan menggunakan kipas tangan. Malah, kemunculan tenaga elektrik ini kemudian

membawa kepada penciptaan alat-alat elektrik yang lain seperti radio, telegram yang

membolehkan maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat. Hal ini, secara

tidak langsung telah memberi impak kepada kehidupan yang selesa masyarakat di

Tanah Melayu terutamanya bagi mereka yang tinggal dikawasan bandar.

Selain itu, kemunculan tenaga elektrik juga telah meningkatkan keselamatan

penduduk di Tanah Melayu. Misalnya, di Alor Setar telah dipasang lampu-lampu jalan

dikawasan pasar bagi mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di kawasan

pasar. Hal ini, kerana peniaga-peniaga pasar sering mengalami kerugian akibat barang

jualan mereka sering dicuri. Oleh itu, peniaga-peniaga di Alor Setar telah meminta

British memasang lampu jalan di kawasan pasar bagi mengatasi masalah kecurian

yang sering berlaku. Selain itu, lampu isyarat juga telah dipasang bagi melancarkan

perjalanan lalulintas kenderaan. Buktinya, pada 1937 sistem lampu isyarat pertama

telah diperkenalkan di Tanah Melayu di persimpangan Jalan Tambun/Jalan

Gopeng/Jalan Brewster.19 Dengan adanya penggunaan lampu isyarat buat kali pertama

telah membuatkan masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu rasa luar biasa sehingga

pemandu motokar dan penunggang basikal bersas tidak sabar menunggu giliran

masing-masing terutama apabila lalu lintas tidak sibuk.20

KOMERSIAL

18 Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan Pentadbirannya, 1890-1914”, hlm. 167.

(13)

Impak tenaga elektrik juga boleh dilihat dalam sektor komersial, yang mana

sejak tenaga elektrik diperkenalkan pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam

sektor ini. Sebelum tenaga elektrik diperkenalkan di Tanah Melayu, hotel atau rumah

penginapan hanya menggunakan lilin atau pelita pada waktu malam sebagai sumber

cahaya dan keadaan ini sering menyebabkan penghuni hotel kegelapan pada waktu

malam jika mereka terlupa meminta pelita dari pihak pengurusan hotel pada waktu

petang. Malah, terdapat kes kebakaran yang berlaku di hotel akibat dari kecuaian

penggunaan lampu minyak tanah.

Pada 1902 sebuah set penjana kecil telah dipasang untuk membekalkan tenaga

elektrik ke Hotel Johor.21 Setelah elektrik diperkenalkan perusahaan perhotelan

semakin berkembang dengan rancak terutama dikawasan bandar dan pusat-pusat

peranginan berbanding dikawasan kampung kerana kos untuk membekalkan tenaga

elektrik dikawasan kampung memakan kos yang tinggi. Dengan adanya elektrik

membolehkan pelangan hotel lebih selesa pada waktu malam kerana sumber cahaya

mereka ialah dengan menggunakan mentol lampu.

Setelah adanya tenaga elektrik di kawasan bandar hotel yang dibina telah

menawarkan kemudahan bekalan elektrik bagi menarik kedatangan pelancong untuk

menginap di hotel mereka. Hal ini, kerana pada masa tersebut kemudahan elektrik

telah menjadi faktor penarik utama untuk seseorang pelancong menginap di dalam

hotel. Pelangan-pelangan hotel tidak lagi perlu menggunakan lampu minyak tanah

seperti sebelum ini pada waktu malam serta kemudahan kipas angin turut di sediakan

disetiap bilik hotel dan pemanas air. Misalnya, sejak tenaga elektrik diperkenalkan

(14)

banyak iklan yang dibuat oleh pihak hotel yang menyediakan bekalan tenaga elektrik

di hotel mereka bagi menarik ramai pengunjung menginap di hotel mereka.

Kemunculan bekalan elektrik sememangnya telah merancakkan ekonomi

komersial di Tanah Melayu dengan pembukaan atau pembinaan hotel-hotel baru yang

menawarkan perkhidmatan bekalan elektrik. Hal ini, kerana bagi memastikan mereka

terus bersaing, pengusaha-pengusaha hotel perlu menyediakan perkhidmatan yang

terbaik dengan menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelanggan mereka bagi

memastikan perniagaan mereka terus bersaing. Keadaan ini, berbeza sebelum adanya

bekalan tenaga elektrik kerana kegiatan komersial seperti perhotelan tanpak suram

(15)

KESIHATAN

Akhir sekali, impak kemunculan tenaga elektrik terhadap kehidupan

masyarakat di Tanah Melayu juga boleh dilihat dalam aspek kesihatan. Hal ini, kerana

setelah tenaga elektrik diperkenalkan aspek kesihatan telah dapat di pertingkatkan.

Misalnya, masalah atau kes-kes yang berkaitan dengan keracun makanan juga dapat

dikurangkan apabila ramai perniaga pasar yang menyewa atau membeli peti sejuk

dengan pihak kerajaan untuk menyimpan barang jualan dan bagi mengekalkan kualiti

barang jualan. Sebelum tenaga elektrik diperkenalkan, banyak berlaku kes keracunan

makanan dikalangan orang Cina yang berpunca penjualan atau pemakanan daging

khinzir.22 Keadaan ini, berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan yang baik

dilakukan sebelum munculnya tenaga elektrik yang menyebabkan banyak barang

jualan basah terutamanya daging khinzir yang rosak ataupun sudah tercemar.

Malah, perniaga-perniaga pasar juga turut menjual daging yang sudah tidak

elok kepada pelangan bagi mengelakkan dari menanggung kerugian. Oleh sebab itu,

sebelum munculnya bekalan elektrik banyak kes keracunan dilaporkan yang

menyebabkan pihak British pada masa itu terpaksa menutup banyak pasar dan

mengetatkan syarat penjualan di pasar terutamanya yang melibatkan penjualan daging

lembu dan daging khinzir.23 Setelah adanya bekalan elektrik, kes yang melibatkan

keracunan makanan dapat dikurangkan dengan mendadak kerana peniaga dapat

menyimpan barang jualan mereka dengan baik serta kualiti makanan yang dijual juga

dapat di kekalkan. Selain itu, ramai juga masyarakat telah membeli peti sejuk bagi

menyimpan bahan-bahan basar dalam rumah yang secara tidak langsung

22 Lim Tay Boh (Editor), Mas’alah Ekonomi Malaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1965, hlm. 128.

(16)

membolehkan mereka membeli bahan makanan dalam kuanti yang lebih banyak tanpa

perlu ke pasar setiap hari.

Selain itu, peti sejuk juga turut digunakan di hospital bagi membolehkan

ubat-ubatan dan bekalan darah dapat disimpan dengan baik. Kemunculan bekalan elektrik

secara tidak langsung juga telah dapat menggurangkan masalah kekurangan bekalan

darah kerana sebelum adanya elektrik bekalan darah tidak dapat disimpan dengan

lama. Keadaan ini, menyebabkan kesukaran di pihak jika berlakunya kes-kes

kecemasan yang memerlukan pembedahan dilakukan kerana kekurangan bekalan

darah. Setelah munculnya elektrik juga membolehkan ubat-ubatan disimpan dengan

baik kerana ubat-ubat yang ada perlulah disimpan dan suhu yang tertentu bagi

(17)

KESIMPULAN

Sememangnya kemunculan bekalan elektrik sebagai sumber tenaga baharu

telah memberi impak kepada kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini, kerana

kemunculan bekalan elektrik membolehkan masyarakat Tanah Melayu mendapat

kehidupan yang lebih selesa berbanding zaman sebelumnya. Berbanding sebelum

kemunculan tenaga elektrik semua perkara yang dilakukan harus menggunakan

sumber tenaga manusia. Dengan adanya tenaga elektrik banyak perkara dapat

dipermudahkan terutamanya dalam bidang ekonomi. Namun, sistem pengurusan

bekalan elektrik yang dijalankan adalah berbeza di setiap negeri disebabkan faktor

kewangan dan juga teknologi. Pada peringkat awal bekalan elektrik hanya disediakan

di kawasan bandar-bandar besar sahaja, yang secara tidak langsung menyebabkan

jurang antara bandar dan kampung semakin jauh. Dapat disimpulkan juga terdapat

dua impak yang boleh dilihat hasil dari kemunculan tenaga elektrik di Tanah Melayu

iaitu impak dari aspek positif dan negatif.

Impak positif yang dapat dilihat, kemunculan tenaga elektrik di Tanah Melayu

telah memudahkan kehidupan penduduk di Tanah Melayu apabila mereka tidak lagi

perlu bergantung kepada orientasi tenaga buruh sepenuhnya. Impak dari aspek negatif

walaupun pula dapat dilihat terhadap pekerjaan puncah puller yang ditamatkan perkhidmatan mereka kerana munculnya penciptaan kipas angin hasil pengenalan

tenaga elektrik yang secara tidak langsung telah menjejaskan pekerjaan puncah puller

(18)

BILBIOGRAFI

Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Sanitary Board Kuala Lumpur : Peranan Dan Pentadbirannya, 1890-1914”, Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1994.

Amarjit Kaur, Bridge And Barrier: Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1957, Singapore: Oxford University Press, 1985.

Ismail, Azman Omar, Raja Zainal Raja Sulaiman: Peneraju Lembaga Lektrik Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.

Khoo Kay Kim, Teluk Anson (Teluk Intan) 100 Tahun, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1982.

Khoo Salma Nasution (editor), Penang Trams: Trolly Buses & Railway, Penang: Areca Books, 2006.

Lim Tay Boh (Editor), Mas’alah Ekonomi Malaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1965.

Mohamad Khairul Anuar Bin Mohd Rosli Ahmad Kamal Ariffin Bin Mohd Rus,

Manifestasi Suatu Tenaga Baru: Peranan Kerajaan Dalam Membangunkan Kemudahan Bekalan Elektrik, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 2015.

(19)

Noraini Bte Abd Murad (Editor), Wajah-Wajah Disebalik Cahaya, Kuala Lumpur: Malindo Printer Sdn. Bhd., 1988.

Referensi

Dokumen terkait