• Tidak ada hasil yang ditemukan

Profil isu psikologi mekanisme strategi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Profil isu psikologi mekanisme strategi"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

127

PROFIL ISU PSIKOLOGI, MEKANISME STRATEGI BELA DIRI DAN POLA KEPERLUAN KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR PINTAR

DAN BERBAKAT: SATU KAJIAN KES

Abu Yazid Abu Bakar & Noriah Mohd Ishak

Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia

Kajian bersifat penerokaan terhadap elemen-elemen sokongan psikologikal dalam kalangan populasi pelajar berkeperluan khas seperti kumpulan pelajar pintar dan berbakat amat kurang dijalankan dalam persekitaran pendidikan tempatan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan dengan objektif untuk menyelidiki isu-isu psikologi, mekanisme bela diri, dan keperluan kaunseling yang wujud dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Kajian yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (mixed methods research) ini dijalankan terhadap peserta program perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar Negara yang julung kali diadakan pada tahun 2009. Dapatan kajian menunjukkan isu psikologi responden merupakan tingkahlaku kesempurnaan melampau (perfectionism), manakala mekanisme bela diri berbentuk active indirect (AI) menjadi pilihan lebih 60% daripada peserta kajian. Di samping itu, kajian mendapati keperluan perkhidmatan kaunseling pelajar pintar berbakat lebih menjurus ke arah perihal kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik, serta ketara dalam kalangan pelajar perempuan berbanding lelaki. Kajian ini memberikan maklumbalas berguna kepada pihak pengurusan PERMATApintar Negara untuk dijadikan asas rujukan kepada pembangunan sistem perkhidmatan kaunseling untuk pelaksanaan dalam program-program kendalian organisasi tersebut. Penyelidikan lanjutan dalam dimensi perkhidmatan sokongan psikologi ini diyakini berupaya memantapkannya untuk tujuan pelaksanaan kepada populasi pelajar seumpamanya, dalam kapasiti yang lebih besar dan menyeluruh.

(2)

128

PSYCHOLOGICAL ISSUES, COPING MECHANISMS, AND COUNSELLING NEEDS OF GIFTED AND TALENTED STUDENTS: A CASE STUDY

The purpose of conducting this research was to establish baseline psycho-socio-emotional profiles of Malaysian gifted and talented students. Specifically, the research – which took place in a unique educational environment of an inaugural school holiday camp for Malaysian gifted and talented students in 2009 – tried to explore the psychological issues, the coping mechanisms, and the counseling needs commonly shared by the students. In general, the study found out that psychological issues faced by local gifted and talented students at school were quite common as being experienced by their peers in other parts of the world. The study also found that counseling needs of local gifted and talented students were centered on career and academic guidance dimensions, whereas the needs were obviously apparent among female students in comparison to male students. Significantly, the findings of this study create the naissance profile which could initiate the development of local counseling framework for the gifted and talented students.

Keywords: Gifted and talented, psychological issues, coping mechanisms, counseling needs

Pandangan umum bahawa pelajar pintar dan berbakat adalah golongan pelajar yang stabil dan tidak memiliki sebarang masalah dalam aspek-aspek perkembangan fizikal, psikologi, sosial, dan emosi telah lama ditolak dan dianggap sebagai mitos semata-mata (Abu Yazid & Aliza, 2009; Rohaty 1992; Myers & Pace 1986). Pelbagai penyelidikan dalam bidang pendidikan pintar berbakat mendapati kelompok pelajar ini lazimnya berdepan dengan kepelbagaian isu afektif dan psikologikal berbanding pelajar-pelajar biasa (Neihart et al., 2002; Bailey, 2007). Di samping itu, Bee (1999) mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih tinggi tahap kecerdasannya menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding rakan sebaya yang lain. Ng dan Sandiyao (2005) pula merumuskan bahawa masalah sosio-emosi seringkali tercetus di kalangan pelajar pintar berbakat berpunca dari sifat diri mereka yang unik dan faktor persekitaran. Ini selaras dengan pandangan Davis dan Rimm (2004) yang menegaskan bahawa lazimnya semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang, maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya.

(3)

129

METODOLOGI

Rekabentuk

Kajian ini dilaksanakan menggunakan rekabentuk mixed method yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Fasa kualitatif kajian melibatkan pengumpulan data melalui pelaksanaan analisa dokumen terhadap borang Laporan Insiden Kritikal dan Perubatan (LIKP) yang ditadbir sepanjang tempoh perkhemahan, serta temuduga mendalam kepada 8 orang peserta perkhemahan. Fasa kuantitatif kajian pula melibatkan administrasi instrumen soal selidik 100 item – yang dibina berpandu kepada maklum balas kualitatif yang diperolehi – kepada 180 orang peserta perkhemahan yang dipilih secara rawak.

Sampel dan Populasi Kajian

Sejumlah 405 orang pelajar (lingkungan umur 9 hingga 15 tahun) dari seluruh negara telah dikenal pasti memenuhi kriteria – melalui proses saringan menggunakan ujian kepintaran kognitif UKM1 dan UKM2 – sebagai pelajar pintar dan berbakat, dan dipilih sebagai peserta perkhemahan ulung Pusat PERMATApintar Negara yang dijalankan dengan kerjasama Johns Hopkins University-Centre for Talented Youth (JHU-CTY) untuk tempoh tiga minggu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Daripada jumlah populasi 405 orang peserta perkhemahan ini, 8 orang telah dipilih sebagai peserta temubual mendalam (in-depth interview) untuk fasa kualitatif kajian. Di samping itu, seramai 180 orang (lelaki = 77 orang, perempuan = 103 orang) telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden soal selidik pada fasa kuantitatif kajian.

Instrumen Kajian

Instrumen kualitatif kajian terdiri daripada: (1) Borang Laporan Insiden Kritikal dan Perubatan (LIKP) yang diadaptasi daripada Borang Critical Incident and Medical Report (CIMR) yang diguna pakai oleh Johns Hopkins University-Centre for Talented Youth (JHU-CTY) untuk program tahunan Summer Camp mereka. Penggunaan borang LIKP ini secara harian bertujuan melaporkan sebarang isu atau permasalahan kesihatan fizikal, mental mahupun emosi para peserta perkhemahan, dan (2) Protokol temubual mendalam (in-depth interview) yang mengandungi 20 item (2 soalan pembuka, 2 soalan pengenalan, 4 soalan transisi, 10 soalan kunci, dan 2 soalan penutup).

(4)

130

instrumen ini secara keseluruhan berada pada tahap Cronbach alpha .82, di mana nilai kebolehpercayaan setiap bahagian berada pada paras antara .78 hingga .86.

Analisis Data

Data kualitatif yang diperoleh daripada proses analisa borang LIKP dan temu bual mendalam dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 8.0 untuk memperolehi tema-tema bagi pembinaan item-item instrumen soal selidik. Data kuantitatif yang diperolehi daripada soal selidik pula dianalisis secara deskriptif (purata, peratusan, kekerapan) dan inferensi (ujian-t dan ANOVA satu hala) menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0.

DAPATAN KAJIAN

Profil Isu Psikologi

Perolehan data kualitatif menerusi analisis yang dijalankan ke atas 90 borang LIKP yang dpungut mendapati majoriti isu yang dilaporkan adalah berkaitan dengan tahap kestabilan psikologi peserta melibatkan aspek-aspek emosi, tingkah laku dan jati diri individu. Triangulasi dengan data daripada temu bual mendalam mendapati bahawa empat isu utama yang dihadapi peserta perkhemahan terdiri daripada tingkahlaku kesempurnaan melampau (perfectionism), sikap daya saing yang keterlaluan (extreme competitiveness), tahap estim kendiri yang rendah (low self-esteem), dan kebimbangan (anxiety). Secara terperinci, setiap isu tersebut dijelaskan seperti berikut:

Tingkah laku Kesempurnaan Melampau (perfectionism)

Kecenderungan responden untuk melakukan sesuatu tugasan secara berulang-ulang kali sebelum berpuas hati. Ada kalanya kecenderungan melampau ini menyebabkan mereka, secara total, menangguhkan (procrastinate) pelaksanaan tugasan tersebut. Tingkahlaku kesempurnaan melampau ini jelas diperlihatkan menerusi maklumbalas-maklumbalas dalam transkripsi temubual mendalam seperti “Saya ingin melakukan apa sahaja dengan cara yang paling perfect”, “Saya mahu apa saja yang saya lakukan sentiasa dalam keadaan yang paling sempurna”, dan “Pada setiap masa, saya mesti melakukan semua perkara sesempurna

mungkin.” Di samping itu, tingkahlaku kesempurnaan melampau ini juga ada ketikanya

(5)

131

Sikap Daya Saing yang Keterlaluan (extreme competitiveness)

Didorong oleh kecenderungan bertingkahlaku pada tahap kesempurnaan melampau, pelajar pintar dan berbakat dalam kajian ini turut terdedah kepada pemilikan sikap untuk bersaing yang keterlaluan. Sikap ini tercermin melalui anggapan bahawa diri sendiri adalah yang terbaik berbanding rakan-rakan lain dan kecenderungan untuk memandang rendah kemampuan rakan-rakan lain. Maklumbalas-maklumbalas kualitatif seperti “Saya mesti

memastikan saya sentiasa menjadi yang terbaik”, “Menjadi kedua terbaik tidak memadai

untuk saya”, “Saya lebih mengetahui banyak perkara berbanding orang lain”, dan “Orang lain tidak mampu melakukan perkara ini sebaik saya” menyokong kewujudan sikap ini dalam kalangan responden kajian.

Estim kendiri yang rendah (low self-esteem)

Responden kajian turut berdepan dengan isu tahap estim kendiri yang rendah, menyebabkan mereka cenderung untuk mengasingkan diri dari pergaulan sosial terutama pada fasa awal perkhemahan. Mereka yang menghadapi isu ini didapati dipengaruhi oleh idea atau corak pemikiran bahawa mereka tidak sesempurna rakan-rakan lain serta tidak layak dilabel sebagai pelajar pintar dan berbakat. Cetusan perasaan rendah diri ini dipaparkan menerusi maklumbalas-maklumbalas mereka dalam sesi temuduga mendalam seperti “Saya tidak sebaik pelajar-pelajar lain di sini”, “Saya rasa saya tidak layak berada di sini”, dan “Saya risau untuk menjawab sebarang soalan kerana saya mungkin memberi jawapan yang salah”

Kebimbangan (anxiety)

Isu kebimbangan dalam kalangan responden kajian turut ketara pada peringkat awal perkhemahan, di mana mereka yang menghadapinya sering merasa sedih atau takut terhadap sesuatu perkara sama ada secara melampau atau secara tidak berasas. Tanda kebimbangan tidak terkawal mengakibatkan beberapa orang responden didapati kerap menangis, ketakutan kerana mendakwa melihat perkara-perkara mistik pada waktu malam, mengasingkan diri, serta tidak mahu menghadiri kelas kerana bimbang diperlekehkan oleh rakan-rakan seperti

dinyatakan dalam temuduga mendalam antaranya, “Saya rasa bimbang setiap kali saya tidak

dapat menjawab soalan”, “Saya tidak boleh tidur pada waktu malam mengingatkan pencapaian saya dalam kelas”, dan “Saya berpeluh sejuk apabila diajukan soalan yang tidak mampu saya jawab.”

(6)

132 Jadual 1

Statistik Deskriptif Profil Isu Psikologi Peserta Kajian

Profil Isu Psikologi N Min Mak Purata SP

Perfectionism 180 68.89 100.00 94.04 8.16 Extreme Competitiveness 180 27.78 100.00 79.30 9.43 Low Self-Esteem 180 10.00 97.78 78.93 9.02

Anxiety 180 44.00 97.00 77.04 7.10

Identity Formation 180 34.84 96.13 75.24 7.63 Extreme Self-Consciousness 180 1.67 100.00 73.78 9.86 Valid N (listwise) 180

Nota. SP – Sisihan Piawai

Mekanisme Bela Diri

Lazarus dan Folkman (1994) mengklasifikasikan mekanisme bela diri individu kepada empat kategori iaitu active direct (AD), active indirect (AI), inactive direct (ID), dan inactive indirect (II) yang diterjemahkan melalui kecenderungan aktiviti yang pelbagai. Petikan daripada transkripsi temubual mendalam (in-depth interview) mendapati 6 daripada 8 orang peserta yang ditemubual memilih strategi active indirect (AI) yang berpaksikan aktiviti-aktiviti berkaitan hal ehwal akademik sebagai mekanisme bela diri pilihan utama. Di samping itu analisis statistik deskriptif item-item dalam Bahagian C soal selidik (rujuk Jadual 2) turut memperolehi data yang menyokong data kualitatif kajian ini, di mana 51 orang responden (28.33%) memilih mekanisme bela diri active indirect (AI) yang berbentuk aktiviti pembelajaran.

Jadual 2

Mekanisme Bela Diri Peserta Kajian

Item-Item Mekanisme Bela Diri Bentuk Strategi Kekerapan Peratusan

Fokus kepada aktiviti pembelajaran AI 51 28.33

Aktiviti spiritual (ie. solat, berdoa) AI 32 17.78

Lupakan sahaja masalah buat masa ini II 29 16.11

Makan seorang diri di luar AI 17 9.44

Merekod/menulis dalam diari AD 15 8.33

Berhadapan dengan isu AD 13 7.22

Keluar dengan kawan-kawan AI 9 5.00

Melakukan aktiviti rekreasi dengan kawan-kawan AI 7 3.89 Berbincang dengan ibu bapa/guru//kaunselor AD 5 2.78

Merokok atau ambil dadah II 2 1.11

(7)

133

Pola Keperluan Kaunseling

Analisis deskriptif item-item Bahagian D instrumen soal selidik mendapati bahawa kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik merupakan dua bentuk perkhidmatan kaunseling yang menjadi pilihan utama responden kajian (sila rujuk Jadual 3).

Jadual 3

Pilihan Bentuk Perkhidmatan Kaunseling Peserta Kajian

Bentuk Perkhidmatan Kaunseling Kekerapan Peratusan

Kaunseling Kerjaya 113 62.78

Bimbingan Akademik 36 20.00

Kaunseling Kelompok 18 10.00

Kaunseling Individu 11 6.11

Kaunseling Keluarga 2 1.11

Jumlah 180 100.00

Di samping itu, responden kajian turut memilih faktor-faktor berhubung kait dimensi kaunseling kerjaya dan bimbingan akademik sebagai lima sebab utama untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, sebagaimana diperincikan dalam Jadual 4.

Jadual 4

Faktor Penyebab Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling

Faktor Penyebab Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Mean Perlu maklumat berkaitan kolej/universiti untuk meneruskan pengajian 4.80

Perlu informasi berkaitan kerjaya 4.51

Penetapan hala tuju kerjaya 4.48

Isu-isu bimbingan akademik 4.46

Bimbingan kemahiran belajar 4.39

Masalah pengurusan masa 4.36

Isu-isu peribadi 4.15

Perlu berbincang dengan individu selain ahli keluarga 4.01

Dorongan rakan-rakan 3.51

Pengalaman dibuli 3.36

Masalah perhubungan dengan rakan-rakan 3.17

Perasaan murung/rendah diri 3.00

Masalah disiplin di sekolah 2.85

Rasa ingin tahu tentang perkhidmatan yang ditawarkan 2.56

Galakan oleh guru kelas 2.49

(8)

134

Percaya pada kaunselor 2.19

Masalah keluarga 1.97

Masalah kewangan 1.75

Di samping itu, analisis ujian-t kajian turut mendapati bahawa kecenderungan mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah lebih tinggi dalam kalangan responden perempuan berbanding lelaki, dan kecenderungan ini meningkat sejajar dengan peningkatan umur responden kajian (sila rujuk Jadual 5).

Jadual 5

Kecenderungan Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling Mengikut Jantina dan Umur

Perkara N Min SP

Dapatan kajian berkaitan yang mendapati perfectionism sebagai antara isu utama yang membelenggu majoriti responden kajian adalah selaras dengan dapatan kajian-kajian lain seumpamanya yang dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh dunia (Dixon, Lapsley & Hanchon, 2004; Speirs Neumeister, Williams & Cross, 2009; Chan, 2009; Cross & Frazier, 2010). Kecenderungan bertingkahlaku sebegini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat kemungkinan didorong oleh kewujudan ekpektasi terlalu tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa, guru-guru dan masyarakat terhadap mereka, terutama dalam aspek kecemerlangan akademik. Justeru, dalam sistem pendidikan yang berorientasikan kecemerlangan akademik seperti yang diamalkan Malaysia, pendekatan ini berpotensi menyuburkan kecenderungan untuk bertingkahlaku seumpama ini dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat tempatan (Noriah & Abu Yazid, 2010).

(9)

135

lain, profil isu psikologi populasi pelajar pintar berbakat adalah bersifat universal dan kurang dipengaruhi faktor-faktor geografi dan persekitaran.

Selain itu, dapatan keseluruhan berkaitan pemilihan mekanisme bela diri pula menunjukkan bahawa majoriti pelajar pintar dan berbakat tempatan yang dikaji cenderung untuk memilih strategi yang kurang melibatkan pihak lain seperti rakan-rakan, ibu bapa, guru-guru, dan kaunselor sekolah. Dapatan kajian yang menunjukkan responden berkecenderungan memilih untuk memberi fokus kepada aktiviti pembelajaran (51 orang atau 28.33% responden memilih item ini) serta melupakan masalah yang dihadapi (29 orang atau 16.11% peratus responden memilih item ini) sebagai antara mekanisme bela diri mereka yang utama, memperkukuhkan dapatan kajian Noriah (1999) yang mendapati pelajar-pelajar pintar dan berbakat dalam akademik Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat memilih untuk fokus kepada aktiviti pembelajaran apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, dengan harapan dapat melupakan masalah tersebut.

Dalam konteks keperluan kepada perkhidmatan kaunseling pula, kajian Yoo dan Moon (2006) mendapati matlamat pelajar pintar dan berbakat adalah lebih tertumpu kepada aspek pembangunan kerjaya dan pencapaian akademik berbanding isu-isu peribadi, dan tumpuan ini semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia mereka. Dalam erti kata lain, dapatan kajian yang mendapati bahawa kecenderungan mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang tinggi pada responden yang lebih berusia serta pemilihan dimensi kerjaya akademik sebagai bentuk perkhidmatan kaunseling yang menjadi keperluan, berkemungkinan didorong oleh kematangan yang berlaku sejajar dengan peningkatan usia serta keselesaan berkongsi isu-isu dengan pihak lain yang hanya terbatas kepada isu-isu yang tidak bersifat peribadi.

Di samping itu, dapatan yang menyatakan keperluan kaunseling adalah lebih tinggi dalam kalangan responden kajian perempuan berbanding lelaki menyokong dapatan-dapatan kajian oleh Jones, Hitchen dan Stratton (2000) dan Greene (2003) yang mendapati pada umumnya, pelajar perempuan adalah lebih matang dalam aspek perancangan kerjaya; justeru, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerjaya berbanding pelajar lelaki. Dalam hal ini, faktor biologi yang menjelaskan bahawa perempuan mencapai usia kematangan biologi yang lebih cepat berbanding, serta dapatan kajian Cross, Speirs Neumeister dan Cassady (2007) yang menyatakan bahawa personaliti pelajar pintar dan berbakat perempuan adalah lebih terbuka (extrovert) menjadi faktor-faktor yang mendorong kepada perolehan data yang dilihat lebih memihak kepada responden perempuan berbanding lelaki.

(10)

136

psikologi dalam bentuk perkhidmatan kaunseling khusus untuk memenuhi keperluan para pelajar pintar dan berbakat Malaysia sewajarnya dilaksanakan.

RUJUKAN

Abu Yazid Abu Bakar & Aliza Alias. (2009). Sokongan psikologikal dan sosio-emosi pelajar pintar cerdas. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin. (pnyt.), PERMATApintar: Pengalaman UKM, hlm. 111-120. Bangi: Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bailey, C. L. (2007). Social and emotional needs of gifted students: What school counselors need to know to most effectively serve this diverse student population. Paper presented at the 2007 Association for Counselor Education and Supervision Conference, October 11-14, Columbus, Ohio.

Bee, H. (1997). The developing child. New York: Longman.

Berlin, J. E. (2009). It’s all a matter of perspective: Student perceptions on the impact of being labeled gifted and talented. Roeper Review, 31, 217-223.

Chan, D. W. (2009). Perfectionism and goal orientations among Chinese gifted students in Hong Kong. Roeper Review, 31, 1, 9-17.

Cho-Hee Yoon. (2009). Self-regulated learning and instructional factors in the scientific inquiry of scientifically gifted Korean middle school students. Gifted Child Quarterly, 53, 3, 203-216.

Cross, T. L., Speirs Neumeister, K. L., & Cassady, J. C. (2007). Psychological types of academically gifted adolescents. Gifted Child Quarterly, 51, 1, 285-294.

Cross, T. L., & Frazier, A. D. (2010). Guiding the psychosocial development of gifted students attending specialized residential STEM schools. Roeper Review, 32, 1, 32-41. Davis, G. A., & Rimm, S. B. (2004). Education of the gifted and talented. 5th ed. Boston,

MA: Allyn & Bacon.

Dixon, F. A., Lapsley, D. K., & Hanchon, T.A. (2004). An empirical typology of perfectionism in gifted adolescents. Gifted Child Quarterly, 48, 2, 95-106.

Greene, M. J. (2003). Gifted adrift? Career counseling of the gifted and talented. Roeper Review, 25, 66-72.

Jones M. A., Hitchen P. J., & Stratton, G. (2000). The importance of considering biological maturity when assessing physical fitness measures in girls and boys aged 10 to 16 years. Summary Annals of Human Biology, 27, 57-65.

Kerr, B. A. (1986). Career counseling for the gifted: Assessments and interventions. Journal of Counseling and Development, 64, 602-604.

Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1987). Transactional theory and research on emotions and coping. European Journal of Personality, 1, 3, 141-169.

Myers, R. S., & Pace, T. M. (1986). Counseling gifted and talented students: Historical perspectives and contemporary issues. Journal of Counseling and Development. 64, 548-551.

Neihart, M., Reis, S. M., Robinson, N. M., & Moon, S. M. (2002). The social and emotional development of gifted children: What do we know?. Waco, TX: Prufrock Press.

(11)

137

Noriah Mohd Ishak. (1999). Parental and peer attachment: A test of attachment theory among Malaysian college students. Unpublished dissertation. Kalamazoo: Western Michigan University.

Noriah Mohd Ishak & Abu Yazid Abu Bakar. (2010). Counseling for gifted students: Implication for a differentiated approach. The International Journal of Learning. 17, 6, 377-391.

Rohaty Mohd Majzub. (1992). Masalah kanak-kanak dan remaja cemerlang dan implikasinya untuk kaunseling dan pendidikan. Jurnal PERKAMA, 3 & 4, 67-74.

Silverman, L. K. (2000). Counseling the gifted & talented. Denver, CO: Love Publishing Company.

Speirs Neumeister, K. L., Williams, K. K., & Cross, T. L. (2009). Gifted high-school students' perspectives on the development of perfectionism. Roeper Review, 31, 198-206.

Tomlinson, S. (2008). Gifted, talented and high ability: Selection for education in a one-dimensional world. Oxford Review of Education, 34, 1, 59-74.

Vialle, W., Heaven, P. C. L., & Ciarrochi, J. (2007). On being gifted, but sad and misunderstood: Social, emotional, and academic outcomes of gifted students in the Wollongong Youth Study. Educational Research & Evaluation, 13, 6, 569-586.

Referensi

Dokumen terkait

Artinya adalah apabila moderasi intellectual capital dengan corporate social responsibility mengalami kenaikan sebesar satu satuan, maka akan menyebabkan value of the firm

Tujuan dari penelitian ini yaitu untuk menghitung nilai ekonomi kawasan Cagar Budaya Keraton di Kota Cirebon dengan pendekatan Travel Cost Method (TCM) dan

Berdasarkan penjelasan tersebut, dapat diasumsikan minat mahasiswa yang cenderung menurun dikarenakan kekuatan atau dorongan dalam belajar kurang bertahan atau menetap

Penelitian ini menggunakan metode monte carlo untuk memprediksi jumlah keuntungan yang dapat diperoleh perusahaan berdasarkan data penjualan

Rencana Strategis dari Stasiun Karantina Pertanian Kelas I Banda Aceh adalah melakukan kegiatan perkarantinaan yang terencana dan sistematis untuk meningkatkan kinerja

• RUU Cipta Kerja melalui Pasal 31, Pasal 123, dan Pasal 124 merubah ketentuan dalam Pasal 19 UU 22/2019 tentang Sistem Budidaya Pertanian Berkelanjutan, Pasal 10 UU 2/2012

Program acara feature RANSEL RUMPIK merupakan tayangan yang dapat memberikan informasi dengan konsep yang menghibur.. Dalam karya ini penulis berperan sebagai produser

Lihat lebih dari 5 iklan video per hari untuk menerima tambahan 10% dari jumlah pengembalian pasif. Lihat lebih dari 10 iklan video per hari untuk menerima tambahan 20% dari jumlah