• Tidak ada hasil yang ditemukan

FASILITATOR: ALTERNATIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Faridah Shariyah binti Sharuddin Kolej Komuniti Ledang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FASILITATOR: ALTERNATIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Faridah Shariyah binti Sharuddin Kolej Komuniti Ledang"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

FASILITATOR: ALTERNATIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faridah Shariyah binti Sharuddin Kolej Komuniti Ledang

faridah@kklej.edu.my

Abstrak

Kualiti penulisan copywriting bergantung kepada kreativiti pelajar dalam membina copywriting yang mampu menarik perhatian pelanggan. Tinjauan awal mendapati terdapat masalah dalam kalangan pelajar semasa menulis copywriting. Melalui kajian ini, satu penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi memperbaiki kelemahan sedia ada. Penambahbaikan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran telah dibangunkan secara bersepadu dan berfasa melalui refleksi amalan berterusan. Intervensi melibatkan kaedah fasilitator, mentor mentee dan inovasi menggunakan Bisnes Online K it. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesilapan penulisan copywriting yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis laporan projek akhir pelajar dan mengenal pasti pendekatan berkesan bagi mengatasi masalah penulisan copywriting semasa penulisan laporan projek akhir pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian tindakan. Seramai lima (5) orang pelajar semester 1 dipilih sebagai peserta kajian. Instrumen kajian terdiri daripada analisis dokumen, dan nota lapangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa peserta kajian tidak dapat menguasai kemahiran menulis copywriting dengan baik. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa melalui penggunaan intervensi dalam pengajaran dan pembelajaran, kefahaman pelajar dapat ditingkatkan dan kesilapan menulis copywriting dapat dikurangkan. Kepuasan dan tahap profesionalisme pensyarah dapat ditingkatkan melalui pendekatan ini.

Kata kunci : fasilitator, copywriting, pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan

Kualiti penulisan copywriting bergantung kepada kreativiti penjual dalam membina copywriting yang mampu menarik perhatian pelanggan. Copywriting bermaksud ayat jualan, ayat promosi, ayat memujuk pelanggan atau apa sahaja dengan tujuan untuk mempengaruhi pelanggan dan membuatkan mereka berkeinginan untuk membeli (SifuFBads, 2016).

Menurut Zulzahary (2011) copywriting membantu membina kepercayaan para pelanggan terhadap produk atau servis yang dijual di atas talian. Copywriting yang baik akan membuatkan ramai orang tertarik untuk membacanya sehingga habis, berkongsi copywriting tersebut di media sosial, meningkatkan brand awareness dan seterusnya menjana pendapatan serta meningkatkan hasil jualan.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Semasa sesi Julai 2017, saya telah mengajar di Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor bagi modul SPP 1063 Digital Marketing. Pada minggu ke lima perkuliahan, saya telah menjalankan satu ujian bagi mengetahui tahap pemahaman pelajar bagi topik copywriting. Namun, saya agak terkejut kerana terdapat lima orang pelajar masih tidak dapat membezakan dan membina copywrting dengan baik.

Berdasarkan kepada keputusan ujian yang telah dijalankan, mereka menghadapi masalah untuk membezakan bentuk-bentuk copywriting. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk membezakan Copywriting Berbentuk Hardsell dan Copywriting Berbentuk Softsell. Hal ini menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dan dalam masa yang sama memberi kesan kepada markah projek akhir. Ini adalah kerana projek akhir dijalankan secara berkumpulan. Mereka tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam menyiapkan projek tersebut. Mereka juga didapati tidak bermotivasi untuk membantu kumpulan dalam menyiapkan projek tersebut.

(2)

Fokus Kajian

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya amat tertarik untuk menjadikan masalah pelajar tidak dapat membezakan dan membina copywrting dengan baik sebagai fokus kajian. Permasalahan ini mungkin berlaku kerana faktor kurangnya kefahaman terhadap topik copywriting. Fokus kajian ini dipilih kerana kemahiran membina ayat copywriting merupakan antara elemen penting semasa mengemaskini maklumat dan aktiviti perniagaan di Facebook page dan Instagram perniagaan bagi memenuhi sukatan kurikulum SPP 1063 Digital Marketing. Oleh itu, permasalahan yang berlaku dalam teknik copywriting ini perlu diatasi bagi mengelakkan masalah ini berpanjangan kerana copywriting ini akan dikongsi pula ke media sosial yang lain. Teknik copywriting yang salah akan mempengaruhi jualan perniagaan secara atas talian.

Melalui ujian dan hasil kerja pelajar, saya mendapati bahawa lima orang pelajar menghadapi masalah dalam membezakan copywriting. Teknik copywriting sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi menarik perhatian prospek, mempengaruhi prospek, meyakinkan prospek dan membuatkan prospek bertindak. Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada meningkatkan kefahaman penguasaan pelajar dalam teknik copywriting dengan menggunakan intervensi fasilitator, mentor mentee dan inovasi menggunakan bisnes online kit.

Objektif kajian

Beberapa objektif yang ingin diterokai melalui kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti bentuk-bentuk kesilapan penulisan copywriting dalam penulisan projek akhir pelajar.

2. Mengenal pasti pendekatan berkesan dalam mengatasi masalah penulisan copywriting semasa penulisan projek akhir pelajar.

Persoalan kajian

1. Apakah bentuk-bentuk kesilapan penulisan copywriting yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis laporan projek akhir?

2. Bagaimanakah pendekatan “fasilitator, mentor mentee dan inovasi menggunakan bisnes online kit” berkesan sebagai intervensi dalam mengatasi masalah penulisan copywriting semasa penulisan laporan projek akhir pelajar.

Metadologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam usaha memperbaiki aspek amalan sedia ada. Kajian tindakan ini berteraskan pada pendekatan kualitatif bagi membolehkan satu gambaran menyeluruh diperolehi. Perlaksanaan kajian ini menggunakan intervensi fasilitator, mentor mentee dan inovasi menggunakan bisnes online kit sebagai alternatif strategi pembelajaran dan pengajaran bagi mengatasi kelemahan dalam aspek amalan.

Peserta kajian

Jadual 1 di bawah menunjukkan tentang penyertaan peserta kajian

Bil Sampel Program Jantina

1 5 orang pelajar Sijil pengoperasian perniagaan

Semeseter 1

3 Pelajar Lelaki 2 Pelajar Perempuan

(3)

Instrumen kajian

Instrumen kajian terdiri daripada analisis dokumen dan nota lapangan.

Prosedur Pelaksanaan kajian

Prosedur pelaksanaan kajian yang dijalankan telah diadaptasi dari model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Prosedur tindakan kajian yang diadaptasi dari model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (1946).

Kajian tindakan ini juga melibatkan 3 gelungan yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam usaha mengenal pasti sumber kekuatan yang boleh dibangunkan dan sumber kelemahan yang boleh dibaiki. Hal ini ditunjukkan melalui model kajian tindakan yang diadaptasi dari model kajian tindakan Kemmis (1983) seperti yang terdapat pada Rajah 2

Kenalpasti masalah: Mengenal pasti masalah memahami dan menguasai

Teknik Penulisan

Copywrtiting

Merancang * Fasilitator * Mentor Mentee * Bisnes Online Kit

Tindakan: Pelaksanaan perancangan Pemerhatian

Laporan akhir dinilai Refleksi:

Mereflek secara keseluruhan dan membuat kesimpulan

(4)

Rajah 2: Model kajian kajian yang diadaptasi dari model kajian tindakan Kemmis (1983).

Aspek amalan : Pembelajaran Secara Trasional

Penyampaian pensyarah secara berkumpulan atau individu dapat dilaksanakan secara mudah dan ilmu dapat disampaikan secara sepenuhnya. Namun, kefahaman terhadap teknik copywriting yang dikongsikan dalam kelas tidak dapat dikuasai sepenuhnya dan sukar diaplikasi oleh pelajar.

Kebaikan :

1. Proses pembelajaran dan pengajaran lebih cepat dan bahan yang disampaikan lebih menyeluruh. Namun, pensyarah mengendalikan keseluruhan proses pdp secara aktif.

Kelemahan :

1. Pendekatan ini didapati banyak memberikan kesan negatif seperti melakukan kesilapan secara berulang, membosankan dan hilang fokus pembelajaran.

Intervensi 1: Fasilitator

Pelajar dilantik sebagai fasilitator bagi Kursus Online Marketing bersama komuniti usahawan Daerah Tangkak. Teknik ini digunakan bagi memperbaiki kelemahan dalam menentukan teknik copywriting. Kebaikan :

1. Pelajar lebih cepat faham teknik copywriting

2. Pelajar dapat membezakan teknik copywriting (Hardsell dan Softsell) 3. Pelajar meguasai teknik copywriting dengan cepat

Kelemahan :

1. Pelajar kurang idea membina copywriting dalam masa spontan.

Kaedah Fasilitator

Kaedah Mentor Mentee

Kaedah Inovasi Bisnes Online Kit

(5)

Intervensi 2 : Mentor Mentee Kepada Rakan Sebaya

Instrumen ini digunakan bagi membantu pelajar memahami teknik copywriting dengan cepat. Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai teknik copywriting dengan baik.

Kebaikan :

1. Pelajar dapat membina copywriting yang berkesan

2. Pelajar dapat menghasilkan copywriting yang tersusun dan menarik 3. Pelajar berasa seronok dan tidak mudah bosan

Kelemahan :

1. hanya boleh membina copywriting yang ringkas dan mudah sahaja.

Intervensi 3 : Bisnes Online Kit

Intervensi ini merupakan satu inovasi yang dicipta oleh pensyarah modul bagi memudahkan pelajar lebih memahami teknik membezakan copywriting. Melalui kaedah ini pelajar dapat memahami dan menguasai teknik copywriting dengan baik.

Kebaikan :

1. pelajar memahami struktur copywriting dengan baik

2. pelajar boleh membina copywriting dalam masa yang ringkas 3. pelajar boleh membimbing rakan sebaya membina copywriting Kelemahan :

1. Isi kandungan bisnes online kit cepat berubah dan outdated.

Hasil Kajian

Pembentangan hasil kajian disusun berdasarkan soalan kajian yang digariskan. Soalan Kajian 1

1. Apakah bentuk-bentuk kesilapan penulisan copywriting yang dilakukan oleh pelajar-pelajar semasa menulis laporan projek akhir pelajar-pelajar

Hasil analisis dokumen menunjukkan terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis laporan projek. Didapati terdapat beberapa bentuk penulisan copywriting dan wujud kesilapan yang sama dilakukan oleh peserta kajian. Kesilapan yang dilakukan adalah kelemahan dalam membezakan jenis Copywriting dalam Hardsell dan Softsell seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3 dan Rajah 4.

(6)

Rajah 3: Keratan kesilapan yang ditunjukkan oleh pelajar

Nota :Kod P1: Kesilapan membezakan diantara Hardsell dan Softsell Rajah 4 : Keratan kesilapan yang ditunjukkan oleh pelajar

Nota :Kod P2: Kesilapan membezakan diantara Hardsell dan Softsell

Kod : P1

(7)

Analisa terhadap dokumen-dokumen lain juga menunjukkan kesilapan yang sama diulang. Hal ini boleh diperhatikan pada Rajah 5 di bawah.

Rajah 5 : Keratan kesilapan yang ditunjukkan oleh pelajar

Nota :Kod P3: Kesilapan membezakan diantara Hardsell dan Softsell

Berdasarkan analisis dokumen, didapati terdapat kesilapan yang tinggi ditunjukkan oleh pelajar dalam membezakan penulisan copywrting. Penguasaan terhadap teknik copywriting adalah lemah dalam kalangan pelajar dalam menyediakan laporan akhir yang mana kesilapan ini sangat mempengaruhi pemarkahan pelajar. Melalui penggunaan intervensi, kemahiran membezakan copywriting dapat diperbetulkan. Hasil daripada pendekatan menggunakan kaedah fasilitator didapati tahap pemahaman terhadap membezakan copywriting dapat ditingkatkan dan semakin baik.

Soalan kajian 2

2. Bagaimanakah pendekatan “fasilitator” berkesan sebagai intervensi dalam mengatasi penulisan copywriting oleh pelajar-pelajar semasa menulis laporan projek akhir.

Didapati hasil dapatan menunjukkan pendekatan fasilitator berkesan dalam mengurangkan kesilapan pelajar dalam membuat penulisan copywriting. Perkara ini telah dibincangkan melalui kebaikan dan kelemahan yang wujud dalam setiap pendekatan. Melalui kelemahan yang ada, akhirnya satu pendekatan terbaik telah digunakan dalam memantapkan kefahaman pelajar terhadap penulisan copywriting. Pendekatan kaedah fasilitator berjaya mengurangkan kadar kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa menulis copywriting. Hal ini dapat ditunjukkan melalui semakan terhadap laporan projek akhir pelajar.

Hasil pemerhatian menunjukkan melalui kaedah fasilitator, pelajar lebih cepat memahami dan menguasai teknik penulisan copywriting. Ini adalah kerana fasilitator perlu mahir dan perlu mengetahui topik dan perlu membantu pensyarah dalam sesi perkuliahan (Ainshah, 2015). Spratat. Al (2005) turut menyatakan bahawa seorang fasilitator yang berkesan perlu memainkan peranan berikut seperti membuat persediaan awal dan memikirkan secara mendalam tentang topik yang hendak diajar. Oleh

(8)

kerana pelajar perlu menjadi fasilitator dalam Kursus Online Marketing bersama komuniti, mereka berasa perlu bersedia dengan pengetahuan tentang teknik penulisan copywriting. Atas faktor inilah

menjadikan pelajar lebih menguasai dan memahami dengan pantas serta dapat membezakan setiap teknik penulisan copywriting agar boleh membimbing peserta kursus dengan baik.

Gambar 1 : Pelajar menjadi fasilitator dalam Kursus Online Marketing bersama komuniti

(9)

Gambar 3 : Pelajar menjadi fasilitator dalam Kursus Online Marketing bersama komuniti

Gambar 4 : Pensyarah memantau pelajar yang dilantik menjadi fasilitator bagi kursus Online Marketing

Melalui temubual bersama pelajar menyatakan mereka kini lebih faham teknik penulisan copywriting dan tidak lagi keliru dalam membezakan copywriting berbentuk Hardsell dan Softsell. Mereka juga lebih yakin untuk menjadi fasilitator pada masa akan datang dan sangat teruja untuk membimbing peserta komuniti pada masa akan datang. Hasil analisis dokumen hasil projek laporan akhir pelajar juga menunjukkan bahawa mereka telah dapat menguasai dan membezakan jenis-jenis copywriting dengan betul dan tepat. Oleh itu, kaedah intervensi ini boleh digunakan sebagai kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap copywriting.

Kesimpulan

Hasil kajian menunjukkan kaedah fasilitator banyak mempengaruhi tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap teknik penulisan copywriting. Pelajar juga dapat membezakan teknik penulisan copywrting dengan baik sekaligus membantu rakan-rakan lain menulis copywrting dengan baik. Melalui kaedah fasilitator, pelajar dapat menguasai teknik penulisan copywriting dan dapat mengaplikasi teknik tersebut dalam aktiviti perniagaan mereka. Penguasaan pelajar pada teknik tersebut membolehkan mereka membina jenama, memperkukuhkan strategi pemasaran perniagaan dan akhirnya mendatangkan keuntungan kepada perniagaan mereka.

(10)

Rujukan

Ghazali, F. (2016, September 9). 5 Tips Bagaimana Anda Boleh Yakinkan Audience Melalui Copywriting Yang Berkualiti. Retrieved from http://fahdighazali.com:

http://fahdighazali.com/5-tips-bagaimana-anda-boleh-yakinkan-audience-melalui-copywriting-yang-berkualiti/

Ismail, S. N. (2015). Penguasaan Teknik Kemahiran Fasilitator Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Othman, A. (2014). Apa Itu Softsell dan Hardsell. Teknik Berniaga Yang Berkesan. Retrieved from http://ayuyuslida.blogspot.my: http://ayuyuslida.blogspot.my/2014/03/apa-itu-soft-sell-dan-hard-sellteknik.html

Shahrir Affandi b. Daud@Mohamed, Shanmuga Nathan a/l Ramasamy, Suziela bt. Md Tahir. (2010). 'Quotation dan Citation' Dimana Titik Pertemuannya : Inovasi Melalui Kajian Tindakan. SifuFBads. (2016, Februari 26). 4 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam “Ilmu Copywriting”.

Retrieved from https://sifufbads.com: https://sifufbads.com/blog/tips-tips/4-perkara-yang-anda-perlu-tahu-dalam-ilmu-copywriting/

Spratt, M. P. (2005, April 22). The Teacher’s Knowledge Test, TKT University of Cambridge Press. Retrieved from https://www.slideshare.net/desinwijaya/classroom-management-n-learning-style

Zulzahary, H. (2011, Januari 24). Kuasa Copywriting – Dari Mata Jatuh Ke Hati Dan Terus Membeli. Retrieved from http://www.majalahniaga.com: http://www.majalahniaga.com/kuasa-copywriting-dari-mata-jatuh-ke-hati-dan-terus-membeli.html

Gambar

Gambar 2 : Pelajar menjadi fasilitator dalam Kursus Online Marketing bersama komuniti
Gambar 4 : Pensyarah memantau pelajar yang dilantik menjadi fasilitator bagi kursus Online  Marketing

Referensi

Dokumen terkait

Jika perusahaan benar-benar tidak ingin ketinggalan dalam dunia bisnis, perusahaan perlu melakukan inovasi-inovasi produk baru dengan tepat dan menyelaraskan dengan

Sebagian dari siswa merasa takut untuk berpartisifasi dalam belajar, karena ada beberapa pembahasan atau tema pembelajaran yang menjadi suatu permasalahan yang pada siswa

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

149 Proses Pembuatan Media..., Jefferly Helianthusonfri, FIKOM, 2018... Responsive Web Design RWD and

Perbedaan ini terlihat pada ciri-ciri tutorial berikut ini : (a) interaksi tatap muka antara tutor dan mahasiswa terbatas; (b) mahasiswa dituntut untuk berupaya secara

Pajak merupakan sumber utama penerimaan negara.Tanpa pajak, sebagian besar kegiatan negara sulit untuk dapat dilaksanakan.PPh Pasal 22 Impor adalah pajak

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena