• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fitriah Hayati & Nordin Mamat Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI. Abstrak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fitriah Hayati & Nordin Mamat Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI. Abstrak"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Penglibatan Ibu Bapa Dan Pengaruhnya Terhadap Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak

Fitriah Hayati & Nordin Mamat

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI

________________________________________________________________________ Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau hubungan penglibatan ibu bapa dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak prasekolah. Penglibatan ibu bapa ditinjau dari aspek (1)interaksi sosial, (2) komunikasi dengan anak, dan (3)sokongan terhadap pendidikan anak. Perkembangan sosioemosi diukur dari aspek (1)konsep kendiri, (2)kawalan terhadap emosi, dan (3)hubungan dalam persekitaran pembelajaran. Kajian ini melibatkan seramai 150 sampel yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak berumur 4-5 tahun dari 3 buah PAUD (Early Childhood Education) di Banda Aceh, Indonesia. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk ibu bapa dan borang pemerhatian terhadap kanak-kanak yang telah diubah suai daripada Mississippi Department of Education (2006). Data dianalisis menggunakan ANOVA dan simpel regresi. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut lokasi tempat tinggal. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dalam hal ini dapat dikatakan bahawa semakin besar penglibatan ibu bapa maka semakin baik perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Kata kunci: pendidikan awal kanak-kanak, penglibatan ibu bapa, sosioemosi

______________________________________________________________________________ Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu aset dan landasan kehidupan ke arah kejayaan. Lebih-lebih lagi dalam proses kehidupan dewasa ini yang serba moden, arus pembangunan yang pesat berorientasikan sains dan teknologi sejajar dengan tuntutan dunia kehidupan yang global. Oleh itu untuk mengimbangi dan merealisasikan tuntutan tersebut, maka adalah wajar bagi semua lapisan masyarakat perlu mengambil inisiatif ke arah celik huruf, celik kemahiran, cekap, berketerampilan dan berdaya saing.

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa

___________________________________________ *Corresponding author. Tel: +6011-16314429

(2)

kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Dari perspektif Islam, Imam Al-Ghazali berpendapat:

"Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungj awab orang tuanya, jiwanya suci mumi merupakan permata yang mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". AlGhazali 1 296H, dalam Rohaty Mohd. Majzub 1 989, ms 37 (Zolkifli bin Jamaluddin. 2002)

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis pula menjelaskan:

"Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, iaitu masa dewasa dan masa tua hal-hal yang pertamalah patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruknya hanya orang tualah yang mencenderungkan kepada salah satu di antaranya". Rousseau 1 762, dalam Rohaty Mohd. Majzub 1 989, ms 29. (Zolkifli bin Jamaluddin. 2002)

Jelaslah disini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius dari ibu bapa, sekolah dan masyarakat.

Biasanya diandaikan oleh para ibu bapa mereka terlibat dalam pendidikan anak mereka kerana menanggung segala perbelanjaan sekolah, yang menjadi tanda tanya ialah sama ada penglibatan setakat menyediakan infrastruktur untuk persekolahan kanak-kanak boleh di anggap sebagai mencukupi. Dalam konteks pendidikan, penglibatan ibu bapa harus merangkumi satu lingkungan yang lebih luas daripada pembiayaan semata-mata. Penglibatan meliputi segala tindakan, galakan serta sumbangan ibu bapa ke arah memudahkan dan membimbing haluan serta mutu pelajaran kanak-kanak. Antara lain, istilah penglibatan ibu bapa merujuk kepada interaksi ibu bapa dengan anak-anak mereka, komunikasi serta sokongan terhadap kecemerlangan anak, kemudahan yang disediakan dan kekerapan serta mutu perhubungan mereka dengan sekolah.

(3)

Pernyataan Masalah

Dalam mendidik kanak-kanak seringkali guru mengharapkan agar ibu bapa memberi kesinambungan pendidikan dengan membantu menyediakan latihan di rumah serta memberi sumbangan tenaga dan bahan. Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak-kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu menyumbang tenaga untuk mengajar mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan pendekatan yang hendak di ajar (Douglas P. Newton. 2002).

Namun kenyataan yang terjadi di Indonesia, khususnya Aceh, partisipasi masyarakat (ibu bapa) terhadap Paud (taska) masih kurang. Persentase masyarakat Banda Aceh yang menyekolahkan anaknya di taska baru mencapai 40.31%. Jumlah ini masih jauh dari target pencapaian 100% yang ditetapkan oleh Millenium Development Goals (MDGs). Kenyataan ini disampaikan oleh pengetua jabatan Pembinaan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Banda Aceh, Nurshanty Adnan pada kamis 16 May 2013. Sebelumnya, Dirjen pendidikan anak usia dini nonformal dan informal Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Lidya Freyani Hawadi mengatakan jumlah anak umur 0-6 tahun di Aceh mencapai 653.600 anak, namun yang baru mendapatkan pendidikan usia dini (taska) baru 164.052 anak atau 25.10%.(http://banda-acehv2.atjehpost.com)

Menurut Direktorat Pendidikan Anak Usia Dini (prasekolah), Jabatan Pendidikan Nasional, 2007, walaupun didapati peningkatan jumlah prasekolah yang sangat signifikan pada tahun 2006, masih banyak ibu bapa yang belum menyedari kepentingan pendidikan prasekolah.

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa ini adalah latar belakang guru dan ibu bapa sendiri, seperti pendidikan dan status sosio ekonomi ibu bapa, persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah.

Antara alasan yang sering diberikan ibu bapa adalah kesibukan kerja, tiada masa dan tidak berpengalaman. Mereka beranggapan bahawa pendidikan anak mereka sudah cukup atau memadai apa yang sudah diperoleh daripada guru disekolah. Ini menyebabkan potensi dan

(4)

kebolehan pelajar berkembang secara pasif. Seharusnya untuk mengembangkan minat dan potensi kanak-kanak perlu diberikan tumpuan daripada ibu bapa. Ini kerana dari segi pendidikan, tidak seharusnya melibatkan bidang akademik sahaja. Sebaliknya di gabungjalinkan dengan peluang untuk melahirkan perasan dan idea, mengembangkan kemampuan bahasa, sosio emosi dan psikomotor melalui pelbagai saluran seperti latih tubi, berkomunikasi secara lisan, interaksi secara langsung, penanaman nilai budaya dan membina moral yang baik. Dalam hal ini tidak semua peluang di atas disediakan atau dilaksanakan disekolah, oleh itu perlulah penglibatan efektif dijalankan di rumah. Bentuk penglibatan dan hubungan yang dimaksudkan disini akan dirumuskan melalui beberapan rumusan berikut:

1. Adakah wujud perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut demografi responden?

2. Apakah penglibatan ibu bapa di rumah mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak ?

Sorotan Literature

Ibu bapa merupakan jawatan utama dan terpenting bagi sebahagian besar anggota masyarakat. Ibu bapa merupakan satu jawatan tanpa perlantikan rasmi dari sesiapa. Segala-galanya bertitik-tolak dari amanah, tugas, peranan dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap ibu bapa (Rusnani Abdul Kadir, 2000)

Penglibatan Ibu Bapa

Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al. 2008).), dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004).

Conway (2003) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa perlu digalakkan kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et.al (1990) menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa lebih tinggi menentukan pencapaian akedemik yang tinggi.

(5)

Tanggungjawab Ibu Bapa

Tanggunggjawab ibu bapa terhadap anak boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Mengasuh, iaitu menyediakan keperluan asas. Termasuk di dalamnya memberikan makanan, pakain, tempat tinggal dan menjaga kesihatan fizkal dan psikolgi anak dengan baik.

2. Berinteraksi, iaitu berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak.

3. Mensosialisasikan, iaitu memberikan anak kemahiran sosial untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, pegangan agama, adat resam, jantina, jawatan dan sebagainya.

4. Memberi pendidikan, bermula dengan pendidikan tidak formal di rumah disusuli dengan pendidikan formal

Jenis – Jenis Penglibatan Ibu Bapa

Joyce Epstein (2008) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.

a. Parenting(Keibubapaan) : b. Communicating(Berkomunikasi) c. Volunteering(Kesukarelawanan)

d. Learning at Home(Pembelajaran di Rumah) e. Decision Making(Pembuatan Keputusan.

f. Collaborating with the Community(Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat)

Setiap jenis penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat prasekolah yang sudah ditetapkan. Dalam kajian ini pengkaji tidak mengkaji aspek kolaborasi dengan komuniti atau masyarakat, kerana aspek ini lebih tertumpu kepada penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak.

(6)

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Perkembangan Emosi

Pada peringkat awal kanak-kanak iaitu dua tahun hingga tujuh tahun, emosi mereka cepat berubah dan sukar untuk difahami oleh orang dewasa. Mereka dikatakan terlalu beremosi dan ketika ini kanak-kanak mudah terbawa-bawa dengan emosi hinggakan terlalu sukar untuk kita mengawalnaya. Ketika berumur kira-kira dua tahun, keriangan mulai timbul dari emosi gembira. Pada umur tersebut, mereka menyatakan emosi secara tidak terkawal, terutamanya apabila mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.

Menurut Rohani (2001) perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah. Emosi kesedaran kendiri mula wujud pada usia dua tahun ketika konsep kendiri mula wujud. Kanak-kanak peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan kritikan orang lain. Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan merasa bangga dan yakin diri terhadap kebolehan mereka. Sebaliknya, jika mereka dimarahi kerana salah laku mereka merasa bersalah walaupun tidak sengaja atau kemalangan.

Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat. Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari, dan megikut

(7)

peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri.

Perkembangan sosioemosi adalah salah satu domain perkembangan yang sangat penting kepada kanak-kanak tanpa mengira ketidakupayaan. Menurut Mohd Azhar Abd Hamid (2005) mengaitkan unsur-unsur yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Emosi yang stabil menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dalam perhubungan dan interaksi sosial. Hasil daripada interaksi sosial yang stabil, potensi kanak-kanak akan lebih terserlah dalam kepimpinan, pencapaian dalam kumpulan, pencapaian individu, perhubungan sosial, dan pengurusan. Justeru, kanak-kanak memerlukan perkembangan emosi yang sihat sebagai persediaan untuk belajar (Barbarin, 2002 & Klein, 2002) kerana perkembangan emosi dan sosial mengiringi perkembangan kognitif kanak-kanak (Boyd, Barnett, Bondrova, Leong, & Gomby 2005) serta menjadi alat ukur kepada kejayaan individu kanak-kanak (Mohd Azhar Abd Hamid, 2005).

Penglibatan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah lakau yang lebih baik dan seimbang. Menurut Jeffrey Glanz (2006) penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah.

Antara peranan yang dimainkan oleh ibubapa adalah sebagai berikut : 1. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan

Kanak-kanak mempunyai minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, suka menyiasat dan meneroka, bereksperimen dan menyelesaikan masalah serta kemampuan menumpu perhatian dalam menoraka sesuatu pengalaman pembelajaran (Aminah Ayob et al. 2008). Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang di tanya oleh anak mereka. Ibu bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger.1991). contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa membantu dalam aktiviti

(8)

pembelajaran seperti bercerita, menyanyi serta menggunakan komputer. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus dari objek seperti komputer (dougles P. Newton.2002)

2. Memberi sumbangan tenaga dan bahan

Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak-kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu menyumbang tenaga untuk mengajar mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan pendekatan yang hendak di ajar (Douglas P. Newton. 2002).

Isu-Isu Penglibatan Ibu Bapa

Menurut kajian yang dijalankan oleh Rohaty (2003) di Malaysia, ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Sebenarnya terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di prasekolah. Masalah yang pertama ialah ia berkaitan dengan persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah. Ibu bapa daripada keluarga yang kurang bernasib baik cenderung kurang menganggap kepentingan pendidikan prasekolah. Apalagi bagi mereka yang tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan awal kanak-kanak. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila latar belakang pendidikan mereka juga sangat rendah sehingga kurang menganggap pentingnya penglibatan mereka di prasekolah atau tadika. Sedangkan ibu bapa daripada golongan tinggi menganggap tidak perlu terlibat banyak di prasekolah atau tadika kerana sudah membayar mahal kepada pihak sekolah. Kesibukkan ibu bapa juga menjadi faktor kurang penglibatan mereka di prasekolah atau tadika.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengumpulkan maklumat asas berkaitan dengan penglibatan ibu bapa dan pendekatan kualitatif bagi mengukur perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan borang pemerhatian (senarai semak). Populasi dalam kajian ini adalah ibu bapa dan kanak-kanak daripada keseluruhan Paud (Taska) yang ada di Banda Aceh iaitu sebanyak 105 sekolah yang tersebar dalam 9 wilayah

(9)

(sumber: Dinas Pendidikan Pemuda dan Olahraga Kota Banda Aceh, 2012). Adapun yang menjadi sampel dalam kajian ini adalah 75 orang kanak-kanak dan 75 orang ibu bapa, secara keseluruhan berjumlah 150 orang.

Dapatan

Dalam kajian ini juga mengkaji tentang perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut domografi terpilih. Berdasarkan demografi responden seperti lokasi tempat tinggal, jantina, dan pendapatan keluarga maka didapati hasil analisi seperti dibawah ini.

Penglibatan ibu bapa berdasarkan lokasi tempat tinggal

Pengkaji menggunakan ujian – F (Anova) untuk mengukur perbezaan penglibatan ibu bapa berdasarkan lokasi tempat tinggal. Jadual 4.3.2 dibawah menunjukkan hasil ujian – F (Anova) mendapati nilai p = .001, aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05, ini menunjukkan bahawa nilai p lebih kecil daripada aras signifikan.

Jadual 1.Ujian ANOVApenglibatan ibu bapa berdasarkan lokasi tempat tinggal Budaya dan

penglibatan kuasa duaJumlah Darjah kebebasan(df) kuasa duaMin F Sig.

Antar kumpulan 1223.872 3 407.957 6.122 .001

Dalam kumpulan 4731.275 71 66.638

Total 5955.147 74

Penglibatan ibu bapa berdasarkan jantina

Berdasarkan hasil dapatan ujian-t mendapati nilai p= .295, aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05. ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa berdasarkan jantina.

(10)

N Min SP t Sig

Lelaki 15 2.33 1.11 .727 .295

perempuan 60 2.13 .910

Penglibatan ibu bapa berdasarkan pendapatan keluarga

Hasil ujian – F mendapati nilai p adalah = .017. Sedangkan aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05, ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pendapatan.

Jadual 3.Ujian ANOVAmodal budaya dan penglibatan berdasarkan pendapatan Budaya dan

penglibatan kuasa duaJumlah kebebasan(df)Darjah kuasa duaMin F Sig.

Antar kumpulan 788.481 3 262.827 3.612 .017

Dalam kumpulan 5166.665 71 72.770

Total 5955.147 74

Penglibatan Ibu Bapa Di Rumah Serta Pengaruhnya Terhadap Perkembangan Sosioemosi Anak

Berdasarkan jadual 4 didapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara penglibatan ibu bapa dengan perkembangan sosioemosi dengan nilai r = .709 dan p=0.000 (p<0.05). Bererti, semakin besar penglibatan ibu bapa dirumah maka semakin besar pula pengaruh yang diberikan terhadap perkembangan sosioemosi anak.

Jadual 4. Hubungan penglibatan terhadap perkembangan sosioemosi anak Perkembangan

sosioemosi Budaya danpenglibatan Pearson Correlation Perkembangan

sosioemosi 1.000 .709

Penglibatan ibubapa .709 1.000

Sig. (1-tailed) Perkembangan

sosioemosi . .000

Penglibatan ibubapa .000 .

N Perkembangan

sosioemosi 75 75

(11)

Model Summaryb

Pada jadual 5. dibawah menunjukkan nilai R Square adalah 0.502 iaitu hasil kuadrat dari koefisien korelasi (0.709 x 0.709 = 0.502). Standar Error of the Estimate adalah 1.57217. Dapat diertikan bahawa penglibatan ibu bapa di rumah mempunyai sumbangan sebanyak 50.2% terhadap perkembangan sosioemosi anak.

Jadual 5. Model Summaryb

Model R R Square AdjustedR Square Std. Error of theEstimate

1 .709a .502 .496 1.57217

Dapatan Pemerhatian Konsep kendiri

Berdasarkan hasil pemerhatian terhadap kanak-kanak didapati bahawa purata yang paling tinggi ialah pada tahap perkembangan yang baik iaitu 5.31, manakala tahap perkembangan yang sangat baik mendapati purata 3.52 dan yang terakhir iaitu perkembangan yang kurang baik mendapati purata 1.09. Ini bererti bahawa responden memiliki konsep kendiri yang baik.

Kawalan terhadap emosi dan perilaku dalam pelbagai suasana

Pada bahagian ini pula didapati bahawa purata yang paling tinggi ialah pada tahap perkembangan yang baik iaitu 5.57, manakala tahap perkembangan yang sangat baik mendapati purata 2.68 dan yang terakhir iaitu perkembangan yang kurang baik mendapati purata 1.7. Ini bererti bahawa responden boleh mengawal emosi dan perilaku dalam pelbagai suasana secara baik.

Membangun hubungan positif dalam persekitaran pembelajaran

Berdasarkan hasil pemerhatian terhadap kanak-kanak didapati bahawa purata yang paling tinggi ialah pada tahap perkembangan yang baik iaitu 5.49, manakala tahap perkembangan yang sangat baik mendapati purata 2.79 dan yang terakhir iaitu perkembangan yang kurang baik mendapati purata 1.64. Ini bererti bahawa responden dapat membangun hubungan positif dalam persekitaran pembelajaran secara baik .

(12)

Perbincangan Dan Kesimpulan

Perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut demografi responden

Data menunjukkan bahawa terdapat dan tidak terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut demografi. Diantara demografi yang dimaksud iaitu lokasi tempat tinggal, jantina, dan pendapatan keluarga.

Dapatan kajian ini mununjukkan terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut lokasi tempat tinggal. Dalam kajian ini, responden dipilih dalam tiga lokasi yang berbeza iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman. Responden yang tinggal dipedalaman menunjukkan penglibatan yang kurang terhadap perkembangan anak. Salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan ialah tingkat persepsi yang salah dan pemahaman yang kurang tentang erti penting penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan anak. Manakala jantina, mununjukkan tidak terdapat perbezaan penglibatan. Dapatan ini adalah tidak selari mengikut dapatan sebelumnya oleh Wolfendale (1983), Huntsinger et.al (1998) dan Bridge (2001) yang mendapati kaum ibu lebih banyak memainkan peranan berbanding kaum bapa dalam meluangkan masa mendidik anak-anak. Responden dalam kajian ini adalah 60 orang perempuan dan 15 orang lelaki. Perbezaan jumlah ini yang mungkin boleh menyebabkan dapatan tidak signifikan.

Manakala pendapatan keluarga, data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa mengikut pendapatan keluarga. Dapatan ini adalah selari dengan pendapat McLoyd, 1990; Dodge, Petit & Bates,1994 dalam Sailor,D.H, 2004, yang menyatakan bahawa Status sosioekonomi ibu bapa (pendapatan, kekayaan atau harta benda, pekerjaan dan pendidikan) memberi kesan dalam bentuk pembangunan kanak-kanak.

Dapatan ini juga turut disokong oleh Keyes (2002) mendapati ibu bapa yang datangnya daripada kelas sosioeknomi yang lebih rendah kurang melibatkan diri dalam pendidikan anak anak kerana terlalu menghormati guru dan tidak punya pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu. Namun Meyer dan rakan (2004) yang berpandangan bahawa faktor sosioekonmi sebenarnya tidak menghalang penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak anak mereka, tetapi ia lebih bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri.

(13)

Pengaruh Penglibatan Ibu Bapa di Rumah Terhadap Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang positif antara penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak prasekolah. Semakin besar penglibatan ibu bapa, maka semakin baik perkembangan sosioemosi anak. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan penglibatan ibu bapa di rumah mempunyai sumbangan sebanyak 50.2% terhadap perkembangan sosioemosi anak, dapatan daripada soal selidik juga turut disokong oleh dapatan daripada pemerhatian.

Dapatan ini adalah selari dengan pendapat Ireson (2008) ibu bapa harus terlibat dengan sebaiknya dalam pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Ini kerana pada peringkat kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, mereka seharusnya sedia dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang relevan dan mengagumkan.

Kesimpulan

Pembangunan kecerdasan sosioemosi kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan peribadi kanak-kanak secara menyeluruh. Kecerdasan sosioemosi menentukan keupayaan kanak-kanak membina konsep kendiri dan kawalan terhadap emosi supaya dapat menyesuaikan dirinya dalam persekitaran agar dapat diterima dan dihargai. Pembangunan kecerdasan sosioemosi sangat dipengaruhi oleh didikan dan dorongan ibu bapa, sejauh mana kejayaan didikan ibu bapa adalah bergantung kepada sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam menyediakan kanak-kanak pembangunan sosioemosi yang sihat. Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk membantu perkembangan anak-anak. Disamping itu mereka juga menghadapi masalah tersendiri seperti kekurangan dalam hal kewangan, kurang pengetahuan dan pengalaman dalam ilmu pendidikan, kebolehan akademik yang rendah, kurang keyakinan diri dan kekangan masa yang menghadkan usaha untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak.

(14)

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh (2011). Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 35-44

Arnold, D. H., Zeljo, A. & Doctoroff, G. L. 2008. Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School Psychology Review 37(1): 74-89.

Barnard, W. M.(2006). Parent involvement in elementary school and educational attainment. Dalam Lee, J. S., & Bowen, N. K. Parent involvement, cultural capital and the achievement gap among elementary school children. American Educational Research Journal, 43(2), 39 – 62.

Christenson, S. L. 2004. The family-school partnership: An opportunity to promote the learning competence of all students. School Psychology Review 33: 83-104

Conway (2003). Arnold Izzo et. al (1990). Meidel dan Reynolds (1999).Parents Involment in School Can Work Wonders for Children.

Dinas Pendidikan Pemuda dan Olahraga Kota Banda Aceh, 2012

Epstein, J. L. (2008). Improving family and community involvement in secondary schools. The Education Digest, 73(6), 9-12.

http://banda-acehv2.atjehpost.com/read/2013/05/16/52010/340/63/Baru-4031-persen-warga-Banda-Aceh-sekolahkan-anaknya-ke-PAUD (diakses 1 june 2013)

Ireson, J (2008). Exploring connections between individual and culture at home and school. In Ireson, J. (ed). Learners, Learning, and Educational Activity. New York: Routledge

Jaipaul LL. Roopnarine. James E. Johnson (2013).Approaches to Early Childhood Education-Sixth Edition (pp276). Syracuse University: The Pennsylvania State University: Pearson. Janice J. Beaty. (2010). Observing Development of the Young Child:Seventh Edition

(pp.299-303). Professor Emerita, Elmira College: Merill Prentice Hall.

Keyes, C.R (2002). A way of thinking about parent/ teacher partnerships for teachers, international journal of early year education, vol.10 (3), 177-191.

McLoyd, V. C. (1990). The impact of economic hardship on black families and children:Psychological distress, parenting, and socioemotional development. Child Development, 61: 190-198.

Meyer, D., Princiotta, D., & Lanahan, L. (2004). The summer after kindergarten: Children’sactivities and library use by household socioeconomic status (National Center for Education Statistics Issue Brief). Diperoleh daripada http://nces.ed.gov/pubs2004 Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Cetakan kedua.

(15)

Norly Jamil (2010). tingkah laku emosi kanak-kanak dan ekspresi emosi ibu bapa. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010

Rohaty Mohd. Majzub. (2003).Pendidikan Prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahida Hassim et al. (2012). perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran : implikasinya terhadap penglibatan ibu bapa. Nota penyelidikan Zakaria stapa et al. (2012).Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan

jati diri. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. jurnal hadhari special edition (2012) 155-172

Zarinah Arshat (2011).Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalamkeluarga berisiko. Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malaysia Jurnal Kemanusiaan bil.17, Jun 2011

Zolkifli Bin Jamaluddin. (2002). Pengetahuan pihak penydia makanan tentang pemakanan yang menyihatkan dan nilai kalori sarapan pagi di bawah skim rancangan makanan tambahan di lima buah sekolah rendah di bandar bagan serai, perak.upsi: Ijazah sarjana muda pendidkan sains sukan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Referensi

Dokumen terkait