• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lambakan bahan makanan dipasaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Lambakan bahan makanan dipasaran"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

L

ambakan bahan makanan dipasaran membolehkan pengguna membuat pilihan terhadap kualiti dan yang lebih utama sumber makanan tersebut baik untuk kesihatan dan mudah diperolehi.

Sumber bahan makanan seperti sayur-sayuran yang banyak dan mudah diperolehi menjadi saingan kepada pengeluar dalam memasarkannya. Saingan yang wujud menjadikan pengeluar lebih peka terhadap kualiti bagi menjamin pasaran.

Sayuran tanah tinggi seperti kobis, tomato dan pelbagai jenis lagi amat mudah diperolehi kerana permintaan yang tinggi daripada pengguna. Kobis dikatakan berasal dari kawasan Selatan Eropah dan Mediterranean, kini banyak ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Terdapat pelbagai jenis varieti kobis dan pelbagai bentuk seperti bulat atau bujur dipasaran dengan warna warna putih, merah atau ungu. Kobis yang biasa dilihat dan banyak terdapat dipasaran berbentuk bulat dan berwarna hijau keputihan. Kobis jenis ini mendapat tempat dipasaran kerana ia tinggi dengan kandungan vitamin A.

Kobis mengikut kajian amat kaya dan tinggi dengan kandungan galian, vitamin dan garam beralkali. Selain digunakan sebagai penghias makanan atau dimasak, kobis sebenarnya amat elok jika dimakan mentah untuk mendapatkan khasiatnya. Di samping

itu kobis mentah lebih mudah dihadam daripada yang dimasak. Semakin lama kobis dimasak semakin sukar ia untuk dihadam.

Selain itu kobis juga kaya dengan pelbagai galian dan vitamin lain seperti kalsium, fosforus, besi, vitamin C dan sejumlah kecil vitamin B kompleks di samping kandungan protein, lemak, serat dan karbohidrat.

Kobis mempunyai kandungan bahan pembersih dan pencuci. Sayur ini tinggi dengan kandungan sulfur, klorin dan juga peratus iodin yang besar. Kombinasi sulfur dan klorin membolehkan penyucian membran mukus dalam perut dan sistem usus, tetapi ini hanya berkesan apabila kubis diambil dalam bentuk jus atau mentah tanpa tambahan garam.

Tetapi harus diingat pengambilan kobis dan jus kobis berlebihan dikatakan mampu menyebabkan penyakit tiroid yang dipanggil goiter. Pengambilannya dengan

(3)

kadar biasa berguna sebagai rawatan semula jadi untuk jangkitan, ulser dan beberapa penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

Kobis dikatakan amat baik dalam membantu proses penghadaman kerana dapat merangsang usus untuk bertindak dengan baik di dalam perut. Hidangan mentah dikatakan ramuan terpenting untuk sembelit. la bertindak tanpa sebarang kesan selepasnya. Hidangan ini dapat disediakan dengan menambahkan sedikit garam, lada hitam dan sedikit jus lemon ke dalam potongan kobis sebelum dimakan.

Masalah ulser duodenal dikatakan mampu dihilangkan jika pengambilan jus kobis dilakukan kerana jus tersebut mengandungi faktor anti ulser iaitu vitamin U, tetapi vitamin ini musnah jika kobis dimasak. Jus ini dikatakan boleh diambil sebanyak 90 hingga 180 gram sebanyak tiga kali sehari dan diikuti dengan diet seharian dan bagi individu yang tidak menggemari hidangan ini, makanlah kobis mentah sebanyak empat atau lima kali sehari.

Kajian telah menjumpai kandungan asid tartronik dalam kobis yang dikatakan boleh menukar gula dan bahan karbohidrat lain kepada lemak. Proses

ini amat berguna dalam mengurangkan berat badan. Pengambilannya sebagai hidangan salad merupakan cara terbaik untuk mengekalkan berat badan. 100 gram kobis menghasilkan kira-kira 27 kalori untuk tenaga. Malah dengan memakannya dikatakan dapat membuat perut sentiasa berasa kenyang.

Daun kobis juga dikatakan amat berguna untuk melegakan ulser, jangkitan luka dan masalah kulit termasuklah psoriasis dengan kaedah tuaman. Daun luar yang tebal dan berwarna hijau adalah yang paling sesuai digunakan untuk proses tersebut tetapi perlu dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Kajian juga telah menunjukkan ia mengandungi beberapa elemen dan faktor yang meningkatkan kekebalan dalam tubuh manusia dan melambatkan proses penuaan. Sesetengah daripada elemen itu turut membantu menghalang pembentukan tampalan dalam dinding saluran darah dan batu dalam pundi hempedu. Dikatakan juga bahawa kombinasi vitamin P dan C dalam kobis membawa kepada kekuatan saluran darah.

Apa yang diterangkan tentang kelebihan kobis akan menjadi kenyataan jika seseorang itu menjadikan pengambilannya sebagai amalan. Kesan daripada pengambilannya memerlukan sedikit masa untuk menampakkan hasil dan ia perlu dijadikan amalan yang berterusan.

(4)

K

egiatan mengusahakan kolam pancing yang semakin berkembang masa kini bukan sahaja memberi ruang pasaran kepada industri ternakan ikan malah boleh dikaitkan dengan sektor pelancongan kerana pengusaha kolam pancing boleh menjadikannya sebagai kawasan agrotourism.

Melihat kepada potensi yang ada dan minat yang mendalam, Encik Shahzuddin Haji Shaari, 44 tahun dari Taman Seri Andika, Lenggong, Perak mengadapsikan kolam ternakan udang galah yang sedia ada kepada kolam pancing. Langkah tersebut diambil setelah melihat kesesuaian yang ada di kawasan ternakan.

Kawasan yang berdekatan dengan sungai ini dahulunya merupakan tanah sawah terbiar miliknya seluas 3.2 hektar. Pada tahun 2000 kawasan tersebut telah diusahakan dengan ternakan udang galah di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lenggong dengan lima buah kolam. Sebagai ahli PPK peruntukan yang diperolehi sebanyak RM50,000 digunakan untuk mengusahakan ternakan udang galah setelah mengambil kira kemudahan dan pasaran yang ada.

Setelah beberapa pusingan menternak dijalankan harga pasaran untuk udang menurun mungkin disebabkan lambakan udang dari negara jiran, Thailand dipasaran tempatan. Sementara itu kos menternak yang semakin tinggi membuatkan beliau telah memikirkan alternatif lain bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Memandangkan kolam ternakan telah ada, beliau mengambil keputusan mengusahakan kolam pancing pada tahun 2004 dan menjadikan beliau satu-satunya pengusaha kolam pancing di Lenggong . Daripada lima buah kolam yang sedia ada, dua buah kolam diubahsuai menjadi kolam pancing. Untuk permulaan, kolam pancing udang menggunakan bekalan daripada kolam ternakan yang ada manakala bekalan ikan untuk kolam air tawar diperolehi daripada pengusaha di Kampar, Perak.

Pelbagai jenis ikan bersaiz sekilo ke atas dimasukkan ke dalam satu kolam dalam usaha menarik minat pemancing. Di samping itu cara ini membuatkan pemancing tidak berasa jemu ketika berada di situ. Antara ikan yang terdapat dalam kolam ialah:

♦ Rohu

♦ Patin

♦ Tongsan

♦ Likoh

(5)

Bagi melengkapkan aktiviti dan membolehkan pengunjung merasai suasana memancing di laut, sebuah kolam ikan air masin disediakan. Usaha yang dimulakan pada tahun 2006 ini menyediakan sebuah kolam dengan ikan siakap putih dan merah yang diperolehi daripada pengusaha di Pantai Remis, Perak. Untuk membolehkan pengunjung melakukan aktiviti memancing, bayaran sebanyak RM22 dikenakan bagi kolam ikan air tawar dalam jangkamasa minimum empat jam. Manakala untuk kolam ikan air masin bayaran sebanyak RM10 sejam dikenakan kepada pengunjung.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, sebuah restoran didirikan untuk menyediakan makanan segar. Pengunjung juga boleh menjadikan ikan hasil daripada aktiviti memancing hidangan segar dengan bayaran tertentu sebagai upah menyediakan masakan. Pekerja akan menyediakan menu masakan mengikut citarasa pengunjung. Kolam pancing dan restoran ini menjadi tumpuan ramai terutama pada hari kelepasan dan hujung minggu yang mencecah 100 orang, manakala pada hari-hari biasa dianggarkan seramai 60 orang.

Beliau yang berkelulusan Diploma Analisa Pelaburan dari Universiti Teknologi MARA menguruskan sendiri aktiviti kolam pancing dengan dibantu dua orang pekerja. Pengurusan kolam mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin terutama bagi kolam ikan air masin kerana penjagaan terutama tahap kemasinan air perlu dipantau setiap masa. Kemasinan air antara 5 – 6 ppt sudah mencukupi bagi membolehkan ikan hidup berbanding dengan kemasinan air laut iaitu 27 ppt.

Kadar kemasinan air boleh dilihat melalui pergerakan ikan dalam kolam. Pergerakkan ikan dalam kolam yang tenggelam dan timbul menunjukkan kadar kemasinan air yang kurang. Keadaan ini sering dilihat selepas hujan dan tindakan pantas perlu diambil dengan menambah garam ke dalam kolam agar kemasinan berada pada tahap yang diperlukan.

Oleh kerana terdapat lagi tanah yang masih belum diusahakan, beliau bercadang untuk membangunkannya sebagai tempat pelancongan dan rumah rehat. Cadangan ini memudahkan pengunjung beristirehat sambil melakukan aktiviti memancing. Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan ia merupakan satu-satunya pusat rekreasi yang dilengkapi dengan rumah rehat dan kolam memancing di Daerah Hulu Perak.

(6)

S

eperti mana umum ketahui ramai pengusaha bidang pertanian lebih berhati-hati dalam pemilihan projek agar memberi pulangan menguntungkan untuk jangkamasa panjang seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan projek.

Kecenderungan pengusaha menjalankan projek tertentu lebih mejurus kepada ruang pasaran produk yang dihasilkan kerana ruang pasaran yang terhad akan mengakibatkan kekangan kepada perkembangan projek dan kerugian.

Berdasarkan kepada stuasi tersebut, Encik Mohamad Zambri bin Yaakub, 47 tahun dari Kampung Bukit Jerai, Pengkalan Hulu, Perak mendapati ternakan kambing secara feedlot diusahakan setelah mengambil kira ruang pasaran semasa. Beliau yang sebelum ini pernah menternak kambing baka tempatan secara lepas bebas mendapati pasaran untuk kambing hidup di Daerah Hulu Perak memang menggalakkan.

Sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Hulu, beliau terlebih dahulu mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada pihak pengurusan PPK atas usaha yang ingin dijalankan.

Setelah perbincangan dan pandangan diperolehi daripada PPK, Mohamad Zambri mula mengusahakan ternakan kambing secara feedlot pada Jun 2006 berhampiran rumahnya. Tanah seluas 2.4 hektar milik keluarga dibangunkan dengan kemudahan seperti:

♦ Tiga buah reban dengan kapasiti sehingga 150 ekor.

♦ Sumber air untuk keperluan ternakan.

♦ Stor untuk menyimpan makanan ternakan.

♦ Pagar disekeliling kawasan bagi memastikan ternakan senang dipantau.

♦ Kawasan padang ragut untuk ternakan meragut.

Kambing daripada jenis Jamnapari diternak kerana ia dikenalpasti cepat membesar. Sebanyak 3 ekor bibit jantan dan 47 ekor bibit

(7)

betina daripada jenis tersebut telah diperuntukan kepada beliau oleh PPK melalui program Pembangunan Manusia Asas Komoditi yang bernilai RM41,723. Selain itu, sebanyak RM10,000 wang sendiri dilaburkan bagi membangunkan kemudahan infrastruktur. Selain daripada itu PPK juga turut membekalkan input pertanian seperti makanan dan peralatan menternak.

Bagi memastikan projek yang diusahakan berjalan lancar, beliau menguruskan sendiri kerja-kerja penternakan dengan dibantu empat orang pekerja. Pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat membantu beliau dalam kerja-kerja harian pengurusan ternakan. Antara kerja-kerja harian yang dilakukan ialah:

♦ Membersihkan persekitaran kandang seperti bekas makanan dan minuman

agar tidak mengandungi sisa yang bercampur najis ternakan.

♦ Memberi makan dan minum kepada ternakan pada awal pagi.

♦ Memeriksa ternakan bagi memastikan tiada tanda-tanda penyakit.

♦ Melepaskan ternakan di kawasan padang ragut setiap petang dengan terkawal.

Sehingga kini bilangan ternakan telah membiak menjadi 77 ekor dan dijangka pada April 2007 ini sebahagian kambing yang diternak sudah boleh dipasarkan. Jualan terus kepada pembeli tempatan dan luar menjadi target utama beliau dalam memasarkan kambing peliharaannya.

Berdasarkan pengalaman menternak kambing dahulu terdapat masalah yang dihadapi oleh beliau. Antara masalah yang dihadapi pada masa itu ialah harga pasaran yang tidak tetap dan kesukaran mendapat pembekal baka kambing. Perbincangan dengan PPK telah dilakukan bagi mengenal pasti langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Mencari dan melantik pembekal tetap adalah langkah yang akan diambil untuk jangkamasa panjang.

Menurut beliau sebanyak 100 ekor kambing yang bernilai RM60,000 mampu dipasarkan setahun berdasarkan kepada perkembangan projek. Usaha akan dibuat untuk memajukan projek ini ketahap komersial dengan menambah bilangan kandang dan ternakan di kawasan sedia ada.

“Sehingga kini bilangan

ternakan telah membiak menjadi 77 ekor

dan dijangka pada April 2007 ini

sebahagian kambing yang diternak

(8)

Ternakan Lembu Feedlot

Boleh Dikomersialkan

B

agi mencapai transformasi dalam bidang pertanian pelbagai teknologi baru diperkenalkan bertujuan meningkatkan hasil. Bidang pertanian dalam kategori tanaman, ternakan dan ternakair telah banyak mengalami perubahan.

Ternakan lembu feedlot diperkenalkan sebagai teknologi baru dan telah banyak diusahakan oleh penternak secara komersial. Bagi penternak yang tidak mempunyai modal besar pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kos menternak.

Bagi Encik Nordin Che Teh, 63 tahun tidak mahu ketinggalan mencuba teknologi ini yang difikirkan mampu mengurangkan kos keseluruhan setelah mengambilkira kemudahan yang ada. Kemudahan seperti berdekatan sumber air yang menjadi keperluan utama dan kawasan projek yang terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit dilihat mampu mengurangkan kos menternak.

Sebagai ahli peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Hulu, Perak, beliau telah mendapat bantuan pinjaman melalui Skim Pembangunan Usahawan Peladang bernilai RM20,000. Selain itu, modal sendiri sebanyak RM61,000 dan pinjaman daripada Pihak

Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM17,000 digunakan bagi memulakan projek berdekatan rumahnya di Jalan Tasek, Kg. Selarong, Pengkalan Hulu.

Projek dimulakan pada Julai 2006 di kawasan ladang kelapa sawit miliknya seluas 2.8 hektar dengan 40 ekor lembu. Buat permulaan PPK menyalurkan bantuan sebanyak 14 ekor lembu daripada baka Brahman dan selebihnya kacukan KK diperolehi daripada pembekal tempatan. Selain itu beliau juga turut membeli lembu-lembu tempatan daripada orang kampung dan dipelihara

“Di samping itu, kandang

lembu yang didirikan dalam

kawasan ladang kelapa sawit

turut memberi sumber makanan

tambahan iaitu pelepah sawit

yang diproses.”

“Di samping itu, kandang

lembu yang didirikan dalam

kawasan ladang kelapa sawit

turut memberi sumber makanan

tambahan iaitu pelepah sawit

yang diproses.”

Ternakan Lembu Feedlot

Boleh Dikomersialkan

(9)

secara feedlot dalam jangkamasa tertentu mengikut saiz sebelum dipasarkan.

Bagi memastikan usaha yang dijalankan memberikan pulangan yang diharapkan, beliau terlebih dahulu mengikuti kursus dan latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta. Antara kursus dan latihan yang pernah dihadiri beliau ialah:

♦ Bengkel Target Area Concentration anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

♦ Kursus Pengurusan Ternakan Lembu Feedlot oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

♦ Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang. Sementera itu pengurusan PPK yang mahukan usaha tersebut berjaya dan menjadi contoh kepada ahli lain turut menjadi pembekal kepada input pertanian seperti makanan (PKC) dan peralatan menternak. Bekalan makanan diberikan secara kredit yang akan dibayar mengikut pusingan. PKC perlu diberi kepada lembu secara berjadual agar tumbesaran ternakan tidak terbantut.

Di samping itu, kandang lembu yang didirikan dalam kawasan ladang kelapa sawit turut memberi sumber makanan tambahan iaitu pelepah sawit yang diproses. Ternakan juga diberi

makan rumput yang diperolehi dari ladang sebagai sampingan kepada makanan sedia ada.

Kerja-kerja pengurusan ternakan seperti membersih kandang dan lembu, memberi makanan dan minuman serta memeriksa tahap kesihatan lembu dilakukan sendiri dengan dibantu oleh anak beliau.

Ketika diajukan persoalan tentang masalah yang dihadapi, beliau menerangkan, oleh kerana projek baru sahaja diusahakan hanya masalah harga pasaran yang tidak tetap merupakan halangan masa kini. Selain daripada itu harga makanan yang semakin meningkat membuatkan beliau akan memikirkan alternatif lain seperti memproses sendiri makanan dengan membeli bahan-bahan keperluan asas makanan.

Beliau tidak menghadapi masalah dalam pasaran lembu yang diternak. Kebanyakan lembu yang diternak adalah untuk pasaran sekitar Daerah Hulu Perak. Sehingga kini sebanyak 20 ekor lembu telah berjaya dipasarkan sempena menyambut Aidil Adha lepas untuk tujuan korban yang dijual dengan harga RM1,800 – RM2,000/ekor.

Kepuasan pelanggan diutamakan di mana pembeli sendiri boleh melihat dan memilih lembu yang dikehendaki dan beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran. Mengenai perancangan masa depan, beliau akan menambah bilangan lembu yang diternak dengan membesarkan kandang sedia ada untuk tujuan komersial.

(10)

D

alam mengusahakan apa sahaja tanaman, faktor pembajaan merupakan perkara penting yang perlu diutamakan kerana ia boleh mempengaruhi pengeluaran hasil seterusnya akan menjadikan projek yang dijalankan memberi pulangan menguntungkan atau sebaliknya. Tanaman sayuran jenis berdaun perlu diselangselikan dengan tanaman jenis buah dan kekacang kerana tanaman kekacang berupaya membekalkan nutrien secara semulajadi kepada tanah. Berbanding dengan tanaman padi yang memerlukan pembajaan berjadual kerana ia dijalankan secara berterusan di kawasan sama. Tanaman padi perlu di beri pembajaan yang secukupnya bagi mendapatkan pulangan yang menguntungkan. Pembajaan yang kurang mengakibatkan tumbesaran pokok padi terbantut dan penghasilan biji padi yang tidak berkualiti.

Pembajaan di sawah perlu dilakukan secara berjadual sebanyak tiga kali untuk setiap musim. Pembajaan pertama terdiri daripada baja campuran yang mengandungi unsur Nitrogen, Posporus dan Kalium (NPK) manakala baja kedua dan ketiga hanya unsur Nitrogen sahaja. Masa pembajaan yang sesuai pula ialah 15-21 hari lepas tabur (HLT) bagi pembajaan pertama,

40-50 HLT untuk pembajaan kedua dan 65- 75 HLT bagi pembajaan ketiga.

Masa pembajaan adalah berkait rapat dengan fasa pertumbuhan pokok padi. Pada peringkat percambahan biji benih hingga berumur 14 hari, bekalan makanan yang sedia ada dalam biji benih sudah cukup membekal nutrien kepada anak padi. Untuk memastikan hasil y a n g t i n g g i , b i l a n g a n a n a k b e n i h p a d a peringkat ini mestilah 150- 200 anak benih bagi s e t i a p m e t e r p e r s e g i . S e l e p a s p o k o k mengeluarkan akar yang cukup barulah ia dapat menyerap nutrien yang boleh didapati di sekelilingnya.

Peringkat beranak aktif pokok padi bermula pada hari ke 25 selepas benih ditabur. Oleh itu pembajaan pertama pada umur 15-21 HLT adalah masa yang amat sesuai dan penting bagi membekalkan nutrien secukupnya untuk tumbesaran pokok dan meningkatkan bilangan anak sebanyak mungkin. Pada peringkat ini baja campuran NPK (17.5:15.5:10) digunakan dengan kadar 260 kg sehektar.

(11)

Baja ini akan membekal 45 kg N, 40 kg P205 dan 26 kg K20 yang akan digunakan sepenuhnya oleh pokok bagi proses percambahan anak. Kekurangan baja atau penggunaan baja yang mengandungi campuran sebatian tidak sesuai dan masa pembajaan tidak tepat akan membantutkan perkembangan anak pokok padi.

Pokok padi akan berada pada peringkat beranak maksimum pada umur 50 HLT yang dianggarkan sebanyak 500-800 pokok permeter persegi. Pada umur 40-50 HLT pembajaan kedua dilakukan bagi mengekalkan bilangan kecergasan anak padi yang produktif. Pembajaan ketika ini juga penting untuk membantu pembentukan bulir.

Biasanya baja yang mengandungi unsur nitrogen digunakan dengan kadar bergantung kepada keadaan pokok. Kebiasaannya penggunaan baja Urea dengan kadar 100 kg sehektar diperlukan dan ditabur secara berperingkat di mana 60 kg digunakan dan baki 40 kg lagi akan digunakan untuk pembajaan ketiga pada umur pokok padi 65-75 HLT.

Pembajaan ketiga perlu dibuat pada umur 65- 75 HLT iaitu semasa pokok padi mula bunting, pemanjangan tangkai buah dan pembentukan spikelet berlaku.

Pembajaan pada peringkat ini juga membolehkan pengekalan bilangan anak padi produktif sekurang-kurangnya 425-475 pokok permeter persegi. Pembetukan tangkai buah dan spikelet berlaku pada peringkat ini, oleh itu pembajaan yang dilakukan menyokong kepada proses tersebut.

Penggunaan baja tambahan lengkap yang tinggi kandungan kalium dengan kadar 100-150 kg sehektar adalah disyorkan. Pembajaan peringkat ini juga akan membantu mengisi spikelet. Dengan demikian biji padi lebih bernas, padat dengan peratus lebih tinggi. Di samping program pembajaan yang dicadangkan, pemerhatian di ladang perlu dibuat dari masa ke masa.

“Oleh itu pembajaan

pertama pada umur 15-21 HLT adalah

masa yang amat sesuai dan penting

bagi membekalkan nutrien secukupnya

untuk tumbesaran pokok dan

meningkatkan bilangan anak sebanyak

(12)

Jika diperhatikan jarak masa pembajaan pertama dan kedua agak lama. Semasa perantaraan tersebut dicadangkan tambahan baja dibuat pada peringkat umur 20-25 HLT dengan menggunakan baja campuran NPK lengkap (15: 15: 15) bagi mengelakkan pokok menunjukkan warna kekuningan tanda kekurangan baja. Jika keadaan ini tidak diatasi ia boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut dan memberi kesan ke atas pengeluaran hasil.

Terdapat juga pesawah menambah baja pada peringkat akhir iaitu peringkat pengeluaran biji padi

(90-95 HLT). Pembajaan pada peringkat ini dilakukan untuk memenuhkan pengisian biji padi agar peratus hampa menjadi rendah dan menghasilkan padi yang bernas.

Masa pembajaan yang betul dan tepat mengikut fasa pertumbuhan adalah penting untuk pengambilan dan penggunaan nutrien yang maksimum oleh pokok. Penggunaan baja dengan kadar disyorkan perlu agar tumbesaran pokok sekata dan baja tambahan boleh diberi sebagai sokongan untuk pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti.

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur.

Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

Referensi

Dokumen terkait