• Tidak ada hasil yang ditemukan

RISIKO DAN CABARAN PENDUDUK DALAM DATARAN BANJIR DI LEMBANGAN SALIRAN KELANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RISIKO DAN CABARAN PENDUDUK DALAM DATARAN BANJIR DI LEMBANGAN SALIRAN KELANTAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

RISIKO DAN CABARAN PENDUDUK DALAM DATARAN BANJIR DI LEMBANGAN SALIRAN KELANTAN

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Pensyarah Kanan

Kolej Kerajaan, Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia

sh.rokiah@uum.edu.my

ABSTRAK

Kawasan dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan adalah merangkumi beberapa jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kesemua jajahan ini dialiri oleh beberapa sungai utama termasuklah Sungai Kelantan, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Pergau. Anggaran jumlah penduduk yang menghuni kawasan ini dan sering terlibat dengan bencana banjir adalah seramai 553,099 orang iaitu lebih kurang satu pertiga daripada jumlah penduduk negeri Kelantan (1.3 juta orang). Risiko dan cabaran yang seringkali dihadapi oleh penduduk kawasan ini ialah kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun dengan kekerapan dan intensiti semakin meningkat. Justeru, bagi meneliti tren kejadian banjir di kawasan tersebut, satu analisis perilaku luahan dengan merujuk kepada “rating table” dijalankan yang berpandukan kepada tiga aras penting iaitu aras berjaga-jaga, aras amaran dan aras bahaya. Selain itu, kejadian banjir juga pastinya menyebabkan pelbagai kemusnahan dan kerosakan harta benda sama ada tempat tinggal, binatang ternakan, hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini juga meneliti anggaran nilai kemusnahan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan kehilangan nyawa berdasarkan laporan tahunan kejadian banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Manakala antara cabaran yang perlu dilalui oleh penduduk di kawasan ini adalah, walaupun dikatakan keadaan sosio-ekonomi mereka telah mengalami peningkatan setiap tahun. Namun, kejadian bencana banjir telah menyebabkan pelbagai kemusnahan dan memberikan kesan negatif kepada corak kehidupan mereka. Oleh itu, kerjasama dan penglibatan semua pihak termasuklah masyarakat, pihak kerajaan, NGO’s dan swasta adalah penting bagi mewujudkan pengurusan bersepadu lembangan saliran demi kesejahteraan penduduk di Lembangan Saliran Kelantan.

(2)

PENGENALAN

Sejarah awal pembinaan tamadun-tamadun manusia mempunyai satu corak yang unik untuk diteliti iaitu terletak di kawasan delta sungai atau daratan banjir yang mempunyai tanah yang subur untuk bercucuk tanam. Antara tamadun yang terkenal ialah Tamadun Mesir dan Mesopotamia, keadaan ini juga telah berlanjutan sehingga kini iaitu kebanyakan bandar-bandar utama dunia wujud di dataran banjir atau dengan lain perkataan bertapak di tepi sungai (Parker 2000). Di Malaysia, antara bandar-bandar yang terletak berhampiran sungai (dataran banjir) ialah Kuala Lumpur, Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar dan Kuala Terengganu. Proses pembangunan dan pembandaran yang berkembang pesat di kawasan bandar-bandar berkenaan telah menyebabkan majoriti penduduk Malaysia bertapak dalam dataran banjir. Ini bermakna tahap keterdedahan penduduk di Malaysia kepada risiko bencana banjir adalah tinggi. Jika diteliti, dari aspek pemilihan tapak bagi penempatan awal masyarakat tradisional di Malaysia adalah memilih kawasan pesisir sungai yang sememangnya mempunyai tahap kemudahterancaman terhadap bencana banjir yang sangat tinggi. Dianggarkan pada tahun 1990 terdapat lebih kurang 2.5 juta penduduk negara ini menetap di zon dataran banjir.

Kadar pertambahan penduduk di kawasan ini berlaku sangat cepat iaitu antara tahun 1957 sehingga 1990 mendapati tahap pertumbuhan penduduk di kawasan ini ialah antara 5.7 peratus sehingga 513.3 peratus. Faktor peningkatan penduduk yang tinggi dan digandingkan pula dengan faktor-faktor lain seperti jumlah hujan setempat yang tinggi, sistem perparitan yang kurang cekap, aktiviti pembangunan yang tidak terancang dan sikap penduduk yang kurang prihatian kepada kepentingan sungai menyebabkan kadar risiko dan bahaya bencana banjir berada di tahap yang tinggi. Kecenderungan manusia terhadap risiko dan bahaya banjir adalah berkaitrapat dengan pemilihan tempat tinggal mereka. Misalnya, terdapat lebih daripada 2,000 buah bandaraya di Amerika Utara terletak dalam dataran banjir seperti, Darlington di Wisconsin. Selain itu, di India ratusan juta manusia mendiami kawasan lembangan banjir, yang terdiri daripada penduduk setinggan bandar tertumpu di Lembangan Sungai Yamuna iaitu kira-kira 600,000 orang. Di Bangkok pula, 1.2 juta penduduk mendiami kawasan setinggan berpaya. Pemilihan tempat tinggal di kawasan lembangan sungai bagi mereka mempunyai beberapa alasan tersendiri iaitu kawasan ini subur untuk pertanian dan

(3)

adanya kemudahan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan lain melalui sungai. Namun disebaliknya pula, wujud kecenderungan bencana banjir kerap berlaku dan dapat dirumuskan bahawa kejadian banjir menyebabkan kemusnahan harta benda berjutaan ringgit dan kehilangan nyawa (Tolba et al. 1992) (Jadual 1).

Jadual 1: Peningkatan jumlah penduduk di lembangan sungai (dataran banjir) di Malaysia

Pusat Bandar Lembangan Sungai Penduduk 1957 Penduduk 1990 Peratus peningkatan Kuala Lumpur Ipoh Johor Bahru Kelang K. Terengganu Kota Bharu Kuantan Alor Setar Muar Batu Pahat Keluang Sungai Petani Dungun Kulim Kelang Kinta Johor Kelang Terengganu Kelantan Kuatan Kedah Muar Batu Pahat Mengkibol Merbok Dungun Kulim 316,200 125,800 75,100 75,600 29,400 38,100 23,100 52,900 39,700 40,000 31,200 22,900 12,500 17,600 919,600 293,849 246,395 192,080 180,296 167,872 131,547 69,435 65,151 64,727 50,315 45,343 28,903 26,817 190.8 133.6 226.6 154.1 513.3 340.6 469.5 31.3 66.6 61.8 61.3 98.0 131.2 52.4 Sumber: Diolah daripada Karim 1990; Jabatan Pengairan dan Saliran 1995

KETERDEDAHAN MANUSIA TERHADAP BENCANA BANJIR

Keterdedahan merupakan suatu ukuran terhadap tahap aktiviti manusia di kawasan berisiko misalnya dataran banjir. Apabila peningkatan penduduk yang menggunakan kawasan tersebut sebagai petempatan maka, risiko terhadap bencana juga tinggi. Menurut Burton dan Kates (1964), bencana alam boleh dianggap sebagai masalah atau kejadian yang mampu memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa manusia serta kejadiannya adalah secara tiba-tiba. Penilaian terhadap bahaya atau risiko bencana ini dibahagikan kepada tiga. Pertama, melibatkan risiko yang mengancam manusia sama ada kematian atau kecederaan; tahap kemusnahan harta benda; penilaian terhadap risiko yang dialami oleh manusia dan harta bendanya (Kovach 1995). Selain itu, kekerapan kejadian bencana mempamerkan tahap

(4)

kemudah-terancaman di sesebuah kawasan dan individu, komuniti dan masyarakat di kawasan berkenaan akan menerima kesan langsung ekoran kejadian sesuatu bencana. Kejadian bencana yang berpunca dari kegiatan manusia dalam hubungan sosial yang sentiasa berkembang seperti pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan masyarakatnya akan mempercepatkan tahap keterdedahan kepada bencana. Perancangan pembangunan tanpa mengambilkira keharmonian alam sekitar akan mempertingkatkan lagi tahap kemudah-terancaman penduduk kepada keadaan yang keterlaluan atau berisiko. Dalam Rajah 1, terdapat penyusunan sebahagian bencana yang seringkali melanda Malaysia dalam dua ke tiga dekad kebelakangan ini.

Rajah 1: Bencana yang seringkali mengancam penduduk di Malaysia akibat daripada tindakan manusia sendiri

Sumber: Model disesuaikan dari Abdul Samad Hadi 2000

Aktiviti pembangunan yang dijanakan oleh manusia merangkumi pelbagai aspek merupakan punca kemudah-terancaman terhadap manusia. Peningkatan bilangan penduduk, taburan dan penumpuan di sesuatu ekologi adalah asas penentuan kemudah-terancaman penduduk terhadap bencana. Peningkatan jumlah penduduk di kawasan yang sensitif alam sekitar, walaupun jumlahnya kecil tetapi akan memberikan tekanan lebih terhadap sumber dan akhirnya ekologi kawasan tersebut akan terganggu. Gangguan keseimbangan ekologi

Ribut Tanah runtuh Banjir Kemarau Kebakaran hutan Jerebu Pencemaran udara Pencemaran air

Kecelakaan jalan raya Kecelakaan industri Merokok Dadah Berlaku bukan sukarela Akibat tindakan manusia yang rakus Berlaku secara sukarela Masalah perilaku

(5)

akan membawa kesan negetif kepada kesejahteraan penduduk yang mendiami kawasan berkenaan. Berdasarkan Hilhorst et al. (2004), kemudah-terancaman manusia kepada kejadian banjir adalah hasil daripada kombinasi beberapa elemen dominan seperti aspek fizikal, sosial, ekonomi dan persekitaran. Bagi aspek fizikal adalah berkaitan dengan ruang yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi tuntutan hidup akibat pertambahan jumlah penduduk. Permintaan yang tinggi bagi pembangunan prasarana seperti sekolah, jalanraya, perumahan, bangunan-bangunan pentadbiran dan sebagainya yang akan memberikan kesan langsung kepada persekitaran sekiranya aktiviti pembangunan dibangunkan pada skala yang besar terutamanya kejadian banjir. Akibat daripada peningkatan kemudah-terancaman ini akan memberikan kesan negatif kepada aspek sosial.

Namun kejadian bencana sebenarnya sangat bergantung kepada aspek tingkahlaku dan bagaimana individu mengunakan sumber di persekitarannya dalam memenuhi kehidupan mereka tanpa memudaratkan sistem kehidupan manusia sendiri. Analisis mengenai kemudah-terancaman sebenarnya menggambarkan bagaimana mengurus dan mengunakan alam semulajadi. Pembangunan ekonomi sama ada di negara membangun dan maju haruslah menitikberatkan alam sekitar agar kejadian bencana yang memudaratkan manusia dapat diminimumkan. Dalam memahami bahaya alam semulajadi dan hubungannya dengan manusia atau kemudah-terancaman sangat berkaitrapat dengan perspektif ekologi manusia yang melihat tingkahlaku manusia terhadap tindakbalas risiko alam sekitar. Namun kini masalah ini dapat dilihat daripada pelbagai persepktif sama ada aspek fizikal yang menyebabkan wujudnya risiko alam sekitar atau berpunca daripada tekanan manusia yang mewujudkan bahaya alam sekitar. Bahaya alam sekitar dan kemudah-teracaman manusia berpunca daripada masalah ekonomi, perubahan cuaca, pembangunan yang pesat dan gunatanah setempat (Blaikie et al. 1994; Pelling 2001; 2003).

SENARIO BENCANA BANJIR DI LEMBANGAN KELANTAN

Risiko dan cabaran yang seringkali menganggu kelangsungan hidup penduduk daratan banjir di Kelantan adalah bencana banjir yang biasanya melanda kawasan tersebut pada bulan Oktober sehingga Februari (musim tengkujuh). Pada musim tengkujuh kawasan dataran

(6)

banjir ini akan menerima curahan hujan pada kadar yang maksimum pada setiap tahun dan membawa kepada kejadian banjir monsun. Namun apa yang membimbangkan penduduk kini ialah terdapatnya peningkatan dalam jumlah kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku kebelakangan ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Situasi ini dapat dijelaskan melalui penelitian terhadap episod-episod kejadian banjir yang berlaku di negeri Kelantan berdasarkan empat sub lembangan utamanya.

Bagi meneliti senario kekerapan dan magnitud kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan kaedah pengukuran kadar luahan melalui “Rating Table” digunakan. Jadual “Rating Table” adalah berperanan mengkategorikan jumlah luahan dengan aras air di sesebuah lembangan. Selain itu, jadual “Rating Table” juga adalah berbeza bagi setiap lembangan dan berubah mengikut tempoh tertentu bagi setiap lembangan. Justeru, bagi meneliti perubahan aras air yang dapat menggambarkan kekerapan dan magnitud kejadian banjir bagi setiap sub-lembangan Sungai Kelantan terdapat beberapa bulan sahaja yang dipilih. Pemilihan bulan-bulan tersebut berdasarkan kelaziman kejadian banjir monsun dan berdasarkan purata nilai luahan yang paling tinggi berlaku di Lembangan Saliran Kelantan iaitu bulan Januari, November dan Disember pada setiap tahun. Stesen-stesen tersebut adalah Stesen Lebir di Tualang (Sungai Lebir), Stesen Galas di Dabong (Sungai Galas), Stesen Nenggiri di Bertam (Sungai Nenggiri), Stesen Pergau di Batu Lembu (Sungai Pergau) dan Stesen Guillemard bagi menjelaskan keadaan Sungai Kelantan.

Tren kekerapan dan magnitud banjir di Sungai Kelantan (Stesen Guillemard)

Stesen penyukat aras air banjir di Jambatan Guillemard terlelak dalam Jajahan Tanah Merah dan bersempadan dengan Jajahan Machang (bahagian hilir Lembangan Kelantan). Aras air di Stesen Guillemard ialah 12.2 meter bagi peringkat berjaga-jaga, aras amaran 15.2 meter dan aras bahaya 17.7 meter. Bagi melihat tren kejadian banjir (kekerapan dan magnitud) dengan lebih terperinci kerana data yang banyak dan tempoh masa yang lama, pecahan mengikut selang 10 tahun dilakukan iaitu tahap 1 (1961-1969), tahap 2 (1970-1979), tahap 3 (1980-1989), tahap 4 (1990-1999) dan tahap 5 (2000-2006) (Jadual 2).

(7)

Jadual 2. Kekerapan dan magnitud banjir di Sungai Kelantan Tahun Aras berjaga-jaga (12.2 meter) Aras amaran (15.2 meter) Aras bahaya (17.7 meter)

Kekerapan Kekerapan Kekerapan

Tahap 1: 1961-1969 (kecuali 1966 & 1967) 30 5 0 Tahap 2: 1970-1979 68 30 5 Tahap 3: 1980-1989 54 18 13 Tahap 4: 1990-1999 (kecuali 1995) 71 23 4 Tahap 5: 2000-2006 52 16 1 JUMLAH 275 92 23

* tahun 1966, 1967 dan 1995 tidak mempunyai data yang lengkap

Rumusannya, kejadian banjir bagi tempoh 45 tahun (1961-2006) mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga sebanyak 275 kali, aras amaran 92 kali dan 23 kali di paras bahaya. Secara puratanya tempoh hari yang mengalami banjir dalam jangkamasa ini adalah sebanyak 9.2 hari tanpa mengambilkira tahun yang tidak mempunyai rekod (1966, 1967 dan 1995). Selain itu, keadaan ini menggambarkan bahawa Sungai Kelantan merupakan salah sebuah lembangan yang kerap mengalami banjir dengan magnitud air yang tinggi. Selain itu, secara puratanya banjir kerap berlaku pada bulan Disember pada setiap tahun di Sungai Kelantan berbanding bulan lain.

Tren Kekerapan dan Magnitud Banjir di Sungai Galas (Stesen Galas)

Berdasarkan senario kejadian banjir yang dicatatkan di stesen Galas daripada tahun 1961-2006 mendapati kekerapan banjir boleh dikatakan berlaku setiap tahun iaitu bermula 1960-2004. Sememangnya terdapat beberapa faktor fizikal dan faktor campurtangan manusia yang menjadi punca kejadian banjir di kawasan ini. Manakala dari aspek magnitud atau saiz banjir boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Bagi Stesen Galas di Dabong aras air

(8)

diperingkat berjaga-jaga ialah 32 meter, aras amaran ialah 35.4 meter dan aras bahaya pula ialah 38.1 meter. Justeru, analisa tentang kekerapan dan magnitud banjir bagi Sungai Galas adalah berpandukan kepada tahap aras air tersebut. Selain itu, episod kejadian banjir juga dibahagikan mengikut tempoh masa tertentu (selang 10 tahun).

Rumusannya, kekerapan banjir di sungai Galas boleh dikatakan tinggi dengan magnitud atau kedalaman air yang dicatatkan kebanyakannya melepasi aras amaran dan bahaya. Selain itu, dalam tempoh 1975-2006 (kecuali 1982- tiada data lengkap) hanya tahun 1976, 1977, 1978, 1981 dan 1989 sahaja yang tidak mengalami kejadian banjir. Lembangan Kelantan antara 1970-2000 boleh dikatakan setiap tahun dilanda bencana banjir. Justeru, dalam tempoh 31 tahun, hanya lima tahun sahaja kawasan lembangan Galas tidak mengalami kejadian banjir dan senario boleh menjelaskan bahawa kekerapan dan magnitud kejadian banjir yang signifikan dicatatkan di Lembangan Galas. Adakah situasi ini sangat dipengaruhi oleh kejadian hujan atau terdapat faktor-faktor lain yang signifikan turut menambahkan keseriusan bencana banjir.

Jadual 3. Kekerapan dan magnitud banjir di Sungai Galas

Tahun Aras berjaga-jaga

(32 meter)

Aras amaran (35.4meter)

Aras bahaya (38.1 meter)

Kekerapan Kekerapan Kekerapan

Tahap 1: 1975-1979 3 2 3 Tahap 2: 1980-1989 (Kecuali 1982) 21 4 9 Tahap 3: 1990-1999 29 6 2 Tahap 4: 2000-2006 20 5 2 JUMLAH 73 17 16

(9)

Tren kekerapan dan Magnitud Banjir di Sungai Lebir (Stesen Lebir)

Pada tahap 1 (1976-1979) bacaan aras air yang direkodkan di paras berjaga-jaga adalah sebanyak sembilan kali, aras amaran satu kali dan dua kali untuk paras bahaya. Dalam tempoh empat tahun ini, kejadian banjir berlaku setiap tahun tetapi yang paling serius adalah pada tahun 1979. Tahap 2 (1980-1982), bagi jangkamasa tiga tahun ini, hanya tiga kali kejadian banjir direkodkan iaitu sekali di paras berjaga-jaga dan dua kali di paras amaran. Memandangkan tahun-tahun kebelakangannya tidak mempunyai rekod lengkap maka, situasi sebenar tidak dapat digambarkan secara menyeluruh (Jadual 4). Tahap 3 (1990-1990; kecuali 1991, 1993 dan 1994), episod kejadian banjir di lembangan ini semakin meningkat iaitu di paras berjaga-jaga direkodkan sebanyak 34 kali, di paras amaran 13 kali dan satu kali di paras bahaya. Tahap 4 (2001-2006) kejadian banjir juga agak kerap berlaku iaitu 27 kali melepasi paras berjaga-jaga, 10 kali paras amaran dan tujuh kali bagi paras bahaya. Kekerapan kejadian banjir pada tahap 4 adalah lebih kurang sama dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu tempoh hari mengalami banjir adalah lama tetapi, berbeza dari segi magnitudnya iaitu berlakunya peningkatan. Misalnya kejadian banjir pada tahun 2001, sebanyak tiga hari yang mencatatkan bacaan melepasi tahap bahaya berbanding sehari merekodkan bacaan di paras amaran.

Jadual 4. Kekerapan dan magnitud banjir di Sungai Lebir

Tahun Aras berjaga-jaga (27.4 meter) Aras amaran (32 meter) Aras bahaya (35.1 meter)

Kekerapan Kekerapan Kekerapan

Tahap 1 : 1976-1979 9 1 2 Tahap 2: 1980-1982 1 2 0 Tahap 3: 1990-1999 (kecuali 1991, 1993 dan 1994) 34 13 1 Tahap 4: 2001-2006 27 10 7 JUMLAH 71 26 10

(10)

Tren Kekerapan dan Magnitud Banjir di Sungai Pergau (Stesen Pergau)

Hanya terdapat satu sahaja tahap yang digunakan bagi menjelaskan keadaan banjir yang berlaku di Stesen Pergau. Hal ini berlaku kerana kekurangan data yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Hanya daripada tahun 2000 sehingga 2006 sahaja data yang ada dan dalam tempoh tersebut terdapat 27 kali bacaan mencatatkan bacaan melepasi aras berjaga-jaga, 19 kali aras amaran dan tujuh kali aras bahaya. Keadaan ini menunjukkan bahawa Sungai Pergau sebenarnya juga berisiko tinggi untuk mengalami banjir pada kadar yang kerap. Ini kerana dalam tempoh tujuh terdapat 53 kali kejadian banjir iaitu dengan kadar purata melebihi tujuh hari dalam setiap tahun. Selain itu, kekerapan hari yang mengalami banjir juga lama bagi kawasan lembangan ini misalnya, pada tahun 2000 selama 10 hari, 2001 selama 11 hari, 2003 selama 9 hari dan 2005 selama 14 hari (Jadual 5).

Jadual 5. Kekerapan dan magnitud banjir di Sungai Pergau

Tahun Aras berjaga-jaga (37 meter) Aras amaran (38 meter) Aras bahaya (39 meter) JUMLAH

Kekerapan Kekerapan Kekerapan Tahap 1:

2000-2006 27 19 7 53

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran, Ampang

ANALISA KEROSAKAN HARTA BENDA, PEMINDAHAN DAN KEMATIAN 1967-2004 AKIBAT BENCANA BANJIR

Kejadian bencana banjir di Kelantan yang berlaku setiap tahun sememangnya meninggalkan kesan kemusnahan harta benda yang teruk kepada penduduk. Keadaan ini juga menggambarkan penduduk yang terlibat dengan bencana banjir seharusnya membuat persediaan dan penyesuaian terhadap bencana ini, memandangkan jumlah kerosakan yang disebabkan oleh banjir meningkat setiap tahun. Analisa jumlah nilai kerosakan dalam rajah di bawah adalah merangkumi kesemua jenis kerosakan dan dinilai berdasarkan tahun bencana banjir melanda Kelantan. Misalnya, kejadian banjir tahun 1967 jumlah kerosakan yang dianggarkan sebanyak RM 30 juta tetapi jika diubah nilai pada tahun 2000-an jumlah itu akan meningkat (Jadual 6).

(11)

Jadual 6: Anggaran nilai kerosakan, pemindahan dan kematian akibat banjir di Lembangan Saliran Kelantan 2005-1967

Anggaran nilai kerosakan akibat banjir 2005-1967

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan 2005-1967

Jumlah kematian akibat banjir 2005-1967

Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan 2005-1967

Misalnya, berdasarkan Japan Cooperation Agency (JICA) menganggarkan purata tahunan potensi kemusnahan akibat bencana banjir di Semenanjung Malaysia adalah tinggi. Misalnya, dianggarkan pada tahun 1982 sebanyak RM 72 juta ringgit dan nilaiannya

RM 0 5,000,000 10,000,000 15,000,000 20,000,000 25,000,000 30,000,000 35,000,000 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999 1997 1996 1995 1994 1993 1991 1990 1988 1986 1984 1983 1981 1975 1973 1969 1967 Tahun orang 0 5000 10000 15000 20000 25000 30000 35000 40000 45000 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999 1997 1996 1995 1994 1993 1991 1990 1988 1986 1984 1983 1981 1975 1973 1969 1967 Tahun orang 0 5 10 15 20 25 2005 2004 2003 2002 2001 2000 1999 1997 1996 1995 1994 1993 1991 1990 1988 1986 1984 1983 1981 1975 1973 1969 1967 Tahun

(12)

meningkat kepada RM 92 juta ringgit pada tahun 1993 dan nilai ini sentiasa bertambah seiring dengan perkembangan ekonomi negara (JICA 1982). Manakala menurut, Laporan Department of Irrigation & Drainage (1994), Lembangan Kelantan merupakan lembangan yang mengalami kemusnahan tertinggi berbanding dengan lembangan lain di Malaysia. Ini kerana nilaian kemusnahan akibat kejadian bencana banjir paling dasyhat pada tahun 1967 di Kelantan dianggarkan sebanyak RM 30 juta.

Tetapi apabila nilaian tersebut diubah bersamaan nilaian pada tahun 1993 angka itu kepada RM 199.3 juta yang melibatkan mangsa banjir seramai 320,000 orang dan dengan 38 kematian. Selain itu, kejadian banjir tahun 1988 dan 2004 juga merupakan antara episod kejadian banjir yang terburuk dan menyebabkan jumlah kehilangan nyawa yang tinggi iaitu 12 kematian serta kemusnahan harta benda juga turut meningkat (Jadual 6). Selain itu, peningkatan jumlah nilaian kerosakan harta benda di Kelantan juga menggambarkan keadaan sosio-ekonomi penduduk yang menghuni Lembangan Kelantan juga semakin baik dan mampu memiliki kelengkapan rumah yang agak sempurna. Namun akibat daripada bencana banjir yang berlaku saban tahun akan turut memusnahkan segala kelengkapan dan perkakas rumah. Keadaan ini amat merugikan penduduk yang tinggal di kawasan dataran banjir dan langkah penyesuaian yang sewajarnya perlu dilakukan oleh penduduk terbabit di samping sokongan serta bantuan daripada kerajaan bagi meringankan beban. Selain kerosakan harta benda individu, kemusnahan prasarana juga menyumbang kepada peningkatan jumlah nilaian kerosakan iaitu jalanraya, jambatan, sekolah, tiang elektrik dan sebagainya yang turut terjejas akibat kejadian banjir.

Manakala dari segi jumlah pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan pada era tahun 2000 masih lagi tinggi. Jika diteliti tren pemindahan mangsa banjir pada tahun 1970-an dan 1980-an adalah sangat tinggi berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. Keadaan mungkin disebabkan oleh keadaan sosio-ekonomi penduduk pada masa tersebut masih berada dalam lingkungan kemiskinan dan aspek penyesuaian terhadap bencana banjir kurang dititik beratkan. Namun hanya segelintir penduduk sahaja yang berkemampuan membaiki struktur rumah, membina rumah bertiang tinggi dan sebagainya. Kejadian banjir di Kelantan tahun 1967 adalah antara bencana banjir yang teruk dan telah menyebabkan seramai 636 700 orang penduduk telah terjejas. Akibat daripada banjir besar 1967 juga kerajaan akan memantapkan

(13)

sistem amaran awal dengan memperbanyakkan pemasangannya terutamanya di kawasan Hulu Kelantan (JPS, Kelantan 1967; 2004).

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, jumlah hujan yang lebat di kawasan Lembangan Saliran Kelantan telah menyebabkan peningkatan kadar luahan bagi cawangan Sungai Kelantan dan menyebabkan kejadian banjir teruk. Lazimnya setiap kali kejadian banjir yang berlaku akan meninggalkan kesan yang teruk dari segi sosio-ekonomi sama ada kepada pihak kerajaan dan penduduk terlibat. Persoalannya adakah peningkatan kekerapan dan magnitud banjir yang berlaku di negeri Kelantan disebabkan oleh faktor fizikal atau tindakan rakus manusia yang hanya mahu mengeksplotasi sumber alam bagi mendapat keuntungan semata-mata. Namun apa pun puncanya, satu kaedah bagi menangani kejadian banjir dan mengurangkan jumlah kemusnahan diperlukan maka, satu sistem pengurusan banjir secara bersepadu haruslah dilaksanakan. Di mana, kerjasama dan penglibatan kesemua pihak (masyarakat, swasta, NGO’s dan kerajaan) yang terbabit dengan masalah banjir adalah penting bagi mengurangkan kesan negatif akibat kejadian banjir

RUJUKAN

Abdul Samad Hadi. 2000. Kemerosotan kualiti persekitaran dan persoalan kemudah-terancaman manusia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (Editor). Pengurusan Persekitaran di Malaysia isu dan cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 190-210.

Burton, I. & R.W. Kates.1964. The perception of natural hazards in resource management. Natural Resources Journal Vol 3: 412-421.

Blaikie, P., T., Cannon, I., Davis & B., Wisner. 1994. At risk: Natural hazards, peoples’ vulnerability and disasters. London: Routledge.

Hilhorst, D. & G. Bankoff. 2004. Introduction: Mapping vulnerability. In. Bankoff, G. G. Frerks, and D. Hilhorst.(eds). Mapping vulnerability:disasters, development and people. London: Earthscan pp 1-9.

(14)

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. 2005. Laporan kejadian banjir 1967-2005. Kota Bharu: Bahagian Hidrologi. Jabatan Pengairan dan Saliran.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. 1995. Laporan kejadian banjir 1995/1996. Kota Bharu: Bahagian Hidrologi. Jabatan Pengairan dan Saliran.

Japan Cooperation Agency (JICA). 1982. National water resources study in Malaysia. Sectoral Report Vol.5: River conditions. Kuala Lumpur: Japan Cooperation Agency. Karim (ed.). 1990. Information Malaysia 1990-1991 Yearbook. Kuala Lumpur: Berita

Publishing.

Kovach, R. L.1995. Earth’s fury: an introduction to natural hazards and disasters. New Jersey: Prentice Hall.

Parker, D.J. 2000. Introduction to floods and flood management. In Parker, D.J. (ed). Floods, Vol 1. London: Routledge, pp. 3-39.

Pelling, M. 2001. Natural disasters?. In. Castree, N.& B. Braun. (eds). Social Nature: theory, practice and politics. Blackwell: Oxford.

Pelling, M. 2003. The vulnerability of cities natural disasters and social resilience. London: Earthscan Publications Ltd.

Tolba, M.K., El-Kholy,O.A., El-Hinnawi, E., Holdgate, M.W., Mc Michael, D.F & Munn, R.E. 1992. The world environmental 1972-1992: Two decades of challenge. London: Chapman & Hall (on behalf The United Nations Enviroment Programme).

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian dan pembahasan pada variabel kinerja, diketahui bahwa dimensi waktu memiliki nilai terendah pada indikator menyelesaikan target tepat waktu,

Bab Keempat Analisis Tata Kelola Pemerintahan Desa Songgom Jaya Kecamatan Cikande Kabupaten Serang : Penerapan Tata Kelola Pemerintahan Desa Songgom Jaya Analisis

Hasil pemeriksaan visual dan makrografi menunjukkan adanya jejak erosi dengan arah yang sama pada permukaan serta terjadi penipisan dinding di permukaan luar pipa

Hasil analisis penelitian ini menunjukan bahwa variabel Inflasi, Non Performing Finance, Volume Perdagangan Saham dan Biaya Operasional Pendapatan Operasional memiliki

Media Powerpoint adalah program aplikasi presentasi yang merupakan salah satu program aplikasi di bawah Microsoft Office. Keuntungan terbesar dari program ini adalah tidak perlunya

Angka infeksi nasokomial terus meningkat mencapai sekitar 9 % atau lebih dari 1,4 juta pasien rawat inap di rumah sakit seluruh dunia. Untuk mencegah infeksi

Pemerintah Indonesia bersedia untuk melalui perundingan dengan negara yang bersangkutan menetapkan suatu garis batas sesuai dengan prinsip-prinsip hukum dan