• Tidak ada hasil yang ditemukan

TADBIR URUS MODAL SOSIAL DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN PELAJAR DESA SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TADBIR URUS MODAL SOSIAL DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN PELAJAR DESA SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

726

TADBIR URUS MODAL SOSIAL DAN PENCAPAIAN PENDIDIKAN

PELAJAR DESA SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH

Noraniza Binti Yusoff1

ABSTRAK

Penyertaan dalam tadbir urus merupakan mekanisma hubungan manakala dalam konsep modal sosial penyertaan adalah dimensi modal sosial. Urus tadbir dalam pendidikan telah melalui pembaharuan dan turut melibatkan aspek modal sosial khususnya untuk meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah. Kajian yang dilakukan ke atas 867 orang pelajar sekolah menengah di negeri Kedah ini telah dijalankan bagi tujuan menentukan bagaimana dimensi-dimensi modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan menggunakan kaedah campuran berurutan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati maklumat dan komunikasi mempunyai hubungan dengan pencapaian pendidikan pelajar sekolah menengah yang dikaji di negeri Kedah. Walau bagaimanapun perpaduan dan penyertaan sosialyang merupakan aspek penting dalam tadbir urus tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian pendidikan pelajar. Implikasi dari fenomena ini dicadangkan supaya datuk bandar atau pentadbir di kawasan kerajaan tempatan turut terlibat dalam dasar dan program yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan. Dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini tadbir urus menjadi unsur penting dalam meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah dengan menjadikan datuk bandar sebagai salah satu dari entiti yang mengawal daerah sekolah.

Katakunci: Tadbir urus, modal sosial, pencapaian pendidikan, pelajar, sekolah

PENGENALAN

Mundy (2009) menggambarkan bahawa sejak dua puluh yang lalu pembaharuan kepada cara yang sistem pendidikan adalah diurus dan ditadbir telah dicuba merentasi sebahagian besar negara di dunia.Pembaharuan ini biasanya dikeluarkan pada satu agenda tadbir urus “ideal” yang termasuk pemusatan kuasa, penciptaan perkongsian awam-swasta dan kepelbagaian dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan dan pengawasan aras-tempatan. Pembaharuan tadbir urus demikian adalah berakar dalam idea bahawa pengawasan aras-tempatan dalam perkhidmatan meningkatkan kecekapan sistem pendidikan dalam mengeluarkan modal manusia berkemahiran terutamanya di kalangan orang paling miskin. Di samping agenda kecekapanpemikir pembangunan kontemporari telah memberikan penekanan tinggi pada perkongsian dan penyertaan untuk pencapaian dalam akauntabiliti awam (tadbir urus yang baik) dan demokrasi. Dalam pendidikan seperti dalam sektor yang lain, kepentingan penglibatan masyarakat sivil telah menjadi ciri utama dalam agenda pembaharuan pembangunan tadbir urus komuniti.

1

(2)

727

Laporan Pembangunan Dunia oleh Bank Dunia 2004 “Membuat Perkhidmatan Berkerja Untuk Orang Miskin” dan laporan Pasukan Petugas Projek Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Pendidikan (2005), agenda pembaharuan tadbir urus termasuk: pengagihan kuasa dalam kewangan dan pengurusan pendidikan, penglibatan ibu bapa dalam pengurusan berasaskan sekolah, peruntukan dalam maklumat yang lebih baik ke atas prestasi sekolah dan pencapaian pelajar kepada ibu bapa dan komuniti, pengenalan mekanisma pilihan (termasuk mekanisma berasaskan permintaan)dan perkembanganperuntukan perkhidmatan awam-swasta dan NGO untuk merangsang persaingan dan capaian sistem. Kebanyakan projek semasa dalam pendidikan asas termasuk dua matlamat pembaharuan: pengagihan kuasa kewangan kepada kerajaan tempatan (80%) dan pengenalan mekanisma pengurusan aras-tempatan (90%) (Mundy, 2009).

Sektor pendidikan bergantung pada fahaman bahawa mekanisma akauntabiliti aras-tempatan dan tadbir urus yang menjalankan pengagihan kuasa akan menggerakkan suara rakyat dalam pencapaian bagi Pendidikan Untuk Semua.Karya-karya menunjukkan tiga “jenis ideal” hubungan antara negara, tatanegara, rejim kewarganegaraan dan bentuk kelayakan pendidikan.Demokrasi sosial yang sangat terancang dan bentuk sekular dalam agensi politik kolektif dan parti berhaluan kiri yang berkembang dengan baik pada peringkat kebangsaan, mempunyai sistem pendidikan yang adalah dengan ekstrem dibiayai dengan baik dan berpusat secara pentadbiran. Negara ini mencapai aras tinggi dalam pencapaian dan kesamaan yang tinggi dalam pencapaian dalam sistem pendidikan mereka dan sedikit pembiayaian untuk peruntukan swasta. Mereka juga mendedikasikan sumber yang besar untuk sistem dalam penyamaan dan perlindungan pendapatan yang menbataskan ketidaksamaan ekonomi dan menjamin satu piawaian kehidupan bersama (Mundy, 2009). Dalam aspek yang lain modal sosial dan tadbir urus juga dibincangkan seperti dalam tulisan oleh Findlay (2009) yang menunjukkan bahawa tadbir urus diperlukan bagi menangani ketidaksamaan dalam modal sosial. Manakala Bull dan Jones (2006) menggambarkan pertumbuhan semula di United Kingdom cuba menggunakan modal sosial dari rangkaian dan pertubuhan dalam sistem baru tadbir urus menghubungkan agensi kerajaan pusat, majlis tempatan dan sukarelawan tempatan serta kumpulan komuniti.Carey dan Lawson (2011) menyatakan bahawa tadbir urus hubungan menggalakkan pembeli dan pembekal untuk bekerja ke arah manfaat bersama melalui norma-norma fleksibiliti, perpaduan dan perkongsian maklumat.

ULASAN KARYA

Carey dan Lawson (2011), melalui kerangka konseptual berkenaan pengurusan rantaian bekalan dan teori modal sosial (Social Capital Theory/SCT). Hasil kajian menunjukkan bahawa tadbir urus hubungan membawa kepada pembentukan modal sosial di bawah keadaan ketidakpastian bekalan tetapi adalah tertakluk kepada sikap pandai mengambil kesempatan apabila permintaan keluaran pengguna ialah tidak menentu. Sebaliknya, dalam keadaan ketidakpastian permintaan tinggi, tadbir urus kontrak ialah berkenaan dengan pembentukan modal sosial. Pengurus perlu menimbang cara pilihan mekanisme tadbir urus (kontrak atau hubungan) yang menyumbang kepada modal sosial dan menonjolkan sifat bergantung dalam mekanisme ini bergantung pada konteks alam sekitar.

Xia (2011), norma subjektif dan rangkaian objektif modal sosial merapatkan meliputi kepercayaan umum dan penyertaan dalam rangkaian sosial inklusif mempunyai satu kesan

(3)

728

penting dan positif ke atas prestasi tadbir urus walaupun selepas mengawal pengaruh lokasi kawasan, jarak ke bandar pasaran, saiz kampung dan aras pembangunan ekonomi kampung. Kampung yang mempunyai modal sosial merapatkan cenderung untuk mengalami tadbir urus yang baik oleh Jawatankuasa Kampung dari segi empat dimensi tadbir urus: tindakbalas Jawatankuasa Kampung, pengurusan pengagihan tanah, percukaian dan perbelanjaan kebajikan sosial dan barangan awam. Keputusan kajian menunjukkan bahawa modal sosial merapatkan seperti yang ditunjukkan dalam kepercayaan umum dan rangkaian sosial inklusif secara positif mempengaruhi prestasitadbir urus setiap kampung yang ditinjau. Modal sosial ikatan seperti yang ditunjukkan dalam kepercayaan khusus dan rangkaian sosial eksklusif memberi kesan secara negatif ke atas prestasi tadbir urus kawasan luar bandar China.

Huppe dan Creech (2012), tadbir urus berangkaian menganjurkan proses-proses pembelajaran interaktif. Apabila masalah mencapai satu aras tertentu dalam kerumitan, ia adalah difikirkan bahawa keupayaan untuk menyelesaikan masalah adalah dengan meluas diagihkan seluruh aktor saling bergantungan dari skala berbeza dan sektor masyarakat. Hanya dengan berinteraksi secara bersama-sama melalui proses-proses tadbir urus berangkaian yang mengalakkan unsur-unsur kepercayaan, sifat timbal balik dan model-model mental dikongsi, persepsi masalah hubungan dan kemahiranhubungan yang aktor dapat menyelaraskan strategi mereka mengikut visi dikongsi berkenaan pembangunan mampan dan mencapai matlamat bersama yang adalah saling memberi manfaat sertamenjadi matlamat secara kolektif. Melalui keadaan ini membolehkan situasi organisasi berkenaan modal sosial dan kognisi kolektif yang boleh merangkaikan inisiatif tadbir urus dan membenarkan penciptaan nilai dikongsi serta tadbir urus refleksif.

Teles (2012), penyelidikan menunjukkan bahawa institusi boleh menggalakkan modal sosial yang menetapkan asas untuk menggalakkan penglibatan rakyat dalam politik tempatan. Rekabentuk institusi yang membuat tadbir urus penyertaan wajar boleh merangkumi keperluan “proses pedagogi” yang mencipta kepercayaan dan menggalakkan kewujudan dalam satu set tertentu nilai tidak formal atau norma dikongsi di kalangan ahli dalam satu kumpulan yang membenarkan kerjasama antara mereka. Satu rekabentuk institusi sesuai dalam kerajaan tempatan yang memperbaiki penyusunan tadbir urus penyertaan mungkin menggalakkan modal sosial dengan demikian menetapkan sinario yang amat diperlukan yang membolehkan menangani pertukaran dari ‘kerajaan ke tadbir urus’pada peringkat tempatan.

Boon (2010), isu-isu yang berkaitan dengantadbir urus dalam dasar pendidikan prasekolah di Malaysia termasuk kesinambungan atau kelestarian dalam dasar, inklusif dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, perhatian kepada penduduk rentan (lemah), penyebaran dalam dasar dan program, akauntabiliti dalam tadbir urus, penyelarasan pelaksanaan dan pembiayaian. Manakala Frost & Sullivan (n.d.), perlu ada satu mekanisma tadbir urus yang baik yang benar-benar telus kepada semua stakeholder termasuk

Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan. Badan tadbir urus

harus mengawasi dan mengurus semua inisiatif yang berkaitan dengan ICT dalam pendidikan.

Suhaimi Ismail et al. (n.d.), tadbir urus teknologi maklumat boleh dilaksanakan melalui satu kerangka struktur, proses dan mekanisma hubungan. Struktur merangkumi peranan dan tangungjawab, struktur organisasi teknologi maklumat, CIO on Board, jawatankuasa strategi teknologi maklumat dan jawatankuasa kemudi teknologi maklumat. Proses merujuk pada

(4)

729

Perancangan Sistem Maklumat Strategik, (IT) BSC, Ekonomi Maklumat, SLA, COBIT dan model kematangan tadbir urus atau penjajaran ITIL. Mekanisme hubungan termasuk penyertaan aktif dan kerjasama antara stakeholder utama, ganjaran dan insentif perkongsian, Perniagaan/lokasi Bersama Teknologi Maklumat, perniagaan silang-fungsi/ latihan dan putaran Teknologi Maklumat. Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa penyertaan dalam tadbir urus merupakan mekanisma hubungan manakala dalam konsep modal sosial penyertaan adalah dimensi modal sosial.

METOD KAJIAN

Kajian ini merupakan penyelidikan asas bertujuan untuk menjelaskan kenapa modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan masyarakat desa. Jenis kajian ini ialah causal

research iaitu kajian hubungan sebab akibat yang menyiasat kesan satu atau lebih

pembolehubah ke atas satu atau lebih pembolehubah akibat. Jenis penyelidikan ini juga menentukan jika wujud satu pembolehubah menyebabkan satu lagi pembolehubah berlaku atau berubah. Dimensi masa dalam kajian ini ialah kajian kes pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian secara mendalam dibuat melibatkan empat buah sekolah di negeri Kedah dan jumlah sampel ialah seramai 867 responden. Pendekatan kajian ini ialah pragmatisme di mana menggunakan kaedah campuran urutan untuk mengutip dan menganalisis data. Pendekatan kuantitatif adalah melalui tinjauan menggunakan borang kaji selidik. Persampelan kajian adalah berbentuk persampelan bertujuan merupakan satu teknik persampelan bukan kebarangkalian di mana penyelidik memilih unit yang akan disampel berdasarkan pertimbangan pengetahuan dan profesional. Kajian ini cuba mencapai objektif iaitu menentukan bagaimana dimensi-dimensi modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan. Ho ialah tidak terdapat hubungan antara pembolehubah modal sosial (maklumat dan komunikasi, serta perpaduan dan penyertaan sosial) dengan pencapaian/kecemerlangan pelajar. Maklumat dan komunikasi serta perpaduan dan penyertaan sosial adalah dimensi modal sosial. Manakala pencapaian pendidikan pula dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan terkini pelajar. Analisis kajian melibatkan kekerapan, peratusan dan korelasi Kendall’s tau_b.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Responden

Jadual 1 menunjukkan jantina perempuan ialah 466 orang iaitu 53.7 peratus daripada jumlah bilangan pelajar sekolah. Oleh itu, responden dikalangan pelajar perempuan adalah melebihi responden dikalangan pelajar lelaki. Jadual 2 menunjukkan pelajar Melayu ialah 777 orang iaitu 89.6 peratus daripada jumlah bilangan pelajar sekolah. Terdapat empat orang pelajar Siam iaitu 0.5 peratus daripada jumlah bilangan pelajar sekolah. Pelajar Melayu merupakan responden yang paling ramai berbanding dengan responden dari bangsa atau ras yang lain. Dalam Jadual 3 menunjukkan terdapat 787 orang pelajar beragama Islam dalam sampel iaitu 90.8 peratus daripada jumlah bilangan pelajar sekolah. Terdapat dua orang pelajar yang tidak menganuti agama iaitu 0.2 peratus daripada jumlah bilangan pelajar sekolah. Oleh itu, responden kajian adalah lebih ramai dikalangan pelajar sekolah yang beragama Islam berbanding dengan pelajar sekolah yang menganuti agama lain.

(5)

730 Jadual 1: Jantina pelajar sekolah kajian

Jantina Kekerapan (n) Peratusan (%)

Lelaki 368 42.4

Perempuan 466 53.7

Tidak Ditentukan 33 3.8

Jumlah 867 100

Jadual 2: Kategori bangsa pelajar sekolah kajian

Bangsa Kekerapan (n) Peratusan (%)

Melayu 777 89.6 Cina 48 5.5 India 3 0.3 Siam 4 0.5 Tidak Ditentukan 35 4.0 Jumlah 867 100

Jadual 3: Kategori agama pelajar sekolah kajian

Agama Kekerapan (n) Peratusan (%)

Islam 787 90.8 Kristian 4 0.5 Buddha 53 6.1 Tiada 2 0.2 Tidak Ditentukan 21 2.4 Jumlah 867 100

Hubungan Tadbir Urus Modal Sosial Dengan Pencapaian Pendidikan

Pencapaian atau kecemerlangan pelajar dengan perpaduan dan penyertaan sosial mempunyai Kendall’s tau_b (τb) 0.043, aras signifikan (p) ialah 0.05, lebih daripada 0.05 (p> 0.05) (p = 0.087). Hipotesis null tidak boleh ditolak dan tidak ada perkaitan antara pencapaian kecemerlangan pelajar dengan perpaduan dan penyertaan sosial. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis Kendall’s tau_b. Pencapaian atau kecemerlangan pelajar dengan perpaduan dan penyertaan sosial mendapati tidak ada perkaitan antara pencapaian kecemerlangan pelajar dengan perpaduan dan penyertaan sosial. Berbeza dengan Seethamraju dan Borman (2009), hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi akademik dipengaruhi oleh kemahiran dan pengetahuan ahli-ahli individu, perpaduan sosial berpotensi di kalangan ahli-ahli kumpulan dan keupayaan pengurusan tugas dipertimbangkan di peringkat pembentukan kumpulan. Manakala Warwick (1964) mendapati perpaduan adalah berkait secara negatif dengan peningkatan. Sel rendah menunjukkan peningkatan lebih baik daripada sel indeks-tinggi/perpaduan-rendah.Wong dan Shen (2013) menggambarkan bahawa dalam membuat perbandingan dengan purata seluruh negeri telah diakui bahawa daerah yang sebahagian besarnya dikawal datuk bandar mesti mendidik pelajar yang berhadapan dengan keperluan yang lebih besar daripada rakan sebaya mereka di tempat lain dalam negeri mereka.Daerah yang

(6)

731

dipimpin oleh datuk bandar adalah terlibat dalam peruntukan sumber strategik menggunakan data yang merangkumi tempoh 15 tahun yang menghasilkan penemuan bahawa daerah yang lebih besar kemungkinan melabur dalam aspek yang berkenaan dengan guru dan menghabiskan lebih peruntukan ke atas arahan serta mempunyai nisbah guru-murid yang lebih kecil. Peruntukan dalam peratusan yang lebih besar dalam sumber untuk perkhidmatan sokongan pelajar dan mempunyai peratusan pendapatan yang lebih besar daripada sumber negara serta sebaliknya peratusan yang lebih kecil dalam pendapatan daripada sumber tempatan. Fenomena ini didapati menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 5: Matriks koefisien korelasi (hubungan) Kendall’s tau_b (τb) Pencapaian/ kecemerlangan pelajar Perpaduan dan Penyertaan Sosial Kendall’s tau_b Pencapaian/ kecemerlangan pelajar Koefisien korelasi Sig. (1-tailed) n 1.000 867 0.043 0.087 867 Perpaduan dan Penyertaan Sosial Koefisien korelasi Sig. (1-tailed) n 0.043 0.087 867 1.000 867 * Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (1-tailed)

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (1-tailed)

Jadual 6: Matriks koefisien korelasi (hubungan) Kendall’s tau_b (τb) Pencapaian/ kecemerlangan pelajar Maklumat dan Komunikasi Kendall’s tau_b Pencapaian/ kecemerlangan pelajar Koefisien korelasi Sig. (1-tailed) n 1.000 867 0.054* 0.043 867 Maklumat dan Komunikasi Koefisien korelasi Sig. (1-tailed) n 0.054* 0.043 867 1.000 867 * Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (1-tailed)

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (1-tailed)

Pencapaian dan kecemerlangan pelajar dengan pembolehubah maklumat dan komunikasi adalah pada aras signifikan 0.05 (p = 0.05) (p = 0.043) dan bilangan responden

(7)

732

bagi pembolehubah pencapaian atau kecemerlangan pelajar dengan maklumat dan komunikasi ialah 867. Jadual 6 menunjukkan hasil analisis Kendall’s tau_b. Hipotesis null boleh ditolak dan terdapat perkaitan antara pencapaian kecemerlangan pelajar dengan maklumat dan komunikasi. Keputusan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dengan pembolehubah maklumat dan komunikasi menunjukkan terdapat perkaitan antara pencapaian kecemerlangan pelajar dengan maklumat dan komunikasi. Hasil kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Chandra dan Lloyd (2008) yang menunjukkan ICT, melalui campurtangan e-learning boleh meningkatkan prestasi pelajar sebagaimana diukur dalam skor ujian. Secara kritikal, perbaikan ini adalah bukan global, dan sesetengah pelajar menunjukkan pengurangan hasil berangka walaupun keseronokan dilaporkan dari persekitaran diubah. Sementara beberapa orang pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam persekitaran e-learning, yang lain dikenal pasti bebas dan berperaturan sendiri sebagaimana perubahan dialu-alukan dan penting kepada pembelajaran mereka. Jankaukas dan Seputiene (2007) dalam tulisan berkenaan prestasi ekonomi menggambarkan modal sosial boleh meningkatkan hasil ekonomi secara tidak langsung melalui saluran politik di mana keputusan kajian menunjukkan indikator modal sosial dan kerajaan adalah berkaitan dengan prestasi ekonomi. Xia (2011) mengemukakan bahawa kepercayaan umum dan penyertaan dalam rangkaian sosial inklusif mempunyai kesan yang signifikan dan positif terhadap prestasi kerajaan walaupun selepas mengawal pengaruh lokasi kawasan, jarak ke pekan pasaran, saiz kampung dan aras pembangunan ekonomi kampung.Manakala, Hofman et al. (2002) mendapati bahawa perpaduan antara gabenor sekolah, pemimpin sekolah, guru dan komuniti sekolah (ibu bapa) mengeluarkan satu rasa kemasyarakatan yang akan dapat membentuk keadaan dalam sekolah dan memberikan kesan positif kepada pencapaian murid.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Responden dari pelajar perempuan adalah lebih daripada responden dari kalangan pelajar lelaki. Hampir semua responden adalah beragama Islam dan dari kalangan pelajar Melayu. Maklumat dan komunikasi merupakan unsur modal sosial yang dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan di kalangan pelajar. Dalam aspek perpaduan dan penyertaan sosial sepertimana yang dikemukakan oleh Wong dan Shen (2013) berkenaan dengan penglibatan datuk bandar untuk meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui menyediakan peruntukan kepada guru dan perkhidmatan sokongan pelajar boleh membantu meningkatkan modal sosial pelajar dan pihak yang terlibat dalam urus tadbir bandar. Daerah yang mempunyai kawalan datuk bandar ke atas sekolah secara umumnya dapat memperbaiki prestasi akademik seluruh daerah berbanding dengan negara. Kawalan datuk bandar mempunyai kesan positif penting ke atas pencapaian pelajar khususnya bandaraya besar dan golongan minoriti juga mempunyai peluang untuk mendapat faedah dari dasar ini. Perbaikan dalam pencapaian adalah sangat besar hasil dari penglibatan datuk bandar dan bagi mengatasi kekurangan dalam kawalan datuk bandar di sekolah, telah muncul keperluan kepada menyambungkan sekolah dengan institusi sosial dan awam yang lain. Datuk bandar juga perlu sangat menggalakkan kerjasama merentasi sektor berbeza untuk memperbaiki keseluruhan kualiti hidup dalam kawasan kejiranan bandar. Oleh itu, langkah ini juga perlu dijalankan di kawasan luar bandar di mana melibatkan pentadbir di kawasan untuk turut terlibat dalam dasar yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah. Dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini, tadbir urus menjadi salah satu aspek penting untuk meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah.Bagi kajian masa depan, dicadangkan pengkaji seterusnya menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian bagi tujuan generalisasi. Entiti-entiti seperti persatuan,

(8)

733

kumpulan dan kelab adalah berguna sebagai satu ruang yang membolehkan sambungan antara pelajar-pelajar dengan ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya. Pihak sekolah dan ibu bapa perlu mengambil fungsi untuk membantu pelajar-pelajar sekolah untuk menjadikan modal sosial pelajar berkesan dalam meningkatkan pencapaian pendidikan. Aktiviti-aktiviti pelajar yang melibatkan kawan rapat atau kenalan juga perlu dijalankan di samping aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui ikatan kuat.

RUJUKAN

Boon, N. S. (2010). Governance of education related ECCE policies in Malaysia. International Journal

of Child Care and Education Policy, Vol. 4, No. 1, 45-57.

Bull, A. C. dan Jones, B. (2006). Governance and social capital in urban regeneration: a comparison between Bristol and Naples. Urban Studies, Vol. 43, No. 4, 767-786, April 2006.

Carey, S. dan Lawson, B. (2011). Governance and social capital formation in buyer-supplier relationships. Journal of Manufacturing Technology Management, Vol. 22, Iss 2, pp. 152-170. Findlay, T. (2009). Social capital and local governance regimes: early childhood development

rountables in British Columbia. Paper presented at the 2009 Annual Meeting of the Canadian

Political Science Association, Carleton, University, May 28, 2009. Atas talian pada 13 Oktober 2014, dari http://www.cpsa-acsp.ca/papers-2009/Findlay.pdf

Frost & Sullivan. (n.d.). Policy on ICT in education Malaysia. Atas talian pada 16 Oktober 2014, dari http://www.mscmalaysia.my/sites/default/files/pdf/publications_references/Policy%20on%20I CT%20in%20Education%20Malaysia%202010.pdf

Huppe, G. A. dan Creech, H. (2012). Developing social capital in networked governance initiatives: A

lock-step approach. The International Istitute For Sustainable Development report June 2012.

Atas talian pada 14 Oktober 2014, dari

http://www.iisd.org/sites/default/files/pdf/2012/developing_social_capital_network_gov.pdf Hofman, R. H., Hofman, W. H. A. dan Guldemond, H. (2002). School governance, culture, and

student achievement. International Journal of Leadership in Education, Vol. 5(3), 249-272. Jankaukas, V. dan Seputiene, J. (2007). The relation between social capital, governance and

economic performance in Europe. Business: Theory and Practice, Vol. VIII(3), 131-138. Mundy, K. (2009). Civil society and its role in the achievement and governance of “education for all”.

Discussion Paper, EFA Global Monitoring Report 2009. Atas talian pada 12 Oktober 2014, dari http://unesdoc.unesco.org/images/0017/001780/178020e.pdf

Purdue, D. (2001). Neighbourhood governance: leadership, trust and social capital. Urban Studies, Vol. 38(2), 2211-2224.

Suhaimi Ismail, Rose Alinda Alias dan Azizah Abd. Rahman. (n.d.). IT governance implementation in

the Malaysian Ministry of Education. Atas talian pada 16 Oktober 2014, dari

http://comp.utm.my/pars/files/2013/04/IT-Governance-Implementation-in-the-Malaysian-Ministry-of-Education.pdf

Wong, K. K. dan Shen, F. X. (2013). Mayoral governance and student achievement: how mayor-led

district are improving school and student performance. Atas talian pada 10 November 2014,

dari http://cdn.americanprogress.org/wp-content/uploads/2013/03/MayoralControl-6.pdf Xia, M. (2011). Social capital and rural grassroots governance in China. Journal of Current Chinese

Referensi

Dokumen terkait

Penulis juga berharap laporan ini dapat bermanfaat dan memberikan solusi dalam meningkatkan penjualan dan mengenalkan makanan vegetarian kepada non-vegetarian lewat

Dalam penelitian ini, peneliti mengambil lokasi di kantor Unit Pengembangan Karir dan Kewirausahaan (UPKK) Universitas Brawijaya Malang. Alasan penelitian dilakukan di lokasi

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat melalui metode pelatihan keterampilan berbahasa Inggris ini diharapkan bisa diselenggarakan dengan durasi yang lebih lama agar

Program pelayanan prima terbukti telah diterapkan pada setiap tenaga kerja di Rumah Sakit Dustira karena pada tahun 2018 Rumah Sakit Dustira telah memperoleh Sertifikat

“jadi kami bersyukur berjalan 12 tahun ternyata tidak di Indonesia saja, tapi kita mampu mengibarkan bendera di 8 negara, jadi mulai dari Indonesia, Malaysia, Filipina,

pengumpulan data di lapangan sampai peneliti mendapatkan seluruh data. 13 Dengan penelitian kualitatif deskriptif ini, peneliti berusaha mengungkap manajemen

Triatmodjo, 2002:9-13 2.4 Metode Beda Hingga Skema Eksplisit untuk Model Reaksi-Difusi Turing Metode beda hingga mendefinisikan suatu wilayah variabel bebas dalam persamaan

Etika sosial merupakan sistem nilai yang berhubungan dengan sesuatu yang dianggap baik atau buruk dan pantas atau tidak pantas dalam masyarakat. Penerapan etika sosial