• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menilai Semula Peranan Gerakan Islam dal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menilai Semula Peranan Gerakan Islam dal"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Pendekatan Maqasid Syariah: Menilai Semula Peranan Gerakan Islam dalam Proses Pembinaan Negara Bangsa

Dr. Jasser Auda dalam sebuah wacana yang bertajuk “Maqasid Al-Syariah and Its Application in Nation Building” yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia di ibu pejabatnya di Seri Kembangan menyeru agar gerakan Islam menyelaraskan kembali

objektif dan perjuangan mereka agar selari dengan perkembangan aliran pemikiran

Islam yang terkini. Dr. Jasser Auda yang merupakan salah seorang sarjana yang

membahaskan pendekatan Maqasid Syariah menjelaskan bahawa setiap gerakan Islam

perlu memainkan peranan yang optimum dalam proses pembinaan negara bangsa. Hal

ini supaya setiap pemimpin yang lahir dari gerakan Islam berupaya untuk menjadi

pemimpin kepada sebuah negara bangsa, dan bukannya hanya menjadi pemimpin yang

tersepit dengan ideologi Islam semata-mata.

Menurut Dr. Auda lagi, pembinaan sebuah negara Islam sebenarnya perlu

diselarikan dengan pembinaan sebuah negara bangsa, dan bukannya membina negara

Islam dalam negara bangsa. Umat Islam tidak lagi boleh lari daripada berpegang kepada

prinsip negara bangsa yang diamalkan oleh setiap negara pada hari ini. Konsep negara

bangsa yang digunapakai hari ini bukanlah berasaskan agama sebaliknya adalah

bercirikan kedaulatan, wilayah, sempadan, perlembagaan, dan kebangsaan tidak lagi

boleh dinafikan. Negara-negara yang mengaku merupakan negara Islam termasuklah

Malaysia pada hari ini bukanlah negara Islam dalam erti kata yang sebenarnya dan

penyatuannya bukanlah bersifat penyatuan ummah, sebaliknya hanyalah negara-negara

bangsa yang telah dipisah-pisahkan dan tidak lagi bersatu. Maka, gerakan Islam hari ini

berhadapan dengan sebuah situasi negara yang mana memerlukan kepada sebuah

pembinaan semangat kebangsaan dan perlu berhadapan dengan kepelbagaian etnik dan

agama.

Maka, ulama kontemporari seperti Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi sarjana Muslim telah memperkenalkan sebuah konsep yang dinamakan sebagai “ad-Daulah Al-Madaniyyah” ataupun negara sivil. Dalam konteks ini, Islam akan menjadi rujukan kepada negara. Hakikatnya, realiti dunia pada hari ini tidak membolehkan sebuah

(2)

akan terdapat banyak perbezaan yang tidak sama rata yang harus diimplementasikan

dalam sebuah negara Islam. Contohnya adalah Muslim perlu membayar zakat dan

menyertai tentera, polis, dan mahkamah, sedangkan bukan Muslim pula perlu

membayar jizyah dan tidak layak untuk menyertai ketenteraan dan badan kerajaan yang lain. Hal ini tentu sekali sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah negara bangsa hari ini

kerana setiap negara hari ini mendukung semangat ekualiti manakala perlembangaan

pula berfungsi sebagai sebagai autoriti tertinggi dalam negara.

Menurut Dr. Jasser Auda, gerakan Islam pada hari ini perlu memainkan peranan

signifikan dalam proses pembinaan negara bangsa. Gerakan Islam perlu dilihat relevan

dalam membantu pembinaan negara bangsa dengan membantu mencipta sebuah negara

bangsa yang utuh dan kuat. Dalam konteks Malaysia, apa yang perlu dilakukan oleh

gerakan Islam adalah dalam memainkan peranan dalam membina jambatan

penghubung antara Muslim dan juga bukan Muslim yang terdiri daripada latar belakang

etnik dan agama yang berbeza. Misi bagi sebuah gerakan Islam di Malaysia seharusnya adalah untuk melahirkaan rakyat Malaysia yang kuat atau “strong Malaysian”. Dalam memberikan gambaran dalam hal ini, Dr. Jasser menyatakan sekiranya Malaysia mempunyai “strong Malaysian”, maka kekuatan tersebut akan boleh mempengaruhi negara-negara di luar selain Malaysia. Malaysia akan mampu membantu menyelesaikan

masalah yang berlaku di negara Arab, dan menggunakan pengaruhnya untuk

menyelamatkan saudara-saudara Muslim di negara lain yang ditindas.

Dalam erti kata yang lain, sebuah negara Malaysia yang kuat akan melahirkan

sistem pendidikan yang kukuh, sistem sosial yang lebih terpelihara, sistem politik yang

lebih subur, dan lagi membolehkan kelangsungan institusi Islam dan dakwah terus

berjalan dengan rancak. Sebuah pembinaan negara bangsa yang lemah dan gagal

menurut Dr. Auda hanya akan melemahkan lagi penyatuan Islam. Hal ini boleh diteladani daripada fenomena “Arab Spring” yang melanda dunia Arab pada 2011 yang memperlihatkan rakyat bangkit menentang sistem pemerintahan diktator di beberapa

negara Arab, yang kemudiannya menyaksikan kemenangan gerakan Islam sebagai parti

pemerintah yang baru seperti di negara Mesir dan Tunisia. Kemenangan gerakan Islam

Ikhwan Muslimin di Mesir umpamanya telah membawa agenda pembangunan negara

(3)

agenda ini gagal kerana asas kepada pembinaan Mesir moden adalah negara bangsa dan

bukannya negara Islam.

Beliau akhirnya mencadangkan agar gerakan Islam di Malaysia perlu mula

membina hubungan baik yang utuh dengan masyarakat berbilang etnik serta membina

kekuatan ekonomi yang mampan. Dengan cara ini, maka syariah juga dapat ditegakkan.

Beliau menyeru agar pelaksanaan syariah pada hari ini perlu dilihat dalam konteks yang

lebih meluas di mana pembinaan negara bangsa yang kukuh serta sistem ekonoi yang

mampan juga merupakan salah satu daripada tuntutan yang akan memenuhi matlamat

syariah. Apa yang lebih penting bagi gerakan Islam pada hari ini adalah untuk

mengatasi isu kebuluran, kemiskinan, dan buta huruf. Ini adalah nilai Islamik yang perlu

ditonjolkan oleh gerakan Islam. Agenda pembangunan, isu hak asasi manusia juga

adalah sebahagian dari kerangka syariah yang meluas jika dilihat dari konteks Maqasid

Syariah. Jalan penyelesaian bagi membolehkan gerakan Islam dilihat terus relevan

adalah dengan memulakan dengan membina negara bangsa yang kuat.

By: Muhamad Helmy Sabtu

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti etnik tempatan dalam pasaran tumbuhan ubatan memberi impak yang besar kepada keberterusan penggunaan tumbuhan ubatan

Dari keterangan di atas secara nyata telah membuka pintu lebar-lebar bagi masuknya kekuasaan eksekutif dan legislatif, yakni pengangkatan panitia seleksi oleh

Nilai korelasi genetik PBBH pascasapih dengan W/A juga memiliki nilai yang positif tinggi dan handal sama seperti korelasi antara berat akhir dengan W/A..

Penerapan pembelajaran Kewirausahaan di STAI Daruttaqwa Pada awalnya mata kuliah ini hanya mata kuliah yang diisi dengan teori-teori kewirausahaan setleh berjalan

Hasil pengumpulan tugas karya dari 29 siswa ternyata yang mengumpulkan tugas hanya 17 siswa (58, 6 %) dimana sangat jauh dari target yang ada bahkan dapat di simpulkan bahwa siswa

1) Kita akan dipandang sebagai orang yang cerdas karena memiliki kemampuan yang sama dengan orang asing. 2) Jadi, saya tetap tidak setuju jika bahasa Inggris menjadi alat

Faktor-faktor yang berhubungan dengan berat badan bayi saat lahir antara lain usia ibu hamil, jarak kehamilan, jumlah anak yang dilahirkan, status gizi ibu hamil (kenaikan