TAHAP PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DAN INTERAKSI SOSIAL DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SMJK(C) NEGERI MELAKA
Mohd Faizal Mat Pesa
1, Mohamad Zaid Dzakaria
2, Mohd Tony Saidi
3, Syamsidar Ahmad
4&
Mohd. Isa Hamzah
5Politeknik Merlimau, Melaka
1[email protected]
MRSM Terendak, Melaka
2,3,4[email protected]
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
5[email protected]
Abstrak
Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan di Malaysia dan sekolah adalah agen kepada hasrat murni
tersebut. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu dan tahap Interaksi
Sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar di SMJKC Negeri Melaka. Selain itu, kajian juga akan
menganalisa hubungan antara tahap penggunaan bahasa Melayu pelajar dengan tahap Interaksi mereka di
antara kaum. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Seramai 130
orang responden yang melibatkan tiga buah SMJKC di negeri Melaka telah terlibat dalam kajian ini. Data
telah dianalisis dengan menggunakan SPSS version 19.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan min
keseluruhan bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar berada pada tahap yang sederhana (min =
2.84) dan min keseluruhan tahap interaksi sosial antara pelajar berada pada tahap yang tinggi dengan nilai
(min = 3.54). Hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial pelajar
pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai (r = 0.525) dan kekuatan hubungan adalah
berada pada tahap yang tinggi.
Kata Kunci : Bahasa Melayu, Interaksi Sosial & Perpaduan Kaum
PENDAHULUAN
Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan kestabilan sesebuah negara khususnya dalam
bidang pendidikan. Perpaduan juga adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2017). Selain itu, pembentukan perpaduan prosesnya amat
kompleks dan memang sukar (Ting Chew Peh, 1987).Menurut Mior Khairul Azrin (2011), wujud jurang
pendidikan antara masyarakat apabila penggunaan Bahasa pengantar yang berlainan di sekolah.
Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan, manakala di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil,bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza
dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini. Sekolah vernakular akan menjadi isu yang amat sensitif
bila dibicarakan dan dilihat kurang berjaya sebagai agen perpaduan nasional (Muhyeddin Yassin,2014).
Interaksi kaum yang longgar juga menjadi masalah kepada proses perpaduan di Malaysia (Haris
Md Jadi 1990). Oleh itu modul bina bangsa akan diperkenalkan di SJK bagi mananggani kekurangan
interaksi dalam kalangan murid menurut menteri pendidikan Datuk Seri mahadzir Khalid (Malaysiakini,
2015). Interaksi sosial turut kelihatan semakin longgar apabila kerajaan meluluskan penubuhan universiti
berasaskan kaum atau parti politik seperti Universiti Tunku abdul Rahman (UTAR) kepunyaan parti
politik cina (MCA) pada tahun 2002 (Kementerian Pengajian Tinggi2006, 2007). Selain itu, Kolej Tunku
Abdul Rahman juga dibina berasaskan parti politik MCA namun tidak disenaraikan.Menurut Mohd
Riduan Tee (2010) hampir serratus peratus pelajar UTAR adalah terdiri daripada kaum cina.
Kita dapat lihat setiap kaum membawa hal masing-masing daripada pelbagai sudut seperti
sejarah, pendidikan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Boleh dikatakan kebanyakannya bersifat
perkauman. Ia telah berakar umbi sejak dahulu lagi, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Usaha ke arah
mengintegrasikan perpaduan berasaskan satu identiti nasional tidak dapat diterima oleh orang bukan
melayu (Mohd Riduan Tee, 2010). Oleh itu kerelevanan sekolah pelbagai aliran termasuklah sekolah
kebangsaan dan vernakular harus diteliti dan dikaji keupayaannya ke arah pembentukan perpaduan
nasional (Mior khairul Azrin, 2011).
PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat beberapa kajian yang membincangkan isu penggunaan bahasa Melayu dan interaksi sosial
pelajar di sekolah jenis kebangsaan sama ada peringkat rendah, menengah dan peringkat Institut
pengajian tinggi. Namun jumlah kajian yang dijalankan masih sedikit dan tidak menyeluruh. Jesteru,
jumlah kajian berkaitan isu ini perlulah bersifat semasa.
Penggunaan bahasa Melayu di sekolah vernakular masih rendah. Malah ada dikalangan pelajar di
sekolah Vernakular berkenaan gagal bertutur, apatah lagi menguasai bahasa Melayu. Sebagai contoh
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid lepasan Sekolah Jenis kebangsaan (SJK) tidak berjaya
menghasilkan murid bukan Melayu yang benar-benar menguasai bahasa kebangsaan (Berita Harian,
2014). Manakala kajian Najeemah (2005) mendapati murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
paling kurang bertutur dalam bahasa Melayu. Menurut kajian di SRJKC oleh Chew dan Lee (2009),
murid-murid cina kurang menggunakan bahasa Melayu disekolah.Hal ini kerana mereka gagal untuk
menguasai sebutan dan penulisan bahasa Melayu. Selain itu, kelemahan penguasaan bahasa Melayu
mereka juga disebabkan faktor ibu bapa yang tidak mengambil berat pelajaran mereka, sikap sendiri yang
menganggap bahasa itu tidak penting dan peluang bertutur dalam bahasa Melayu yang kurang (Chew,
2016).
Aspek interaksi sosial yang lemah antara pelajar di sekolah vernakular turut menjadi persoalan.
Adakah ia akan membantutkan proses perpaduan kaum?.Menurut menteri pendidikan Dato seri Mahadzir
Khalid, interaksi dalam kalangan murid di SJK masih berada pada tahap yang memuaskan (Malaysiakini,
2015). Sebagai contoh kajian Mohd Hanis (2015), mendapati masih ada jurang interaksi antara kaum di
SJK terutama pelajar daripada kelompok kumpulan etnik Melayu kebanyakan mempunyai masalah
interaksi dengan pelajar Cina dan India kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah.Manakala kajian
di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di sekitar daerah Sg.Petani oleh Najeemah (2005) turut mendapati
tahap interaksi sosial pelajar antara kaum masih longgar. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderug
bergaul dalam kelompok etnik yang sama.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan
Setiap kumpulan dalam masyarakat mempunyai pegangan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa
dan cara hidupnya sendiri namun mampu bergaul dengan kelompok yang lain menggunakan satu bahasa
yang difahami. Oleh itu, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa wajib mempelajari Bahasa
Melayu. Perkara ini jelas dinyatakan dalam akta pendidikan 1961 yang berteraskan kepada laporan Razak
dan laporan Rahman Talib yang menggariskan tiga asas utama iaitu pelaksanaan satu sistem pendidikan
yang seragam, Bahasa melayu sebagai Bahasa pengantar sekolah dan kurikulum serta peperiksaan adalah
sama dan bercorak kebangsaan (Mohamad Rodzi, 2009). Manakala mata pelajaran bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah jenis kebangsaan (Ramlah Adam 2014).
Mengikut Najeemah (2011), bahasa menjadi syarat utama dalam membentuk perpaduan di
Malaysia.Manakala Mohamad Rodzi (2009), berpandangan Bahasa Melayu sebagai alat pembentukan
identity nasional atau alat penyatuan kaum di Malaysia. Malah dengan kata lain, Bahasa Melayu
Perpaduan di Malaysia akan berjaya dilaksanakan sekiranya seluruh rakyatnya dapat bersatu di
bawah iltizam dan tekad yang sama, iaitu mewujudkan masyarakat yang muhibah. Kita hanya mampu
membina sebuah masyarakat muhibah sekiranya kita dapat berkomunikasi secara jelas dan santun.Di
sinilah Bahasa Melayu memainkan peranan yang sangat penting kerana bagi negara Malaysia yang
mengamalkan prinsip kesatuan dalam perbezaan, hanya Bahasa Melayu yang dapat berperanan sebagai lat
perpaduan.
Pendidikan Bahasa Melayu bermula dari sekolah lagi termasuklah di sekolah-sekolah kebangsaan
dan juga sekolah-sekolah vernakular. Terdapat beberapa kajian lepas berkaitan penggunaan Bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Kajian yang dilakukan oleh Ang Lay Hoon dan Che
Radiah Mezah (2012) mendapati pensekolahan pelajar Cina di sekolah kebangsaan memberikan peluang
kepada kanak-kanak pelbagai kaum untuk bergaul dan mendapat pendedahan sebenar kepada budaya dan
kaum yang merupakan langkah pertama ke arah perpaduan. Zulkifley dan Naidatul (2013) pula
menyatakan, walaupun terdapat penyalahgunaan dalam tatabahasa Bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar
bukan Melayu, percubaan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu itu sendiri telah menunjukkan
wujudnya nilai kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di sekolah.
Interaksi Sosial
Interaksi sosial merupakan aspek penting dalam membentuk perpaduan dalam sesebuah negara. Menurut
Najeemah Mohd Yusoff (2005) pada peringkat kanak-kanak lagi aspek interaksi sosial harus diterapkan
dan sekolah menjadi tempat yang paling sesuai untuk memupuk semangat pola interaksi sosial. Justeru,
sekolah merupakan tempat asas yang dapat membentuk perpaduan hasil daripada interaksi sosial dalam
pelbagai etnik yang ada. Menurut Najeemah Mohd Yusoff (2011), guru dan pentadbiran sekolah perlu
memainkan peranan yang sewajarnya untuk membentuk interaksi sosial di antara pelbagai kaum seperti
menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang boleh melibatkan pelajar pelbagai kaum bagi
mewujudkan komunikasi dan interaksi dalam kalangan pelajar.
Menurut Rosman md yusoff dan Kassim Thukimin (2009) interaksi sosial melibatkan hubungan
antara dua atau lebih individu atau kelompok di sesuatu tempat, setiap indivudi atau kelompok bertindak
balas di antara satu sama lain (Chew Peh Ting,1979).Manakala mengikut Rosman Md. Yusoff dan
Kassim Thukimin (2009) pula menyatakan interaksi sosial melibatkan hubungan antara dua atau lebih
saling mengangkat tangan apabila berselisih jalan ataupun berjabat tangan, melalui perbualan dan tingkah
laku dalam aktiviti bersukan, menonton wayang atau makan bersama.
Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukimin (2009) menyatakan kejayaan interaksi sosial
disebabkan beberapa faktor seperti sikap mereka yang berada dalam situasi interaksi sama ada bersedia
mewujudkan interaksi atau tidak, sifat interaksi itu sendiri sama ada bersifat persaingan atau kerjasama
dan situasi interaksi sama ada mendorong atau menghalang berlakunya etnik.Oleh itu, perpaduan kaum
akan terbentuk daripada keberkesanan proses interaksi kaum yang melibatkan aspek iklim interaksi di
antara etnik, kerjasama antara etnik dan juga melibatkan persaingan dalam kalangan etnik akademik,
sukan atau lain-lain aktiviti. Selain itu, interaksi sosial bukan berlaku anatara individu sahaja malah ia
juga melibatkan antara individu dan kelompok atau kelompok dengan kelompok yang lain.
OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di SMJK (C)?
2. Apakah tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan
interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang sempurna menjamin dapatan kajian yang baik bagi menjawab persoalan kajian.
Oleh yang demikian, reka bentuk kajian merupakan perancangan awal yang perlu dititikberatkan ketika
melakukan sesuatu kajian (Mohd Majid Konting , 2005). Manakala, menurut Mohd Najib Abdul Ghaffar
(1999), reka bentuk kajian ini membantu pengkaji mencari kaedah yang sesuai untuk menjalankan
penyelidikan agar pengkaji mendapat jawapan terhadap persoalan kajian atau menguji hipotesis yang
bentuk. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sebagai cara untuk mendapatkan maklumat serta
pandangan daripada responden berhubung tahap penggunaan bahasa dan interaksi sosial pelajar di
SMJKC Negeri Melaka. Kaedah kuantitatif ini menggunakan edaran borang soal selidik bagi
mendapatkan maklumat terperinci dan tepat terus daripada responden yang terlibat. Borang soal selidik
menurut Mohd Majid Konting (2005) adalah satu format yang diguna pakai untuk mendapatkan
maklumat secara langsung daripada responden tentang perkara yang hendak dikaji. Manakala menurut
Sulaiman Ngah Razali (1996), menyatakan bahawa soal selidik yang baik seharusnya mampu mencapai
objektif kajian, mendapatkan maklumat yang lengkap serta mampu mencapai tujuan kajian dengan
penggunaan kos yang rendah. Selain itu, borang soal selidik juga mudah dikelola dan merupakan alat
itu, bagi mengukuhkan dapatan kajian, pengkaji menjalankan sesi temubual dengan beberapa orang guru
daripada sekolah yang terlibat.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian yang ingin dilakukan di samping
membantu pengkaji menentukan jumlah sampel yang bertepatan (Noraini Idris, 2010). Manakala menurut
Mohd Majid Konting (2005), populasi kajian sangat penting untuk dikenal pasti sebelum kajian
dilakukan. Populasi bagi kajian ini adalah pelajar berbangsa Cina Tingkatan 4 daripada empat sekolah
yang terpilih. Manakala Sampel kajian ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan
dalam kajian. Sebelum kajian dijalankan, sampel telah dikenal pasti terlebih dahulu untuk memudahkan
perjalanan kajian.
Populasi kajian ini adalah meliputi pelajar tingkatan 4 seramai 631 orang iaitu pelajar SMJKC
Tinggi Melaka (151 orang), SMJKC Yok Bin (250 orang) dan SMJKC Norte Dame (230 orang).
Menurut Noraini Idris (2010), jumlah sampel yang melebihi 10 peratus daripada populasi sudah memadai
untuk mewakili sesuatu sampel kajian. Oleh itu, sampel bagi kajian ini adalah seramai 130 orang yang
dipilih berdasarkan pandangan yang diterima daripada sampel dianggap tepat sebagai kesimpulan
daripada populasi kajian.
Instrumen Kajian
Pemilihan instrumen adalah penting untuk mendapatkan malumat yang tepat dalam sesuatu kajian. Dalam
kajian ini, dua kaedah yang digunakan iaitu Soal selidik dan Temubual. Kedua-dua kaedah ini menjadi
instrumen untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang dibuat. Soal Selidik merupakan alat
ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan (Mohd Najib, 2004). Ia juga digunakan untuk
memperoleh maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal
selidik dijalankan dengan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dan diedarkan, ia dinamakan borang
soal selidik. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A (Demografi
Responden), bahagian B (Tahap Penguasaan Bahasa Melayu) dan bahagian C (Tahap Interaksi Sosial di
Antara Kaum). Pengkaji telah memilih empat orang guru daripada sekolah yang berbeza untuk ditemu
bual bagi mengukuhkan dapatan kajian yang dijalankan. Soalan yang dibina adalah berdasarkan persoalan
kajian.
Kajian ini menggunakan perisian SPSS Versi 19.0 dengan menjalankan analisis diskriptif dan analisis
inferensi. Analisis diskriptif dijalankan untuk melihat min dan sisihan piawai terhadap tahap penguasaan
Bahasa melayu dan tahap interaksi sosial antara kaum. Segala analisis data berbentuk deskriptif
dihuraikan oleh pengkaji berdasarkan jadual interpretasi skor Mohd Majid Konting (2005) seperti di
jadual 1 berikut:
Jadual 1 : Interpretasi Skor Min
Min Skor Tahap
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
Sumber: Mohd Majid Konting (2005)
Seterusnya analaisis inferensi dijalankan dengan melakukan ujian Kolerasi Pearson dijalankan
untuk melihat hubungan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan tahap interaksi sosial antara
kaum dan tahap hubungan dapat dinilai berdasarkan indikator penentuan tahap hubungan bagi
menentukan paras hubungan tinggi atau rendah berdasarkan indikator yang digunakan oleh Pallant (2007)
seperti di jadual 2 :
Jadual 2: Indikator Korelasi menurut Pallant (2007)
Indikator Nilai r
Tinggi 0.50-1.00
Sederhana 0.30-0.49
Rendah 0.10-0.29
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini memberi penekanan dalam menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektif
kajian yang ditetapkan. Hasil analisis dapatan kajian terdiri daripada tiga aspek iaitu tahap penggunaan
bahasa Melayu (Jadual 3), tahap interaksi sosial (Jadual 4) dan hubungan tahap penggunaan bahasa
Melayu dengan interaksi sosial pelajar (Jadual 5). Analisis demografi responden menunjukkan 130 orang
responden yang terlibat yang terdiri daripada 51 orang pelajar lelaki (39%) dan 79 orang pelajar
Tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di sekolah vernakular
Analisis deskriptif dijalankan bagi menentukan tahap penggunaan Bahasa Melayu di SMJKC yang
melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan hasil analisis deskriptif adalah seperti di jadual 3
berikut:
Jadual 3 Tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di sekolah SMJK(C)
Bil Item Skala
Min I
STS TS KS S SS
1 Majlis perhimpunan sekolah
dijalankan dengan menggunakan
2 Saya menggunakan Bahasa
Melayu ketika meminta izin
3 Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa bersoal jawab
4 Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa membuat
5 Saya suka bertutur dengan
Bahasa Melayu
6 Saya menggunakan Bahasa
Melayu ketika membuat
7 Saya suka membaca buku-buku
yang menggunakan Bahasa
8 Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa aktiviti di dalam
kawan-kawan dengan
menggunakan Bahasa Melayu
(35%) (31%) (22%) (9%) (3%)
10 Saya menggunakan Bahasa
Melayu semasa melayari internet
50
(39%)
32
(25%)
34
(26%)
11
(9%)
3
2%) 2.12 R
Keseluruhan min 2.84 S
Catatan: I = Interpretasi, T = Tinggi, S = Sederhana, R = Rendah
Jadual 3 di atas menunjukkan tahap penggunaan Bahasa Melayu pelajar di SMJKC adalah
sederhana (min = 2.84). Julat nilai min bagi tahap penggunaan Bahasa Melayu adalah di antara 3.80
hingga 2.12 dan item disusun daripada min yang tertinggi kepada yang terendah. Kebanyakan item yang
dinilai berada pada tahap yang sederhana. Malah, terdapat juga item berada pada tahap yang rendah dan
hanya satu item sahaja mempunyai tahap yang tinggi iaitu item Majlis perhimpunan sekolah dijalankan
dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan jumlah 70% atau seramai 90 orang daripada pelajar
bersetuju dan sangat setuju pada pernyataan tersebut dan nilai (min = 3.80). Item yang mempunyai tahap
terendah adalah item saya menggunakan Bahasa Melayu semasa melayari internet dengan hanya 14 orang
pelajar atau 11% pelajar yang bersetuju dan nilai (min = 2.12) dan diikuti oleh item pelajar berinteraksi
bersama kawan-kawan menggunakan Bahasa Melayu yang menunjukkan hanya seramai 16 orang atau
12% pelajar sahaja yang menyokong kenyataan tersebut dan nilai (min = 2.15). Dua item seterusnya yang
berada pada tahap yang rendah juga adalah item pelajar suka membaca buku-buku yang menggunakan
Bahasa Melayu dengan majoriti pelajar iaitu seramai 54 atau 42% pelajar kurang setuju dengan
pernyataan ini dan nilai min adalah (2.51) dan pelajar menggunakan Bahasa Melayu ketika membuat
pembentangan di dalam kelas dengan hanya 30 atau 22% pelajar bersetuju dengan (min = 2.72).
Hasil kajian menunjukkan 4 item yang berada pada julat min yang tinggi daripada 10 item bagi
menguji terhadap penggunaan Bahasa Melayu adalah berada pada nilai min di atas 3.0. Item tersebut
adalah melibatkan penggunaan Bahasa Melayu di majlis perhimpunan rasmi dan semasa sesi
pembelajaran di dalam kelas yang melibat perbincangan antara guru dan pelajar, sesi soal jawab dan
kebenaran keluar ke tandas. Keempat item tersebut merupakan urusan dan majlis rasmi sekolah sama ada
di dalam kelas dan luar kelas. Justeru, pelajar wajib menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara. Manakala, 3 item terendah yang menunjukkan nilai min di bawah 2.5 seperti penggunaan
Bahasa Melayu semasa pelajar membuat aktiviti kumpulan, interaksi sesama mereka dan melayari
internet. Hal ini menunjukkan, pelajar kurang gemar menggunakan Bahasa Melayu ketika berada di luar
Tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)
Analisis deskriptif dijalankan bagi menentukan Tahap Interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan
pelajar di SMJKC yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan hasil analisis deskriptif adalah
seperti di jadual 4 berikut:
Jadual 4 Tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar SMJK (C)
Bil Item Skala
Min I
STS TS KS S SS
1 Saya boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja tanpa mengira bangsa
2 Saya sedia membantu rakan yang
berlainan bangsa
3 Saya seronok apabila berinteraksi
dengan rakan berlainan bangsa
4 Kawan saya yang berlainan bangsa
pernah membantu saya dalam
5 Saya suka bergaul dengan kaum yang
berlainan bangsa
6 Saya selesa bila bersukan dengan
rakan berlainan bangsa
7 Kawan baik saya adalah kaum yang
berlainan bangsa
8 Saya selalu berbincang tentang
pelajaran bersama dengan rakan
9 Saya suka bersaing dalam akademik
dengan pelajar yang berlainan bangsa 8
10 Saya sering makan bersama dengan
Keseluruhan min 3.54 T
Catatan: I = Interpretasi, T = Tinggi, S = Sederhana, R = Rendah
Berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan
pelajar adalah tinggi dengan nilai (min = 3.54). Julat nilai min bagi tahap interaksi sosial di antara kaum
dalam kalangan pelajar ini adalah di antara 4.15 hingga 3.23 dan item disusun daripada min yang tertinggi
kepada yang terendah. Jadual juga menunjukkan terdapat 8 item mempunyai nilai min yang tinggi dan
hanya dua item berada pada tahap yang sederhana. Dua item paling tinggi berada pada julat min 4.0 ke
atas iaitu item pelajar boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dengan seramai 109
yang meliputi 84% pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut dan nilai min adalah 4.5. Item kedua
adalah pelajar sedia membantu rakan yang berlainan bangsa dengan 81% iaitu 105 orang pelajar bersetuju
bahawa mereka sedia membantu rakan berlainan bangsa dan nilai min adalah 4.05. Manakala, dua item
yang mempunyai nilai min yang sederhana adalah pelajar suka bersaing dalam akademik dengan pelajar
yang berlainan bangsa dengan data menunjukkan majoriti pelajar iaitu seramai 51 atau 39% pelajar
kurang bersetuju dengan item tersebut dan memperoleh nilai min sebanyak 3.29. Seterusnya adalah item
pelajar sering makan bersama dengan rakan yang berlainan bangsa dengan hanya seramai 50 atau 39%
pelajar mengatakan mereka sering makan dengan kawan berlainan bangsa dan nilai min adalah 3.4.
Dapatan daripada jadual tahap interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar
menunjukkan dua item yang mempunyai nilai min yang tertinggi dengan memperoleh min di atas 4.0
merupakan soalan berbentuk pandangan dan kesediaan pelajar semata-mata tanpa melibatkan unsur
pratikaliti. Pelajar merasakan mereka boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa melihat kepada kaum
yang sama dan mereka sedia membantu kawan yang berlainan kaum. Akan tetapi, pernyataan yang
berbentuk praktikal menunjukkan dapatan yang rendah seperti pelajar sering makan dengan rakan yang
berlainan kaum, suka berbincang tentang akademik dan suka bersukan dengan rakan pada kaum yang
lain. Selain itu, pelajar juga dilihat kurang menunjukkan persaingan mereka dalam aspek akademik di
antara berbilang kaum dan bangsa apabila nilai min yang diperoleh adalah rendah.
Hubungan tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam
kalangan pelajar
Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap penggunaan Bahasa
Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam kalangan pelajar. Hasil analisis korelasi Pearson
Jadual 5 Korelasi Pearson hubungan tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara
kaum dalam kalangan pelajar
Hubungan
Interaksi
Sosial
Interpretasi
r Sig.
Tahap
Bahasa 0.525 0.000 Tinggi
Aras siginifikan 0.01
Berdasarkan Jadual 5 di atas menunjukkan secara keseluruhannya terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap penggunaan Bahasa Melayu dengan interaksi sosial di antara kaum dalam
kalangan pelajar dengan nilai r = 0.525 dan sig = 0.000 (p<0.01). Kekuatan hubungan adalah berada pada
tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa semakin tinggi tahap
penggunaan berbahasa Melayu pelajar, maka semakin tinggilah tahap interaksi sosial yang berlaku di
antara kaum di sekolah vernakular.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan bahasa Melayu di SMJKC di negeri Melaka berada pada
tahap yang sederhana selari dengan dapatan Ang Lay Hoon dan Che Radiah (2012) kajian terhadap
pelajar etnik cina di sekolah Kebangsaan. Komunikasi dalam bahasa Melayu amat terhad di SMJKC
termasuklah penggunaan bahasa Melayu di dalam kelas pengajaran bahasa Melayu sendiri bahkan
guru-guru terpaksa menggunakan isyarat atau gerak badan sebagai pengganti bahasa Melayu. Hal ini turut
sama berlaku di sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJKC) berdasarkan kajian Najeemah (2005)
mendapati murid dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina paling kurang bertutur dalam bahasa
Melayu. Ini menunjukkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di semua sekolah
termasuklah sekolah SMJKC dilihat masih kurang berjaya.
Kajian juga mendapati tahap penggunaan bahasa Melayu di SMJKC adalah sederhana disebabkan
kurang penggunaan bahasa tersebut ketika berinteraksi dengan kawan, tiada galakkan atau dorongan
guru-guru terutamanya guru bahasa Melayu atau pihak pentadbiran. Bahasa Melayu hanya digunakan
secara rasmi semasa perhimpunan sahaja. Ini adalah bertepatan dengan kajian Ang dan Che Radiah
berkomunikasi pada situasi biasa sahaja, tetapi tidak dapat berhujah atau berbincang tentang sesuatu isu
secara mendalam, lancar dan berkeyakinan. Boleh dirumuskan bahawa penggunaan bahasa Melayu di
SMJKC adalah sederhana dan berada pada tahap lemah pada aspek penggunaan di luar sekolah.
Namun begitu, tahap interaksi sosial antara pelajar di SMJKC di negeri Melaka adalah tinggi
selari dengan kajian Asmahani (2009) di SJKC di daerah Johor Bharu menunjukkan pelajar melayu
mampu menguasai Bahasa Cina, malah boleh bertutur dan menulis dengan baik. Ini menggambarkan
tidak ada masalah dari aspek interaksi antara kaum di SJKC tersebut. Namun berbeza dengan kajian
sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia mendapati kebanyakan pelajar-pelajar di kampus
mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan dan
semakin ketara (Mohd Noor Nawawi, 1990), (Chew Hock Tong ,1995) serta menjejaskan perpaduan
(Mior Khairul Azrin, 2011). Para pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua
ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus (Mansor
Mohd Nor et al. 2006).Manakala dapatan kajian Najeemah (2005) pula, tahap interaksi sosial pelajar
antara kaum masih longgar. Kajian beliau di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di sekitar daerah
Sg.Petani. Walau bagaimanapun Mansor Mohd Nor (1992, 1997 dan 2000) mengatakan unsur jarak sosial
polarisasi kaum ini semakin berkurangan dengan pengaruh norma sejagat yang menghakis kesignifikan
unsur politik dalam aspek interaksi antara etnik.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, tahap penguasaan Bahasa Melayu oleh pelajar di SMJKC di negeri Melaka
adalah sederhana berdasarkan dapatan kajian yang dibuat. Manakala, tahap interaksi sosial pelajar antara
pelbagai kaum berada pada tahap yang baik. Kepentingan menguasai Bahasa Melayu memainkan peranan
penting sebagai agen perpaduan di Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Interaksi tidak akan
terhasil tanpa penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya dan sekolah merupakan agen perpaduan yang amat
berpengaruh. Sehubungan itu, pihak pengurusan sekolah dan para pendidik perlu memberi perhatian
terhadap usaha meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu pelajar bagi meningkatkan
kebolehan berinteraksi dalam pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Justeru,
sebagai warganegara Malaysia kebolehan berbahasa Melayu boleh dianggap wajib untuk dikuasai bagi
RUJUKAN
Abdullah Dahana. 2002. China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-74. Bangi: Penerbit
UKM.
Abdul Rahim Hamdan dan Siti Norashikin Moin. 2010 "Tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)."
Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ang Lai Hoon dan Che Radiah Mezah. 2012. Masalah Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan
Pelajar Etnik Cina Di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika, 5(2).
Asmahani Zainal Abidin. 2009.Faktor-faktor yang mendorong ibu bapa berketurunan Melayu
menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJ (C)) di daerah Johor Bahru.
Diss. Universiti Teknologi Malaysia.
Berita Harian, 11 november 2014
Bhashah Abu Bakar. 2007. Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala Lumpur : Syarikat
Miharja Sdn Bhd.
Chew Peh Ting. 1979. Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Chew Fong Peng. 2016. Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.
Chua Yan Piew. 2008. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data
Skala Ordinal dan Skala Nominal. Kuala Lumpur : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Comber, L. 2007. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu – Cina.Petaling Jaya: IBS Buku Sdn.
Bhd.
Dawson, R.E. & Prewitt, K 1969. Political Socialization. Boston: Little, Brown & Co.
Dennis, J. 1973. Socialization to Politics: A Reader. Canada: John Wiley &Sons, Inc.
Douglas, S.A. 1967. Political Socialization and Student Activism in Indonesia. Illinois: University of
Illinois.
Faaland, J., Parkinson, J. & Saniman, R. 2005. Growth and Ethnic Inequality:Malaysian’s new Economic Policy. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Haris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng. 2000. The Chinese in Malaysia. Selangor: Oxford University Press.
Chew Fong Peng & Lee Tan Luck. 2009. Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar Cina
Learning amongst Non-Native Speaker: Language Competence and Performance. 2-3 Disember,
UiTM, Shah Alam.
Lee Yok Fee. 2004. Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia. SARI. 22: 167-181.
Mansor Mohd Noor. 2010. Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia Masa Kini. Jurnal Demokrasi 9 (2) :
186-207
Milne, R.S. dan Diane K. Mauzy. 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohamad Khir Toyo. 2008. Melayu Di Persimpangan. http://www.drkhir.com/ [8 Jun 2008].
Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai : Penerbit UTM
Mohammad Agus Yusoff. 2002. Politik Federalisme Di Malaysia: Pengalaman Sabah. Journal of
Southeast Asian Studies 7 (1) : 1-20
Mohd Hanis Hadi Rahman. 2015. Pola Integrasi Sosial: Satu Kajian Kes Sekolah Menengah Kebangsaan
Penang Free, Pulau Pinang (Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran Integrasi antara Kaum di Malaysia: Perspektif Sejarah,
Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari 3 : 61-84.
Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohamad Rodzi Abd Razak.2009 "Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan." JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic
Studies 36 (2009): 90-106.
Najeemah Mohd Yusof . 2011. Language and Ethnic Boundary among Students of Various Ethnicities in
Secondary Schools in Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan
(SOSIOHUMANIKA) 4(2) : 211-228
Najeemah Mohd Yusoff. 2005. Pola Interaksi dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sekitar Sungai Petani, Kedah. Tesis Doktor Falsafah. Bayan Lepas :
Universiti Sains Malaysia.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Pallant, J. 2007. SPSS Survival Manual : A Step by Step Guide to Analysis Using SPSS. Australia : Allen
& Unwin
Purcell, V. 1997. Orang-Orang Cina di Tanah Melayu. Skudai: UTM.
Quek Weng Kim. 2000. Satu Tinjauan Tentang Kepuasan Kerja Guru-Guru SJK (C) di Kuala Lumpur.
Ramlah Adam. 2014. Pendaulatan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Ilmu di
Malaysia: Sejarah dan Kedudukan Masa Kini. Proceeding of Symposium of International
Language & Knowledge (SiLK 14).
Ratnam, K.J, 1967. Communalism and the Political Process in Malaya. Singapore: University of Malaya
Press.
Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukimin. 2009. Teori dan Pemikiran Mengenai Hubungan Etnik Dlm.
Kassim Thukimin & Hamidah Abdul Rahman (pnyt) Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif
Teori dan Praktik, hlm. 17-53. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Salma Ishak. 2004. Kajian Hubungan Kaum
di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, UUM. Repo UUM 2004.
Samsudin A Rahim. 2007. Sosialisasi Politik. Utusan Malaysia, 21 April.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
Siti Mariam Md Zin. 2006. Hidup sederhana jangan tamak. Mingguan Malaysia, 24 September.
Sulaiman Ngah Razali. 1996. Analisis Data dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifley Hamid dan Naidatul Zamrizam Abu. 2013. Memupuk Perpaduan di Malaysia – Santun Bahasa
dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik dari Aspek Penggunaan Kata Ganti Nama Diri. Malaysian
Journal of Society and Space 9 issue 4 (86 – 98).
KETERANGAN BERKENAAN PENULIS Mohd Faizal Mat Pesa
Pensyarah
Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau, Melaka [email protected]
Mohamad Zaid Dzakaria, Mohd Tony Saidi & Syamsidar Ahmad Guru Pendidikan Islam
MRSM Terendak, Melaka [email protected]
Mohd Isa Hamzah Pensyarah Kanan