• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembacaan Kritis dan Analitis STPM (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pembacaan Kritis dan Analitis STPM (1)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pembacaan Kritis dan Analitis STPM

Mulai tahun 2012, calon-calon STPM Penggal 1 perlu bersedia untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan Pembacaan Kritiis dan Analitis. Bahagian ini sebenarnya menggantikan soalan Rumusan Karangan berdasarkan Sukatan Pelajaran STPM sebelum ini. Terdapat 3 soalan yang perlu dijawab dalam bahagian ini iaitu:

Soalan 1 - Menjelaskan 2 maksud frasa. [4 markah] - Setiap satu maksud frasa, 2 markah.  Soalan 2 - Menyatakan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis berdasarkan

petikan. [6 markah]

Soalan 3 - Memberikan ulasan tentang pendapat atau idea daripada petikan dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20 markah]

Calon-calon STPM Penggal 1 2012 SMKBBST, sila buat latihan pembacaan kritis dan analitis di bawah dan jawapannya akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam kelas tutorial.

Petikan dan Soalan Contoh Pembacaan Kritis dan Analitis

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjangkakan kira-kira 255 jenis barangan terutamanya keperluan harian akan meningkat ekoran daripada kenaikan harga petrol baru-baru ini. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengesahkan bahawa sudah berlaku peningkatan ketara harga barang-barang bukan kawalan di pasaran pada masa ini. Kenaikan tersebut sudah pasti akan membebankan pengguna terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, sudah sampai masanya para pengguna menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk menangani kenaikan harga barangan ini.

Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli barang. Mereka tidak boleh lagi menerima sebarang kenaikan harga barangan begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu tindakan. Langkah berjimat-cermat dan membeli barang jika perlu sahaja patut menjadi amalan seharian. Pengguna harus berbelanja berdasarkan keperluan dan bukannya mengikut perasaan. Pengguna perlu melakukan pemantauan sendiri harga barangan dan hanya memilih premis yang menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

(2)

mereka untuk bersatu dan mengambil tindakan yang berkesan terhadap peniaga yang tidak jujur.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu melakukan pemantauan ke serata tempat di negara ini. Hal ini membolehkan harga barang-barang dipantau dan dikawal daripada terus meningkat. Jika harga barang tidak dikawal oleh pihak berkuasa, sudah tentu perkara ini akan menyebabkan masalah inflasi yang tidak terkawal berlaku di negara kita. Setakat ini, kadar inflasi di negara kita masih dapat dikawal dan berada pada paras kurang daripada tiga peratus. Oleh sebab peniaga bergantung pada pengguna untuk membeli barangan mereka, maka penggunalah sebenarnya mempunyai ‘kuasa’ untuk menentukan harga di pasaran. (Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005)

1. Jelaskan maksud frasa

(a) ... mengesahkan sudah berlaku peningkatan ketara(baris 4 dan 5) [2] (b) ... suka menangguk di air keruh (baris 18) [2]

2. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas? [6]

3. “Hak sebagai pengguna perlulah digunakan sepenuhnya semasa hendak membeli barang.” (baris 8)

Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai. Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan. [20]

Jawapan Cadangan

1. Maksud frasa

a) ... mengakui bahawa telah meningkat dengan banyak

b) ... gemar mengambil kesempatan

2. Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis ialah pengguna hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan kuasa beli mereka untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang. Para pengguna haruslah bertindak dengan membeli barangan yang perlu sahaja. Para peniaga pula tidak boleh mengambil kesempatan dan hendak mengaut keuntungan yang banyak semata-mata.

3. Pengguna mempunyai hak yang perlu digunakan semasa hendak membeli barang. Hak itu terdapat dalam undang-undang atau akta yang berkaitan dengan pengguna. Oleh itu, pengguna harus menggunakan hak itu untuk kebaikan mereka.

Hak pengguna yang pertama menjamin pengguna untuk memilih dan mendapatkan barangan yang kualitinya setara dengan harga barangan tersebut. Hak ini perlu dipertahankan dan sekiranya pengguna tidak mendapat barang yang tidak setara dengan harganya, perkara ini menunjukkan bahawa hak pengguna sudah dilanggar.

Hak seterusnya ialah pengguna berhak mendapat ganti rugi terhadap barangan yang rosak. Sekiranya pengguna mendapati barang yang dibelinya itu rosak, maka dia berhak untuk mendapatkan barang gantinya.

Pengguna juga mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Oleh itu, sekiranya pengguna berasa tertipu atau diperdayakan selepas membeli sesuatu barang, pengguna berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Referensi

Dokumen terkait

Kung Fu Matematika adalah permainan yang menarik bagi anak karena pada dasarnya anak- anak menyukai bergerak, sehingga anak akan merasa lebih senang jika menjawab soal

Dalam proses belajar dan mengajar apabila seorang guru menggunakan media pendidikan sebagai alat bantu mengajar, dan dapat berkomunikasi dengan baik pada

Penelitian ini dilakukan dengan melakukan wawancara dan penyebaran kuesioner, dan menghasilkan 4 kriteria utama yang terdiri dari Modal Manusia, Modal Struktural, Modal Hubungan,

perancangan sistem informasi ini merupakan salah satu cara untuk membantu dalam pengolahan data pengaduan mahasiswa dan pengolahan pengaduan mahasiswa yang yang

Studi pendahuluan yang dilakukan tentang ritel modern dengan menyebarkan 50 kuesioner dapat terlihat bahwa Hardy’s Mall Gianyar menjadi pilihan favorit masyarakat

berkaitan dengan APBN. Hal tersebut dikarenakan belum ada estimasi belanja perpajakan lainnya yang diatur dalam APBN tahun 2018 selain subsidi pajak DTP, sementara

Jari-jari atomnya yang lebih kecil dan muatan intinya yang lebih besar mengakibatkan logam alkali tanah membentuk kristal dengan susunan yang lebih rapat,

Masalah diklasifikasikan berdasarkan kelompok: • Di sisi hardware , misalnya: kerusakan komponen di dalam unit sistem PC, masalah konektifitas, memori tidak cukup, power