• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML 3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL NO KAD MATRIK: 800206025322001

NO K/P: 800206025322

NO TELEFON: 0125415059 E-MAIL: jyeina51@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

(2)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3-4 2. ANALISIS CERPEN

“PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG” 5 - 9 3. PRINSIP-PRINSIP KESESUAIAN CERPEN SEBAGAI BAHAN

(3)

1.PENGENALAN

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana sastera biasanya membincangkan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat (Hashim Awang:1985). Dr Ali Mahmood et.al.(2012), HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd. Sehubungan itu, komponen sastera dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu menggunakan karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional ataupun puisi tradisional. Tujuannya untuk mengimbangi perkembangan intelek,rohani, emosi dan jasmani, di samping memaparkan nilai-nilai kemanusiaan serta citra masyarakat.

Sebagaimana yang diketahui, cerpen ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita pendek. Malahan mengikut kamus dewan(1996:236)cerpen bermaksud cerita pendek. Cerpen atau cerita pendek ini adalah rekaan, iaitu cereka berbentuk prosa yang relatifnya pendek. Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Cerpen menjadi alat yang mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang malah sebagai hasil sastera yang memberikan gambaran tentang sesuatu zaman, sama ada peristiwa yang berhubung masalah social, politik, ekonomi dan sebagainya. Cerpen biasanya mengemukakan satu kejadian atau peristiwa yang menjadi fokus utama atau pusat penceritaan. Dengan itu, kesan sesebuah cerpen diukur melalui reaksi emosi pembacanya.

(4)

menyebabkan dia tidak dapat berdikari dan tidak tahu mengurus diri sendiri. Harapan Mak Timah untuk melihat Pungut membesar seperti manusia biasa musnah. Malah segala keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit, sehinggakan Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan meninggal dunia lebih dahulu sebelumnya kerana dia tahu bahawa pasti tiada orang yang sudi menjaga Pungut selepas kematiannya. Mak Timah sangat sayang akan Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya. Anak lelaki Mak Timah mencadangkan agar Mak Timah menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, namun dia tidak sampai hati kerana dia amat sayang akan Pungut. Mak Timah berazam akan memelihara Pungut hingga akhir hayatnya.

(5)

2. ANALISIS CERPEN ‘PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG’

Sesebuah teks sastera memiliki strukturnya yang tersendiri. Struktur adalah binaan elemen-elemen seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, teknik penceritaan dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah karya cerpen perlulah memiliki elemen-elemen tersebut bagi menghasilkan sebuah cerpen yang berkualiti. Tema merupakan persoalan penting yang hendak disampaikan oleh pengarang. Menurut Sikana (1986:88), “Pokok persoalan atau makna penting dan kunci peristiwa dalam sesebuah karya. Ia mengandungi hal-hal yang bersangkutan dengan persoalan-persoalan yang diceritakan dalam karya, pemikiran, falsafah dan premis, iaitu idea-idea utama dan penting di sebalik sesebuah karya itu.” Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dengan ini, tema boleh didefinisikan sebagai persoalan pokok kepada sesuatu peristiwa berdasarkan kehidupan manusia yang dibincangkan oleh seseorang pengarang dan cuba dinyatakan menerusi watak-watak dalam karya tersebut. Konflik dan interaksi yang timbul akan menentukan rupa bentuk tema yang terdapat dalam sesebuah karya yang juga menyelitkan amanat atau falsafah seseorang pengarang. Begitulah yang digambarkan dalam cerpen ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ bertemakan ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang. Malahan ianya juga melibatkan persoalan perasaan kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya serta kepercayaan kepada qadak dan qadar kerana manusia hanya merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya.

(6)

Selain tema, plot turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan sesebuah karya. Ini kerana plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. Menurut Hashim Awang (1992:28), plot adalah susunan atau rentetan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Peristiwa-peristiwa itu bergerak melalui masa ke suatu masa yang lain dalam keadaan tersusun dan bersambung-sambung dari permulaan kepada pertengahan, lalu bergerak kepada pengakhiran. Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dalam plot juga peristiwa itu mungkin disusun secara kronologi atau tidak kronologi. Malahan dalam plot juga terdapat binaan plot dan teknik plot yang mana dalam binaan plot terdiri daripada permulaan, perkembangan, puncak dan perleraian. Manakala teknik plot pula terdiri daripada imbas kembali, imbas muka, saspens, kejutan, konflik, monolog/monolog dalaman dan dialog.

Jika ditinjau dari segi binaan plot, cerpen ini dijalin secara kronologi dan pada bahagian pengenalan atau eksposisi diperkenalkan watak Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong yang cacat sehingga tidak mampu mengurus diri atau berdikari. Sehubungan itu, Mak Timah terpaksa mengurus Pungut. Manakala pada bahagian perkembangannya pula, digambarkan sejak masih bayi sehingga berumur 24 tahun, ciri fizikal dan sikap kurang upaya Pungut tidak banyak berubah. Mak Timah berasa kesal kerana menyangkakan Pungut akan bersikap normal setelah semakin dewasa. Namun begitu, sangkaan Mak Timah meleset kerana Pungut tidak dapat berdikari dan mengurus diri serta semua perkara terpaksa diuruskan oleh Mak Timah sehingga menguji kesabarannya. Pada bahagian perumitan, Mak Timah kurang mampu untuk mengurus Pungut kerana dia sendiri sering sakit.

(7)

putus-putus berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut lebih dahulu sebelumnya kerana bimbang akan hidup menderita kelak.

Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot cerita, antaranya ialah teknik pemerian, teknik dialog, teknik imbas kembali dan teknik monolog serta monolog dalaman. Bagi teknik pemerian ini dapat dilihat melalui pengarang memerihalkan keadaan Pungut yang kurang upaya atau cacat, contohnya:

Kecacatannya amatlah menyedihkan. Dia pekak, bisu, dan tidak mengerti apa-apa. Makan tidak tahu sendiri, berak kencing di situ. Bahkan jika tidak diberi makan pun dia tidak tahu cara hendak menyuapkan makanan ke mulut.(hal.138)

Manakala teknik dialog pula dapat dilihat melalui dialog Mak Timah dengan bibik, iaitu ibu Siew Lan bercerita tentang Siew Lan yang baru melahirkan seorang anak perempuan, contohnya: “Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya

“Siew Lan,” jawabnya lambat.

“Mengapa Siew Lan?” Tanya Mak Timah lagi, sementara mulut anaknya Katijah dan Munah melopong melihat Bibik.

“Siew Lan sudah beranak,” jawab Bibik. (hal.139)

Cerpen ini juga menggunakan teknik imbas kembali yang mana teknik ini adalah cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dilaluinya. Ini dapat dilihat apabila Mak Timah teringat kembali akan tawaran Bibik untuk menyerahkan Pungut kepadanya dengan pemberian wang sebanyak seratus lima puluh. Contohnya:

“Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit.” Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. (hal.140-141)

Seterusnya, teknik monolog/monolog dalaman yang ditampilkan dalam cerpen ini, di mana Mak Timah berfikir dalam hatinya tentang ujian kesabaran yang diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya apabila terpaksa menjaga Pungut yang tetap sihat wal afiat walaupun dia tidak mampu berdikari seperti orang lain. Contohnya:

“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia,” fikir Mak Timah. (hal.138).

(8)

Watak dan perwatakan merupakan salah satu unsur dalaman yang cukup penting dalam sesebuah karya seperti cerpen atau novel kerana fungsinya yang mengeratkan atau mengembangkan plot. Terdapat dua jenis watak iaitu watak utama dan watak sampingan, yang mana watak utama berperanan besar dalam menghidupkan dan mengembangkan cerita sesebuah karya. Watak sampingan pula merupakan watak pembantu yang juga berperanan menghidupkan suasana dalam sesebuah karya. Dalam cerpen ini watak utama dipelopori oleh Mak Timah iaitu ibu kandung Katijah dan Munah serta ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong. Merupakan seorang yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, mengambil berat serta mesra dengan jiran tetangga. Manakala watak-watak sampingan adalah terdiri daripada Katijah, Munah, anak lelaki/anak bungsu Mak Timah, dan Bomoh Dollah yang memainkan peranan dalam menghidupkan karya tersebut.

(9)
(10)

3. PRINSIP-PRINSIP KESESUAIAN CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN. Menurut Kamarudin Husin, 1998: Pemilihan bahan kesusasteraan untuk pengajaran bahasa, sama ada di peringkat rendah ataupun menengah perlu dilakukan menerusi perspektif bahan dan prinsip pemilihan bahan. Dr Nadzeri Isa (Ogos 2013), HBML3103 Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd. Oleh itu, beberapa prinsip perlu diberi perhatian oleh guru dalam pemilihan cerpen yang akan dijadikan sebagai bahan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk pemilihan bahan pengajaran bahasa yang berasaskan aspek sastera. Antaranya ialah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran, berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan persekitaran, mengandungi aspek bahasa yang ingin diajarkan dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

Dalam pemilihan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ianya perlulah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang diketahui, seseorang guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran objektif pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan utama. Setiap bahan yang hendak dipilih perlulah berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Sekiranya objektif yang ingin ditampilkan menekankan nilai murni, maka cerpen yang dipilih haruslah mengandungi unsur-unsur nilai yang boleh diterapkan dalam diri pelajar. Contohnya seperti cerpen ‘Pungut alias Zahara alias Yap Siew Hong’ yang memberi penekanan terhadap nilai kemanusian dalam sesebuah masyarakat dan seseorang individu. Ini dapat dilihat bagaimana sayangnya Mak Timah terhadap Pungut walaupun Pungut cuma anak angkat. Dari sinilah kita akan dapat menyesuaikan sesuatu bahan cerpen berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran kita.

(11)

yang seperti inilah yang perlu diterapkan oleh guru dalam memupuk semangat kemasyarakatan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui cerpen ini juga, ianya dapat membangkitkan emosi pelajar tehadap nilai negatif yang mempercayai kepercayaan karut seperti membawa sial.

Ketiganya adalah sesuai dengan tahap pemikiran, umur dan persekitaran murid yang mana seperti saranan B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid dan Arba’ie ujud, 2001) aspek psikologi perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan minat dan sikap pelajar dalam kesusasteraan. http://ipgktb.edu.my/pm/articles.php?article_id=4 . Malahan pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi murid akan memudahkan murid memahami isi karya cerpen yang guru sampaikan. Sebaliknya, jika guru menggunakan bahan seperti di luar dari latar belakang dan budaya pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau tidak berkesan sama sekali. Dalam pada itu juga bahan yang dipilih juga hendaklah disusun daripada yang senang kepada yang sukar atau pun bermula daripada konkrit kepada yang abstrak. Selain terdapatnya urutan kronologi dalam sesebuah cerpen dan ianya disusun berdasarkan strategi yang telah dirancang oleh guru. Ini dapat dilihat melalui pemilihan cerpen ‘Satu Ringgit’ sebagai bahan pengajaran bagi murid darjah enam. Ini kerana cerpen ini berkisarkan kehidupan masyarakat yang ketika kanak-kanak beliau dilatih berpuasa oleh ibu bapanya secara berperingkat-peringkat dengan dorongan bapa saudaranya yang memberi upah satu ringgit setiap hari dia berpuasa. Dengan ini murid akan lebih memahami cerpen tersebut dan lebih menghayati dari segi watak dan nilai-nilai yang diterapkan dalam cerpen tersebut.

(12)
(13)

KESIMPULAN

Dalam konteks pendidikan kebangsaan, KOMSAS digubal untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi kini dan akan datang. Dalam hal ini, KOMSAS akan memberikan penekanan terhadap nilai kemanusiaan dan semangat patriotik yang sekali gus akan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Menyedari bahawa KOMSAS ialah cerminan kepada masyarakat dan budaya, maka KOMSAS amat sesuai dijadikan medium pemantap aspek rohani dan emosi seperti yang dinyatakan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

(14)

RUJUKAN

Dr Ali Mahmood et.al.(2012), HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Dr Mohd. Azam Ahmad et.al.(2010), Kupasan&Kajian Bijak Komsas Antologi Dirgahayu Bahasaku dan Novel Kembara Amira, Sasbadi Sdn.Bhd.

Dr Nadzeri Isa (Ogos 2013), HBML3103 Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu, Open University Malaysia, Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj. Husin&Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1999), Pengajian Melayu 4 kesusasteraan dan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang ( Jan 2012 ), Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nor Azita binti Umar (2010), Antologi Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm

http://ipgktb.edu.my/pm/articles.php?article_id=4

http://asas50.com/noortasneem/biodata/-6.54pm 19/2/2015

Referensi

Dokumen terkait

Pemeriksaan kebocoran pada perapat poros (seal) dilakukan setiap hari, apabila terjadi kebocoran melebihi batas yang ditentukan, maka untuk mengatasinya adalah dengan cara

FOODTECH INDONESIA WISMA RMK LT.3,JL.PURI KENCANA BLOK M4 NO.1, KEMBANGAN SELATAN JAKARTA BARAT.. 190

Penelitian ini bertujuan untuk mendiskripsikan: 1) Pemahaman guru tentang pendidikan moral pada siswa kelas IV SD Muhammadiyah 14 Surakarta, 2) Implementasi

Teknik pengambilan sumber informasi adalah purposive sampling ; teknik pengumpulan data dilakukan dengan melakukan wawancara, observasi, dan dokumentasi; teknik analisis

Ingatan yang sempurna itu selalu ada sewaktu kita dalam keadaan yang konsen (konsentrasi penuh). Secara umum dapat diasumsikan bahwa sikap responsif seseorang

pembobot yang dihasilkan model ini mampu menduga suhu larutan nutrisi pada bedeng tanaman yang dipengaruhi oleh suhu udara didalam greenhouse dan suhu larutan nutrisi

Wonten ing ukara kapanggihaken pisuhan ingkang awujud frasa inggih menika tembung ‘rai coro’. Tembung ‘rai coro’ menika kalebet frasa nomina amargi inti frasa

Abaningi kweLobukholwa bakholelwa ukuthi uJesu uyingxenye kaZi- qu-zintathu “Ongcwele.” Kodwa iBhayibheli alifundisi ukuthi uNkulunkulu ungabantu abathathu koyedwa?. Futhi