• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSOALAN INTEGRASI NASIONAL HAK ASASI D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSOALAN INTEGRASI NASIONAL HAK ASASI D"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PERSOALAN INTEGRASI, HAK ASASI DAN TUNTUTAN KEMERDEKAAN:

FAKTOR DALAMAN PEMISAHAN TIMOR LESTE DARI INDONESIA1

Muhammad Febriansyah ABSTRAK

Kertas kerja mengenai pemisahan Timor Leste (Timor Timur) dari Indonesia ini disediakan sebagai pembanding terhadap isu federalisme dan hak negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk, Indonesia pun mengalami persoalan nasional yang kerana tidak diuruskan dengan baik, menyebabkan terpisahnya Timor Leste dari negara kesatuan republik itu. Pada masa yang sama, pemerintah Orde Baru (1966-1998) dan pemerintah-pemerintah sesudahnya terus berhadapan tuntutan yang serupa di Aceh dan Papua (dahulu Irian Jaya). Ketika banyak sarjana menekankan kepada peranan antarabangsa, kertas kerja ini mencuba melihat faktor dalaman yang mendorong proses pemisahan Timor Leste dari Indonesia. Walaupun tuntutan kemerdekaan dari rakyat Timor Leste sangat kuat dan tekanan antarabangsa dari segi pencabulan hak asasi tidak pernah berhenti, tetapi rezim Orde Baru telah berjaya mempertahankan provinsi itu untuk tetap menjadi sebahagian daripada Indonesia. Partai Rakyat Demokratik (PRD), iaitu sebuah parti beraliran kiri yang pernah dianggap sebagai musuh utama rezim Orde Baru dan bergerak secara bawah tanah merupakan satu-satunya pihak yang menjadikan isu pembebasan Timor Timur sebagai program politik mereka untuk melawan Suharto. Mereka menyokong perjuangan kelompok pemisah bersenjata Timor Leste dengan membantu kempen kelompok itu untuk memerdekakan diri dari Indonesia di wilayah pusat kuasa Orde Baru, iaitu Jakarta. Walaupun PRD berperanan di dalam menurunkan Suharto dan juga kemerdekaan Timor Leste dari Indonesia, tetapi pengaruh mereka semakin hilang selepas reformasi. Berdasarkan fakta tersebut, kertas kerja ini berhujah bahawa kemerdekaan Timor Leste dari Indonesia tidak akan terwujud jika tidak ada kekuatan politik dari dalam wilayah Indonesia itu sendiri yang menyokong upaya itu. Kes Timor Leste relevan untuk dijadikan bahan perbandingan bagi kes Sabah dan Sarawak di Malaysia yang sedang hangat dibincangkan saat ini. Selama tidak ada kekuatan politik dari Semenanjung yang menyokong tuntutan SSKM untuk keluar dari Malaysia, maka tuntutan tersebut sukar untuk diwujudkan. Tambahan pula, pendekatan kerajaan persekutuan Malaysia yang mengedepankan perundingan dilihat lebih berkesan berbanding pemerintah Orde Baru di Indonesia yang selalu menggunakan pendekatan ketenteraan dalam menangani isu pemisahan di Timor Leste, Aceh, dan Papua.

I.Pengenalan

(2)

Pada 16 Mac 2016, Xanana Gusmao, iaitu seorang pejuang kemerdekaan, bekas presiden dan perdana menteri Timor Leste telah memberikan penghargaan kepada beberapa individu dan institusi dari luar negara yang dianggap berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negara tersebut daripada Indonesia. Selain diterima oleh beberapa individu dan institusi dari Portugal, Jepun dan Australia, anugerah itu juga diberikan kepada beberapa aktivis dari Indonesia (MediaIndonesia 19/3/2016).2 Kesemua penerima anugerah dari Indonesia ialah bekas aktivis Partai Rakyat

Demokratik (PRD) yang pernah diharamkan oleh rejim Orde Baru (1966-1998) lima hari setelah dilancarkan pada 22 Julai 1996. Parti yang kebanyakannya dianggotai oleh anak muda radikal ini pada waktu itu merupakan satu-satunya parti politik di Indonesia yang meletakkan hak kebebasan untuk menentukan nasib sendiri bagi rakyat Timor Timur sebagai program politiknya. Pemberian penghargaan kepada bekas aktivis PRD ini telah membuka peluang kepada sebuah perspektif bahawa kejayaan strategi pembebasan atau pemisahan Timor Leste dari Indonesia ternyata tidak hanya disebabkan oleh perjuangan bersenjata dan faktor sokongan antarabangsa seperti yang telah banyak dibahaskan oleh sarjana sebelum ini. Ia juga sebenarnya ikut melibatkan kekuatan politik tertentu dari Indonesia, iaitu negara yang dianggap menjajah mereka. Sokongan politik dari kelompok prodemokrasi di negara penjajah ini juga merupakan musuh kepada rejim penjajah yang dianggap dapat membahayakan kekuasaannya. Mereka lah yang dimaksudkan dengan faktor dalaman dan menjadi bahasan utama di dalam kertas kerja ini. Penghargaan yang diberikan oleh Xanana tersebut juga menunjukkan bahawa tuntutan kemerdekaan atau pemisahan sebuah negara terjajah dapat selari dengan tuntutan pendemokrasian di negara penjajah.

Semenjak diduduki oleh tentera Indonesia pada tahun 1975, sukar untuk mengetahui keadaan sebenar di Timor Timur disebabkan oleh sekatan yang dilakukan oleh pemerintah terhadap pergerakan manusia dan maklumat yang masuk dan keluar kawasan itu. Namun insiden pembantaian Santa Cruz pada tahun 1991 telah membuka mata pihak antarabangsa serta aktivis hak asasi di Indonesia tentang persoalan sebenar di Timor Timur. Semenjak itu, sokongan terhadap kempen hak asasi dan penentuan nasib sendiri bagi Timor Timur di Indonesia semakin

(3)

meningkat. Sebelumnya mereka hanya mengandalkan perjuangan gerila bersenjata yang dipimpin oleh Falintil (Angkatan Bersenjata Pembebasan Nasional Timor Timur ), iaitu sayap militari Fretilin serta diplomasi antarabangsa yang dipimpin oleh Jose Ramos Horta di luar negara. Gereja juga memainkan peranan penting sebagai tempat berlindung bagi warga dan juga membuka komunikasi dengan pihak luar. Sedangkan gerakan bawah tanah yang dikendalikan oleh CNRM (National Council of Maubere Resistance) di bawah pimpinan Xanana Gusmao berperanan sebagai penghubung di antara Falintil yang bergerak di hutan gunung dan pejuang lainnya di kawasan urban.

Namun sokongan daripada unsur prodemokrasi di Indonesia terhadap tuntutan kemerdekaan Timor Timur semenjak pertengahan tahun 1990an telah memberikan sumbangan penting dalam dua perkara. Pertama, mereka telah menandingi wacana dominan yang dipaksakan oleh Orde Baru bahawa Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) merupakan matlamat akhir dalam proses bernegara. Bertentangan dengan wacana nasionalistik negara, mereka menganggap penyatuan wilayah Timor Timur ke Indonesia bukan hasil dari persetujuan secara sukarela, melainkan satu bentuk penjajahan Indonesia. Kedua, mereka melawan penjajahan Indonesia terhadap rakyat Timor Timur dengan bekerjasama dengan pihak terjajah. Hal ini memudahkan perjuangan kemerdekaan Timor Timur tidak hanya bertahan di kawasannya sendiri, tetapi juga bergerak di pusat kuasa rejim Orde Baru, iaitu Jakarta.

(4)

II.Integrasi Timor Timur: Penggabungan Yang Dipaksakan

Berbeza dengan seluruh wilayah Indonesia yang merupakan warisan daripada kolonial Belanda, Timor Timur telah diperintah oleh penjajah Portugis selama lebih empat ratus tahun. Ketika Indonesia merdeka dan mendapatkan kedaulatan wilayah sepenuhnya pada tahun 1949, Timor Timur masih di bawah pemerintahan Portugis sampai berlakunya Revolusi Bunga (Carnation Revolution) di negara itu pada tahun 1974. Kudeta terhadap Jeneral Marcello Caetano yang oleh Samuel Huntington (1995) disebut sebagai permulaan gelombang pendemokrasian ketiga telah merubah dasar politik negara tersebut terhadap wilayah jajahannya. Sebelumnya Portugal menganggap Timor Timur sebagai salah satu provinsi luarnya, walaupun klaim ini ditolak oleh Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa. Dalam sebuah deklarasinya pada tahun 1960, badan tersebut menyatakan bahawa kawasan di bawah pentadbiran Portugis merupakan kawasan “non-self governing territories” seperti yang termaktub di dalam Bab XI Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa (Martin 2001:15). Semenjak tahun 1962 sampai 1973 Majlis Umum PBB telah mengeluarkan pelbagai resolusi yang mengakui hak untuk menentukan nasib sendiri kepada Timor Timur, tetapi Portugal di bawah kepimpinan Salazar dan penerusnya Caetano enggan mengikutinya (de Magalhaes 1992:8).

Pemerintahan baru Portugal yang lebih demokratik mengakui hak untuk menentukan nasib sendiri bagi negara bekas jajahannya. Niat baik itu ditunjukkan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa pengundian pada 13 Mei 1974 di Dili. Dalam bulan yang sama tiga buah parti politik telah ditubuhkan dengan membawa tiga agenda yang berbeza. UDT (Kesatuan Demokratik Rakyat Timor) menjalankan kempen autonomi tetapi masih di bawah bendera Portugal. ASDT (Asosiasi Sosial Demokrasi Rakyat Timor) yang kemudian berubah menjadi FRETILIN (Front Revolusioner untuk Timor Merdeka) berjuang untuk kemerdekaan penuh dengan agenda sosialisme. Sedangkan APODETI (Asosiasi Popular Demokratik Rakyat Timor) berkempen untuk bersatu dengan Indonesia.

(5)

Laos pada tahun 1973 dan diekori dengan Pol Pot di Kemboja pada tahun 1975. Ini diikuti dengan kejayaan pasukan Vietnam Utara memasuki Saigon pada tahun 1975 untuk menyatukan kedua-dua wilayah tersebut selepas mereka mengalahkan tentera Amerika dua tahun sebelumnya. Sedangkan perkembangan bekas koloni Portugis di Afrika selepas kemerdekaan sangat membimbangkan kerana telah berjaya menghantarkan rejim sosialis berkuasa di Mozambik dan Angola (de Magalhaes 1992:13-14, Goncalves 2010:5). Pengaruh pemikiran dan kaedah perjuangan Amicral Cabral, tokoh pembebasan Afrika yang ikut memicu lahirnya Revolusi Bunga di Portugal, sangat jelas terlihat di dalam Fretilin. Ini berlaku setelah kepulangan lima orang mahasiswa “maoist” dari Portugal yang kemudian bergabung dengan parti itu (George 1999:xxxi, Goncalves 2010:7).

Suharto yang mengambil alih kuasa pada tahun 1965 melalui penghancuran komunisme di Indonesia dilihat sebagai satu-satunya harapan bagi kuasa Barat bagi membendung pengaruh fahaman itu merebak di Timor Timur. Melalui campur tangan Badan Koordinasi Intelijen Negara (BAKIN), Indonesia berjaya memecahbelahkan koalisi di antara UDT dan Fretilin yang sebelumnya telah bersetuju untuk pilihan kemerdekaan. Pada 25 Julai 1975, beberapa pemimpin UDT telah bertemu dengan BAKIN, di Jakarta dan mereka disarankan untuk mengambil alih kuasa dari Portugal secepatnya. Pada bulan Ogos 1975, upaya kudeta yang dilakukan oleh UDT telah memicu perang saudara yang memaksa Gabernor dan pentadbir Portugal meninggalkan pulau Timor. Kekosongan kuasa ini dimanfaatkan oleh FRETILIN yang memenangi perang saudara dan menguasai keseluruhan wilayah untuk memproklamirkan kemerdekaan Republik Demokratik Timor Leste pada 28 November 1975. Dua hari kemudian, gabungan UDT dan APODETI juga menyatakan kemerdekaan dan bergabung dengan Indonesia (Martin 2001:16).

(6)

kanak-kanak. Sampai pertengahan Januari 1976, sebanyak 2000 orang atau 80% daripada jumlah penduduk lelaki di ibukota Timor Timur, Dili terbunuh oleh tentera Indonesia (Taylor 1991:68). Setahun selepas pendudukan tersebut, pihak gereja melaporkan bahawa jumlah mangsa ialah 100.000 di kalangan rakyat Timor Timur (Nadiah & Kamal 1997:85). Institusi yang sama pada tahun 1981 juga melaporkan bahawa dalam masa lima tahun pendudukan Indonesia, jumlah keseluruhan rakyat Timor Timur yang terbunuh mencapai 200.000 (de Magalhaes 1992:33, Martin 2001:17, Tiffen 2001:30, Wilson 2010:68). Angka ini setara dengan sepertiga jumlah penduduk Timor Timur sebelum invasi.

Pendudukan tersebut diikuti dengan pembentukan pemerintahan sementara di Timor Timur yang terdiri daripada ahli UDT dan Apodeti. Pemerintahan sementara ini kemudian mengadakan Regional Popular Assembly pada 31 Mei 1976 yang menghasilkan keputusan untuk sepenuhnya menjadi sebahagian daripada Indonesia. Indonesia menganggap Regional Popular Assembly sebagai pelaksanaan hak rakyat Timor untuk menentukan nasib sendiri. Pada 17 Julai 1976, parlimen (Dewan Perwakilan Rakyat/DPR) meluluskan usulan supaya Timor-Timur menjadi provinsi Indonesia Indonesia yang ke-27. Namun Persatuan Bangsa-bangsa dan Portugal tidak pernah mengakui Timor-Timur sebagai sebahagian daripada Indonesia.

III.Strategi Perjuangan Kelompok Pemisah

Selepas kemerdekaan, Indonesia di bawah kepimpinan Soekarno mengalami pelbagai upaya pemberontakan dari daerah yang ingin berpisah dan mendirikan negara sendiri, tetapi semuanya berjaya diatasi (Kahin & Kahin 1995). Persoalan Timor Timur merupakan masalah separatisme pertama yang dihadapi oleh pemerintah Orde Baru. Timor Timur juga menjadi satu-satunya kawasan bekas koloni yang bermasalah dalam menentukan nasibnya setelah terlepas daripada cengkaman Portugal. Proses kemerdekaan Mozambik, Angola dan Macau serta penggabungan Goa dengan India pasca Revolusi Bunga di Portugal berjalan dengan lancar.

(7)

Timur telah menjadi duri dalam daging sepanjang rejim itu berdiri. Nyata sekali bahawa Timor Timur berbeza dengan Jawa dan Bali pada tahun 1965. Pada masa itu pembunuhan besar-besaran berlaku bersifat lokal dan ikut melibatkan masyarakat yang takut bahawa mereka akan menjadi mangsa jika Partai Komunis Indonesia (PKI) berjaya memerintah. Sedangkan integrasi Timor Timur sepuluh tahun kemudian merupakan projek nasionalis Orde Baru dengan memperlakukan mereka lebih sebagai musuh daripada saudara sebangsa. Sehingga bagi rakyat Timor Timur, projek nasionalis Indonesia tidak berbeza dengan projek kolonial, bahkan lebih kejam daripada Portugis yang telah memerintah lebih dari empat ratus tahun.

Indonesia menjangkakan proses integrasi dapat dilakukan dengan mudah dalam masa yang singkat. Namun ambisi ini tidak diikuti dengan perancangan dan eksekusi penyerangan yang baik sehingga menyebabkan para pemimpin Fretilin dan penduduk sempat menyelamatkan diri ke kawasan pegunungan di mana mereka dapat membina kekuatan (Kammen 2016:130). Dengan menggunakan senjata dan perlengkapan perang peninggalan bekas penjajah Portugal, Fretilin melakukan perlawanan hebat. Memandangkan Portugal merupakan ahli NATO, perlawanan Fretilin dibekali dengan senjata dan latihan ketenteraan yang baik (Anderson 1993). Dengan kekuatan 2500 bekas tentera Portugal, 7000 milisi separuh masa, dan 20.000 tentera cadangan, mereka dapat menguasai kawasan pedalaman dengan sumber makanan yang cukup dari ladang yang diusahakan sendiri (Taylor 1991:70). Situasi ini menimbulkan kekecewaan tentera Indonesia yang membuat mereka mengalihkan sasaran kepada penduduk awam untuk memisahkan rakyat biasa dengan pejuang Falintil (Dunn 1996:251). Setelah kampung-kampung mereka dimusnahkan, sebanyak 200.000 rakyat Timor dipindahkan ke sebuah tempat penampungan yang dikawal oleh tentera Indonesia. Pengasingan hampir separuh penduduk Timor Timur ini menyebabkan menurunnya aktiviti pertanian yang berakhir dengan kelaparan. Taktik kejam ini berjaya melemahkan Falintil yang semakin kekurangan bekalan makanan dan semenjak 1978, aktiviti perlawanannya semakin menurun menjadi simbolik belaka.

(8)

masuk dan pergerakan setiap rakyat Indonesia yang masuk dan keluar kawasan itu mesti melalui pemeriksaan yang ketat. Terbunuhnya lima orang jurnalis Australia yang sedang melakukan liputan persiapan tentera Indonesia di perbatasan sebelum invasi pada bulan Oktober 1975 memberi sebuah pesan yang serius kepada pihak luar yang hendak masuk campur dalam urusan Indonesia terhadap Timor Timur. Walau bagaimanapun Falintil masih boleh menggunakan alat komunikasi radio peninggalan tentera Portugal dan mampu melakukan transmisi maklumat sampai ke Darwin, Australia. Pesan yang disampaikan melalui kod rahsia akan dirakam, ditulis, dan disebarkan oleh ke kontak-kontak Fretilin di pelbagai negara. Namun penyerahan diri Menteri Komunikasi Fretilin, Alarico Fernandes pada bulan Disember tahun 1978 telah membawa kepada perampasan alat komunikasi oleh Indonesia (Tiffen 2001:27, Hill & Sen 2005:100).

(9)

Disember 1975, telah melakukan perjalanan mengelilingi dunia untuk meningkatkan protes antarabangsa melawan pendudukan Indonesia (Hill & Sen 2005:100). Di peringkat antarabangsa, kempen ini disokong oleh NGOs dan individu-individu yang bersimpati ke atas nasib rakyat Timor Timur semenjak Indonesia melakukan invasi.

Selepas melalui beberapa fasa perlawanan, mulai dari perlawanan bersenjata, penangkapan dan pembunuhan beberapa pemimpin Fretilin, kebangkitan kembali perjuangan bersenjata, persetujuan gencatan senjata, menjadikan Falintil semakin lemah. Pada tahun 1988 kekuatannya hanya menyisakan beberapa ratus pejuang sahaja dan perlawanannya hanya bersifat simbolik (Schwartz 1994:208 George 1999:xxxv). Hal ini memaksa gerakan perlawanan merubah strateginya dengan melakukan perlawanan secara bawah tanah di kawasan perkotaan yang dikuasai oleh tentera Indonesia (de Magalhaes 1992:42, Rei 2005, CAVR 2005). Strategi gerakan bawah tanah digunakan lebih meluas setelah terbentuknya Organisasi Perlawanan Nasional Mahasiswa Timor Leste (RENETIL) oleh mahasiswa Timor Leste di Jawa dan Bali pada tahun 1988. Tujuan penubuhan organisasi ini ialah menyokong perjuangan Falintil dengan membina jaringan bawah tanah dengan organisasi perlawanan di Timor Timur (Wilson 2010:218). Selain itu, ia juga memiliki objektif untuk memberi tekanan kepada pemerintah dari dalam Indonesia sendiri dengan mengkempenkan prinsip universal hak asasi dan demokrasi, serta mendefinisikan kembali identiti nasional (Goodman 1999). Renetil kemudian berjaya mempengaruhi Ikatan Mahasiswa dan Pelajar Timor Timur (IMPETTU). Pertubuhan ini pada mulanya ditubuhkan oleh pemerintah Indonesia untuk mengawal dan memasukkan ideologi integrasi ke generasi muda Timor Timur dengan menyediakan biasiswa dan asrama pelajar untuk mereka di pelbagai kota di Indonesia. Namun dalam perkembangannya, ia berubah menjadi alat perlawanan untuk kemerdekaan Timor Timur. Pada masa yang sama, banyak kelompok-kelompok yang pada mulanya pro kepada integrasi, termasuk UDT dan APODETI juga telah berubah arah melawan pemerintahan Indonesia.

(10)

perjuangan sebagai simbol nasionalisme dan perlawanan terhadap Indonesia menjadi penting. Maubere yang dianggap penjajah Portugis sebagai etnik yang bodoh dan terbelakang dijadikan identiti yang menyatukan perjuangan nasionalisme rakyat Timor.

Untuk mengakomodasi kepentingan seluruh unsur perlawanan ini, mereka bersetuju untuk menepikan ideologi dalam menghadapi musuh bersama rejim tentera Indonesia. Dengan demikian, Falintil tidak lagi dianggap sebagai sayap militari Fretilin, tetapi menjadi angkatan bersenjata pembebasan nasional Timor Timur. pada tahun 1988 semua gerakan perlawanan di bawah organisasi payung CNRM (Dewan Nasional Perlawanan Rakyat Maubere) yang dipimpin oleh Xanana. Untuk itu, Xanana melepaskan jawatannya sebagai pemimpin Fretilin dan panglima perang Falintil.

IV. Sokongan Kelompok Prodemokrasi Indonesia

Perubahan strategi perlawanan kemerdekaan Timor Timur yang tidak lagi mengedepankan perjuangan bersenjata berpengaruh terhadap perubahan sikap Indonesia. Pemerintah mula mengurangi jumlah tenteranya dan mereka dilibatkan dalam projek-projek pembangunan untuk mendapatkan simpati dan sokongan rakyat Timor (Schwartz 1994:210). Larangan untuk memasuki dan keluar Timor Timur dicabut dan untuk kali pertama selepas invasi, orang asing, termasuk wartawan dibenarkan tinggal di Timor Timur. Situasi itu bertepatan masanya dengan kemunculan bentuk penentangan baharu di Indonesia yang memiliki pendekatan lebih radikal dari gerakan-gerakan penentangan sebelumnya. Meskipun gerakan ini masih di dominasi oleh kalangan kelas menengah, termasuk aktivis mahasiswa dan intelektual (Ariel 1996:262), namun mereka mulai menumpukan kekuatan penentangannya dari kelas bawah. Idea dan aktiviti politik mereka menyebar ke pelbagai daerah dan menggunakan pendekatan yang lebih militan dan berdisiplin dalam gerakan.

(11)

1980an, persoalan kemiskinan dan masalah sosial lainnya di Indonesia semakin meningkat kerana proses perindustrian. Kes-kes perampasan tanah rakyat untuk pembangunan kilang, empangan, padang golf, mahupun perumahan elit yang tidak memihak kepada pemilik tanah semakin sering berlaku di akhir tahun 1980an. Persoalan nyata yang dihadapi oleh rakyat ini membuka jalan kepada aktivis kelas menengah untuk mengamalkan teori yang telah mereka bincangkan di dalam kelompok diskusi tadi ke dalam praktik. Mereka juga dapat belajar daripada pengalaman gerakan politik tahun 1970an yang gagal dalam menentang Orde Baru kerana gerakan mahasiswa pada waktu itu tidak melibatkan rakyat. Pada masa inilah peranan masyarakat sivil mulai terlihat dan pelbagai NGOs yang bergerak dalam isu hak asasi dan pembelaan golongan terpinggir semakin politikal.

Keterlibatan dengan dunia NGO membuka ruang gerak yang lebih besar kepada mereka kerana jaringan antarabangsa yang dijalin oleh NGO-NGO tersebut. Ini juga membuka jalan kepada masuknya idea-idea baru daripada luar yang kemudian dibincangkan di kalangan mereka. Salah satu pengaruh asing terhadap wacana demokrasi pada masa itu ialah berkenaan dengan persoalan hak menentukan nasib sendiri, terutama dalam kes Timor Timur (Uhlin 1998:223). Berbanding masyarakat antarabangsa yang sudah terlebih dahulu membela Timor Timur, perhatian terhadap persoalan Timor Timur di Indonesia muncul agak terlambat disebabkan oleh pelbagai hambatan yang dihadapi oleh masyarakat sivil di bawah Orde Baru. Sampai akhir tahun 1980an, hanya beberapa individu di luar pemerintah yang pernah terlibat dengan isu Timor Timur disebabkan oleh faktor kerjaya membolehkan mereka mengunjungi kawasan tersebut. George Junus, intelektual Indonesia yang paling banyak menulis mengenai isu Timor Timur ialah bekas wartawan dan pernah bertugas di sana sebelum invasi. Beberapa aktivis kemanusiaan yang menjadi ahli gereja Katolik yang mengunjungi Timor Timur untuk bantuan kemanusiaan juga kerap menjadi sumber maklumat rahsia kepada pihak luar. Sedangkan orang Indonesia yang menjadi exile kerana peristiwa 1965 lebih banyak terlibat langsung dengan kempen Timor Timur di luar negara. Mereka menyediakan berita alternatif yang diterbitkan di luar negara kepada aktivis-aktivis di Indonesia dan menghubungkan para aktivis Timor Leste dan Indonesia dengan jaringan antarabangsa (CAVR 2005:126).

(12)

daripada ahli SKEPHI (Sekretariat Kerjasama Pelestarian Hutan Indonesia (SKEPHI), sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 1982 dan dianggotai oleh beberapa orang bekas aktivis mahasiswa. SKEPHI memainkan peranan penting dalam memperkenalkan kecenderungan aksi demonstrasi, protes jalanan, dan mobilisasi massa dalam mengangkat sesuatu isu. Dalam perkembangannya, SKEPHI kemudian merespon situasi hak asasi dan politik di Indonesia dengan merubah orientasinya untuk bergerak melampaui isu persekitaran dan perhutanan (Lane 2007:139). Banyak sarjana merujuk kepada SKEPHI-INFIGHT untuk menunjukkan radikalisasi NGO yang berlaku di tahun 1990an (Eldridge 1995, Uhlin 1998, Aspinall 2005, Lane 2007). Hubungan dengan aktivis Indonesia dengan mahasiswa Timor yang belajar di Jawa (RENETIL/IMPETTU) mula terjalin setelah provinsi tersebut dibuka oleh pemerintah pada tahun 1989. Aktivis SKEPHI-INFIGHT yang kali pertama menjalin hubungan dengan perjuangan Timor Timur ialah Danial Inderakusuma pada akhir tahun 1980-an (Wilson 2010:188). Ia kemudian menjadi aktor penting di sebalik penubuhan Partai Rakyat Demokratik (PRD) pada tahun 1996 yang merupakan puncak radikalisasi gerakan melawan Orde Baru.

(13)

Solidariti kelompok prodemokrasi Indonesia berterusan sampai kejatuhan Suharto, bahkan setelah hari pengundian referendum bagi menentukan status Timor Timur dilakukan pada 30 Ogos 1999. Ada kelompok yang menumpukan kepada kempen solidariti di Indonesia mahupun antarabangsa seperti Solidamor (Solidaritas Indonesia Untuk Perdamaian Timor Timur). Sedangkan kelompok lain seperti Fortilos (Forum Solidaritas untuk Rakyat Timor Loro’sae) memilih untuk menggembleng pemikiran dan tenaga bagi merumuskan konsep politik-ekonomi Timor Leste selepas berpisah dari Indonesia.

Namun kelompok yang paling berani membawa agenda pembebasan Timor Timur selari dengan tuntutan pendemokrasian Indonesia ialah Persatuan Rakyat Demokratik (PRD) yang ditubuhkan pada Mei 1994. Dalam deklarasi pelancarannya, PRD menuntut hak demokrasi dan kebebasan penuh, pengagihan kekayaan yang adil untuk rakyat miskin. PRD juga megeluarkan tuntutan yang sebelumnya tidak pernah disuarakan secara terbuka oleh mana-mana kelompok prodemokrasi, iaitu pemulihan hak ribuan bekas banduan politik 1965 dan juga penyelesaian secara damai persoalan Timor Timur tanpa penglibatan tentera. Selain itu mereka juga menuntut pengakuan hak asasi dan kemanusiaan bangsa Timor Timur (Lane 1994).

Selain memiliki organisasi sayap berdasarkan sektor (mahasiswa, buruh, petani, golongan miskin bandar, dan seniman), PRD juga telah menubuhkan sebuah organisasi yang khas menguruskan persoalan Timor Timur, iaitu SPRIM (Solidariti Perjuangan Rakyat Indonesia untuk Maubere) pada tahun 1995. Slogan kempen SPRIM ialah ”Demokrasi untuk Indonesia, Kemerdekaan Untuk Timor Timur”. SPRIM mengklaim sebagai organisasi pertama di Indonesia yang matlamat utamanya ialah perjuangan pembebasan Timor Timur (ASIET 1996b:38). Bagi PRD, referendum bagi Timor Timur menjadi ukuran kepada pendemokrasian sejati. Oleh sebab itu mereka menjadikan tuntutan referendum sama pentingnya dengan tuntutan politik yang lain.

(14)

Menurut laporan Human Rights Watch/Asia (1996), PRD merupakan unsur terpenting gerakan prodemokrasi yang lebih kerap menganjurkan demonstrasi jalanan dengan melibatkan massa yang selalu bertambah, tersusun, dan lebih terbuka menuntut perubahan politik di level kepimpinan.

Hubungan kelompok prodemokrasi, termasuk pimpinan PRD dengan perjuangan Timor Timur semakin dekat selepas Xanana Gusmao yang telah berjaya ditangkap pada tahun 1992, dipindahkan ke penjara Cipinang, Jakarta pada tahun 1994. Komunikasi di antara kelompok prodemokrasi Indonesia dengan pemimpin tertinggi perjuangan pembebasan Timor Timur itu sama ada secara langsung mahupun melalui pesan-pesan rahsia yang dihantarkan melalui kurier mempermudah kempen mereka (Rei 2005, Wilson 2010, CAVR 2005). Melalui komunikasi inilah aksi-aksi kempen dirancang, di antaranya aksi pada bulan Jun 1995 membantah penangkapan 30 orang mahasiswa dan pekerja Timor Timur kerana kesalahan bermesyuarat secara gelap tanpa izin dan aksi mengenang insiden pembantaian Santa Cruz di tahun yang sama. Pada 7 Disember 1995, iaitu 20 tahun selepas pendudukan Indonesia di Timor Timur, puluhan aktivis PRD bersama dengan pemuda Timor Timur melakukan aksi menceroboh kedutaan Rusia dan Belanda. Aksi ini dilakukan untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap persoalan Timor Timur. Pada pukul empat pagi, 26 aktivis pembebasan Timor dan 29 aktivis PRD berjaya menduduki kedutaan Belanda. Pada masa yang sama, 58 orang rakan mereka yang lain juga berjaya masuk ke dalam kedutaan Rusia.3 Mereka membentangkan kain rentang yang

berisi tuntutan: ”Free Indonesia, Free East Timor”, dan Cabut 5 UU Politik, Referendum untuk Rakyat Maubere”.4 Ini merupakan aksi pencerobohan kedutaan asing yang keduapuluh kali

pernah dilakukan oleh pejuang pembebasan Timor Timur semenjak tahun 1986 (ASIET 1996a). Namun ini kali pertama aksi pencerobohan dilakukan dengan melibatkan aktivis Indonesia dan berjaya mencapai objektifnya. Aksi-aksi sebelumnya selalu gagal kerana pelaku aksi tidak tahan dengan tekanan dan menerima tawaran untuk mendapatkan suaka ke Portugal.

3 Rincian lengkap mengenai perancangan dan jalannya aksi ini terdapat dalam ASIET (1996a), Rei (2005), dan Wilson (2010).

(15)

Solidariti dan aksi-aksi bersama yang dilakukan oleh PRD berterusan, bahkan ketika sebahagian besar pemimpinnya dipenjarakan pada tahun 1996 dan mereka terpaksa bergerak di bawah tanah sampai kejatuhan presiden Suharto pada 20 Mei 1998. Pendirian politik dan militansi yang ditunjukkan oleh para aktivis PRD telah menjadi justifikasi bagi Xanana untuk memberikan penghargaan kepada mereka.

V. Penutup

Berdasarkan perbincangan di atas, kertas kerja ini berhujah bahawa pemisahan Timor-Timur dari Indonesia tidak akan terwujud jika tidak ada kekuatan politik dari dalam wilayah Indonesia itu sendiri yang menyokong upaya itu. Kes Timor Timur telah menunjukkan bahawa tuntutan pendemokrasian dan hak menentukan nasib sendiri sebuah bangsa yang terjajah memiliki hubungan yang sangat erat. Apa yang dilakukan oleh Indonesia terhadap Timor Timur merupakan pengulangan sejarah yang sudah banyak berlaku di seluruh dunia. Kemerdekaan negara-negara bekas jajahan Portugal hanya berlaku selepas Jeneral Caetano yang mewarisi kediktatoran Salazar berjaya digulingkan pada tahun 1974.

Penolakan rakyat Perancis terhadap penjajahan negaranya di Algeria dan juga reaksi keras rakyat Amerika terhadap perang di Vietnam menjadi contoh bahawa rakyat di negara penjajah dapat menjadi kekuatan untuk memberikan tekanan bagi mengakhiri kolonialisasi. Apa yang berlaku tersebut selari dengan hujah Samuel Huntington dalam buku The Third Waves of Democratization. Menurutnya, salah satu faktor yang mempercepat tumbangnya rejim-rejim autoritarian ialah kehilangan sokongan rakyat disebabkan oleh politik agresif terhadap bangsa atau negara lain. Seperti yang berlaku di negara-negara tersebut, pada akhirnya rejim Orde Baru pun tumbang. Dan sejarah menginginkan itu sebagai jalan bagi Timor Timur mendapatkan kemerdekaan.

Rujukan

Anderson, Benedict. 1993. Imagining East Timor. Arena Magazine. No.4-May-April.

(16)

Ariel Heryanto. 1996. Indonesian Middle-Class Oppositions in 1990s. Dlm Rodan, Gary (pnyt.). Political Opposition in Industrialising Asia, hlm.241-271. London: Routledge.

ASIET. 1996a. Fighting Together: Indonesian and East Timorese Join Struggle. Broadway: ASIET

ASIET. 1996b. The Struggle for Democracy in Indonesia: Introducing The Peoples Democratic Party. Broadway: ASIET.

Aspinall, Edward. 2005. Opposing Suharto: Compromise, Resistance, and Regime Change in Indonesia. Stanford: Stanford University Press.

Aucoin, Louis & Brandt Michele. 2010. East Timor’s Constitutional Passage To Independence. Dalam Miller, Laurel E & Aucoin, Louis. Framing The State In Times of Transition: Case Studies in Constitution Making. Hlm. 245-274. Washington D.C: United States Institute of Peace Press.

Bamadhaj, Kamal & Bamadhaj, Nadiah. 1997. AKSI Write. Petaling Jaya: Rhino Press.

CAVR. 2005. Chega! Laporan Akhir Komisi Penerimaan, Kebenaran dan Rekonsiliasi Timor Leste (CAVR).

de Magalhaes, A. Barbedo. 1992. East Timor Indonesian Occupation and Genocide. Porto: Oporto University.

Dunn, James. 1996. Timor: A People Betrayed. Sydney: ABC Books.

Eldridge. Philip. 1995. Non-Government Organisations and Democratic Participation in Indonesia. South-East Asian Social Science Monographs. Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

Eldridge. Philip. 1995. Non-Government Organisations and Democratic Participation in Indonesia. South-East Asian Social Science Monographs. Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

Eldridge. Philip. 1995. Non-Government Organisations and Democratic Participation in Indonesia. South-East Asian Social Science Monographs. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Garrison, Randall. 2005. The Role of Constitution-Building Processes in Democratization: Case Study East Timor. Stockholm: International IDEA Democracy-Building & Conflict Management (DCM).

(17)

Goncalves, Mateus Marco. 2010. Pengantar: Rakyat Maubere dan Proyek Pembebasan Kolektif Yang Belum Usai. Dalam Wilson. A Luta Continua! Hlm. 1-17. Jakarta: Penerbit Tanah Lapang.

Goodman, James. 1999. Indonesians for East Timor. Inside Indonesia, No.59.

Hill, David & Sen, Krishna. 2005. The Internet in Indonesia’s New Democracy. London: Routledge.

Human Rights Watch/Asia. 1996. Indonesia: Tough International Response Needed To Widening

Crackdown. Robert F. Kennedy Memorial Center for Human Rights.

Huntington, Samuel. 1991. Gelombang Demokratisasi Ketiga (terj). Jakarta: Grafiti.

Inside Indonesia. 1990. New Human Rights Coalition Formed in Indonesia. Inside Indonesia. June. Hlm. 2-13.

Kahin, Audrey & Kahin, George McTurner. 1995. Subversion as Foreign Policy. New York: The New Press.

Lane, Max. 1994. New Stage for the Progressive Movement in Indonesia. Links: International Journal of Socialist Renewal. No.2, July-September.

Lane, Max. 2007. Bangsa Yang Belum Selesai. Jakarta: Reform Institue.

Kammen, Douglas. 2016. Three Centuries of Conflict in East Timor. Singapore: NUS Press.

Martin, Ian. 2001. Self-Determination in East Timor: The United Nations, The Ballot, and International Intervention. London: Lynne Rienner.

Media Indonesia. 2016. Xanana Apresiasi Aktivis RI. 19 Mac.

Pascoe, Daniel. 2006. The Role of Chatolic Church in Support or Opposition To the Indonesian Occupation in East Timor (1975-1999). Cross-Sections. Volume. II. Hlm. 119-132.

Rei, Naldo. 2007. Resistance: A Childhood Fighting for East Timor. Queensland: University of Queensland Press.

Schwartz, Adam. 1994. A Nation in Waiting: Indonesia in 1990’s. Colorado: Westview Press.

Taylor, John G. 1991. Indonesia’s Forgotten War. The Hidden History of East Timor. London: Zed Books.

(18)

Uhlin, Anders. 1997. Oposisi Berserak: Arus Deras Demokratisasi Gelombang Ketiga di Indonesia. Bandung: Penerbit Mizan.

Vatikiotis, Michael R.J. 1998. Indonesian Politics Under Suharto: The Rise and Fall of the New Order. London: Routledge.

Referensi

Dokumen terkait

LPPMPP ISI Surakarta tahun 2016 telah berupaya mewujudkan sebuah Buku Panduan Penelitian, Penciptaan Seni, Pengabdian Masyarakat, Buku Ajar dan Media Ajar sebagai

Pharmaceutical care merupakan jawaban dari penyediaan terapi obat yang bertujuan untuk mencapai hasil tertentu dalam meningkatkan kualitas hidup pasien yang

Lokasi dan pengelolaan sampah yang kurang memadai (pembuangan sampah yang tidak terkontrol) merupakan tempat yang cocok bagi beberapa organisme dan menarik bagi

Untuk indikator yang pertama dapat diketahui bahwa dalam pelaksana- an Kebijakan Larangan Pembukaan Lahan Pertanian Dengan Cara dibakar yang menjadi ukuran dasar

dimana : ITP overlay = ITP kebutuhan – ITP eksisting ao = koefisien kekuatan relatif bahan yang digunakan untuk overlay ITP kebutuhan dihitung berdasarkan perhitungan kebutuhan

Perancangan Game Design Document dalam game puzzle tersebut dapat menjadi pedoman dalam menyelesaikan aplikasi game yang menarik dan user friendlysehingga memudah- kan

Usaha Menengah adalah usaha ekonomi produktif yang berdiri sendiri, yang dilakukan oleh orang perorangan atau badan usaha yang bukan merupakan anak perusahaan atau cabang

Semua staf pengajar kekhususan psikologi pendidikan yang selalu memberikan ilmunya kepada penulis dan membantu penulis dalam proses pendidikan dan menyelesaikan tesis