• Tidak ada hasil yang ditemukan

UKURAN PENCAPAIAN MANUSIA DALAM INDEKS P (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UKURAN PENCAPAIAN MANUSIA DALAM INDEKS P (1)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

UKURAN PENCAPAIAN MANUSIA DALAM INDEKS

PEMBANGUNAN MANUSIA (HDI): ANALISIS BERDASARKAN

TASAWUR PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

Mohd Shukri Hanapi1

Abstrak

Manusia merupakan pelaku pembangunan yang pencapaiannya diukur dengan

pelbagai indeks pembangunan, antaranya ialah Indeks Pembangunan Manusia

(Human Development Index - HDI). HDI merupakan indeks komposit yang

digunakan sebagai satu piawaian dalam mengukur pencapaian manusia. Melalui

pengukuran ini dapat ditentukan sama ada sesebuah negara itu maju,

membangun atau mundur. Persoalannya, bagaimanakah pencapaian manusia

diukur dalam HDI? Apakah aspek-aspek pengukurannya? Adakah pengukuran

pencapaian manusia dalam HDI ini mencukupi dan selari dengan fungsi manusia

berdasarkan tasawur pembangunan berteraskan Islam (PBI)? Untuk menjawab

semua persoalan ini, makalah ini mempunyai dua objektif utama. Pertama,

mengenal pasti aspek pengukuran pencapaian manusia dalam HDI; dan kedua,

menganalisis kecukupan pengukuran pencapaian manusia dalam HDI itu

berdasarkan tasawur PBI. Sebagai hasilnya, kajian kualitatif yang menggunakan

kaedah analisis kandungan ini mendapati pencapaian manusia dalam HDI diukur

berdasarkan aspek kesihatan, pendidikan dan taraf hidup. Jelaslah bahawa

pengukuran pencapaian manusia dalam HDI hanya dari aspek fizikal dan

keupayaannya semata-mata. Ia tidak mengambil kira aspek spiritual. Oleh itu,

fungsi manusia yang diukur pencapaiannya dalam HDI hanyalah manusia fizikal,

atau pseudo-manusia, iaitu manusia yang tidak lengkap sebagai satu manusia. Ia

hanyalah merujuk kepada kekuatan fizikal, keupayaan produktiviti dan akal

manusia. Aspek kerohanian seperti iman dan takwa tidak diambil kira. Hal ini

jelas bertentangan dengan fungsi sebenar manusia berdasarkan tasawur PBI,

iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Kata Kunci: ukuran; pencapaian; indeks; pembangunan; tasawur

1. Pendahuluan

Manusia merupakan pelaku pembangunan sama ada dalam pembangunan lazim (PL) atau dalam pembangunan berteraskan Islam (PBI). Meskipun pelaku pembangunan dalam kedua-dua teori pembangunan tersebut adalah sama, namun fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori PL adalah berbeza dengan fungsi manusia dalam teori PBI. Hal ini kerana acuan yang membentuk kedua-dua teori pembangunan ini adalah berbeza. Teori PBI dibentuk beracuankan tasawur Islam2, manakala teori PL

1 Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Tel. 04-653 2665 / 3422, faks 04-653 2124, telefon bimbit 019-4507576 dan e-mel hshukri@usm.my atau hshukeri@yahoo.com.

(2)

dibentuk beracuankan tasawur lazim3. Oleh sebab teori PL beracuankan tasawur lazim

maka manusia dalam teori PL itu hanya dilihat dari aspek keupayaan dan fizikalnya semata-mata tanpa mengambil kira aspek spiritual. Oleh sebab itu, manusia dalam teori PL hanyalah manusia fizikal atau pseudo-manusia, iaitu manusia yang tidak lengkap sebagai satu manusia. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sifat fungsi pengeluaran dalam teori PL, iaitu P = f(T, M, B, K....n (P ialah pengeluaran, M ialah modal, B ialah buruh, K ialah keusahawanan dan n ialah faktor-faktor pengeluaran yang lain seterusnya). Dalam fungsi pengeluaran ini, faktor pengeluaran yang berhubung dengan manusia ialah buruh dan keusahawanan. Sebenarnya manusia dalam bentuk buruh dan keusahawanan ini hanyalah merujuk kepada kekuatan fizikal, keupayaan produktiviti dan akal manusia sahaja. Semuanya tidak mengambil kira hal-hal kerohanian seperti iman dan takwa manusia; dan fungsi utama penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:31).

Pembangunan manusia merupakan suatu paradigma yang meletakkan manusia sebagai pelaku pembangunan pada kedudukan terpenting. Ia bertujuan membangunkan manusia melalui pelbagai aspek, terutamanya aspek fizikal dan spiritual. Terdapat pelbagai indeks yang digunakan untuk mengukur pencapaian pembangunan manusia sebagai pelaku pembangunan ini, antaranya ialah Human Development Index (Indeks Pembangunan Manusia-HDI). HDI merupakan indeks komposit yang digunakan sebagai satu piawaian dalam mengukur pencapaian pembangunan manusia. Melalui pengukuran ini dapat ditentukan sama ada sesebuah negara itu maju, membangun atau mundur. Persoalannya, bagaimanakah pencapaian pembangunan manusia diukur dalam HDI? Apakah aspek-aspek pengukurannya? Adakah pengukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI ini mencukupi dan selari dengan pengukuran pencapaian pembangunan manusia dalam tasawur PBI? Untuk menjawab semua persoalan ini, makalah ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti aspek pengukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI; dan kedua, menganalisis aspek pengukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI itu berdasarkan pengukuran pencapaian pembangunan manusia dalam tasawur PBI.

Untuk mencapai kedua-dua objektif ini, secara umumnya perbincangan dalam makalah ini dibahagikan kepada empat bahagian utama. Pertama, membincangkan latar belakang HDI; kedua, membincangkan ukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI; ketiga, membincangkan ukuran pencapaian pembangunan manusia menurut tasawur PBI; dan keempat, menganalisis kecukupan ukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI berdasarkan tasawur PBI.

2. Latar Belakang Indeks Pembangunan Manusia (HDI)

Syukri Salleh, 2003a:21; Sidek Baba, 2006:186-187 & 191-192). Dalam erti kata lain, teori ilmu PBI terbentuk daripada gabungan antara dalil ‘aqli (akal) yang berdasarkan epistemologi dan tasawur Islam dengan dalil-dalil naqli daripada al-Qur’an dan hadis (Muhammad Syukri Salleh, 2003b:15).

3 Tasawur lazim terbina daripada epistemologi lazim yang berakar umbi daripada pemikiran Barat.

(3)

HDI ialah sebuah indeks komposit (indeks yang menggabungkan pelbagai petunjuk) yang mengukur pencapaian purata pembangunan sesebuah negara dalam tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup. Indeks ini dipersembahkan sebagai satu piawaian dalam mengukur pencapaian pembangunan manusia (Stanton, 2007:vi). Ia dianggap oleh United Nations Development Programme (UNDP) sebagai satu konsep atau proses melebarkan peluang seorang insan dengan memberikannya peluang pendidikan yang lebih cerah, penjagaan kesihatan, pendapatan, pekerjaan dan sebagainya. Kegunaan asas HDI adalah untuk menyusun negara-negara di dunia mengikut tahap pembangunan insan yang lazimnya digunakan untuk menentukan sama ada sesebuah negara itu ialah

negara maju, negara membangun atau negara mundur (UNDP, 1990; Joshi, 2008:1-2).

Indeks ini dibangunkan pada tahun 1990 M oleh seorang ahli ekonomi Pakistan bernama Mahbub al-Haq dan Sir Richard Jolly dengan bantuan Gustav Ranis dari Universiti Yale dan Meghnad Desai dari London School of Economics and Political Science (LSE). Sebenarnya HDI ini digunakan oleh UNDP dalam melaporkan pencapaian pembangunan insan yang diterbitkannya pada setiap tahun (Stanton, 2007:vi). Meskipun idea pemenang Hadiah Nobel dari India, Amartya Sen dikatakan adalah sangat berpengaruh dalam pembangunan indeks ini, namun beliau pernah menggambarkannya sebagai satu ‘ukuran kesat’ kerana beberapa kekangannya. Walau bagaimanapun, Amartnya Sen masih menerima fokus HDI yang menumpukan aspek-aspek pembangunan yang lebih meluas berbanding ukuran pendapatan per kapita yang digantikannya. Hari ini, HDI merupakan laluan bagi para pengkaji ke dalam ukuran-ukuran yang lebih terperinci dan lebih pelbagai yang terkandung di dalam laporan-laporan pembangunan insan (Stanton, 2007:3).

3. Ukuran Pencapaian Pembangunan Manusia Dalam HDI

Ukuran pencapaian pembangunan manusia dalam HDI dibuat dengan menggabungkan tiga aspek asas kehidupan manusia yang diukur melalui petunjuk-petunjuk tertentu. Pertama, kehidupan atau jangka hayat yang panjang yang diukur melalui tahap kesihatan; kedua, pengetahuan dan pendidikan yang diukur melalui kadar celik huruf dewasa (dengan pemberat dua pertiga) dan gabungan kadar kemasukan kasar ke pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi (dengan pemberat satu pertiga); dan ketiga gaya hidup yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan per kapita pada Purchasing Power Parity (PPP) dalam nilai dolar Amerika Syarikat. Hal ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.

Rajah 1:Dimensi dan Indikator Dalam Human Development Index (HDI) (Diubah suai daripada Joshi, 2008:7)

Kehidupan & Jangka Hayat Yang Panjang

Pengetahuan & Pendidikan

Gaya Hidup

Dimensi

Indeks Status Kesihatan

Indeks Pendidikan

Indeks Pendapatan

Indikator

(4)

Berdasarkan ketiga-tiga aspek kehidupan manusia yang dijadikan sebagai ukuran pencapaian pembangunan manusia ini, jelas mempamerkan HDI hanya mengukur keupayaan fizikal manusia. Hal ini kerana fungsi manusia dalam HDI adalah sama dengan fungsi manusia dalam teori PL iaitu sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya hanyalah untuk mengeluar dan mengguna semata-mata.

Semua ini berasaskan falsafah PL yang menjadikan agama sebagai alat kepada pembangunan dan bukannya pembangunan menjadi alat kepada agama. Misalnya, Todaro (1977:62) daripada aliran pemikiran Konservatif/Tradisional atau Progresif/Radikal4 telah menyentuh tentang aspek spiritual. Beliau berpandangan

pembangunan mestilah dipandang sebagai suatu proses multidimensi yang meliputi pelbagai perubahan seperti struktur sosial, sikap-sikap masyarakat, institusi-institusi nasional, penghapusan kemiskinan, mengurangkan jarak antara orang yang berpendapatan tinggi dengan yang berpendapatan rendah di samping tetap mengejar pertumbuhan ekonomi. Ringkasnya, pembangunan dikatakan mestilah mencerminkan perubahan menyeluruh atau penyesuaian sistem sosial secara keseluruhan, tanpa mengetepikan kepelbagaian keperluan asas (makanan, tempat tinggal, kesihatan, dan keamanan). Di samping itu, ia juga mestilah mengambil kira keinginan-keinginan individu atau kelompok sosial seperti pemilikan kekayaan yang lebih banyak, mempertahankan jati diri, kebebasan sehingga wujud kehidupan yang lebih baik, sama ada secara material mahupun spiritual.

Pandangan Todaro (1977) ini selari dengan Lewis (1982:10) yang berpandangan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah bergantung kepada sikap dan pemikiran manusia terhadap kerja, kekayaan, berjimat cermat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dikatakan akan lebih mudah berjaya jika agama menyesuaikan dan menghalalkan segala perubahan yang bergerak ke arah kemajuan yang diterokai oleh sistem sedia ada (sistem sekular). Dalam perkataan lain, pandangan Lewis (1982) ini menekankan bahawa untuk memperoleh kemajuan, maka agama tidak boleh menyekat sebarang kaedah dan pengeluaran yang dihasilkan5.

Walaupun Todaro (1977) dan Lewis (1982) ada menyentuh unsur spiritual atau agama, namun ia dianggap bukan sebahagian daripada pembangunan. Todaro (1977) misalnya cenderung melihat kejayaan pembangunan fizikal dan material akan memperbaiki kehidupan spiritual, bukannya spiritual yang akan memperbaiki pembangunan fizikal dan material. Manakala Lewis (1982) pula meletakkan agama ke tahap rendah kerana beliau menghendaki agar agama menyokong sistem sekular supaya pembangunan terus mengalami kemajuan tanpa ada halangan. Dalam hal ini, agama dilihat menjadi alat kepada pembangunan, bukannya pembangunan menjadi alat kepada agama. Maka di sini jelas mempamerkan teori PL yang mempercayai manusia boleh dan patut menguruskan pembangunan ekonominya tanpa mengambil kira peraturan agama.

Bagi membuktikan hal ini, misalnya teori Modenisasi6 yang lahir di Barat setelah falsafah

Barat berjaya meminggirkan agama dan tradisi daripada menguasai masyarakat telah

4 Terdapat juga pembahagian yang dibuat menggunakan nama-nama lain. Misalnya, Havens (1972) telah

menggunakan klasifikasi konflik dan keseimbangan, sementara Webster (1984) membahagikan teori-teori pembangunan kepada teori modenisasi dan teori kurang pembangunan. Chilcote dan Edelstein (1974) pula mengelaskan teori pembangunan kepada model difusi dan model pergantungan (dipetik daripada Rahimah Abdul Aziz, 2001:70-71), sedangkan Clements (1980) telah membahagikan teori-teori tersebut kepada teori pertumbuhan neoklasik, model strukturalis dan teori kurang pembangunan dan pergantungan golongan Marxis dan neo-Marxis. Selain itu, Muhammad Syukri Salleh (2003a) membahagikan kepada Pasca-Klasikal dan Radikal. Walaupun berbeza dari aspek pembahagiannya, teori-teori yang dibincangkan dalam berbagai-bagai pembahagian itu dan andaian-andaian asasnya adalah hampir serupa (Rahimah Abdul Aziz, 2001:71).

5 Untuk perbincangan lanjut tentang teori pertumbuhan ekonomi Lewis (1982) ini, lihat Todaro dan Smith

(5)

menolak pandangan alam yang berdasarkan agama dan membangun tasawur baru yang menolak aspek metafizik (Khalif Muammar A. Haris, 2012:35). Oleh sebab itu, teori Modenisasi meletakkan manusia bukan sebagai hamba dan Khalifah Allah SWT. Menurut Habermas (1985), Bauman (1991), dan Hermansen (1996), dalam teori Modenisasi manusia dipandang cukup tinggi sehinggakan dianggap sebagai penentu segala sesuatu (measure of all things), pembawa dan sumber segala hak.

Jelas di sini bahawa pemikiran teori PL mendidik manusia supaya memisahkan ajaran agama dalam pembangunan ekonomi. Justeru, manusia dalam teori PL dianggap sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya hanyalah untuk mengeluar dan mengguna semata-mata. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Mill (1844:137-138):

It is concerned with him solely as a being who desires to possess wealth, and who is capable of judging of the comparative efficacy of means for obtaining that end. It predicts only such of the phenomena of the social state as take place in consequence of the pursuit of wealth. It makes entire abstraction of every other human passion or motive; except those which may be regarded as perpetually antagonizing principles to the desire of wealth, namely, aversion to labour, and desire of the present enjoyment of costly indulgences”.

Jelas di sini bahawa fungsi manusia dalam teori PL tidak lebih daripada barangan dan alat (Sobri Salamon, 1989:75). Dengan itu, pelaku pembangunan dalam teori PL dipercayai dilahirkan hanya untuk menjalankan fungsi yang stereotaip dan sirkularistik seperti mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal dunia. Mereka juga dianggap hanya sebagai manusia pengeluar atau pengguna yang hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahir semata-mata.

4. Ukuran Pencapaian Pembangunan Manusia Menurut Tasawur PBI

Berdasarkan tasawur PBI, manusia yang diukur pencapaian pembangunannya dalam HDI sebelum ini sebenarnya sebagai suatu komposit yang terdiri daripada unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu (Mustapha Hj. Mohd. Jar, 1986:17; Wan Azhar Wan Ahmad, 2014). Islam menjelaskan aspek fizikal itu sebagai diri haywaniyyah (haiwan), manakala aspek roh itu sebagai diri natiqah (rasional). Simbiosis antara aspek inilah menjadikan manusia itu manusia. Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain untuk memberi makna kepada kehidupan. Sekiranya salah satunya tiada atau kepentingan salah satunya terabai, maka manusia tidak lagi cukup sebagai seorang manusia (Wan Azhar Wan Ahmad, 2014).

Manusia selaku makhluk Allah SWT ini mempunyai fungsi yang lebih khusus daripada fungsi manusia dalam PL yang beracuankan tasawur lazim. Aktiviti-aktiviti seperti tahap pendidikan, penjagaan kesihatan tubuh badan, gaya hidup, pengeluaran dan penggunaan hanyalah sebahagian daripada alat untuk manusia menjalankan atau mempertahankan fungsi khusus yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di bumi ini. Menurut Qutb (1987a:60), hamba

(6)

merupakan fungsi yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT (habl min Allah), manakala khalifah pula merupakan fungsi yang menghubungkan manusia sesama manusia (habl min al-nas).

Fungsi pertama manusia adalah sebagai hamba Allah SWT. Ia dijelaskan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan tujuan mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” (al-Zariyat, 51:56).7

Ayat ini menerangkan salah satu daripada fungsi utama penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan tugas yang menentukan ada hamba yang menyembah dan ada Tuhan yang disembah (Qutb, 1987c:3374). Perkara ini digambarkan dalam ungkapan illa liya‘budun (melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Allah SWT). Penggunaan perkataan illa adalah untuk hasr

(pembatasan) iaitu dibataskan pengabdian diri kepada Allah SWT sahaja. Manakala penggunaan huruf lam al-‘illah yang memberi maksud tujuan sebelum perkataan

ya‘budun itu pula dapat menjelaskan lagi bahawa tujuan Allah SWT menciptakan manusia adalah semata-mata untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada-Nya (Ibn ‘Asyur, 2003:25).

Sebenarnya perkara ini juga ada dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Mu‘az bin Jabal r.a. katanya: Ketika aku ditumpangi oleh Rasulullah SAW dan tidak ada penghalang antara diriku dengan Baginda kecuali pelepah kayu yang diletakkan di belakang unta, Baginda memanggilku: Wahai Mu‘az! Lantas aku menjawab: Baik, wahai Rasulullah! Aku memenuhi panggilanmu. Setelah itu Baginda teruskan perjalanan dan memanggilku lagi: Wahai Mu‘az! Lantas aku menjawab: Baik, wahai Rasulullah! Aku memenuhi panggilanmu. Kemudian Baginda bertanya: Apakah hak Allah SWT ke atas hamba-Nya? Aku menjawab: Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Hak Allah SWT ke atas hamba-Nya adalah supaya mereka beribadah kepada-Nya dengan sebenar-benar dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu perkara pun

(Riwayat al-Bukhariy, No. Hadis 6500, Ibn Hajar, 1989b:410).8

Dalam hadis ini diterangkan bahawa manusia itu adalah sebagai hamba yang ditugaskan beribadah kepada Allah SWT. Dalam beribadah itu pula, manusia dilarang mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu apa jua pun.

Berhubung ayat Surah al-Zariyat (51:56) ini juga, al-Tabariy (1992b:476) dan Ibn Kathir (1992b:255) pula memetik pandangan Ibn ‘Abbas r.a. yang mengatakan bahawa manusia diciptakan agar mengakui ketuhanan Allah SWT dengan beribadah

kepada-7 Menurut al-Raziy (1990b:199) dan al-Zuhayliy (1991:48) yang memetik pandangan Mujahid mengatakan,

hikmah disebut jin dahulu berbanding manusia kerana jin beribadah secara rahsia tanpa bercampur dengan rasa riyak. Hal ini berbeza dengan ibadah manusia yang kadangkala timbul riyak dalam diri mereka.

(7)

Nya, baik secara sukarela (taw‘an) mahupun terpaksa (karhan). Hal ini berbeza dengan padangan Mujahid r.a. yang dipetik oleh al-Maraghiy (1985:13) dan al-Syawkaniy (1993:131) bahawa manusia diciptakan untuk mengenali Allah SWT. Maksudnya, setelah manusia benar-benar mengenali Allah SWT iaitu tentang kewujudan dan kebesaran-Nya, mereka akan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan beribadah kepada-Nya.

Meskipun wujud sedikit perbezaan antara kedua-dua tafsiran ini, namun ia tidak bertentangan pun. Pendapat Ibn ‘Abbas r.a. yang dipetik oleh al-Tabariy (1992b:476) dan Ibn Kathir (1992b:255) menekankan aspek taqwim (penciptaan) manusia sebagai hamba Allah SWT, sedangkan pendapat Mujahid r.a. yang dipetik oleh al-Maraghiy (1985:13) dan al-Syawkaniy (1993:131) pula lebih menekankan aspek taklif (pembebanan tanggungjawab). Oleh itu, jelaslah bahawa manusia diciptakan sebagai hamba atau makhluk yang tunduk kepada kehendak Allah SWT sekali gus dibebani dengan tanggungjawab untuk memanifestasikan ketundukannya iaitu beribadah kepada Allah SWT.

Pertanggungjawaban fungsi manusia sebagai hamba ini telah ditetapkan sebelum kelahiran seseorang manusia itu lagi iaitu sewaktu di alam roh. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan (ingatlah), ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar pada Hari Kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (keturunan anak-anak Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” (al-A‘raf, 7:172).

Ayat ini menjelaskan perihal perjanjian yang berlaku ketika seluruh zuriat bangsa manusia berada di alam roh sebelum kelahiran fizikal mereka di alam dunia ini. Mereka melafazkan kesaksian sekali gus perjanjian tentang ketuhanan Allah SWT iaitu hakikat Tauhid Rububiyyah 9dan Tauhid Uluhiyyah10 (Ibn Kathir, 1992a:272; al-Qurtubiy,

1993b:202; Qutb, 1987b:1392). Jelas di sini bahawa peristiwa ini sebagai pangkal tempat titik tolaknya seluruh kehidupan manusia. Setelah manusia mengiktiraf Tuhan, manusia sebenarnya telah menyerahkan jiwa dan raganya untuk patuh dan mengabdikan diri kepada-Nya. Justeru, apabila Tuhan yang dipersaksikan itu menurunkan titah perintah melalui al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya, manusia wajib akur dan tunduk.

Seluruh manusia, terutamanya umat Islam harus mengingat kembali kesaksian dan perjanjian ini dan harus mengatur tindak-tanduk seluruh aspek kehidupan mereka dalam kepatuhan kepada titah perintah Allah SWT sesuai dengan kesaksian dan pengakuan mereka. Menginsafi peristiwa ini, setiap pelaksanaan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab mestilah dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Tidak wajar sekiranya manusia yang mengaku janji taat setia terhadap sesuatu wibawa autoriti,

9Al-Rububiyyah berasal daripada perkataan rabb yang bermaksud mendidik, membaiki, mengumpul dan

sebagainya (Mas‘ud, 1990a:1586), manakala rabb bererti ketua, raja, pendidik, pentadbir dan pengurus. Ia adalah antara nama-nama Allah SWT yang baik. Secara terminologi al-Rububiyyah bermaksud mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT merupakan Tuhan, Pencipta, Pemilik dan Pentadbir seluruh alam ini yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana tanpa ada satu kuasa pun yang dapat menandinginya (Ibn Manzur, 1994a:401; Abdullah Yasin, 1990:84).

10Al-Uluhiyyah berasal daripada perkataan aliha, ya’lahu, ilahatan dan uluhiyyatan. Perkataan al-Ilah adalah

satu kata nama yang bererti sesuatu yang disembah (Mas‘ud, 1990a:225), manakala Uluhiyyah pula bermaksud peribadatan atau perhambaan (Ibn Manzur, 1994a:467). Secara terminologi, al-Uluhiyyah

(8)

tetapi kemudiannya melakukan segala keingkaran dan pengkhianatan kepada perakuan itu.

Apabila dalam tasawur PBI itu manusia berfungsi sebagai hamba Allah SWT, maka ia membawa maksud segala usaha pembangunan yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Ia meletakkan setiap usaha pembangunan yang dilakukan itu sebagai ibadah yang akan memperoleh ganjaran pahala di akhirat kelak.

Selain berfungsi sebagai hamba Allah SWT, manusia juga berfungsi sebagai khalifah Allah SWT. Fungsi kedua manusia ini dijelaskan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan perkara yang kamu tidak mengetahuinya” (al-Baqarah, 2:30).

Ayat ini jelas mempamerkan fungsi manusia sebagai khalifah di bumi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan perkataan ja‘il (penjadi) dalam ayat tersebut. Menurut al-Tabariy (1991a:236) dan al-Qurtubiy (1993a:182), perkataan ja‘il dalam ayat tersebut bermakna khaliq (Pencipta). Pentafsiran mereka ini berdasarkan pandangan Abu Rawq yang mengatakan semua perkataan ja‘ala dalam al-Qur’an itu sama makna dengan perkataan khalaqa (cipta). Meskipun demikian, Abdul Muin Salim (2002:87-88) menyatakan terdapat perbezaan makna antara perkataan khalaqa dengan ja‘ala

sebelum ini. Perkataan khalaqa bermakna menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada. Ia mengandungi makna dasar pemberian yang berbentuk fizikal dan psikologi. Manakala perkataan ja‘ala pula bermakna menetapkan suatu kedudukan bagi sesuatu yang lain11. Maksudnya ialah manusia dijadikan atau ditetapkan oleh Allah SWT

berfungsi sebagai khalifah di bumi ini setelah diciptakan. Ia lebih kepada aspek fungsi penciptaan manusia.

Sebenarnya kekhalifahan itu merupakan keutamaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia berbanding semua makhluk-Nya yang lain. Menurut al-Raziy (1990a:152), Allah SWT menyerahkan tugas khalifah kepada manusia sebagai satu nikmat umum ke atas Nabi Adam a.s. dan semua anak cucunya. Selain itu, penyerahan tugas khalifah ini juga sebagai satu ujian dan penghormatan kepada manusia (M. Quraish Shihab, 1996:140). Oleh itu, jelaslah bahawa penugasan manusia sebagai khalifah ini merujuk kepada tanggungjawab atau beban tugas dalam mengurus, mentadbir dan membangunkan bumi ini mengikut prinsip-prinsip Islam (Ahmad Zainal Abidin et al., 2006:19). Dalam perkataan lain, manusia itu adalah sebagai pelaku pembangunan.

Manusia yang berfungsi sebagai khalifah di bumi ini mempunyai beberapa tugas dan tanggungjawab tertentu. Selain memperhambakan diri kepada Allah SWT (al-Zariyat, 51:56) mereka juga mempunyai tugas-tugas lain. Antara tugas tersebut adalah menegakkan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini dengan adil dan saksama (Sad,

11 Menurut M. Quraish Shihab (2003a:138-140 & 2003b:120-121), penggunaan perkataan khalaqa adalah

bagi menunjukkan Allah SWT mewujudkan sesuatu daripada bahan yang belum ada serta menekankan bahawa kewujudan tersebut sangat hebat, malah yang lebih hebat lagi ialah Penciptanya. Manakala penggunaan perkataan ja‘ala pula adalah bagi menunjukkan Allah SWT mewujudkan sesuatu daripada bahan yang telah ada sebelumnya serta menekankan bahawa kewujudan itu sangat bermanfaat dan perlu dimanfaatkan.

(9)

38:26) dan ditugaskan memakmurkan bumi ini yang merangkumi manusia itu sendiri, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh makhluk ciptaan Allah SWT yang lain (Hud, 11:61). Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ista‘marakum bermaksud menjadikan kamu sebagai pemakmur (khalifah)” (Riwayat al-Bukhariy, No. Hadis 4684, Ibn Hajar, 1989a:449).

Menurut M. Quraish Shihab (2009:246), kekhalifahan itu mempunyai tiga unsur yang saling berkaitan. Pertama, manusia itu sebagai khalifah. Ia digambarkan dalam ungkapan-ungkapan inni ja‘il fi al-ard khalifah (kami jadikan seorang khalifah di bumi) (al-Baqarah, 2:30) dan inna ja‘alnaka khalifah (kami menjadikan kamu khalifah) (Sad, 38:26). Peranan manusia ini walaupun tidak dijelaskan secara tersurat dalam ayat Surah Hud (11:61), namun ia tetap dinyatakan secara tersirat. Hujahnya ialah manusialah yang ditugaskan memakmurkan muka bumi ini sebagaimana yang terdapat dalam ungkapan

wa ista‘marakum fiha (menghendaki kamu memakmurkannya). Kedua, alam semesta. Ia digambarkan menerusi ungkapan fi al-ard (bumi) (al-Baqarah, 2:30 & Sad, 38:26) dan

wa ista‘marakum fiha (Hud, 11:61). Ketiga, hubungan antara manusia dengan alam semesta dan segala isinya. Termasuk juga di sini ialah hubungan dengan manusia. Hal ini digambarkan dalam ungkapan fa ahkum bayna al-nas (berilah keputusan tentang sesuatu perkara di antara manusia) (Sad, 38:26) dan istilah fiha (di bumi) (Hud, 11:61). Hubungan ini walaupun tidak dinyatakan secara tersurat dalam ayat Surah al-Baqarah (2:30) sebelum ini, namun ia tetap dinyatakan secara tersirat. Hujahnya ialah tidak ada sebarang erti jika khalifah itu tidak disertai dengan penugasan atau istikhlaf.

Apabila dalam tasawur PBI itu manusia berfungsi sebagai khalifah Allah SWT, maka mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak, dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Dalam hal ini, mereka sentiasa menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam (habl min al-nas).

Berdasarkan perbincangan ini jelaslah bahawa ukuran pencapaian pembangunan manusia menurut tasawur PBI tidaklah tertumpu pada aspek fizikal semata-mata, malah ia mengambil kira aspek spiritual seperti iman dan takwa. Hal ini kerana Allah SWT bukan sahaja menciptakan manusia untuk membangunkan muka bumi, malah untuk sesuatu yang lebih penting daripada itu iaitu untuk beribadah kepada-Nya.

5. Analisis Kecukupan Ukuran Pencapaian Pembangunan Manusia Dalam HDI Berdasarkan Tasawur PBI

Manusia yang diukur dalam HDI adalah sama seperti manusia dalam teori PL. Dalam teori PL, manusia dianggap sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya hanya sebagai pengeluar atau pengguna. Dalam hal ini, yang diukur dan diambil kira hanyalah aspek kekuatan fizikal, tahap pendidikan, akal, kemahiran, kesihatan, gaya hidup dan segala perkara yang berbentuk lahir semata-mata. Bukan sekadar itu, malah manusia dianggap sebagai penentu segala sesuatu (measure of all things), pembawa dan sumber segala hak. Jelas di sini bahawa manusia dalam teori PL tidak lebih daripada barangan dan alat.

(10)

Allah SWT. Dalam hal ini mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan kepada Allah SWT dan tugas kekhalifahan yang dipikul.

Fungsi khusus manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT menurut tasawur PBI sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini direalisasikan menerusi dua dimensi perhubungan. Fungsi manusia selaku hamba Allah SWT direalisasikan menerusi hubungan menegaknya dengan Allah SWT (habl min Allah) selaku Pencipta, manakala fungsi sebagai khalifah Allah SWT direalisasikan dalam hubungan mendatar sesama manusia dan sumber alam selaku makhluk-makhluk Allah SWT (habl min al-nas).

Dengan status manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT inilah, Muhammad Syukri Salleh (2003a:15) menyatakan manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori PBI berbeza dengan fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan dalam teori PL. Perbezaan ini dapat dilihat dalam dua aspek utama. Pertama, pelaku PBI mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan PL. Sebagai hamba Allah SWT, mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri atau beribadah kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka sentiasa mempertahankan rasa kehambaan mereka kepada Allah SWT. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak, dan penuh etika, sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini; dan kedua, pelaku PBI tidak terikat dengan hanya aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dengan pelaku PL. Sebaliknya, sebagai hamba Allah SWT, pelaku pembangunan dalam PBI tidak putus hubungannya dengan Allah SWT (habl min Allah), di samping sebagai khalifah Allah SWT yang sentiasa menghubungkan diri mereka dengan sesama manusia dan sumber-sumber alam (habl min al-nas). Ganjaran untuk amalan menegakkan kedua-dua hubungan ini bukan sahaja didapati di dunia dalam bentuk material, tetapi juga di akhirat dalam bentuk syurga yang sungguh membahagiakan.

Gabungan kedua-dua fungsi utama penciptaan manusia inilah merupakan hakikat manusia yang berfungsi sebagai pelaku pembangunan menurut tasawur PBI. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003a:31 & 2007a:48-49), sebagai pelaku pembangunan, manusia mestilah mempertahankan status mereka sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Dengan itu, pelaku pembangunan dipercayai tidak dilahirkan hanya untuk menjalankan fungsi yang stereotaip dan sirkularistik seperti mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal dunia. Mereka juga tidak boleh dianggap hanya sebagai manusia pengeluar atau pengguna yang hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahiriah semata-mata. Segala aktiviti pengeluaran dan kepenggunaan hanyalah sebahagian daripada alat manusia untuk membuktikan pengabdiannya kepada Allah SWT yang telah ditetapkan sejak manusia berada di alam roh lagi (al-A‘raf, 7:172 & al-Hadid, 57:8). Selain itu, ia juga sebagai alat untuk memenuhi keperluan hidupnya sebagai manusia biasa. Dalam apa jua aktiviti dan perbuatan mereka, status sebagai hamba dan khalifah Allah SWT tidak boleh lekang darinya.

6. Kesimpulan

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam makalah ini, didapati pencapaian manusia dalam HDI diukur berdasarkan aspek kesihatan, tahap pendidikan dan gaya hidup. Jelaslah bahawa pengukuran pencapaian manusia dalam HDI hanya dari aspek fizikal dan keupayaannya semata-mata. Ia tidak mengambil kira aspek spiritual. Oleh itu, fungsi manusia yang diukur pencapaiannya dalam HDI hanyalah manusia fizikal, atau

(11)

merujuk kepada kekuatan fizikal, keupayaan produktiviti dan akal manusia. Aspek kerohanian seperti iman dan takwa tidak diambil kira. Hal ini jelas bertentangan dengan fungsi sebenar manusia berdasarkan tasawur al-Qur’an, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Penghargaan

Makalah ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang berjudul Tasawur Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian Berdasarkan Hadith Dalam Sahih Al-Bukhariy

(16 Ogos 2014-15 Ogos 2016) yang dibiayai oleh Geran Jangka Pendek, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang [304/CISDEV/6313062].

Rujukan

Abdul Muin Salim (2002). Fiqih Siyasah: Konsep Kekuasaan Politik Dalam Al-Qur’an. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.

Abdul Rahman Embong (2002). Pembangunan: Daripada Modenisasi Kepada Globalisasi, dlm. Misran Rokimin, James Francis Ongkili & Azmi Aziz (Eds.), Falsafah dan Peradaban Pembangunan. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Abdullah Yasin (1990). Hakikat Dua Kalimah Syahadat. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa. (1985). Tafsir al-Maraghiy, Jld. 27. Beirut, Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy.

Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993a). Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993b). Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, Jld. 7. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Raziy, Fakhr al-Din. (1990a). Al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghayb, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Raziy, Fakhr al-Din. (1990b). Al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghayb, Jld. 27. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Syawkaniy, Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad. (1993). Fath al-Qadir al-Jami‘ Bayn al-Fannay al-Riwayat wa al-Dirayat min ‘Ilm al-Tafsir, Jld. 5. Kaherah: Dar al-Hadith.

Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992a). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992b). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 11. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Zuhayliy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 27. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Bauman, Z. (1991). Modernity and Ambivalence. Cambridge: Polity Press

Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Kota Lhokseumawe (2013). Penghitungan dan Analisis Indeks Pembangunan Manusia Kota Lhokseumawe 2013. Kota Lhokseumawe, Aceh: Badan Pusat Stat ist ik beker jasama dengan Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Kota Lhokseumawe

H.A. Fuad Ihsan (2010). Filsafat Ilmu. Jakarta: PT Rineka Cipta.

Habermas, J. (1985). The Philosophical Discourse of Modernity. Massachusetts: The MIT Press Cambridge.

Hermansen, M. K. (1996). “Modernity and Religious Worldviews – The Challenge of Classical Islamic Religious Thought for Contemporary Muslim Intellectuals”, dlm. Sharifah Shifa al-Attas (ed.), Islam and The Challenge of Modernity: Historical and Contemporary Contexts, hlm. 509-534. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Ibn ‘Asyur, Muhammad Tahir. (2003). Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Jld. 11. Tunisia: Dar Sahnun li

al-Nasyr wa al-Tawzi‘.

Ibn Hajar, Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalaniy. (1989a). Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy, Jld. 8, Baz, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah & ‘Abd al-Baqiy (Eds.), Muhammad Fu’ad. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

(12)

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992a). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992b). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram al-Afriqiy al-Misriy. (1994a). Lisan al-‘Arab, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar Sadir.

Joshi, Hemlata. (2008). Human Development Index Rajasthan: Spatio-Temporal and Gender Appraisal at Panchayat Samiti/Block Level (1991-2001). New Delhi, India: Concept Publishing Company.

Khalif Muammar A. Haris (2012). “Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan”, dlm.

Jurnal Hadhari, 4 (1) (2012), hlm. 23-48.

Lewis, W. Arthur. (1982). Teori Pertumbuhan Ekonomi (Some Aspects of Economic Development), terj. Bahagian Buku Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

M. Quraish Shihab (1996). Wawasan Al-Qur’an: Tafsir Maudhu‘i Atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Penerbit Mizan.

M. Quraish Shihab (2003a). Tafsir Al-Misbah Pesan, Kesan dan Keserasian Al-Qur’an, Jld. 1. Jakarta: Penerbit Lentera Hari.

M. Quraish Shihab (2003b). Tafsir Al-Misbah Pesan, Kesan dan Keserasian Al-Qur’an, Jld. 7. Jakarta: Penerbit Lentera Hari.

M. Quraish Shihab (2009). Membumikan Al-Qur’an: Fungsi dan Peranan Wahyu Dalam Kehidupan Masyarakat. Bandung: Penerbit Mizan.

Mas‘ud, Jubran. (1990a). Al-Ra’id Mu‘jam Lughawiy ‘Asriy, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar ‘Ilm li al-Malayin.

Mill, John Stuart. (1844). Essays on Some Unsettled Questions of Political Economy. London: John W. Parker, West Strand.

Muhammad Lazim Lawiy (2005). Tawhid al-Uluhiyyah: Mafhumuh wa Haqiqatuh. Yala, Pattani: Qism Usul al-Din, Kulliyyah al-Dirasat al-Islamiyyah.

Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Syukri Salleh (2003a). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd. dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2003b). Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam: Konsep dan Perkaedahan (Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2005). “Islam Hadhari di Malaysia: Versi dan Elemen Pembangunan Berteraskan Islam”, dlm. Sivamurugan Pandian et al. (Ed.), Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mustapha Hj. Mohd. Jar (1986). Konsep Manusia Dari Perspektif Barat dan Islam, dlm. Wan Hashim & Mahayudin Haji Yahaya (Eds.), Sains Sosial Dari Perspektif Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Qutb, Sayyid. (1987a). Fi Zilal al-Qur’an, Jld. 1. Kaherah: Dar al-Syuruq. Qutb, Sayyid. (1987b). Fi Zilal al-Qur’an, Jld. 3. Kaherah: Dar al-Syuruq. Qutb, Sayyid. (1987c). Fi Zilal al-Qur’an, Jld. 6. Kaherah: Dar al-Syuruq.

Rahimah Abdul Aziz (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sadono Sukirno (1985). Ekonomi Pembangunan Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Jakarta: Lembaga Penerbit Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia.

Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Sobri Salamon (1988). Konflik Antara Islam dan Marxisme dan Satu Kes Kajian Kedudukan Islam di USSR dan China. Selangor: Al-Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia. Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam Pengenalan Sistem dan Kemungkinan. Selangor:

Al-Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Stanton, Elizabeth Anne. (2007). Inequality and the Human Development Index. A dissertation submitted to the Graduate School of the University of Massachusetts Amherst in partial fulfillment of the requrements for the degree of Doctor of Philosophy. Unpublished.

(13)

Todaro, Michael P. & Smith, Stephen C. (2006). Economic Development Ninth Edition. England: Pearson Education Limited.

Wan Azhar Wan Ahmad (2014). Hak Asasi Manusia: Faham Kontemporari vs Kebenaran Qur’ani,

Referensi

Dokumen terkait

Pengecualian dari instrumen ekuitas tersedia untuk dijual, jika, pada periode berikutnya, jumlah penurunan nilai berkurang dan penurunan dapat dikaitkan secara obyektif dengan sebuah

Judul Skripsi : Dampak Kawasan Industri Medam Star Terhadap Pembangunan Sosial Ekonomi Masyarakat Sekitarnya... UNIVERSITAS SUMATERA UTARA

Membangkitkan Codebook baru yang akan digunakan pada proses pembentukan citra terkompresi, dengan mengimplementasikan metode LBG, adapun tahapannya sebagai berikut

Faktor lainnya yang juga mempengaruhi tinggi rendahnya akumulasi logam timbal pada jaringan eceng gondok adalah tingkat kerapatan tumbuhan, dari hasil pengamatan

a) Diare akut : Diare yang terjadi karena infeksi usus yang bersifat mendadak, berlangsung cepat dan berakhir dalam waktu 3 sampai 5 hari. Hanya 25% sampai 30% pasien yang

Taman kota Sungai Liat ini dahulunya merupakan sebuah taman yang bagus dan sesuai dengan fungsinya, sebagai area olahraga nanum seiring berjalannyanya waktu

Selain itu data digital yang diberikan oleh komputer sebagai output juga tidak dapat langsung dikenali oleh perangkat elektronik, sehingga membutuhkan sebuah perangkat

Jika ditinjau dari penelitian sebelumnya berdasar pada garis komando pada struktur organisasi kepengurusan Dekanat FMIPA UNY yang telah dilakukan sebelumnya pada [5],