• Tidak ada hasil yang ditemukan

Orang Asli Dan Persekitarannya Kajian Ke

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Orang Asli Dan Persekitarannya Kajian Ke"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ORANG ASLI DAN PERSEKITARANNYA : KAJIAN KES DI KAMPUNG PETA

Mohd Nur Syufaat Jamiran1, Seow Ta Wee1 & Maryati Mohamed2 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)1

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan Program Penempatan Tersusun (PPT) bertujuan menempatkan semula masyarakat Orang Asli yang kebanyakannya masih tinggal di kawasan pedalaman supaya memudahkan pengurusan dalam meningkatkan sosioekonomi mereka. Justeru, kertas kerja ini merupakan kajian persekitaran Orang Asli di Kampung Peta yang merupakan salah sebuah kampung Orang Asli yang terbina daripada program penempatan tersebut. Kampung Peta yang kedudukannya di kawasan pedalaman dan berhampiran Taman Negara Endau-Rompin mempunyai seramai lebih 200 orang penduduk yang terdiri daripada Orang Asli suku kaum Jakun. Pemerhatian dan temubual tidak berstruktur telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan kajian. Hasil mendapati persekitaran Orang Asli Jakun di Kampung Peta boleh dilihat dari lima aspek iaitu perumahan, farsiliti, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Kajian mendapati keseluruhan aspek tersebut mengalami perubahan kepada keadaan yang lebih moden walaupun masih terdapat sebilangan dari mereka yang mengamalkan cara hidup asal mereka menerusi pembinaan rumah berasaskan sumber hutan serta kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan. Keadaan ini memperihalkan bahawa Orang Asli di Kampung Peta dilihat cuba untuk sebati dengan pemodenan mengikut acuan mereka sendiri selain faktor kesebatian mereka dengan hutan yang sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Kata kunci : Orang Asli, Perumahan, Prasarana, Pendidikan, Kebudayaan, Ekonomi

____________________________________________________________________________

1. PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan Program Penempatan Tersusun (PPT) yang membabitkan penempatan Orang Asli yang berselerak, terutama di kawasan pedalaman. Perancangan projek ini meliputi kemudahan awam, projek tanaman secara komersial dan penyediaan sistem perhubungan yang lebih sempurna. Rancangan pembangunan bersepadu ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli supaya melepasi garis kemiskinan selain memoden dan meningkatkan mutu hidup mereka, menerusi perkhidmatan dan kemudahan sempurna. Sehingga kini, terdapat lima pelan yang tersenarai di bawah PPT iaitu Rancangan Pengumpulan Semula (RPS), Penyusunan Semula Kampung (PSK), Rancangan Kampung Baru (RKB), Projek Bencana Alam dan Ukur Keliling Tanah penempatan Orang Asli (kampung) atau Pengambilan Tanah.

(2)

kampung di bawah PPT, penyusunan dan pembangunan yang dilaksanakan telah berjaya mengubah lanskap persekitaran penduduknya kepada yang lebih moden. Tambahan pula, penggazetan hutan berhampiran sebagai Taman Negara Johor Endau-Rompin pada tahun 1993 juga banyak memberi kesan kepada pembangunan terhadap persekitaran penduduk di Kampung Peta. Justeru, kertas kerja ini berobjektifkan untuk menjelaskan tentang keadaan persekitaran Kampung Peta impak daripada pembangunan yang telah dilaksanakan.

2. KAWASAN KAJIAN

Kampung Peta merupakan salah sebuah kampung Orang Asli yang dibina di bawah PPT yang terletak di daerah Mersing, Johor. Kedudukannya yang berhampiran kawasan Taman Negara Johor Endau-Rompin dan di pinggir Sungai Endau memastikan perjalanan selama hampir dua jam untuk sampai dari pekan Kahang.

Rajah 2.1 : Kedudukan Kampung Peta

Penduduk Orang Asli Jakun di Kampung Peta dianggarkan lebih 200 orang. Namun begitu jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang berhijrah keluar sama ada disebabkan oleh belajar, berkahwin mahupun bekerja. Kampung Peta mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada Perang Dunia ke-2, pihak British dan masyarakat Orang Asli telah meredah kawasan hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Hutan Endau-Rompin dan telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1993. Sewaktu meredah, mereka menjumpai sekeping peta yang dikatakan menunjukkan lokasi terletaknya harta karun tinggalan Jepun. Bersempena peristiwa tersebut, kampung Orang Asli yang dibina pada waktu itu diberi nama Kampung Peta (JAKOA Mersing, 2011).

3. ISU DAN PERMASALAHAN

(3)

dibahagikan kepada dua kategori iaitu masalah kemudahan asas dan masalah ekonomi. Hal ini menunjukkan bahawa RPS di bawah PPT masih belum mampu memberi sepenuhnya impak positif kepada masyarakat Orang Asli.

Di Kampung Peta, PPT dilihat mampu memberi impak yang besar kepada penduduknya dengan pemberian rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Skim Bencana Alam, fasiliti dan kelengkapan, institusi pendidikan seperti sekolah dan tadika, serta kemudahan yang lain sebenarnya mampu mengubah persekitaran masyarakat Orang Asli Jakun di kampung tersebut. Namun begitu, masalah berkenaan impak negatif dilihat lebih besar berbanding impak positif yang diterima oleh mereka (M. N. Syufaat, 2013). Walaupun penduduk Kampung Peta menerima segala bentuk kemudahan dari aspek sosial dan ekonomi, namun pembangunan tersebut dilihat mengikut acuan mereka sendiri tanpa mereka sedari. Faktor kesebatian mereka dengan hutan yang sememangnya tidak dapat dipisahkan. Hal ini jelas kelihatan dari aspek persekitaran mereka. Akibatnya, beberapa masalah lain wujud seperti masalah kebersihan, kesihatan dan kegiatan ekonomi mereka.

4. METODOLOGI

Maklumat kajian dan informasi yang diperolehi dari JAKOA Mersing banyak membantu dalam kajian ini bagi mendapatkan gambaran awal persekitaran Kampung Peta sebelum turun ke lapangan. Data tersebut adalah berkenaan dengan latar belakang Kampung Peta termasuklah populasi dan peta kawasan kajian serta sosioekonomi mereka. Seterusnya, pengkaji turun ke lapangan iaitu di Kampung Peta. Pemerhatian dilakukan bagi mendapatkan gambaran fizikal tentang keadaan kampung tersebut dari segi perumahan, farsiliti, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Bagi mengetahui lebih lanjut, temubual secara tidak langsung juga dilakukan bagi mendapatkan lebih data berkenaan keadaan mereka yang sebenar. Temubual dilakukan kepada informan yang dipilih secara rawak supaya ketelusan data tidak diragui. Semasa temubual berlangsung, penyelidik menunjukkan minat kepada setiap apa yang diperkatakan oleh informan dan sentiasa dalam keadaan sifat yang berkecuali disepanjang sesi temubual. Data yang diperolehi daripada catatan ringkas yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan temubual tidak berstruktur tersebut akhirnya dikumpul dan disusun bagi memudahkan penyelidik untuk menganalisis data.

5. HASIL DAN PERBINCANGAN

(4)

5.1 Perumahan

Pembangunan yang dijalankan di Kampung Peta lebih kepada pembangunan bersifat ‘In-Situ’. Penduduk Orang Asli Jakun di situ ditempatkan semula secara teratur di satu tapak yang sesuai di dalam Kampung Peta tersebut. Penempatan ini merangkumi penyediaan petempatan baru moden yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan utiliti asas untuk kemudahan penduduknya. Kawasan petempatan baru yang berkonsepkan desa yang lebih tersusun diwujudkan bagi menggantikan perkampungan asal mereka yang berselerak di sepanjang Sungai Endau.

Gambar 5.1 : Peta Lakaran Penempatan Penduduk Kampung Peta

Kampung Peta terdiri daripada 60 buah rumah yang terdapat sebilangan besar daripadanya merupakan rumah kos rendah di bawah skim Bencana Alam dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilengkapi dengan kemudahan rumah seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur dan tandas. Rumah bagi skim bantuan Bencana Alam tersebut diberikan oleh JAKOA semasa berlakunya banjir besar pada tahun 2006. Akibat bencana tersebut, NGO seperti PBSMM menyalurkan bantuan berupa bekalan makanan, air bersih, dan juga tandas untuk setiap rumah di kampung tersebut.

Gambar 5.2 : Rumah Skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

(5)

Menurut mereka lagi rumah yang mereka bina sendiri lebih selesa dan menepati kehendak mereka.

5.2 Fasiliti

Sekolah rendah dua tingkat, tadika, balai raya, balai polis, surau dan perpustakaan turut disediakan. Penyediaan segala fasiliti ini adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli di kampung tersebut terutamanya dari aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keselamatan. PBSMM turut membina fasiliti seperti dewan kebudayaan, pusat rawatan dan juga perpustakaan bagi membangunkan kampung tersebut setelah banjir besar yang berlaku pada tahun 2006.

Gambar 5.3 : Balai Polis Kampung Peta

Namun begitu, kemudahan yang disediakan tidak diselenggara dan tidak diurus dengan baik. Rumput dan semak-samun kelihatan mula menjalar dan memenuhi bangunan-bangunan tersebut kecuali bangunan sekolah dan tadika yang masih digunakan sehingga kini. Walau bagaimanapun, bagi pondok polis, pengkaji difahamkan pihak polis Endau akan datang sekali pada setiap bulan bagi membersihkannya.

5.3 Ekonomi

Aktiviti ekonomi Orang Asli dapat dilihat telah banyak berubah dari keadaan asal yang lebih tradisional (M. N. Syufaat, 2013). Mereka telah mulai berubah dari kegiatan ekonomi tradisonal iaitu dari hanya mencari sumber hutan seperti akar kayu, katak, rotan dan sebagainya kepada kegiatan yang lebih moden seperti pemandu bot, peniaga, penoreh getah, pemandu pelancong, pengusaha kraf tangan serta bekerja di Taman Negara Johor Endau-Rompin. Malah, terdapat dalam kalangan mereka juga telah terserap dalam sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, mereka yang bekerja di luar kampung didapati tidak menetap di kampung tersebut. Mereka akan pulang ke kampung pada setiap hujung minggu. Hal ini disebabkan oleh jarak yang jauh antara Kampung Peta dari jalan utama Kluang-Mersing iaitu sejauh lebih 65 kilometer dan mengambil masa hampir dua jam untuk sampai.

(6)

semakin mengecil akibat daripada program pemuliharaan yang dilaksanakan oleh Taman Negara.

5.4 Kebudayaan

Mereka juga tidak ketinggalan daripada mengkomersialkan nilai estetika kebudayaan mereka dari sudut pembangunan ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya beberapa penduduk jati kampung tersebut menjadi seorang pengusaha kraftangan. Antara pengusaha kraf yang masih bergiat aktif di perkampungan tersebut ialah Kamelok B. Tekeso yang mengusahakan pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu pokok terap. Kulit kayu terap menjadi bahan utama pembuatan. Sepasang pakaian dijual pada harga RM300 di mana baju berharga RM150 dan seluar juga pada harga RM150.

Awang Kudi sangat popular dengan permainan Kercang yang merupakan salah satu permainan tradisional Jakun yang bersifat menguji minda. Ketika ini, boleh dikatakan hampir seluruh penduduk kampung tahu memainkan Kercang (Berita Harian, 4 April 2010). Awang Kudi bermula dengan Kercang 3 Steps yang berasaskan kepercayaan tradisional yang diilhamkan ketika mereka sesat di hutan. Kini, Awang sudah menghasilkan tujuh Kercang pelbagai jenis termasuk Kercang Kahwin serta terdapat juga yang menggunakan nama komersial Kercang Tipah Tertipu.

Gambar 5.4 : Kercang 3 Steps

Terdapat juga warisan lain yang turut dikomersialkan. Jerat merupakan satu kaedah tradisional untuk menangkap haiwan sama ada untuk dijadikan makanan, ataupun sebagai mengawal tanaman dan perkampungan daripada dimusnahkan. Terdapat sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung tersebut iaitu Jerat Gau, Jerat Penjara, Jerat Leher, Jerat Kaki, Jerat Pelantik, Jerat Cenangong Jerat Pentu, Jerat Pelanduk dan Jerat Kumbang Berayun yang sehingga kini kekal dipulihara. Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet.

5.5 Pendidikan

(7)

bersekolah di tadika KEMAS-JAKOA. Setelah tamat sekolah rendah, mereka mempunyai pilihan sama ada bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar atau Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang. Hasil kajian mendapati mereka lebih gemar memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar kerana sekolah tersebut dikatakan lebih menonjol dan cemerlang.

Secara keseluruhannya, anak-anak Orang Asli penduduk Kampung Peta bersekolah walaupun hanya bersekolah rendah. Namun begitu, hasil kajian mendapati sehingga kini masih terdapat segelintir daripada murid masih tidak mampu menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis & Mengira) walaupun sudah berada dalam darjah lima. Mereka juga didapati jarang melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di daerah khususnya Mersing. Hal ini berkemungkinan disebabkan kedudukan Kampung Peta yang jauh di kawasan pedalaman dan menyukarkan perhubungan antara mereka dengan masyarakat luar.

6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pelbagai usaha mempromosi Taman Negara Johor Endau-Rompin termasuklah Kampung Peta yang telah dilakukan masih banyak yang perlu diperbaiki. Hal ini termasuklah meningkatkan kemudahan prasarana, terutamanya kemudahan jalan raya, penginapan dan telekomunikasi. Sangat menyedihkan dalam keadaan Endau-Rompin mempunyai pelbagai sumber asli dan keunikan alam sekitar terbaik serta keunikan budaya yang dimiliki Orang Asli Jakun, hanya dapat menarik beberapa orang pelancong sahaja. Keadaan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kesukaran untuk mengharungi perjalanan dari jalan raya Kahang ke Kampung Peta yang memakan masa hampir dua jam perjalanan iaitu sepanjang lebih 65 kilometer. Walau bagaimanapun, pembinaan jalan berturap yang diangarkan sejauh lebih 30 kilometer dari jalan masuk ke hutan sehingga Kampung Peta telah pun dilaksanakan dan dijangka siap pada Julai 2013. Namun begitu, separuh perjalanan lagi iaitu dari jalan utama Kluang-Mersing sehingga jalan masuk ke hutan masih belum diturap.

Selain itu, aktiviti ekopelancongan di Kampung Peta perlu disokong oleh pihak swasta. Kebiasaannya, sektor swasta mempunyai kewangan yang kukuh serta memiliki kepelbagaian sumber dan inisiatif bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik. Hal ini begitu penting dalam memastikan kepuasan pelancong. Usaha yang perlu dilakukan pihak tersebut bagi meningkatkan lagi jumlah pengunjung dari dalam dan luar negara adalah termasuk mengadakan promosi, menyediakan kemudahan hotel serta melaksanakan aktiviti dan program pelestarian. Pihak swasta juga perlu memberi tajaan khususnya sebagai inisiatif bagi mencapai kelestarian seperti penyediaan tapak pelupusan kompos untuk pengunjung dan penduduk tempatan, menyediakan papan petunjuk laluan, dan sebagainya.

(8)

membolehkan keunikannya dikenali dan kesegarannya dinikmati. Harapan agar Kampung Peta termuat dalam peta pelancongan budaya di peringkat antarabangsa selain sebagai pusat utama ekspedisi flora dan fauna hutan tropika setanding negara Swistzerland, Hawaii, Jepun dan sebagainya.

7. KESIMPULAN

Persekitaran Kampung Peta menggambarkan keadaan sosioekonomi mereka. Dengan hubungan erat antara Orang Asli dengan hutan kini bukanlah satu budaya tradisi, tetapi suatu keperluan dalam menjadikannya sumber makanan dan pendapatan bagi mereka. Konflik antara Orang Asli dan pembangunan akan berlaku apabila sumber ekonomi mereka terjejas dan menggugat kesejahteraan mereka. Untuk menjadikan sebuah kawasan penempatan baru yang lebih dinamik, efisien dan komprehensif maka perancangan pembangunan yang dijalankan harus menekankan kepada aspek alam sekitar dan perancangan pembangunan sosial masyarakat atau kelompok sasaran berkenaan. Secara keseluruhannya, Program Penempatan Tersusun (PPT) masih belum mampu sepenuhnya dalam meningkatkan taraf hidup Orang Asli Jakun di Kampung Peta. Hal ini kerana pelaksanaan PPT tidak masih tidak memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan budaya mereka. Kedudukan Kampung Peta yang dekat dengan hutan dan jauh di pedalaman memastikan penduduknya terpaksa mengeksploitasi persekitaran mereka demi kelangsungan hidup.

RUJUKAN

Ali@Zainalabidin Syed Mohamed. 2006. Impak Perwartaan Taman Negara Endau Rompin Dan Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap Masyarakat Jakun Di Bekok, Johor. Projek Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berita Harian. 11 Julai 2008. Berita Harian. 4 April 2010.

Hassan Mat Nor (2000). Pembangunan dan Peminggiran : Kes Orang Asli. Dlm. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia, disunting oleh Abdul Rahman Embong. Bangi : Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

JAKOA (2013). Program Pembangunan Penempatan Tersusun. Atas talian : http://www.jakoa. gov.my/web/guest/program-pembangunan-penempatan-tersusun [9 Mac 2013].

JAKOA Mersing (2011). Profil Kampung Orang Asli Peta.

Mohd Azis Ngah (2010). 9 jerat warisan Jakun. Atas talian : http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/ 9jeratwarisanJakun/Article/index [8 Mac 2013]

Mohd Nur Syufaat Jamiran & Seow Ta Wee (2013). Kelestarian Transformasi Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke-4, 5-6 Mac 2013, Dewan Persidangan E-Learning UPSI, Tanjong Malim.

Gambar

Gambar 5.1  : Peta Lakaran Penempatan Penduduk Kampung Peta
Gambar 5.3 : Balai Polis Kampung Peta
Gambar 5.4 : Kercang 3 Steps

Referensi

Dokumen terkait