• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan strip komik bagi meningkatkan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan strip komik bagi meningkatkan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN STRIP KOMIK BAGI MENINGKATKAN

PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK

KITARAN AIR TAHUN 5

1

Leong Fern Nee 2

Amir Hamzah bin Sharaai 1

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2

Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia

: leongfernnee@hotmail.com

Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif. Seramai 10 orang murid Tahun 5 telah dipilih sebagai sampel kajian dalam kajian tindakan ini. Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpulkan data. Ujian pra-pasca digunakan untuk mengkaji peningkatan pencapaian murid terhadap penggunaan strip komik. Hasil dapatan perbezaan peningkatan min bagi ujian pra dan pasca 1 adalah 32.5%, sishan piawai adalah 15.05, Ujian t memberi nilai (t=-4.801) dan p=0.001. Hasil dapatan telah

menunjukkan terdapat perbezaan yang siginifikan dalam min markah. Secara ringkasnya, penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik kitaran air.

Kata kunci: Strip komik, kitaran air, minat, miskonsepsi

PENGENALAN

Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Perubahan zaman ini telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi yang baru untuk menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, melalui kajian ini saya ingin mencuba sesuatu keadah pengajaran yang lebih menarik minat demi meningkatkan pemahaman murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan berbanding dengan kaedah berpusatkan guru.

Strip komik

Komik dan kartun merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka.

(2)

Selain itu, grafik dan seni lukis yang cantik, dialog yang dimuatkan dalam setiap karakter menyeronokkan kanak-kanak untuk belajar. Menurut Yang (2003) dalam Ong & Ahmad Nizam (2009) mendakwa bahawa kekuatan pendidikan yang 6 terkandung dalam komik adalah dapat memotivasikan murid, komik adalah bersifat visual serta pengantaraan dan juga sangat popular.

Komik berupaya menyampaikan mesej tersurat dan tersirat dengan lebih jelas dan mudah. Menurut Irwan Fahmi Anuar (2003) dalam Ong & Ahmad Nizam (2009), beliau membuat kajian berkenaan dengan penggunaan komik dapat menggalakkan kefahaman pembacaan. Komik juga memupuk daya kreativiti kanak-kanak serta menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Bacaan komik dapat memberikan hiburan dan humor kepada masyarakat pendidik.

Strip komik merupakan suatu bahan asli visual yang menarik dan luar biasa berbanding dengan penggunaan kaedah konvensional seperti “chalk and talk”. Strip komik merupakan

suatu bahan bacaan yang manggabungkan lukisan bersiri dengan urutan cerita.

Fokus Kajian

Melalui kajian tindakan yang akan dilaksanakan, isu keperihatian yang ingin saya menitikberatkan adalah pencapaian murid dalam tajuk proses Kitaran Air adalah kurang memuaskan dan murid tidak minat terhadap tajuk Kitaran Air. Antara punca penyebabnya adalah murid kurang memahami konsep tentang proses Kitaran Air dan kurang berupaya untuk menjelaskan proses kitaran air serta sukar mengingati susunan peringkat proses tersebut.

Selain itu, murid mendapati tajuk Kitaran Air merupakan tajuk yang abstrak dan sukar untuk menghubungkaitkan prosesnya dengan kehidupan sebenar iaitu pembentukan awan dan hujan yang berlaku dalam kitaran.

Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan ini adalah fokus kepada penggunaan strip komik demi meningkatkan pencapaian murid terhadap tajuk Kitaran Air bagi subjek Sains Sekolah Rendah, Tahun Lima.

OBJEKTIF KAJIAN

mengenal pasti sama ada penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian murid terhadap topik Kitaran Air.

SOALAN KAJIAN

Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?

KUMPULAN SASARAN

(3)

murid (6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan) dari tahun 5. Prestasi akademik bagi kumpulan sasaran adalah dikategori sebagai lemah.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan. Kajian tindakan memerlukan suatu perancangan tindakan dan cara pelaksanaan kajian tindakan yang terancang, teratur dan sistematik. Terlebih dahulu, saya telah memilih kumpulan sasaran seramai 10 orang dari Tahun 5. Pemilihan kumpulan sasaran adalah merujuk kepada ujian PKSR iaitu 10 orang murid yang mendapat pencapaian akademik yang paling rendah (julat markah kurang daripada 45 markah). Strip komik yang disediakan mempunyai dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Langkah yang pertama, saya mengajar tajuk Kitaran Air dengan menggunakan kaedah konvesional iaitu pemusatan guru dengan chalk and talk. Rakaman video direkodkan sepanjang proses tindakan konvensional. Ia bertujuan untuk merekod segala tingkah laku dan ekspresi muka murid. Kemudian saya mengagihkan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran pada hari yang sama. Kumpulan sasaran menjawab soalan ujian pra dalam tempoh masa 15 minit. Akhirnya, saya mengutip hasil kerja rumah mereka sebagai analisis dokumen untuk meninjau peningkatan murid dalam topik kitaran air. Kesemua data yang diperolehi telah disimpan dan dikumpulkan sebagai rujukan.

Selepas seminggu, saya meneruskan tindakan intervensi iaitu penggunaan strip komik dalam sesi p&p sains. Rakaman video juga telah direkodkan sepanjang proses tindakan intervensi. Seterusnya, saya mengagihkan Ujian Pasca kepada kumpulan sasaran.

Akhirnya, setelah mengumpul kesemua dapatan data daripada pelbagai instrumen pengumpulan data. Saya menginterpretasi dapatan data untuk mendapatkan min, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan data dipersembahkan dengan menggunakan grafik iaitu graf garis dan carta palang supaya jelas kelihatan dan dilampirkan dengan jelas. Selain itu, dapatan data seperti ujian pra dan ujian pasca diinterprestasikan dengan kaedah statistik deskriptif. Jadual 1 menunjukkan prosedur kajian tindakan ini.

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan

Langkah Cara pelaksanaan Jenis instrumen

yang digunakan

1 Pemilihan kumpulan sasaran seramai 10 orang dari Tahun 5.

Ujian Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR)

2 Mengagihkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran.

Borang Soal selidik (rujuk lampiran A)

3

(Konvensional)

Mengajar topik Kitaran Air dengan menggunakan kaedah pemusatan guru dengan chalk and talk.

(4)

Mengagihkan ujian pra.

*Membuat rakaman video sepanjang proses tindakan konvensional.

Ujian Pra

(rujuk lampiran B1)

Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan (sambungan)

4 Menjalankan sesi mengajar topik proses kitaran air dengan menggunakan strip komik

(Lampiran C1 & C2)

Tindakan intervensi

Mengagihkan ujian pasca.

*Membuat rakaman video sepanjang proses tindakan konvensional.

Ujian Pasca

(rujuk lampiran B2)

5 Mengumpulkan data dan membuat analisis tentang perbandingan tindakan

PERANCANGAN MENGUMPUL DATA DAN INSTRUMEN KAJIAN

Objektif kajian yang difokuskan adalah demi meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap topik Kitaran Air dengan penggunaan strip komik dalam sesi p&p. Dalam kajian tindakan ini, instrumen pengumpulan data yang terlibat adalah berunsurkan kuantitatif dan kualititif. Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra dan pasca) demi mendapat pembolehubah (pencapaian murid) yang dapat diukur. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Instrumen ini bertujuan untuk mengkaji pencapaian murid dalam topik kitaran air Tahun 5.

Ujian Pra Dan ujian Pasca

Instrumen ujian pra dan pasca digunakan untuk mengkaji perbezaan pencapaian murid selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima. Kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 mengandungi sebanyak 8 soalan aneka pilihan (rujuk Jadual 2). Item soalan kajian bagi kedua-dua ujian Pra dan Pasca 1 adalah sama tetapi Ujian Pasca hanya diubahsuaikan dari segi susunan atur soalan item. Tempoh masa untuk menjawab soalan ujian adalah selama 15 minit sahaja.

(5)

Data

1. Ujian pra Soalan objektif 8 100

2. Ujian pasca Soalan objektif 8 100

ANALISIS DAN INTEPRETASI

Instrumen-instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, temu bual dan dokumen analisis. Instrumen yang diaplikasikan adalah demi memperolehi data serta menganalisis data bagi menguji keberkesanan strip komik terhadap pencapaian dan minat murid dalam p&p. Data telah dianalisis dengan kaedah jadual dan graf bagi menerangkan hasil dapatan data dengan lebih jelas.

Analisis Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Instrumen ujian pra dan ujian pasca adalah bertujuan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu “Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima?” Analisis deskripsi merupakan analisis yang paling mendasar untuk menggambarkan keadaan data secara umum. Dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis dengan menggunakan analisis frekuensi iaitu analisis gambaran frekuensi data seperti peratusan, min, markah maksimum, markah minimum dan sisihan piawai.

Analisis Peratusan Markah Dan Gred Ujian

Ujian pra dan pasca dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif iaitu markah pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Daripada keseluruhan dapatan data, 10 orang sampel kajian didapati mempunyai peningkatan dalam pencapaian markah ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Jurang peratusan pencapaian bagi ujian pra adalah antara 25% sehingga 50%, manakala ujian pasca adalah 62.5% sehingga 100%. Kedua-dua dapatan data menunjukkan perbezaan yang ketara. Seterusnya, peratusan dan min digunakan untuk mendapatkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca seperti Jadual 3.

Jadual 3: Perbezaan Peratusan Markah Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca. Responden

(N=10)

Markah Ujian Pra

(%)

Markah Ujian Pasca

(%)

Perbezaan (%)

R1 50.00 62.5 +12.5

R2 50.00 62.5 +12.5

R3 25.0 87.5 +62.5

R4 25.0 100 +75.0

R5 37.5 75.0 +37.5

R6 37.5 62.5 +25.0

R7 37.5 75.0 +37.5

R8 25.0 50.0 +25.0

(6)

R10 37.5 62.5 +25.0

Jumlah Markah 362.5 687.5 325.0

Min 36.25 68.75 32.5

Jadual 3 menunjukkan skor min bagi ujian pra adalah 36.25% dan ujian pasca adalah 68.75.

Perbezaan peratusan antara skor min bagi kedua-dua ujian pra dan ujian pasca kitaran 1 adalah 32.5%. Perbezaan ini menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitu penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Rajah 1 menunjukkan carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca. Carta palang menunjukkan perbezaan markah yang ketara dan jelas.

Rajah 1: Carta palang bagi markah ujian pra dan ujian pasca

Seterusnya, Jadual 4 menunjukan perbezaan gred bagi markah pencapaian ujian pra dan ujian pasca. Markah 10 orang responden dikategorikan dengan menggunakan Gred supaya jelas iaitu terbahagi kepada Gred A, B, C dan D.

Jadual 4: Perbezaan Gred Bagi Markah Pencapaian Ujian Pra-Pasca.

Gred Markah Bilangan Responden Perbezaan

(bilangan/%) Ujian Pra Ujian Pasca

A 80-100 - 2 +2 (20%)

B 60-79 - 6 +6 (60%)

C 40-59 2 2 Tiada perubahan

D 39 ke bawah

N

8 10

-10

-8 (-80%)

Rumusan Markah Minimum, Markah Maksimum, Min Dan Sisihan Piawai

Setelah mendapatkan markah pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca iaitu perbandingan dengan tindakan konvensional dan tindakan intervensi dalam p&p sains, ia mempunyai markah minimum dan markah maksimum. Seterusnya, min ujian dan sisihan piawai didapatkan melalui dapatan data pencapaian murid. Suatu rumusan bagi markah minimum, markah maksimum, min dan sisihan piawai ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Statistik Deskriptif Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca.

0 20 40 60 80 100 120

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Markah Ujian Pra

(7)

Domain Bilangan,

Ujian Pra 10 25 50 36.25 8.75

Ujian Pasca 10 50 100 68.75 15.05

Perbezaan ujian (pasca-pra)

+25 +50 +32.5 +6.3

Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa perbezaan min sebanyak +32.5 bagi kedua-dua ujian

pra dan ujian pasca. Di samping itu, markah minuman bertambah sebanyak 25 markah, dan markah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah 15.05. Sisihan piawai merupakan pengukuran yang biasa bagi serakan statistik untuk mengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Sisihan piawai juga meningkat sebanyak +6.3 bermakna sebaran markah lebih luas dibandingkan dengan min dalam ujian pasca.

Keputusan Ujian–t (Ujian Pra-Pasca)

Ujiant dua kumpulan sampel bersandaran digunakan untuk membandingkan min bagi dua

set data yang diperoleh daripada kumpulan sampel yang sama. Bagi membuktikan bahawa data analisis dari analisis deskriptif adalah benar benar mempunyai perbezaan yang signifikan, maka ujian statistik iaitu ujiant digunakan untuk meninjau nilai perbezaan. Analisis ujiant

dapat dilihat dengan merujuk Jadual 6 merupakan keputusan ujian-t bagi perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 6: Keputusan Ujian-t Bagi Perbezaan Pencapaian Ujian Pra-Pasca. Paired Samples Test

-32.50000 21.40872 6.77003 -47.81488 -17.18512 -4.801 9 .001

Merujuk kepada keputusan ujiant di atas, nilai kebarangkalian yang diperolehi daripada

program SPSS 16.0 for windows (.001) kurang daripada nilai alfa. Dapatan data ujiant

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pra dengan min ujian pasca. Ini membuktikan bahawa penggunaan strip komik dapat meningkatkan pencapaian murid dalam ujian pasca.

DAPATAN KAJIAN

Instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang meninjau tentang perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca selepas menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains Tahun Lima.

(8)

bagi ujian pra dan 68.75 bagi ujian pasca. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan peratusan yang ketara dalam kalangan responden. Ia menunjukkan perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca setelah menggunakan kaedah strip komik dalam p&p sains. Perbezaan min ini adalah menunjukkan bahawa selepas intervensi dilaksanakan iaitu penggunaan kaedah strip komik telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid. Murid lebih memahami terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan berbanding dengan kaedah pengajaran secara chalk and talk ataupun berpusatkan guru.

Dapatan data jelas menunjukkan strategi pembelajaran dengan menggunakan strip komik sesuai digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai tajuk kitaran air. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang positif seperti peningkatan min dan keputusan ujian –t juga terbukti mempunyai perbezaan pencapaian yang signifikan dalam min markah ujian. Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang dilaksanakan oleh Tuncel, G. dan Ayva, O. (2010). Merujuk kepada perbandingan ujian pra dan ujian pasca, markah minuman bertambah sebanyak 25 markah, dan markah maksimum pula meningkat sebanyak 50 markah. Sisihan piawai bagi ujian pra adalah 8.75, manakala sisihan piawai bagi ujian pasca adalah 15.05. Sisihan piawai merupakan pengukuran yang biasa bagi serakan statistik untuk mengukur betapa lebarnya nilai dalam set data. Sisihan piawai meningkat sebanyak 6.3 maka sebaran markah lebih luas dibandingkan dengan min dalam ujian pasca.

Ringkas kata, penggunaan strip komik dalam topik kitaran air adalah lebih berkesan daripada pengajaran konvensional iaitu dengan kaedah chalk and talk. Hasil dapatan data daripada ujian pra dan ujian pasca, ia jelas menunjukkan perbezaaan pencapaian murid iaitu peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca, peningkatan min markah adalah +32.5 dan perbezaan sisihan piawai adalah 6.3 maka sebaran markah adalah lebih luas dibanding dengan min dalam ujian pasca.

Dokumen analisis juga dijadikan instrumen untuk menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan selepas tindakan intervensi kitaran 1 menunjukkan responden mengalami miskonsepsi. Miskonsepsi yang dikesan adalah berdasarkan hasil lukisan responden iaitu segelintir responden berupaya melukis rajah proses kitaran air tetapi penerangan konsep kitaran air adalah terpesong dan penggunaan istilah yang kurang sesuai serta tidak berupaya untuk menjelaskan proses kitaran air dengan betul. Menurut kepada Cardak, O. (2009) beliau pernah menjalankan kajian tentang mengenalpasti miskonsepsi murid berkaitan konsep kitaran air dengan merujuk hasil lukisan mereka.

RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam topik kitaran air Tahun 5. Kajian ini melibatkan pendekatan kaedah kuantitatif. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan pencapaian yang positif. Respon positif murid-murid terhadap kaedah strip komik yang telah diaplikasikan dalam topik kitaran air tahun 5. Hasil dapatan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan kerana murid telah menguasai kaedah ini dengan sebaiknya.

(9)

murid dan maklumat informasi kerana bahan-bahan seperti ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Murid-murid lebih gemar mendapatkan ilmu pengetahuan daripada informasi yang terdapat pada bahan autentik berbanding dengan hanya bergantung kepada buku teks sahaja.

Justeru, guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu bahan bantu mengajar dalam p&p. Mengibas kembali dalam sepanjang proses pelaksanaan kajian tindakan ini, saya mendapati murid-murid lebih gemar membaca majalah ataupun komik yang berasaskan pendidikan seperti Kuntum, Tunas Sains, Sains Adik dan sebagainya.

Akhir kata, amat berharap peninjauan hasil dapatan dari kajian yang menggunakan kaedah strip komik ini dapat mencetuskan idea kepada para guru dalam merancang strategi pengajaran yang bersesuaian demi manfaatnya kepada murid semasa sesi p&p yang berlaku di bilik darjah.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan kajian lanjutan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkaji seterusnya meneruskan penggunaan kaedah agar membantu meningkatkan mutu pelajaran dan juga merangsangkan pemikiran murid dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Antara cadangan kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkaji keberkesanan penggunaan strip komik terhadap penguasaan murid dalam topik yang berbeza bagi mata pelajaran Sains. Strip komik boleh dihasilkan dengan berdasarkan kesesuaian tajuk dan tahap sampel kajian.

Seterusnya, sampel saiz kajian yang dipilih dicadangkan membahagikan dua kumpulan sampel kajian yang berbeza iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ia bertujuan untuk mengesani kebolehpercayaan strategi pembelajaran yang digunakan dalam mempengaruhi keputusan yang diperolehi seperti kajian yang dilaksanakan oleh Sengul, S. & Dereli, M. (2010) dan Akamca, G. O. et al., (2010).

Selain itu, saya ingin mencadangkan pengkaji seterusnya mengkaji keberkesanan strategi ini dengan matapelajaran yang berlainan misalnya matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan kaedah strip komik ini diaplikasikan dengan mata pelajaran yang berlainan.

Di samping itu, beberapa cadangan pengubahsuaian kaedah adalah seperti menghasilkan mereka dialog yang lebih merangsangkan minda murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif, melukis kartun yang lebih menarik dengan bilangan petak yang kurang supaya cerita dalam strip komik tidak terlalu jemu dibaca dan ringkas.

(10)

RUJUKAN

Cardak, O. (2009) Science Students Misconceptions of the Water Cycle According to their Drawings. Journal of Applied Sciences, 9(5), 865-873. Dimuat turun pada

September 12, 2011 dari

http://scialert.net/qredirect.php?doi=jas.2009.865.873&linkid=pdf

Ong, E. T. & Ahmad Nizam Abdullah (2009). Keberkesanan Modul Kartun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Jurnal Sains dan Matematik, 1(2), 105-124.

Sengul, S. & Dereli, M. (2010). Does instruction of “Integers” subject with cartoons effect students mathematics anxiety? Procedia Social and Behavioural Sciences, 2, 2176-2180.

Referensi

Dokumen terkait

Rogers dan Storey (1987) mendefinisikan kampanye sebagai “serangkaian tindakan komunikasi yang terencana dengan tujuan untuk menciptakan efek tertentu pada sejumlah besar

“Yang menjadi pertimbangan Jaksa Penuntut Umum dalam mengajukan tuntutan terhadap anak yang berhadapan dengan proses hukum adalah : Hasil Litmas sebagaimana yang

Berdasarkan hasil perhitungan dan pengujian, maka terdapat pengaruh yang positif dari brand positioning yang meliputi nilai, keunikan, kredibilitas, berkelanjutan, dan

godini, u Bosni i Hercegovini registrirano je 7 ljekovitih tvari koje sadrže kalcijev karbonat kao djelatnu tvar, pri čemu je jedan registriran kao homeopatski lijek

Sot- sieteedi programm-põhikirja väljatöötaja ning esimene teadussekre- tär Georges Frédéric parrot suutis oskuslikult siduda kameralistliku juhtimisstruktuuri füsiokraatide

Ragam konjungsi subordinatif yang digunakan dalam kalimat majemuk bertingkat siswa kelas X SMKN 3 Malang adalah karena, agar, setelah, jika, ketika, supaya, bila,

Strategi sosialisasi yang dilakukan oleh KPU Kabupaten Malang kepada segmen masyarakat adat ini bila dilihat dari muatan materi sosialisasi yang disampaikan sudah menunjukan