• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIYAH DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIYAH DI"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIYAH DI SARAWAK 1968-19851 Oleh:

Abdul Razak Abdul Kadir

ABSTRAK

Sejarah Islam di Sarawak tidak terlepas daripada pengaruh Brunei yang menguasai sebahagian besar kawasan Sarawak pada abad ke-17 hingga ke-19. Bahkan kawasan Sarawak semasa pemerintahan Brunei adalah kecil iaitu kawasan Kuching sekarang. Dalam lima abad tersebut, Islam dilihat dalam bentuk sejarah penguasaan pemerintahan kesultanan Brunei. Fasa penjajahan kuasa asing di Sarawak bermula ketika pengaruh keluarga Brooke datang ke Borneo. Sedikit demi sedikit kawasan Sarawak dikuasai oleh penjajah. Kesan penjajahan tersebut menyebabkan gerakan Kristianisasi bermula. Mubaligh Kristian yang sekaligus merupakan doktor perubatan dijemput oleh penjajah datang ke Sarawak dalam usaha menyebarkan ajaran Kristian di Sarawak. Pengaruhnya hanya diterima oleh masyarakat peribumi iaitu orang dayak. Manakala masyarakat Melayu meskipun belajar di sekolah mission, tetapi akidah mereka masih terpelihara. Gerakan Kristian beralih arah kepada masyarakat bukan peribumi seperti kaum Cina di Sarawak. Dapata kajian mendapati sejarah perkembangan dakwah Islamiyah di Sarawak dibahagikan kepada dua fasa iaiatu fasa Pasca Kongres Islam Malaysia Timor dan fasa gelombang Islamisasi di Semenanjung Malaysia era1980-an dan mempengaruhi di Sarawak. Lahir kebangkitan semula Islam di kalangan masyarakat Melayu, kesan pendidikan Islam di Madrasah Al-Islamiyah sehingga British terpaksa mewujudkan sekolah yang sama dengan Madrasah Al-Islamiyah iaitu Madrasah Melayu. Meskipun sebahagian besar orang Melayu terpengaruh, namun sekelompok kecil di kalangan mereka yang bertahan terus mempertahankan pendidikan Islam tersebut. Alumni pelajar madrasah tersebut seperti Abdul Kadir Hassan, Mohd Mortadza Hj. Daud, Anis Abot dan lain-lain memikirkan satu langkah baru iaitu mewujudkan wacana baru bagi masyarakat Islam iaitu melalui Kongres Islam Malaysia Timor. Wadah tersebut melahirkan gerakan dakwah yang lebih tersusun dan terorganisasi iaitu seperti Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA). Majlis Islam Sarawak yang tertubuh awal sebelum itu dapat ‘bergerak’ dengan bantuan BINA. Selepas itu, dakwah Islamiyah bergerak dengan tersusun rapi. Yang paling ketara gelombang era 1980-an yang menjadikan dakwah lebih fokus dan terarah.

Kata Kunci: Sejarah, Perkembangan, Dakwah, Islamiyah, Sarawak

A. PENDAHULUAN

Gerakan dakwah Islamiyah di Borneo bermula pada abad ke 17 dalam bentuk institusi pemerintahan ketika pemerintahan Kesultanan Brunei menguasai sebahagian besar kepulauan Borneo dan sekitarnya. Namun demikian proses dakwah terencat dan hambat dalam pentas sejarah apabila pemerintahan keluarga Brooke dan kerajaan British memasuki kawasan Sarawak dan sekitarnya dan sekaligus menjajahnya.(Sanib Said, 1985, h. 181-183)

Kesan daripada penjajahan yang panjang tersebut melahirkan masyarakat Islam yang jauh daripada pegangannya kerana budaya barat mulai mempengaruhi kehidupan muda mudi masyarakat Islam. Gerakan sosio masyarakat zaman Brooke dan kerajaan British lebih memfokuskan kepada hiburan yang dipandang tidak sihat dalam ajaran Islam. Sekitar tahun 1920-an lahir beberapa kelab seperti Kampung Tanjung Kesenangan Club (1926), Sinjan Music Club dan Sourbaya Jolly Minsterel.(Sanib Said, 1985, h. 181-183)

Kebangkitan masyarakat Islam lahir daripada institusi pendidikan Islam seperti berdiri Madrasah Al-Islamiyah. Ibubapa begitu ghairah menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Namun demikian, kebangkitan tersebut disambut resah oleh pemerintah British. British mendiri sekolah yang setanding dengan Madrasah Al-Islamiyah dengan mendirikan Madrasah Melayu. Hadirnya sekolah tersebut dengan daya tarikan yang kuat, maka Madrasah Al-Islamiyah mengalami kemerosotan dari segi jumlah pelajar kerana ramai yang berpindah ke Madrasah Melayu. ( Anis Abot, 2005, Temubual)

B. PERBINCANGAN

1. Semangat Kesedaran Islam

Dalam arus kebangkitan Islam yang sederhana, generasi muda yang lahir daripada Madrasah Al-Islamiyah seperti Abdul Kadir Hassan, Mohd Mortadza Hj. Daud, Anis Abot, Fathi Duet dan rakan-rakan yang lain merangka kerja dakwah dalam wadah MIS. Mereka mahu “kelesuan” masyarakat Islam dalam era tersebut dapat dibangkitkan daripada tidur yang panjang. Lahirnya idea untuk mewujudkan sebuah kongres untuk menyatukan para pelajar agar kembali menghayati Islam.

Kongres Islam Malaysia Timor [Timur] diadakan pada 3 hingga 5 Mei 1968 di Dewan Masyarakat Kuching, Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS). Kongres ini melahirkan

1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam SeminarAntarabangsa Agama dan Pembangunan V di UIN

(2)

pembaharuan gerakan Islam di Sarawak dan Sabah. Badan dakwah seperti Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak dan USIA di Sabah lahir daripada kongres ini. Harapan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah:(Cenderamata Konggres Islam Malaysia Timor [Timur],1968, h. 20

“Saya merasa yakin bahawa Kongres yang seperti ini dapat menghasilkan berbagai-bagai faedah untuk kepentingan ugama kita yang maha suchi [suci]. Dalam zaman ini, kita sentiasa-lah [sentiasasentiasa-lah] menghadapi dengan berbagai-bagai rupa dan bentok perchubaan [percubaan], dan kira-nya umat Islam tidak bersatu-padu untok [untuk] menentang perchubaan2 [percubaan-percubaan] itu, maka akan lemah dan tertinggal ka-belakang [ke belakang] ugama kita yang maha suchi [suci] dan juga penganut2-nya. Umat Islam perlu bermuafakat di-antara [di antara] satu sama lain di-atas masa’alah2 [masalah-masalah] yang boleh menguatkan pendirian kita, dan menyelamatkan serta memelihara hukum2 [hukum-hukum] Allah dan ajaran2 pesuroh-Nya [pesuruhNya] Nabi Muhammad Sallallahu’ Alaihi Wassalam”

Beberapa resolusi penting lahir daripada kongres tersebut ialah; (i) mendesak supaya “Common Entrance Examination” dihapuskan; (ii) mendesak supaya pelajaran Islam dijadikan satu mata pelajaran wajib bagi murid- murid Islam di sekolah-sekolah; (iii) berpendapat adalah wajar mata pelajaran mengenai peradaban Islam diajarkan di sekolah-sekolah; dan (iv) berpendapat masanya sudah tiba bagi orang Islam memikirkan untuk melaksanakan gerakan dakwah. (Sepuluh Tahun BINA 1969-1979,1979, h. 95)

2. Fasa 1- Penyusunan Program Dakwah Teratur 1968-1979

BINA berperanan penting dalam menjalankan dakwah secara terbuka di Sarawak. Majlis Islam Sarawak (MIS) yang lahir sebelum itu, tidak mampu bergerak kerana kekurangan kakitangan, sumber kewangan dan kawalan pemerintah (yang dipegang oleh bukan Islam). BINA melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi bersetuju mengadakan program kursus pelajar Islam menengah selama seminggu. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama MIS yang menyediakan tenaga penceramah seramai tiga orang (Presiden MIS dan dua orang penceramah). Kursus diadakan daripada 14 hingga 19 April 1969 dengan sasaran peserta seramai seratus orang. (TheSarawak Tribune, 27 Februari 1969). Program tersebut diadakan di Sekolah Rakyat Rendah Hj. Bolhassan, Kuching. Sasaran peserta yang pada awalnya seratus orang bertambah seramai dua ratus sepuluh orang. Perkara yang menarik adalah penceramah yang diundang adalah daripada luar negeri iaitu daripada Indonesia, Muchtar Lintang daripada Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.(The Sarawak Tribune,12 April 1969)

Program yang sama turut diadakan di Simanggang (Sri Aman). Seramai enam puluh orang pelajar Islam mengikut kursus asas kefahaman Islam. Program yang dianjurkan oleh BINA dan MIS sebagai tulang belakang kepada program dakwah mendapat perakuan oleh Menteri Kebajikan, Abang Ikhwan Zaini dan beliau menggesa masyarakat Islam menyokong program-program yang dianjurkan oleh kedua-dua organisasi tersebut. Muchtar Lintang turut dijemput untuk memberikan ceramah dalam program tersebut. (The Sarawak Tribune,18 Ogos 1970)

Kehangatan sambutan program yang dijalankan oleh BINA dan disokong oleh MIS menjadikan ia sebagai landasan untuk meneruskan aktiviti tersebut. Sokongan kuat oleh pemerintah negeri Sarawak, terutama daripada Ketua Menteri Sarawak sendiri menjadikan cita-cita dan harapan daripada Kongres Malaysia Timur 1 jadi kenyataan. Buktinya semakin banyak program kesedaran keagamaan dijalankan terutama memfokuskan para belia dan pelajar. Minggu dakwah yang dijalankan di Dewan Masyarakat Kuching mendapat sambutan yang hebat oleh para pelajar sekolah menengah dan mahasiswa Universiti Malaya. Ketua Menteri Sarawk, Dato’ Hj. Abdul Rahman Yaakub begitu yakin dan gembira dengan hakikat para pelajar yang memainkan peranan yang cukup penting dalam agenda yang direncanakan.(The Sarawak Tribune, 17 April 1971)

Kenyataan gerakan dakwah semakin berkembang di Sarawak. Gerakan Bulan Dakwah yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan mendapat sambutan yang positif di Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak melalui MIS dan BINA mengadakan program bersama. Beberapa program dijalankan dengan memfokuskan golongan sasaran iaitu para pelajar dan ibubapa. Acara kemuncak dalam program tersebut adalah program di pagi hari yang dimulai jam 4.30 pagi. Program dimulai dengan acara bacaan Tarhim dan al-Quran (dibaca oleh Morshidi Abot). Selepas itu, ceramah disampaikan oleh Abdul Kadir Hassan (1928-1988). Perkara yang menarik adalah masjid dan surau di tempat masing-masing seluruh Sarawak membuka radio pada jam 4.30 pagi untuk bersama-sama menyambut program tersebut bersama-sama.(The Sarawak Tribune, 25 November 1978)

3. Fasa 2- Penyusunan Program Dakwah Teratur 1980-1985

(3)

menyebabkan gerakan dakwah semakin tertekan dan terhambat. Keresahan tersebut dilontarkan oleh Yang Dipertua MIS, Mohd. Fauzi Hj. Abdul Hamid sewaktu taklimat sempena lawatan Abdul Taib Mahmud.(Teks Taklimat Oleh Datuk Hj. Mohd. Fauzi Bin Hj. Abdul Hamid, 23 April 1981)

Namun demikian, MIS merancang menubuhkan Bahagian Dakwah untuk menyelaras program dakwah yang dianjurkan dan permintaan ceramah daripada orang ramai. Ini dapat memperkemaskan gerakan dakwah di peringkat MIS. Gerakan dakwah dibahagi kepada dua sasaran iaitu dakwah dalaman dikhususkan kepada orang Islam sendiri dan dakwah luaran dikhususkan kepada kepada bukan Islam. Bagi dakwah kepada bukan Islam, MIS bekerjasama dengan BINA untuk tujuan tersebut.(Ibid.)

Program dakwah Islamiyah ini membawa kepada kerjasama erat antara badan kerajaan dan bukan kerajaan seperti MIS, INDAH, PERKIS dan BINA. Kerjasama ini membawa gerakan bersama dalam merancang dakwah Islamiyah di Sarawak sama ada untuk kalangan pegawai kerajaan, bukan kerajaan, masyarakat bandar, kampung dan Saudara Kita.

Keperluan kerjasama tersebut dapat mengelak daripada pertindanan fungsi dan tindakan. MIS mengambil langkah ke hadapan dengan mengadakan Seminar Badan-Badan Dakwah Islamiyah dengan kerjasama INDAH, badan-badan dakwah dan Jabatan Pelajaran Sarawak. Seminar ini bertujuan untuk menghasilkan beberapa perkara; (i) memberi kesempatan kepada pemimpin-pemimpin badan dakwah bertemu dan bertukar-tukar fikiran serta berdailog mengenai kegiatan dan masalah yang dihadapi dalam menjalankan kegiatan dakwah;(ii) bagi menyatukan tenaga dan menyelaras dakwah dengan cara yang teratur, kemas dan bersistem, sesuai dengan keadaan masyarakat berbilang kaum di negeri Sarawak; (iii) menyelaras aktiviti, menentukan sasaran dakwah dengan tepat dan menentukan metodologi dakwah sesuai dengan umat Islam di Sarawak;dan (iv) mempertingkatkan kegiatan dakwah dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada semua peringkat dengan cara yang mudah dan tidak menyulitkan. (Teks Ucapan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Hj. Anis Abot, 1985, h. 5-6)

Seminar tersebut menekankan aspek kesatuan dalam gerakan dakwah Islamiyah terutama berganding bahu dalam menyahut kebangkitan Islam di Sarawak. Oleh yang demikian, seminar tersebut cuba mencari resolusi yang terbaik untuk mengatur strategi yang berkesan dalam dakwah Islamiyah tanpa menimbulkan keresahan terhadap umat Islam Sarawak dan amnya kepada masyarakat Sarawak keseluruhan. ( Teks Perutusan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Hj. Anis Abot, 1985, h. 1)

Dorongan untuk mengadakan seminar ini adalah kerana badan-badan dakwah yang ada di Sarawak belum mampu mengatasi masalah yang berlaku di kalangan para pelajar Islam dan muda mudi. Kelemahan tersebut menyebabkan masalah tersebut tidak ada jalan penyelesaiannya. (Teks Perutusan Che Min bin Che Ahmad, 1985, h. 1-2)

Tema “Penyatuan Dan Penyelarasan Gerakan Dakwah Asas Keutuhan Umat” adalah bertepatan dengan hasrat dan tujuan seminar tersebut diadakan. Tema tersebut diibaratkan sebagai garis panduan untuk mencari resolusi seminar tersebut bagi menyatukan dan sekaligus menyelaras pergerakan dakwah di Sarawak.( Teks Perutusan Abdul Taib Mahmud, 1985, h. 1)

Gerakan Islamiyah di Semenanjung Malaysia memberi impak yang positif di Sarawak. Para mahasiswa Islam di pusat pengajian tinggi melalui wadah dan forum persatuan membawa kesedaran dan kebangkitan Islam. Para mahasiswa mulai sedar hakikat tentang tanggungjawab mengembangkan Islam. Ini memandangkan masyarakat yang begitu ramai yang terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Semangat ini membawa perubahan yang ketara terutama para pelajar Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia. Kursus dan seminar yang dianjurkan di Semenanjung Malaysia seringkali membawa kepada proses kesedaran dan sekaligus mengembalikan roh Islam.

Hakikat ini yang dilihat oleh kepimpinan MIS. MIS mengorak langkah secara proaktif dengan bekerjasama dengan agensi agama dalam menjalankan projek dakwah Islamiyah. Langkah pertama dengan memberikan penerangan kepada masyarakat Islam Sarawak tentang hakikat Islam yang sebenarnya dan sekaligus mengajak kepada penghayatan Islam sebagai gaya hidup. Idea ini didorong oleh kebimbangan MIS terhadap masyarakat Islam yang cepat terpengaruh dengan pola fikir barat dan mudah meniru budaya barat yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya. MIS merasakan penyimpangan kehidupan tersebut adalah rencana pihak barat untuk menghancurkan masyarakat Islam. (Surat Daripada Loling Othman Alwi, 14 Jun 1984, h. 1)

(4)

tentangan baru yang disebut sebagai Ghazwu al-Fikri (serangan dan pertarungan idea pemikiran antara barat dan Islam ). Islam berhadapan dengan kritikan, fitnah dan tohmahan yang menyebabkan kekeliruan yang timbul dari pihak luar, bahkan orang Islam sendiri. Musuh Islam yang bertopengkan orientalisme dan sekulerisme cuba memberikan gambaran yang pesimistik terhadap Islam. Gambaran buruk tersebut menjadi senjata utama mereka masuk ke dalam agenda umat Islam dan melakukan pembaratan sesuai dengan kehendak dan cita rasa mereka. (Siddiq Fadil, 1983, h. 71-72)

Kebimbangan serangan pemikiran dan pembaratan berasa jika dilihat daripada laporan Hj. Mohd Anis Sigon yang menyatakan tentang kebimbangan beliau terhadap remaja di Oya, Mukah. Para remaja lebih senang dengan kehidupan yang menyimpang daripada Islam dan perkara yang ditegah oleh syariah Islam. Terdapat usaha mendampingi mereka, namun tidak berjaya. (Surat daripada Hj. Mohd Anis Sigon, 3 Ogos 1984, h. 1.) Ini membukti kebimbangan ini bukan hanya sekadar dirasakan oleh MIS saja, tapi turut dirasakan oleh masyarakat Islam Sarawak.

Awang Pon Awang Sebon, Setiausaha MIS merasakan gerakan dakwah Islamiyah perlu dikembangkan di Sarawak agar Islam di Sarawak dapat berkembang sejajar dengan di Semenanjung Malaysia. Untuk memenuhi hasrat tersebut, Awang Pon Awang Sebon mengadakan sebuah kursus yang memfokuskan tajuk Kekeluargaan Dalam Islam. Kursus ini diadakan pada 23 hingga 26 Mac 1983. Pengisian kertas kerja diambil sebahagiannya daripada hasil Seminar Wanita Misali yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Wanita Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (HELWA ISIUKM). (Surat Awang Pon Awang Sebon 2 Mac 1983, h. 1) Dalam perkara tersebut, pihak HELWA ISIUKM menghantar tiga kertas kerja yang bertajuk Saidatina Aishah, Asma Abu Bakar dan Rabiatul Adawiyah.(Surat Zaharah Musthafa, 9 Mac 1983, h. 1)

Dalam kursus tersebut, sebanyak 16 buah kertas kerja dibentangkan. Kertas- kertas kerja tersebut ialah Kedudukan Ilmu Dalam Islam, Undang- Undang Keluarga Islam, Kepercayaan Kepada Alam Akhirat, Wanita Islam dan Dakwah, Panduan Memilih Jodoh, Fiqh al-Nisa I, Pakaian Wanita Islam, Mahkamah Syariah, Undang-Undang Keluarga Islam, Pergaulan dalam Islam, Dosa dan Taubat, Peranan Wanita Dalam Kebangkitan Islam, Fiqh al- Nisa II, Poligami Dalam Islam, Dasar Talaq Dan Kesannya Terhadap Masyarakat dan Undang-Undang Keluarga Dalam Islam. (Buku Aturcara Peresmian Pembukaan Kursus Kekeluargaan Dalam Islam, 1983, h. 3-6)

Majlis perasmian dilaksanakan oleh Laila Taib (isteri Abdul Taib Mahmud). Beliau menggesa agar setiap wanita Islam berperanan penting dalam menjalan tugas sebagai ibu untuk menjaga muda-mudi daripada terjebak dengan penagihan dadah. Tugas lain ialah memastikan anak-anak dapat diberi pendidikan yang sempurna dan betul demi menjamin masa depan yang baik. Beliau menyarankan agar golongan wanita dapat menceburkan diri dalam organisasi kebajikan. Ini dapat membantu terhadap pembangunan organisasi tersebut dan sekaligus dapat memastikan pembangunan masyarakat yang berterusan.(The Sarawak Tribune, 24 Mac 1983)

Program tersebut mendapat sambutan yang baik di kalangan wanita yang bekerja di jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Seramai tiga puluh sembilan orang peserta mengikuti program tersebut.(Ibid.)Oleh kerana sambutan yang menggalakkan di Kuching, program tersebut dilebarkan ke Sri Aman pada 26 hingga 29 November 1984. Program tersebut dikhusus kepada golongan wanita dengan menjemput seramai 40 orang peserta.(Surat Loling Othman Alwi, 12 Oktober 1984, h. 1)

Gelombang Islamisasi dalam bentuk dakwah Islamiyah bukan sekadar dirasakan oleh badan Islam seperti MIS dan BINA sahaja, bahkan terasa di kalangan badan kerajaan lain. Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak turut menganjurkan program yang memfokuskan kepada wanita iaitu Bengkel Pendidikan Belia Wanita pada 6 hingga 10 Mac 1984. Pihak tersebut memohon MIS agar mengisi ceramah yang berkaitan hal ehwal Islam. Tajuk-tajuk ceramah tersebut adalah “Tuntutan Agama Terhadap Moral dan Akhlak” dan “Konsep Kebersihan dan Amalan Kebersihan Dalam Rumah Tangga”. Dua tajuk ini berkaitan dengan pancapaian salah satu objektif iaitu meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai moral dan akhlak di kalangan ahli- ahli keluarga. (Surat daripada Pengarah Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak 3 Mac 1984, h. 1-2). Pengisian ceramah ini dipenuhi oleh Zawiah Hassan(Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri) dan Abang Hj Jahidin Abang Hj. Abdul Latif (Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Islam Sarawak).

(

Surat Setiausaha Majlis Islam Sarawak 6 Mac 1984, h.1)

(5)

di Sarawak. (Kertas Minit Kursus Kepimpinan Belia Islam Peringkat Negeri Sarawak, 7 September 1984, h. 1-2)

Seminar tersebut adalah sebagai landasan kepada para belia dalam mengatur kepimpinan pada masa depan dengan menggunakan Islam sebagai pendekatan yang terbaik. Beberapa tujuan dalam seminar tersebut adalah; (i) menanamkan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslim dari sudut kepimpinan; (ii) menambahkan lagi pengetahuan agama untuk faedah diri sendiri dan untuk kepentingan masyarakat; (iii) mengeratkan hubungan persaudaraan dan ummah Islamiyah di antara para peserta; dan (iv) menerapkan dasar kepimpinan Islam melalui program- program belia yang dilaksanakan di peringkat pertubuhan/ persatuan belia.

(

Surat Mohd Solihin Kachon, 23 0gos 1984, h. 1-2)

Kerajaan Sarawak merasakan perlunya pendedahan kepada roh Islam di kalangan kakitangan awam Negeri Sarawak. Bahagian Latihan, Pejabat Ketua Menteri mengadakan kerjasama dengan pihak Majlis Islam Sarawak untuk Kursus Agama Islam. Kursus ini diadakan pada 22-25 Mei 1984. (Surat Chaiti Hj. Bolhassan, 23.2.1984, h. 1

).

Ia juga turut diadakan pada 10 hingga 13 Julai 1984. Para penceramah terdiri daripada kalangan ustaz di Majlis Islam Sarawak iaitu Hj. Jahidin Hj. Abdul Latif, Abdul Rasyid Mahmud, Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan, Hadi Wasli, Halmi Arip, Che Min Che Mat,Wan Hamdan Tengku Hj. Ramli, Bolhi Lohor, Hj. Johari Bojeng, Sam Talip dan Abdullah Anis.(Surat Hadi Wasli 13 Ogos 1984, h. 2)

Kursus serupa turut diadakan pada tahun 1985. Ia merupakan kesinambungan kursus sebelumnya. Namun tujuan tetap sama iaitu dengan memberikan kefahaman yang seluas tentang Islam kepada pegawai kerajaan.(Teks Ucapan Perasmian Anis Abot, 1985

).

Mesej yang ditekankan oleh Anis Abot dalam ucapan perasmian tentang dakwah Islamiyah ialah sikap kerjasama setiap individu yang bergelar muslim untuk menyelamat masyarakat Islam lari daripada tanggungjawab sebagai umat Islam. Hal ini disalurkan dalam ucapannya; (Ibid.)

“Menyedari hakikat ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membawa manusia menaiki bahtera yang hanyut dan karam dipukul gelombang moden, kewajipan membawa manusia kepada Islam tugas kita bersama, tak kira saorang itu dari golongan ustaz, tok guru, pegawai-pegawai kerajaan, nelayan, petani dan lain-lain lagi asalkan dia Islam maka itu adalah kewajipannya sebagaimana sabda nabi kita yang kira-kira bermaksud: “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”

Pihak MIS memberi kerjasama untuk menyediakan modul kursus dan tenaga penceramah. Tajuk-tajuk adalah seperti akidah Islamiyah, pengertian rukun Islam, Taharah, Masalah qada dan qadar, solat, ibadah dalam Islam, wirid dan doa.

(

Surat Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, 2.4.1984, h. 1)

Di samping membuat program, Majlis Islam Sarawak turut bekerjasama dengan badan kerajaan untuk pengembangan Islam di Sarawak. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut mengadakan kursus yang bersifat pendedahan kepada anggotanya dalam memahami Islam yang sebenarnya. Kursus Agama Islam 1984 dijalankan pada 31 Mac 1984 bersempena dengan Perayaan Hari Polis 1984. PDRM memohon kerjasama daripada Majlis Islam Sarawak menyediakan seorang penceramah untuk memberikan ceramah yang bertajuk “Akidah Teras Pembangunan”. Ceramah tersebut disampaikan oleh Che Min Che Mat, Ketua Penolong Pengarah Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Sarawak. (Surat Che Min Che Mat, 12 Mac 1984, h. 1)

Fokus dakwah turut ditumpukan kepada bidang pendidikan Islam. Ini memandangkan pendidikan Islam di sekolah-sekolah Sarawak baru di peringkat awal perkembangannya sedangkan masalah akhlak pelajar berada pada tahap yang membimbangkan. Tema seminar pendidikan Islam tersebut ialah “Pendidikan Sempurna Asas Pembangunan Ummah”. Menurut Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud pemilihan tema seminar tersebut bertepatan dengan kebangkitan semula semangat keIslaman. Penyataan beliau adalah:

(

Buku Aturcara Seminar Pendidikan Islam Kali Pertama,6-9 April 1984, h. 7)

(6)

mahu bersama-sama mempastikan “tragedi” yang menimpa para pelajar dan belia dewasa ini tidak berulang lagi”

Bagi menjana modal insan para imam seluruh Sarawak, MIS bertindak mengadakan program yang berunsurkan pendedahan kefahaman Islam. Para imam merupakan ejen dalam masyarakat sekaligus memberikan latihan dakwah dan pengembangan ilmu pengetahuan Islam di kalangan mereka. Dengan itu, memudahkan MIS mengembangkan Islam di seluruh Sarawak.

Program tersebut diadakan di Santubong, Kuching pada 12 hingga 15 Disember 1982. Program tersebut dikhususkan kepada para imam seramai 50 orang sekitar luar bandar Kuching. Untuk kemudahan para imam yang dijemput hadir, kesemuanya mereka dibiayai sepenuhnya oleh MIS.

(

Kertas Kerja Kursus Pegawai-Pegawai Masjid, 25 November 1982, h. 1-2)

Kursus pemantapan pegawai masjid iaitu imam dan bilal diadakan di daerah Betong. Kursus ini memberi pendedahan kepada pegawai masjid tentang asas kefahaman Islam iaitu mengenai amalan ibadah seperti bersuci, sembahyang, berkhutbah dan fardu kifayah. Pengisian program diisi oleh kakitangan Majlis Islam Sarawak sendiri iaitu Abdullah Hj. Anis, Ahmad Natu dan Johari Bojeng.

(

Jadual Kursus Pegawai-Pegawai Masjid/Surau Daerah Betong, 5-7 Disember 1983, h. 1-2)

Program serupa diadakan di Sibuti, Bintulu pada 14 hingga 18 Oktober 1984 dengan menjemput peserta yang terdiri daripada 50 orang imam dari 25 buah kampung di bahagian Bintulu. Fokus utama program tersebut adalah untuk meningkatkan modal insan di kalangan para imam terutama dalam kefahaman Islam.(Kertas Kerja Kursus Pegawai-Pegawai Masjid Daerah Sibuti, Bahagian Keempat Bintulu, tt, h. 1-2.)

Kursus Asas Islam diberikan kepada para remaja, agar mereka tidak terdedah dengan anasir yang menyimpang daripada ajaran Islam. Berikutan daripada permintaan dan laporan yang dikemukakan oleh Hj. Mohd Anis Sigon, maka kursus ini diadakan di Oya dan Dalat, Mukah. Program ini dianjurkan bersama dengan pihak Masjid Al-Taqwa pada 27 hingga 30 Ogos 1984. Para penceramah terdiri daripada Loling Othman Alwi, Johari Bojeng, Manterang Isa, Hussain Abbas, Bolhi Lohor, Sham Talip dan Abdullah Anis. Topik yang dibincangkan dalam kursus tersebut ialah Akidah Islamiyah, Ibadah Dalam Islam, Akhlak Muslim, Taharah, Sembahyang dan Hukumnya, Kekeluargaan Dalam Islam dan Khurafat. (Aturcara Program Kursus Asas Islam, 27- 30 Ogos 1984)

Program untuk masyarakat kampung tidak kesemua dianjurkan oleh MIS, tetapi ada sebahagian dianjurkan oleh pihak masyarakat kampung dengan kerjasama pihak MIS dalam bentuk tenaga penceramah. Ketua Kampung Telahak, Limbang memohon pihak MIS memberikan tenaga penceramah dalam Kursus Fardu Ain dan Kifayah yang dianjurkan oleh mereka. (Surat Kadir Samiun, 16 Julai 1984, h. 1) Hal tersebut dipersetujui oleh pihak MIS.(Surat Abang Mohd Atei Medaan, 20 Julai 1984, h. 1)

4. Dakwah Saudara Kita

Dakwah terhadap Saudara Kita turut diberikan keutamaan demi menjamin kepada kekuatan akidah dan ibadah di kalangan Saudara Kita. Program ini merupakan program lanjutan setelah pengislaman beramai-ramai ketika era 1970-an. Kursus asas ini diadakan pada 6 hingga 12 April 1983, bertempat di Belaga, Kapit. Seramai tiga puluh lima orang peserta menghadiri kursus tersebut dari tiga kawasan iaitu Long Busang, Punan Biau dan Sekapan Panjang.(Surat Jawatankuasa Pengelola Kursus Asas Agama 24 Mac 1983, h. 1) Antara pengisian yang diberi keutamaan adalah Sejarah Islam, Fikah dan Tauhid. Di samping itu, amali sembahyang dijalankan sepanjang kursus tersebut.

(

Jadual Kursus Asas Ugama Islam Untuk Saudara-Saudara Baru Di Belaga, 6-12 April 1983)

Kursus asas Islam untuk Saudara Kita turut dijalankan di Kapit iaitu pada 29 November hingga 2 Disember 1983. Seramai enam puluh orang peserta mengikuti kursus agama ini. Pengisian program tersebut termasuk wuduk, sembahyang, rukun iman dan Islam, persaudaraan dalam Islam, pemahaman ibadah, fardu kifayah, akhlak dan kebersihan menurut Islam.(Surat Mohd Atei Abang Medaan, 19 November 1983, h. 1-2) Kursus ini merupakan anjuran bersama Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA atau dikenali sekarang Harakah Islamiyah (HIKMAH)) dan INDAH.

(

Surat Setiausaha Kursus Asas Agama Islam Saudara Baru Kapit 21 November 1983, h. 1)

(7)

(ii) risalah tabsyir dan tanzir dalam konteks dakwah dan tabligh sudah sampai kepada bahagian mereka yang belum Islam; (iii) meningkatnya kesedaran berdakwah di kalangan umat Islam sendiri; (iv) kegigihan para mubaligh PERKIM yang tidak mengenal jemu; dan (v) kempen pihak berkuasa tentang nilai-nilai mulia Islam sejagat.

(

Sidi Gazalba, Ed., 1993, h. 89)

C. PENUTUP

Pembangunan modal insan melalui dakwah Islamiyah di Sarawak melalui proses evolusi yang panjang. Gelombang gerakan pasca Kongres Islam Malaysia Timor memberikan kesan langsung kepada dakwah di Sarawak. Faedahnya amat besar terutama gerakan dakwahnya yang tersusun dan terorganisasi. Jaringan kerjasama MIS dan BINA yang erat menjadikan dakwah Islamiyah mendapat tempat. Perkembangan dakwah Islamiyah lebih jelas ketika era 1980-an apabila gelombang Islamisasi di Semenanjung Malaysia bergerak dengan mantap dan memberikan kesan langsung kepada para pelajar Islam Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia. Tempias ini memberikan rangsangan dakwah yang positif di Sarawak sehingga masyarakat Islam Sarawak sedar dan bersikap proaktif (selama ini hanya menunggu program yang dijalankan). Dakwah disasarkan dua subjek dakwah iaitu di kalangan masyarakat Islam (Melayu) dan kalangan masyarakat bumiputera Islam (dayak laut, darat dan lain-lain) yang baru memeluk Islam. Tidak ketinggalan dakwah di kalangan yang bukan Islam terus dilaksanakan meskipun coraknya berubah daripada bentuk sebelumnya yang lebih banyak memancing dengan imbalan material kepada kebaikan Islam sendiri.

Corak dakwah lebih bersifat meningkat kualiti jika dibandingkan dengan kuantiti. Ibarat menangkap ikan dengan cara memilih dan bukannya menjala ikan dengan mengambil apa juga ikan yang diperolehi. Dakwah ini diterapkan kepada bukan Islam. Manakala masyarakat Islam sendiri, difokuskan dakwah melalui peningkatan kefahaman dan amalan ibadah Islam. Perkara positif untuk pemantapan dakwah Islamiyah di Sarawak diusahakan untuk mewujudkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada tahun 1987. Akhirnya pada tahun 1990, JAIS diwujudkan dan meletakkan dakwah sebagai fungsi utama dalam gerak organisasi tersebut. JAIS menyambung segala peranan dakwah yang dimainkan sebelumnya oleh MIS.

BIBILIOGRAFI Buku

Buku Aturcara Peresmian Pembukaan Kursus Kekeluargaan Dalam Islam, (Kuching: Majlis Islam Sarawak, 1983

Buku Aturcara Program Kursus Asas Islam Untuk Belia/Beliawanis daerah Oya/Dalat Bahagian Ketiga, Anjuran Majlis Islam Sarawak dengan Kerjasama Masjid al-Taqwa, pada 27 hingga 30 Ogos 1984.

Buku Aturcara Seminar Pendidikan Islam Kali Pertama,6-9 April 1984, Perutusan YAB Ketua Menteri Sarawak, 1984,Kuching:Majlis Islam Sarawak.

Cenderamata Konggres Islam Malaysia Timor [Timur], 1968,Kuching: Persatuan Kebajikan Islam Sarawak,

Sanib Said, 1985 “Islam di Sarawak: Sejarah Ringkas 1476-1941” dlm. buku Islam di Malaysia, Selangor: Persatuan Sejarah Malaysia

Sepuluh Tahun BINA 1969-1979, 1979, Kuching: Angkatan Nahdatul Islam Bersatu

Siddiq Fadil, Kebangkitan Umat Kenyataan dan Harapan, (Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiyah, 1983

Sidi Gazalba, Ed., 1993, Dakwah Islamiyah Malaysia: Masa Kini, (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Manuskrip

Jadual Kursus Pegawai-Pegawai Masjid/Surau Daerah Betong, 5-7 Disember 1983.

Kertas Minit Kursus Kepimpinan Belia Islam Peringkat Negeri Sarawak, 7 September 1984

Kertas Kerja Kursus Pegawai-Pegawai Masjid, Daerah Luar Bandar Kuching, MI/10/2 (103), 25 November 1982.

Kertas Kerja Kursus Pegawai-Pegawai Masjid Daerah Sibuti, tt., Bahagian Keempat Bintulu.

(8)

Surat daripada Awang Pon Awang Sebon kepada Puan Zahrah Musthafa, Setiausaha HELWA ISIUKM, Kertas Kerja/Kertas Ceramah, MI/10/Vol.111(1), 2 Mac 1983.

Surat daripada Zaharah Musthafa, Setiausaha HELWA ISIUKM, kepada Yang di-Pertua MIS, Kertas Kerja Mithali 2, 9 Mac 1983.

Surat daripada Hj. Mohd Anis Sigon Kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Kursus Untuk Belia/Beliawanis Bagi Daerah Dalat (Batang Oya), 3 Ogos 1984.

Surat daripada Loling Othman Alwi kepada Yang Dipertua, Majlis Islam Sarawak, Kursus Kekeluargaan Islam , MI/10, 12 Oktober 1984.

Surat daripada Pengarah Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Bengkel Pendidikan Belia Wanita, 1984, JKBSNS:3.019-2.2/(10), 3 Mac 1984

Surat daripada Setiausaha Majlis Islam Sarawak kepada Pengarah Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Penceramah Untuk Bengkel Pendidikan 1984, 6 Mac 1984.

Surat daripada Mohd Solihin Kachon kepada Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan, Seminar Kepimpinan Belia Peringkat Negeri 1984, JKBNS;3. 086-2/(20), 23 Ogos 1984.

Surat daripada Chaiti Hj. Bolhassan, kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Kursus Agama Islam, 111/TOG/909, 23.2.1984.

Surat Daripada Hadi Wasli kepada Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Nama-Nama Penceramah Kursus Agama Bagi Pegawai Kerajaan, MI/10/Vol. III (58), 13 Ogos 1984.

Surat daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Kursus Agama Islam, MI/10/Vol.III(47), 2.4.1984.

Surat daripada Che Min Che Mat, Ketua Penolong Pengarah INDAH, Cawangan Sarawak kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perayaan Hari Polis 1984, Kursus Agama Islam 1984, MIS (JPM)(U)/4/023, 12 Mac 1984.

Surat daripada Kadir Samiun, Ketua Kampung Telahak,Daerah Ulu, Limbang kepada Setiausaha Majlis Islam Sarawak, Kursus Fardu Kifayah dan Fardu Ain, 16 Julai 1984.

Surat daripada Abang Mohd Atei Medaan, Setiausaha Majlis Islam Sarawak kepada Kadi Majlis Islam Sarawak, Limbang, Kursus Fardu Kifayah dan Fardu Ain, MI/10, 20 Julai 1984.

Surat daripada Jawatankuasa Pengelola Kursus Asas Agama kepada Pengerusi Surau Long Busang, Punan Biau dan Sekapan Panjang, Kursus Asas Ugama Islam Untuk Saudara baru, 24 Mac 1983.

Jadual Kursus Asas Ugama Islam Untuk Saudara-Saudara Baru Di Belaga pada 6 hingga 12 April 1983.

Surat daripada Hj. Mohd Atei Abang Medaan, Setiausaha Majlis Islam Sarawak kepada Pegawai Perhubungan Majlis Islam Sarawak, Kapit, Kursus Saudara-Saudara Baru, MI/10, 19 November 1983.

Surat daripada Setiausaha Kursus Asas Agama Islam Saudara Baru Kapit kepada Residen Bahagian Ketujuh, Kursus Asas Agama Islam Saudara-Saudara Baru dari Bahagian Ketujuh Kapit Anjuran Majlis Islam Sarawak, INDAH dan BINA Cawangan Sarawak, 21 November 1983.

TeksTaklimat Oleh Datuk Hj. Mohd. Fauzi Bin Hj. Abdul Hamid Sempena Lawatan YAB Datuk Amar Hj. Abdul Taib Mahmud di Dewan Majlis Islam Sarawak, Khamis, 23 April 1981.

Teks Ucapan alu-aluan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Hj. Anis Abot, Seminar Badan-Badan Dakwah Islamiyah, Dewan Majlis Islam Sarawak, 1985

Teks Perutusan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Hj. Anis Abot, Seminar Badan-Badan Dakwah Islamiyah, Dewan Majlis Islam Sarawak, 1985

(9)

Sarawak, Che Min bin Che Ahmad, Seminar Badan-Badan Dakwah Islamiyah, Dewan Majlis Islam Sarawak, 1985

Teks Perutusan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Hj. Abdul Taib Mahmud, Seminar Badan-Badan Dakwah Islamiyah, Dewan Majlis Islam Sarawak, 1985

Teks Ucapan Perasmian oleh Hj. Anis Abot, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dalam Kurus Kefahaman Islam Bagi Pegawai Kerajaan, Anjuran Bahagian Latihan, Pejabat Ketua Menteri, 1985.

Keratan Akhbar

The Sarawak Tribune, “Religious Course For Muslim Student”, 27 Februari 1969.

The Sarawak Tribune, “Religious Course For Muslim Student”, 12 April 1969.

The Sarawak Tribune, “Welfare Minister Opens Religious Course”, 18 Ogos 1970.

The Sarawak Tribune, “BINA Religious Course Close”, 17 April 1971.

The Sarawak Tribune, “Sarawak To Observe Nation-Wide Dakwah Month Launching”, 25 November 1978

The Sarawak Tribune, “39 Attend Islamic Family Law Course”, 24 Mac 1983.

Temubual

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah menentukan model dinamis produksi padi di jawa Tengah menggunakan metode Koyck dan Almon serta mendapatkan estimasi model

The last hyperbole on this poem i s available on the last line, “I carry your heart (I carry it in my heart),” actually this line has the same sentence with the first and

Berdasarkan hasil penelitian tindakan yang telah diperoleh serta dihubungkan dengan perumusan masalah dan pengajuan hipotesis yang diajukan dapat disimpulkan bahwa

Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi

The research aims were to identify the influence of attitude, subjective norms and perceived behavioral control on intention to buy, and effect of intention to buy

Analisa bivariat dari hasil hubungan lingkungan fisik di dalam rumah dengan kejadian filariasis lebih banyak terjadi pada keadaan rumah penderita yang ventilasinya

Skripsi dengan judul “Penerapan Model Number Head Together untuk Meningkatkan Keterampilan Berbicara Tema Berbagai Pekerjaan Berbantuan Media Flashcard pada Siswa

Ada preferensi konsumen terhadap atribut produk dalam membeli