• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Prosa Tradisional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM4. Prosa Tradisional"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas

Edubest

Tahap SM4

Prosa Tradisional

(2)
(3)

Prosa Tradisional

“Kepimpinan Melalui Teladan”

Sinopsis

Cerita ini bermula dengan peristiwa Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada telah membawa Kertala Sari berjumpa dengan Seri Betara di Istana Seri Betara, Majapahit. Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung. Mereka berbincang tentang cara untuk membunuh laksamana dan Raja Melaka sekali gus menumpaskan kerajaan Melaka. Seri Betara mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya dengan cuba membunuh Ratu Melaka dan laksamana.

Kertala Sari bersemangat waja dan bersedia menjunjung perintah Seri Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya.

Pada suatu malam, Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan isteri saudagar itu turut dicabul. Pada malam-malam berikutnya, Kertala Sari telah menceroboh rumah saudagar dan orang kaya yang lain. Semua harta benda mereka itu disamun Kertala Sari. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Baginda telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan

Bahasa

Melayu

(4)

pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung.

Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi Raja Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka.

Laksamana memohon kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri itu. Laksamana memasang lembing, tombak, dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Raja Melaka. Laksamana menyembunyikan dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuki istana itu untuk mencuri dan mengganggu bini raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Laksamana berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari itu. Orang ramai menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai

Bahasa

Melayu

(5)

dakwaan mereka. Laksamana masuk menghadapRaja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milk Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari.

Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Raja Melaka mengagihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan cadangan raja itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka itu.

Tema

1. Tema prosa ini ialah kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

2. Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka daripada ancaman tujuh orang penjurit Majapahit serta ancaman Kertala Sari yang juga dari Majapahit telah berjaya mengembalikan keamanan kepada kerajaan Melaka.

Persoalan

1. Kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu. Contohnya, Laksamana digambarkan sebagai seorang pahlawan yang handal dan gagah sehingga digeruni oleh pihak lawan dan musuh.

Bahasa

Melayu

(6)

2. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan musuh. Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian yang serba hitam, menyamar sebagai seorang penjurit dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam dengan harapan untuk menangkap dan membunuh Kertala Sari.

3. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah. Contohnya, rakyat dan hulubalang Melaka taat kepada perintah Tuanku Syah Alam bagi menjejaki pencuri yang telah mencuri harta benda sehingga mencetuskan huru-hara di Melaka.

4. Penuntut bela atas kematian orang tersayang. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana.

5. Amanah dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laksamana menjalankan tugasnya mengawal keamanan negeri Melaka dengan amanah dan dedikasi tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama - Laksamana.

2. Watak-watak sampingan - Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara Majapahit, Bini Perala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya, Temenggung, Bendahara, dan sebagainya.

Laksamana

1. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Melaka.

2. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Perala Bumi.

3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, laksamana memaikai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di Melaka

pada waktu malam.

Bahasa

Melayu

(7)

4. Seorang yang berani dan gagah. Contohnya, Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya.

5. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan. Contohnya, Kertala Sari berasa gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa.

6. Seorang yang baik hati. Contohnya, Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kepada tiga bahagian termasuklah bahagian golongan fakir miskin.

7. Seorang yang patuh akan perintah raja. Contohnya, Laksamana menjunjung segala titah Raja Melaka tanpa sebarang bantahan.

8. Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab.

Kertala Sari

1. Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.

2. Bapanya, Perala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana.

3. Seorang yang berani bertindak. Contohnya, Kertala Sari berani menjalankan kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang.

4. Seorang yang kejam dan ganas. Contohnya, Kertala Sari bukan sekadar mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar.

5. Seorang yang memiliki ilmu kesaktian. Contohnya, Kertala Sari telah menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya.

6. Seorang yang pendendam. Contohnya, Kertala Sari berdendam dan berniat untuk membunuh Laksamana dan Raja Melaka yang telah membunuh bapanya, Perala Bumi.

7. Seorang yang patuh akan perintah pemerintah. Contohnya, Kertala Sari patuh akan perintah Seri Betara Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi membunuh Raja Melaka dan Laksamana.

Bahasa

Melayu

(8)

Raja/Ratu Melaka

1. Baginda juga dikenal sebagai Tuanku Syah Alam.

2. Seorang yang adil dan saksama. Contohnya, baginda telah mengagihkan harta benda milik rakyat dan pembesar semula secara sama rata dan adil.

3. Seorang yang mementingkan keharmonian negara. Contohnya, baginda berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita bahawa negeri Melaka diancam kes kecurian.

4. Seorang yang mengenang jasa hulubalang. Contohnya, baginda Tuanku Syah Alam telah memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya memakmurkan bumi Melaka semula.

5. Seorang yang rasional dalam membuat tindakan. Contohnya, baginda mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan di kawasan kampung dan negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.

Patih Gajah Mada

1. Beliau merupakan pembesar kerajaan Majapahit.

2. Seorang yang pendendam. Contohnya, Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi menentang Laksamana dan Raja Melaka.

Latar

Latar Tempat

1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.

2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada.

3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang

dicurinya di Bukit Cina.

Bahasa

Melayu

(9)

4. Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka. Laksamana telah membawa bukti keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang telah dipotong sebagai bukti bahawa beliaulah yang telah membunuh Kertala Sari.

5. Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk menangkap penjurit sebenar yang telah menghuru-harakan negeri Melaka.

6. Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat dan pembesar dimasuki pencuri.

Latar Masa

1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Peristiwa yang berlaku dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 2. Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki pencuri dan semua harta bendanya telah habis dicuri pada waktu pagi.

3. Waktu siang. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat untuk mendapatkan harta milik mereka semula yang telah dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.

4. Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di rumah Bendahara pada waktu malam.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja. Contohnya, rakyat dan hulubalang menurut perintah Tuanku Syah Alam supaya menjejaki pencuri yang telah mencuri harta benda di Melaka.

2. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang. Contohnya, Tuanku Syah Alam sebagai pemerintah dan

Temenggung serta Bendahari sebagai menteri.

Bahasa

Melayu

(10)

3. Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka.

4. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut menyamarkan dirinya sebagar penjurit yang telah mati dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.

5. Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Kertala Sari telah membaca jampi ilmu kesaktian ketika dia melakukan perbuatan mencuri di rumah Bendahara dan di rumah orang kaya. 6. Masyarakat yang berani melawan musuh. Contohnya, Laksamana berani berlawan dengan musuh sehingga keberaniannya itu digeruni oleh pihak lawan dan musuh.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan kata penanda wacana. Contohnya:

hatta, alkisah, maka

2. Bahasa Arab. Contohnya:

(a) Insya-Allah Taala (hlm. 36) (b) syahwat (hlm. 36)

(c) Demi Allah (hlm. 37) 3. Bahasa istana. Contohnya:

tuanku; putih, baginda, titah

4. Bahasa Melayu klasik. Contohnya.

manira, pakanira, karar.

5. Simile. Contohnya:

Bahasa

Melayu

(11)

Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti

laku orang berkelahi. (hlm. 28) 6. Personifikasi. Contohnya:

...maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. (hlm. 35)

7. Hiperbola. Contohnya:

Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. (hlm. 36)

8. Perulangan kata/Repetisi. Contohnya:

Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain." (hlm. 33)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Perala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana.

2. Nilai kegigihan. Contohnyu, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.

3. Nilai ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana.

4. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri.

5. Nilai kebijaksanaan. Contohuya, Laksamana bijak menggunakan akal bagi menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan kekacauan di Melaka itu.

Bahasa

Melayu

(12)

6. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Laksamana bertangaungjawab memulihkan keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya menangkap pencuri/penjurit itu.

7. Nilai keberanian. Contohnya. Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh.

Contohnya, Laksamana menggunakan kebijaksanaan akalnya dengan

berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk membunuh musuhnya.

2. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh. Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut menyamarkan dirinya sebagai penjurit yang telah mati dengan berbaring di tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.

3. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.Contohnya, Laksamana berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka apabila beliau berjaya menewaskan penjurit tujuh bersaudara dan Kertala Sari dari Majapahit.

4. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunnh Raja Melaka dan Laksamana.

5. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana kerana ingin melunaskan dendamnya dan menuntut bela atas kematian bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka.

Bahasa

Melayu

(13)

Latihan

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, "Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu."

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, "Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi."

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, "Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?"

Maka sembah Bendahara, "Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang."

Seketika lagi maka laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, "Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat." Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

(Dipetik daripada prosa "Kepimpinan Melalui Teladan" dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul. Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahasa

Melayu

(14)

(i) Berikan maksud penjurit yang terlalu buas. [2 markah] ___________________________________________________________ __________________________________________________________

(ii) Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap

Raja Melaka?

Nyatakan reaksi-reaksi tersebut. [3 markah]

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ________________________________________________________

(iii) Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan- tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari? (KBAT) [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Reaktivitas : Tidak ada data tes khusus yang berhubungan dengan reaktivitas tersedia untuk produk ini atau bahan bakunya.... Stabilitas

Untuk itu pada saat terjadi kenaikan harga beras maka kebijakan yang tepat yang perlu diambil pemerintah adalah dengan memberikan kompensasi bantuan dalam bentuk

Rusman (2011: 75-76) mengungkapkan indikator terhadap kinerja guru dilakukan terhadap tiga kegiatan pembelajaran di kelas yaitu: 1) Perencanaan guru dalam kegiatan

Deviden atas investasi saham, Stock deviden, penjualan, penarikan, dan pertukaran saham • Investasi dalam dana: • Pembentukan dan. penghimpunan dana, akuntansi untuk dana,

degradasi (penguraian) anaerobik senyawa senyawa organik yang mengandung sulfur dan nitrogen. Tuliskanlah pernyataan atau ungkapan tetapan kesetimbangan K p untuk reaksi di

Hasil ini sesuai dengan penelitian yang dilakukan oleh Dehghanan dan Bakhshandeh (2014) serta Chen and Chang (2012) yang menunjukkan temuan bahwa green trust memediasi

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik