• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Universiti al-Azhar sebagai model institusi pendidikan wakaf terulung / Mohd. Ali Muhamad Don

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah Universiti al-Azhar sebagai model institusi pendidikan wakaf terulung / Mohd. Ali Muhamad Don"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(3)
(4)

PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(ISHEC

2017)

Editors

M

OHD

F

AIZAL

P.

R

AMELI

A

BDUL

Q

AYUUM

A

BDUL

R

AZAK

M

UHAMAD

T

AUFIK

M

D

S

HARIPP

M

OHD

Z

AID

M

USTAFAR

M

OHD

K

HAIRUL

N

IZAM

M

OHD

A

ZIZ

R

AWI

N

ORDIN

S.

S

ALAHUDIN

S

UYURNO

D

ZIAUDDIN

S

HARIF

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

(5)

Cetakan Pertama / First Printing, 2017

Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Cawangan Melaka terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,

MELAKA, MALAYSIA Tel: +606 558 2303, 2305

Atur huruf oleh / Typeset by

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

,

MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ Mel-e: qayyumfpi@yahoo.co.uk

Reka bentuk kulit oleh

Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Mel-e: nizamiyyah86@gmail.com

(6)

Table of Contents

________________________________________________________________________

Foreword 7

Preface 9

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT

Genre Historiografi Ibn al-Athir

Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir & Mariam Farhana Md Nasir ... 3

Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun

Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13

Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail al-Nur

Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21

Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35

Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman

Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud, Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &

Mohamad Zaki Razaly ... 47

Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei

Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55

Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara

H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63

Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih Sukma Pancasila

Siti Fatimah M.Hum ... 75

Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar

(7)

Madrasah Menggapai Mutu

H Maksum MA ... 117

Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal

Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125

ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris

Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz & Ermy Azziaty Rozali ...137

Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri Masyarakat Melayu Kini

Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man & Siti Nurul Izza Hashim ... 151

Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam

Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE

Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan Takwim Hijri terkini

Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180

Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin Shah Rul Anuar Nordin ... 188

Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam Alam Melayu

Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199

Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti MelakaEra Globalisasi

Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209

Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal di Malaysia

Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223

(8)

ISLAMIC LITERATURE AND ART

Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu

Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239

Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s Roof Crown in 1720-1950

Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255

Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia

Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli, Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &

Mohd Amin Mohd Noh… 263

تًلا رثأ

ا

ثيدبغا بيكركلاا مسرلا في يملبسلإا بيرعلا ث

نبضرلا دبع تُسح دومبؿ & ةيفيرشلا ىفطصم ابيكش

... 281

Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques in Mzab, Djerba and Oman

Naima Benkari ... 301

Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities

Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317

The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation in Typography Course in UiTM

Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad Khairul Azizi Ahmad ... 333

Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns

Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345

The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision Deficiencies

Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah & Shaliza Dasuki ... 357

POLITICS AND GOVERNANCE

Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M)

(9)

Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris, Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365

Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada Kelangsungan Ketamadunan

Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380

Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod

Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin, Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &

Abd Rashid Abd Rahman ... 397

ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT

Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan Berskala Kecil

Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413

Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427

Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim

Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445

Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam

Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453

The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia

Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461

The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index

Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor, Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469

Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards

Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan & Nazarul Azali Razali ... 489

Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and Medium Enterprise (SME) in Klang Valley

(10)

Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501

Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market

Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly & Mastura Ayob ... 513

Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia

Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan & Juan Rizal Sa‘ari ... 519

Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import oleh JAKIM

Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527

WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA

Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang di Malaysia

Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh... 549

Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung

Mohd. Ali Muhamad Don ... 565

Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal

Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575

Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN)

Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas & Noraini Abd Muaziz ... 587

Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid & Nor Azlina Abd Wahab ... 601

Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor

Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613

(11)

CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA

Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan

Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625

Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya

Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza, Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635

Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di Utara Malaysia

Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643

Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor

Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud & Mahasin Saja@Mearaj ... 651

ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY

Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method

Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675

Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An Islamic Perspective

Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman & Azarudin Awang ... 687

Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of Selangor‘s Tourism Industry

Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,

Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir & Maz Izuan Mazalan ... 695

MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE

Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang

(12)

Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711

An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)

Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar& Thuraya Ahmad ... 723

Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ

Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737

Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque: A Concept Paper

Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu Bakar ... 749

Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)

Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757

Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few Procedures and Steps

Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765

CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE

Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka

Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa & Zainal Fikri Zamzuri ... 791

Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia

Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799

Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah

Fadhilah Adibah Ismail,Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809

Maqasid Syariah dalam Pelancongan

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub & Mohd Zaid Mustafar ... 817

(13)

Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid & Rawi Nordin ... 835

كرفلا ملع

ؿوصلأا ملع فيلأت في ةيديدبذ ةيجهنم :ةيلوصلأا ؽ

(The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh)

نيدلا سشم مبرج دمبؿ نب ىفطصم

…847

The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in Afghanistan

Nasir Ahmad Yousefi... 865

Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak

Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa & Siti Noor Ain Aziz ... 879

CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA

Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam

Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889

Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia

Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895

Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari Aspek Cabaran

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901

Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah Sarkastik Dan Satira

Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909

The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance

Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921

Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka

Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931

(14)

Muslims in South Korea: The Way of Life

Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir, Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943

Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia

Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor Asikin Shaharuddin... 963

Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman, Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969

Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu

Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman... 987

ISLAM AND COMMUNICATION

Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna

S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub, Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997

Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan

Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005

Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama: Pengalaman Saudara Baru

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015

Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai Indikator Komunikator Islam

Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub, Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023

Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti

Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031

(15)

Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam

Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan, Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &

Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037

ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT

Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan Turki Uthmani

Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor, Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055

Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas

Siti Suriyani Sulaiman ... 1071

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab

Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &

Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087

Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah

Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095

Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM

Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah Sulaiman ... 1107

Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension

Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117

Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia: Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia

Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127

(16)

Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah

Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143

ةيناسنلإا ةراضبغا ىلع هرثأك بطلا ؿابؾ في تُملسبؼا ءاملع دوهج

(17)
(18)
(19)

Foreword

_________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s, companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.

I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers of the 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd IsHeC2017) that was held on 14th – 15th November 2017. Congratulations also to the editors for their efforts in publishing the articles presented at the 2nd IsHeC2017.

Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for the germination and strengthening of Islamic knowledge.

Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM Melaka and the authors for their contribution.

DATUK PROF.MADYA SABARIAH MAHAT

Rektor,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka.

(20)
(21)

Preface

_________________________________________________________________

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017.

We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd IsHeC2017 and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd IsHeC2017.

A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd IsHeC2017 a success.

This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd IsHeC2017 which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.

Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and contributions for the sake of Muslim ummah.

MOHD FAIZAL P.RAMELI

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK

MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

MOHD ZAID MUSTAFAR

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

RAWI NORDIN

S.SALAHUDIN SUYURNO

DZIAUDDIN SHARIF

Editor

(22)
(23)

SEJARAH UNIVERSITI AL-AZHAR SEBAGAI MODEL INSTITUSI PENDIDIKAN WAKAF TERULUNG

Mohd. Ali Bin Muhamad Don

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

73khawarizmi@gmail.com

Ahli Bersekutu Centre For Islamic Philantrofy and Social Finance (CIPSF)

ABSTRAK

Universiti al-Azhar merupakan model institusi wakaf pendidikan terulung. Sejak penubuhannya pada 979 Masihi ribuan ulama, tokoh dan ilmuan Islam lahir daripada institusi ini. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai sejarah penubuhan al-Azhar dan kaedah pengurusan dana wakafnya sehingga mampu membiayai pendidikan percuma dan menyediakan kemudahan kepada semua pelajar yang bernaung di bawah institusinya. Justeru kajian ini akan meneliti sejarah penubuhan universiti al-Azhar selain mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf yang dikelolakan olehnya. Bagi mendapatkan data dan maklumat kajian ini, data-data literatur daripada penulisan terdahulu dan masa kini diteliti selain rujukan jurnal, kertas kerja dan laman sesawang yang berkaitan. Diharapkan dengan kajian ini sejarah kecemerlangan al-Azhar dan pengurusan dana wakafnya diketahui umum selain menjadi pedoman dan iktibar oleh mana-mana pihak untuk memperkenalkan skim wakaf di institusi masing-masing.

PENDAHULUAN

Penubuhan Institusi Pendidikan Wakaf di Mesir bertitik tolak daripada penubuhan

Jāmiʽ al-Azhar pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyyah. Jawhar al-Siqqli1 telah mencadangkan kepada al-Muʽiz li Dinillah al-Fatimiy2 supaya menjadikan al-Azhar pusat pendidikan yang sebelumnya terhad untuk aktiviti ibadah sahaja. Peristiwa ini berlaku pada 14 Ramadan tahun 359 Hijrah dan Jāmiʽ al-Azhar mula digunakan untuk solat berjemaah mulai 7 Ramadan tahun 361 Hijrah bersamaan 22 Jun tahun 972 Masihi (www.azhar.edu.eg.). Dinamakan sebagai Jāmiʽ al-Azhar bersempena dengan nama gelaran Puteri Nabi Muhammad SAW Fatimah al-Zahra bermaksud yang tersohor serta mempunyai perkaitan dengan pemerintahan Kerajaan Fatimiyyah di Mesir (Nasser Rabat, 1996).

Individu yang bertanggungjawab menjadikan Jāmiʽ al-Azhar sebagai pusat pendidikan dan penyebaran ajaran Syiah Ismaiʽliyyah (Carol & Mary, 1998) ialah

1

Beliau juga seorang Panglima perang semasa pemerintahan Khalifah al-Muʽiz li dinillah. Lihat al-Azhari, Basri bin Ibrahim al-Hasani, terj. Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula oleh Ibrahim Ali Sya‘wat, (Johor Bahru, Johor: Perniagaan Jahabersa, 2013), 362.

2 Nama sebenar Baginda ialah Maʽad (al-Muʽiz li Dinillah) bin Ismā l (Mansur) ni Qā m bin

al-Mahdiy ʽAbid Allāh al-Fatimiy al- ʽAbidiy, pengasas dan pembuka Kerajaan Fatimiyyah di Mesir tahun 358 H. Lihat Amira Rida‘ Farhat, al-Fātimiyyūn, Tārikhuhum wa ‗Ātharuhum fi Misr, (Beirut, Lubnan: Books – Publisher, 2013), 32.

(24)

Yaʽqub Klās/Ibn Kilis pada akhir pemerintahan al-Muʽiz li Dinillah al-Fatimiy1

.Bermula dengan halaqah ilmiah kali pertama di bawah kelolaan Qadi al-Qudha

Abu al-Hassan bin Nuʽmān al-Maghribiy pada bulan Ramadan tahun 365 Hijrah bersamaan 975 Masihi (www.azhar.edu.eg.). Beliau turut mencadangkan supaya dibina rumah penginapan pelajar berhampiran masjid (Hamdy, 2012).

Al-Aziz Billah pula menyediakan peruntukan wakaf untuk guru yang mengajar. Menurut Behrens (1992), pada tahun 989 Masihi Jāmiʽ al-Azhar telah mencapai status kolej dengan sokongan 45 orang sarjana terpilih yang mengajar di institusi tersebut. Ini disifatkan oleh beliau sebagai asas terpenting kepada pembentukan al-Azhar sebagai universiti terkemuka di dunia pada tahun-tahun berikutnya. Kerajaan Fatimiyyah turut mewakafkan sejumlah besar kitab rujukan di perpustakaan al-Azhar walau bagaimanapun didapati banyak yang hilang setelah zaman kejatuhannya (Carol & Mary, 1998).

Setelah memerintah Mesir, Salahuddin al-Ayubi menukar pegangan mazhab al-Azhar kepada ajaran ahli sunah wal jemaah (www.islamiclandmarks.com). Pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki, al-Azhar masih lagi dibiayai sepenuhnya dengan dana wakaf. Dengan itu para ulama yang mengajar di al-Azhar bebas memilih bidang pengkhususan dan kitab pengajian masing-masing (www.rohama.org.). Dana wakaf tersebut diperoleh daripada sumbangan hartawan, ulama, para pedagang malah raja dan penguasa untuk memajukan bidang pendidikan (Al-Sirjaniy, 2011). Sejak itu al-Azhar menjadi lambang ketinggian ilmu melalui ketokohan ulama dan kaedah pendidikan tradisional yang berhasil melahirkan generasi pewaris ulama untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke seluruh dunia (www.jadaliya.com). Menurut al-Maqrizi sehingga tahun 818 Hijrah (1415 Masihi) terdapat seramai 750,000 penuntut ilmu di al-Azhar yang terdiri daripada kalangan orang Arab dan bukan Arab (Al-Sirjaniy, 2011).

Penjajahan Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte ke Mesir telah menyebabkan al-Azhar ditutup selama tiga tahun kerana rakyat bangun menentang penjajah termasuklah para pelajar sehingga aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan (www.rohama.org.). Penjajah Perancis di Mesir turut terlibat merosakkan dan memusnahkan kitab-kitab yang diwakafkan di perpustakaan al-Azhar dengan mengebom al-Azhar daripada Jabal al-Mukattam pada tahun 1789 Masihi (Dwyer, 2008).

SEJARAH PEMODENAN AL-AZHAR

Setelah al-Azhar dibuka semula apabila era penjajahan tamat dan menerima kemasukan pelajar-pelajar baharu beberapa pembaharuan bagi memantapkan kurikulum al-Azhar telah dilakukan. Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905) memperkenalkan sistem pengajian semester, menetapkan peraturan untuk kakitangan universiti, menetapkan syarat kemasukan pelajar selain mengemas kini kaedah peperiksaan dan penganugerahan sijil (www.azhar.edu.eg.). Beliau telah

1 Beliau ialah Imam ke-4 dalam kelompok Syiah Ismaiʽliyyah yang menakluki Mesir di bawah

(25)

mencadangkan agar pelajar yang menuntut di al-Azhar diberikan biasiswa daripada sumber wakaf untuk membiayai yuran pengajian mereka selain gaji para pensyarah dan staf pentadbiran juga dibiayai menerusi wakaf (Sunny,2007). Pembaharuan ini dilakukan bagi mengangkat martabat al-Azhar sebagai universiti terulung di dunia terutama apabila kedudukan wakaf di Mesir mula mengalami kemerosotan dan menjadi beban kepada al-Azhar sekitar kurun ke-20 Masihi (Ali Ghom‘ah,2012).

Pada tahun 1812 kerajaan Mesir di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basya telah mengambil alih pengurusan al-Azhar yang sebelum itu dibiayai dengan dana wakaf (Khan,2015; Cengiz,2007). Beliau turut menyalahgunakan keuntungan wakaf al-Azhar untuk membiayai projek mega pembinaan bangunan pusat pemerintahan kerajaan (www.aljazeera.com.). Ini berikutan pengenalan Dasar Tanah yang baharu di Mesir antara tahun 1805-1848 yang mensyaratkan kesemua tanah milik persendirian hendaklah diletakkan di bawah pentadbiran negara (Ahmad Shaifful,2015). Termasuklah tanah wakaf al-Azhar yang berkeluasan 623,000 ekar yang dipindah milik kepada pemerintah Mesir. Tanah-tanah tersebut adalah sumbangan wakaf masyarakat tempatan kepada al-Azhar tetapi tidak didokumentasikan sebagai wakaf sehingga sukar untuk dituntut semula oleh al-Azhar (Mahadi & Yakubu,2015). Direkodkan sejumlah 150,000 ekar daripada tanah wakaf pertanian tersebut masih kekal menjadi milik al-Azhar hingga ke hari ini (ibid.). Walau bagaimanapun tidak diketahui bagaimana wakaf tanah pertanian tersebut diuruskan untuk kepentingan al-Azhar akibat kekurangan data rujukan yang berkaitan (ibid.).

Sebelum Revolusi Mesir tahun 1952, dana wakaf al-Azhar diuruskan secara berkecuali bagi menampung keperluan kewangan universiti dan membiayai keperluan ulama al-Azhar yang dihantar berdakwah ke seluruh Afrika. Menurut Hasan al-Syafiʽiy1 dana wakaf al-Azhar digunakan untuk pembiayaan pendidikan kepada pelajar tempatan dan antarabangsa meliputi kos makanan, penginapan, kemudahan pengajian, yuran utiliti dan kos perubatan sejak ditubuhkan pada tahun 972 hingga tahun 1961 (Mahadi & Yakubu, 2015). Dana wakaf al-Azhar melimpah ruah sehingga mampu menampung kos pengajian percuma kepada puluhan ribu pelajar yang datang daripada seluruh dunia bermula peringkat rendah hingga ke universiti (http://wakafselangor.gov.my ). Malah direkodkan bahawa kerajaan Mesir pernah meminjam dana wakaf al-Azhar untuk menampung keperluan perbelanjaan kerajaan akibat masalah kegawatan ekonomi yang melanda Mesir (Siti Mashitoh & Asmak, 2015).

Pada tahun 1961, al-Azhar kehilangan status pengurusan dana wakaf secara berkecuali setelah kerajaan pimpinan Jamal Abdul Nasir campur tangan dengan menubuhkan Kementerian Wakaf Mesir (Hamdy,2012), mengambil alih tanah-tanah wakaf al-Azhar dan diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Pertanian Mesir (Mahadi & Yakubu, ibid.) menerusi Undang-undang No 103 Tahun 1961 (Ahmed & Nathan, 2013). Jamal Abdul Nasir juga bertanggungjawab

1 Syeikh Hasan bin Mahmud bin Abdul Latif al-Syafiʽiy al-Azhariy ialah Mantan Timbalan Rektor

(26)

mengubah status pembiayaan pendidikan al-Azhar yang berasaskan wakaf kepada pembiayaan oleh pemerintah Mesir (www.omicsonline.org). Pada tahun tersebut juga Al-Azhar mula memasukkan subjek pengajian umum dalam kurikulum pengajiannya dengan segala kemudahan dan infrastruktur universiti yang baharu di Daerah Misr Jadidah atau New Cairo (Malika, 2008). Ini disifatkan sebagai era pensekularan al-Azhar daripada pendidikan tradisi pengajian Islam kepada campuran pengajian umum seperti bidang kejuruteraan, kedoktoran, sains tulen dan sains sosial (Mahadi & Yakubu, ibid.). Menjelang tahun 1963 al-Azhar telah berubah menjadi institusi pendidikan di bawah kelolaan kerajaan Mesir sepenuhnya (Ahmed, http://carnegieendowment.org/sada).

Sejak itu al-Azhar menjadi sebahagian daripada agenda politik pemerintah Mesir dengan penyingkiran golongan ulama yang dianggap penentang kerajaan (Hamdy, op.cit.; Ahmed, op.cit). Campur tangan kerajaan semakin ketara terutama dalam pelantikan Syaikh al-Azhar1 yang terdahulu dipilih oleh Majlis Ulama al-Azhar (Hamdy,op.cit.). Impaknya kuasa autonomi Syaikh al-Azhar untuk menguruskan dana wakaf (El-Houdaiby,2012) bagi mengelak keterkaitan ahli akademik dengan pemerintah selain membiayai sekolah, aktiviti kebajikan dan tentera mula dihadkan (Alaa,2010). Malah peranan al-Azhar sebagai institusi pendidikan terulung cuba dilenyapkan dengan penubuhan Dār al-Ulum2 manakala

Dār al-Ifta‘ ditubuhkan untuk menghilangkan peranan al-Azhar sebagai pusat rujukan fatwa (El-Houdaiby,op.cit.).

PENGURUSAN UNIVERSITI AL-AZHAR

Pengurusan organisasi al-Azhar diketuai oleh Rektor dan dibantu oleh Timbalan Rektor Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Pelajar, Timbalan Rektor Kuliah li al-Banāt (siswi), Timbalan Rektor Cawangan Asyut dan Timbalan Rektor Cawangan al-Wajhu al-Bahri3. Ini seperti ditunjukkan pada Rajah 2.2 yang berikut.

1

Jawatan Syaikh al-Azhar mula diwujudkan oleh pemerintah Uthmaniyyah di Mesir pada kurun ke 17 Masihi. Lihat Alaa, ―The Battle For Al-Azhar.‖

2

Institusi pendidikan Dar al-Ulum diasaskan pada 1872 kemudian dikenali dengan Fakulti Dar al- Ulum mulai tahun 1946. Bidang pengajiannya termasuklah Bahasa Arab, Sastera Arab dan Pengajian Islam. Kini dikenali sebagai Universiti Kaherah atau Cairo University. Lihat ―Cairo University,‖ diakses pada 8 Jun 2016, http://www.darelom.cu.edu.eg/En_index.htm .

3 Iaitu cawangan Universiti al-Azhar yang terletak di sebelah Utara Kaherah hingga ke Laut

(27)

Rajah 2. 1: Carta Organisasi Pengurusan Universiti al-Azhar Sumber: http://www.azhar.edu.eg/pages/history4.htm

Direkodkan pada tahun 1986, al-Azhar membelanjakan sejumlah LE147,324,300 untuk membiayai kemudahan infrastruktur, kos pembangunan, aktiviti akademik termasuklah emolumen kakitangan akademik dan para huffaz al-Quran (Ahmad,2015). Bermula dengan tiga buah fakulti utama iaitu Usuluddin, Syariah dan undang-undang serta fakulti Bahasa Arab pada tahun 1930 (Malika, op.cit.), pada tahun 2015, Al-Azhar mempunyai seramai 20,000 staf akademik di 62 buah fakulti dan 5 cawangan di seluruh Mesir (http://www.aljazeera.net.). Mempunyai seramai 318,888 orang pelajar di mana 92% daripadanya adalah pelajar prasiswazah manakala bakinya adalah pelajar pascasiswazah. Daripada jumlah itu seramai 65,425 orang adalah pelajar antarabangsa dengan pecahan 92% pelajar prasiswazah dan bakinya adalah pelajar pascasiswazah (http://www.topuniversities.com).

Setelah kejatuhan pemerintahan Husni Mubarak melalui demonstrasi jalanan pada 2011, usaha-usaha untuk mengembalikan semula autonomi al-Azhar mula dilakukan. Suara-suara meminta supaya tanah wakaf milik al-Azhar yang di ambil oleh pemerintah dikembalikan semula mulai kedengaran. Namun sehingga kini perjuangan menuntut harta wakaf al-Azhar belum menampakkan hasil. Sungguhpun begitu sejarah kecemerlangan Universiti al-Azhar sebagai model IPW terulung tetap dicontohi. Walaupun al-Azhar terpaksa melalui zaman jatuh bangun yang panjang selama lebih 1000 tahun. Universiti al-Azhar adalah model wakaf pendidikan tinggi yang terulung dengan lahirnya ilmuwan Islam dan pakar dalam pelbagai disiplin ilmu. Walaupun terdapat campur tangan pemerintah dalam urusan wakaf al-Azhar kewujudannya kekal relevan sebagai pusat rujukan ajaran ahli sunnah wal jemaah sejagat (Baharuddin et.al., 2006).

Menurut Baharuddin (2011), Universiti al-Azhar merupakan model wakaf pendidikan yang berjaya dengan jumlah aset yang banyak dan dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat. Termasuk menyediakan peluang pendidikan percuma1 daripada peringkat rendah hingga ke universiti

1

Menurut Shirin Lakhani di bawah sistem pendidikan al-Azhar terdapat sejumlah 22 institusi keagamaan dan 17 buah sekolah yang dibiayai dengan dana wakaf. Lihat Shirin, ―Al-Azhar Mosque and University.‖

(28)

(Osman,2002). Kejayaan al-Azhar telah menjadi pencetus kepada penubuhan banyak IPW di seluruh dunia termasuk di Malaysia (Al-Jawhariy,2011; Mohd &

Kamarul, 2012). Abby Liebeskind dan Timur Kuran

(http://www.abbyliebeskind.com), Siti Mashitoh dan Asmak (2014), merumuskan pelaksanaan endowment oleh universiti di Barat diadaptasi daripada model wakaf Institusi Pendidikan Tinggi Islam (IPTI) terawal seperti model wakaf Universiti al-Azhar.

SEJARAH ORANG MELAYU KE MESIR

Sejarah pemergian Orang Melayu ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama telah bermula sejak awal tahun 1900an (Abu Hanifah, 2013). Direkodkan pada tahun 1924 Abdullah Shahabudin dan Ahmad Jamaludin dari Kedah memohon surat pengenalan daripada Sultan Kedah untuk mendapatkan pasport ke Mesir1. Pada tahun 1925 Mansur bin Abid dan Abdul Latip bin Ahmed juga dari Kedah memohon surat pengesahan daripada Mufti untuk tujuan yang sama (ibid.).

Antara generasi awal pelajar Melayu yang menuntut di Mesir ialah Muhammad Fadhlullah Suhaimi tahun 1911-1914 (Abu Hanifah & Ahmed 2013), Shaykh Muhammad Idris al-Marbawi tahun 1924 dan Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu tahun 1955 (ibid.). Kini, bilangan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Mesir sama ada dalam bidang pengajian Islam mahupun perubatan semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2013 dianggarkan seramai 12,000 pelajar Malaysia menuntut di Mesir (Ahmad Khairol, 2015).

Walaupun tidak ramai pelajar Melayu yang mendapat tajaan langsung daripada Al-Azhar namun yuran pengajian percuma dan kemudahan berguru dengan ulama dan sarjana tersohor jelas menunjukkan betapa manfaat wakaf al-Azhar turut dinikmati dan dirasai oleh pelajar Malaysia.

KESIMPULAN

Kewujudan Universiti al-Azhar sebagai antara universiti tertua di dunia masih kekal relevan hingga ke hari ini. Dana wakaf al-Azhar nyata memberi manfaat dan keberkatan kepada pewakaf dan berjaya melahirkan tokoh ulama dan pendakwah yang menebar ke seluruh pelosok alam.

Kini pengurusan dana wakaf al-Azhar yang cemerlang menjadi model pewujudan universiti berasaskan pembiayaan wakaf dan dana philantrofi di seluruh dunia. Namun begitu campur tangan pemerintah Mesir didapati memberi kesan kepada pengurusan dana wakaf universiti sekali gus menghilangkan kebebasan al-Azhar untuk mentadbir dana wakafnya sendiri.

Masalah yang sama turut di hadapi oleh pengurusan wakaf universiti di tanah air. Ini kerana berdasarkan enakmen, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

1

Surat Abdullah Shahabudin dan Ahmad Jamaludin kepada Sultan Kedah, 10 Rabiul Akhir 1342/19 November 1923, dalam SUK Kedah 869/1342, Ask for a Passport and Letter of Identity in Order to Travel in Egypt. Dipetik dari Abu Hanifah Haris, ―Pemergian Pelajar Melayu Ke Mesir,‖ 70.

(29)

selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf (PATW) di Malaysia. Mana-mana universiti yang menguruskan wakaf perlu berdaftar di bawah MAIN. Hal ini menimbulkan konflik pengurusan antara MAIN selaku PATW dan universiti selaku pihak pelaksana. Malah sesetengah universiti lebih selesa menguruskan sendiri dana wakaf terkumpul dan bebas mengagihkannya kepada benefisiari yang ditentukan. Terdapat juga yang menggunakan pelbagai istilah bagi mengelak terikat dengan enakmen.

Justeru Penulis mencadangkan kaedah menang-menang diaplikasikan dalam pengurusan wakaf universiti. Melalui kaedah ini universiti memohon kepada MAIN untuk menguruskan skim wakaf manakala MAIN bertindak memantau dan menetapkan peraturan untuk dipatuhi. Dalam masa yang sama universiti dikehendaki menghantar laporan tahunan untuk diaudit bagi memastikan kelangsungan skim wakaf dan jika terdapat ketirisan MAIN berkuasa untuk memberi nasihat. Dengan cara ini hubungan MAIN selaku PATW di Malaysia dan universiti kekal harmoni dan mampu menyemarakkan wakaf di Malaysia.

SENARAI RUJUKAN

―Al-Azhar University The World Oldest University and Islam‘s Seat of Learning.‖ Diakses pada 23 April 2016. www.rohama.org/ .

―Al-Azhar University,‖ diakses pada 14 April 2016,

http://www.islamiclandmarks.com/egypt/al-azhar-university.

―Al-Azhar University,‖ diakses pada 4 April 2016,

http://www.topuniversities.com/universities/al-azhar-university.

―Jāmiʽah al-Azhar,‖ diakses pada 19 April 2016,

http://www.aljazeera.net/encyclopedia/organizationsandstructures/

―Sejarah Universiti al-Azhar,‖ diakses pada 6 April 2016, http://www.azhar.edu.eg/pages/history2.htm.

―Sejarah Wakaf,‖ diakses pada 3 April 2016,

http://wakafselangor.gov.my/index.php/2012-04-27-03-02-07/sejarah-wakaf.

―University al-Azhar,‖ diakses pada 4 April 2016,

http://www.omicsonline.org/universities/Al_Azhar_University/.

Abby Liebeskind dan Timur Kuran, ―The Financing of Madrasas and English Universities, Education, Endowments and Law,‖ diakses pada 25 Oktober 2015,

http://www.abbyliebeskind.com/portfolio/the_founding_and_evolution.pd f.

Abdul Halim Sunny, ―Dana Wakaf Untuk Pendidikan: Satu Tinjauan Awal,‖ Jurnal Pengurusan JAWHAR, Vol. 1, No.2, 2007, ISSN 1985-2010, Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR), (2007): 36.

Abu Hanifah Haris dan Ahmed Atawna, ―Sumbangan Lepasan Mesir Dalam Bidang Pendidikan dan Penulisan di Tanah Melayu dan Indonesia, 1920-an Hingga 1970-1920-an,‖ International Journal of West Asi1920-an Studies 1

(30)

EISSN: 2180-4788 Vol. 5 No. 1 (2013): 1-26. DOI: 10.5895/ijwas.2013.01, diakses pada 1 Ogos 2016, https://www.researchgate.net/publication/259871312

Abu Hanifah Haris, ―Pemergian Pelajar Melayu Ke Mesir Dari Tahun 1910-An Hingga 1950-An: Cabaran Dan Implikasi,‖ Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8 (1) (2013): 69, diakses pada 31 Julai 2016, http://e-journal.um.edu.my/ . Abu Hanifah Haris, ―Pemergian Pelajar Melayu Ke Mesir Dari Tahun 1910-An

Hingga 1950-An: Cabaran Dan Implikasi,‖ Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8 (1) (2013): 69, diakses pada 31 Julai 2016, http://e-journal.um.edu.my/ . Ahmad Khairol Shafizan Johari, ―Ringgit merudum, pelajar Malaysia di luar

negara tertekan,‖ Astro Awani, 9 Julai, 2015, diakses pada 31 Julai 2016, http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ringgit-merudum-pelajar-malaysia-di-luar-negara-tertekan-65178 .

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015), 33.

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor. Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015.

Ahmed Morsy dan Nathan J. Brown, ―Egypt‘s al-Azhar Steps Forward, Carnegie

Moscow Centre,‖ diakses pada 14 April 2016,

http://carnegie.ru/2013/11/07/egypt-s-al-azhar-steps-forward/gt0b.

Ahmed Morsy, ―An Independent Voice For Egypt‘s al-Azhar,‖ Carnegie Endowment For International Peace, diakses pada 14 April 2016, http://carnegieendowment.org/sada .

Alaa Bayoumi, ―The Battle For Al-Azhar Can A New Sheikh Of The Sunni Institution Operate Independently of Government Control?,‖ diakses pada

14 April 2016,

http://www.aljazeera.com/focus/2010/03/201031763554123901.html . Alaa Bayoumi. ―The Battle For Al-Azhar Can A New Sheikh Of The Sunni

Institution Operate Independently of Government Control?.‖ Mac 2010.

Diakses pada 14 April 2016.

http://www.aljazeera.com/focus/2010/03/201031763554123901.html. Ali Ghom‘ah, terj. ―Wakaf Dan Kesannya Dalam Pertumbuhan Ekonomi,‖

(dibentangkan dalam Seminar Wakaf Menjana Ekonomi Ummah, pada 16 Julai 2012, Hotel Pullman Putrajaya, 2012).

Al-Jawhariy, Jawad, ―Tatb qāt al-Waqf al-ʽIlmiy fi al-Tārikh al-Islamiy Mu‘assasah wa ʽUlama,‖ (dibentangkan di Muʽtamar Athār Waqf al-Islamiy fi al-Nahdah al-ʽilmiah, University of Sharjah, 9-10 Mei 2011). Al-Sirjaniy, Raghib. terj., Sumbangan Peradaban Islam pada Dunia. Jakarta:

Pustaka Al-Kautsar, 2011.

Amira Rida‘ Farhat. al-Fātimiyyūn, Tārikhuhum wa ‗Ātharuhum fi Misr. Beirut, Lubnan: Books – Publisher, 2013.

Baharuddin Sayin, ―Hala Tuju Waqaf Tunai,‖ dlm. Isu-isu Semasa Mengenai Waqaf, (Shah Alam: Penerbit UiTM, 2011), 55.

Baharuddin Sayin, Asmak Ali dan S. Salahudin Suyurno. Pengenalan Pengurusan Wakaf di Malaysia. Shah Alam: Penerbit UiTM, 2006.

(31)

Behrens-Abousief, Doris, Islamic Architecture in Cairo An Introduction, ISBN 9004086773, (Leiden: E J Brill, 1992), 58, diakses pada 20. April 2016, https://books.google.com.my/books?id=INsmT6zjAl8C&pg=PA58). Carol Summerfield dan Mary Elizbeth Devine, International Dictionary of

University Histories, ISBN 1884964230, (Chicago: Fitzroy Dearborn Publishers, 1998), 9, diakses pada 20 April 2016, https://books.google.com.my/books?id=VwVEAgAAQBAJ&pg=PA9) . Cengiz Toraman et.al., ―Cash Awqaf in The Ottoman as Philantropic Foundations

And Their Accounting Practices,‖ The Journal Of Accounting and Finance, Publication of The Association of Accounting and Finance Academicians (AAFA), (2007), diakses pada 15 April 2016, http://journal.mufad.org.tr/attachments/article/452/7.pdf

Dwyer, Philip, Napoleon The Path To Power 1769-1799, ISBN 978-0-300-13754-5, (Yale University Press, 2008), 404.

El-Houdaiby, Ibrahim, ―The Identity of al-Azhar and Its Doctrine,‖ diakses pada 19 April 2016, www.jadaliya.com /.

El-Houdaiby, Ibrahim. ―The Identity of al-Azhar and Its Doctrine.‖ Julai, 2012. Diakses pada 19 April 2016. www.jadaliyya.com /

Hamdy A. Hassan, ―Al-Azhar University and Post-Revolutionary Egypt: What Prospects For Africa,‖ (Presented at The 55th Annual Meeting of The African Studies Association, 29 Dis. 2012, Philadelphia, PA. USA), diakses pada 25 April 2016, https://www.academia.edu/5376637/Al-

Azhar_University_and_post-Revolutionary_Egypt_What_prospects_for_Africa_By

Khan, Muhammad Tariq, ―Development Of Human Capital Through Institution Of Islamic Waqf,‖ International Journal Of Information, Business And Management, Vol. 7, No.3, (2015): 40, diakses pada 3. April 2016, http://search.proquest.com.ezaccess.library.uitm.edu.my/ .

Mahadi Ahmad dan Yakubu B. Hassan, ―Funding The Sub-Saharan African education Sector With Waqf: Experiences From Al-Azhar University and Selected Unversities In Malaysia,‖ Journal of Creative Writing, Vol. 1, Issue 2, (2015):44, diakses pada 14 April 2016, www.jocw.net/ .

Malika Zeghal, ―Cairo As Capital Islamic Institution ?, Al-Azhar Islamic University, The State and The City‖, dlm. Diane Singerman, 2008, pnyt.,

Cairo Hegemonic, American University in Cairo Press, diakses pada 20 Sept. 2017.

Mohd Hairudin Amin dan Kamarul Azmi Jasmi, Sekolah Agama di Malaysia Sejarah, Isu dan Cabaran, (Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2012), 18-19.

Nasser Rabbat, ―al-Azhar Mosque: An Architectural Chronicle of Cair‘s History,‖ dlm. Gulru Necipoglu, pnyt. Muqarnas An Annual On The Visual Culture of The Islamic World, Vol. 13, ISSN 0732-2992, Leiden: E J Brills,

(1996): 53, diakses pada 20 April 2016,

https://books.google.com.my/books?id=84IXJa18ZJoC&PG=PA53). Osman Sabran, Pengurusan Harta Wakaf (Skudai: Penerbit UTM, 2002), 106.

(32)

Rosnani Hashim dan Abdul Karim Abdul Ghani, Ekonomi dan Pendidikan dari Perspektif Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), 107 Siti Mashitoh Mahamood dan Asmak Ab Rahman, ―Financing Universities

Through Waqf, Pious Endowment: Is It Possible?,‖ Humanomics, Vol. 31 Iss 4, (2015), 432, diakses pada 6 April 2016, www.emaraldinsight.com/0828-8666.htm .

Siti Mashitoh Mahamood dan Asmak Ab Rahman, ―Waqf financing For Higher Education: Contemporary Funding Aplications in Some Selected Countries,‖ dlm. Wan Kamal Mujani. pnyt. Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi, (Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM, 2014), 268.

Referensi

Dokumen terkait