• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN TAMADUN CINA KE ATAS MASYARAKAT DAN NEGARA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KESAN TAMADUN CINA KE ATAS MASYARAKAT DAN NEGARA MALAYSIA"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Ekonomi

Hubungan antara tamadun cina dalam tamadun melayu dari segi sudut ekonomi terdapat dua jenis sistem ekonomi iaitu sistem sara diri dan sistem ekonomi perdangangan komersial. Tamadun Cina lokasi seperti dalam tamadun yang lain, sungai juga menjadi nadi utama dalam pembentukan tamadun Hwang Ho. Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning. Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km) dan terletak di bahagian utara negara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke teluk Bo Hai di sebelah Timur.

Lokasi tamadun jauh daripada pusat-pusat tamadun yang lain. Kerangka Masa Kemunculan dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men yang di katakan hidup pada sekitar tahun 400000 S.M. jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik. Zaman Neolitik pula muncul pada sekitar tahun 5000 S.M. Pada era inilah munculnya aktiviti pertanian dan penternakan. Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia yang bermula pada tahun 2205-1766 S.M. Sumbangan Tamadun Hwang Ho Dalam aspek ekonomi seperti pembinaan sistem pengaliran. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengaliran ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.

Konsep dan sistem ekonomi masyarakat Tamadun China Di China, sejak zaman berzaman lagi pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya. Aktiviti ekonomi bermula di zaman Dinasti Shang iaitu kira-kira pada 1600S.M-1046S.M yang diklasifikasikan sebagai masalah protofeudal atau masyarakat feudal. Aktiviti bermula dengan tanaman gandum dan sekoi yang merupakan bijiran utama ditanam di negara ini. Dinasti ini bergantung penuh kepada pertanian dan petani merupakan sumber tenaga buruh yang penting. Di dalam tamadun melayu juga kita dapat lihat perkembangan ekonomi pertanian yang telah dibawa oleh tamadun cina. Di dalam tamadun melayu juga pertanian juga amat penting bagi menampung hidup seharian. Pertanian seperti sawah padi, ubi kayu dan sebagainya.

(2)

Semasa menjalani aktiviti pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti penternakan seperti lembu, kerbau, kuda dan kambing. Lembu penting kerana terdapatnya upacara pengorbanan lembu secara besar-besaran terutamanya ketika pengkebumian. Aktiviti ekonomi bersifat primitif kerana petaninya hanya menggunakan bajak, cangkul dan penukul. Terdapatnya juga sistem pengairan tetapi bukan dalam bentuk yang besar dan meluas. Selain itu, golongan bangsawan ketika itu manggunakan kain sutera berbanding dengan kaum petani yang memakai kain rami. Di dalam tamadun melayu, dalam pekerjaan membajak sawah padi, lembu atau kerbau digunakan sebagai kenderaan untuk membajak sawah. Selain itu juga, aktiviti perternakan binatang seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainya juga dilakukan.

Sistem Ekonomi Sara Diri Pada zaman Dinasti Shang, ekonomi secara keseluruhan masih primitif. Alat pertanian seperti cangkul, penukul dan bajak digunakan. Pengairan diadakan tetapi skalanya kecil. Sekoi merupakan tanaman utama. Masyarakat Shang juga terlibat dalam penternakan. Hal ini terbukti dalam amalan pengorbanan lembu secara besar-besaran dalam upacara pengebumian. Di dalam tamadun melayu, penggunaan cangkul, penukul memag digunakan di dalam pertanian.

Sistem Ekonomi Perdagangan, kegiatan perdagangan telah mula wujud sejak Dinasti Shang dengan menggunakan kulit siput sebagaimana mata wang. Kegiatan ini kemudian terus berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong (tukang) dan shang (pedagang).

(3)

Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota. Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain. Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan.

Selain itu, banyak bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul. Di dalam tamadun Melayu, Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India. Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Pengaruh tamadun cina atau kedatangan tamadun dalam tamadun melayu menyebabkan beberapa perubahan atau peningkatan dalam tamadun melayu.

(4)

Pengaruh seni bina Tamadun Cina terhadap Tamadun Melayu.

Gaya seni bina Cina adalah setua tamadun Cina. Prinsip-prinsip seni bina Cina telah kekal secara dasarnya tidak berubah, perubahan utama hanya berlaku pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun tidak kurang juga pengaruhnya ke atas Tamadun Melayu yang meliputi Kepulauan Melayu.

Lokasi Melaka dipilih bagi tugasan ini kerana Melaka merupakan penempatan awal yang menerima kedatangan tamadun Cina di Tanah Melayu selain menjadi pusat pelabuhan yang penting suatu masa dulu. Terdapat beberapa bangunan lama di Melaka yang dipengaruhi seni bina tamadun Cina.

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapak asal yang terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di Melaka.

Ciri seni bina Cina yang terdapat pada masjid ini dapat dilihat melalui unsur pagoda pada senibina menara yang kebiasaan terpisah daripada bangunan utama masjid. Sebelum kewujudan pembesar suara, menara ini berfungsi sebagai tempat untuk Bilal melaungkan azan. Konsep pagoda ini telah lama digunakan di China bagi fungsi keagamaan yang sering digunakan di kuil Buddha. Struktur pagoda bercirikan banggunan tipikal bertingkat dengan hiasan luaran yang ketara, pelan berbentuk polygonal dan mempunyai puncak stupa. Jelas di sini menunjukkan seni bina dan fungsi pagoda diguna pakai dalam pembinaan menara Masjid Kampung Hulu.

(5)

Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep seni bina pagoda Masjid Kampung Hulu dan pagoda porcelain Yuan Ming Yuan yang dibina pada 1186 ketika Dinasti Ming di China.

Masjid Kampung Hulu Pagoda Yuan Ming Yuan

Selain itu hiasan dengan pengaruh Cina menggunakan bahan-bahan seperti jubin seramik daripada kerajaan China Dinasti Ching bercorak dan pelbagai warna dijadikan hiasan dinding dan lantai bagi bahagian luar masjid dan kolah air.

(6)

Rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani

Rumah tradisional Melayu yang asli di Melaka dikenali sebagai Rumah Melaka. Pada bentuk bumbungnya terdapat unsur-unsur senibina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau, dan tangga batunya yang bersalut jubin memperlihatkan pengaruh senibina Cina.

Pemilik rumah ini ialah Demang Abd Ghani, beliau merupakan seorang Demang. Semasa menjadi Demang beliau telah membina rumah ini dan akhirnya diwarisi kepada beberapa generasi. Usia rumah yang lebih 100 tahun ini dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsiau pada tahun 1915 seperti yang terdapat sekarang.

Seni bina rumah ini berasaskan bentuk rumah Melayu, Rumah limas Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunkan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari tukang Melayu yang mempunyai kepakaran dalam ukiran kayu dan tukang Cina yang menguruskan bahagian batu dan simen yang melibatkan bahagian tangga hadapan dan dapur. Tangga Batu yang berukir dan lengkap dengan hiasan jubin pilihan adalah merupakan tangga batu yang tercantik yang terdapat di Melaka. Sehingga kini seni bina tangga batu menjadi warisan dan memberi pengaruh yang besar dalam seni bina rumah Melayu Melaka. Tangga yang menggembang dari bawah ke atas membawa maksud ucapan “Selamat Datang dengan hati terbuka” kepada seseiapa sahaja.

Seni bina Cina yang diterapkan pada rumah ini melalui kepelbagaian warna dan corak jubin dan konsep tangga batu di bahagian hadapan rumah. Kesenian ini terdapat pada seni bina Kota Larangan Shenyang yang dibina oleh Maharaja pertama Dinasti Qing, pada tahun 1625 dan siap pada tahun 1636 di China.

(7)

Rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani:

(8)

Konsep Kota Larangan di China yang diguna pakai pada rumah tradisional Melaka Demang Abdul Ghani:

Tangga batu yang terdapat pada bahagian hadapan Kota Larangan.

Pintu Masuk di Kota Larangan, berkonsepkan tiang besar dan diatasnya dihiasi denga jubin bercorak dan pelbagai warna.

(9)

SOSIAL

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya dan penempatannya di Malaysia.

Kemunculan masyarakat Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Pulau Pinang merupakan suatu interaksi perhubungan yang memberi kesan besar di Malaysia. Berdasarkan catatan De Eredia masyarakat Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Secara tidak langsung mereka menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga. Proses campuran pembudayaan Melayu dan tamadun Cina ini telah berlaku ke atas mereka dan melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya.

(10)

Bahasa perantara

Satu dialek bahasa Melayu yang baru telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba dimana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa Melayu sebenar. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta dengan pencampuran bahasa Cina. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Antara perkataan yang digunapakai masyarakat ini adalah seperti jadual di bawah.

Budaya dan cara hidup.

Budaya dan cara hidup masyarakat Baba dan Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi makanan dan pemakaian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu seperti penggunaan rempa ratus dan mereka ini menggunakan tangan ketika makan seperti amalan masyarakat Melayu. Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai kebaya nyonya. Seni bina dan kelengkapan rumah masyarakat ini masih mengekalkan ciri tamadun Cina. Kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini juga masih mengekalkan unsur-unsur masyarakat Cina biarpun mereka telah lama terpisah dari komuniti nenek moyang mereka di China. Bagaimanapun, dari segi anutan, kebanyakanya mereka masih mengekalkan agama Buddha namun ramai di antara mereka yang memilih agama lain seperti Islam dan Kristian.

Dielek Baba Nyonya Bahasa Melayu

Goa Saya

Lu Anda

I Dia

Wa lang Kita

(11)

Pakaian tradisional

(12)

Perubatan

Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta.

Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen

TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan

sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi.

(13)

Moksa Akupuntur

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam

efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi

mengubati penyakit beguk dan sebagainya.

Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan. Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.

Gambar

Gambar di bawah menunjukkan persamaan konsep seni bina pagoda Masjid Kampung Hulu dan pagoda porcelain Yuan Ming Yuan yang dibina pada 1186 ketika Dinasti Ming di China.

Referensi

Dokumen terkait