CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN 1 Maruwiah Ahmat
MAKLUMAT KURSUS
2 HASIL PEMBELAJARAN• Menjelaskan konsep, sumber dan objektif pengurusan
KANDUNGAN 1. Pengenalan Pengurusan Islam 1.1 Pengertian Pengurusan - definisi - teori - ciri-ciri 1.2 Sumber Pengurusan 1.3 Objektif Pengurusan 1.4 Sejarah Pengurusan Islam
DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan berkait rapat dengan pentadbiran. Terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi pengurusan dan pentadbiran:1. Pentadbiran dan pengurusan = perkara yang
sama (cuma berbeza sebutan dan ejaaan)
2. Pentadbiran dan pengurusan berbeza dari semua aspek
3. Pentadbiran = sebahagian daripada pengurusan ATAU
Pengurusan = lebih umum daripada pentadbiran.
3
DEFINISI PENTADBIRAN
Muhd. A. Al-Buraey – Administration diambil dari bahasa Latin, administrare yang bermaksud pengurus.
Gladden – Mengurus + mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah/pekerjaan.
Muhd. Abd. Rauf – Proses pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat/projek.
H. G. Federickson – Pentadbiran negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan memenuhi keperluan sosial.
Dimock – Melaksanakan tugas pemerintahan, menyelaraskan tenaga kerja dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.
4
DEFINISI PENTADBIRAN
Kesimpulan
Muhd A. Al-Buraey, Gladden dan Muhd. Abd. Rauf:
Pentadbiran = mengurus + mengawas + proses pelaksanaan = mencapai sesuatu matlamat.
H. G. Federickson dan Dimock:
Pentadbiran = hal pemerintahan dan pentadbiran negara/awam
5
Ahmad Ibrahim Abu Sin – suatu kajian
ilmiah/kesenian terhadap bakat kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
Taji (sarjana India) – melaksanakan perintah dan
menyelaraskan kegiatan bersama kelompok.
Muhd. A. Al-Buraey – menyelaraskan tenaga
manusia sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
L. D. White – menyelaraskan tenaga kerja untuk
mencapai matlamat negara.
DEFINISI PENGURUSAN
Dr. Mohd Yusof Noor – kebolehan menggunakan
segala sumber alam dan manusia kurniaan Allah SWT untuk kebajikan manusia dan sistem pelaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintahan.
Prof. Syed Othman Alhabshi – proses mendapat
dan mencantumkan segala sumber untuk mencapai matlamat organisasi = barangan / perkhidmatan.
Yusof Ismail – satu proses yang dilalui untuk
mencapai matlamat tertentu.
DEFINISI PENGURUSAN
7
Ahmad Ibrahim Abu Sin: Tiga pendapat umum
tentang pengurusan:
1. Pengurusan = satu kajian ilmiah berpandukan = prinsip yang dirancang dari semasa ke semasa + kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan rancangan tersebut.
2. Pengurusan = sebuah bentuk kesenian berasaskan = kemahiran + bakat
3. Pengurusan = pengkhususan berasaskan = prinsip + peraturan tertentu
DEFINISI PENGURUSAN
8
Yusof Ismail: Teras kepada prinsip-prinsip pengurusan Islam berbanding pengurusan lazim:
1. mencari keredhaan Allah = mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW
2. melaksanakan makruf dan mencegah mungkar 3. menjaga kesejahteraan masyarakat
4. membangunkan individu semaksimumkan mungkin 5. mewujudkan jamaah
6. melaksanakan syura 7. berlaku adil 8. berlaku ihsan
9. membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
DEFINISI PENGURUSAN
9 10
1. Merancang – memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan dan mencipta rancangan untuk
dilaksanakan.
2. Mengatur – menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan
dilaksanakan dengan berjaya.
3. Memimpin/memotivasi – menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk memastikan orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan.
4. Mengawal + mengawas – memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut berdasarkan maklum balas.
FUNGSI PENGURUSAN
11
Maka pengurusan atau pentadbiran Islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai “Suatu proses penglibatan dan
mengeksploitasi sumber (tenaga manusia, benda dan perkara yang berkaitan ) supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.
TEORI PENGURUSAN ISLAM
12
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Sebagai perlaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam atau rakyat.
Sebagai penyelarasan antara agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan untuk mencapai matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam. Kesimpulan dari pendapat sarjana tentang pengurusan
13
Hierarki keutamaan pengurusan pembangunan dalam
Islam dibahagikan kepada tiga iaitu:
TEORI PENGURUSAN ISLAM
3. Tahsiniyyat iaitu nilai yang diperlukan untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. 2. Hajiyyat iaitu segala nilai yang diperlukan oleh manusia untuk mendatangkan
kemudahan dan menhindarkan kesukaran dalam kehidupan mereka. 1. Dharuriyyat iaitu segala yang diperlukan untuk mewujudkan dan meneruskan kehidupan. Sekiranya kepentingan ini tiak dapat dipenuhi maka akan berlakunya
kepincangan dalam kehidupan.
14
Perbezaan Antara Pengurusan dan Pentadbiran Pentadbiran ialah perlaksanaan tidak melibatkan perubahan dasar, pengurusan sebaliknya. Pentadbiran tidak terlibar dalam membuat keputusan, pengurusan menentukan keputusan. Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia, sistem perlaksaan dan penyelarasan untuk mencapai matlamat organisasi.
TEORI PENGURUSAN ISLAM
15
Keperluan Kepada Pengurusan Islam
Kebanyakan teori pengurusan memisahkan nilai masyarakat setempat dan nilai organisasi.
Teori pengurusan semasa lebih menitikberatkan keuntungan yang berlipat ganda tanpa mengambil kira tentang terapan soal kerohanian dan kemanusiaan.
Pengurusan dengan acuan sendiri iaitu menerapkan nilai-nilai islam di dalam organisasi tanpa menceduk idea dari barat. Pembentukan identiti bangsa bermartabat.
Membawa rahmat kepada ummah, firman Allah SWT: “dan tidak kami utuskan engkau melainkan membawa rahmat ke seluruh alam”.
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Sarjana Islam Mutakhir
- Mu’inal al-Din - Zahid Ali - Jurji Zaydan - S. Khuda Bukhsh - S. M. Imamuddin
- Syed Abul Hasan Ali Hasani Nadwi - Syed Othman Alhabshi
TEORI PENGURUSAN ISLAM
16
Peraturan Mengikuti Kuliah
17
Sarjana Pengurusan Barat
- Peter Ferdinand Drucker
- Max Weber
- John C. Maxwell - Thomas J. Peters
- Frederick Irving Herzberg - Vytautas Andrius Graičiūnas - Albert S. Humphrey - Montgomery Watt
TEORI PENGURUSAN ISLAM
18
Pengurusan Barat dan Jepun
TEORI PENGURUSAN ISLAM
Falsafah dan Nilai - Keperluan manusia
- Machiavellian
Sistem dan amalan - Budaya - Cara hidup Pengurus dan tenaga kerja
- Kolar biru/putih - Kemahiran - prestasi MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN - kebendaan
19
Ciri-ciri Umum Pengurusan Islam
1. Ikatan yang erat antara pengurus dan kakitangan serta masyarakat.
2. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan = fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan
3. Kemanusiaan dan kerohanian.
4. Menentukan tugas dan tanggungjawab.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
20
Ciri-ciri Khusus Pengurusan Islam
1. Menentukan matlamat hidup dan hubungan manusia dengan manusia, Allah dan masyarakat serta alam. 2. Menyempurnakan fisiologi pekerja.
3. Syura - mengadakan mesyuarat sebelum melakukan sesuatu.
4. Kerjasama - mematuhi ketua dan pemimpin yang adil khususnya dalam hal pengurusan.
5. Kemanusiaan – mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan. 6. Kebenaran – bekerjasama memperjuangkan
kebenaran dalam segala hal pengurusan.
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
21
Pengurusan Islam
Falsafah dan Nilai - al-Amanah - al-khilafah
Sistem dan amalan - Budaya - Cara hidup Pengurus dan tenaga kerja
- Kolar biru/putih - Kemahiran
- prestasi
AL-FALAH - Kejayaan dunia dan
akhirat
CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM
22
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
SUMBER PRIMER
Al-Quran
Allah SWT menjelaskan ayat-ayat berkaitan dengan pengurusan dalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan
As-Sunnah
Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW yang sarat
dengan panduan dalam pengurusan
23
Sumber Sekunder Amalan para sahabat
Rasulullah SAW Penulisan Ulama’ Penulisan Sarjana
Semasa = Muslim/Non Muslim
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
24
Al-Quran
Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diturunkan secara berperingkat-peringkat
berdasarkan sesuatu peristiwa. Membaca Al-Quran merupakan suatu ibadah.
Dalam perkara-perkara yang melibatkan kontak pengurusan, berikut adalah ayat-ayat yang berkaitan dengan dasar, taktik dan asas- asas pengurusan Islam.
25
Pertama: Asas Ikatan Perjanjian (Kontrak) dan
Tanggungjawab Memenuhinya.
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau pun surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja. Berikut adalah ayat yang mewajibkan kita mematuhi setiap kandungan di dalam surat tersebut.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian” (Al-Maidah:1).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
26
Kedua: Asas Pemberian Ganjaran.
Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai pekerjanya, diwajibkan memberi ganjaran kepada individu tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tersebut tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi undang-undang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat untuk organisasi kita.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bahawa
sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya” (Al-Najm: 39).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
27
Ketiga: Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai Yang Wajib Diikuti.
Sesebuah organisasi sewajarnya mempunya matlamat yang jelas untuk dicapai oleh pekerjanya. Ini bertujuan supaya pekerjanya akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat organisasi Islam adalah kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan di antara mereka ada pula yang berdoa dengan berkata: Wahai tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka. (Al-Baqarah: 201).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
28
Keempat: Asas Komunikasi Dalam Organisasi. Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam organisasi. Komunikasi akan menyebabkan sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan sesebuah syarikat akan gagal dalam mencapai
matlamatnya. Berikut adalah ayat yang menjelaskan kepentingan organisasi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu (Al-Nisa’: 86).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
29
Kelima: Asas Pengurusan Sumber Manusia
Sumber Manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang ambilan pekerja serta
bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa bermotivasi. Berikut adalah ayat yang menyatakan tentang sumber manusia.
Firman Allah s.w.t: Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. (Al-Qasas: 86)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
30
Keenam: Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong
Menolong Antara Satu Sama Lain.
Hubungan antara jabatan-jabatan amatlah penting agar kerjasama dalam dijalinkan. Ini bertujuan supaya sesuatu matlamat itu lebih mudah hendak dicapai. Tanpa kerjasama dari semua pihak mungkin menyebabkan sesebuah ornganisasi lambat untuk mencapai matlamatnya.
Firman Allah SWT: Dan hendaklah tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu tolong- menolong dalam melakukan dosa. (Al-Maidah: 2)
31
Ketujuh: Asas Etika.
Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik. Ia bertanggungjawab menentukan tidak seseorang itu baik ataupun tidak.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya pada Rasullulah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah. (Al-Ahzab: 21)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
32
Ayat-ayat lain
1. Keadilan dalam urusan.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan.” (al-Nahl: 90 )
2. Mempermudahkan urusan.
“Allah sentiasa hendak meringankan beban hukumnya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah.” (al-Nisa’: 29)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
33
3. Kecekapan dan sistematik. “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4)
4. Perubahan.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (al-Ra’d : 11)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
34
5. Larangan rasuah.
“Dan jangan kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.” (al-Baqarah: 188)
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
35
6. Arahan bermesyuarat
Amalan syura tidak syak lagi merupakan petunjuk Allah SWT yang penting bagi mencapai kecemerlangan organisasi. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran, ayat 159, yang bermaksud:
“Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah (syura) dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian sesudah engkau berazam (setelah melaksanakan syura untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
36
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
Sunnah ialah apa yang disandarkan atau diambil daripada Rasullulah
s.a.w sama ada daripada perkataan,
perbuatannya atau taqrirnya.
37
Antara asas-asas pengurusan Islam di dalam sunnah ialah: Pertama: Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi.
Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan mengunakan cara yang salah untuk mencapai matlamat ini kerana agama
Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadannya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram. (Riwayat Al-Bukhari).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
38
Kedua: Asas Pertanggungjawaban
Asas ini bermaksud dalam sesebuah organisasi terdiri dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi membantu mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasullullah SAW: “Setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaga.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
39
Ketiga: Mutu Kerja/Kualiti Kerja Menjalankan tugan merupakan tanggungjawab setiap pekerja yang wajib dilakukan. Namun begitu Islam menekankan kepada kualiti kerja tersebut. Islam tidak membenarkan umat sekadar bekerja tanpa mengambil kira kualiti yang dapat dihasilkan.
Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah s.wt menyukai apabila seseorang iu melakukan dengan itqan (berkualilti).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
40
Keempat: Pengurusan Masa
Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga
memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh yang demikian islam amat menitik beratkan tentang pengurusan masa.
Sabda Rasulullah s.a.w; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar kemudiannya berpesan: Jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah masa sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari masa hidup engkau pada masa sakit engkau.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
41
Kelima: Kewajipan Beretika: Berakhlak Baik Dan
Tinggalkan Akhlak Buruk.
Sabda Rasullullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah SWT di mana engkau berada, apabila engkau melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan melakukan kebaikan, nescaya kebaikan
menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik. (Riwayat Tarmizi).
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
42
Keenam: Asas Pemberian Upah Dari Aspek Masa. Sabda Rasullulah SAW: Berilah upah kepeada pekerja sebelum kering peluhnya.
Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaybar dengan upah separuh daripada hasil yang dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
43
Hadis yang lain
1. Hubungan kemanusiaan
“Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akal mereka masing-masing.”
2. Corak kepimpinan
“Sifat lemah-lembut itu apabila berada pada suatu perkara nescaya ia mencantikkannya dan bila ia ditarikkan daripadanya nescaya bertukar menjadi hodoh.”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
44
3. Kepakaran
“Sesungguhnya Allah sukakan mukmin yang pakar (al-muhtarif)
4. Amanah kepimpinan dan tugas
“Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, tunggulah masanya (kehancuran)”
5. Menegakkan kebenaran
“Katakanlah kebenaran itu walaupun ia pahit”
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
45
SUMBER SEKUNDER Ijtihad Para Sahabat
Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini harus didasarkan kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, Hadis Nabi, Ijma’ Ulama dan Qias.
Dalam kontaks pengurusan Islam pula bermaksud amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin dalam era pemerintahan mereka iaitu:
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
46
Amalan pengurusan SAHABAT paling utama (Khulafa’ Rasyidin)
- Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a - Saidina Umar bin al-Khattab r.a - Saidina Uthman bin Affan r.a - Saidina Ali bin Abi Talib r.a
Amalan pengurusan sahabat-sahabat lain, tabi’, tabi’ tabiin, serta imam Mazhab seperti Imam Shafie, Imam
Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Iman Hanafi.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
47
PENULISAN PARA ULAMA’ TERDAHULU
Sarjana Pengurusan Islam terdahulu:
- Ibn Hazm – keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai
dan teori pemilikan tanah.
- Nizam al-Muluk al-Tusi – kebajikan, pentabiran
negara, pengurusan negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, produktiviti, kualiti, keperluan asas dan perancangan awam.
- Al-Ghazali – kebajikan, keadilan kerajaan,
kemakmuran ekonomi, pembahagian buruh,
pengkhususan pekerjaan, perdagangan, akauntabiliti, pengurusan kekayaan, pemilikan, kemiskinan dan etika dalam ekonomi.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
48
Al-Turtusi – kekayaan, pembangunan tanah, cukai, isu
kewangan negara, kebajikan sosial, rasuah, penyelewengan dalam pengurusan dan pentadbiran.
Al-Shirazi – Al-Hisbah (pengawasan), konsep
pekerjaan, kesatuan sekerja dan perdagangan.
Fakhruddin al-Razi – Kekayaan, keperluan asas,
berjimat cermat, kemiskinan dan analisis belanjawan.
Al-Shatibi – Kebajikan am dan fungsinya,
undang-undang sosioekonomi, isu perjanjian perdagangan dan pengurusan perdagangan.
49
Al-Maqrizi – kewangan, kuasa membeli, pengurusan
belanjawan, cukai dan pengurusan pasar.
Ibn Tufail al-Qaizi – teori ekonomi, pembangunan
individu dan masyarakat.
Muhammad Iqbal – teori ekonomi, konsep manusia
dan tauhid, hubungan pembangunan rohani dan kebendaan, milik awam dan peranan wanita.
Al-Muhasibi – pengawalan kepentingan diri dalam
pengurusan, konsep keseimbangan, kekayaan, pendapatan dan berjimat cermat.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
50
Selain itu, terdapat manuskrip-manuskrip lama dan dokumen mengenai pentadbiran antaranya :
1. Surat oleh Khalifah Ali kepada gabenor Mesir, Malik bin Haris al-Ashtar al-Nukha’i
- beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika
pentadbiran, cara pelantikan kakitangan, hubungan dengan rakyat, pengurusan kewangan dsb. 2. Surat dari Ketua Setiausaha dalam zaman pemerintahan Bani Umaiyyah kepada rakan sejawat mengenai etika profesion.
3. Dokumen yang ditulis oleh Tahir ibnu Husain, seorang jeneral Khalifah al-Makmun kepada anak beliau yang dilantik sebagai gabenor al-Raqqah, Mesir.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
51
PENULISAN ILMUAN KONTEMPORARI ISLAM
Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam Muhammad al-Buraey, Administrative Developement: An Islamic Perspective
Muhammad Yasin Mazhar, Organisation of government under the prophet
S. A. Q Husaini, Arab Administration
Jurji Zaydan, History of Islamic Civilization - Umayyads & Abbasids S. Khuda Bukhsh, The Arab Civilization
S. .Imanuddin, Arab Muslim Administration Muhammad Iqbal, Ilm ul Iqtisad
Prof. Datuk Dr. Syed Othman al-Habshi, Pengurusan dan pentadbiran : mencapai kecemerlangan melalui penghayatan nilai dan Islamic values and management.
SUMBER PENGURUSAN ISLAM
52 Melaksanakan undang-undang Allah Memakmurkan bumi Melaksanakan tugas sebagai khalifah Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
53
Objektif pengurusan Islam merangkumi empat perkara iaitu : 1. Melaksanakan undang-undang Islam dalam semua aktiviti berbentuk ibadah, muamalat dan perlaksanaan hukum.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj: 41)
2. Memakmurkan bumi dengan menggunakan sepenuh usaha, fikiran dan kewangan bagi menggali segala rezeki dan nikmat pemberian Allah dari perut bumi dan laut.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
54
3. Melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi termasuklah menegakkan undang-undang, melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil serta menyusun perhubungan baik antara manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.
55
4. Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan adil
dalam sesebuah kerajaan Islam dan menjadikan matlamat terakhir di mana setiap individu mempunyai keupayaan maksimum yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, meneruskan ibadah menurut ketetapan ummah.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
56
Manakala dalam kontaks pengurusan organisasi pula, objektif utama pengurusan Islam adalah seperti berikut
Objektif Umum:
1. Menyediakan maklumat, panduan dan arahan kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi.
2. Menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. 3. Kriteria terpenting dalam mengukur pencapaian
organisasi serta melakukan pengawalan.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
57
Objektif Khas/Khusus
Objektif pentadbiran Islam secara khususnya ialah untuk memelihara segala nilai-nilai yang diperlukan oleh manusia iaitu yang terkandung dalam maqasid
syariah.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
X
58
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
Menjaga akidah Melindungi nyawa Melindungi akal Menjaga keturunan Menjaga harta
Maqasid
Syariah
59PENGURUSAN ZAMAN RASULULLAH SAW
Sebagai nabi dan Rasul
Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran al-Quran. Baginda menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah
cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, munakahat, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
Pernah melantik 12 orang ketua yang digelar sebagai naqib untuk menjadi
pemimpin dalam usaha dakwahnya.
Merancang mengadakan dakwah secara sulit, berhijrah ke Habsyah dan ke
Madinah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
60
Pemimpin masyarakat
Langkah baginda mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin sebaik tiba sahaja di Madinah.
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Mekah.
Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
Bagindan juga menganjurkan berbuat baik dengan isteri, ahli keluarga dan jiran.
61
Pemimpin politik
Rasulullah SAW telah menubuhkan Majlis Syura dan telah memilih para sahabat paling terkanan untuk menganggotai majlis tersebut.
Dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW, syura merupakan amalan serta budaya baginda dan para sahabat. Ini dilakukan dalam perkara-perkara yang besar seperti dalam menentukan strategi peperangan ataupun dalam menangani isu-isu rumah tangga atau peribadi. Dalam kes menentukan strategi dalam Perang Badar dan Uhud, syura dilaksanakan bagi menentukan kedudukan yang paling baik bagi menempatkan tentera muslimin. Hasil syura dengan para sahabat dalam Perang Khandaq juga telah menatijahkan kesepakatan untuk membina parit bagi menghadapi kaum musyrikin.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
62
Sambungan….
Syura ini juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam mentadbir negara, mengatur masyarakat serta mengurus rumah tangganya.
Rasulullah berjaya merangka Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan pertama di dunia.
Baginda melantik pegawai yang berwibawa untuk menjadi amir bagi wilayah-wilayah tertentu seperti Uthman ibn Amr al-As sebagai Amir bani Thanif dan Attab ibn Usaid sebagai amir Makkah.
Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Parsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
63
Perancang ekonomi
Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi
baharu bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah dengan bebas rasuah dan manipulasi.
Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan
bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam:
tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
Membahagikan harta rampasan perang kepada orang
Islam.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
64
Pemimpin tentera
Rasulullah sendiri memimpin semua peperangan yang berlaku pada
zamannya.
Orang Islam berjaya memenangi peperangan pertama (Badar) yang
disusun atur oleh baginda.
Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang
seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah
Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tentera untuk mencapai kegemilangan.
Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada
tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
65
PENGURUSAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN
Abu Bakar al-Siddik (tahun 51 Sebelum Hijrah - 13 Hijrah, 573-634 M)
Beliau ialah Abdullah bin Uthman bin Amir.
Merupakan lelaki dewasa pertama beriman dengan Rasulullah s.a.w khalifah ar-Rasyidin yang pertama (11-13 Hijrah / 622 - 624 M). Sentiasa mengiringi Nabi s.a.w sebelum dibangkit menjadi rasul dan
selepasnya.
Beliau telah sanggup untuk menanggung penderitaan,
membelanjakan seluruh hartanya dan sentiasa bersama dengan baginda Rasulullah s.a.w selama baginda berada di Makkah.
Beliau telah mengiringi Nabi s.a.w semasa hijrah, di dalam gua dan
dalam seluruh peperangan.
Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w, telah memerangi golongan yang murtad dan mereka yang enggan membayar zakat.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
66
Beliau mengekalkan prinsip dan sistem yang dibawa oleh Rasullullah SAW iaitu khalifah berperanan sebagai Ketua Ibadah dan Ketua Pentadbiran. Beliau telah menggariskan tugas dan tanggungjawab khalifah seperti berikut: a. Menegakkan keadilan
b. Mewujud dan mengekalkan keamanan. c. Mempertahankan kedaulatan negara.
d. Melantik khalifah dan kerajaan iaitu gabenor dan duta. e. Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kakitangan
kerajaan.
67
Umar bin Al-khattab dilantik menjadi ketua hakim dan Pengagih Zakat.
Saidina Ali dilantik menjadi penyelia orang tebusan perang.
Abu Bakar al-Siddiq melantik gabenor, duta dan pegawai tinggi kerajaan dan mengawasinya secara langsung.
Gabenor bertanggungjawab mengurus hal ibadah, membicarakan orang yang melakukan jenayah, memunggut hasil dan melaksanakan syariah Islamiah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
68
Umar bin al-Khattab (40 Sebelum Hijrah - 23 Hijrah / 584 - 644 M).
Khalifah ar-Rasyidin yang kedua (13 Hijrah / 634 M). Beliau memeluk Islam lima tahun sebelum hijrah dan telah dilantik
menjadi khalifah selepasa kematian Abu Bakar as-Siddiq.
Beliau adalah orang yang pertama digelar dengan Amirul Mukminin. Abu Bakar telah melantik beliau sebagai hakim pada masanya dan
beliau merupakan hakim yang pertama dalam Islam yang sentiasa dibuat perbandingan tentang keadilannya.
Beliaulah orang yang memulakan tarikh dengan tahun hijrah Rasulullah
SAW, membuka pelbagai jabatan dan mewujudkan Baitul Mal.
Semasa pemerintahannya telah berlaku pembukaan Syam, Iraq,
al-Quds, Mesir, al-Madain, al-Ahwaz (sbhgn), Fars (sbhgn), Kirman (sbhgn), Isfahan, Hurmuz, Khurasan (sbhgn) dan Nishapur.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
69
Pembaharuan dan inovasi yang dibawa oleh Saidina Umar Al-Khattab kepada pentadbiran dan pengurusan negara Islam banyak sekali. Muhammad A. Al-Buraey menyenaraikan seperti berikut:
1. Menubuhkan pasukan polis peninjau untuk mengawal waktu malam (assah). 2. Beliau telah menubuhkan pasukan polis (al-syurtah) rasmi dan ketuanya
dikenali sebagai Sahib al-Ahdath.
3. Menubuhkan pasukan menjaga ketenteraman awam di pasar (al-Hisbah). Ketua mereka dikenali sebagai Muhtasib.
4. Menubuhkan penjara rasmi.
5. Memperkenalkan sistem buang daerah kepada penjenayah. 6. Menubuhkan biro pengaduan rakyat.
7. Mengadakan mesyuarat tahunan dengan gabenor, amil, hakim dan pegawai tinggi.
8. Mewujudkan jawatan pemeriksa tanah.
9. Menubuhkan secara rasmi Baitul Mal. 10. Mendirikan wisma pemerintah.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
70
11. Memperkenalkan kalender Islam.
12. Merumus konsep pengurusan mutakhir. Contohnya memperbaiki jalan di Iraq kerana takut keldai akan cedera. Keldai itu akan mendakwanya di akhirat. Membangunkan pusat dan wilayah seimbang.
13. Mewujudkan jawatan setiausaha kepada gabenor (Katib). 14. Mewujudkan Katib Al-Diwan iaitu setiausaha baitul mal dan tentera. 15. Mewujudkan Sahib Bait al-Mal iaitu ketua pembendaharaan negara. 16. Menubuhkan Diwan al-Insya’ iaitu untuk menyimpan rekod negara. 17. Menubuhkan Diwan al-Jund (kewangan dan pendapatan) pada 21 H
menyimpan rekod hasil negara, pembayaran gaji semua kakitangan dan tentera. Catatan keluar masuk wang, mencatatkan rekod jumah penduduk dan penghijrahan.
18. Mewujudkan jabatan wakaf yang dikenali Dar al-Daqiq (Rumah Gandum) bertujuan mengumpul sedekah dan derma selain zakat unguk diagihkan kepada anak yatim dan fakir miskin.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
71
Othman bin Affan (47 Sebelum Hijrah - 35 Hijrah / 577 - 656 M) Merupakan khalifah ar-Rasyidin yang ketiga (23 Hijrah
bersamaan 644 Masehi) daripada kalangan Quraisy Bani Umayyah.
Beliau telah dilahirkan di Mekah dan memeluk Islam selepas sekejap dari kebangkitan. Beliau merupakan seorang bangsawan yang kaya semasa Jahiliah.
Telah berkahwin dengan Rokiah dan kemudiannya dengan Ummu Kalthum iaitu kedua-dua anak Rasulullah SAW, oleh itu beliau digelar dengan ‘Zun-Nurain’.
Antara khidmatnya yang terbesar ialah beliau telah memperlengkapkan tentera yang tiada kelengkapan perang pada tahun 9 H semasa peperangan Tabuk bersama Rasulullah SAW.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
72
Sambungan…
Beliau telah dilantik menjadi khalifah selepas Umar bin al-Khattab.
Semasa pemerintahannya, beliau telah berjaya membuka Armenia, Qauqaz, Khurasan, Kirman, Sajistan, Afrika dan Cyprus.
Beliau juga telah menyempurnakan pengumpulan al-Quran.
Pemerintah pertama membesarkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Beliau telah mewujudkan polis dan sistem kehakiman.
73
Ali bin Abu Talib (23 Sebelum Hijrah - 40 Hijrah / 600 - 661 M)
Khalifah ar-Rasyidin yang keempat (35-40 H / 656-661 M), sebagai anak
asuhan Rasulullah SAW, sepupu dan menantu kepada baginda. Beliau merupakan jaguh Perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak dan Hunain.
Beliau telah dibai'ahkan menjadi khalifah selepas terbunuhnya Uthman. Beliau adalah merupakan antara kalangan orang yang terkemuka sebagai
khatib dan ulama dalam perundangan.
Beliau telah memimpin tentera dalam peperangan Jamal, Siffin dan
Nahrawan.
Beliau juga mengekalkan apa yang telah dipelopori oleh khalifah
sebelumnya.
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh beliau berbanding dengan khalifah
yang lain ialah, beliau memberi arahan, nasihat dan garis panduan tugas dan tanggunjawab yang jelas, terperinci serta bijaksana. Contohnya ialah beliau surat perlantikan al-Asytar al-Nakaha’I sebagai gabenor Mesir.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
74
Antara kandungan penting surat tersebut ialah
a. Berusaha mengelak dan mencegah rasuah.
b. Pegawai dan kakitangan kerajaan awam yang hendak dilantik mestilah mempunyai kelayakan, kecekapan, amanah dan dedikasi.
c. Mengarahkan agar mereka dibayar gaji yang mencukupi bagi mengelakkan gejala rasuah.
d. Mengalakkan mereka hidup sederhana dan menjauhi kemewahan dan pembaziran.
e. Berlaku adil dalam segala tindakan pentadbiran dan pengurusan.
SEJARAH PENGURUSAN ISLAM
75
Rujukan Nota Kuliah Bab 1
1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak.
2. Slide dari http://lib.kedah.uitm.edu.my (15/6/2013) 3. Pengurusan dalam Islam dari
http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-islam.html (15/6/2013) 4. http://zakwanhalim.blogspot.com/2011/04/pengurusan -dan-pengurus.html (17/6/2013) 5. http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/kepimp inan-nabi-muhammad-saw-dalam.html (17/6/2013) 6. http://www.islam.gov.my/en/rasulullah-saw-sebagai-pemimpin (17/6/2013)