• Tidak ada hasil yang ditemukan

PSV 3108 KRAF TRADISIONAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PSV 3108 KRAF TRADISIONAL"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Topik 1 BidangKegiatan:Mengenal KrafTradisional

R tujuan kraf ini dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar

– memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar

– memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif mereka

LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL Definisi Kraf Tradisional

Makna kraf

– “Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979)

– “Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha”.

R Makna tradisional

Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

R Makna kraf tradisional

– satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.

– merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya.

– dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. –

Bahan yang digunakan tidak terhad.

– asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.

– terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam.

– Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri

– Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi.

– mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia

– dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu.

– Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka.

– mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.

– Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara sendiri.

– perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.

– mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.

– seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

ASAL USUL SEJARAH KRAF

– Kraf tradisional yang terdapat di negara ini – merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang

kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.

– berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti:

RAlat untuk pertahanan diri:

– Keris – Lembing

RAlat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan.

– Bubu – Parang, sabit dan cangkul

R Alat untuk kegunaan harian:

– Tikar – Tudung saji – Pakaian

R Alat untuk upacara dan istiadat:

– Bekas Pembakar Kemenyan –Gong

R Alat untuk rekreasi:

– Wau – Gasing – Congkak

R Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan:

– Serunai – Rebab – Nafiri – Kompang

R Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:

– Ukiran kayu

R Pengangkutan air:

– Perahu – Kolek

R Alat perhiasan:

– Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain-lain. – Dokoh Barang perhiasan seperti dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain-lain.

– motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita rasa tempatan.

KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI

– disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas.

– memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain

lagi.

– Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri.

– disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan.

– Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam

untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.

– Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar.

– Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya.

– Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa

dahulu.

– Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan

tradisional Melayu. R TUJUAN

Kepentingan mempelajari kraf tradisional:

– menanam sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan.

(2)

– menyedarkan pelajar kraf tradisonal mempunyai nilai estetika

– merasa bangga dengan warisan tradisi Negara. KEPENTINGAN

– Mempelajari teknik membuat produk:

– Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.

Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang untuk menghasilkan objek.

– Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional: objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

Topik2 Batik PENGENALAN

– merupakan salah satu daripada kraf tradisional.

– kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.

– Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.

– batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.

– wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia.

– Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa.

– Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan.

– Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu

kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam.

– Haji Che Su bersama rakan rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

JENIS-JENIS BATIK

R empat jenis teknik batik:

– Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak.

– Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.

– Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak.

– Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin). MOTIF BATIK MALAYSIA

– dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini

terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran.

Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak.

– enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik:

RUnsur flora

Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:

– Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur

– Untuk menghiasi badan batik sarung.

• bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut

• helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga • bunga disusun berdahan tegak

– Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri

– akar-akar menjalar – bunga air mata kekasih – bunga anggerik –

bunga berbaling – bunga berbaling ( variasi ) R Unsur fauna

– Unsur-unsur fauna adalah seperti:

– Motif rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.

– burung– burung merak – kumbang R Unsur geometri

(i) Fungsi motif unsur rupa geometri:

• Untuk hiasan kaki kain atau gigi – susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.

• Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi. • Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunan tempat bentuk bujur sering digunakan.

• Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.

(ii) Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.

– jakur– kawung –kisi-kisi – swastika RUnsur benda buatan manusia

– fungsi motif unsur buatan manusia yang agak moden ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela

– Contoh motif unsur benda buatan manusia: • abor • jaring ikan • kampong • wau

R Unsur Motif isen

– Isen ialah motif pengisi untuk, memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.

– Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu, cecek sawut daun, galangan, grinsing, mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi.

–mata dara –mlinjon –penutupan– poleng R Susunan Reka Corak Motif

Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu

– berdiri – berjalur – catur/dam – kisi-kisi – melintang –

– menyeluruh – serong – tompok-tompok (bertabur) – ulang bersilang – ulang batu bata

– Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin

berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong. Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering

menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain. R Jenis te knik penghasilan Batik

Teknik batik blok

• Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap.

• Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih.

• Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan. • Setiap blok mempunyai sarang tertentu.

• Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna. • Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan.

R Alatan

• Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan di pateri mengikut rekaan corak

• Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang • Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain • Meja menerap

(3)

R diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam

R biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau pisang

R rasa digunakan

• Kain putih • Bahan pewarna • Debu soda

R Proses membuat batik blok

• Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji. Dijemur sehingga kering.

• Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja.

• Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup ke dalam lilin cair itu.

• Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan reka letak motif dengan teliti dan kemas.

• Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna.

• Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna.

• Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda.

• Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering. R Teknik batik tulis

• Digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti warna eksklusif dan motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman.

• mempunyai reka corak yang tersendiri. (i) Alatan

• Kain putih atau kertas

• Canting • Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak binatang/minyak masak)

• Berus lembut

• Serbuk pewarna jenis ‘reactive-dye’ • Sodium silicate (Pemati warna) • Soda ash

• Pemidang kayu

RProses membuat batik tulis

• Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu.

• Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D).

• Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.

• Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain.

• Bahan pewarna disapu pada reka corak.

• Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium silikit dan dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna.

• Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut.

• Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’ sehingga lilin tanggal.

• Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan.

R Teknik batik skrin

• Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri.

• Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain. R Alatan

• Skrin • Sekuji • Meja mengecap • Kelongsong stensil • Kain putih • Bahan pewarna • bahan lekar

R Proses membuat batik skrin

• Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas

• Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan

• Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak

• Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja

• Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi • Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin

• Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji

• Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering

• Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak luntur

• Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan lebihan bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.

Topik 3 Ukiran R Definisi

– dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu

yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.

– ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’.

– hasil rupa tradisi Melayu yang terulung.

– Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah:

R Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.

R Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

– mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku.

– mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan.

– Ukiran kayu sebagai penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang kegunaan harian dan seni bina.

– jelas pada binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian.

R Alat dan media Terdapat 4 jenis ukiran:

R Layang

– Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.

R Tebukan tembus (timbul silap)

– Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu:

– bersilat

– tanpa silat

– Timbul

– Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak ditebuk. Corak ukiran lebih timbul dan bersilat jika dibandingkan ukiran layang.

(iv) Alat dan bahan:

Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga R peralatan yang digunakan:

R Gergaji

– potong

– belah

R Alat perata permukaan kayu

– ketam perata – ketam golek

RPahat

– rata – kuku

– Tukul kayu

– Pisau wali atau pisau ukir

– Kikir pari

– Kikir

– Berus dan syelek

(4)

R bahan yang digunakan:

– Kayu – Pewarna – Gam R Proses dan Teknik Mengukir

Penyediaan kayu (i) Pilih papan yang sesuai.

(ii) Potong mengikut ukiran yang dikehendaki. (iii) Ketamkan permukaan.

Melukis corak di atas permukaan kayu

Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan (i) Melukis terus pada permukaan papan.

(ii) Tekap.

(iii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.

Mengukir

RUkiran layang:

Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.

RUkiran bunga timbul:

Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk menimbulkan silat.

RUkiran tebuk tembus:

Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan

latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus

menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.

RUkiran larik:

Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

RMenyilat

Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.

R Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran

Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri.

R Flora

– Daun:

– bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.

– Bunga:

– cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.

R Seni Khat

– ayat-ayat Al-Quran

R Fauna

– itik pulang petang

RAwan Larat

– awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

R Kosmos

Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain.

R Geometri

Corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan.

R Pengunan warna

– biasaan ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.

R Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Hias (Corak) Ukiran: Menggunakan Sabun R bahan:

– Sabun buku

– ‘Carving tool’

– Pisau

– Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi

– Span

R Langkah 1 :

– Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam ukiran.

R Langkah 2 :

Guru mengarahkan pelajar untuk melakarkan reka corak ukiran kepada pelajar.

R Langkah 3 :

Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana mengukir sesuatu corak pada sabun.

R Langkah 4 :

Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

R Langkah 5 :

Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas sabun dengan menggunakan alatan tajam seperti jarum peniti dan sebagainya.

R Langkah 6 :

Pelajar mengukir sabun dengan menggunakan ‘carving tool‘ atau pisau.

R Langkah 7 :

Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span dan sedikit air.

Persembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan • ide reka cipta

• kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik • kemasan

– Apresiasi

Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain.

Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat ukiran

Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana ukiran dihasilkan

(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari ukiran (iv) pemasaran barangan ukiran

RAktiviti pembelajaran tambahan (i) Latihan

Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni ukiran. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

(ii) Latihan

Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada ukiran.

Topik 4 Tenunan

– seni tekstil yang terkenal di Malaysia.

– halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini.

– banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.

– merupakan salah satu daripada kraf tradisional.

RDefinIsi Tenunan

– Tenunan dihasilkan daripada jalinan benang lonseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).

Rr Sejarah

Tenunan sonkat adalah dipercayai berasal daripada kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini. R Jenis-jenis Tenunan

(5)

Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:

– Tenunan Pahang

– Tenunan songket (kain benang emas)

– Tenunan Pua

RTenunan Pahang

– tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai setuli benang. Tenunan ini ditenun dengan menggunakan kek Siam.

– diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang Rayon).

RTenunan songket

– Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan).

R Terdapat dua jenis songket:

– Tekat 3

– Tekat 5

R Jenis Kain Tenunan

Terdapat tujuh jenis kain tenunan:

– Kain bujang atau Samping

– Kain sarung tenunan corak berang

– Kain sarung

– Kain kampuh – Kain lepas – Kain destar/Tanjak/Tengkolok

– Kain selendang

R Proses Menghasilkan Songket bahan-bahan yang digunakan:

– Benang – Benang loseng

– Benang pakan –vBahan pewarna R alatan yang digunakan:

– Kek (loom)/tumpoh/kek pua

– Anak geliging – Lidi – Belira

– Torak, cubaan dan pelting (peleting)

– Pasong dan papan gulung

RProses menenun songket

Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk

menghasilkan tekstil melalui proses tenunan dengan

menggunakan alat seperti kek

tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain.

Persediaan sebelum menenun:

RMenerai benang

Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan

menggunakan alat rahat dan ruwing. Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing.

RMenganing

Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain.

RMenggulung benang losing ke papan gulung

Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan gulung melalui proses menggulung. Benang yang telah siap digulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng.

RMenyapuk

Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk.

RMengarat

Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat. Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang.

RMenenun

Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah helaian kain terbentuk.

RProses menyungkit corak

– Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima.

– Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng mengikut bacaaan geraf setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan

corak songket.

RMotif songket

tiga jenis motif dalam ragam hias songket:

R Motif berasaskan flora

• Pucuk Rebung • Bunga Tanjung • Bunga Gorek • Bunga Cengkeh • Bunga Telepok • Bunga Lawang • Bunga Kunyit • Bunga baling-baling

• Bunga Cina • Bunga Tampuk Berembang • Bunga Tampuk Manggis

R Motif berasaskan fauna

• Lawi Ayam • Kuda laut • Dada kaki Lipan • Kupu-kupu • Ayam Jantan • Burung Merak

• Siku Keluang Besar • Siku Keluang Kecil • Gigi Belalang R Motif berasaskan geometri

• Bintang Pecah Lapan • Makhota Struktur Ragam hias Songket

– mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu:

RKepala kain

Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam

RBadan kain Motifnya bebas

RKaki kain

Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.

R Susunan Letak Motif Songket tiga jenis susunan letak motif songket:

– Susunan Bunga Penuh. – Susunan Bunga Tabur.

– Susunan bercorak.

Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia R bahan yang digunakan:

– Benang kait atau tali rafia pelbagai warna

– Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya

– Jarum yang besar

R langkah-langkah aktiviti ini:

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam songket.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak songket kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menyiapkan lakaran songket.

RProses

Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama. Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara

(6)

pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.

RPersembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan • ide rekacipta

• kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik • kemasan

(ii) Apresiasi

Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan orang lain.

R Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan

Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana tenunan dihasilkan

(ii) proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan (iv) pemasaran barangan tenunan.

Aktiviti pembelajaran tambahan (i) Latihan

Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. (ii) Latihan

Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tenunan.

Topik 5 Anyaman Definisi Anyaman

– satu proses menjalin, menjaring-jaringkan menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.

– lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan.

R Seni Anyaman

– seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan

masyarakat Melayu

– Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun,

lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. - topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

– menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.

RSejarah dan Perkembangan

– seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tikar.

– anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah

menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan hidup seperti bakul.

– akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk menghasilkan anyaman.

– dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.

Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentuk tradisional sahaja.

– organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri ini

dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan

Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi.

RJenis Anyaman

Mengkuang – Daun mengkuang – Tikar, tudung saji, bekas pakaian dan lain-lain.

– Pandan – Daun pandan duri – Tikar sembahyang, hiasan dinding

– Buluh – Jenis-jenis buluh yang

Sesuai – Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain

– Rotan – Rotan yang telah diproses – Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain.

– Lidi – Lidi kelapa – Lekar, bekas buah, bekan telur

– Ribu-ribu – Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serba guna dan lain-lain

Ralatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman

– Parang – Peyisip – Pisau – Palurus

– Jangka – Daun mengkuang/pandan R Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan (i) Menetak Daun

Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang.Daun diambil dengan secara menetak di bahagianpangkal daun tersebut.

(ii) Melayur

Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi lembut.

(iii) Menjangka

Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan menjangka ialah untuk mendapat beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam. Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang duri di tepi.

(iv) Menitik

Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang menitik

dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke

bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kirakira secekak.

R Teknik dan Proses Menganyam teknik dan proses menganyam:

RLagang

(i) dikenali sebagai proses menaja

(ii) Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman

(iii) Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. (iv) Setiap bilah daun berbentuk seperti huruf ’V’ di tengahnya, iaitu tempat anyaman bermula.

RMenganyam (i) Anyaman tengah:

• Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman

• Daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah.

(ii) Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai.

(iii) Anyaman sudut:

• Disebut juga sebagai anyaman bucu.

• Hanya dilakukan pada anyaman berbantuk arca atau tiga dimensi

RPepeh atau lepih

– dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.

– boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki.

RSisip

(i) Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.

(ii) Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan. (iii) Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.

RKerat

(i) Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.

(ii) Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebihm kemas dan menarik.

Teknik Membuat Bakul Rotan R Bahan Utama

Rotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk dijadikan bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan yang lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau

(7)

dikenali sebagai rotan pulor,rotan kulit dan rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul yang dikehendaki. Jalinan

warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik. Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

(a) Rotan pulor 2 mm – digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul

(b) Rotan pulor 3 mm – digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul

(c) Rotan sega – digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.

R alatan yang digunakan:

– Gunting besi

– Ragum atau playar memotong

– Penyucuk ais (penyisip rotan)

– Penyembur air (melembutkan rotan)

– ‘Blow torch’ (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)

– Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)

– Penukul dan paku kecil

– Pelarut (meluruskan rotan)

– Pisau raut

– Paku

– Lilin

Proses Menganyam bakul

R tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu:

– Tapak bakul

– Badan bakul

– Bingkai/Tangkai bakul. R Rotan direndam

Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum proses menganyam bakul bermula.

R Cara-cara Menganyam Bakul

R cara-cara menganyam bakul: (a) Tapak Bakul

(i) bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul. (ii) Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bicu asas tapak tersebut.

(iii) Kedua-dua jalinan ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti jalinan turun-naik seperti mana yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi ukuran tapak yang diperlukan.

(iv) Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk dijadikan bahan.

RBadan Bakul

– Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2 serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk dijalinkan sekali.

– pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90% lurur tiang rangka.

– Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.

RBingkai Bakul

– Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang kukuh. Panjangnya bergantung kepada lilitan garis pusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil.

– Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutup bingkai bakul.

– Bagi tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya diraut hingga nipis.

– Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana yang dilakukan kepada bingkai tadi.

– Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.

– Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat pada rotannya. api digunakan untuk membuangnya. R Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat Anyaman Kelarai Bercorak: Menggunakan Kertas

R bahan yang digunakan:

– Kertas Pelbagai Warna – Pisau

– Pembaris – Gunting – Gam R langkah-langkah aktiviti

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam anyaman.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak anyaman kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran. R cara-cara membuat kelarai:

(i) Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan jaluran-jaluranm garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai tapak anyaman.

(ii) Beberapa kertas warna juga dipotong mengikut ukuran yang tertentu untuk dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam di atas tapak anyaman.

(iii) Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu denganm menggabungkan pelbagai warna supaya kelihatan menarik mengikut.

(iv) Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang tapak anyaman tersebut.

R Persembahan hasil Kerja (i) Penilaian berdasarkan • idea reka cipta

• kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik • kemasan

(ii) Apresiasi

Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri danorang lain.

RAktiviti cadangan

– lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman Tempat : kilang atau tempat membuat anyaman yang berhampiran.

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan

– bagaimana anyaman dihasilkan.

– berapa jenis anyaman dihasilkan.

– proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir.

– kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman.

– pemasaran barangan anyaman.

RAktiviti pembelajaran tambahan

– Latihan

Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

– Latihan

Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada anyaman.

Topik 6 Tembikar R Definisi tembikar

– kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.

– Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.

– Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar – mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.

– dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk

atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik

pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

(8)

– Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain

lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik. R Sejarah

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti

dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak,

Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang.

Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian.

– bentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan.

– barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri

mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta

dipengaruhi oleh budayan latar belakang si pembuat.

– labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional. Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilann

– Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak.

R Jenis-jenis tembikar

– jenis-jenis tembikar:

RGeluk

Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas.

RBuyung

– dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap.

Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung nmempunyai bahagian leher dan badan.

– permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh.

RJambangan

– berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian 0.6 m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki.

RLabu

diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. Corak hiasan labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di

Sayong, Perak.

RBekas Perasapan/Bekas Bara

Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan.

– digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu

R Motif Ragam Hias

– aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang

digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis

panjang yang melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar.

RMotif Geometri

– Garisan bersilang - seli. – susun kisi-kisi

– Titik tahi alat – Garis keluh – Garis berkotak.

– Garis tulang ikan – Pucuk rebung – Bentuk potong wajik

– Bentuk segi tiga – Bentuk bujur – Balung kuku

– Rantai perak – Susur kelapa – Siku keluang

RMotif Gayaan Organik

– Sulur kakung – Bunga cengkih

– Bunga pecah lapan – Bunga kedudut

– Bunga tanjung – Bunga lawang

– Kelopak – Sambas

– Tampuk manggis – Tapak pelanduk

– Belalang bercula

RTeknik membentuk

– Langkah 1: Picitan

– Langkah 2: Lingkaran

– Langkah 3: Kepingan

– Langkah 4: Lempar alin

RProses membuat tembikar secara tradisional bahan-bahan yang digunakan.

– Tanah liat

– Piring – Pisau buluh – Penepek berukir

– Sekam padi – Tanur pembakaran – Damar

– Dawai pemotong. – Jarum

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar:

RPenyediaan tanah liat

• Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai dan sawah padi.

• diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda

asing/organik yang tidak diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain.

• kemudiannya dijemur untuk dikeringkan.

• ditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk. • Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung. • kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut (secukupnya – 25% air 1:4) dan diperam semalaman.

RProses menguli tanah

• diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara yang terperangkap

• 2 teknik menguli iaitu secara ‘spiral’ dan ‘bullhead’

• Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing.

RProses membentuk • Secara Picitan

– Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

– Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap.

– Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar.

– Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. – Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. – Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara berasingan dicantumkan kepada bahagian badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering. – Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar.

– Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar. – Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan. • Secara Lingkaran

– Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak. – Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja.

– Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus.

– Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak. – Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. – Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel.

– Secara Kepingan

– Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan.

– Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat.

– Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong. – Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah. – Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum.

(9)

– Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip).

– Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah

disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki. – Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian tambahkan lingkaran kecil pada bahagian sambungan tersebut dan ratakan.

– Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah.

RProses Hiasan

Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut.

RProses melicinkan

Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar.

RProses pembakaran • Teknik tanur

– tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran.

– Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 jam. • Teknik penggunaan para

– Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam. • Teknik diangkan pada unggun api.

– Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras.

RProses mewarna

Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan.

Aktiviti Latihan Pembelajaran

Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat (RBahan untuk membuat tembikar

– Tanah liat

– Pinggan – Pisau buluh – Bekas air – Air

R teknik picitan.

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk tembikar.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk tembikar kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran.

RProses pembentukan tanah liat (menguli)

Langkah 1 : Seketul tanah liat diuli. Menguli secara ‘spiral’ atau ‘bullhead’.

Langkah2 : Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong udara dan berdesing.

Langkah 3 : Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah liat.

Langkah 4 : Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan

kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan hingga bersatu.

Langkah 5 : Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang

supaya menjadi lembut dan liut.

RProses membentuk tembikar

Langkah 1 : Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan.

Langkah 2 : Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar.

Langkah 3 : Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau mengemaskannya.

Langkah 4 : Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

Langkah 5 : Biarkan ia kering sepenuhnya.

RPersembahan hasil kerja (a) Penilaian berdasarkan

– idea reka cipta

– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik

–c kemasan (b) Apresiasi

Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang lain.

(e) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat tembikar Tempat : kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang berhampiran

Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan

– bagaimana tembikar dihasilkan

– berapa teknik tembikar dihasilkan

– proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

– kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar

– pemasaran barangan tembikar.

RAktiviti pembelajaran tambahan

– Latihan - Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

– Latihan - Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tembikar.

Topik7 Tekat DefinIsi

– Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu.

– seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha tekatan.

– Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama

ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.

– Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu

perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut (melakukan sesuatu).

– Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.

– menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul..

– Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat. –

Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain berwarna.

– seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat

tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu. –

motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi, daun bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya.

– bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang. R Sejarah

– berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya

dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang tempatan.

– berkembang pesat di istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15.

– Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di kalangan kerabat di raja. Di Perak, seni tekat pada asalnya

(10)

dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat.

– dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka. .

– Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu. Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah.

– Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasilnya tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tepak sirih, kasut dan lain-lain lagi.

– terbatas dan kegunaannya adalah terhad. Jenis-jenis Tekat

jenis-jenis tekat:

RTekat timbul benang emas atau perak

• Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak.

RTekat gubah

• Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak.

• Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna.

• Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.

RTekat perada

• Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerrawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk

mengindahkannya lagi.

• tidak lagi diusahakan sekarang. Alatan Tekatan

RPemidang kayu

– dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.

– digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.

RCuban dan benang emas

– Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.

– diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir.

– Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang.

RIrasan atau kain dasar

– Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.

RBenang putih atau benang kapas

– Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan

yang rapat.

RMempelur

Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif

ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

R Proses tekatan

– Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan melukis dan memotong kad tebal. Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).

– Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya

akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang.

– Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini

adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan.

– Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur.

– ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang

putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa

memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan

mempulur. Tiap kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur

tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.

Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat

RMenggunakan Benang Kait Alat:

• Benang kait • Benang putih

• Jarum kasar (berlubang besar) • Pemidang kayu • Kain • Kad bod (untuk membuat membulur) • Pisau • Cuban

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam tekat.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak tekat kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di

kertas. Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. Langkah 5 : Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran.

R Proses membuat tekat dengan menggunakan benang mengait

– Corak dilukiskan ke atas ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi

satu mempulur.

– Kain diregangkan pada pemidang kayu.

– Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.

– Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasi bahagian batang mempulur bawah kain.

– Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

– Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih.

– Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batang mempulur tidak kelihatan.

– Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup dengan sulaman.

RPersembahan hasil kerja (i) Penilaian berdasarkan • idea reka cipta

(11)

• kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik • kemasan

(ii) Apresiasi

Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain.

(d) Aktiviti cadangan

Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan (i) bagaimana tekat dihasilkan

(ii) proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir

(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat (iv) pemasaran barangan tekat.

Topik 8 Wau(Layang-layang) R DefinIsi

– Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.

– merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas,gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap,berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angina

– Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.

R Istilah Layang-layang di Malaysia

– lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang,di mana menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan

pemuda-pemuda serta kerabat di raja.

R terbahagi kepada empat:

– Layang-layang laga

– Layang-layang anak

– Layang-layang hiasan (d) Layang-layang atau wau R Wau

– Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

– Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”. I

– merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa

dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang tedapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya ‘wau’, ’wau’, ’wau’ secara irama.

RCiri-ciri utama wau

– mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.

RJenis-jenis wau

– Wau bulan – Wau Jala Budi – Wau Kucing

– Wau daun atau barat Jenis kegunaan wau

R kegunaan wau:

R ditayangkan di udara.

R dipertandingkan keindahan hiasannya.

R untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung. Wau dimensi baru

– dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak

serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identity istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz

dan corak sering diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat,

rumah dan tempat-tempat lain.

RCorak hiasan wau

– Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.

– Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.

– Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan mrenggunakan berus dan semburan warna.

– Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.

– Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau. R Jenis-Jenis Motif

– Bunga matahari

– Daun ketumbit

– Ketamguri.

– Pucuk rebung

– Itik pulang petang

– Badak mudik Proses Membuat Wau

(a) Alatan dan bahan yang digunakan:

R Alat

– Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting

RBahan

Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau kertas warna, gam dan benang

R Langkah-langkah untuk membuat wau:

– Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.

– Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.

– Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.

– Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.

– Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.

– Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.

– Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.

– Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.

– Aktiviti latihan pembelajaran membuat wau hiasan:

RMenggunakan kertas Bahan:

• Kertas pelbagai warna • Kadbod • Pisau • Pembaris • Gunting • Gam

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorak yang terdapat dalam wau.

Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran rekacorak wau kepada pelajar.

Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana untuk membuat lakaran

rekacorak wau hiasan.

Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.

Langkah 5 : Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.

RMembuat wau hiasan

• Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.

• Lipat 2 helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut. • Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wau tersebut.

• Potong bahagian sobek rekacorak yang telah dilukis.

• Bahagian yang telah dilukis itu harus ditampal pada kertas warna.

• Tampal kertas yang dihiasi pada kadbod.

RPersembahan hasil kerja • Penilaian berdasarkan – idea reka cipta

– kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik – kemasan

• Apresiasi

Referensi

Dokumen terkait

1 Menyiapkan alat pelayanan fisika medik yang meliputi alat dosimetri radioterapi Keaiatan 257 0,42 0,67 0,54 139,21 2 Menyiapkan alat pelayanan fisika medik yanq meliputi alat

Hasil histologi gonad ikan koan pada akhir penelitian menunjukkan bahwa gonad betina ikan koan pada perlakuan premiks hormon baik de- ngan penyuntikan ataupun yang

KATA PENGANTAR Pedoman Teknis Pelatihan Petugas Pengamat OPT Perkebunan tahun 2013 disusun dalam rangka memberikan acuan dan arahan pelaksanaannya kepada Dinas yang

Indikator Kriteria & Bentuk Penilaian Metode Pembelajaran (Estimasi Waktu) Materi Pembelajaran (Pustaka) Bobot Penilaian (%) (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) makna ruang

Diketahui dari berbagai sentimen masyarakat yang disampaikan melalui komentar di media sosial twiter terhadap operasi tangkap tangan yang dilakukan oleh Komisi

Retribusi Pemakaian Kekayaan Daerah berupa Penggunaan Rumah Susun Sederhana Sewa (Rusunawa), yang selanjutnya disebut Retribusi adalah pungutan Retribusi sebagai

Berdasarkan penelitian dan perhitungan hasil penelitian yang sudah dilakukan, diperoleh simpulan hasil penelitian terdapat pengaruh yang signifikan sikap siswa pada

Pengembangan desa mandiri energi (DME) berbasis sumber daya lokal ditujukan untuk mengurangi kemiskinan, menciptakan lapangan kerja, dan mengurangi penggunaan energi