• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN TEKNIK PENGAJARAN MUDAH PERISIAN AUTODESK REVIT DALAM MELAKSANAKAN BUILDING INFORMATION MODELING (BIM)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEBERKESANAN TEKNIK PENGAJARAN MUDAH PERISIAN AUTODESK REVIT DALAM MELAKSANAKAN BUILDING INFORMATION MODELING (BIM)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN TEKNIK PENGAJARAN MUDAH PERISIAN AUTODESK REVIT DALAM MELAKSANAKAN BUILDING INFORMATION MODELING (BIM)

Nur Hidayah Binti Ahmad

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (nurhidayahmad84@gmail.com) Mohd Erman Bin Derasid @ Nordin Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(erman_jka@yahoo.com) Abstrak

Teknik Pengajaran Mudah Perisisan Autodesk Revit (TPMPAR) adalah satu teknik pengajaran perisian Autodesk Revit yang di inovasi khas memudahkan pengguna belajar dengan lebih cepat dan berkesan dalam masa yang singkat menerusi laman sesawang www.autodeskrevitpolimas.com. Teknik pengajaran Autodesk Revit ini adalah satu medium pemudahcara untuk membuat model 3D menerusi teknologi BIM. Antara ciri-ciri yang ada pada inovasi ini adalah, ia boleh digunakan oleh pengguna sebagai panduan untuk bermula langkah demi langkah tanpa memerlukan sebarang pengalaman menggunakan perisian Autodesk Revit sebelum ini. Tutorial yang disediakan adalah ringkasan daripada rujukan “Autodesk Revit Architecture 2015 Essentials: Autodesk Official Press”, “Autodesk Revit Architecture 2016 Essentials: Autodesk Official Press” dan “Autodesk Revit 2017 for Architecture: No Experience Required”. Dengan adanya tutorial ini, ia sememangnya telah terbukti membantu ramai pengguna daripada beberapa institusi pengajian dalam mempelajari teknik mudah perisian Autodesk Revit jika hendak dibandingkan dengan menggunakan buku rujukan. Kaji selidik telah dijalankan sebagai sokongan kepada keberkesanan teknik pengajaran mudah perisian Autodesk Revit ini. Semoga dengan adanya teknik pengajaran mudah perisian ini, ia akan dapat membantu memperbanyakkan lagi tenaga mahir dalam sektor pembinaan yang mengadaptasikan teknologi BIM.

KEY WORDS: Teknik Pengajaran Mudah Perisisan Autodesk Revit (TPMPAR), Autodesk Revit, Building Information Modeling (BIM) dan www.autodeskrevitpolimas.com.

1. PENGENALAN

Menerusi kitaran hayat projek pembinaan, BIM telah digunakan secara meluas dalam industri seni bina, kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan fasiliti (Levy, 2010). BIM telah dilaksanakan dalam industri pembinaan di banyak negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong (Monteiro dan Martins, 2013; Ahmad Latiffi dan Mohd, 2014), Finland, Denmark dan Norway (Eastman et al., 2011; Crotty, 2012). Di Malaysia, idea untuk melaksanakan BIM telah diperkenalkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada tahun 2007 (CIDB, 2017). Idea ini dicadangkan apabila kerajaan Malaysia mengetahui tentang potensi BIM dalam menghindari kelewatan kos pembinaan dan kelewatan projek serta untuk mengelakkan masalah reka bentuk pada peringkat awal projek pembinaan (JKR, 2013; Ahmad Latiffi et al., 2013; Zakaria et al., 2013). Sejak itu, JKR telah menggalakkan semua pasukan pembinaan untuk mengadaptasi BIM dalam projek pembinaan (JKR, 2013). Sehingga tahun 2017, terdapat 17 projek kerajaan yang telah melaksanakan BIM di Malaysia (CIDB, 2017). Oleh itu, pelaksanaan BIM dalam projek pembinaan perlu diterokai untuk mengenal pasti keupayaan BIM dalam menguruskan projek pembinaan dengan berkesan.

(2)

BIM dilihat sebagai tindakan bersepadu untuk memastikan pasukan pembinaan seperti arkitek, jurutera, pengurus projek dan kontraktor dapat berkerjasama sebagai satu pasukan (Furneaux dan Kivvits, 2008; JKR, 2013). Kesan positif daripada pelaksanaan BIM dalam projek pembinaan terserlah, apabila banyak pasukan pembinaan mengaplikasikannya dan menjadikannya sebagai satu keperluan dalam menguruskan projek pembinaan dalam mengurangkan masalah pembinaan (Bryde, Broquetas dan Volm, 2013). Menurut Bryde et al., (2013), terdapat tiga puluh lima contoh projek BIM di Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis, yang telah menyumbang kesan positif kepada projek pembinaan. Kesan positif dapat dikesan dari segi kos pembinaan, tempoh projek, kualiti projek, komunikasi dan kerjasama antara pasukan pembinaan (Bryde et al., 2013).

Impak positif daripada penggunaan teknologi BIM adalah, perancangan untuk aktiviti-aktiviti projek pembinaan bukan sahaja dapat dilaksanakan dengan berkesan, malah ia juga mampu menghasilkan yang lebih baik. Di samping itu, BIM juga dapat mengatasi kebarangkalian berlakunya kesilapan dalam reka bentuk, perselisihan di antara pasukan pembinaan, kos pembinaan yang berlebihan dan kelewatan projek (Eastman et al., 2011). Ia turut berpotensi untuk meningkatkan komunikasi, kerjasama antara pasukan pembinaan, mengurangkan kos pada setiap peringkat dalam projek pembinaan dan mengurangkan isu keselamatan dalam projek pembinaan (Smith dan Tardif, 2009; Cheng dan Ma, 2012; Sunindijo dan Zou, 2013).

2. PENYATAAN MASALAH

Satu kajian A2K Technologies pada tahun 2014 telah dijalankan, di mana ia ditaja oleh Autodesk. Kajian tersebut melibatkan responden dari golongan profesional di Australia-New Zealand. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memahami dengan lebih lanjut pemikiran, pendapat dan cabaran industri yang berkaitan dengan CAD dan BIM. Hasil daripadanya menunjukkan bahawa, penggunaan teknologi dan kebolehpasaran teknologi bergantung pada kebolehan melaksanakannya (A2K TTT, 2014). Ia menandakan, faktor kejayaan pelaksanaan BIM berkait rapat dengan kebolehlaksanaan BIM dalam industri Seni Bina, Kejuruteraan dan Pembinaan (SKP). Kajian ini mengesahkan bahawa hanya 22% daripada SKP yang telah berjaya melaksanakan BIM ke dalam operasi reka bentuk dan pembinaan mereka. Dapatan kajian tersebut memberi gambaran tentang kepentingan mewujudkan semangat kekitaan di antara syarikat SKP agar BIM dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala, hasil kajian bagi indeks frekuensi BIM pula menunjukkan bahawa pengunaan BIM yang tertinggi adalah untuk memodelkan bangunan. Seterusnya, yang kedua tertinggi adalah BIM banyak digunakan untuk meletakkan projek di tapaknya bagi menggabungkan kawasan logistik dan penyimpanan tapak. Kedua-dua aktiviti ini mempunyai Nilai Positif / Nisbah Kesukaran, ia menunjukkan bahawa nilai BIM adalah lebih tinggi daripada tahap kesukaran untuk mengaplikasikannya. Dari sudut lain, kemapanan dan keselamatan mempunyai Nilai Negatif / Nisbah Kesukaran. Ia menunjukkan tahap kesukaran menggunakan BIM untuk semua tugas yang berkaitan dengannya adalah jauh lebih tinggi nilainya, menyebabkan kekerapan penggunaan BIM menjadi rendah. Faktor kesukaran yang paling tinggi peratusnya adalah kemudahan perisian iaitu sebanyak 70%, kekurangan kemahiran pula 52% dan perkakasan tidak mencukupi 31% (Bernstein et al., 2012).

Merujuk kepada kesemua faktor kesukaran, menurut Furneaux dan Kivvits (2008), BIM bergerak perlahan dalam projek pembinaan adalah disebabkan oleh tiga faktor, iaitu pelaksanaan alat BIM (keluarga revit), peralatan baru (komputer) dan latihan BIM. Selain daripada peralatan komputer yang lengkap, kemahiran yang mencukupi juga perlu dibekalkan kepada SKP dalam membantu projek-projek pembinaan supaya menggunakan BIM. Sehubungan dengan itu, kertas kajian ini akan memberikan satu medium alternatif sebagai pemudahcara untuk memodelkan bangunan. Untuk menjayakan BIM, TPMPAR ini boleh membantu semua golongan yang melaksanakan BIM. Namun, kajian penyelidikan ini hanya akan melibatkan kakitangan akademik dan pelajar di beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti. Golongan ini merupakan pemangkin dalam menjayakan BIM yang mana, kakitangan akademik

(3)

perlu sentiasa tambah ilmu pengetahuan tentang teknologi terkini supaya ilmu tersebut dapat disebarkan kepada pelajar, sekaligus ia akan dapat membantu pelajar untuk mahir dengan perisian BIM. TPMPAR ini juga diharapkan boleh membantu pelajar sebagai persediaan sebelum mereka tamat pengajian dan seterusnya melibatkan diri dalam industri pembinaan.

3. PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu medium yang memudahkan pengguna perisisan BIM belajar dengan cepat dan berkesan dalam masa yang singkat. Melalui kajian ini, beberapa persoalan telah dapat dikenalpasti iaitu:

1) Adakah TPMPAR membantu pengguna belajar Autodesk Revit dengan cepat?

2) Adakah TPMPAR memudahkan pengguna memodelkan bangunan berbanding buku rujukan? 3) Adakah TPMPAR membantu pengguna untuk mahir dalam perisian BIM?

4. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini meninjau keberkesanan TPMPAR dalam membantu pengguna perisian BIM menguasai Autodesk Revit. Objektif khusus kajian ini adalah:

1) Meninjau keberkesanan TPMPAR dalam membantu pengguna belajar Autodesk Revit dengan cepat.

2) Meninjau keberkesanan TPMPAR dalam memudahkan pengguna memodelkan bangunan berbanding buku rujukan.

3) Mengenalpasti sama ada TPMPAR dapat membantu pengguna mahir dalam perisian BIM. 5. SKOP KAJIAN

Kajian ini akan mengenalpasti program perisian BIM yang menjadi pilihan pengguna bagi membuktikan keperluan perisian Autodesk Revit dalam menjayakan BIM. Fokus utama kajian ini adalah meninjau keberkesanan TPMPAR dalam membantu dan memudahkan penggunanya untuk belajar Autodesk Revit dengan cepat, mudah dan berkesan berbanding buku rujukan. Sekaligus, membuktikan bahawa TPMPAR dapat membantu pengguna mahir menggunakan perisian BIM. Kajian ini hanya tertumpu kepada lokasi yang telah diberikan pendedahan dengan TPMPAR iaitu peserta kursus yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pelajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Idris Shah, Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Betong Serawak.

6. KAJIAN LITERATUR

Terdapat banyak definisi tentang istilah BIM, sungguhpun begitu jika dilihat dalam konteks Malaysia, menurut Jawatankuasa Pemandu BIM, dari mesyuarat pertama mereka pada 24 Julai 2013, jawatankuasa itu menistilahkan BIM sebagai ‘pemodelan teknologi dan set proses yang berkaitan untuk menghasilkan, berkomunikasi, dan menganalisis model maklumat digital untuk pembinaan kitaran hayat bangunan’ (CIDB Malaysia, 2014). Ringkasnya, BIM adalah amalan kerja dalam satu set teknologi baru.

Proses pelaksanaan BIM bermula daripada penggunaan konvensional Computer Aided Drafting (CAD) kepada satu siri model yang dihasilkan oleh komputer untuk mensimulasikan perancangan, rekabentuk, pembinaan dan kemudahan operasi (Azhar, 2011). Ia dapat dicapai apabila hanya satu model digital 3D

(4)

sahaja dihasilkan dan ia lengkap merangkumi semua maklumat yang diperlukan, di mana ia dapat menghasilkan lebih banyak dokumen seperti jadual, rancangan dan jumlah kuantiti (Pittard, 2012). Model BIM adalah model yang mewakili bahagian sebenar dalam bentuk digital yang digunakan untuk membina sebuah bangunan yang mempunyai ukuran tepat dan ia terdiri hubungan ruang, geometri, kos dan pengukuran kuantiti, maklumat analisis dan sifat-sifat komponen bangunan. Melalui BIM, kitaran hayat bangunan boleh disimulasikan bermula dari proses pembinaan hingga ke meruntuhkan bangunan (Renaud Vanlande, 2008). Disebabkan oleh manfaat BIM yang begitu besar, kini kebanyakan kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia, menyokong pelaksanaan BIM ke dalam industri pembinaan bangunan. Perisian atau platform BIM boleh digunakan untuk fungsi yang berbeza dalam pembinaan bangunan. Ia boleh digunakan untuk memodelkan reka bentuk dan menghasilkan lukisan, untuk struktur atau prestasi pengurusan data bangunan, untuk membangunkan model koordinasi pembinaan atau penjadualan, untuk perincian fabrikasi atau kemudahan fasiliti. Semuanya platform yang digunakan adalah mengikut perisian BIM yang paling biasa digunakan dalam industri seperti dalam Jadual 1. Walaupun begitu, kajian ini hanya akan menyentuh mengenai Autodesk Revit kerana ia telah menjadi perisian BIM yang paling banyak digunakan di seluruh dunia (Kiker, 2009; Eastman et al., 2011; Teer, 2014; Mohd Nor & Grant., 2014).

Jadual 1: Perisian BIM senibina yang paling biasa terdapat di pasaran. (Eastman et al., 2011)

Perisian Syarikat Perisian

ArchiCAD Graphisoft

Bentley Architecture Bentley Systems

Autodesk Revit Autodesk

Vectorworks Graphisoft Graphisoft

Digital Project Gehry Technologies

Revit telah dibangunkan oleh dua individu yang berasal dari syarikat Parametric Technology Corporation (PTC), Irwin Jungreis dan Leonid Raiz (AUGI - Autodesk User Group International, 2013). Mereka berdua ingin mencipta satu perisian versi senibina daripada perisian Pro / ENGINEER yang mana telah direka sebagai program CAD mekanikal oleh PTC. Namun, mereka berpecah dari PTC dan memulakan syarikat perisian mereka pada 31 Oktober 1997 yang bernama Charles River Software di Cambridge, Massachusetts (Bergin, 2012).

Menjelang tahun 2000, syarikat ini telah membangunkan perisian bernama Revit. Revit berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘Revise Instantly’ (AUGI - Autodesk User Group International, 2009; Taylor, 2009). Revit telah disenaraikan dalam program C++ dan ia juga telah diprogramkan sebagai perisian berasaskan objek yang memanipulasi perubahan parametrik untuk menghasilkan objek digital. Revit dibangunkan secara khusus untuk seni bina dan sengaja dibina oleh arkitek untuk arkitek kerana kebanyakan pasukan pembinaan produk Revit adalah arkitek atau berasal dari latar belakang reka bentuk dan pembinaan (AUGI - Autodesk User Group International, 2013).

Umumnya, Revit menyediakan ‘interface’ yang mudah untuk digunakan bersama dengan kursor pintar dan petua ‘drag-over’ bagi setiap operasi. Penghasilan lukisan adalah berasaskan asosiatif dan menawarkan penyuntingan dwi-arah, dari lukisan kepada model atau jadual atau sebaliknya. Revit ini dilihat sebagai perisian yang menyokong satu penciptaan objek parametrik yang baru.

Revit mencipta revolusi di dunia BIM dengan mewujudkan persekitaran visual untuk penciptaan objek parametrik. Sehubungan dengan itu, ia membolehkan dimensi masa iaitu dimensi yang keempat dapat

(5)

dikaitkan dengan objek bangunan. Ciri dimensi keempat ini membolehkan kontraktor mensimulasikan proses pembinaan dan menjana jadual pembinaan.

Pada tahun 2002, syarikat Autodesk membeli syarikat Charles River Software, yang pada masa itu dikenali sebagai Revit Technology Corporation, dengan harga $ 133 juta dan mula mempromosikan perisian Autodesk Revit (Bergin, 2012; AUGI - Autodesk User Group International, 2013). Kini, Autodesk Revit merupakan perisian BIM yang paling dikenali di seluruh dunia (Kiker, 2009; Eastman et al., 2011; Teer, 2014; MohdNor & Grant., 2014).

7. METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan dalam penyelidikan ini bermatlamat untuk menguji keberkesanan TPMPAR dalam membantu pengguna menguasai perisian BIM. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi tinjauan borang soal selidik. Kaedah tinjauan merupakan salah satu cara yang dilihat sesuai untuk memperolehi maklumat dalam kuantiti yang banyak, namun untuk mendapatkan data, kaedah ini hanya terbatas kepada borang soal selidik sahaja (Cherry, 2015 & Schmitz, 2012).

Kaedah ini juga sesuai digunakan kerana ianya bersifat umum, di mana membolehkan penyelidik memahami keseluruhan kawasan kajian dengan sampel yang kecil. Rekabentuk kajian secara tinjauan ini turut sesuai untuk data jenis kuantitatif (Shahrom, 1994). Kaedah tinjauan ini berpotensi dalam mendapatkan banyak maklumat daripada sekumpulan sampel individu. Ia bertujuan menggambarkan sikap sesuatu populasi tersebut.

Pengumpulan data berbentuk soal selidik ini tertumpu kepada keberkesanan TPMPAR dari aspek membantu pengguna TPMPAR belajar Autodesk Revit dengan cepat, keberkesanan TPMPAR dalam memudahkan pengguna memodelkan bangunan menerusi pembelajaran atas talian di www.autodeskrevitpolimas.com dan sekaligus, menguji keberkesanan TPMPAR dalam membantu pengguna mahir perisian BIM.

Sebanyak 81 orang responden yang telah menjadi sampel kajian ini. Kesemuanya telah menjawab borang kaji selidik yang telah diedarkan. Responden adalah terdiri daripada peserta kursus yang menggunakan TPMPAR iaitu peserta daripada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Idris Shah, Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Betong Serawak.

Borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah maklumat responden iaitu jantina, status, kategori pekerjaan dan umur. Bahagian kedua pula adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan TPMPAR. Soalannya adalah berkisar tentang tahap kepuasan responden pada TPMPAR. Seterusnya, bahagian terakhir borang soal selidik adalah mengenai persepsi responden terhadap keperluan TPMPAR sebagai medium latihan untuk mahir perisian BIM, khususnya perisian Autodesk Revit.

8. ANALISIS DAN KEPUTUSAN a) Analisa Objektif Pertama

Hasil analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa TPMPAR memberi kesan positif dari aspek membantu pengguna belajar Autodesk Revit dengan cepat dan berkesan. Kenyataan ini dapat dilihat melalui kadar kepuasan yang diperolehi iaitu 94.87%.

(6)

Saya lebih cepat belajar perisian Autodesk Revit dengan Teknik Pengajaran Mudah Perisian Autodesk

Revit.

Peratusan Respon

1 Sangat Tidak Setuju 1.28%

2 Tidak Setuju 1.28%

3 Kurang Setuju 2.56%

4 Setuju 55.13%

5 Sangat Setuju 39.74%

Analsis Min: 4.31 Sisihan Piawai: 0.7 Kadar Kepuasan: 94.87 Varians: 0.5 Ralat Piawai: 0.08

Rajah 1: Analisa keberkesanan TPMPAR dalam aspek membantu pengguna belajar autodesk revit dengan cepat dan berkesan.

b) Analisa Objektif Kedua

Hasil yang diperolehi menunjukkan peratusan kadar kepuasan responden adalah tinggi iaitu 96.15% bagi kadar kepuasan TPMPAR memudahkan pengguna memodelkan bangunan dan 96.1% pula mewakili kadar kepuasan TPMPAR adalah lebih mudah dipelajari berbanding buku rujukan. Ini menunjukkan responden bersetuju TPMPAR berkesan dari aspek memudahkan pengguna memodelkan bangunan berbanding buku rujukan.

Penggunaan Teknik Pengajaran Mudah Perisian Autodesk Revit memudahkan saya menyiapkan model 3D saya.

Peratusan Respon

1 Sangat Tidak Setuju 1.28%

2 Tidak Setuju 1.28%

3 Kurang Setuju 1.28%

4 Setuju 50.00%

5 Sangat Setuju 46.15%

Analisis Min: 4.38 Sisihan Piawai: 0.7 Kadar Kepuasan: 96.15 Varians: 0.49 Sisihan Ralat: 0.08

Menggunakan Teknik Pengajaran Mudah Perisian Autodesk Revit ini adalah lebih mudah membuat 3D berbanding menggunakan buku rujukan.

Peratusan Respon

(7)

Menggunakan Teknik Pengajaran Mudah Perisian Autodesk Revit ini adalah lebih mudah membuat 3D berbanding menggunakan buku rujukan.

Peratusan Respon

2 Tidak Setuju 1.30%

3 Kurang Setuju 1.30%

4 Setuju 55.84%

5 Sangat Setuju 40.26%

Analsis Min: 4.32 Sisihan Piawai: 0.69 Kadar Kepuasan: 96.1 Varians: 0.48 Sisihan Ralat: 0.08

Rajah 2: Analisa keberkesanan TPMPAR dalam aspek memudahkan pengguna memodelkan bangunan berbanding buku rujukan.

c) Analisa Objektif Ketiga

Berdasarkan kadar kepuasan yang diperolehi iaitu 86% ternyata responden majoritinya bersetuju TPMPAR berkesan membantu pengguna mahir dalam perisian BIM.

Adakah Teknik Pengajaran Mudah Perisian Autodesk Revit yang disediakan membantu anda untuk mahir dalam perisian BIM?

Peratusan Respon

1 Ya 86.00%

2 Tidak 14.00%

Analsis Min: 1.14 Sisihan Piawai: 0.35 Kadar Kepuasan: 86 Varians: 0.12 Sisihan Ralat: 0.05

Rajah 2: Analisa keberkesanan TPMPAR dalam aspek membantu pengguna mahir dalam perisian BIM. 9. KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, penyelidikan ini berjaya menjawab persoalan kajian dan membuktikan objektif kajian tercapai apabila kadar kepuasan kesemua data yang diuji melebihi 85%. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, TPMPAR berkesan dalam memudahkan pengguna untuk menguasai perisian BIM iaitu Autodesk Revit. Ia sekaligus memberikan gambaran yang positif dalam membantu industri pembinaan untuk menjayakan pelaksanaan BIM.

(8)

10. RUJUKAN

A2K TTT. (2014). CAD/BIM market survey: key findings report.

Ahmad Latiffi, A., & Mohd, S. (2014). Building Information Modeling (BIM) Technology In The Sultan Ibrahim Hall of UTHM. 2014 IEEE Colloquium on Humanities, Science and Engineering (CHUSER 2014).

Ahmad Latiffi, A., Mohd, S., Kasim, N. & Fathi, M. S. (2013). Building Information Modeling (BIM) Application in Malaysian Construction Industry. International Journal of Construction

Engineering and Management 2(4A), pp.1-6.

Azhar. S. (2011). Building Information Modeling (BIM): Trends, Benefits, Risks and Challenges for the AEC Industry. ASCE Journal of Leadership and Management in Engineering, 11 (3), pp. 241-252.

Bergin, M. S. (2012). A Brief History of BIM. [Internet] Capaian ArchDaily: ArchitectureNews: http://www.archdaily.com/302490/a-brief-history-of-bim/

Bryde, D., Broquetas, M., & Volm, J. M. (2013). The project benefits of building information modelling (BIM). International Journal of Project Management, 31(7), 971-980.

Cheng, J., & Ma, L. (2012). A BIM-based system for demolition and renovation waste quantification and planning. In Proceedings of the 14th International Conference on computing in Civil and Building Engineering (ICCCBE 2012), Moskow.

CIDB Malaysia. (2014). Building Information Modelling (BIM) Roadmap for Malaysia's Construction Industry - Workshop Report Series 2. Kuala Lumpur: Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia.

Crotty, R. (2012). The Impact of Building Information Modelling: Transforming Construction. London: SPON Press.

Eastman, C, Teicholz, P., Sacks, R., Liston, K. (2011). BIM Handbook: A Guide to Building

Information Modeling for Owners, Managers, Designers, Engineers and Contractors. 2nd ed. NY: John Wiley & Sons Inc.

Furneaux, C. dan Kivit, R. (2008). BIM: Implications for Government. CRC for Construction Innovation. Brisbane Australia. Net Pty Ltd., pp. 10-31.

Jabatan Kerja Raya (JKR) (2013). Pengenalan BIM. [Internet] Capaian

http://www.jkr.gov.my/prokom/index.php?option=com_content&view=article&id=310&Itemid= 476&lang=ms>

Kiker, M. W. (2009). More BIM Manager 2009 Survey Results. [Internet] Capaian BIM Manager: http://www.bimmanager.com/2009/06/23/more-bim-manager-2009-survey-results/

Construction Industry Development Board (CIDB) (2017). BIM Guide 4 (Execution). Kuala Lumpur: Construction Industry Development Board (CIDB).

(9)

Mohd-Nor, M., & Grant, M. P. (2014). The Development of Digital Architecture Modeling in the Malaysian Architecture Industry. Recent Advances in Computer Engineering, Communications and Information Technology (pp. 77 - 84). Tenerife, Spain: WSEAS Press.

Monteiro, A. & Martins, J. P. (2013). A Survey on Modeling Guidelines for Quantity Takeoff-oriented BIM-based Design. Automation in Construction, pp. 1-16.

Pittard, S. (2012). What is BIM? [Internet] Capaian http://fat.glam.ac.uk/media/files/documents/2012- 03-16/What_is_BIM_1_.PDF

Renaud Vanlande, C. N. (2008). IFC and Buildings Lifecycle Management. Automation in Construction, 70-78.

Smith, D. K. & Tardif, M. (2009). Building Information Modeling: A Strategic Implementation Guide for Architects, Engineers, Constructors, and Real Estate Asset Managers. United States of America: John Wiley & Son, Inc. Sunindijo dan Zou, 2013

Taylor, J. (2009, August 28). Computers & IT: Simplicity with Autodesk® Revit Architecture®. [Internet] Capaian

http://www.simplylinks.co.za/article407_simplicitywithautodeskrevitarchitecture.htm Teer, M. (2014). Black Spectacles. Retrieved from Requirements to Work in the Top 50 Architecture

Firms [Internet] Capaian http://blackspectacles.com/blog/software-licensure-requirements-to-work-top-50-architecture-firms#.U8RJzI1dWkT

Zahrizan Zakaria, N. M.-P. (2013). IJRET: International Journal of Research in Engineering and Technology, 384 - 395.

Referensi

Dokumen terkait